
Hati aku ini resahkah??? Hati aku ini bimbangkah???
Hati ini rindukah??? Hati aku ini sunyikah???
Rasanya semua tidak....
Cuma malam ini aku hanya tidak boleh lena.. Membaca kadang kala membuat aku lebih cergas dan tidak mengantuk... apatah lagi jika ada kerja yang banyak..
Maka aku mengambil keputusan mencatat kisah-kisah dalam blog aku ini... yang sebelum ini jarang sekali aku jengah...
Sebenarnya, tiada pernyataan, pengisahan atau catatan penting.. cuma aku ingin mencatat..
Aku berfiki


Hidup ini indah... walau kadangkala penuh dengan ujian dan dugaan. Banyak perkara-perkara pahit, melukakan, menghampakan... manis, yang menggembirakan, yang membahagiakan; hambar, kesunyian, kehampaan.... Masin, melucukan, memalukan ... dan, dan, dan banyak lagi cerita-cerita yang ada di dalamnya jutaan pengajaran, sama ada yang kita sedari ataupun tidak kita sedari..


Di laman sesawang ini aku kira akan bisa aku catatkan rasa hati tentang sesuatu isu terkini, mahupun beberapa hal yang berkaitan dengan diri ini. Cuma insyaallah aku akan menjaga kerahsiaan untuk menjaga aib sekiranya ada yang terlibat dalam catatan ini. Aku takut diaibkan diakhirat kelak jika aku tidak menjaga aib diri dan orang-orang berkaitan, waima jika watak tersebut musuhku...apatah lagi jika mereka tergolong dalam khairatku... Insayaallah juga akan aku junjung ketinggian budi dan akhlak Rasullullah SAW, keluarganya dan para sahabat baginda serta contoh ulama yang terutama... Semoga usaha aku ini sebagai suatu jalan menyampaikan pendapat dan hujah yang bermanafaat walaupun daripada pemikiran dan tanggapan aku yang dangkal.

Aku juga rasa bersyukur diberikan kemampuan menyampaikan sesuatu itu secara tersurat mahupun tersirat. Dan aku tahu pasti jika ada yang terlibat dalam catatan aku ini mereka akan memahaminya dengan jelas.. Maka apa sahaja mesej yang aku ingin sampaikan akan diterima dengan jelas oleh mereka yang berkenaan.
Bukanlah pula aku mencatat pengalaman lalu ataupun keanehan-keanehan yang berlaku kepada aku ini bertujuan membanggakan diri atau menunjuk-nunjukkkan konon ada keistimewaa


Aku juga tidak mahu disalahanggap dengan apa yang akan aku catat kelak... Apapun tanggapan pembaca mahupun orang yang terlibat tidaklah aku harapkan menjejaskan apa-apa reputasi diri sama ada diri aku , mahupun orang sekeliling aku ini...
Sebelum ini aku sering mencatat tentang dia dalam hidup aku ini... malah dia itu lebih menjurus kepada golongan lelaki... Dan aku akan menggunakan perkataan/ panggilan 'dia' untuk golongan itu... jika ada kisah-kisah yang berkaitan.. Itu sahaja usaha aku, sekiranya akan ada catatan yang sensitif dan berkaitan dengan peribadi seseorang, tidaklah hal itu menjadi masalah atau masalah-masalah yang tidak terduga.
Semoga usaha aku ini benar, pendapat dan idea aku b

Sekiranya memahami, dan ada yang terluka dengan catatan-catatan lalu, aku mohon jutaan kemaafan.. Aku sememangnya tidak sempurna,

Jika aku ada kesilapan, usahlah dibiarkan aku terus dalam kekhilafan itu tanpa sebarang perhatian yang dapat membetulkan aku ini.
Semoga apa yang aku catatkan di kepala laman ini, akan menjadi doa yang sebaiknya... InsyaALLAH....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan