Ahad, November 28, 2010

SATU YANG ADA BELUM SELESAI, SATU YANG LAIN MENDATANG...

Hai...hai... hai.. Beginilah yang sering berlaku dalam hidup kita.. Satu perkara, atau satu masalah, satu tugas, belum pun selesai... datang pula hal lain, atau masalah lain atau tugas lain... Dan, jika datangnya kepada orang seperti aku ini, maka semua itu akan bertimpa-timpa, bertindan-tindan... sebab aku seorang yang lambat dalam tindakan, mungkin... dan aku sering mengkaji tentang itu... lalu sebenarnya orang seperti aku ini tidak akan lepa daripada pelbagai hal dan masalah mahupun tugas kerana aku ini terlalu banyak fikiran.. Ada sahaja keinginan, perancangan, idea kepada pelbagai perkara yang banyak, sehingga aku sendiri tidak tahu manakah yang perlu aku dahulukan... Kadang-kadang hanya kerana aku tidak dapat menyakini bahawa orang lain tidak akan dapat menyempurnakan sesuatu seperti yang aku fikirkan maka aku tidak melepaskannya kepada orang lain pula... akhirnya aku melakukan sendiri, dan ternyatalah satu yang ada belum dapat aku selesaikan, aku akan memulakan sesuatu yang lain..

Namun kerana aku suka dan gembira dengan tugas itu aku akan cuba dan terus melaksanakannya... Bukan sebab tamak atau kedekut (istilah yang bersinonim sama namun sebenarnya berbeza) tetapi kerana aku gembira melaksanakannya apa yang hadir dari dalam kotak fikiran aku ini secara sendiri... sama ada musnah aku yang merasainya, dan jika jaya aku juga akan berpuashati... Kita manusia ini, memang tidak pernah berasa puas dengan apa yang kita ada... tapi itulah kita, jika suka... apa juga akan kita lakukan...


Aku cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada yang membantuku walaupun telah berkali-kali aku menolak bantuan itu... dan aku amat menghargai pengorbanan kalian yang ikhlas dan berhati mulia untuk membantu walaupun aku sebenarnya tidak layak menerima bantuan itu...

Semoga yang berkenaan itu, membaca catatan ini... kerana aku ingin meluahkan ke sekian kalinya... sukar untuk mendapat sahabat seperti mu... berada di sisiku ketika aku sedih, ketika aku susah, kita aku sunyi, ketika aku kekurangan dan ketika aku berasa dalam keadaan yang longlai menghadapi hari-hariku.... dan ketika aku stabil kembali , dikau melepaskan aku dengan hidupku kerana padamu, aku lebih diperlukan orang lain daripada aku memerlukanmu...

Terima kasih wahai insan mulia...
Terima kasih wahai sahabat baik....
terima kasih wahai orang budiman...
Insyaallah aku akan mengenang jasa baik itu dan semoga aku akan sentiasa ingat... dan kau akan sentiasa di hatiku...

Sabtu, November 20, 2010

Menilai diri biar berbanding..Menghitung hari biar berukur...Merungkai citra biarlah berbagai..

Aku mencatat ketika ini setelah bertangguh-tangguh beberapa waktu waima ketika tibanya Eidul Adha ini... Maka hari ini aku gagahkan untuk mencatat lagi... Lenaku sebentar tadi tidak terlangsung dengan ketenangan.. Dalam dadaku ini ada debaran yang kurang menyenangkan... tidak kuendahkan di bahagian bawah kelopak mata kiri yang tidak putus berdenyut... Kata orang tua-tua itu petanda aku bakal menangis... dan begitu denyutan yang tidak putus juga di kelopak bawah mata kananku yang berisyaratkan ada seseorang yang ingin melihatku... Namun semua itu mungkin kebetulan... Ya, aku berharap hal itu adalah suatu kebetulan... Semoga tidak akan ada yang menyebabkan aku menangis dan semoga tiada juga yang terlalu ingin melihat aku ini.

Aku kira ada ketikanya kita memang ingin melakukan banyak perkara dan tidak tahu bagaimana pula ingin memulakannya, atau yang mana perlu dilakukan dahulu... sehingga ada ketikanya kita terlupa pula banyak yang belum kita lakukan..

Begitulah keadaanku beberapa hari dalam minggu-minggu yang baru berlalu... Sukarnya aku dalam mengimbangi banyak hal dalam satu masa... di samping diuji olehNYA peristiwa-peristiwa yang menguggah kesabaran insan lemah seperti aku.. Cuma aku kesal bukan ia bersebabkan aku, beralasankan aku pula... memang amat menyakitkan... Apabila kita diberikan kepercayaan dan dalam masa yang sama kita dikhianati oleh orang yang memberikan kepercayaan.. Dan akhirnya aku terpaksa melepaskan kepercayaan itu kepada yang memberikan kepada aku.... dengan hanya aku ini menurut perintah...
Bukan aku yang berkuasa menentukan keputusan atau meletakkan tanggungjawab itu kepada orang lain... Hanya menurut keputusan mesyuarat, berbuat segalanya dari keputusan perbincangan... bukan aku yang memutuskan sendiri.

Entah mengapa aku berasa marah dan terkilan dengan tindakan individu yang sepatutnya memutuskan.. tetapi 'melepaskan diri' dengan meletakkan beban itu ke bahu aku ini... sedangkan aku siapa?? Cuma aku tidak mahu mengaibkan invidu lain dalam semua tindakan aku ini. Alang-alang aku sudah diperlekeh dan dipertikai secara terang-terang dalam khalayak yang tidak sepatutnya... aku masih mampu menanggungnya... cuma ralat rasanya apabila aku memberikan contoh yang aku rasakan terbaik itu dan contoh itu tetap diperlekehkan. Maafkan aku teman, memberikan perincian sebagai contoh namun dikau diperlekehkan sebegitu rupa... Sungguh aku tidak menyangka segala itu berlaku... Cetek sebenarnya pandangan seseorang itu, walaupun dia berasakan dia amat hebat... dan dia meletakkan dirinya begitu rendah pada pandanganku... 'Kita' suatu golongan yang banyak rehat, tidak pernah buat kerja dan apalah peranan kita dalam organisasi kecil itu sehingga kita ini tidak bermakna...

Alangkah naifnya dia pada pandangan aku dan pada tanggapan aku ini, kini.... sedangkan sejak dulu lagi aku tidak menilaikannya sebagai seorang yang berilmu berhemah... kerana dia hanya berilmu tinggi namun ilmunya itu telah menambah lagi keegoan, rasa kekaguman kepada dirinya... dan apabila dia bertindak begitu, membela kononnya pada yang patut dibela, semakin rendah nilaian aku kepadanya... namun siapa aku yang dapat mempertikai.. Aku pasrah biarpun diperlekeh sedemikian rupa.... dia bukan seorang yang aku hormati untuk menjadi pemimpin yang baik sebab dia tidak adil dan dia tidak berhemah... Jika ketua aku mempercayainya, maka bukanlah pula aku perlu menanggung 'kesakitan' itu.. sebab aku pernah bernasihat, dan nasihat aku itu ditidakkan...

Buat seseorang yang aku kasihi.... tidaklah pula kami menzalimi sehinggakan boleh memusnahkan oranglain... Tidakkah pula dikau yang menzalimi kami kerana mempertikai hasil mesyuwarah yang telah berkali-kali kami jalankan dan setelah berpenat-lelah kami memikirkannya... Bukan tidak kami hargai namun kami inginkan suatu yang saksama... Ilmu itu perlu diperluas. Aku tidak tahu pasti apakah agendamu.... namun bagi aku, ulama itu adalah seorang yang tekal hatinya, maka beliau akan dapat melalui pelbagai cabaran dengan berhemah.. Daei itu pula tidaklah hanya dapat berdakwah dengan satu pendekatan mahupun melalui satu doktrin dakwah sahaja... Bukan pula ketika berada di 'atas' atau istilah lain, berkuasa... baru beliau dapat menyampaikan dakwahnya... Dan bagiku yang serba kekurangan ini, bukan individu itu terbentuk imannya hanya dengan dakwah yang hanya beliau seorang sampaikan. Banyak yang terterap dalam iman seseorang itu bukan dengan kaedah yang satu.... Bukankah dikau tahu, sayangku.. Bahawa dugaan bagi seorang lelaki, seorang pemimpin itu adalah harta, wanita dan kuasa... Maka dengan pendekatan kalian itu, bahawa kalian sudah terperangkap dengan kuasa... Kalian inginkan kedudukan itu, bukankah bermakna kalian inginkan kuasa.. Ada kuasa barulah kalian boleh berdakwah, atau menyampaikan fahaman dan ilmu, atau dapat menentukan hala tuju dan jatidiri, atau dapat menentukan jayanya satu misi dan wawasan? Ingatlah, mengapa ulama hari ini sudah boleh di'jualbeli'? Betapa aku kesal dengan semua ini... Dalam organisasi sekecil ini, seorang yang berilmu itu hilang adab berbicaranya hanya untuk mendapatkan 'kuasa'. Dan, aku juga kesal... Orang muda yang berilmu takut dan bimbang menjadi pemimpin.... kecilnya jiwa kalian, wahai pemimpin-pemimpin besar waima dalam organisasi sekecil itu... Mintanya banyak, namun setelah ditunaikan... bantahannya lebih banyak. Aku sengal dan bengang dengan kalian pemimpin yang berasakan kesempurnaan tetapi pincang di mana-mana... Sebenarnya kalian adalah orang kecil walaupun ada kuasa dan duduk pada kedudukan tinggi di hirarki organisasi yang besar.... pada pandangan peribadi aku ini... jika kalian ada di kedudukan yang lebih utama mentadbir negara, kalian pasti tewas, kandas ataupun jika berjaya pasti tiada kewibawaannya... maafkan aku... itulah pandangan aku... buatmu juga yang sering aku anggap hebat, namun dikau semakin tertebat dengan segala tanggapan dan prinsip peribadimu...


Aku juga kesal seorang ketua yang sudah bertahun-tahun mentadbir, namun masih terikat dengan sentimen peribadi... Katanya suatu ketika dahulu, ketika aku berasa letih meminta tolong dan melakukan banyak perkara sendirian... "Buatlah kerja dalam organisasi kita ini sepasukan, bukan berpasukan... satu pasukan yang berkerjasama, saling menampung kelemahan dan sentiasa mendokong kekuatan. Bukan berpasukan, banyak pasukan yang melakukan kerja sendiri-sendiri... menyokong pasukan sendiri dan naik sendiri tanpa memikirkan pasukan lain.."
Dalam usaha mesyuwarah yang mementingkan kerja sepasukan itu pula, beliau mengwujudkan pasukan-pasukan yang tidak seharusnya terus wujud... Entah ke mana hilangnya nasihat itu buat dirinya sendiri... Aku sentiasa ingat apabila dia menasihati aku ketika itu... menyelar aku kerana sering berkerja sendiri, tidak dapat mentadbir anakbuah ku untuk melakukan semua kerja itu... sedangkan bukan kerja aku... Aku bukan diktator dan aku bukan prejudis.... maka aku melakukannya kerana aku ingin melakukannya sedang dalam masa yang sama aku lapang dan aku tahu mereka di bawah aku itu sibuk... hanya kerana itu, ceramah panjang lebar itu aku terpaksa dengar.... ketika dia duduk dan aku berdiri, akur...

Ada juga ketika-ketikanya kita seperti tidak punya apa-apa tanggungjawab sedangkan masih banyak yang perlu kita lakukan... sehingga bersenang-senang itu membuatkan kita lupa....

Bukan aku namun beberapa orang di sekeliling aku yang sering leka... bukan mereka tiada kerja tetapi mungkin sudah terbiasa, hidup mempertikaikan orang dan sesiapa sahaja. Ada sahaja yang tidak kena kepada orang lain. Jika diberi tugas, semuanya membebankan mereka... Kumpulan yang tidak mahu berubah mungkin, sentiasa menjadi duri dalam daging. Doa aku semoga kalian sedar, mengumpat mengata, mengadu domba, mengatur strategi yang tidak setara dengan tanggungjawab yang patut kalian laksanakan itu adalah khianat... Mengkhianati orang lain dan diri sendiri... Selagi orang lain tidak redha, maka kalian akan sentiasa dilaknati... Mungkin ketika ini, DIA berikan segala yang kalian rancangkan, menjadikan kalian bahagia dengan cara kalian, menjadikan kalian 'sempurna' ketika bersama, memberikan kesenangan harta benda... namun semoga kalian sedar, bahawa semua itu ujianNYA.... dan semoga kalian insaf, doa mereka yang teraniaya itu lebih makbul daripada segala apa yang kalian punyai.... Semoga tidak terlewat untuk kalian sedar semua itu... hanya inilah doaku yang kalian anggap hina.

Ketika seseorang itu berkata, hatinya berasa sedih kerana tidak punyai anak lelaki yang bisa mendoakannya ketika di alam barzakh dan untuk dibawa ke sana nanti.. dan hanya satu cara itu sahaja dia bisa untuk mendapatkan peluang mencari bekalan ke akhirat kelak.... pada aku dia memang mementingkan dirinya sendiri... mementingkan kebajikan dan pahala untuk dirinya semata-mata. Maka aku putuskan agar keputusan itu bukan dari kami... namun dari yang lebih layak.. dan hak itu diberikan kepadanya, untuk kepentingan dirinya sendiri... maka cita-cita dan usahanya tercapai...
Dan, bagi aku dia memang sangat tamak.... kedekut dengan bekalan itu, untuk dikongsikan dengan orang lain.. dan begitu juga dengan orang yang menyokongnya. Bukan tiada cara lain.... Hah, dangkal ilmuku namun belum pula aku berasakan aku sudah setamak itu... biarlah. Namun aku ingin menjelaskan rasa hati aku ini. Bukan kerana aku irihati, namun hanya aku tidak berpuashati... Aku gunakan diri aku sebagai misalan... Aku tidak punyai apa-apa untuk aku bawa ke sana kelak... Biarpun mudah bagi seorang wanita untuk masuk syurga... cuma taat kepada ALLAH dan RasulNYA, taat kepada Suami... jika redha suami kepadanya, mendapat redha ALLAH kepadanya...maka syurga ganjarannya.

Bagi aku??? Peluang itu terlepas... atau lebih lembut jawapan, belum berpeluang... Anak-anak yang soleh yang mendoakan.... bagiku itu juga tiada... sedekah dan amal jariah... selagi aku ikhlas, insyaallah... dan ilmu yang bermanafaat... mungkin ada peluang aku untuk itu... Namun betapa beza peluang aku yang mengajar akademik berbanding dia mengajar agama... Banyak lagi jika hendak dibandingkan...
Bukan itu yang hendak dibandingkan, namun bagi seorang yang mempunyai peluang yang banyak begitu berasa sedih kerana tiada kuasa yang bermakna tiada kuasa untuk 'bersedekah' dan untuk 'memberikan' ilmu bermanafaat.... Aku mungkin tiada pertikaian tentang apa yang akan aku bawa mungkin imanku ini tidak sehebat dia.... namun bagi aku cukuplah jika memberikan sedikit dan dengan cara yang kecil... semoga segalanya itu diterima olehNYA...

Jika ingin dicatatkan semua, entah bila pula sudahnya... cukuplah rasanya perkongsian ini. Yang baik itu daripadaNYA, dan semua kepincangan, dan kelemahan itu adalah daripada diri aku sendiri yang selalu alpa dan menurut kata hati... Semoga sedikit yang dikongsikan dapat menggerakkan minda untuk berrfikir dan diri untuk berubah, biarpun sedikit cuma... Insyaallah.