Rabu, Ogos 24, 2011

TERINGAT KETIKA DAHULU... KACAKNYA DIA BERBAJU MELAYU

Ramadan sudah sampai ke penghujungnya.. Penghujungnya yang melepaskan kita daripada api neraka, amin... Semoga Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, merupakan Ramadan terbaik jika ditakdirkan kita dijemput oleh Pencipta kelak pada waktu-waktu terdekat ini...

       Pada ketika-ketika suatu masa dahulu, aku mungkin sedang sibuk menjahit baju-baju Melayu untuk abang dan adik-adikku... Namun sekarang mereka semua sudah berkeluarga, biarlah mereka menguruskan sendiri semua hal berkaitan hidup mereka.  Memandangkan tanggungjawab itu sudah tidak perlu aku laksanakan maka aku punyai lebih masa untuk aktiviti lain terutama beribadah... maka aku berharap Ramadan-Ramadan mendatang, jika masih ada hayatku kelak akan lebih baik, dan baik seterusnya.  Aku punyai lebih masa untuk mengaji dan menunaikan ibadah-ibadah lain... Cuma tahun ini kesihatan aku tidak begitu mengizinkan aku untuk membuat pelbagai kerja berat... tambahan dengan keputusan aku untuk berubat sejak awal Ramadan aku dibebani dengan rasa sakit yang mungkin tindakbalas  daripada dalam badan melawan segala dugaan.

Namun sejak enam tujuh tahun yang lalu, aku tidak menjahitkan sepasang baju pun untuk abang dan adik-adik yang aku kasihi itu.  Mungkin skil jahitanku juga sudah semakin aku lupai... Apatah lagi aku sudah agak lama tidak menjahitkan sebarang baju Melayu untuk orang lain.

      Teringat sejarah bagaimana aku mula belajar menjahit sepasang baju Melayu lelaki.... Semua disebabkan aku sangat gemar melihat seorang lelaki berbaju Melayu...pernah aku terpegun melihat seorang lelaki yang sederhana parasnya, tetapi ketika dia berpakaian berbaju Melayu, terserlah kekacakannya.... anggun sekali dia itu.. Entah datang dari mana minat aku itu... aku sendiri pun aku tidak tahu.  Apabila aku melihat seorang lelaki berbaju Melayu, aku agak teruja untuk melihatnya beberapa kali... rasanya itu juga suatu yang aku sembunyikan selama ini.. jika orang tahu sebenarnya, senang sekali untuk menarik perhatian aku ini..  Dan aku rasa ada seorang antara dia yang mengetahui bahawa aku suka melihat seseorang lelaki berpakaian baju Melayu. Setiapkali dia ingin berjumpa aku di rumah bapa, dia akan datang berbaju Melayu... apabila dia berbaju Melayu di hadapan aku ini, maka mata aku ini sering kali tertancap kepadanya. Dan, dia selalu senang jika aku selalu melihatnya..

      Sebab lain ialah ketika emak selalu menjahitkan pakaian bapak.  Bapak pula, seburuk mana jahitan emak...pasti akan bapak pakai pakaian itu... Selalu sahaja aku bertanya, kenapa emak sibuk sahaja akan menjahit baju bapak... dan bapak pula tak mahu pakai pakaian yang dibeli terutama jika baju itu baju Melayu. Baju kemeja dan seluar  bapak pun emak jahit sendiri. Pendek kata apa yang tersarung di tubuh bapak, adalah hasil jahitan emak.
      Dan akhirnya bapak bercakap juga, apatah lagi dia memang tahu aku punyai kebolehan semulajadi dalam perlbagai kerja-kerja seni termasuk menjahit.  Bagaimana bapak tidak tahu kelebihan anaknya yang satu ini.  Semua bermula apabila bapak selalu kehilangan kain pelekatnya.. Selalu bapak memang beli kain pelekat ber'bundle'... untuk setahun atau setengah tahun. Dan selalu sahaja bapak akan kehilangan beberapa helai kain pelekat dalam beberapa bulan. sekurang-kurangnya  sehelai sebulan.  Dan bapak akan melihat kain pelekat itu telah menjadi pakaian yang aku gunakan seharian, dalam perlbagai bentuk pakaian... sama ada skirt, blaus, baju kurung, baju tidur dan sebagainya... Kali pertama aku 'curi' kain pelekat yang belum digunakan itu adalah pada usiaku lapan tahun... pakaian pertama yang aku jahit  adalah skirt pendek yang berbelah kiri kanan... itupun setelah berminggu aku melihat emak mengukur, menggunting dan menjahit pakaian... maka usaha aku berjaya.. Bapak pun tak jadi marah, kain pelekat yang disukainya telah menjadi skirt anak daranya yang gatal tangan ini.

Kata bapak, hendak bagi emak pahala lebih sebagai seorang isteri.. Aku bertanya bapak, kenapa pula? Bapak kata, setiap pakaian dijahit oleh isteri dan digunakan oleh suami merupakan suatu ibadah buat isteri.  Bapak kata dia hanya akan pakai baju yang emak jahit biarpun tidak secantik mana kerana bapak menghargai emak.. Bapak hendak emak menjadi isteri solehah.... dan salah satunya dengan cara emak menjahitkan sendiri pakaian bapak.  Bapak nasihatkan aku supaya aku belajar menjahit baju dengan betul supaya aku akan buat amalan baik dan ibadah sekiranya aku menjahit pakaian suami aku sendiri kelak.  Dan aku akur, cuma aku tidak pernah belajar secara formal. Aku hanya menjadi pemerhati kepada semua kerja-kerja menjahit yang dilakukan emak... tidak bertanya pun, dan aku boleh mendapatkan hasil jahitan yang memuaskan serta dapat digunakan.

      Kebetulan, aku ketika itu mengasihi dia yang pertama itu... Setiap perhubungan itu pasti akan membuahkan impian pada akhirnya... Dengan taksubnya aku kepada seorang lelaki yang berbaju Melayu, aku menyimpan niat belajar untuk menjahit sepasang baju Melayu untuk dia... mungkin selepas berkahwin sekiranya ada jodoh, maka aku akan menjadi seperti emak yang akan menjahit semua pakaian untuk suamiku.. Akhirnya aku belajar sendiri perlahan-lahan... memerhatikan emak dengan tekun, belajar sendiri melalui pemerhatian... sebab aku malu untuk menjelaskan kenapa aku ingin menjahit pakaian lelaki.... Aku berharap suatu masa kelak aku akan menjahit pakaian untuk si dia yang aku kasihi.  Dan akhirnya impian aku itu terlaksana.  Buat kali pertamanya aku menjahit sepasang baju Melayu moden bercekak musang untuk dia.  Dan aku jahit sedondon dengan pakaianku.  Jika aku tidak silap warna Kelabu kebiru-biruan.  Warna matelik yang nampak anggun.. tetapi bukanlah daripada kain pelekat bapak.  Aku kumpul duit untuk membeli kain itu sendiri daripada duit belanja sekolah... dan pada usia enam belas tahun, aku sudah menjahit sepasang baju buat dia yang aku kasihi ketika itu.

Semua itu kerana aku suka sekali melihat dia... Kacaknya dia berbaju Melayu... jika boleh setiap kali berjumpa dia, aku ingin dia memakai baju Melayu... Jika dia berbasikal ke rumahku, dan memakai baju Melayu dan berseluar slack berlainan warna pun, dia tetap anggun... aku sanggup berdiri lama asal dia juga berdiri di depan aku dengan pakaiannya... jika malam pula dengan motorsikalnya dia berbaju Melayu dan berkain pelikat, aku akan segera duduk di tangga dan dia duduk bersandarkan motorsikalnya.... aku akan memandangnya lama... Kacaknya dia dengan pakaian itu.  Apatah lagi, ketika dia berpakaian lengkap berbaju Melayu sepasang dan bersamping, pada ketika pagi hari raya menjengahku... aku akan senyum memandangnya... Ehhh, kacaknya dia berbaju Melayu seperti itu.... Benarkah dia kacak? Tentu sekali biarpun hanya pada pandangan aku... Sehingga kini, rasanya minatku kepada lelaki berpakaian baju Melayu lebih mengujaku daripada mereka yang berkot dan bertali leher.... Kerana aku memang suka mereka yang berbaju Melayu, sama ada moden atau tradisional. Sehingga aku pernah berdoa, agar jika aku bersuami, aku berharap sangat suami aku itu suka memakai baju Melayu.

Mungkin itulah yang dikatakan sejarah dalam kehidupanku ini.  Semoga makbulkanlah doa aku ini... supaya aku akan dapat menjahitkan pakaian terutama baju Melayu buat seorang suami.
        Seingat aku hanya dua sahaja dia yang aku kasihi dan pernah aku 'cintai' pernah memakai pakaian yang aku jahitkan untuk mereka. Biarpun tidak secantik mana jahitan aku itu tetapi alhamdullillah mereka tampak segak berpakaian Melayu hasil kerja tanganku... Dia yang pertama itu dan dia yang terakhir, setakat ini... Dia yang terakhir setakat ini.... kerana belum ada yang benar-benar boleh menggantikan dia itu di hati ini setakat ini... telah aku bukakan hati ini untuk orang lain namun belum lagi aku buka sepenuhnya selagi dia yang baru atau yang bakal datang dalam hidupku itu tidak menjadi seorang suami kepada aku.
 Aku maklum, pada usia ini aku tidak boleh terlalu memilih.... tetapi jika sudah takdirku aku akur, aku redha....
Semoga aku akan bertemu seseorang itu yang suka berbaju Melayu  juga... supaya tenang hati ini..
Dan semoga aku berpeluang untuk menjahit pakaian untuk seorang insan yang bergelar suami, dan setiap jahitan yang tersulam itu akan aku bekalkan doa dan kasih sayang buat suamiku itu... alangkah kacaknya dia jika berbaju Melayu...

    Dan teringat peristiwa lebih seminggu lalu, ketika pemuda itu melihat aku, aku tersenyum manis kepadanya... bukan kerana apa.. kerana ketika itu aku melihat dia begitu kacak  dengan baju Melayu merah... Ketika anakbuah ku bertanya, Huish kenapa merah sangatnya?  Baru aku tersedar aku ralit melihat pergerakan... hanya kerana dia berbaju Melayu.. Pelik, kan?  Hanya kerana dia berbaju Melayu aku terus curi-curi pandang kepadanya sedangkan dalam hati ku tidak pula terniat apa-apa.

Entah bila perangai aku ini hendak berubah.... Suka sekali melihat seorang lelaki berbaju melayu.. Dia yang aku kasihi dulu, itu pun seorang yang tidak lekang dengan baju melayu, sehingga aku tidak pernah melihat dia dalam pakaian lain.  Namun tidak pernah pun sekali aku jemu melihatnya.  Biarpun apa orang hendak kata.... aku akan tetap kata baju melayu itu anggun pada tubuh pemakainya dan menampakkannya segak. Biarpun itu hanya dari sudut pandangan aku sahaja.. apatah lagi jika dia memakai pakaian baju Melayu itu berwarna putih... Memang aku sentiasa curi-curi memandang... Perasan sahaja lebih aku, apabila dia ketawa, pakaiannya menampakkan dia lebih anggun... emmm, baju melayu putih... Dan apabila melihat dia berpakaian lengkap putih sewaktu akad nikahnya dulu, walau hanya melalui sekeping gambar... aku memang sangat suka, anggunnya dia.. kacaknya dia berbaju melayu putih.... Biarpun aku tidak dapat melihatnya lagi dalam pakaian sepasang putih itu pada waktu lain....berserta itu aku panjatkan doa agar insan itu akan terus nampak kacak dan segak di hadapan isterinya kelak... menjadi idola isterinya selama-lamanya... kerana dia berhak menerima kebahagiaan dan pujian itu.

     Biarpun bukan mudah melalui semua ini, bukan hanya pakaian yang mengikat aku kepadanya suatu masa dulu.... tapi kerana keperibadiannya yang ikhlas di sebalik pakaian baju melayunya itu.. Terima kasih Allah, memberikan aku peluang mengenali dia... dan aku berasa inilah masa dan ketika untuk aku meneruskan niat untuk berubat melawan kesan sihir dalam diri... kerana dia telah bahagia, itulah salah satu sebabnya.  Aku diberitahu oleh salah seorang bapa angkatku yang merupakan seorang pengamal perubatan tradisional  beberapa tahun yang lalu... Sekiranya aku berubat, tidak mustahil dia akan menarik balik semua kata-katanya, berkenaan ketidaksanggupan dia menerima aku kerana jarak usia dan kerana menganggap aku tidak tahu malu terkejar-kejarkannya... Aku tangguhkan dulu kerana aku sangat mengasihinya... kerana aku ingin dia tetap hebat dan gah.... pada pandangan semua... Kini, aku rasakan tidak ada apa-apa yang menghalang aku terus dengan keputusan ini... dia sudah ada komitmen yang benar dan ikhlas di sisi Allah... dengan segala apa yang aku tahu, dia tidak akan mengabaikannya, setelah dia memulakan langkah itu... dia tidak akan berpaling semula... dia tetap pendirian.  Andai aku sembuh sepenuhnya dan kira-kira masih ada kasih itu di hatinya, jika terbit semula perasaan itu di hatinya.... bagaimana sekalipun tarikan aku kelak kepada oranglain, dia pasti akan teguh dengan pendiriannya.
      
         Aku pasti semua itu... dia seorang lelaki yang sentiasa anggun pada pandanganku biarpun tiada fesyen lain selain berbaju melayu itu... akan tetap utuh dengan prinsipnya... Dia akan cuba merasionalkan semuanya dengan betul... aku pasti dan aku akan berdoa, semoga dia bukan antara individu yang akan kembali kepada perasaan asalnya jika aku sembuh kelak. Aku tidak mahu dia kembali kepadaku, biarpun dulu dia menjauhiku mungkin disebabkan oleh pengaruh sihir itu... Bukan aku tidak lagi menyayanginya tetapi kerana kasihku kepadanya aku tidak akan menggugat kesejahteraan dan kebahagiaan yang dia kecapi ketika ini... dan insyaallah untuk selamanya..

      Entahlah,,,,, apakah sebenarnya perasaanku ini, aku tidak pasti.  Ketika aku sujud di hadapan kaabah setelah bermimpikan dia 3 tahun yang lalu... aku berniat jika dia ditakdirkan tidak bersamaku, semoga dia akan tetap dengan perjuangannya dan semoga dia menjadi seorang yang hebat, sekurang-kurangnya di hadapan keluarganya...Aku pasti tentu dia amat segak berpakaian baju Melayu sedondon dengan isterinya.  Aku bersyukur, aku pernah melihat dia memakai baju melayu yang pernah aku jahit untuknya suatu ketika dulu..... sekurang-kurangnya aku telah berjaya untuk menjahit sepasang baju melayu  untuk dua orang dia yang memberikan makna tersendiri dalam hidup ini.

    Macam sudah jauh menyasar daripada tajuk yang ingin aku catatkan hari ini... Namun antara sebab aku 'tersangkut' hati kepada dua dia dalam hidupku ini adalah kerana mereka kacak apabila berbaju melayu... Dan mereka mengajarkan aku tentang makna kasih sayang dan rindu.... dan mengajarkan aku makna harga diri dan maruah... dan mengajarkan aku tentang nilai seorang pemimpin dalam hidup.... mereka mengajarkan aku tentang peluang dan pengorbanan... mereka mengajarkan aku tentang pasrah, redha dan tawakkal... mengajarkan aku tentang taqwa... dan hidup aku ini yang mempunyai banyak ranjau ini begitu indah sehinggga kini dihiasi pelbagai warna, bukan hanya hitam dan putih, dan warna pelangi sahaja.... malah ada banyak lagi warna-warna yang menghiasi kehidupan kita ini.... Dan, catatan ini bukan hanya kerana kacaknya dia berbaju melayu..... tetapi komitmen kepada diri dan oranglain....
Terima kasih... atas segalanya.... Maaf zahir bathin untuk yang mengenali diriku, bermohon maaf atas segala yang berlaku jika ada kesilapan dan kesalahan yang tidak aku sedari.....
Wassalam....

Khamis, Ogos 18, 2011

SEMOGA TINDAKAN DAN PILIHAN INI BETUL

Menentukan pilihan itu bukanlah mudah  dan untuk memastikan keputusan terbaik itu lagi menyulitkan.. Mungkin kita sudah merasakan segala pilihan telah kita pertimbangkan dalam membuat keputusan, dan ada kalanya keputusan itu tidak pula mendatangkan sesuatu yang baik malah menjadikan sesuatu itu lebih buruk lagi.. Semua itu bukan kerana keputusan itu salah tetapi mungkin tidak diuruskan dengan betul dan sebaiknya.

Sebenarnya aku sendiri tidak pasti dengan semua pernyataan di atas. Mungkin ada betulnya.  Dalam Islam sebelum sesuatu pilihan dan keputusan itu dibuat, kita seeloknya membuat iskhtiharah... berusaha, bertawakal dan redha atas apa sahaja takdir selepas itu.  Bukanlah pula  hanya beriskhtiharah dan membiarkan semua itu terlaksana sendiri.  Namun setelah berusaha tetapi kebaikan yang diharapkan itu tidak seperti yang kita ingini, maka kita perlu bermuhasabah dan perlu redha akan segala yang ditentukan olehNYA.  Sama ada kebaikan yang melimpahruah ataupun kepayahan yang menimpa, segala itu merupakan suatu ujian dan dugaan yang perlu kita terima, maka seharusnya kita bersyukur dengan segala itu. Setiap segala sesuatu itu pasti ada hikmah di sebaliknya.

Selama ini, aku tidak membuat apa-apa keputusan berkaitan penyakit dan urusan aku disihir orang; kerana aku punyai banyak alasan dan sebab mengapa tidak berbuat demikian.  Ketika disantau dulu, ketika aku muntah-muntah darah dan mengalami kesakitan  dalam badan yang melampau, aku pernah juga diberitahu dan dinasihatkan supaya terus berubat dan berikhtiar menyembuhkan semua penyakit dalam badan aku ini. Aku tidak boleh berhenti walau seketika... tetapi aku biarkan kata-kata mereka.  Baik sahaja daripada disantau itu, semuanya telah melalaikan aku daripada terus berubat kerana aku tidak mengalami lagi kesakitan yang teruk akibat aktiviti sihir itu, walaupun aku tahu bahawa dalam diri ini masih ada pelbagai penyakit yang datang, mendatang,

Kini aku berkeputusan untuk mengubati satu lagi sihir yang ditujukan kepada aku.. Suatu yang telah aku ketahui lama dulu. Namun selalu juga aku menidakkannya. Sehingga itulah yang menjadi sebab mengapa baru kini aku memikirkan untuk menyelesaikan masalah ini.

Beberapa orang yang pernah berbincang dan membantu aku dalam mengubati penyakit sihir ini pernah memberitahu aku, bahawa setiap sesuatu yang aku tidakkan suatu masa dulu akan bertukar kepada sifat sebenarnya... maksudnya kembali kepada sifat yang sepatutnya jika sihir ini tidak ditujukan kepada aku.  Rentetan itu akan banyak dugaan dan ujian yang perlu dilalui oleh aku...  Dan kini, aku tetap diberitahu tentang perkara yang sama. Kak Z yang akan membantu aku kali ini hanya berperwatakan sederhana namun aku yakin DIA menemukan aku kali ini dengan pengamal perubatan wanita tentu ada hikmahNYA.. Aku memang mengakuinya, kerana aku lebih senang bercerita dan berkongsi cerita... kebetulan juga dia seorang tukang urut untuk perempuan.. serta boleh menolong mengubati beberapa penyakit.. Alhamdullillah, setelah dua kali bertemunya, sememangnya ada perubahan dalam diriku ini

Kini, aku sudah tidak menelan ubat untuk sakit darah tinggi lagi. Sudah hampir 3 bulan, sedangkan apabila doktor bertanya aku tetap ambil ubat atau kenapa aku tidak ambil ubat di klinik, aku akan menjawab mengambil ubat di hospital.  Aku rasa sudah beberapa kali aku berbohong. Sunat ke?  Tak tahulah sebab aku malas hendak bersoaljawab dengan doktor-doktor yang ada, walaupun ada kalangan mereka itu adalah saudaraku sendiri.

Berat badan pun sudah menyusut, semakin ideal dengan ketinggianku.. biarlah orang tidak perasan pun. Aku yang tahu, sebab banyak pakaian yang perlu aku ubahsuai atau simpan.. Beberapa penyakit pun sudah semakin menghindar, alhamdullillah. Bukan aku utamakan sangat pun, kecantikan fizikal ini namun mungkin itulah juga faktor utama oranglain mengenali individu itu.  Semoga kecantikan luaran itu disertai dengan kecantikan dalamannya.  Memang kecantikan itu antara kriteria untuk pemilihan jodoh namun keutamaan adalah kepada agamanya..

Itu semua kesan kepada diri aku ini, tidak pula hal itu memberikan masalah kepada sesiapa mahupun diriku sendiri. Kak Z juga ada berkata, kembalinya keadaan seperti sediakala itu juga bermakna tentang semua hubungan yang pernah aku lalui.. Hal inilah yang sangat merisaukan aku kini... mereka yang tidak menyukai aku ketika aku menyukai mereka dahulu akan juga berubah sikap. Mereka yang menyukai aku tetapi aku  tidak menyukainya juga akan tetap menyukaiku... Aku tidak akan ada perubahan pula.. Bukan Kak Z sahaja berkata demikian... Inilah yang sebenarnya aku bimbangkan.

Jika benarlah segala itu, aku sememangnya sudah merasakan kesan itu kini... Aku tidak berasa apa-apa perubahan yang ketara. Namun perubahan itu memang ada. Dan banyak cerita-cerita lucu juga menjengah.. Dengan usia aku ini, rasanya semua yang berlaku kini, hanya layak untuk dialami oleh remaja dan orang muda.  Takkan ada sesuatu yang menyenangkan selain kita dapat menyenangkan orang lain juga..

Kejadian petang semalam begitu mengujakan juga...  ketika aku dan keluarga berbuka puasa di luar buat kali pertama.  Di restoran kecil di kediaman kami. Sesudah memesan makanan, aku meneruskan aktivitiku membaca novel yang telah menjadi minatku semula sejak beberapa minggu yang lalu.  Sejurus  selepas kami menempah hidangan, masuk seorang pemuda aku kira, berbaju melayu tanpa sampin.. Dia masuk dan sepanjang perjalanannya masuk ke restoran itu dia memandangku.. aku perasan sebab aku mengangkat pandanganku ketika awal dia melangkah masuk apabila anak buahku bertanya, kenapa orang ini pakai baju melayu di kedai makan, macam nak pergi majlis kenduri atau ke majlis rasmi lagaknya.. aku hanya tersenyum, apatah lagi ketika dia bertanya tentang tandas.. aku senyum memandangnya tanpa niat...lantas dia memandangku tanpa berkelip, agak lama... aku pun tidak mahu memalukan diri sendiri dan memalukan empunya diri itu, lalu tunduk meneruskan pembacaanku... Kesian dia malu agaknya apabila anakbuah ku itu menegurnya berpakaian seperti hendak ke majlis itu dan dia masuk ke restoran itu bertanyakan tandas...
       Namun tidak terduga rupanya dia berbuka di restoran itu, selepas dari tandas dia memilih posisi  membelakangkan aku... kebetulan aku memang duduk di tepi dinding... Sementara menunggu pesanan kami, dia membuka ipad dan mencatat sesuatu... Kata anak buahku, dia main facebook... aku gelak kecil perlahan.. tidak sangka dia berpaling memandang kami.. apabila pandangannya bertembung dengan pandangku dia larikan semula pandangan ke ipadnya itu.  Kemudian anakbuah yang nakal itu tegur aku pakai baju merah... pemuda itu seakan perasan, dia berpaling lagi kepadaku, kebetulan aku pun hendak mengangkat pendangan daripada novel kubaca ini, sekali lagi pandangan kami bertembung... Hemmm, macam cerita dalam novel pula.. aku senyum, dia pun senyum lalu memandang pakaiannya yang berwarna sama... Aku melihatnya sebab pilihan baju kami tahun ini salah satunya berwarna merah... nampak segak di tubuhnya yang berkulit sawo matang itu... Selepas itu beberapa kali dia memaling ke belakang dan memandangku, sewaktu mula berbuka, sewaktu sedang makan, sewaktu kami sibuk melayani sesama sendiri.... malah dia seperti melihat menggunakan ekor mata sepanjang waktu itu... Kebetulan setiapkali dia melihat kami, aku terasa seperti orang memandang kami dan penglihatan aku tertancap ke arahnya... Entahlah lucu sekali... Orang muda itu kategori 'macho' kata orang sekarang... hidung mancung dan rambut ala-ala kartun naruto tu... Tak nampaklah dia kalut tetapi dia seringkali tertangkap dengan tindakannya... Cuma aku tidak gemar, dia merokok... cara merokok macam ada masalah, bergaduh dengan isteri kot, sampai terpaksa berbuka sendirian dengan pakaian melayu sepasang itu.
          Sewaktu hendak membayar makanan, dia bangun melintasi meja kami... kebetulan aku sedang tersenyum dan ketawa kecil kerana gelagat anak-anakbuah ku, dia berhenti seketika.. di hadapan meja aku dan memandang aku..cuba tersenyum kepada aku yang memang tersenyum.. dia menganggukkan kepala sedikit... agak tinggi dan sedikit membongkok... aku pun buat tak tahu kerana tiada sebab aku hendak membalas senyumannya... aku biarkan sahaja. Menanti pulangan bayarannya dia berpusing menghadap meja kami... lagak agak tenang. Aku sedar dia perhati ke meja kami membiarkan saja... lalu sebelum pergi sekali lagi berpaling kepada aku.. aku memandangnya pelik... Dia berpaling senyum... terus ke kereta... menghidupkan lampu, aku memandang kereta itu, mengamati nombor plat pendaftarannya, tapi tak jelas. Untuk apa pun aku tak tahu... Sebelum dia berlalu di hadapan restoran, kereta bergerak lambat... aku perasan keadaan itu berpaling semula melihat kereta itu. Sejurus aku melihat, cermin tingkap kereta diturun perlahan, dan sebelum bergerak... aku melihat dia mengangkat tangan seakan melambai.  Fuh, apa pula yang berlaku ini?  Betul-betul macam cerita novel.... Sepanjang malam itu aku ketawa dan senyum dengan kejadian itu...
            Apa tidaknya! Dua hari sebelum itu, ketika aku dalam kereta menunggu adikku  sampai,dan aku membaca manzil, tiba-tiba cermin tingkap diketuk perlahan... Aku angkat muka dan melihat, seorang lelaki di sisi kereta... aku tidak turunkan cermin... dia mengisyaratkan cermin diturunkan... aku memandangnya hairan..dan turunkan separas sesayap angin di pintu kereta, bimbang jika ada perkara tidak baik berlaku. Dia melihat keadaan itu, dia membongkok dan  merapatkan sedikit mukanya dan berkata : "It's nothing... just say  'Hai' ! " Kemudian dia bangun dan berlalu... aku terkejut terus pandang ke arah pemuda itu.. dia berjalan tenang, beberapa kali berpaling... dan melambai.. Cubalah bayangkan..... dengan keadaan terkejut itu... panjanglah pula senyum ku.. sebelum itu lagi juga, ketika di bazar Ramadan aku ditegur oleh seseorang yang tidak aku kenali... Ops, ramahnya dia... entah apa dia cerita pun aku tak tahu, aku diam sahaja senyum dan sedikit respon mengganggukkan kepala... sebenarnya aku sudah lambat sangat.. dan banyak lagi  yang hendak aku cari.. beberapa gerai jugalah aku bersaing dengan lelaki seorang ini... apabila dia sudah selesai membeli, agaknyalah.. dan aku menanti kuih diiisikan oleh penjual... dia minta diri, katanya seronok jumpa aku dan harap dapat jumpa aku lagi... Fuh, penat pula nak memikirkan situasi itu dalam kalut aku, aku cuma mengangguk...

Hah... apa hendak dikatakan... Baru sahaja aku memulakan langkah berubat ini... yang ada sudah terlepas pada awal aku berubat itu... dia yang satu itu yang mungkin menunggu jawapanku selama enam bulan, sudahpun menjadi tunangan orang pada minggu sama aku mula berubat... Alhamdullillah itu mungkin jodohnya...dan yang seorang lagi itu pula sudah merajuk dan berkecil hati dengan aku ini, mungkin... tetapi biarlah... Mungkin itu lebih baik untuk kami..
        Sekarang ini pula, 'aura' dan 'pesona' aku sudah kembali sedikit-dikit... tapi bukanlah pula menjadi lesen aku bergembira dengan keadaan ini. Banyak juga kekalutan yang mendatang sekarang.. bukan sahaja daripada orang-orang yang tidak dikenali tetapi daripada kalangan orang-orang yang telah atau pernah aku kenali.  Telefon aku pun, asyik berdering... nombor-nombor tidak dikenali. Hish, benci... ada banyak pula orang yang hendak menelefon... bukan siang hari sahaja, malam-malam pun jadi... ada beberapa kali aku menerima mesej yang tidak suka aku baca... merayu-rayu dan bahasa yang indah-indah. Mula-mula aku tidak layan sehingga suatu ketika itu aku muak dengan sms yang ringkas itu. Aku tanya berkali-kali siapa gerangan yang menghantar sms itu... dan terjawab akhirnya... Ya Allah, kawan aku itu.... Pak Imam masjid lagi... Bahasa punyalah jiwang. Anak sudah berderet.. Naik benci pula aku, walaupun dia sudah memohon maaf.. Aku ini pula memang suka bersangka-sangka.. menganggap yang bukan-bukan... Ini yang menambah rasa tidak suka walaupun dia itu kawan lama aku.. satu lagi sms, belum lagi aku tahu gerangannya.

Aku juga menerima beberapa panggilan daripada luar negara.. tidak perlu hendak sebut negara mana... ada beberapa orang kawan di luar negara ketika ini.. termasuklah seorang dua yang pernah meng'ayat' aku dalam perbualan 'chatting' di facebook... Aku tahulah aku seorang, belum ada berganding dengan aku... tetapi usia aku pun bukan muda... antara sebab kenapa aku sudah tidak mahu fikir tentang jodoh.. Panggilan-panggilan itu tentu daripada mereka... yang selalu juga terlepas daripada aku menjawab panggilan yang mungkin pada waktu sama ada tanggungjawab yang aku laksanakan. Maka panggilan itu aku biarkan.  Lena aku pada waktu malam pun, asyik terganggu dengan panggilan yang datang daripada nombor yang tidak aku kenali... Agaknya ada yang ingat aku ini, akan menjawab panggilan pada jam 1-2 pagi itu... mengarut betul, hendak tidur pun tidak senang.

Aku pun bukan muda belia lagi. Tidak ada masa pun hendak bercintan-cintun ini... Ada kala terfikir, jika mereka hendak aku... tanya sahaja kepada emak dan abang aku di rumah di kampung... Ada jodoh, 'on'lah... tidak ada jodoh, sekurang-kurangnya tunjukkanlah juga kesungguhan itu kepada aku ini.. Memang susah juga aku hendak buka hatiku ini kepada orang lain waktu ini... setelah beberapa peristiwa aku lalui, namun insyaallah... jika bergelar suami, orang itu akan aku cintai dan menerimanya seadanya kerana ALLAH. 
     
        Masalah lain juga ialah beberapa yang menunjukkan minat  kepada aku ini, jauh lebih muda daripada aku ini... Seperti jejaka berbaju merah malam semalam itu... paling-paling dia mungkin muda 10-15tahun daripada aku... apatah lagi yang mengetuk cermin tingkap aku itu, kalau aku punyai anak... boleh buat menantu sahaja.  Masalah beginilah yang aku bimbangi... maka aku selalu bertanya kepada diri... Benarkah tindakan yang aku ambil ini... Ada juga orang yang aku kasihi dulu seakan-akan menunjukkan reaksi baik kepada ku... menelefon secara tiba-tiba, tetapi aku tidak mahu melayannya... yang secara diam-diam sering curi-curi pandang kepada aku, yang tidak pernah menegur sebelum ini, tiba-tiba berperlakuan mesra dan bersahaja, menegur... berbual dan mengusik.. Kalau hendak difikir-fikirkan banyak lagi  yang membingungkan.

        Inilah perjalanan baru hidup aku ini... dan jika aku sembuh sepenuhnya, insyaallah... aku pasti aku pula yang akan menjadi orang paling bingung dalam menghadapi semua ini... Semoga berserta semua itu, aku berdoa semoga ALLAH akan memberikan  aku kekuatan untuk menghadapi jalan baru yang belum terduga kelak. Buat masa ini ada yang aku harapkan kepada seseorang... apatah lagi menjelang pertemuan kami beberapa waktu lagi... semoga itu juga adalah pilihan terbaik aku buat masa ini... Semoga selepas pertemuan itu, akan ada sinar dalam hidup ini seterusnya hingga ke akhir hayatku kelak... yang lama namun jalinan yang baru... kerana aku ingin meninggalkan semua yang lama itu.... menggantikan yang baru ini dalam meniti hidup meniti perjalanan ke akhirat yang abadi... Ya ALLAH, semoga diberkati semua yang akan aku lalui ini...

Khamis, Ogos 11, 2011

AKU BERMOHON KEMAAFAN..

Assalamualaikum... Satu pertiga bulan Ramadan ini telah dilalui dengan jaya oleh sebahagian oleh kita.. dan, semoga kita terdiri dalam golongan mereka yang berjaya itu..

Selamat memasuki fasa pertengahan Maghfirah.. keampunan. Banyak pula dalam kalangan kita yang semakin leka dengan persiapan hari raya dan meninggalkan peluang merebut pahala yang dijanjikan dalam bulan yang mulia ini. Ketika ini semoga kita akan sentiasa ingat untuk memohon keampunan dan semoga kita mendapat keampunan dan membersihkan hati dan jiwa nurani kita.  Sebenarnya segala ini untuk menasihati diriku ini sendiri, dan sekiranya ingatan ini dapat dikongsikan dan turut menjadi tazkirah kepada yang lain, alhamdullillah... kerana inilah yang ada untuk aku bawa pergi menemuiNYA apabila tiba masanya.  Dan entah bila pula masa itu akan tiba menjemputku.  Tanda-tanda jemputan itu akan tiba sudah menjengah, namun secara tidak sedar ada ketikanya aku begitu lalai dengan keindahan dunia di sekelilingku sehingga aku melupai apa yang patut aku utamakan.

Ya Allah, ampunilah dosa aku ini.. ampuni dosaku yang daif dan sering lalai dalam menunaikan tanggungjawab dan menunaikan hakMU.. Kadangkala sholat yang lima waktu sehari semalam itu juga tidak kuberatkan... sehingga seringkali melewat-lewatkan ke akhir waktu... namun sentiasa aku ingin memperbaiki kelemahan itu, maka KAU bantulah aku... hambaMU yang lemah ini dalam menjalinkan ikatan ketaqwaan dalam imanku kepadaMU..

Adakalanya sudah menjadi lali dengan kebiasaan itu, sehingga merasakan keseronokan mengamalkan.  Itulah aku! Dalam sibuk menyelesaikan urusan dunia ini kadangkala aku lupa dengan tanggungjawabku menyelesaikan urusan akhirat.  Bukan sengaja aku ingin mengaibkan diri, sekadar mengingati bahawa keseronokan masa kini ini sebentar sahaja.  Selalu sahaja seorang teman mengingatkan aku ketika aku lupa, alhamdullillah kerana bertemankannya... "Setiap apa yang kita suka, kita senangi, kita cintai itu tidak semestinya elok dan baik untuk kita.."  dan itu juga yang selalu aku ingatkan diri ini.

Ketika aku ketawa, kita aku gembira... dalam hati ini aku berdoa, semoga aku tidak lupa.... semoga aku tidak asyik dan lalai. Semoga aku tidak lupa mengingati ALLAH... Namun dalam berjaga-jaga itu, aku seringkali diuji... sehingga kini aku sekadar akan senyum sahaja jika tertawa, sangat berhati-hati jika berkata-kata.

Kerana bicara itu bisa menyakitkan, bicara itu bisa mewujudkan rasa dendam dan iri hati, mengwujudkan rasa pedih dan sedih... kerana itu juga aku mengalami apa yang aku rasai ini... dalam aku berhati-hati.. dan dalam aku berjaga-jaga... bukan kehendak aku.

Ketika aku ditanya, apakah yang aku harapkan dengan penjelasan dan penemuan penyakit aku ini... aku diam agak lama.  Dan individu itu berkata, sungguh aku ini baik hati... maka aku tersenyum hambar... sungguh aku ini disukai oleh banyak individu lain... aku masih tersenyum nipis, tawar....
Dan aku menjawab, ubatilah aku ini, bantulah aku ini.... usah pula disakiti orang yang berbuat salah kepada aku itu.. biarlah Allah yang membalasnya.. kerana aku tidak mahu menjadi seperti dia..
Lalu aku ditanya... bahawa jika itu hak orang yang menganiaya aku, bukan akan menjadi sebab di padang Mahsyar kelak aku lambat melalui Sirratulmustakim hanya kerana menanti seseorang itu memohon maaf kepadaku.  Maka aku jawab dengan seikhlasnya... tidak jika aku memaafkannya...
Aku sendiri tiada jawapannya... Mengapa aku teraniaya dengan segala kebaikan yang aku lakukan... dan sebenarnya aku tahu itu sejak lama. Sedih hati aku ini... Hanya kerana cemburu akan aku yang lebih disenangi, maka aku dianiayai... Selama ini aku membiarkan...bukan seorang, bukan dua... yang menyatakan aku disihir, tetapi aku sememangnya tidak mahu mempercayainya... Namun kini, ketika perasaan malas untuk aku menutur dan membaca ayat-ayatNYA, firmanNYA... maka aku perlu mengatasinya...
Namun demi kerana aku sudah alpa dan culas menunaikan ibadah seperti berqiamulail, maka aku patut mencari jalan untuk menyelesaikankan.
Namun demi kerana aku sudah tidak berkuasa menunaikan ibadah sunat berpuasa pada waktu-waktu disunatkan, maka harus bertindak untuk merawatinya..

Dan aku ambil keputusan pada Ramadan yang mulia ini untuk merawati diriku ini, berserta mendapatkan bantuan daripada mereka yang lain yang berupaya membantuku... dan yang jelas aku harus menyelesaikannya sendiri.  Tiada siapa yang dapat membantu aku sepenuhnya sekiranya aku tidak membantu diri aku sendiri.
Aku sedar sebenarnya aku mampu... namun aku telah membiarkan kesakitan dan penderitaan dalam diri ini lama. Begitu lama sekali...
Sebenarnya juga aku sangat sedih... aku dianiayai kerana aku bersikap baik dengan oranglain... entah mana salahnya.. Mungkin aku banyak melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa aku sendiri sedari... Ya Allah.. ampunilah aku yang sering lupa ini.

Aku tidak menafikan bahawa aku seorang yang sangat 'menggoda' suatu masa dulu... Bukankah dikau yang 'tergoda' dengan aku suatu ketika dulu yang akhirnya menyebabkan dikau mengalirkan airmata lelakimu... aku ingin memohon maaf daripadamu... Bukan aku sengaja melakukannya...bukan aku sengaja menggodamu...bukan pula aku sengaja aku menghampakanmu... tidak pula terniat untuk mempermain-mainkanmu dan melukai hatimu itu...
Aku sesekali tidak berniat begitu... Ya Tuhan, jika sekiranya dia membaca catatanku ini, mengetahui hati aku ini.... berikanlah laluan itu! Aku ingin sekali dia mengetahuinya. Semoga dia akan terjumpa catatan ini dan memahaminya.

MPz,
Aku ketika itu hanya ingin menjadi seorang yang setia dan jujur kepada dia yang pertama hadir dalam hidup ini... dia yang mengajarkan tentang kasih sayang dan akhlak agama kepadaku... dia yang mengajarkan aku rasa hormat kepada seorang ibu... dia yang pertama menghargaiku sebagai seorang yang disayangi... hanya itu... dan aku ditakdirkan mempunyai perwatakan manja seperti itu.. Yang sebenarnya itulah aku... manja dan bersahaja... manja kerana hidupku dimanjakan.. bukan pula aku buat-buat untuk jadi demikian.

Maaf MPz...
Aku hanya ingin mengubahmu menjadi seorang yang periang, agar sikap pemalumu yang melampau itu dikau kurangkan... supaya dikau dapat menjalani segala rutin pengajian kita seperti oranglain.  Maaf, aku sering mengagah dan mengintaimu ketika itu... ketika pensyarah ketika di hadapan kelas...
Maaf ketika itu aku sering melambaimu ketika dikau melintas ke padang.
Maaf aku sering memuncung bibirku dan mengenyit mataku kepada mu ketika kita menjalani gerakerja kokurikulum dan bertoturial..
Maaf aku selalu memberikan senyuman manis dan melambaimu di dewan makan dan Kafeteria itu...
Maaf aku sering memberikan isyarat mengodamu ketika dikau dalam kumpulan perbincangan...
Maaf atas segala-gala perlakuan aku itu...

Maaf MPz...
Aku membibitkan rasa rindumu kepadaku.
Aku menyemai rasa kasih di hatimu,
Aku menanam rasa sayang di jiwamu,
Aku meletakkan bayangan diriku di ingatanmu...

MPz,
Jika aku bisa mengalunkan ucapan maaf ini di hadapanmu sekian kali setelah kejadian malam itu... Alangkah baiknya, dan dikau tidak akan mendendamiku sehingga memungkinkan kau melakukan dosa yang berpanjangan ini.

Maaf, aku menyebabkan kau merendahkan ego lelakimu merayuku...
Maaf, aku menyebabkan dikau menitiskan air matamu
Maaf, aku menolak kasih sayangmu
Maaf, aku menjauhimu selepas itu...
Maaf, aku mungkin menyakitimu...

MPz,
Kita terlalu muda ketika itu...
dan aku memegang amanah orangtuaku... amanah yang berat iaitu kepercayaan orang tuaku....
Semoga dikau memahami aku.... semoga dikau memaafkan aku...

Dan kemaafan ini yang benar-benar aku harapkan darimu...
MAAFKAN AKU KERANA MEMBUAT DIKAU MELAKUKAN DOSA INI KERANA RASA SAKIT  DI HATIMU ITU... Aku akan memaafkanmu ikhlas daripada hati aku ini... biarpun selama lebih 20 tahun ini kita tidak pernah bersua... aku berharap bahawa ALLAH akan menemukan kita kembali untuk kita saling memaafkan antara satu sama lain.

Kerana dendammu itu... aku sakit kini, aku sedih dan aku derita...
namun aku redha...
Bertaubatlah dikau dan aku telah memaafkanmu...
cuma aku ingin dengar darimu, bahawa dikau telah melupai peristiwa itu dan memaafkan aku ini...

Maafkan aku kerana aku tidak bisa melampaui batas pergaulanku... aku punya prinsip, dan bukan aku tidak mahu berkongsi apa-apa denganmu...
Dikau terlalu baik dan aku juga tidak mahu menjadi kekasih kepada kekasih yang bukan bergelar suamiku... maka aku berharap dikau sekali lagi dapat memahamiku...
Maafkan aku MPz....

Aku sedar sekiranya teman-teman yang membaca catatan ini, pasti memahaminya... namun tiada cara untuk aku memohon kemaafan itu... Aku sangat sedih dengan pesona diri aku ini yang menjadikan insan sebaikmu itu berbuka sesuatu yang dilarang agama... Aku hanya berdoa agar dapat melepaskanmu daripada dosa itu... maka aku perlu menyelesaikannya..

Aku kira kebahagiaanmu di samping isteri dan keluarga tercinta pasti telah dikau kecapi sejak dulu lagi... sejak setahun selepas peristiwa itu... cuma dikau yang sering lari daripadaku.. Aku tidak pernah menghindarimu... Namun aku sebenarnya faham.. mungkin dikau berandaian aku menganggap bahawa cinta dan kasih sayangmu itu kepada aku itu tidak ikhlas, kerana tiga bulan selepas peristiwa itu dikau sudah mendapat penggantiku... daripada kalangan junior.
Aku cuma ingin dikau tahu, aku gembira dikau berteman yang baru dan aku kira dia itulah kini isterimu, kerana selepas itu aku mendengar khabar dikau meneruskan hubungan itu walau sesudah meninggalkan kampus...

Mungkin juga aku silap kerana ketika konvokesyen kita itu, aku tidak langsung menegur sapa dan bertanya khabarmu... Maaf MPz, semua kerana aku terkejut dengan seorang lagi sahabat yang mempertikai hubungannya denganku. Aku memang tidak pernah menduga bahawa dia memutuskan pertunangannya kerana aku... dan dia mendoakan aku dan dia yang aku kasihi itu tidak bersama juga.  Aku mendengar kisahnya dan aku menyesali apa yang berlaku ini.

Namun, dia kini sudah aku temui... dia dengan gembira memperkenalkan keluarga dengan rasa gembira dan bahagia... Walau dulu aku menjangkakan bahawa dia adalah orang yang menganiayai aku ini... berbual dan bergaul dengan keluarganya, aku yakin dia sudah mengikhlaskan peristiwa penolakan cintanya oleh aku dulu.. dan kini aku berbahagia kerana kebahagiaannya...

Berbanding denganmu, MPz....
dikau tidak menjadi temanku seperti dia-dia-dia yang lain...
dikau terus lari daripada aku, kisah lukamu...
dikau terus menjauh daripada aku, cinta pertamamu...
dikau terus menghindar daripada aku, yang pernah di hatimu dulu...
kita tidak berteman sepertimana aku dan dia...

Aku memendam perasaan ini dan menyimpan rasa tidak percaya ini jauh di sudut hatiku... biarpun aku tahu jenis sihir apa yang aku hadapi selama 20 tahun ini, yang salah satunya datang daripadamu... inilah gerak hati dan naluriku... apabila aku disahkan mengalami sihir itu, aku hanya teringatmua... biarpun itu bukan bukti sebenar, namun penderitaanmu yang sungguh menyakitkan dalam kalangan semua dia dalam hidupku..

MPz,
kini aku sudah banyak kali dihukum...
ditolak kasih sayang aku ini....
menolak kasih sayang orang kepada aku ini...
kerana sihir itu...
aku bisa berusaha untuk mengubati diri ini,
aku boleh sahaja berikhtiar membuka hati ini...
namun aku tidak bisa untuk terus menyakiti hatimu...
maka aku ingin sekali dikau untuk memaafkan aku ini..
dan aku akan terus berdoa agar kemaafan untuk aku ini akan mengubati sedikit hatimu...
dan aku akan terus berdoa supaya dendam di hatimu itu akan terhindar...
maafkan aku...untuk kesekian kalinya...


Semoga dikau akan sentiasa dalam rahmatNYA, ehsan kepada aku yang pernah dikau kasihi dulu..
Semoga dikau akan sentiasa dalam keberkatanNYA, ehsan kepada aku yang telah dikau buang jauh daripada hatimu kini...


MPz....
Dalam bulan Ramadan ini aku memohon kemaafan ikhlas daripada hati ini.. DIA akan mengampunkan aku atas segala urusan aku denganNYA. Namun untuk urusan antara sesama manusia ini, aku perlu selesaikan sendiri dan aku perlu memohon kemaafan daripada orang yang pernah aku sakiti... semoga ada kemaafan buat diri aku ini...daripadamu..

Ya Allah, KAU bukakanlah jalan-jalan yang luas untuk memboleh usaha aku ini berhasil... Semoga dia akan membaca catatan ini... bukan sebagai penghinaan dan pengaiban tetapi demi mencari keredhaan dan kemuliaan... dan semoga KAU bukakanlah hatinya memaafkan aku ini dan insaf... kerana dia akan menanggung dosa itu berpanjangan.  Semoga dosa itu akan terhindar darinya.... Jauh, jauh, jauh sekali, segala dendam itu daripada hatinya... semoga dia akan lebih gembira dan bahagia  selepas itu...

Dan yang akhirnya, MAAFkanlah aku kerana catatan ini.... sekiranya ada yang berasa hati dan terkilan dengan catatan ini... aku perlu melakukannya, untuk penyelesaian ini... perlu sekali... jadi usah aku dimarahi kerana kekhilafanku ini... Semoga segala usaha ini akan mendapat pertolongan dariMU..

Khamis, Ogos 04, 2011

RahsiaNYA atas segala sesuatu itu tidak akan sesiapa ketahui..

 Nampaknya hari ini aku ingin mencatat kisah hatiku yang dihampakan ini lagi.... Terguris? Luka? Kecewa? HAMPA? .... Entah masih ada dalam kamus hidup ini lagi atau tidak, aku sendiri pun tidak pasti... Memang sukar untuk aku pastikan lagi.

Ketika sahabat itu memaklumkan kepada aku tempohari, aku sendiri tidak terkejut dengan apa sahaja yang diperjelaskan. Cuma kasihan dengannya yang berusaha untuk membolehkan aku merasakan nikmat hidup seperti orang lain.
    Pernah dia berkata, " Tidak salah kita ingin berkorban dan memberi bantuan  mahupun kehidupan kita kepada oranglain... namun kita seumpama tidak bersyukur dengan  tidak adanya usaha kita untuk membolehkan diri kita untuk merasai nikmat yang diberikan olehNYA kepada kita."
     Namun sebenarnya aku amat faham... walaupun sepertinya aku ini tidak faham dan tidak mengerti banyak perkara yang dilalui. Hidup aku tidak semudah yang dilihat oleh orang lain. Memang aku tidak punyai tanggungjawab kepada sebuah rumah tangga dan seorang yang bergelar suami selama ini... namun di bahuku ini ada banyak dan bukan satu rumahtangga yang perlu aku jaga.  Siapa kata aku tidak ada azam dan cita-cita atau pun sekadar impian dalam hidupku ini...

Firman Allah yang bermaksud :
"...... dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah SWT, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya"  (Ibrahim :34)
 
      Dan, siapakah pula aku menidakkan nikmat Allah yang melimpah ruah itu... Mungkin bukan rezeki lagi kali ini... Mungkin banyak istilah sedih itu dalam kamus hidupku ini, namun aku bukanlah orang yang berputus asa. Jarang sekali aku terburu-buru dalam membuat keputusan melainkan aku akan fikirkan masak-masak. Aku ingat kata 'Abid, seseorang yang pernah berada dalam hati... Setiap apa yang akan terhasil itu seharusnya bermula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, istiqamah, berdoa dan bertawakal. Akan tetapi siapa yang tahu apa berlaku kelak. 

Kasihan melihat wajah sahabat yang berniat membantu aku supaya dapat menjalani hidup seperti oranglain...ada kehidupan aku sendiri... Dia juga pernah berkata, sudah masa buat aku ini memiliki kebahagiaan itu... biarlah mereka yang ada di sekelilingku ini melalui hidup mereka tanpa bantuan aku lagi... Namun sebenarnya ada juga nada dalam suaraku berirama sayu dan rasa bersalah... Dia tentu berasa aku akan menganggap dia telah mengecewakan aku sekali lagi dengan tindakan ini. Yang jelas keputusan itu bukan daripada dia... beberapa kali aku berkata kepadanya, jangan salahkan diri sendiri... Semua sudah diatur olehNYA dan dia hanya sebagai pengantara sahaja. Aku faham dan aku juga sedar keadaan ini ada kepincangan. Janganlah berasa bimbang atau sedih... semua rahsia ini hanya DIA yang maha mengetahui... Jika sudah ditakdirkan aku tidak berjodoh dengan orang itu, maka apa sekalipun kita usahakan akan tetap berlaku seperti yang ditakdirkan. Jika berjodoh, apa sahaja halangan sekalipun kita pasti berjodoh juga. Jangan bimbang juga aku tidak menganggap dipermainkan.. aku akan akur dengan qadak dan qadar yang ditentukan kepadaku ini. Mungkin hal ini sudah menjadi lali kepada aku ini.

        Kata orang, salah jika asyik mengingatkan masa lalu dan sering 'berinteraksi' dengan masa lalu itu dan tidak memberikan peluang untuk masa depan. Namun kita harus sedar dari masa lalulah kita berada seperti ini ketika ini.  Bercakap tentang masa lalu... memang banyak masa laluku yang tidak seindah aku harapkan tetapi tidak kurang sedikitpun yang memberikan aku kekuatan dan panduan menentukan hala tuju sebenarnya. Kisah-kisah masa lalu yang banyak memberikan aku nasihat yang baik dan menjadikan aku seperti ini. Seorang yang lebih redha dan bersabar... biarpun wajahku ini tidaklah secantik mana tetapi aku bersyukur bukan kerana semua ini aku bisa berhubungan dengan orang lain.

Malam ini, detak jantung aku ini sangat berlainan sekali. Lama aku tidak mengalaminya.. Ya Allah, apakah sebenarnya aku kecewa sehingga detak jantung ini terasa seperti tidak keruan.  Aku tidak mahu mengingati sesiapa ketika ini lagi. Biarkanlah ia berlalu... sudah tiada jodoh aku dengan dia, maka aku redha.. kebetulan yang seorang lagi itu juga sudah merajuk hati dengan aku ini... aku berasa bahawa mungkin ada baiknya mereka menjauhkan diri, maka aku tidak akan membuat pilihan lagi dalam hidup aku ini. Allah itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk aku... dan aku akan terus mencari penyelesaian dalam hidup aku ini.
      Kata sahabat itu, jangan kerana hal ini aku akan berputus asa. Dan jangan pula aku kembali pula untuk hidup seperti dulu.  Maka untuk pengetahuan sahabat itu...motto yang selalu ada dalam hidup ini ialah... "Suatu kejayaan itu bermula daripada langkah pertama.. dan apabila langkah itu dimulakan maka usahlah berundur walaupun getir, kita perlu menempuhnya."
      Sukar untuk memahami hidup aku ini, sedang mereka juga tidak mengetahuinya dengan jelas. Cukup setakat ini untuk mengungkit masa silamku... yang lebih hebat daripada perjalanan hidup sebahagian daripada kalian, rakan-rakan yang sentiasa mencari kejelekan dan kekurangan orang lain sekadar untuk menutup kesalahan, kekurangan dan kesilapan diri sendiri.
      Bukan kali ini sahaja aku kesal tapi sudah beberapa kali lalu .... apabila seorang rakan, kenalan, malahan sahabat yang menikam aku dari belakang... sedangkan mereka sepatutnya membantu dan menyokong perjalanan sahabat yang lain.  Ada sahabat pernah menyatakan aku ini sangat baik.... namun sesekali aku patut melindungi diri aku sendiri. Dalam hidup ini aku sering mengalah. Katanya, binalah satu keangkuhan dan kesombongan itu dalam diri... bukanlah menggunakan hak Allah itu sebagai identiti dan sahsiah diri, tetapi menggunapakai agar diri kita ini tidak diinjak sesuka hati  oleh orang lain.

Namun bagi aku ini, untuk apa aku perlu mempertahankan sesuatu itu dengan melawannya seperti mana perlakuannya itu.  Bukankah aku kelihatan sama sahaja jika aku berbuat sesuatu yang sama dengannya. Aku akan berusaha untuk membezakan aku dan dia dan membuktikan kami tidak sesekali sama dengannya dan aku ingin sekali memungkin bahawa aku sememangnya mencari kemuliaan... Dan apabila kemuliaan yagn dicari maka akan sukar dan sulitlah perjalananku kelak. Mungkin sudah nasibku ini mempunyai kawan yang menganiayai rakannya sendiri.. Bukan seorang malah dua, tiga orang yang bersikap seperti itu.. seperti gunting dalam lipatan.. Luarannya kelihatan begitu perihatin, baik dan bertolak-ansur kepada aku, namun dalam masa yang sama menganiayai aku yang bertemankan dia dalam perjalanan hidupku ini.  Tidak pernah pula aku berniat menarik perhatian orang-orang sekeliling kepada aku sehinggakan tergamak pula seseorang yang aku anggap kawan itu mengkhianati...  Bagi aku biarkanlah. Dan antara sebab kenapa aku tidak berubat sejak awal dulu adalah kerana rasa sedih dalam hati ini, dikhianati oleh orang-orang yang dikatakan rapat denganku. Pernah berkali-kali aku diberitahu tentang pengkhianatan dan penganiayaian yang dilakukan kepada aku namun aku masih berbaik-baik dengan mereka. Aku sengaja menolak tanggapan itu walaupun bukan seorang dua yang memaklumkan hal itu.  Dengan rasa kecewa dalam hati ini, aku masih berbaik dengan mereka.. biar sahaja aku dikatakan bodoh sebab suatu masa nanti aku pasti mengetahuinya.. Bukan juga aku sengajakan mereka berbuat salah terus-menerus, cuma aku ingin mereka melihat keikhlasanku berkawan dengan mereka...

Aku sememangnya atau seboleh-bolehnya menjaga segala hubungan aku sesama manusia kerana aku berpaksikan kepada DIA yang maha berkuasa dan mengasihani. Aku juga akan cuba untuk memaafkan seseorang itu dengan segera agar semua perhubungan itu akan terus baik.

      Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah mencari penawar 'racun-racun' dalam diri aku ini agar kesakitan yang aku alami ini tidak berterusan menjauhkan aku daripada rezeki-rezeki dan jodoh yang  sepatutnya aku kecapi.  Dan aku sentiasa mendoakan mereka yang ada berbuat salah kepada aku ini akan menyedari kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lalui dan bertaubat.  Semoga kawan-kawan aku itu tidak bersangka buruk dan melakukan hal-hal khianat sama ada kepada aku mahupun orang lain.. Semoga mereka juga tidak akan berdendam dengan segala yang berlaku ini.

Keutamaan aku, amanah dalam cinta aku kepada ALLAH... semoga aku tidak akan berasa kecewa dengan cinta aku kepada manusia.  Semoga Allah akan sentiasa memberikan aku kekuatan.  Alhamdullillah kerana aku terpilih dalam melalui ujian ini.... insyaallah demi menjadikan aku lebih baik pada masa-masa kini dan akan datang... Semoga aku terus tabah dalam melalui pelbagai dugaan dan halangan. Jika DIA mengkehendaki segala sesuatu itu, maka akan terjadilah seperti yang dikehendakiNYA... Aku juga berdoa semoga aku akan sentiasa diterima disisiNYA dalam keadaan baik dan sejahtera, insyaallah... Dari DIA aku datang dan kepadaNYA lah aku akan kembali... dan semoga aku akan kembali kepadaNYA dalam keadaan sebaik-baik manusia selayaknya sebagai hambaNYA...