Rabu, Oktober 28, 2009


Aku hanya ingin singgah sebentar ke laman catatan aku ini. Rasanya sudah agak lama aku tidak menjejaki laman ini. Banyak yang berlaku dan aku agak sibuk akhir-akhir ini. Semoga segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku ini dapat aku selesaikan dengan sebaiknya.
Akhir-akhir ini juga aku melalui perkara yang tidak terduga. Diberikan kepercayaan yang tidak aku sangka-sangka. Alhamdullillah, kerana hidup aku ini masih sangat bermakna buatku.
Musim dan bulan menunaikan haji sudah tiba lagi. Aku berasa gembira dengan kehadiran ini, apatah lagi beberapa rakan dan kenalan akan dan telah berangkat ke Tanah suci Mekah tahun ini. Aku merindui.... rindu untuk mengunjungi Baitullah lagi. Ada suatu ketika, aku mengelak untuk bertemu dengan seorang sahabat yang pergi menunaikan rukum Islam kelima itu... Aku hanya bertemunya di suatu tempat yang tidak dirancang, itupun secara kebetulan. Dengan pertemuan itu aku sempat bermohon maaf dan mendoakan pemergian mereka ke tanah suci berjaya dengan sesungguhnya.

Ketika rakan-rakan lain menziarahinya sebelum pemergian itu, aku memberikan pelbagai alasan... kerana aku pasti akan menangis dan menangis lagi... Entah hasratku akan tercapai atau tidak untuk sampai ke sana lagi... Rindunya aku akan bumi suci itu.... Tempoh 44 hari suatu masa lalu dan 14 hari pada tahun lepas, menggamit lagi kerinduan aku ini. Saban malam ketika bermimpikan Masjidil Haram, Kaabah, dan Masjid Nabawi.... aku pasti terjaga dengan linangan airmata..
"YA ALLAH, YA TUHANKU.... AKU BERMOHON KEPADAMU...AGAR DIGOLONGKAN AKU LAGI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAU JEMPUT SEBAGAI TETAMU MU....."

Aku ingin menjadi tetamu MU lagi.... Apakah aku berpeluang lagi tahun ini... Indahnya ketika berada dalam dakapan kedamaian di hadapan Kaabah MU itu...
Aku tidak akan jemu mengunjungi RumahMU itu dan aku akan sentiasa berdoa agar saban tahun aku bisa menjadi tetamuMU..
Tentu sahabat aku itu berkecil hati dengan aku... MAAFkan aku kerana aku tidak kuat melawan rasa cemburu ini..... cemburu kerana kalian dapat menjadi tetamu DIA yang sentiasa di hati kita... Sedangkan aku pernah mendoakan kalian agar dapat menjadi tetamuNYA... Alhamdullillah, doa itu telah dimakbulkan...
Mungkin bukan doa aku yang kerdil ini, namun aku berasa gembira dengan peluang kalian. Cuma aku terlalu sedih jika aku tidak dapat menjadi tetamu seterusnya...
Sahabatku,
Tentu ketika ini, dikau dan keluargamu sedang menikmati kebahagiaan berada di sana.... Doakanlah aku ini... semoga ada rezeki , kelapangan urusan dan kemudahan untuk aku menjejakkan kaki ke sana lagi. Doaku semoga kalian dapat melaksanakan ibadah dengan keikhlasan dan kesungguhan hati... Rendahkan hati kalian dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan kerana dengan kerendahan hati itu, kalian pasti dimuliakan. Semoga mendapat haji yang mabrur dan maqbul.. Semoga ibadah kalian diterima dan kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati...

Pada ketika-ketika ini pula, anak-anak, adik-adik kita semua mungkin ada yang bakal menduduki peperiksaan utama. Tentu sahaja masa 24 jam yang ada sehari semalam ini merupakan satu jangka masa yang cepat benar berlalu. Rasanya, pejam celik, pejam celik.... hari besar itu akan tiba.
Doaku untuk kalian.... anak-anak didikku, semoga kalian dapat melalui peperiksaan dengan tenang dan bersedia. Buatlah yang terbaik. Jika kalian sudah berusaha, bertawakkallah kepada DIA yang Maha Berkuasa semoga najjah akan sudahnya.
Saban tahun, apabila tiba waktu -waktu begini.... hati aku ini tidak henti berdebar... Entah kebimbangan dan keresahan apa yang melanda.... Apatah lagi 2 tahun ini aku tidak bersama-sama untuk "menghantar" mereka ke medan perjuangan..... ke arena yang mencabar, peperiksaan yang menentukan masa depan mereka, anak-anak itu...
Siapa yang tahu, bukan?
Aku sentiasa resah apabila mereka membiarkan sedikit masa yang tersisa ada yang mereka sia-siakan...
Aku sentiasa bimbang apabila mereka terlalu banyak ketawa dan bergurau yang melalaikan...
Aku sentiasa khuatir apabila mereka adakalanya lebih banyak tidur daripada belajar...
Aku sentiasa bersangka-sangka apabila mereka terlalu banyak belajar tapi tidak menjaga kesihatan dan masa....
Entahlah.... apakah yang berlaku dalam hidup aku ini? Semoga mereka akan belajar dengan cara yang betul ..... Study Smart and study hard... Semoga kalian akan terus berjaya....
Jika mungkin ada kekurangan dan kegagalan sebelum ini, semoga kalian tidak akan sesekali berputus asa. Tidak akan sesekali mengalah... Tidak akan sesekali lemah...
Berusahalah.... sedayamu
Bersungguhlah.... seupayamu
berdoalah....seikhlas hatimu..
Ketika kalian melangkah kelak menuju ke dewan peperiksaan, doaku akan sentiasa mengiringi kalian. Semoga kalian dapat melalui peperiksaan dengan dipermudah oleh Allah. Biarpun ketika itu aku berada di tempat lain... pasti doaku akan mengiringi kalian...
Aku masih di dewan atau bilik peperiksaan, namun bukan bersama kalian... semoga dengan melihat dan mengawasi mereka, aku akan sentiasa tidak lupa mendoakan kalian...
Buatlah yang terbaik untuk diri kalian..
Masa begitu pantas berlalu... aku tidak dapat mencatat panjang... Sampai waktu bertemu 'Kekasih' yang kita cintai.... Semoga akan ada ruang aku mencatat lagi. Wassalam.

Selasa, Oktober 13, 2009

LESTARI MUHASABAH DIRI


Aku kira tidak mahu mencatat beberapa waktu ini, namun ada yang bergelodak dalam diri ini untuk aku luah dan kongsikan bersama.. Biarpun sebenarnya hal itu berdasarkan pendapat peribadi aku sendiri namun aku berharap catatan ini akan memberi sedikit pengalaman yang dapat dijadikan garis dan panduan dalam hidup aku dan hidup mereka yang lain.

Sememangnya setiap kita tidak akan sesekali mempunyai pengalaman yang sama tetapi tidak mustahil pula bagi kita untuk melalui pengalaman yang hampir serupa. Jika semua ini berkaitan semoga hal ini sesuatu yang dapat dimanafaatkan. Buat aku sendiri, punyai pendapat dan pandangan aku sendiri tentang beberapa perkara yang ingin aku catatkan seterusnya...

Pedihnya hati ini melihat 'kecurangan' yang berlaku di hadapan mata... melihat isteri-isteri yang memperlekehkan suami secara diam-diam pula mendekati lelaki lain hanya disebabkan para suami terlalu sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab... suami-suami yang bertungkus-lumus untuk membina keluarga. Seakannya tiada keadilan dalam padanan pasangan itu... Nauzubillahi min zalik... Ampunkan aku ini, Ya Allah Yang Maha Mengetahui akan kejahilan dan kebiadapan bicaraku ini.
Jodoh itu adalah rahsia DIA, dan pasti DIA lebih mengetahui segalanya.. Ampunkan aku Ya ALLAH... Bukanlah maksud aku mempertikaikannya...cuma DIA menguji seseorang itu berdasarkan kemampuan dan kekuatannya... pasti di sebalik ketentuan itu ada rahsia tersendiri dan tersembunyi.


Dan, mungkin itulah ujian yang diberikan olehNYA untuk pasangan-pasangan tersebut. Pasangan-pasangan yang sepatutnya menangani permasalahan dengan perkongsian, perbincangan dan sikap menghormati serta bertolak ansur... Ada kalangan dia yang berasa terkongkong dengan hidup berkeluarga. Dia berasakan tangisan anak-anak sebagai beban dan sesuatu yang merimaskan... Ada banyak dalam kalangan dia bersikap curang dan mengabaikan tanggungjawab sehingga pasangannya tersiksa dan teraniaya... Sedangkan dia dipertanggungjawabkan oleh DIA yang Maha Pengasih itu untuk menjaga amanah dan harta mereka di dunia dan membawa segalanya bersama-sama ke syurga yang sebenar... bukan hanya di dunia.

Namun dengan kesempatan yang singkat ini aku bukan mencatat tentang dia... tapi pasangan kepada dia. Mencatat sesuatu yang tidak aku persetujui oleh pasangan kepada dia itu.. kerana aku tidak bersetuju dengan segala kepincangan itu. Kepincangan yang dilakukan oleh golongan yang kononnya mempunyai cita-cita dan matlamat hebat. Menjadikan dia yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian akhirnya jatuh tersungkur. Dek disebabkan setelah menjadi pasangan, pasangan itu tidak dapat dididik dengan sebaik mungkin. Menjadi mutiara yang ada itu sumpek dan rosak.. Adakalanya aku tertanya-tanya, di manakah silap semua itu... kalangan isteri yang tidak menghargai dia sebagai suami yang hebat....akhirnya menjadikan keadaan itu semua sebagai satu kelemahan buat dia yang sepatutnya dimuliakan.


انماالأمل رحة منالله لأمتيو لولأالأمل ماأرضعت ام ولداولآغرس غارس شجرا

sesungguhnya Cita-cita (harapan) itu merupakan rahmat Allah bagi Umatku, seandainya tiada ada cita-cita nescaya tiada seorang ibu pun yang mahu menyusui anaknya, dan tiada seorang petani pun yang mahu menanam pokok. (Riwayat Dailami dan lain-lain)

Tetapi apa yang berlaku dalam kisahku beberapa ketika ini jauh kepincangannya... Bukan sepatutnya berlaku dalam adab dan akhlak seorang isteri... Entah mana salahnya... Dengan izin orang yang dikasihi itu, seorang isteri itu bebas bercampur gaul dengan sebarangan orang; yang mengetahui dia isteri orang; tetapi tidak membimbing isteri itu kembali kepada suaminya. Malah sentiasa leka berpacaran, sedang si suami diam di rumah menanti kepulangan isteri yang kononnya keluar dengan sesuatu alasan... ke manakah hilangnya maruah suami yang dilenyapkan oleh kepincangan si isteri... Aku sememangnya menyentuh tentang si isteri, kerana di sebalik kegagalan suami menjaga maruahnya, adalah disebabkan isteri yang mempunyai cita-cita yang tinggi... Bukan pula isteri itu lebih hebat, kaya mahupun berilmu.... tidak pula kedudukan dan status hidupnya lebih hebat daripada seorang dia sebagai suami itu... Hanya golongan sederhana yang diberikan terlalu banyak kebebasan dan kebaikan oleh suami yang bertolak ansur... Cita-cita kepada kebaikan dan kebajikan yang tidak menentu dan kisah-kisah hebat melewah menjadi diri lupa akan hakikat sebenar maruah seorang isteri.

Aku termenung dek terkejut dengan beberapa ayat daripada seorang kenalanku... " Aku berasa sangat senang dan gembira jika tidak hidup dengan seorang suami... Tidak mengapa jika dia tidak ada dalam hidup aku... aku boleh hidup sendiri... tiada dia, aku masih boleh hidup mewah dan bahagia..."

Dan beberapa ayat daripada seorang lagi kenalanku berbicara dengan seorang lagi kenalan yang lain apabila ditanya pada malam sebelumnya pulang pukul berapa... jawabnya".... sudah hampir jam 1 pagi... seronok dan gembira betul aku... rupanya masih lagi aku ada daya penarik... Siapa kata aku sudah tidak cantik... Budak-budak muda pun mesra dengan aku..."

Beristighfar panjang aku dalam hati ini.... Itulah antara kenalan dan sahabatku. Yang suatu ketika dahulu aku pernah ditempelak kerana meminta mereka pulang awal demi anak-anak dan suami. Kata mereka jangan campur urusan orang yang berkeluarga... mereka tahu bagaimana hendak menjaga keluarga... Kini, jika aku tidak punyai bukti..aku tidak bisa untuk memulangkan paku buah keras... Jika dahulu, aku ada bersama mereka untuk beberapa aktiviti, namun kini tidak lagi...disebabkan banyak sangat yang tidak boleh dalam hidup aku ini.... sebab itu pula hidup aku ini sangat 'sukar' dan tidak pernah mengecapi kebahagiaan... Itulah kata mereka, bukan kata aku, kerana aku bahagia dengan segala kekangan dalam hidup ini, sekurang-kurangnya aku tidak terjebak dalam kancah maksiat atau menempah neraka dengan sengaja. Sedangkan mereka tidak pernah sedar, DIA telah memberi peluang untuk mereka mengecapi syurga tetapi neraka juga yang mereka kejar. Apapun aku tidak pernah menghukum, cuma doaku semoga mereka sedar bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah salah.... Segala-galanya adalah ketentuan DIA... Seorang kenalan itu juga mula terbeban dengan suami yang menghadapi ujian DIA, sakit yang perlu rawatan segera... Sedang suami itu di hospital, si isteri merungut kepayahan untuk menjaga anak-anak daripada darah dagingnya sendiri. Berasakan anak-anak itu suatu beban yang mengikat mereka... Sedangkan seorang ibu itu pula sepatutnya sangat ehsan dan maha penyayang dan sabar buat anak-anak... Di manakah silap segalanya itu?

Aku menjadi lebih hairan dengan seorang sahabat, yang telah hancur perjalanan berkeluarga, menjadi batu api yang menggalakkan seorang lain yang masih bergelar isteri, menyesali hidupnya sebagai seorang isteri.. Kejam, kenalan aku itu. Memang kini aku agak sukar menerima dia sebagai sahabat.. namun dia adalah seorang sahabat yang baik buatku suatu ketika dahulu. Hanya kerana dendam kepada seorang dia, kenalan aku itu ingin menarik rakan-rakan lain menyertai hidupnya, dunianya, sebagai seorang yang bergelar ibu tunggal, janda muda... sedangkan bagiku mereka hanya menuju kehancuran yang tidak mereka sedari. Semoga mereka akan menjadi isteri-isteri yang sedar, insaf dan bertaubat. Jika suami itu pincang dalam agamanya, dalam hidupnya.... bantulah dia bangun semula, bukan kalian menjadikan jalannya bertambah sukar dan hidupnya semakin binasa. Apatah jika dia, suami kalian itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab, mengapa perlu diingkari... Kenapa kehidupan dan pergaulan bebas yang memusnahkan hidup kalian itu terus kalian selusuri?

Muliakah kalian sebagai seorang isteri kepada Suami yang menjaga semua amanah ALLAH terhadap dirimu dan anak-anak, kalian khianati?
Hebatkah kalian sebagai seorang isteri kepada suami yang memberikan mu kebebasan dalam menentukan kehidupan kalian dan keluarga, diingkari?
Bahagiakah kalian melihat suami yang ihsan dan kasih akan dirimu dan kalian,tersisih dan dihina kerana perlakuan kalian?
Sedarlah.... dunia rumahtangga yang kalian ada ini anugerah DIA untuk menyubur kasih dan sayang dan cinta yang luhur dan suci... maka bersyukurlah....
Yang seronok itu tidak semesti baik untukmu...
Yang Indah itu tidak semestinya sesuai untuk kalian...
Yang manis itu bukan semestinya ubat yang baik...
Yang menyenangkan itu tidak pasti suatu yang sentiasa membahagiakan...
Yang mewah itu tidak semesti kekayaan buatmu...
Yang bebas itu bukan tiket kelapanganmu...
MAKA...
Berfikirlah...
Kembalilah...
kepada FirmanNYA dan Sunnah RasulNYA...
Kalian tidak akan tersesat dalam apa keadaan sekalipun....
Muhasabahlah... Wassalam.