Khamis, Julai 21, 2011

SESUNGGUHNYA RAHSIA SEGALA SESUATU ITU ADALAH MILIKNYA..

 Hari ini aku teruja untuk mencatat lagi... namun catatan aku kali ini akan aku ubahsuai seperti cerpen atau cereka pendek... Aku ingin melahirkan kesyukuran adalah anugerahNYA yang tidak terduga... dan membuktikan bahawa alasan yang lalu itu salah, dan kebenarannya adalah rahsia DIA yang berkuasa atas segala sesuatu.  Namun catatan ini tidaklah menyentuh mana-mana peribadi... Satu imej dalam catatan ini diambil daripada gambar yang seiras dengan jalan cerita yang dikisahkan... dan catatan ini bukan suatu yang berkait dengan mana-mana individu secara rigid, cuma menggambarkan segala sesuatu itu mungkin jika DIA mengkehendaki..... dan tiada mustahil kepadaNYA atas segala sesuatu itu, malah tidak tersembunyi apa-apapun daripadaNYA waimah ia tersimpan di sudut hati yang kecil dan sulit ditemui. Hasbunallah wa nikma wakil.....

TAJUK  : Sekilas Memori Rahsia..

Kekunci pada papan kekunci ini aku tekan bertalu... mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti... Skrin  memaparkan ruang pencarian maklumat Google. Aku menekan lagi mencari laman Facebook... aku layan seketika bicara kawan-kawan yang pelbagai cerita. Biasalah ruang laman sosial ini menjadi seperti mesti dimiliki oleh setiap orang.

Dinihari ini seperti selalu aku terjadi seawal 3.30 pagi.  Usai sholat tahajjud, diikut dengan sunat taubat dan solat sunat hajat.... aku punya masa yang panjang. Hari ini aku tidak menunaikan sholat sunat taubat. Jika aku melakukannya pasti masa yang terluang tidaklah sepanjang ini.. Aku menghabiskan sedikit masa untuk membaca al-quran dan tafsirannya. ada lagi satu jam sebelum subuh menjelang.... aku teringat seorang teman yang menelefon untuk aku melihat gambar  hari keluarga yang dimuatnaik dalam laman facebooknya itu... lantas aku melayari internet ini.
        Entah kenapa tiba-tiba jemari ini menekan Musha dalam ruang carian rakan... maka terteralah nama-nama yang berkaitan... dan akaun facebook itu, ah... benarkah dia? atau hanya?....

        Pagi Jumaat itu hatiku ini begitu sayu dan hiba... entah mengapa jadi begini takut dan gementar. Walhal aku hanya berjanji untuk berjumpa dengan Ustaz Rosman bagi mengenalpasti apa sebenarnya berlaku dengan diri aku ini.  Dua minggu sebelum ini, aku sering bermimpikan Ust.Rosman datang kepadaku mengajak aku mengambil wudhu dan bersolat... seringkali aku terjaga dari tidurku pula dengan pelbagai tandatanya... seminggu kemudian aku berjumpa dengan Ust Rosman untuk bertanya tentang mimpiku itu...
       "Hahaha... Mimpikan ana?" gelak besar Ust.Rosman ketika aku bercerita.
       " Beruntung ana ada orang mimpikan ana, ni... " sambungnya memberitahu rakan-rakannya di sisi, yang juga kawan-kawanku... aku tidak kisah semua itu. Yang pasti aku inginkan penjelasan mimpi yang menggangu tidur beberapa hari ini."
       " Begini Isma... jika ana beritahu, anti jangan terkejut... Mimpikan seseorang itu mungkin mainan syaitan, cuma Rasullullah sahaja yang tidak boleh diserupai oleh syaitan dan iblis.... tapi ana tidak kata ana dalam mimpi anti, syaitan... firasat ana, anti ini sedang sakit... alamat bagi mengambil wudhu dan bersolat itu menandakan penyakit itu mungkin boleh sembuh dengan izin Allah... Mungkin Allah mengisyaratkan ana pula untuk membantu anti..." Diam.
       "Bagaimana? Anti hendak ana bantu? ". Tanpa bertangguh aku mengiyakannya... dalam hati ini sudah tidak tertahan bebanan ini...rasa sakit dalam dada ini, sudah tidak tertanggung... maka inilah peluang yang Allah berikan kepadaku.

Hari yang kunanti telah tiba namun dalam hatiku sayu sahaja.  Sudah aku berpesan kepada sahabatku, Kak Rokmini dan Kak Ain untuk memaksaku berjumpa Ust.Rosman jika tiba-tiba aku berubah hati. Hal-hal seperti ini tidak boleh aku tangguh-tangguhkan lagi.
         Ketika berada di hadapan Ust.Rokman tempohari, dia ada memberitahu bahawa di belakang aku ada bayangan pelbagai makhluk halus. Dia seakan-akan  sengaja menakutkanku... namun atas alasan ini juga  terus bersetuju dia membantu..
         " Siapa kau... kenapa kau ganggu insan ini? Di manakah kau berada?.... " Ust. Rosman sudah berpeluh menahan perlakuan ganjil aku sebentar tadi. Sudah hampir empat jam dia membaca pelbagai ayat, kebetulan Ust.Rosman seorang hafiz al-quran. Dan sepatutnya ketika aku 'dipengsankan' tadi, sepatutnya aku sudah tidak sedar... namun berbeza aku tidak seperti yang lain. Memang aku tidak boleh membuka mata namun aku masih 'sedar' sebelah kananku ini jelas melihat pelbagai rupa makhluk  di hadapanku. Aku sebenarnya terkejut juga melihatnya pemandangan ketika aku sedang pejam itu.. Ust.Rosman juga tadi hampir beralah..
       " Hmmm.... aku manusia boleh, syaitan boleh, jin pun boleh... aku suka dia ini..."
       "Eh, lepas-lepas... jangan pegang kuatlah... Dia sakitlah!" suaraku itu memarahi seorang rakan yang membantu Ust.Rosman memegang tanganku.
       " Huh, tengok-tengok tangan dia ini dah merah. Dia sakitlah!... kesian buah hati  aku ini!!!.." katanya merayu-rayu dan ustz Rosman tidak mempedulikannya.
       " Sekarang ini kau berada di mana dalam tubuh insan ini?' Nada suara Ust.Rosman sudah berusaha 'menyiksa'nya.
       "Aku Musha, Aku ada dalam hati dia... kau siapa? Dia sakit tahu?"
       " Sudah berapa lama kau dengan dia..."
       " Lama... lebih lima tahun, sejak dia pergi ke Mekah... aku datang dari sanalah, Bodoh!!"
       " Siapa bodoh, kau yang bodoh... jauh-jauh dari sana ikut dia ini.."
       " Kenapa pula? Dia sudah berjanji selepas lima tahun dia hendak kembali ke Mekah... dia tak pergi, sebab itu aku hukum dia, bagi dia sakit, bagi dia ingat janji."
      "Kau hendak keluar ke tidak?" Aku dengar suara ust.Rosman sudah berubah.. namun dalam hatiku, berharap dia bersabar... jangan kalah dengan jin yang satu ini....
      "Aku boleh keluar tetapi dia ini akan selalu ingat aku.."
      "Kenapa hendak ingat kau... Dia akan sentiasa ingat Allah." aku terdengar Ust. Rosman membacakan sesuatu dan akhirnya mataku boleh dibuka kembali.
       "Maaf Isma, anti sakit, ya? Selalunya pesakit akan tertidur, atau pengsan... tapi anti tidak... tentu anti juga sakit sebab anti juga dikawal oleh jin ini" Aku diam... Aku lihat Ust.Fuzi mengurut dada, Ust.Shahimi dan Ust.Fadhil duduk di sisinya..
       "Kenapa ustaz itu?" soalku kepada Kak Ain.
       "Kau tendang dia tadi, kuat betul tenaga kau!"
       " Ust.Shahimi yang 5kali lebih besar daripada kau pun, kau angkat sebelah tangan."
       Aku terkesima... betullah seperti yang aku rasa yang dia aku angkat sebentar tadi... dan ketika itulah jin yang bersuarakan suara aku itu suruh melepaskanku.
       " Isma... ana hendak tanya, hal anti di Mekah... adakah anti jumpa lelaki bernama Musha ini? Ketika mana anti bertemukannya?"
       " Maaf ustaz.. sebenarnya saya malu hendak menceritakannya sebab ini merupakan ujian kepada keangkuhan saya.."
       " Maksud anti?"
       " Saya sebelum ini pernah berkawan dengan seorang lelaki... tetapi dia berkahwin dalam keadaan menguji saya.. sebelum saya ke tanah suci, saya ada menelefon dia... mohon maaf dan restu.. namun dia asyik bercerita sebab-sebab dia berkahwin, perkahwinan yang baru berusia tiga bulan tidak bahagia, dan dia mengatakan dia tidak akan bertemu dengan wanita yang lebih baik daripada saya... tapi saya cuba merasionalkannya... dan kembali ke tajuk pemergian saya ke Mekah."
       " Akhirnya dia meminta maaf kerana tidak dapat menunaikan janji untuk bersama-sama ke Mekah setelah dia menikahi saya... cuma kami sudah tidak ada jodoh.. apa yang boleh saya katakan. Cuma pada ketika yang sama, dia berkata sambil seakan-akan menyindir untuk saya mencari lelaki yang baik di Mekah dan berdoa supaya saya berkahwin cepat-cepat ... saya marah dia dengan mengatakan saya ke Mekah, menunaikan ibadah haji dan dengan angkuh, mengatakan saya bukan cari lelaki dan bukan mencari jodoh di sana. Selepas itu, saya terlupa dengan tujuan sebenar saya menelefonnya, dengan perasaaan marah saya marah-marah dia."


"Cerita itu tidak selesai di situ... Masa di padang Arafah, suasana panas telah menyebabkan seorang tua kurang sihat.  Masa saya menuju ke Jabbal Rahmah.. saya berselisih dengan seorang lelaki... saya tertarik dengannya..tapi saya tidaklah terfikir ketika seorang wanita tua itu dalam keadaan lemah, lelaki yang berselisih dengan saya itu tiba-tiba muncul di hadapan khemah kami, menyembur air... saya ketika itu sedang membaca al-quran, apabila mata kami bertentang, hati saya berdetak... dan ketika itu ada sesuatu yang saya tak boleh gambarkan tentang perasaan saya."
    Aku dengan senang hati bercerita, apabila semua  rakan-rakan guru sudah meninggalkan bilik itu. Tinggal aku, Kak Rokmini dan Kak Ain bersama Ust.Rosman dalam bilik itu.
     "Anti baca surah apa?  Anti baca surah jin? " Soal Ust.Rosman. Aku merenungnya..
     " Kenapa ustaz? Saya rasa saya baca Surah Yassin dan surah seterusnya selepas itu..saya tak ingatlah ustaz."
     " pasti, anti tidak baca surah jin?  Sebab ketika itulah anti bertemu dengan jin bernama Musha ini."
      " Ustaz pasti?" aku pula menyoalnya kembali..
      " Insyaallah, itu yang ada dalam firasat ana. Allah uji anti dengan lelaki itu kerana anti angkuh menidakkan doa bekas kekasih anti. Begitukan yang anti rasakan? Biarlah dulu..." Ustaz Rosman seperti tidak mahu terus mendengar kisahku.
      " Maaf, ana tanya.. apa yang anti nampak sewaktu anti tidak boleh membuka tadi?" Ust.Rosman ingin mendapatkan kepastian."
      " Sebelah kanan, saya tidak nampak apa-apa tetapi sebelah kiri saya nampak... Musha berada di tengah-tengah dua lelaki yang sama sepertinya dan di belakangnya ada banyak orang.. eh, bukan orang, makhluk seperti wajah manusia tetapi berbadan kuda, berkepala ular tetapi terbang. seperti manusia tetapi berkepala anjing...macam-macam rupa." aku diam.
    "Masyaallah...hebatnya pemberian Allah kepada anti.. bukan senang melihat jin dalam pelbagai bentuk itu.." Ustaz Rosman tunduk membaca sesuatu.
     " Jin ini seorang yang hebat... katanya, usianya jika ikut usia manusia, kira-kira 32-33 tahun."
 Aku diam menanti dia menerangkan penjelasannya.
      " Usia jin ini kadangkala 1000 kali ganda bersamaan 1 hari umur manusia. Maksudnya jin ini sudah berusia dan sangat tinggi ilmunya... selalunya ana perlukan satu jam sahaja untuk membolehkan jin atau sesuatu yang menganggu bercakap tetapi anti, ana perlukan empat jam. Dia tahu semua ayat yang ana baca." Memang aku mendengar suaraku itu membetulkan bacaannya namun sebenarnya dalam masa yang sama aku terasa seperti dilontar dengan bebola api dan jarum-jarum panas.

       "Ustaz saya kena kembali ke sana kah? Menunaikan umrah ke?"
       "Buat apa? Anti hendak ikut cakap jin itu?
       " Tidak ada faedah apa-apa anti pergi untuk mengembalikannya ke sana, bukan sebenarnya beribadah. Ana akan bagi anti air ini, anti buat minum dan mandi. Air lain boleh ditambah untuk mandi."
      "Anti baca ini pada waktu subuh dan maghrib setiap hari..selama 21 hari, nanti selepas 21 hari, insyaallah ada perubahan." sambil dia menyerahkan senaskah buku Manzil.

Setiap hari aku mengamalkan apa yang diminta oleh Ust.Rosman.  Dan pada subuh hari ke 22, aku mengalami sakit perut yang amat teruk dan tidak boleh bangun... sehingga aku merangkak untuk membuang air besar... dan najis yang keluar menghasilkan bau yang amat busuk... lebih kurang 6 ketul najis. Selepas itu barulah segala penyakit itu hilang.
        Menurut Ust.Rosman jin itu mungkin sudah mati atau keluar dan memang salah satu tanda jin itu keluar, ialah jika mati jin itu akan keluar melalui najis dan akan berbau.. jika 6 ketul najis keluar, maka 6  ekor telah mati dan keluar dari badan aku. Berat badan aku turun mendadak pada hari itu sebanyak 30 kilogram daripada 98 kilogram dengan keadaan tubuh yang masih langsing.. dan peristiwa itu telah memberikan aku ruang melupakan Musha perlahan-lahan.
    Namun satu sahaja yang tidak dapat aku terima ialah Musha yang aku temui dulu adalah jin... Panjang doaku setiap hari Allah akan memberikan bukti bahawa Musha bukan seperti yang dimaksudkan dan sering diperkatakan dalam keluarga.

********************************
        Rukun Wukuf sudah selesai aku laksanakan. Kini kami berada di Mina setelah singgah sebentar di Muszalifah.. Di Mina kerja-kerja melontar aku lakukan sempurna pada hari pertama. Hari kedua memberikan sedikit ujian kepada aku. Seorang wanita Turki yang baru melahirkan beberapa minggu melahirkan, dilanggar-langgar oleh jemaah yang ramai itu. Entah darimana kekuatan itu aku perolehi aku menjadikan diriku benteng untuk menahan tolakan dan rempuhan jemaah yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Mangsa itu memelukku seperti mengucapkan terima kasih dan mencium kedua-dua belah pipiku.  Begitu mengharukan. Dan Allah membalas tindakan itu segera. Sewaktu berada di Jamratul Aqabah, aku pula diburu oleh keadaan takut dengan ramai jemaah yang ada.  Ruang separuh bulat itu menyebabkan kesesakan itu melampau. Tiba-tiba terasa pergelangan tanganku dicekak  dan ditarik oleh seseorang dan aku terasa tiba-tiba sudah berada di hadapan jamrah.  Lelaki yang menarik tanganku itu, agak gempal... sekilas dia hilang, dan seperti bersambut oleh seorang lagi lelaki yang berbangsa Indonesia memaut pinggangku dan melaungkan bacaan untuk melontar. Seperti lelaki tadi, tidak sempat melihatnya dengan jelas, dia sudahpun hilang... Masyaallah, Maha besar Allah itu.... keluar aku daripada kesesakan itu aku melihat dua pemuda berdiri dari sisi luar ke arah aku, seorang berkulit hitam manis, agak gempal dan rendah... dan seorang lagi tinggi sasa dan berkulit cerah... wajah seorang yang pernah aku lihat.
        Selesai urusan melontar kami kembali ke Hotel Anwar Makkah. Sememangnya jemaah KT28 ditempatkan di hotel ini.  Selesa dan bagiku cukuplah untuk seorang musafir seperti kami menumpang tidur.  Aku menjadi seperti kehilangan sesuatu... entah mengapakah hatiku ini begitu pilu.
       Ibadah tawaf dan saie juga aku sempurnakan dengan baik.  Alhamdullillah DIA memberikan banyak kemudahan menjadi tetamuNYA buat kali pertama ini.  Tiada apa dalam fikiranku ini, cuma aku terasa merindui sesuatu.  Sekilas aku terpandang suatu wajah yang seperti ingin sekali  aku melihatnya sejak akhir-akhir ini. Lelaki yang sama yang ketika di Arafah dan Mina.  Lelaki itu menuju ke klinik... berpakaian seragam putih penuh... aku kira semestinya dia kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ditugaskan ke sini.  Ada di sisinya seorang lelaki yang berkulit sawo matang itu... kawannya mungkin.
    
          Menjelang waktu maghrib dan isyak aku, emak dan bapa turun serentak menggunakan lif.  Aku berdiri di belakang bapa ketika itu. Tibanya di tingkat 5, pintu lif terbuka... masuk seorang lelaki berpakaian putih. Dia berdiri di sebelah bapa, memaling memandangku di belakang. Dia tersenyum... aku turut senyum membalasnya. Ikhlas daripada hati ini... Wajah itu begitu menyenangkan..  Dia turun di tingkat satu dan kami terus ke lobi.

       Usai menunaikan ibadah di Masjidil Haram yang boleh jelas kelihatan dari Hotel Anwar Makkah ini.  Aku dan ibubapaku kembali ke hotel namun agak berlama-lama di lobi untuk menunggu lif kosong untuk naik ke tingkat 7 hotel. Dia, lelaki itu juga ada di bawah dan sedang memerhatikan kami jemaah yang sedang beratur.. Aku dan keluarga semakin hampir ke pintu lif, bermakna satu lagi perjalanan akan kami ambil... apabila lif terbuka, aku antara yang berdiri di bahagian hadapan di bahagian dinding yang dibatasi oleh bapa di sisiku menghalang aku daripada jemaah lelaki lain... ketika itu aku melihatnya berhadapan di hadapan kaunter menghadap pintu lif. Aku melihatnya dia senyum... Purdah tidak aku kenakan di muka ketika itu, dan aku membalas senyumannya... sekadar membalas walaupun aku tidak tahu kepadakah siapa senyuman itu ditujukan.  Ketika yang sama pintu lif tertutup rapat aku melihatnya berlari menaiki tangga ke tingkat 1... dan pintu lif terbuka di tingkap satu, namun tiada seorangpun jemaah yang naik atau turun... cuma, aku melihat dia berada di pintu bilik rawatan dan bilik pesakit... lama juga baru pintu lif itu tertutup kembali dan aku jelas melihatnya dengan senyuman ceria pada wajah itu... Ah, wajah yang mengingatkan aku kepada beberapa orang yang pernah mengisi ruang hati ini.

        Lelaki itu seperti tahu waktu dan masa aku dan keluarga keluar untuk ke Masjidil Haram... terutama pada sebelum zuhur dan maghrib... waktu sebelum subuh... tiga kali aku turun daripada bangunan ini untuk ke masjid dan tiga kali naik selepas ke masjid.

        "Isma... kau kenapa?" suatu hari ibu menegurku. Ada dua minggu lagi kami akan pulang ke tanahair.
        " Tiada apa-apalah mak.... orang rasa macam tidak sihat sahaja, tidak tahu kenapa?" aku membalas dengan jujur..
        " Apa yang tidak sihat? Badan ke hati?"
        Aku merenung emak seperti tidak faham tetapi sebenarnya aku amat maklum dengan persoalan yang ditimbulkan oleh emak.
         " Entahlah... dan hendak balik ni, sakit tekak pula... " Memang aku batuk-batuk sedikit.. sedangkan sebelum ini apa pun yang aku makan tidak menimbulkan apa-apa kesan kepada aku. bersyukur sangat aku dengan kesihatan yang baik pemberian Allah ini.



"Pergilah turun ke klinik itu... buat pemeriksaan apa sakit kau tu. Nanti dapatlah ubatnya. Ubat untuk hati itu sekali..." Emak bercakap acuh tak acuh sambil mengemas barang untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Kenapa pula, emak cakap orang macam itu?" Soalku seakan-akan protes.

"Mana tidaknya kena diubat hati itu.. Rindu kata orang. Setiap hari ada sahaja yang sanggup menunggu di pintu lif hendak melihat kau.  Kau pun sama lah tu mak rasa." kata ibu selamba. Rupa-rupanya emak dan bapak perasan keadaan itu.

"Mana ada... tapi nanti orang hendak turun jugalah" aku terus mencari kad rekod rawatan untuk jemaah.

        Selepas waktu zohor hari itu kami balik ke hotel agak cepat. Aku bersendirian turun ke klinik di tingkat 1.  Aku melapor diri dan berdiri antara bilik melaporkan diri itu... bertentangan dengan bilik pesakit itu.. Dia berada di dalam sedang sibuk membuat rawatan.  Beberapa orang yang tua sedang dirawat.  Tadi ketika aku datang hanya aku dan seorang lagi pesakit menunggu untuk dipanggil. Tetapi aku masih tidak dipanggil lagi. Mungkin disebabkan pesakit itu perlukan rawatan segera. Aku melihat kawan lelaki itu keluar daripada bilik melapor diri ke bilik sakit tersebut mendekati lelaki itu yang sedari tadi tidak memandangku.. Dia berpaling dan senyum... entah kenapa aku merasakan manis sungguh senyumannya itu.  Orang yang datang untuk mendapatkan rawatan semakin banyak. Peliknya namaku tidak juga dipanggil. Seorang demi seorang yang dipanggil ke bilik rawatan, ada seorang doktor yang sedang merawat... Mungkin mereka mendahulukan pesakit yang tua dan lebih teruk daripada aku. Aku akur.

       Aku melihat dia menyudahkan tugas-tugasnya di bilik pesakit... begitu juga kawannya. Orang yang hendak menerima rawatan juga berkurangan kembali. Sambil memandang ke arahku yang bersandar di dinding antara dua pintu bilik... dia memasuki pintu bilik rawatan... entah sengaja atau tidak bahunya melanggar bahu kiriku. aku tersentak juga memandangnya... tingginya hampir enam kaki, pada kiraanku... teringat aku kepada Zaki, 'cinta pertama'ku di kampung... kulit cerah dan susuk tubuh yang hampir sama.
Lelaki yang aku rasakan  mengejekku untuk mencari pasangan di kota suci ini.

        Aku melihat dia bercakap-cakap dengan doktor bertugas... kemudian doktor itu bangun, berkata sesuatu dan menepuk-nepuk bahu lelaki itu sambil ketawa...Aku dipanggil masuk akhirnya. Tanpa sedarku akibat ralit melihat perlakuannya, rupanya akulah satu-satunya pesakit yang  tinggal... Aku dijemput masuk.

      Dia tidak memandangku. Leka membelek-belek kad rekod rawatanku.  Menyebut data-data di dalamnya. Sesekali aku melihat dia memandang ke luar kepada kawannya dan tersenyum... Begitu juga dengan kawannya itu. Pintu yang terbuka luas itu jelas memperlihat keadaan itu.

      Aku meneliti tag nama yang dikelipkan di belahan bajunya... 'Musha'.  Dia masih lagi melihat butiran diriku. Aku melihat carta organisasi klinik yang terpapar di belakangnya. Dia menjeling aku dan memandang ke belakangnya... senyum lagi. Aku pun tidak tahu aku duduk di situ... dan menghadap carta itu, sedangkan sebelum itu doktor tadi duduk di tempat aku duduk itu.  Ah, biarlah... Doktor Mohd Noor, mungkin doktor tadi. Pembantu perubatan, Musha... namanya tertera. Di bawahnya, Omar... rakannya  itu.. dari tadi juga aku melihat nama pada tag namanya... Tapi tidakku teruskan membaca carta itu, tetapi menatap wajahnya yang masih leka dengan buku rawatanku itu.  Aku tahu dia melengah-lengahkan masa memandang tiada pesakit baru melaporkan diri.

        Aku lihat bibirnya... ada pecahan mungkin kerana keadaan yang panas... seperti bibir seseorang... seperti bibir Mois  dan Zaman yangkedua-duanya  pernah menyatakan hasrat hatinya kepada aku dua tahun lalu.  Aku melihat ke wajahnya lagi... berkumis kehijauan... ada tahi lalat hidup yang agak jelas kelihatan... selalu sudah kulihat wajahnya itu... teringat aku kepada Anwar yang ada tahi lalat hidup di bahagian yang sama, walaupun tidak sebesar tahi lalatnya itu... dan terletak di sisi mata berbanding dia di tengah pipinya.
Allah, indahnya kejadianMU di hadapan aku ini...

         "Sakit apa?" tiba-tiba dia bertanya. Aku terkejut sehingga bahuku terangkat sedikit. Dia ketawa kecil.
         "Saya tak tahu.. kalau tahu tak payah datang jumpa doktor." Balasku sedikit marah dengan tindakannya.  Belahan ke dalam pada dagunya menjadikan lelaki ini lebih tampan, detik hati ketika melihat dagunya..
        " Manalah tahu, tak sakit... boleh juga jumpa doktor yang satu ini."
        " Biar saya periksa dulu, ya." Dia meletakkan jemarinya ke dahi ku... lembut.
        " Tidak demam pun!" Aku diam dan melihatnya geram. Tindakannya tidak seperti doktor yang membuat pemeriksaan pun.

        " Donggakkan dagu dan buka mulut..." sambil jemarinya menampung daguku, juga lembut.. Dia senyum.
        " Semua ok.. ehmmm, cuma tekak merah sikit. Batuk ya?" aku cuba mengangguk tapi ditahan dek tangannya yang sedang menongkat daguku ini.
        " Tak apa, tak payah jawab... bila nak balik Malaysia?" dia terus bertanya. Dia melepaskan daguku.
        " ke sini dengan siapa?"
        " Apa dia?" aku menyoalnya untuk jawapan soalan pelik itu.
        " Tak ada apa... hmmm, ambil ubat ya... tidak teruk sangat ni... " jawabnya.
        " Tak payah jumpa doktor pun tak apa, jumpa saya sakit dalam hati itu baiklah" dia menjawab tetapi sambil tunduk dan mencatat sesuatu. Di luar ada dua orang pesakit yang menunggu.
        " Boleh ambil ubat dan  boleh jumpa saya lagi, nanti..." Aku keluar, mengambil ubat dan terus naik ke atas.
        Alhamdullillah... keresahan, kerinduanku tiba-tiba hilang dengan tiba-tiba.  Aku berasa sangat tenang selepas bertemunya, Musha.. tidak tahu bagaimana menggambarkan perasaan aku ini. Ya Allah, KAU lah pemberi kasih sayang ini kepadaku...
        Keesokannya. sudah dua waktu aku turun ke masjid, kelibatnya tidak pun kelihatan... ke manakah dia?
Ah, bertandang lagikan rinduku ini.  Usai solat zohor aku seperti tercari-cari. Kenapa hari ini dia tidak ada di lobi, tidak ada juga di ruang rehat itu, di muka pintu menanti kepulanganku... ada rasa aneh dalam hati ini.  Di tingkat satu, pintu lif terbuka luas, lama sekali kerana hendak memberikan laluan kepada seorang tua masuk dan naik ke biliknya. Aku melihat pintu bilik rawatan, tiada. Aku melihat pintu pendaftaran, tiada... dan akhirnya aku terlihat dia sedang memberikan rawatan... tangkas sekali. Aku tersenyum... Ya Allah, terima kasih.
         Selepas isyak, sekali lagi pintu lif terbuka di tingkat satu.  Musha di hadapan pintu. Mungkin kebetulan.. Aku berundur... memberikan laluan kepadanya.
        " Pakcik sihat?" Dia tiba-tiba bertanya kepada bapaku.
        " Pakcik tinggal tingkat berapa?"
        " tujuh'" kata bapa menjawab.
        " Kebetulan pula, saya pun tengah nak merawat seorang jemaah di tingkat tujuh." jelasnya sambil melirik ke belakang.
        " Pakcik kumpulan berapa? Bila balik ke Malaysia?" tanyanya lagi. Ibu sudah menyenggol ku. Hish, apalah yang emak tahu agaknya.
        " Kt28,  balik 13 Jun, insyaallah."
        " Dah sampai pakcik, jom kita.."  Dia seakan-akan ingin memimpin bapaku yang tiada masalah apa-apa itu.. Aku terkejut melihat insiden itu, apatah lagi bapaku yang dipimpin. Dia meninggalkan  bapa di muka pintu, berpaling kepadaku dengan senyuman manisnya itu.

       Selepas itu, semakin kerap melihat dia akan berlari-lari ke lobi jika melihat aku ada dalam lif terbuka dan aku ada di dalamnya... setiap masa begitu. Dia akan ada di sisi pintu lif menantiku. Itulah yang aku rasakan.. Ada ketikanya rindu mendatang aku sendiri akan turun ke bahagian lobi dengan alasan membeli sesuatu. masuk sahaja ke dalam lif nombor yang pasti dan mesti aku tekan ialah nombor 1...berhenti, pintu terbuka dan aku selalu nampak dia...Allah, dalam hati ini sepertinya aku begitu dihargai. Mujur semua kerja haji sudah selesai.


Masa untuk pulang ke tanahair akhir tiba juga. Setelah menurunkan bagasi, aku menjadi gelisah. Aku sudah hendak balik ini, tetapi aku belum melihatnya hari ini. Subuh pun aku tidak dapat melihatnya.. teringat aku melihatnya segak berjalan menuruni tangga dan berdiri di sisi lif. untuk membolehkan aku melihatnya dengan jelas.. cuma dia sedikit bongkok sedikit seperti Zaki dan Ahmad...

      Sungguh, Musha merangkumkan lebih daripada tujuh lelaki yang ada dalam hidup aku ini.  Entah ke mana hilangnya tekadku untuk tidak terlibat dengan mana-mana lelaki... dan inilah balasan kesombongan itu, kerana aku seperti menemui suatu 'cinta pandang pertama'; yakni mengasihi lelaki ini sewaktu mula-mula aku melihatnya berhadapan Jabal Rahmah ketika di Arafah dulu.  Allah sudah membalas kesombongan dengan menterbalikkan hatiku ini.

      Waktu menaiki bas untuk berangkat telah hampir tiba. Sudah dua kali aku turun naik ke klinik ingin melihatnya untuk kali terakhir, aku tidak mahu sekalipun mengakui kerinduanku ini kepadanya.  Ketika tadi aku melihat dia sedang merawat seorang pesakit, tetapi kini aku sudah seperti 'kehilangannya'. Allah, mengapakah hatiku ini?

         Sewaktu bas pertama mula bergerak. Aku melihat ke pintu besar menghadap lobi Hotel Anwar Makkah... dan aku akhirnya melihat dia bergegas turun ditemani rakannya, yang sejak tadi melihat aku tercari-cari seseorang dan turun naik dari lobi dan tingkat 1, mencarinya. Dan bas yang aku naiki bergerak... Musha masih tercari-cari...begitu juga aku terus berdoa dia memandangku.. dan akhirnya pandangan kami bertemu....Aku bawa hatiku ini yang sayu....yang mungkin sudah aku tinggalkan...
***********************
     Sudah sebulan aku di tanahair... aku teringatkannya, sangat-sangat. Entah mengapa, Musha telah melenyapkan semua perasaan dalam hati ini.. kepada Zaki, kepada Zaman, kepada Ahmad, kepada Mois dan semua lelaki itu... kenapa perasaan  dan hati ini ada padanya. Semuan hospital yang aku kunjungi, aku mencari Musha... Hospital Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor, Pahang... dan Perak yang akhir. Kebetulan aku berkunjung ke hospital berkenaan kerana menziarahi saudara atau kenalan yang sakit. sehinggalah saat Ustaz Rosman berurusan denganku dan menyatakan kemungkinan Musha adalah golongan jin dan aku dinasihatkan untuk membuang jauh-jauh berkenaan perasaan dan ingatanku kepadanya.

     Aku akur... namun aku berdoa, semoga Musha adalah seorang insan yang diciptakan sama sepertiku ini. bukan golongan jin. Namun aku tidak menafikan mungkin ada daripada golongan jin itu menyerupai Musha dan masuk ke dalam hati ini.  Sungguh hebat aku ini, sehingga dicintai dan dikasihi oleh golongan jin. Ah, perasaan dibuai rasa riak pula?

      Aku juga berdoa semoga Allah akan menemukan kami semula... bukan kerana perasaan kasih atau cinta yang mungkin mekar di hati ini, tetapi untuk membuktikan bahawa lelaki bernama Musha ini wujud. Masa berlalu dengan aku menjalani hidup ini bersama kenangan itu...
************************************
        Aku nekad untuk menjadi rakannya, lalu aku tekan bahagian permintaan menjadi kawan...Kisah lebih 18 tahun itu, betul-betul segar dalam ingatan aku. Aku yakin dia tidak sekali-kali teringatkan aku ini sepertimana aku teringatkan. Aku  berdoa kepada Allah semoga dia akan mengesahkannya.  Semoga doa itu diperkenan... memandangkan aktiviti yang tercatat dalam ruangan dinding facebook sekitar bulan Februari dan aktiviti berkisar pada tahun lepas... Alhamdullillah, beberapa akaun facebook termasuk akaun anak-anak dan isterinya kulayari.  Insyaallah aku sudah mengetahui tentangnya, dan aku yakin akaun yang mula-mula aku buka itu adalah akaunnya.

       Doaku berpanjangan... semoga jika dia Musha yang sama, KAU berikan isyarat itu kepadanya.   Sejak beberapa tahun ini, aku menutup hatiku kepada orang lain.  Kini, aku perlu membuka hatiku ini untuk seseorang yang mengharapkan aku ini... hidup bersama dengannya.. Selepas solat sunat iskhtiharah malam Jumaat yang lalu... aku tiba-tiba teringatkan dia... Sekadar teringat kerana aku perlu membuat keputusan yang jelas tentang hidupku dan dia hanya kenangan lama yang tidak sepatutnya hadir dalam hidupku lagi.

        Mungkin inilah yang dikatakan takdir, lalu aku menemuinya... Entah apa rahsia Allah buatku ini, setelah aku ingin meneruskan hidupku bersama seseorang, sekali lagi.. Insyaallah, aku gembira melihatnya dalam ruangan photo facebooknya, begitu juga dengan keluarganya.  Biarpun selepas ini dia tidak menerimaku sebagai kawan, sekurang-kurang rahsia ini sudah jelas jawapannya.

        Kini, doaku untuk Musha... semoga dia akan hidup sebaik mungkin dalam berkat dan redha ILLAHI... Terima kasih Allah kerana mengenalkan aku dengan rasa 'cinta pandang pertama' ini dalam hidupku ini.. dan terima kasih menemukan aku kembali dengan dia. Musha... lelaki yang pernah singgah dalam hatiku ini selamat 3 minggu di Kota Makkah yang suci itu. Dengan segala peristiwa ini, "CUKUP ENGKAU YA ALLAH BUATKU INI." dan aku tahu bahawa ENGKAUlah cintaku yang teragung....
Aku juga tidak mengharapkan apa-apa selain pelestarian bukti ini  dalam hidupku ini, dan yang jelas aku tidak akan menganggu  atau mengubah apa-apa perjalanan dalam hidupnya dan hidupku... Semoga pilihan aku untuk bersama H adalah pilihan terbaik, insyaallah..

        Tetikus ini aku gerakkan... ku tekan ikon 'turn off'... dan laptop ini sudah terpadam. Sesungguhnya rahsia segala sesuatu itu adalah milik DIA, ALLAH Yang Maha Besar dan Maha mengetahui...
***********************************

         HAH, penat juga menulis sebuah cerpen ini, jika catatan ini boleh dikatakan sebagai sebuah cerpen. Benarlah kata orang bahawa untuk menulis cerpen ini, bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang berpendapat, banyak membaca akan membantu kita untuk mudah menulis... tetapi ada juga yang berpendapat, apabila kita mula menulis maka kita perlu membanyakkan pembacaan kita. Sengaja aku mencatat cerpen ini dalam ruangan ini bukan di ruangan lentera minda...  agar kalian dapat menilai hasil penulisan ini.  Selama mempelajari pelbagai aspek KOMSAS maka catatan ini aku persembahkan  menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu aku dan menggunakan pelbagai kemahiran yang ada sebaik mungkin... semoga penulisan ini akan bermula... walaupun sudah aku mulakan di http://lenteraminda-yunimaha5.blogspot.com.  Segalanya adalah berkemungkinan.. insyaallah..

Khamis, Julai 14, 2011

CATAT IKUT EMOSI HARI INI...

 Pagi ini pagi Jumaat yang mulia, penghulu segala hari... Malam tadi aku lihat kalender Jawa, malam Jumaat legi (manis).... dan hari ini sepatutnya adalah hari Jumaat yang menenangkan dan nyaman. Dan waktu ini langit sudahpun menghamburkan air matanya tidak lebat namun merembes juga ke bumi... Sejuk dan nyaman...

Namun hari ini aku terasa sangat tidak selesa.... mana tidaknya, pagi-pagi telah pun diminta untuk menyediakan sesuatu yang bukan tugas aku.  Aku yang sepatutnya meminta laporan dan semua maklumat dokumentasi daripada mereka, tetapi terbalik pula mereka yang mudah-mudah beri arahan untuk mendapatkan laporan daripada aku.. jadi mana yang betul.  Tiba-tiba pagi yang tenang ini, jadi huru-hara pula.  Emosi aku menjadi sangat tidak stabil.  Adik-adik ini ingat mereka siapa? Aku tidak perlu hendak buat laporan kepada sesiapa kecuali kepada ketua aku sahaja, iaitu 4 pentadbir di atasku... Dan kalian pula yang perlu memberikan laporan kepada aku.

Senang agaknya kerja dengan aku, kan....  Bukan aku pula ketua jawatankuasa yang terlibat. Aku tidak diberikan apa-apa arahan maka aku buat berdasarkan apa yang aku rasakan patut aku buat. Menyelesaikan tanggungjawab aku dengan komitmen aku kepada peranan aku. Buat apa hendak buat kerja orang.  Kena tengok dululah apakah jawatan yang kalian bagi.. Selalunya aku tidak akan abaikan kerja yang diberikan kepada aku. Yakni, kerja-kerja aku... bukan kerja-kerja orang lain. Siapa pula yang hendak buat kerja orang lain. Sesuka hati hendak menyalahkan orang. Ingat apa? Semua hendak salahkan orang sesuka hati.  Peliklah mereka ini, kesalahan kawan-kawan mereka boleh sahaja mereka 'cover' lepas itu, bijak pula hendak salahkan orang lain.  Nasiblah.... Siapa yang patut tanggung? Ketua jawatankuasa yang dilantiklah.... Kenapa pula aku yang hendak dipersalahkan.
Kalau tidak suka dengan kerja aku, maka kalian kena buat kerja sendiri betul-betul. Jangan asyik hendak salahkan orang sahaja.
Semua orang ada kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan. Aku mestilah hendak melaksanakan apa yang sepatut telah diamanahkan kepada aku.  Kalau tengok kerja aku elok, kalian boleh ikut tetapi kalian tak boleh suruh aku buat untuk kalian.  Bukan aku tidak mahu berkongsi atau berkerjasama dengan oranglain.  Cuma aku harap kalian kalau hendak berbangga, berbanggalah dengan hasil kerja sendiri.. jangan hasil kerja orang lain.  Aku pun manusia biasa macam kalian juga.  Makan nasi 3 kali sehari juga.... tiada bezanya. Jika ada pun, aku kerja lebih masa.... dan masa itu kalian sedang bersantai-santai dengan keluarga atau kalian sedang pergi berlibur dengan kawan-kawan.  Kerja yang patut kalian buat minta pada aku... bukan ke tak malunya namanya itu??  Kenapalah kawan-kawan aku tidak ada ikhtiar sendiri? Apabila aku bantu, mereka tak nak pun terima, kata aku menyibuklah.... pandai-pandailah, buat skop kerja akulah.... tapi tak dibantu semua benda tak jadi... Bukan bodoh sombong ke namanya...

Ini pun nasib baik aku ambil langkah berjaga-jaga.  Kerja aku memang tidak sempurna, datang kerja lambat sikit daripada oranglain... tapi aku tidak abaikan kerja aku dengan sewenang-wenangnya. Tidak macam kalian, masa rehat sahaja, sembang-sembang,mengumpat ke apa benda-benda lagho yang dilakukan.... Aku buat kerja aku, kalian bersenang-lenang mengumpat, aku pula yang jadi bahan umpatan itu!! Aku masih boleh sabar... Kalau hendak marah, marahlah orang yang sepatutnya.  Kenapa aku pula yang kena marah... bukankah senggal namanya itu... Nasib baik aku ini jenis orang yang bertolak-ansur biarpun  banyak orang yang takut dengan aku ini sebenarnya.... bukan bermakna aku boleh kalian injak atau arahkan sesuka hati.  Apabila aku tidak banyak soal, bukan bermakna aku lepas tangan sahaja. Aku memang simpan banyak hal dalam hati ini.  Jangan sampai aku kena luahkan secara tidak sopan suatu hari kelak.

Entah kenapalah, kalian ini suka sangat mengumpat tentang aku.  Aku sudah buatkan banyak perkara untuk memudahkan kerja kalian pun tidak berterima kasih.... lagi mahu bising.

Adik-adik,
Pergi ambil manual kerja masing-masing.... buka dan baca... dan jalankan tanggungjawab masing-masing. Bukan kerja aku hendak merendahkan level aku kalau kalian sendiri tak hendak membantu diri sendiri.  Aku cuba bersikap adil, kalau  kalian bersikap adil kepada diri kalian sendiri dan bersikap adil kepada oranglain... Bukan kerja aku hendak bertanggungjawab dengan semua perkara-perkara remeh yang ada ini. 

Hish, baru sekejap tadi ada pula yang datang minta macam-macam benda daripada aku. Benci betul aku dengan mereka ini.  Aku ini tidak ada kerja lain ke hendak melayan karenah semua orang yang bukan menjadi tanggungjawab aku ini.  Aku rasa bengang betul ini.  Diri sendiri pun tak cukup masa aku hendak jaga, apahal pula hendak ambil tahu tentang semua perkara yang tiada kaitan dengan aku.  Buatlah sendiri.... janganlah menyusahkan aku ini. Buatlah aktiviti sendiri... Ada rasa aku hendak menjerit hari ini, tahu tak??  Dalam benak aku ini.....ada macam-macam perkataan... "Banggang!, Bodoh, bingai, sial,  Siot, lahabau, celaka....." macam-macam lagi.  Perkataan yang aku cuba simpan baik-baik agar tidak terungkap melalui mulut aku ini.... Mereka ini tak ada perasaan ke? Suka-suka hati sahaja hendak menyakitkan hati  orang sahaja.  
Ya ALLAH, redakanlah kemarahan dalam hati aku ini.... Sabarkanlah hati ini yang sentiasa diintai oleh api kemarahan yang diruntun oleh syaitan... Jauhilah aku daripada amarah yang tidak ada penghujungnya dan kemarahan yang memudaratkan..... Berikanlah aku kekuatan melawan nafsu kemarahan yang tidak berpagar ini....
Ya Allah, jadikan aku seorang yang sabar, sesabar Rasullullah SAW dalam melalui ujian dan dugaan ini.... Semoga aku akan menjadi seorang yang dapat mengimbangi perasaan aku dengan stabil dan sentiasa ingat kepadaMU....

Selasa, Julai 12, 2011

OOOP.... AKU 'MABUK-MABUK' LAGI!!! Apakah ada yang akan menerima khabar gembira lagi???

Hmmm.... Sudah beberapa hari ini, pagi-pagi aku sudah dihimpit dengan rasa mual dan loya-loya.. dan aku sering muntah-muntah lagi...malah malam pun menjadi tidak keruan bagiku.... mual sepanjang malam... aku sudah tidak lena tidur beberapa malam... sungguh teruk kali ini... kadangkala terfikir alangkah baik jika tanda-tanda dan semua rasa itu milik aku namun segalanya itu mustahil.

Oooops, apakah aku 'mabuk-mabuk lagi???

Siapakah pula yang akan menerima berita gembira dalam waktu terdekat ini... Atau adakah yang sudah ada berita gembira itu untuk dikhabarkan kepada aku ini serta kepada umum...
Semoga akan ada dalam kalangan rakan-rakan atau saudara mara ku yang hamil kali ini... Semoga aku akan dapat menerima khabar baik itu dan segera melenyapkan semua bebanan dan tanggungan kepayahan ini.. yakni mengembalikan keadaan ini kepada yang berhak, insyaallah...

Sebenarnya aku juga ingin mencatat di hamparan ini tentang keadaan aku yang tidak begitu stabil baru-baru ini.  Debaran dalam dada ini bertandang pelik lagi. Entah kenapa aku sebenarnya tidak pasti. Sukar bagiku untuk melaluinya sekian kali keadaan-keadaan yang tidak begitu menyenangkan ini.  Malas juga melalui pelbagai pengalaman sukar dalam hidup ini.

Aku sebenarnya ingin memohon maaf kepada seseorang..... dalam keadaan 'mabuk' yang tidak keruan ini, sebenarnya aku teringat permintaan yang berhajat kepada aku ini. Mungkin mereka sering sahaja memperkatakan tentang aku ini.  Sejak  Disember tahun lalu lagi dan aku tiada jawapan lagi untuk tempoh yang begini lama. Aku sendiri tidak pasti kenapa. Bukan aku tidak ingat tetapi selalu sahaja aku cuba melupakannya dan berserta doa agar dia tidak membuang masa untuk menunggu aku... seperti aku usia aku ini, usianya sudah bertambah setahun lagi... sedangkan bagiku usia itu bukan penghalang baginya untuk terus mencari kehidupan yang baru. Aku tidak menjanjikan apa-apa pada dia  dan keluarganya terutamanya ibunya yang beriya-iya sangat berharap aku. Sedangkan tidak seorang pun sebenarnya mengenali aku, sedang aku juga tidak mengenali mereka.
Hanya melalui 'orang tengah', hajat mereka itu sampai kepada aku. Aku secara jelasnya sangat bimbang. Memang benar, cinta selepas perkahwinan itu mungkin lebih indah... namun aku sendiri tidak tahu adakah lagi istilah itu dalam kamus hidup aku ini. Aku memang sudah tidak berminat... bukan aku tidak mahu tetapi banyak sebab-sebab lain yang menyokong semua keputusanku ini.  Aku hanya mampu berdoa, semoga jika ada seseorang yang terbaik untukku, maka permudahkan dia untukku.  Usia kami tidak jauh beza, namun mungkin pengalamannya lebih banyak kerana dikatakan pernah menetap di luar negara dan boleh hidup berdikari.  Maka itu juga sebab yang membimbangkan aku ini.  Aku suka seseorang yang berdikari dan tegas serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, namun dalam masa yang sama aku punyai sikap 'bossy' yang mungkin tidak akan menampung mana-mana kekurangan antara kami.  Walaupun antara kami tidak ada sebarang hubungan, namun permintaannya dan ibunya itu telah aku pendam dan aku diamkan lebih kurang selama 7 bulan ini. Adakah aku ini melampau... dan dalam tempoh selama itu, kenapa dia tidak berusaha kepada oranglain. Kadang-kala aku bertekad untuk melihat sejauh manakah dia akan menunggu jawapan daripada aku ini.

Satu lagi kekesalan dan kerungsingan dalam hati aku ialah dia yang selalu mencari jalan untuk berada di sisi aku.   Mengenalinya sejak 3 bulan lalu pada asal secara kebetulan atas suatu urusan. Namun sejak pertemuan keempat yang lalu, aku memang berasa sedikit ketidakselesaan berurusan dengannya.  Dia ada menegur tentang hidup aku ini termasuk saiz badanku dan penampilanku.  Aku rimas, Bagiku jika sesiapa memilih aku haruslah dia menerima aku seadanya.  Ini belum apa-apa ikatan, dah macam-macam hal yang disuruhnya. Mungkin niatnya baik namun kenapa aku perlu berbuat sesuatu kerana disuruh olehnya? Walau bagaimanapun setiap kali aku berada dengan dia, aku akan senang sekali.... senyum dan tawa akan sentiasa di wajah dan rasa gembira di hati ini. Mungkin kerana usianya dalam lingkungan limapuluhan itu, dan dia sudah biasa dengan anak-anak yang kini semuanya sudah dewasa... cuma nasihat dari seorang kawan, pastikan dulu statusnya... dan aku hanya bertanya untuk apa aku ambil tahu tentang statusnya sedangkan aku hanya berada bersama pada sesuatu urusan sahaja. Cuma aku memang sangat senang dengannya, itu sahaja.... tidak akan ada apa-apa yang akan aku lakukan, mulakan atau apa sahaja yang sewaktu dengannya istilah itu, sebab aku tidak berniat untuk ada apa-apa kaitan dengannya. Dan aku kira sekarang ini dia mungkin marah kepada aku ini. Pesanannya dulu untuk menghubunginya tidak pernah aku tunaikan. Aku tahu dia tidak boleh menghubungi aku kerana dia tiada nombor telefon aku sedangkan aku sebaliknya.  Mungkin nama aku pun dia tidak tahu.
Yang seorang lagi ini pula, ketika ini berada di luar negara atas urusan perniagaannya. Aku memang tidak menyangka bertemunya kembali. Mungkin kebetulan...   Dulu dia mungkin ada dalam senarai pilihan aku ini... tapi itu ketika bersekolah menengah dan dia bukan juga pelajar sekolah yang sama dengan aku. Sekolah kami bersebelahan, dan kami hanya bertemu sebelum masuk ke kelas ataupun waktu petang selepas sekolah. Aku rimas sebab selalu sahaja dia menelefon aku. Apabila melihat nombor yang tertera di skrin telefon, aku sering membiarkan tidak berjawab... namun selepas itu akan masuklah mesej yang meminta aku menjawab atau meminta  aku menghubungi kembali menggunakan nombor yang diberikan... Sedang aku, malas hendak mencari masalah untuk menyusahkan diri sendiri. Lalu aku terus membiarkan, lama-lama dia akan terasa malas untuk menghubungiku... namun hingga kini dia tidak putus asa dan sentiasa sahaja menghubungi aku ini. Entahlah, menyesalkah aku kerana memberikan nombor telefon aku dulu, atau tidak bersyukurkah aku bertemu dengannya kembali? Entahlah, aku tidak ada jawapannya.

Seorang lagi pula, setiapkali bertemu dengan aku asyik memandang dengan jelingan tajam. Macam lah aku ini hendak ditelannya. Berselisih, bertembung dan apa-apa berurusan pun, suka sangat merenung aku... Aku tidak senang dengannya... Buat masalah sahaja apabila ada apa-apa urusan dengannya... mujur tidak banyak urusan aku dengannya. Kalau tidak boleh sakit jantung aku ini.  Cuma ketika bercakap dengan aku ini tidak pula dia kasar, selalu sahaja didahului dengan salam.. Dia pun selalu sahaja mencari jalan ada berurusan dengan aku.... tapi aku pun sebenarnya tidak berminat dengannya... banyak wanita-wanita muda yang lebih baik dan sebaya dengannya. Namun asyik sahaja memandang aku ini... macam semua aku buat ini salah.. apabila aku tanya kenapa, dia akan selalu jawab "Tiada apa-apa, saja-saja suka." Huh, menyakitkan hati betul! Pelik lelaki-lelaki muda sekarang, berwawasannya kurang, menggodanya lebih.  Ah, lantaklah kan... yang pasti satu ini tidak masuk senarai atau buku... aku sudah keluarkan awal-awal lagi. Status:  Aku tidak berminat. Buang masa aku dan buang masa dia juga.  Doa aku semoga dia sedar, dan membuang apa-apa perasaan kepada aku (perasaan lah aku ini).

Betullah agaknya kata seorang sahabat aku. Apabila satu datang, maka akan datang banyak yang lain 'mengganggu'.  Tetapi kita pun tidak tahu apa akan berlaku seterusnya.  Aku pada asalnya memang hendak menerima pilihan yang pertama itu, tetapi aku tidak kenalinya.... namun apabila ingin membuka kata, bertemu yang kedua...aku sedikit keliru..
apatah lagi pilihan satu aku tidak pernah kenal... Entahlah, Isthikharah aku pun tidak memberi apa-apa isyarat...

Kata yang kedua itu, aku kena buang 'sihir' yang tersisa....Dia pun sanggup dan 'rela hati' hendak membantu... sebab itu aku mesti menjaga sholat dan sering bersholat malam.  Tetapi aku pun dah sering tidak tidur malam sekarang... penyakit-penyakit lama menyelinap lagi dalam hidup aku.  Debaran yang tidak menentu ini mengganggu aku... sakit-sakit lain juga tiba-tiba hadir...Sakit gigi, sakit perut, sakit kepala.... apatah lagi dengan sintom-sintom orang mengandung ini. .... Siksa juga rasanya... Namun aku redha sahaja... kerana aku tahu Allah tidak akan menguji hambaNYA, melainkan hamba itu mampu melaluinya.  Semoga DIA akan sentiasa memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada aku ini. dan kepada semua. Senoga kesukaran aku selama ini akan diringankan dan menjadi lebih mudah dan diberkati olehNYA...Amin....

Jumaat, Julai 01, 2011

JIKA ADA YANG TERSURAT, PASTI ADA YANG TERSIRAT.. (2)

Baharu sahaja aku meluahkan perasaan aku yang tidak menyenangkan tentang beberapa perkara dan DIA telahpun menjelaskan persoalan itu dengan begitu segera buatku hambaNYA ini yang sentiasa mengharapkan akan pertolonganNYA.
Tambah kapsyen
Masyaallah.... betapa aku rasa begitu senang dengan keadaan ini. DIA mendengar aku.... Cukuplah DIA buatku...kerana DIA adalah segala-galanya buatku.

Alhamdullillah, salah faham aku kepada beberapa peristiwa dan beberapa perkara telah terjawab. Mungkin DIA tidak mengizinkan aku terus bersangka-sangka... dan menambah dosa-dosa yang tidak terhitung banyaknya...

Sedih aku mendengar pengkisahan itu, menitis air mataku untuk sekian kali... Allah menduga dan menguji mu sebegitu rupa... Hanya doa aku mengiringi segala perjalanan dan urusan yang kau lalu.  Semoga Allah memberikanmu lebih banyak kesenangan dan kebahagiaan... Aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu...

Kagum aku dengannya... berbulan-bulan dia melalui segala perit getir dan ujian itu... namun sepanjang waktu itu aku melihat senyuman menghiasi bibir dan wajah ayunya... cuma sedikit kelainan tingkah laku dan kelainan perhatian buat aku... aku fikir dia yang melarikan diri kerana marahkan aku dan tidak setuju dengan pendapatku, namun siapa sangka dia perlu melalui pelbagai dugaan untuk hidup seterusnya.. Dan dia berjuang sendirian. Maafkan aku bersalah sangka denganmu...

Buat seorang lagi rakan, DIA belum pun memberikan apa-apa tanda kepada aku... namun seharusnya aku bersangka baik. Apatah tidak dapat aku nafikan kadang kala aku terpengaruh juga dengan cerita-cerita yang aku dengar dan kisah-kisah yang disampaikan orang buat aku ini... Aku yang perlu membetulkan keadaan ini... semoga aku akan berjaya melalui dengan berhusnuzon..
Kita dengan hidup kita pun sentiasa ada cabaran yang tersendiri, tidak putus-putus.... apatah lagi hubungan kita sesama manusia... walau apapun sebelum dapat menyempurnakan hubungan kita kepada Allah, kita seharusnya terlebih dahulu membaiki dan menjaga hubungan kita sesama manusia.."Hablum minnas wa hablum minallah"... Aku dididik dengan amalan itu sejak kecil lagi... walaupun sebenarnya aku kategori manusia yang sukar untuk berkomunikasi... Apabila difikir-fikirkan lucu juga... masa kecilku dulu, aku tidak gemar apabila ada orang yang suka dengan aku... tak kiralah siapapun dia... seakan-akan 'menyemak', apatah lagi orang-orang tua yang suka sangat mengimbau masa silam keluarga aku... "Dulu, datuk kau tu kedekut, duit lima sen pun macam  tayar kereta lembu...besar benar nilainya... tapi sebab kau sepuluh ringgit pun macam daun gugur". Antara ayat yang aku tidak suka hendak mendengarnya.. Apa yang hendak diungkitkan sangat..
Buruk sangatkah jika jadi kedekut?  Itulah hakikat kenapa aku tidak suka orang suka aku... termasuklah jika jumpa aku hendak dipeluk cium... apabila aku merempan dan marah-marah, aku pula yang dimarahi datuk.... Apapun aku bangga dengan datuk. Bagaimana dia tidak kedekut.... untuk mencari rezeki, datuk bertungkus lumus dengan pelbagai kerja... ke kebun koko, ke kebun pisang, bercucuk tanam...berkedai runcit, membuat tali daripada batang pisang untuk menjimatkan kos... macam-macam.. DAN, datuk merupakan contoh tauladan yang baik... seorang bilal yang dedikasi.. seorang pemimpin masyarakat walaupun masyarakat kampung... yang bertanggungjawab.... dan guru mengaji aku yang paling bertolak ansur.. aku belajar berzanji dengan datuk... suara datuk lunak dan merdu... dan yang paling aku suka, datuk pandai bercerita kisah -kisah nabi ; juga datuk ada 'Harimau belang sebesar rumah' untuk datuk balik ke rumah saudara-mara di Siam ( Tak betul cerita ini... sahaja hendak menakut-nakutkan aku supaya jangan suka merayau-rayau keliling kampung..)

Kembali kepada tajuk perbincangan yang aku pilih ini... tentang seorang dia yang selalu aku anggap pelik... Entah kenapa tiba-tiba dia kembali kepada situasi lamanya... Marah agaknya dengan aku... tidak mengapa, aku pasti tidak akan ambil hati.. Hanya kebetulan mungkin, sejak kami boleh berinteraksi, banyak urusan kami bersama.. dan aku tidak menyalahkan sesiapapun... jika dia hendak marah, itu haknya. Aku akan menerima situasi lama itu dengan senang hati... dan aku hanya ingin menjelaskan bahawa aku tidak akan prejudis dengan apa-apa perkara pun berkaitan dia. Maaf, jika aku telah menyinggung perasaan dan menyentuh peribadinya... Mungkin niatnya baik, dan aku juga tidak bersangka-sangka cuma aku berasa tidak selesa secara tiba-tiba dia berubah sikap...
Bagaimanapun keadaan dia kelak dengan aku ini, dia masih sentiasa aku kasihi dan hormati seperti selalunya.. aku juga sentiasa akan mendoakan kesejahteraan dia dan pasangannya di dunia dan akhirat..

Kadang kala pengalaman -pengalaman yang pernah kita lalui membatasi pergaulan kita... Memang hidup ini sukar dimengertikan oleh sesiapa pun... termasuk diri individu itu sendiri.. Banyak rumahtangga kenalan aku yang porak peranda dan tidak kurang yang musnah apabila adanya orang ketiga dalam hidup berumahtangga... sama ada orang ketiga itu, orang yang baru mahupun lama... Biasanya antara kedua-kedua individu itu masih ada perasaan kasih dan sayang...
Ada golongan lelaki yang tidak mahu mengahwini perempuan yang pernah mengalami 'cinta pertama' disebabkan cinta seterusnya itu tidak seutuh cinta pertamanya... berbanding lelaki yang sentiasa ada cinta, dan cinta terakhirnya adalah yang terbaik... Sebenarnya aku sendiri tidak pasti... aku hanya mengulas daripada pendapat-pendapat yang didengar... CUMA aku tidak bersetuju dengan tindakan seseorang sama ada sudah menjadi isteri, mahupun sudah menjadi suami untuk terus berhubung dan menjalin kasih sayang antara satu sama lain... dengan satu jalinan yang intim mungkin... sehingga meletakkan maruah seorang isteri mahupun seorang suami itu begitu rendah.

Begitu juga apabila seorang isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain, sedangkan taat setia dan cintanya adalah mutlak hak seorang suami... (Berat juga untuk menghukumkan mutlak, yang pasti cinta seorang isteri itu adalah hanya untuk si suami... satu-satu suami itu bukan buat kekasih baru ataupun bekas kekasih yang hadir sesudah sesuatu perkahwinan.. ) Aku beristigfar panjang apabila mengetahui ada golongan isteri sengaja menjalinkan hubungan dengan lelaki lain... Mungkin untuk lelaki tidaklah menjadi salah kerana Islam membenarkan poligami...tidak buat si isteri. Teringat aku pengalaman aku yang lalu.... namun aku tidak menganggu sesiapa sebenarnya . Malah aku berhati-hati dalam pergaulan aku... Dengan tindakan aku hanya bermesej pesanan ringkas yang tidak dijawab pun, aku telah dianggap sebagai pengganggu kehidupan orang lain... Apatah lagi apabila ada golongan isteri yang bersikap pentingkan sendiri, melayan cinta terlarang dengan suami oranglain; sedangkan di sisinya masih punyai suami yang perlu ditaati.

Pada pendapat aku, jahatnya dan kejamnya isteri itu... bukan sahaja menzalimi isteri oranglain malahan menzalimi diri sendiri dengan mendekatkan diri kepada perkara-perkara haram.. dosa dan dimurkai ALLAH.
Dan sebagai seorang muslimah dan isteri solehah bukan itu pula tindakan terbaik... Memakai jilbab menutupi tubuh badan tetapi tidak mempunyai jilbab membatasi nafsu, bukanlah peribadi mulia.
Dulu ada tiga orang sahabat (tidak silap aku), menasihati aku bahawa kadangkala perasaan cinta dan nafsu itu perlu kita sembunyikan... sehingga setiap sahabat itu menceritakan satu kisah yang sama; yang aku kira daripada kisah-kisah motivasi yakni... pada suatu ketika pada zaman Khulafah ArRasyidin, ada seorang perempuan yang menaruh hati kepada seorang lelaki... namun oleh sebab menjaga maruah diri sebagai seorang solehah dan adab dan akhlak sebagai seorang wanita... maka dipendamkannya sehingga kerinduan, kecintaan itu menjadi satu keperitan dan penderitaan... dan demi cintanya akan lelaki itu dan sifat malu yang ada dalam dirinya, akhirnya dia mati dengan memendam rasa cintanya  itu.... Sebenarnya aku tidak setuju dengan kisah itu... teladan yang sesuai dengan seorang isteri yang tidak boleh mengongsi cintanya untuk lelaki lain... bukan buat aku dan dia yang pada ketika itu masing-masing tidak berkahwin... dan salahkah seorang wanita untuk memulakan sesuatu perhubungan dengan menyatakan rasa kasih sayang kepada seorang lelaki itu tanpa melebihi batas pergaulan... maka aku tidak pernah kisah dengan segala nasihat itu.. Mungkin kerana pada ketika itu aku hairan kenapa nasihat itu diberikan kepada aku sedangkan pada masa yang sama, lelaki yang aku suka itu, sangat akrab dengan isteri lelaki lain.. Bukankah nasihat itu lebih sesuai diberikan kepada isteri itu?

Mungkin hanya kerana aku bukan dalam golongan 'berilmu' seperti mereka.... anggapan mereka aku ini begitu jahil dengan hukum syariat... Biarlah, sebab hari ini rasanya aku sudahpun membuktikan tiada hinanya seorang wanita itu meluahkan perasaannya namun dalam keadaan membatasi pergaulannya.. jika aku salah... maka salahkah juga Saidatina Khadijah yang berkehendakkan Rasullullah SAW? Bezanya, hidup aku ini daif dan banyak kekurangan... tiada harta tetapi mempunyai hutang yang banyak mungkin... Tetapi sebenarnya ada baiknya aku tidak ditakdirkan bersama lelaki itu.... selain aku akan menyusahkannya malah akan memberikan bebanan fitnah buatnya juga... Alhamdullillah aku gembira lelaki itu sudah memiliki suri seri hidupnya... aku dengar pasangannya seorang yang kaya dan dapat membantu dalam perjuangannya sepertimana Saidatina Khadijah membantu suaminya dalam setiap perjuangan...
Semoga tidak akan teraniaya lah rakan-rakan aku  dek seorang perempuan jahat yang tidak dapat mengawal nafsunya... dan semoga selamatlah suami-suami yang baik daripada tergoda dengan perempuan-perempuan durjana yang membelakangkan syariat agama... Buat suami-suami, jika ingin memilih isteri-isteri lain, berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri kalian... jika diizinkan teruskanlah langkah.. pilih isteri-isteri yang menepati ciri-ciri yang solehah... bukan menginginkan isteri-isteri oranglain yang masih bergelar isteri... Ingatlah, sedangkan melamar seseorang perempuan itu sedangkan perempuan sudah dilamar oleh lelaki lain adalah berdosa... apatah lagi, berkehendakkan isteri oranglain...
Buat suami-suami yang soleh.... Nasihat baginda Rasullullah SAW..."berkahwin kamu dengan seorang isteri, dua, tiga dan empat isteri namun jika kamu tidak boleh bersikap adil maka cukuplah dengan seorang." (Bukan riwayat sebenar.... namun inilah nasihat yang selalu aku dengar setiapkali menghadiri kursus perkahwinan dan perbincangan persoalan poligami).. Semoga catatan ini boleh dimanafaatkan...