Rabu, Oktober 28, 2009


Aku hanya ingin singgah sebentar ke laman catatan aku ini. Rasanya sudah agak lama aku tidak menjejaki laman ini. Banyak yang berlaku dan aku agak sibuk akhir-akhir ini. Semoga segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku ini dapat aku selesaikan dengan sebaiknya.
Akhir-akhir ini juga aku melalui perkara yang tidak terduga. Diberikan kepercayaan yang tidak aku sangka-sangka. Alhamdullillah, kerana hidup aku ini masih sangat bermakna buatku.
Musim dan bulan menunaikan haji sudah tiba lagi. Aku berasa gembira dengan kehadiran ini, apatah lagi beberapa rakan dan kenalan akan dan telah berangkat ke Tanah suci Mekah tahun ini. Aku merindui.... rindu untuk mengunjungi Baitullah lagi. Ada suatu ketika, aku mengelak untuk bertemu dengan seorang sahabat yang pergi menunaikan rukum Islam kelima itu... Aku hanya bertemunya di suatu tempat yang tidak dirancang, itupun secara kebetulan. Dengan pertemuan itu aku sempat bermohon maaf dan mendoakan pemergian mereka ke tanah suci berjaya dengan sesungguhnya.

Ketika rakan-rakan lain menziarahinya sebelum pemergian itu, aku memberikan pelbagai alasan... kerana aku pasti akan menangis dan menangis lagi... Entah hasratku akan tercapai atau tidak untuk sampai ke sana lagi... Rindunya aku akan bumi suci itu.... Tempoh 44 hari suatu masa lalu dan 14 hari pada tahun lepas, menggamit lagi kerinduan aku ini. Saban malam ketika bermimpikan Masjidil Haram, Kaabah, dan Masjid Nabawi.... aku pasti terjaga dengan linangan airmata..
"YA ALLAH, YA TUHANKU.... AKU BERMOHON KEPADAMU...AGAR DIGOLONGKAN AKU LAGI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAU JEMPUT SEBAGAI TETAMU MU....."

Aku ingin menjadi tetamu MU lagi.... Apakah aku berpeluang lagi tahun ini... Indahnya ketika berada dalam dakapan kedamaian di hadapan Kaabah MU itu...
Aku tidak akan jemu mengunjungi RumahMU itu dan aku akan sentiasa berdoa agar saban tahun aku bisa menjadi tetamuMU..
Tentu sahabat aku itu berkecil hati dengan aku... MAAFkan aku kerana aku tidak kuat melawan rasa cemburu ini..... cemburu kerana kalian dapat menjadi tetamu DIA yang sentiasa di hati kita... Sedangkan aku pernah mendoakan kalian agar dapat menjadi tetamuNYA... Alhamdullillah, doa itu telah dimakbulkan...
Mungkin bukan doa aku yang kerdil ini, namun aku berasa gembira dengan peluang kalian. Cuma aku terlalu sedih jika aku tidak dapat menjadi tetamu seterusnya...
Sahabatku,
Tentu ketika ini, dikau dan keluargamu sedang menikmati kebahagiaan berada di sana.... Doakanlah aku ini... semoga ada rezeki , kelapangan urusan dan kemudahan untuk aku menjejakkan kaki ke sana lagi. Doaku semoga kalian dapat melaksanakan ibadah dengan keikhlasan dan kesungguhan hati... Rendahkan hati kalian dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan kerana dengan kerendahan hati itu, kalian pasti dimuliakan. Semoga mendapat haji yang mabrur dan maqbul.. Semoga ibadah kalian diterima dan kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati...

Pada ketika-ketika ini pula, anak-anak, adik-adik kita semua mungkin ada yang bakal menduduki peperiksaan utama. Tentu sahaja masa 24 jam yang ada sehari semalam ini merupakan satu jangka masa yang cepat benar berlalu. Rasanya, pejam celik, pejam celik.... hari besar itu akan tiba.
Doaku untuk kalian.... anak-anak didikku, semoga kalian dapat melalui peperiksaan dengan tenang dan bersedia. Buatlah yang terbaik. Jika kalian sudah berusaha, bertawakkallah kepada DIA yang Maha Berkuasa semoga najjah akan sudahnya.
Saban tahun, apabila tiba waktu -waktu begini.... hati aku ini tidak henti berdebar... Entah kebimbangan dan keresahan apa yang melanda.... Apatah lagi 2 tahun ini aku tidak bersama-sama untuk "menghantar" mereka ke medan perjuangan..... ke arena yang mencabar, peperiksaan yang menentukan masa depan mereka, anak-anak itu...
Siapa yang tahu, bukan?
Aku sentiasa resah apabila mereka membiarkan sedikit masa yang tersisa ada yang mereka sia-siakan...
Aku sentiasa bimbang apabila mereka terlalu banyak ketawa dan bergurau yang melalaikan...
Aku sentiasa khuatir apabila mereka adakalanya lebih banyak tidur daripada belajar...
Aku sentiasa bersangka-sangka apabila mereka terlalu banyak belajar tapi tidak menjaga kesihatan dan masa....
Entahlah.... apakah yang berlaku dalam hidup aku ini? Semoga mereka akan belajar dengan cara yang betul ..... Study Smart and study hard... Semoga kalian akan terus berjaya....
Jika mungkin ada kekurangan dan kegagalan sebelum ini, semoga kalian tidak akan sesekali berputus asa. Tidak akan sesekali mengalah... Tidak akan sesekali lemah...
Berusahalah.... sedayamu
Bersungguhlah.... seupayamu
berdoalah....seikhlas hatimu..
Ketika kalian melangkah kelak menuju ke dewan peperiksaan, doaku akan sentiasa mengiringi kalian. Semoga kalian dapat melalui peperiksaan dengan dipermudah oleh Allah. Biarpun ketika itu aku berada di tempat lain... pasti doaku akan mengiringi kalian...
Aku masih di dewan atau bilik peperiksaan, namun bukan bersama kalian... semoga dengan melihat dan mengawasi mereka, aku akan sentiasa tidak lupa mendoakan kalian...
Buatlah yang terbaik untuk diri kalian..
Masa begitu pantas berlalu... aku tidak dapat mencatat panjang... Sampai waktu bertemu 'Kekasih' yang kita cintai.... Semoga akan ada ruang aku mencatat lagi. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan