Jumaat, Julai 31, 2009

JIKA PENJELASAN TIDAK DAPAT MENJELASKAN, PERLUKAH LAGI PENERANGAN MENGURAIKAN KEKUSUTAN?

Allahu Akbar.... adakah aku membuat kesilapan dan sebarang kesalahan dalam aku menjalani liku-liku hidup ini. Sehingga ke hari ini pula disebut-sebut akan sesuatu yang amat tidak menyenangkan aku. Kadangkala aku terfikir, tidakkah mereka yang sering mempertikaikan aku itu mempercayai qadak dan qadar Allah. Mustahil, kerana di minda dan dalam dada mereka ada ilmu dan pengalaman yang banyak dek bertambahnya usia dan dek jauh perjalanan yang telah dilalui selama ini... Mungkin aku yang salah atau silap... jika ia benar, maafkan aku ini yang sering alpa dengan perjalanan yang berliku-liku dan bersimpang-siur ini.



Selama beberapa waktu ini, aku menyelusuri hidup aku seperti sepatutnya, tiada kekurangan dan kelebihan apa-apa sehinggakan membolehkan orang lain mempertikaikan segala-galanya tentang aku. Mungkin aku tidak seperti dulu dalam aktiviti luar namun aku masih punya banyak tanggungjawab lain, yang aku kira aku perlu mengutamakannya dan mendahulukannya. Aku tidak pasti itukah sebenarnya dipertikaikan akan diri aku ini.

Aku bukanlah seorang yang sempurna sehinggakan tiada sesuatu yang dapat dipertikaikan, namun aku mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi dalam hidup aku walaupun cita-cita aku itu bukan menggunung dan sehebat orang lain, dan tidak segah orang yang mempertikai aku. Cukuplah jika hati aku ini ada dalam solat aku atau ketika aku membaca alquran dan menuntut ilmu sama ada melalui pembacaan mahupun perbincangan.. Siapa mereka yang hendak mengatur hidup aku... apa yang boleh aku buat dan seumpamanya.. sedangkan mereka juga tidak punyai apa-apa yang sangat membanggakan.


Pada pendapat aku, kita sesama muslim bertanggungjawab kepada muslim yang lain..tapi bukanlah mencampuri hidup mereka. Tidak senangkah hati kita melihat kawan kita berharta, sahabat kita berjaya, dan kekasih kita bahagia... mahupun bukan bahagia bersama kita.. Berkali-kali juga sudah aku nyatakan.. berfikirlah sebelum bertindak, bermuafakat dan bermusyawarahlah sebelum membuat keputusan...muhasabahlah diri kita sebelum kita mempertikaikan kewibawaan dan kemampuan orang lain...

Ambillah iktibar daripada peristiwa lalu...biarlah pun ketika itu kita tidak ikhlas dalam bertindak, maka tiada ketenangan hati kita pula kerana dalam tindakan itu kita menyebabkan hati-hati orang lain terluka.
Tolong...usahlah menjadi prihatin sehingga menjadi bebanan kepada orang lain
Tolonglah...usah menjadi toleransi sehingga menjadi beban pula kepada diri sendiri.
Tolonglah juga...usah menjadi seorang pendengar yang baik sehingga tiada kesempatan untuk membantah dan menyebabkan masalah kepada mereka.

Apapun yang kita lakukan, pastinya memberikan sebab dan alasan yang tertentu. Biarpun aku rasa aku memahami namun ada ketika kebenaran itu adalah begitu pahit.
Mengapakah kita mempertikaikan rezeki yang diperoleh orang lain. Apakah mungkin kerana gaji mereka tidak sebanyak gaji kita dan hidup mereka tidak sebaik hidup kita. Mengapakah di hati kita dan di minda kita perlu mempersoalkan mengapakah semua itu ada kepada mereka, seperti kita atau melebihi yang kita ada. Sedarlah, bukan kita yang memberikan rezeki. Ar-Razak yang maha Kaya dan Maha Pemurah. Mungkin mereka tidak sehebat kita, bergaji dan berusaha lebih seperti kita, tapi rezeki itu juga bukan kita punya. Sedang yang kita ada hari ini pun tidak akan kekal. Hidup kita umpama roda, sekejap di atas dan tidak terkena batuan dan lumpur, tapi dalam sekejap itu juga kita mungkin sudah berada di bawah. Siapa tahu. Dia juga sudah menjanjikan rezeki berganda buat mereka yang membina mahligai bahagia keranaNYA, sedangkan dalam mengimami sembahyang bagi seorang dia yang sudah berkeluarga 70 kali ganda ganjaran pahalanya... Mungkin nanti ditambah dengan rezeki anak-anak yang soleh dan solehah yang lahir daripada keluarga yang dirahmati Allah. Aku kira dalam kalangan kita ini, pasti kalian lebih mengetahui dan memahami. Jadi, bukanlah persoalannya jika gaji mereka kecil berbanding kita, waima 2-3 kali ganda sekalipun.. mereka tidak dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..


Aku juga ingin menjelaskan... aku sentiasa beriltizam untuk menyempurnakan urusan aku dengan sebaik mungkin.. Aku sedikit ralat dengan pertanyaan-pertanyaan yang mempertikaikan urusan-urusan yang bukan menjadi tanggungjawab aku. Adakah aku tidak gembira, tidak seronok, tidak gembira untuk melakukannya.. mengapa aku tidak ingin menerima pengiktirafan dan mengelakkan diri.. Adakah kerana dia, aku hidup dalam keadaan yang tidak menentu dan tidak sempurna. Mengapa harusnya reputasi aku menurun.. dan ada banyak lagi persoalan.

Dalam laman ini, aku ingin memberikan jawapan aku dengan jelas, jika boleh menjelaskan dan jika mahukan penjelasan. Jika tidak dapat difahami, aku tidak dapat membantu apa-apa lagi. Terimalah segalanya ini dengan redha dan cubalah untuk mengerti biarpun sedikit.

Pertama, aku gembira untuk menunaikan amanah yang diberikan.. umpama aku berbuat sesuatu yang baik buat diri aku dan buat sesiapa sahaja yang ada dalam jalan hidup aku ini.
Kenapa perlu dipersoalkan bagaimana aku melaksanakan urusan dan tanggungjawab itu.. sedangkan tanggungjawab itu adalah amanah untuk oranglain. Mengapa perlu aku yang melaksanakan dan dipersoalkan. Kata Dr.HM Tuah, Dato'Dr Fadillah Kamsah dan beberapa motivator yang lain.. Dalam hidup kita ini, utamakanlah apa yang utama. Maka itulah yang aku lakukan. Aku hanya melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mengikut keutamaan aku. Jika aku tidak melakukan amanah dan tanggungjawab yang pernah aku lakukan dahulu, aku tidak sepatut dipersoalkan .

Jika segala yang aku lakukan dulu begitu sempurna dan kini aku tidak mengambil berat juga tidak seharusnya dipersoalkan. Kerana aku sudah punya keutamaan aku dalam ibadah menunaikan tanggungjawab dan amanah ini. Biarlah mereka yang sepatutnya melaksanakan dan melengkap semua itu. Mungkin mereka adalah lebih baik. Aku juga rasa tidaklah begitu sombong, sehingga tak boleh bertolak ansur mahupun membantu.. Masakan semua yang ada perlukan sentuhan aku. Aku seperti kalian, mereka juga... manusia biasa yang masih memerlukan privasi dan hidup aku sendiri. Usahlah aku ditegur kerana tugas-tugas orang lain yang tidak siap. Usahlah aku dipertikai jika tanggungjawab yang bukan tanggungjawab aku tidak sesempurna dulu. Usahlah aku dipersalah kerana sesuatu tugas itu ada kesilapan. Kita manusia yang sering lupa dan alpa.. tapi bukan satu tindakan wajar meletakkan batu untuk digalas di bahu kita, sedangkan batu itu sudah tersedia di bahu orang lain. Adalah lebih baik jika aku dipertikai kerana kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan... betapa aib dan menyulitkan pun , itu memang tanggungjawab aku.. Semoga aku tidak dipersalahkan sesuatu yang bukan tugas dan tanggungjawab aku lagi. Jika aku sering menasihati orang lain membantu dengan ikhlas.. aku ingin melakukannya dengan ikhlas. Aku tidak suka dihargai dan diberikan sesuatu yang bukan menjadi hak aku. Terima kasih kerana mengiktiraf aku tapi Maaf, kerana aku tidak ikhlas menerimanya kerana itu bukan hak aku. Semoga mengerti dan memahami.

Keduanya, bukanlah menjadi hak oranglain untuk menentukan kepada siapakah aku gunakan segala rezeki yang aku peroleh. Sedangkan kita tahu, dalam rezeki yang kita perolehi itu ada rezeki orang lain di dalamnya. Usahlah menasihati oranglain jika kita tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar. Adakah hidup dia sama dengan hidup kita? Apakah kebahagiaan kita sama dengan kebahagiaan yang orang lain kecapi? Adakah kita merasai kesusahan yang mereka rasai? Adakah kepayahan sama dengan kepayahan kita? Apakah segala-galanya sama antara mereka dan kita? Maka dengan segala itu, aku kira tidak perlulah ada orang lain yang menentukan dan menasihatkan aku kepada siapa jika ada sedekah yang aku akan berikan? Tidak perlulah melarang aku bagaimana pemberian itu akan aku hulurkan? Tidak perlulah mengatur ke mana rezeki aku akan aku uruskan... Kerana apa yang ada dalam perjalanan kita berbeza. Jika DIA memberikan kelewahan dalam hidupmu, semestinya aku juga mendapat kelewahan yang sama? Adakah kelewahan mereka juga sama. Aku hanya melaksanakan kepada yang hak.. yang mungkin pada oranglain menyusahkan aku... tapi tahukah oranglain itu apakah kesusahan itu kepada aku.

Aku ingin menjelaskan bahawa kita ini diberikan segala sesuatu itu mengikut kemampuan kita oleh DIA yang Maha Mengetahui. Kita mungkin diberikan kesenangan tapi mungkin kita diuji dengan kesenangan itu, adakah kita menjadi orang yang bersyukur? Kita diberikan kepayahan dan kesusahan dan sering kita ungkapkan pula kepayahan itu, sedangkan itu adalah hadiah buat kita jika kita kuat dan sabar...masih bersyukur... dan mungkin juga ia juga masih ujian adakah kita orang yang berputus asa. Maka, sebaik-baiknya... kita berfikir, bermuhasabah tentang hidup kita ini sebelum menjebakkan diri dalam kehidupan orang lain agar kehidupan oranglain itu sempurna , walhal hidup kita masih kucar-kacir. Dan jika kita masih tidak memahaminya juga , apapun penjelasan, penerangan, huraian tidak akan menguraikan apa-apa.

Ketiga,mengapa aku perlu rasa kekurangan atau berasa tidak gembira, atau berasa tidak seronok, atau berasa kecewa, atau berasa bimbang atau berasa takut... hanya jika kerana oranglain yang aku kasihi itu membina bahagia. IMAN aku tidak terletak kepada dia.. Maka jawapannya juga tidak terletak kepada dia. Aku tidak memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan daripada dia tetapi DIA. Tidak tahu jika ada dalam kalangan kalian yang berasakan bahagia itu adalah dari dia yang berada di sisi kalian. Tiada akan ada kekurangan atau kelebihan sama ada dia ada atau tiada... sebab aku tidak tercipta dalam dunia ini bersebabkan dia.. dan dia adalah juga milik DIA, maka DIA bisa menentukan yang terbaik dan mengapakah aku harus kecewa dengan apa yang ditentukanNYA? Kalian beriman dengan qadak dan qadar tetapi kalian sendiri yang sering mempertikaikannya. Jika ditanya mengapa itu, mengapa ini tidak berlaku kini? Aku ada jawapannya.. dulu apa sahaja urusan itu, adalah urusan aku.. tapi kini aku sudah tahu apa yang patut aku buat dan sebaliknya. Dulu aku berkorban untuk orang lain sebab aku tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan dan apa yang tidak patut... kini, aku masih melakukan beberapa hal dan urusan yang bukan tanggungjawab aku cuma kini aku lebih mengutamakan apa yang sepatutnya untuk diri aku.

Kadang-kadang aku terfikir, jika aku buat sesuatu kerja itu.. walau bukan kerja aku, aku selalu rasa gembira sebab membantu dan menyempurnakannya.. tapi ada kalangan mereka yang dibantu itu berlepas tangan.. itu sahaja sebabnya. Buatlah tugas yang memang tugas kita, bukan mengharapkan oranglain buat tugas kita, sedangkan apabila tidak sempurna kita menuding orang yang membantu sedangkan itu tugas kita, dan orang membantu itu yang salah, sedangkan itu adalah tanggungjawab kita... dan apabila orang yang membantu itu tiada, kita baru sedar itu tugas kita tetapi kita masih mencari kesalahan orang lain untuk menutup kelemahan kita. Aku dulu yang sering membantu orang lain tetapi kini tidak lagi dan oleh sebab itu, jangan cari aku jika ada yang tidak sempurna, jika tidak selesai.. dalam sebarang tugas dan tanggungjawab yang bukan diamanahkan kepada aku.

Menyebut dia dalam hidup aku.. adakah aku perlu bersedih dengan laba yang dia ada, dengan rezeki dan kebahagiaan yang dia kecapi dan dengan rahmat dan keberkatan yang dia perolehi. Hanya orang yang tidak berhati perut dan kejam sahaja sengaja menzalimi diri sendiri. Aku bahagia dan gembira dengan hidup aku ini, sebagaimana dia juga bahagia.. tak cukupkah semua itu dalam hidup kalian untuk berkongsi kegembiraan bersama aku dan dia. Bukan dia yang menentukan bahagia dan derita aku, bukan juga kalian.. Bukan dia memberikan kesenangan dan kesusahan dalam hidup aku, bukan juga kalian.. Bukan dia yang memberikan aku masa depan, bukan juga kalian.. bukan dia yang memberikan aku kekuatan dan semangat, bukan juga kalian... Tidak akan ada dia dalam penentu hidup aku, bukan juga kalian... Aku pasti 'kalian' itu tidak membaca catatan ini, tetapi aku tetap ingin mengingatkan.... Segala-gala dalam hidup aku ini, dalam hidup dia, dan dalam hidup kalian juga.. adalah DIA yang Maha Esa.. DIAlah segala-galanya. Bukan dia yang boleh mengubah atau menukarkan perjalanan hidup aku. Tiada alasan pun untuk dia menjadi sebab, punca atau sumber apa sahaja kehidupan aku ini. Maka aku tidak mahu hal ini dipersoalkan.. terutama oleh kalian sendiri yang tidak pernah sempurna tetapi mengharapkan kesempurnaan oranglain untuk menutup kelemahan sendiri.

Apakah sudah tiada perkara yang perlu difikirkan? Jika tiada, fikirlah bagaimana ALLAH menjadi alam ini untuk kita kecapi hidup yang sempurna.. dan bagaimana pula alam menjadi wahana pemusnah bagi kebahagiaan itu pula.. Jika tiada yang hendaklah ditelaah... telaahlah bicara-bicara DIA dan Rasullullah junjungan yang sepatutnya kita cintai... melalui firman dan sunnah yang benar.. Jika tiada apa yang hendak diperkatakan... alunankan zikir dan munajat kepada DIA yang mencipta kita sesempurna mungkin.. Usahlah dibicara dan dilagukan ghibah dan kritikan yang merosakkan hati dan minda... maka kalian akan tahu, apakah perbezaan orang yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui... dan kalian juga akan tahu... nikmat dan pemberian apakah yang didustakan.

Keempatnya, buat dia yang aku kasihi,
jika jalanmu masih ada pada jalan yang benar, aku akan terus menyokongmu walaupun hanya dengan sepotong ayat dalam doa aku ini. Aku ingin melihat orang-orang yang aku kasihi sentiasa bahagia dan gembira... Bersemangat dengan iltizam dan wawasan yang jitu, membina diri, membentuk keluarga, dan seterusnya membina negara dengan melalui jalan yang benar dan selagi niat baik itu ada, setiap apa sahaja yang dilakukan pasti beserta dengannya keberkatan dan kejayaan.
Ingat itu, jika aku masih mengasihi dan menyayangi, pastinya adalah kerana DIA yang kita cintai. Kerana ukhuwah yang begitu indah dan manis. Jika aku masih mengambil berat dan sentiasa berpesan, pastinya adalah kerana DIA.. kerana kita saudara seagama.. yang apabila dicubit peha kiri, peha kanan akan terasa sakitnya... betapa rapatnya sepasang mata itu, sama-sama menangis, sama-sama melihat... tetapi tidak dapat melihat antara satu sama lain... masih sentiasa bersama dalam segala keadaan... Dan, jika aku merindui, pastinya kerana DIA, kerana aku ingin orang yang aku rindui itu mendapat segala-gala yang terbaik dalam hidupnya.. kerana aku mencintai seorang dia, seorang pemimpin... dalam hidupnya, dalam keluarganya... dalam masyarakatnya, dalam hidup aku juga kerana DIA... selagi dia berada di jalan DIA.. Malah jika ada dia menggantikan dia, aku ingin dia juga seperti dia yang mengutamakan DIA. Aku juga ingin berpesan, hadapilah segala dengan tabah.. seorang pemimpin tidak boleh kalah dan berputus asa, tidak boleh takut... jika berada di jalan benar, kita perlu membuktikannya. Aku sendiri kadangkala mengapa kebetulan-kebetulan itu sejajar dengan perjalanan hidup kita... apabila sudah pergi, kita selalu berasingan... apabila sudah tiada, hidup seperti kesunyian, apabila sudah berjaya, kita seperti melupakan satu sama lain.. TETAPI, aku rasakan itu bukanlah sebenarnya.. kerana hidup kita ada DIA. Jika aku tiada tidak mengapa, jika kau tiada juga tidak mengapa.. Usahlah pula dalam membuktikan sesuatu itu, kita terpaksa melakukan sesuatu perkara itu seperti mencuri-curi... Jika ingin melihat dan memandang, perhatikan dengan berani... bukan berselindung dan mengintai-intai. Jika ingin menegur, mengikutlah adabnya...memberikan senyuman dan salam... Aku mungkin pandai memberi nasihat.. Mungkin ada kesilapan aku juga, maka orang bersalah sangka. Aku tidak pernah iri hati, berdendam, tidak ada kemarahan atau kesedihan.. malah aku tidak pernah, membenci atau melarikan diri... Mungkin keadaan yang membataskan, ruang dan urusan mengehadkan... aku tidak punya masa pun untuk memikirkan.. yang rupa-rupa apa sahaja tindakan aku menjadi perhatian dan menimbulkan prasangka orang. Aku sentiasa mendoakan agar hidup orang yang aku kasihi akan sentiasa sejahtera, dan semoga mereka juga akan ingat kepada aku serta mendoakan kesejahteraan aku... Kita akan sentiasa berasa gembira disayangi dan dikasihi.. dan kita akan sentiasa bahagia berada dalam ukhuwah yang terjalin kerana DIA.

Semoga apa yang aku catat di laman ini, membuka sedikit tanggapan positif kepada aku yang selalu mempertikaikan banyak perkara. Memberi aku peluang meluahkan apa yang aku fikirkan. Jika benar dan bermanafaat.. gunakanlah.. dan jika silap dan sia-sia, tinggalkanlah.. Semoga aku sentiasa sedar,ingat dan bermuhasabah... semoga sesiapa pun yang mengintrospeksi laman ini mendapat iktibarnya.. InsyaALLAH, aku ingin terus mencatat kisah aku dan dia...terutama dia yang memberikan kanvas kehidupan aku ini warna-warni yang indah dan beriktibar... maka untuk masa ini semoga aku diberikan luang dan ruang yang secukupnya. Jazakumullahu, Wassalam.

Khamis, Julai 30, 2009

MULIAKAH ORANG YANG MEMULIAKAN? ATAU MULIAKAH ORANG YANG DIMULIAKAN? ATAU APAKAH ORANG YANG MEMULIAKAN SEMULIA ORANG YANG DIMULIAKAN?

Alhamdullillah, aku bisa mencatat lagi hari ini... Tiada apa yang benar-benar menyukarkan hidup aku dan tiada sesuatu yang benar-benar meresahkan hati aku ini. Alhamdullillah, aku berasakan keselesaan dalam menjalani hari ini dengan rasa gembira... dengan rasa baik dan emosi aku yang stabil. Entah mengapa aku bisa tersenyum bahagia hari ini.. mungkin kerana melihat kegembiraan orang-orang yang aku kasihi... atau mungkin kerana aku melihatkan kebahagiaan dan kelewahan rezeki yang diperoleh oleh orang-orang yang aku sayangi. Terima kasih ALLAH, memberikan sedikit kesenangan hati kepada aku hari ini.


Alhamdullillah, ALLAH memberikan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran serta rasa syukur yang banyak.. Baru beberapa hari lalu aku bermohon disebabkan kehampaan kepada beberapa perkara, hari ini DIA telah memberikan aku sinar lagi... Semoga aku tidak menjadi seorang yang tamak dengan kemanisan dunia ini.. Semoga aku bisa mendidik akal dan hati ini sentiasa tawaduk dan qanaah. Cukuplah ALLAH, jika segala yang ada ini terbaik untuk aku... Namun jika ada izinMU aku ingin sekali memohon agar KAU bahagiakan ibu dan keluarga aku.. Mungkin kebahagiaan ibu dan mereka ada pada aku ini... Maka aku mohon moga dipermudahkan segala urusan aku yang akhirnya membahagiakan mereka. Aku akan lebih bahagia jika ibu dan keluarga aku dalam sejahtera dan dalam dakapan keredhaanMU. Tiada apa yang dapat kuberikan ibu, hanya kebahagiaan itu.... yang jika berlaku kepada aku ini, akan mengukirkan bentuk senyuman manis di hati ibuku itu.. KAU Maha Mengetahui apa yang aku mohon ini...semoga KAU perkenankan aku ini...

Aku ingin berbicara tentang kemuliaan orang yang memuliakan orang lain.. dimuliakan, atau semulia orang yang dimuliakan.

Aku akan selalu ingat bahawa....
Langit tidak akan selalunya cerah...
Mendung juga pasti akan berlalu...

dan bahawa aku akan selalu ingat, beratnya tanggungjawab mendidik diri aku ini, dan menjadi didikan kepada orang lain. Aku ingin menyelusuri isu ini untuk diri aku sendiri, agar belajar daripada segala sesuatu dalam perjalanan hidup ini biarpun kecil. Menyedari kesilapan dan memperbaiki kepada yang lebih baik. Semoga akan ada sinar yang menyerlah...
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ“

Sesungguhnya orang-orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji2 di kalangan orang-orang beriman, mereka memperoleh azab yang pedih di dunia dan di akhirat….” (An-Nur: 19)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallambersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ ...“

Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)

hadits Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu 'anhu dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ اْلإِيْمَانُ قَلْبَهُ، لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَوْرَاتِهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian mengghibah kaum muslimin dan jangan mencari-cari/mengintai aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat kaum muslimin, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).”

Kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud: “Hasan shahih.”)Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu 'anhuma menyampaikan hadits yang sama, ia berkata, “Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi:

يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يُفْضِ اْلإِيْمَانُ إِلَى قَلْبِهِ، لاَ تُؤْذُو الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تُعَيِّرُوْهُمْ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ
الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ، يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya.” (HR. At-Tirmidzi

Aku kira tentu kalian berasa keliru. Sememangnya aku berasa jengkel dengan beberapa hal. Sedang aku bersyukur melihat kesenangan dan kebahagiaan melimpah yang diberikan ALLAH kepada orang yang aku sering mendoakannya, ada juga yang berasa iri hati dengan kesenangan itu.. Ada yang berasakan nikmat itu tidak layak dinikmati oleh seseorang itu.. hanya disebabkan dia tidak sepandai dan searif yang memperkatakannya.. Dia tidak sehebat dan sekaya orang yang mempertikaikannya... Adakah akan mulia, seseorang yang berasakan dirinya mulia tetapi mempertikaikan kemuliaan yang diperoleh orang lain. Sehinggakan kemuliaan itu menjadi tidak mulia, malah menjadi fitnah dan ghibah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mulia itu. Hilangkah kemuliaan orang yang mulia itu jika kemuliaan dia itu dipertikaikan.

Aku memang berasa ralat dengan kemuliaan orang yang kononnya mulia tetapi dalam masa yang sama bersangka buruk dan mengaibkan orang lain. Biasanya yang mulia itu akan berasa di atas, di tempat tinggi pada tanggapan masyarakat... tetapi adakah tempat yang tinggi dalam masyarakat itu pula merupakan suatu tempat yang mulia...

Ada ketikanya kita sengaja menjatuhkan kemuliaan diri sendiri dengan mempertikaikan kemuliaan orang lain. Sehinggakan apabila kita berkata, umpama semuanya itu adalah benar, sehingga kita berada, semua yang ada itu hebat... sehingga jika kita berpunya, kepunyaan kita itu tidak ada bandingan. Ke mana perginya maruah diri orang yang mulia itu. Aku fikir... yang mulia itulah harus memikirkannya. Berkali aku katakan, catat dan ungkapkan: Tidak akan hilang bisa ular jika ular itu menyusur akar. Hanya orang-orang yang berfikir sahaja akan terus memahaminya. Berfikirlah, pasti akan ada fikiran yang benar mengiringi.

Suatu hari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu 'anhuma memandang ke Ka’bah, ia berkata:

مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ، وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمَ حُرْمَةً عِنْدَ اللهِ مِنْكِ“

Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya di sisi Allah darimu.”

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"لاَ يَسْتُرُ اللهُ عَلَى عَبْدٍ فِي الدُّنْيَا إِلاَّ سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya8.” (HR. Muslim )


Aku sebenarnya ada rasa kemarahan yang melanda dalam hati aku ini. Aku terdengar pada awalnya, dan aku mendengar sendiri akhirnya daripada yang sepatutnya.... Entah mengapa aku tidak berasa peristiwa itu suatu yang buruk tetapi lebih daripada itu, mengaibkan, memalukan, menjatuhkan maruah, dan entah apa lagi harus ku ungkapkan. Benci aku dengan sikap itu.. Benci aku dengan perlakuan buruk itu.. Andai aku dapat menghalangnya..

Aku benci melihat sikap seorang pemimpin yang hipokrit, lebih buruk lagi apabila pemimpin itu melakukan ghibah... membuat telahan salah, membuat andaian tanpa usul periksa.. membuat penilaian tanpa usul periksa... Lagi menghampakan apabila bergurau atau bersenda, bukan lucu atau lawak yang menyenangkan tetapi sindiran yang menyakitkan, dan mengaibkan.
Aku sememangnya seorang yang jarang membantah dan kurang mempertikaikan, apatah sesuatu yang bukan berkaitan dengan aku.. namun jika seseorang itu berasakan mulia dan memperlekehkan orang lain, tanggapan aku akan terus meleset... hampa.

Catatan yang berikut ini begitu menarik minat aku membacanya, lalu aku petik untuk tatapan semua.. Semoga ia boleh menggambarkan apa perasaan aku ketika ini.


Dia memuliakan diri. Diri yang dimuliakan Allah dengan menciptanya secara sempurna (Al-Quran 95: 4), lagi mulia (Al-Quran 17: 70).
Tetapi tidakkah orang yang begitu, sombong dan meninggi diri? Perasan bagus!?

Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi adalah orang yang memandang dirinya tinggi, dan memandang tinggi orang lain.
Manakala orang yang tinggi diri dan takabbur ialah orang yang memandang dirinya tinggi, dengan memandang rendah orang lain. Itu sahaja bezanya.

HARGA BERKADAR TERUS DENGAN NILAI

Orang yang tinggi harga diri, ketinggian itu datang dari nilai. Harga berkadar terus dengan nilai. Tinggi nilai, tinggi harga. Apabila seseorang itu banyak berpegang dengan nilai yang baik dalam hidupnya, maka harga dirinya juga tinggi. Orang kenang dia dengan kenangan yang baik-baik. Menyebut tentangnya pun, banyak pada kebaikan yang dilakukannya. Harga tinggi kerana nilai tinggi. Tinggi harga tinggilah penghargaan.

Tetapi orang yang ego, atau takabbur lagi meninggi diri, adalah orang yang memandang dirinya tinggi dengan memandang rendah orang lain. Kalau mahu berkata tentang kelebihan diri, pastinya disertakan dengan memperlekeh dan merendah-rendahkan orang lain. Maka jika kita mahu kenal orang yang rendah harga diri, mudah sahaja. Siapa yang suka merendah-rendahkan orang lain, tidak menghargai orang lain, maka orang itulah selalunya yang rendah harga diri.

”Orang yang tidak memilik sesuatu, tidak memberi apa yang tidak dimilikinya itu”

Tiada harga diri, tiadalah kemampuan menghargai orang lain.
Saya lontarkan kisah ini kerana mahu berkongsi dengan pembaca garis-garis pemisah di antara positif dengan negatif. Antara memuliakan diri, dengan menghina peribadi. Antara memuji dengan mengeji. Antara kritikan membina, dengan kritikan membinasa.
Kesemua pasangan di atas, ada banyak daerah kabur antara keduanya jika kita menilai dengan perasaan. Apatah lagi perasaan yang disokong oleh pemikiran negatif.


Allah memberikan kemuliaan bagi Anda ketika Anda hidup di dunia dan ketika Anda telah meninggal(kan) dunia.Allah memuliakan Anda ketika hidup di dunia ini dengan cara (lihat QS At-Thalaq [065]: 2-5):

1. Allah memberi solusi atas semua permasalahan yang Anda hadapi.
2. Allah melimpahkan rezeki dari sumber dan pada waktu yang tidak Anda duga.
3. Allah memudahkan segala urusan/pekerjaan Anda.
4. Allah menghapus kesalahan-kesalahan (sayyiat) yang sudah Anda perbuat
5. Allah melipatgandakan reward (pahala) yang sudah Anda terima.

Allah memuliakan Anda ketika meninggal(kan) dunia ini dengan cara:
1. Menghindarkan Anda dari neraka alias Anda tidak akan masuk ke dalam neraka (QS Az-Zumar [039]:61).
2. Menempatkan Anda di dalam syurga yang luasnya sama dengan luas langit ditambah luas bumi (QS Ali Imran [003]:133). Di dalam syurga, Anda hidup dalam 'kemewahan dan kenikmatan' yang mengalahkan kemewahan dan kenikmatan yang ada di dunia.

Apakah Anda sudah memiliki gelar muttaqi? Jika Anda memiliki perilaku berikut ini berarti Anda adalah seorang yang muttaqi (bertaqwa):

A. Internal
1. Beriman kepada Allah, rasul-Nya, kitab-Nya, malaikat, hari kemudian
2. Mendirikan shalat
3. Bersabar
4. Mampu mengelola (menahan) amarah
5. Bertaubat atas perbuatan yang keji dan menganiaya diri sendiri.
6. Takut terhadap (azab) Allah dan tibanya hari kiamat.

B. Eksternal
1. Memberikan harta yang dicintai baik di waktu lapang maupun di waktu sempit.
2. Memerdekakan hamba sahaya.
3. Menepati janji bila berjanji kepada orang lain (atau kepada diri sendiri).
4. Memaafkan (kesalahan) orang lain(catatan:

ciri orang yang bertaqwa dapat dilihat dalam surah Al Baqarah [002] antara lain pada ayat: 2-5, 177, 180; surah Ali Imran [003] antara lain pada ayat: 133-138; surah Al-Anbiya [021] pada ayat 48-50)


Petikan 2 :


Hendaknya percandaan tidak mengandung nama Allah, ayat-ayat-Nya, Sunnah rasul-Nya atau syi`ar-syi`ar Islam. Karena Allah telah berfirman tentang orang-orang yang memperolok-olokan shahabat Nabi , yang ahli baca al-Qur`an yang artinya:

"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka menjawab: "Sesungguh-nya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?". Tidak usah kamu minta ma`af, karena kamu kafir sesudah beriman". (At-Taubah: 65-66).

Hendaknya percandaan itu adalah benar tidak mengandung dusta.

Dan hendaknya pecanda tidak mengada-ada cerita-cerita khayalan supaya orang lain tertawa.

Rasulullah bersabda:
"Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah". (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Hendaknya percandaan tidak mengandung unsur menyakiti perasaan salah seorang antara manusia.

Rasulullah bersabda:
"Janganlah seorang di antara kamu mengambil barang temannya apakah itu hanya canda atau sungguh-sungguh; dan jika ia telah mengambil tongkat temannya, maka ia harus mengembalikannya kepadanya". (HR. Ahmad dan Abu Daud; dinilai hasan oleh Al-Albani).

Bercanda tidak boleh dilakukan terhadap orang yang lebih tua darimu, atau terhadap orang yang tidak bisa bercanda atau tidak dapat menerimanya, atau terhadap perempuan yang bukan mahrammu.

Hendaknya anda tidak memperbanyak canda hingga menjadi tabiatmu, dan jatuhlah wibawamu dan akibatnya kamu mudah dipermainkan oleh orang lain.

Aku juga hairan apabila ada dalam kalangan masyarakat aku ini, mengandaikan dirinya adalah terbaik dan apa sahaja di sisinya adalah yang terbaik. Adakah yang terbaik itu juga sangat mulia. Aku sesekali tidak menyetujui apabila berlaku penilaian, penilaian itu adalah salah tetapi amat dibanggakan... sedangkan dalam kalangan yang lainnya lebih baik dan berpotensi.
Pada aku mudah.. jika aku ikutkan hati yang diruntun oleh nafsu (syaitan).. sudah diberikan penghargaan kepada seseorang itu, seseorang yang sebenarnya tidak layak itu... maka biarlah seseorang yang kononnya layak itu yang membuktikannya... sedangkan kejayaan itu sahaja berdasarkan suatu batu loncatan... memijak orang lain untuk diri dimuliakan.. Muliakah penghargaaan mulia dan tindakan mulia itu?

Jika tidak mengenali aku tentu sahaja orang akan menganggap jahatnya aku, sombongnya aku, berlagaknya aku.. namun peduli apa dengan kata orang yang kononnya mulia tapi tidak ada nilai kemuliaan itu. Aku sebenarnya belum selesai mengungkapkan tujuan aku mencatat tetapi cukuplah dulu.. kelak akan aku catat lagi... cuma nasihat aku, buat diri aku...dan orang lain yang mahu dinasihati... menilai sesuatu buku itu usah daripada kulitnya.. telaah dan hayatinya, maka nilai itu pasti terserlah.. Wassalam.

Isnin, Julai 27, 2009

JIKA DIUSAHAKAN SESUATU YANG TERBAIK, MAKA TERUSKANLAH... KEBAIKAN AKAN TERUS HADIR DAN MENAUNGI..

ASSALAMUALAIKUM.. Aku sendiri tidak tahu apakah keadaan aku yang sebenarnya ketika ini. Ada kala aku rasakan begitu bertenang, namun sesekali terasa kosong... dan saban waktu terasa resah. Cuma aku sedikit terfikir, jika selama ini aku sering mengusaha untuk sesuatu yang terbaik dan seupaya melakukan yang terbaik... maka sewajarnyalah aku meneruskan. Mungkin suatu ketika akan ada kebaikan yang akan terus hadir dan menaungi hidup ini.

Aku mungkin mengecewakan harapan seseorang ketika ini..waima sebelum-sebelum ini, namun aku punyai sebab. Bersabarlah untuk seketika.. pasti Allah akan memberikan jalan untuk aku meneruskannya... mungkin bukan ketika ini, pasti akan ada ketikanya aku menyahut dan menyambutnya.. Jika ditakdirkan ketika itu aku mungkin terlambat, aku redha.. mungkin itu bukan yang terbaik buat aku.

Tidak mengapa jika tidak memahami dan maaf jika aku membuat menimbulkan kekeliruan untuk pembaca memahaminya.

Jika ditakdirkan aku perlu melalui liku-liku yang menyulitkan sekalipun aku akan cuba untuk melaluinya dengan ikhlas dan redha.. kerana mungkin segalanya itu memberikan aku pengalaman dan pengetahuan baru kepada aku. Dan mungkin sudah juga ditakdirkan aku hidup dalam lingkungan kehidupan yang misteri dan mistik, mungkin... aku ditakdirkan menjadi seseorang yang mempercayai sesuatu yang aneh dan karut; sesuatu yang tidak dilihat sesuatu yang positif dalam kehidupan kini yang serba moden, sosfikated serta canggih... Begitu sulit dan menyulitkan. Dan inilah aku..seorang yang berasa yakin dengan alamat-alamat yang kuperolehi melalui mimpi dan melalui gerak rasa serta rentak naluri aku.


Aku kira seharusnya aku dalam ruang yang menyelesakan ketika ini... namun ada sedikit kegelisahan yang aku alami. Entah mana silapnya ada debaran-debaran dan rentak jantung yang lalu aku alami ketika ini. Dahulu, dia yang aku kaitkan dengan segala yang aku alami.. tapi kini, adalah tidak wajar debaran, keresahan dan kebimbangan ini melanda. Mungkinkah dia atau ada orang lain yang 'menghadirkan' situasi aku ini?

Sudah agak lama aku tidak menyebut dan mencoretkan kisah aku dan dia. Bukan aku berputus asa... segalanya ini rencana Illahi buat aku, maka aku berasakan aku patut bersyukur sebelum aku terlalu leka dengan dia sehingga melupai DIA, aku sudah berundur dari dia atau lebih tepat.. dia sudah meninggalkan aku. Tiada kekesalan di hati ini meminta dan memohon kepada DIA agar dia dijauhkan daripada aku jika dengan mencintai dia, aku akan melalaikan DIA.. Aku hanya insan lemah yang kadang-kadang alpa kerana kecintaan dan kerinduan kepada dia yang mana sepatutnya aku merindui dan mendambakan DIA lebih daripada dia.

Aku sangat mencintai, mengasihi dia maka dengan kecintaan aku kepada DIA pula, aku sering bermohon agar dia akan dapat hidup bahagia dengan orang lain kerana jika dia ada bersama aku, ingatan dan rindu aku akan ada kepada dia... sehinggakan ada kalanya dia mendominasi segala-gala dalam hidupku ini...dalam tidurku, dalam jagaku, dalam tenangku, dalam resahku, dalam susahku dan dalam senangku... mujur DIA memperkenan doa aku yang daif ini... kerana aku inginkan DIA lebih daripada dia.. Maafkan aku sekali lagi kerana aku memilih DIA dalam seluruh hidup aku ini. Aku pasti dia akan sangat memahami aku kerana dia juga mencintai DIA..

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman,(iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah Mukminun : 1-2)

"Apakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak dikembalikan kepada Kami? Maha Tinggi Allah Raja yang sebenarnya" (Surah Mukminun : 115)



Pada awalnya suatu masa dahulu, aku begitu bimbang akan dia dan aku tidak akan dapat melalui semua ini dengan tenang dan redha.. sehinggakan setiapkali sesudah solat, aku pasti berdoa jika ketentuan dan sesuatu itu baik untuk aku dan dia, permudahkanlah segalanya buat kami... Aku pasti dengan segalanya; terutama tentang segala kasih sayang dan cinta seorang aku ini buat dia. Seterusnya juga selagi dia berjalan di jalan kecintaan aku yang utama itu. Aku tidak ada sebarang kekesalan.. Aku tidak pasti apa yang berlaku kepada dia. Semoga cinta barunya yang benar di jalan ALLAH itu akan berkekalan ke akhir hayat. Aku akan terus mengambil pendekatan ini, sekiranya dia menyebabkan aku teralpa daripada DIA, maka selama itu pula akan menjauhkan diri daripada dia.

Mungkin sedikit kesulitan yang aku lalui ini akan terus membuatkan aku kuat mengharungi liku-liku hidup aku... teringat setahun yang lalu, ketika aku melihat pintu kaabah itu dibuka, di hati aku ini ada dia, lantas aku bermohon kepada DIA, jika dia begitu melalaikan aku maka hindarkanlah dia daripada hidup aku... dan jika ketika itu datang, semoga aku dan dia diberi kekuatan serta redha.... seterusnya semoga aku dan dia akan diberikan segala sesuatu yang lebih baik dalam hidup ini demi kebaikan pula di dunia dan akhirat kelak.

Semoga pula aku dan dia akan diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hidup.. biarpun ketika itu aku amat berkecil hati dengan dia, namun dalam doa aku yang kerdil ini...semoga dia yang aku kasihi dan cintai akan menemui kebahagiaan...maka dengan segalanya itu, sewajarnya aku tidak akan kembali kepada sesuatu yang telah aku pinta untuk aku hindari. Aku ingin sekali dia memahami segalanya ini... dalam dunia ini, mungkin tiada bandingan kasih aku kepada dia, setiap saat dalam hidup aku ada dia...maka sebab itu pulalah, aku korbankan dia agar aku dan dia tidak akan tersasar daripada jalan yang sepatutnya.. Maafkan aku sekali lagi.

Teringat aku bait-bait ayat dalam surah Ar-Rahman yang bermaksud "maka/dan nikmat aku yang manakah yang engkau dustakan?"


"Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kamu kecuali yang telah tertulis dalam kitab (Loh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelas yang demikian itu) supaya kamu tidak berputus asa atas apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kamu. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membangkang." (Surah Al-Hadid: 22-23)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah :216)

Itulah hakikatnya dalam hidup aku sebelum ini... aku sangat menyukai dia, aku amat menyayangi dia, aku amat mengasihi dia, malah aku mencintai dia... tetapi aku sememangnya tidak mengetahui maka DIA yang maha mengetahui telah menentukan bahawa dia betapa kelak aku kasihi tanpa berbelah bagi rupanya tidaklah baik untuk aku.. Aku hanya ingin bersifat qanaah dan bersyukur atas segala nikmat yang DIA berikan kepada aku ini. Aku selalu menangis namun di mana-mana akan ada ujian dan dugaan yang perlu setiap orang lalui. Setiap orang pasti melalui kesukaran dalam hidup.. cuma berbeza tahap kesukaran dan kepayahannya.


Buat ketika ini, aku sering juga bermimpi sesuatu yang bermaknakan kepayahan dan kesukaran. Memandangkan mimpi itu juga memainkan peranan dalam hidup aku ini maka apapun yang didatangkan kepada aku akan difikirkan dan dipertimbangkan. Maka kepayahan dalam maksud mimpi aku, diserahkan ketentuannya oleh DIA yang maha mengetahui. Dia yang datang ini juga sudah aku sandarkan kehadirannya kepada DIA, dan aku fikir biarlah dia mencari orang lain..

Aku belum bersedia menerima dia dalam hidup ini walau aku ingin sekali ada dia di sisi aku. Namun bukan seorang dia yang dalam mimpi aku itu beriya-iya mengajak aku menaiki kenderaan yang lama yang masih baik dan terjaga keadaannya untuk pergi ke suatu tujuan. Namun di pertengahan jalan kerana ada suatu hal yang lebih menyenangkannya dia meminta aku untuk turun sebentar sementelaah dia berurusan dengan sesuatu itu. Aku menunggu dia dengan harapan dan dengan sabar namun setelah selesai urusan itu, dia terus berlalu dan meninggalkan aku terpinga-pinga di tempat yang begitu asing kepada aku... Biarpun itu hanya mimpi, aku fikir DIA sudah pun memberikan isyarat kepada iskhtiharah aku suatu malam yang dingin lalu. Aku tidak mahu dia berasa hampa dan kecewa namun DIA telah memberikan tanda bahawa jika ada perjalanan yang akan dilalui, dia akan meninggalkan aku pada waktu-waktu berpeluang. Aku tidak meninggalkannya tetapi dia. Bukan kenderaan atau jenis kereta yang menyebabkan aku rasa tidak sepadan dengan perjalanan itu, namun kerana sikap yang diperlihatkan kepada aku.
Aku mohon maaf kerana terpaksa menghampakan. Aku ingin mencintai dia kerana DIA. Namun DIA telah memberikan isyarat tentang dia ketika aku meminta. Dan aku yakin, itulah juga... yakni mimpi itu sebagai wahana bicara DIA kepada aku.. Biarpun aku bukanlah seorang yang sentiasa percaya dan yakin akan mimpi... tapi aku menerimanya sebagai satu cara. Ibnu Sirin menyatakan bahawa mimpi itu ada tahap kebenaran dan kepastiannya. Jika mimpi itu buruk dan menakutkan serta membawa kepada kemungkaran, Rasullullah SAW sendiri menyarankan agar kita berdoa menjauhkannya..ketika bangun, berpalinglah ke sebelah kiri dan 'meludahkan' beserta berdoa kepada ALLAH dijauhkan segala keburukan serta dilindungi daripada syaitan yang direjam. Itulah hakikatnya. DAN, aku sendiri tergolong dalam golongan yang menjadikan mimpi dan gerak naluri sebagai wahana ilham daripada DIA yang aku kasih dan cintai itu.


Dalam meniti usia aku ini, walaupun bukan semua itu adalah sepenuhnya benar, namun aku akan sentiasa berhati-hati dan berwaspada... kerana mungkin disebabkan aku berasakan bahawa aku tahu dan kesombongan akan terampai dari dalam lubuk hati aku... yang kononnya aku ini lebih tahu.. maka kerana itu juga aku selalu beristigfar dan beringat, bahawa pengalaman dan ilmu itu ukuran aku sebagai seorang yang wajar, matang dan sentiasa berfikir dengan akal yang celek bukan berfikir dengan hati yang bergelora tanpa ada akal di dalamnya...

Aku pasti setiap catatan aku ini ada kalanya menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya.. namun harapan aku di sebalik semua ini semoga akan ada sesuatu yang bermanafaat, biarpun sedikit... buat diri aku sendiri dan buat orang lain yang mengikutinya... Biarlah sedikit yang bermanafaat daripada banyak yang merugikan dan merosakkan. Setiap kali segala sesuatu itu kita melaluinya atau setiap masalah itu kita selesaikan, bersyukur dan bermuhasabahlah... semoga manafaat dapat diraih, mala petaka dapat dihindar, kemudaratan dapat disingkir... sedapat mungkin.. Dan jika kita belum tahu bagaimana untuk bermuhasabah dan bersyukur, belajarlah.. dari bawah, biarpun lambat, biarpun sedikit tetapi dengan berusaha kita pasti akan faham dan mengerti. Wassalam..wa ma'asalamma...

Rabu, Julai 22, 2009

INDAH TIDAK SEMESTI CANTIK, ELOK TIDAK SEMESTINYA BAIK?

Assalamualaikum... Ada sedikit ruang untuk aku berbicara hari ini. Mungkin isu yang agak ringan dan mudah pada sesetengah orang. Tetapi sudah menjadi kebiasaan bagi aku mungkin, sering mempersoalkan hal-hal yang dianggap remeh oleh orang lain. Bukanlah sebenarnya untuk menyentuh mana-mana atau apa-apa keadaan dan situasi , juga tidak berkaitan dengan sesiapa sekalipun. Aku cuma meluahkan keresahan hati aku ini dalam mengharungi hidup aku yang masih tersisa ini. Entah mana silapnya. Mungkin ada di dalam segala kisah yang baerlaku itu ada silap aku yang sentiasa mencari sesuatu dalam hidup aku.

Ada ketikanya, apabila aku berbuat sesuatu... aku memang sangat ikhlas, tetapi dengan adanya sesuatu yang berlaku dalam usaha aku itu, maka keikhlasan itu mungkin hanya tinggal nama sahaja.. atau mungkin sudah bertukar menjadi dosa yang tidak aku ketahui atau sangkakan. Maka dengan segalanya ini, aku perlu sentiasa bermuhasabah.... mengira butir-butir kesalahan yang mungkin aku lakukan tanpa sedar dan akhirnya membawa kemudaratan kepada aku. Hidup ini memang tidak terduga namun selagi ada kesedaran yang diberikan pasti kita akan sentiasa ada usaha yang boleh dilakukan untuk memperbaik segala sesuatu itu menjadi yang lebih baik, bermanafaat dan juga memberikan kebajikan di dunia dan akhirat.


Ada beberapa kisah dalam hidup aku beberapa waktu ini membuat aku sentiasa berasa sebal dan berasa jengkel memikirkannya. Maafkan aku kerana aku akan mengungkit beberapa perkara untuk muhasabah kita bersama, insyaALLAH..

Ilmu yang menjadi tuntutan kepada kita untuk mencarinya dari sejak kita lahir hingga ke liang lahad pastinya adalah sesuatu yang utama.. Sesuatu yang amat berguna, menjadi pelita dan menjadi penjaga kita.. Pastinya dengan bertambah sesuatu ilmu itu, seseorang itu akan menjadi seperti resmi padi..yakni semakin berisi semakin merunduk. Orang yang banyak ilmu digelar alim, ulama ..... kerana banyaknya ilmu itu semakin menambah kemuliaannya di dunia mahupun akhirat. Siapa tahu pula pada zaman kini, semakin berilmu seseorang itu semakin tinggi pula hidungnya, yang berasakan bisa menongkat langit.... ada pula yang tiba-tiba tidak mengenal akal budi, budi bahasa, kesantunan budi dan seumpamanya... Ada antaranya yang jauh melupakan adab dan lupa bagaimana hendak menghormati orang lain dan orang yang lebih tua. Dalam apa keadaan pun, sebenarnya ilmu itu tidak akan menukarkan seseorang itu menjadi lebih kufur tetapi lebih bersyukur, tidak akan menjadikan seorang yang lebih angkuh tetapi lebih tawaduk... tidak menjadikan seseorang itu kurang ajar tetapi berakhlak... tidak menjadikan seseorang itu hina tetapi mulia... Itulah sebenarnya kelebihan ilmu, pengetahuan..yang dalam masa yang sama bermaksud, tahu...mengerti ....memahami... lebih mendalami.. Entah di manalah silapnya.

Aku dalam didikku oleh orangtuaku, oleh guru-guruku, oleh alam sekelilingku, oleh masyarakat sekelilingku... oleh firman penciptaku dan oleh sunnah imamku Rasullullah SAW itu... rasa begitu sedikit ilmu yang ada sehingga boleh mengubah aku menjadi seorang yang tidak tahu diri, atau menjadi seorang yang berasa mempunyai sesuatu.... Aku tidak sanggup menggadai segalanya itu hanya kerana aku berasa terkilan, cuak, muak dengan perlakuan orang-orang yang lebih berilmu daripada aku ini.

Adakah dengan ilmu, seseorang itu boleh mengatakan itu tidak baik, ini tidak elok.. di sana ada kekurangan, di situ ada kecacatan... Semua hendak dipertikaikan hanya kerana 'aku' punyai ijazah kelas pertama, 'aku' lepasan universiti terhebat...'aku' punyai sarjana dalam pelbagai bidang..'aku' mendalami ilmu agama lebih daripada orang lain...'aku' belajar di benua Arab, di universiti terkenal di barat dan di dunia... aku ada dan pernah buat apa yang orang lain tidak pernah buat.... SEMESTINYA BUKAN ITU YANG AKAN BERLAKU KERANA ILMU ITU ADA SEGALA-GALANYA YANG ALLAH TITIPKAN...cuma manusia yang sombong yang tidak mengetahui apa-apa hikmah yang ada di dalamnya.


Seperti aspek cantik yang pernah aku catat sebelum ini.... ia fleksibel... tetapi orang yang berilmu itu dapat kita lihat daripada segala aspek lahiriah dan batiniah. Ilmu akan menjadi pakaian yang terindah buat insan yang benar-benar sedar dan tahu akan hikmah.

Mungkin mereka yang aku temui, yang sedikit melukakan hatiku ini... seorang yang diakui berilmu di atas sekeping kertas yang dipanggil dengan sesuatu nama sahaja...sama ada sijil, ijazah, kelayakan, pengikhtirafan, lesen.. bukan seorang yang benar-benar berilmu bukan hanya tercatat di dalam kertas tetapi mempunyai ijazah yang terbaik dalam universiti dunia...yakni mempunyai pengiktirafan berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pengamalan ilmu itu sendiri.

Aku berharap pencapaian dan kemuliaan dunia itu tidak akan menjadikan kita seorang yang tidak beradap apabila berbicara... tidak akan menjadikan kita tidak 'berhati perut' dalam tindakan dan perlakuan, tidak akan menjadikan kita seorang yang kurang ajar dalam kehidupan. Mana perginya nilai diri kita... berasa di lorong yang lurus tetapi memasuki pintu yang salah... Ah, jika diturutkan rasa hati tanpa ada fikir akal di dalamnya, rasanya semuanya ingin aku ungkapkan...

Aku bukan minta dihargai atau diberi kemuliaan tetapi cukuplah jika tidak mengungkapkan sesuatu yang tidak menyakiti hati aku...tambah-tambah aku lebih tua dan lebih dahulu melalui liku-liku kepayahan yang ada. Jika kebersamaan yang ada tidak mahu dikongsikan dengan aku.. apa gunanya aku bersusah-payah dan berkorban untuk orang lain. Namun aku selalu ingat, ukhuwah yang Allah utamakan itu manis...pasti ada ujian untuk pastikan aku dan orang lain mengerti maksud ukhuwah itu sendiri. Dahulu, aku yang menyediakan, mengubah apa yang ada menjadi seperti sekarang... sehingga kini aku perlu untuk memberikan 'sentuhan' supaya ia menjadi sesuatu yang lebih baik... sedangkan oranglain yang mengakui, mengesahkan dan menerima imbalan... Sebenarnya aku tidak perlu mengungkit segala ini kerana aku sudah mengikhlaskannya..namun aku kira aku perlu pula menyebutnya supaya orang lain ingat... aku tidak perlukannya, tetapi berterima kasih lah dengan mereka yang terdahulu yang berbuat sesuatu yang baik...dan kalian meneruskannya dengan segala yang ada...sepatutnya menjadikannya lebih baik baik... bukan baik pada sebutan dan pengakuan semata-mata.. Jika dahulu orang lain bersusah payah untuk menjadikan sesuatu itu lebih elok dan kalian menerima dengan keadaan yang elok itu...usahlah pula kalian mencemuh kerana kini oranglain itu tidak memberikan perhatian disebabkan kalian ada untuk meneruskan. Sedarlah, kadang kala apa yang kita ada pada hari ini, mungkin sahaja tidak akan ada, jika mereka yang terdahulu itu tidak memulakannya. Belajarlah menghormati orang lain dan menghargai usaha itu... dan jika ada peluang untuk menambah baik pastinya orang yang terdahulu itu turut menumpang gembira... mengertilah jika ilmu itu benar-benar mendidikmu.

Nukman bin Basyir r.a berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda..
" Perumpamaan orang-orang yang memegang teguh hukum Allah dan yang menyimpang darinya adalah seperti kaum yang di atas sebuah kapal. Sebahagian mereka berada di bahagian atasnya dan sebahagiannya yang lain berada di bawahnya. Orang-orang yang berada di bahagian bawah kapal tersebut apabila ingin minum harus naik ke atas dan melalui orang-orang di atas kapal tersebut. Akhirnya salah seorang daripada mereka di bawah itu berkata, "Kalau kita melubangi kapal ini, kita dapat mengambil air untuk minum dan tidak perlu lagi mengganggu orang-orang di atas". Jika apabila seluruh penghuni membiarkan orang itu melubangi kapal dan tidak berusaha mencegahnya nescaya akan binasalah seluruhnya. Namun jika apabila mereka berusaha mencegahnya, maka selamatlah kapal itu dan seluruh penghuninya."
(Hadis riwayat Bukhari dan Tarmidzi)


Dalam riwayat berkenaan, seseorang itu berilmu tetapi begitu dangkalnya ilmu yang dia ada kerana memikirkan nikmat yang akan dinikmati ketika itu... tidak sanggup bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu. Dan sekiranya seseorang yang demikian dipersetujui maka nikmat itu akan dinikmati sebentar cuma, sesudahnya apabila air memenuhi kapal tersebut kapal itu pasti karam. Inilah yang ingin aku sampaikan... tidak salahnya untuk kita berasa susah, berasa payah, berasa sulit, berasa diperlekehkan... sedang apa yang kita buat itu betul, apa yang kita buat itu memberi manafaat yang banyak, apa yang kita usahakan itu ada fadhilatnya... biar pun mengambil masa, biarpun memerlukan lebih banyak ruang, biarpun memerlukan lebih tenaga dan pengorbanan... kita mesti pastikan apa yang kita usahakan itu bukanlah berbuat sesuatu yang sia-sia. Kita tidak boleh lepas tangan... namun kadang-kadang kita berasa kecewa disebabkan kita cuma manusia biasa.


Aku pun tidak mengerti, sepatutnya aku lebih bersabar berdasarkan faktor usia, ilmu dan pengalaman yang aku ada.. namun sebagai manusia biasa aku berasa penat, aku berasa kecewa, berasa hampa... berasa banyaknya kekurangan yang ada.. Ada kalanya aku malas untuk memulakan sesuatu yang baik, sebab aku akan meneruskan segalanya itu berseorangan... mereka tidak membantu, biarpun apa yang aku lakukan itu adalah untuk mereka. Aku pun bukan minta diingati apabila mereka mendapat laba...tetapi cukuplah untuk berkongsi sesuatu agar tidak menganiaya aku... Mungkin wajar, jika aku berasa tidak perlu ambil tahu kepada mereka yang tidak bersedia berkongsi dengan aku.... Aku selalu mendengar, jika ada aku..orang lain tidak perlu bersusah payah..semua pasti beres.. tetapi apabila ketika ada sedikit kerja aku itu tidak beres yang salah itu aku, sedangkan kerja yang aku buat itu adalah tanggungjawab orang yang menuding itu.. Fikirkanlah... menuding orang lain satu jari, empat jari yang lain menuding kepada diri sendiri... apatah lagi menuding kesilapan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab tuan punya diri itu sendiri...

Cukuplah aku mencatat kali ini, ruang untuk aku melaksanakan tanggungjawab lain perlu aku tunaikan juga.. banyak lagi yang ingin aku luahkan. Jika ada keluangan oleh Allah buat aku ini lagi..pasti aku mencatat lagi.. InsyaAllah.. Wassalam.

Ahad, Julai 19, 2009

SEKADAR BERPESAN...ANDAINYA TERLUPA ATAU MELUPAKAN...( 2 )

Sambungan daripada catatan aku yang terbaru sebelum ini. Aku ingin mencatat rasa hati aku ini buat kalian teman-teman yang aku kasihi... Biarpun sebenarnya, bukan untuk kalian... mungkin buat orang lain... sementelaah aku teringat, aku ingin berpesan... mungkin pesanan ini juga adalah untuk diriku sendiri... Mungkin ketika aku terlupa atau ketika aku cuba melupakan... Sebab pada beberapa situasi kita mempunyai persamaan tetapi pada situasi lain, segalanya berbeza... Catatan ini telus dari aku tidak dipetik daripada mana-mana pembacaan atau petikan, atau laman web, atau laman blog penulis lain... Tetapi sepenuhnya daripada aku...

Sebenarnya aku tidak punya masa untuk 'membebel' terutama tentang perkara-perkara yang aku tidak mahu tahu dan terlibat dengannya. Aku kira setelah semua permasalahan kita selesai, maka terurailah segala kesulitan yang ada. Maka selesailah segala cerita dan kisah antara kita, atau antara kalian, atau antara seseiapa sahaja di sekeliling kita. Aku sudah tidak memahami perjalanan kalian lagi...sepatutnya!
Aku tidak perlu ambil tahu...tetapi apakah aku ini seorang yang sombong sehingga melupakan segala yang berlaku di sekeliling aku. Adakah aku seorang yang pentingkan diri... setelah meminta dan mendoakan oranglain berkorban..biarpun bukan pengorbanan bagi yang melakukannya, aku perlu lepas tangan begitu sahaja. Aku bukan begitu, maka catatan ini aku paparkan buat mereka, kalian dan diri aku sendiri.

Setiap kali kita mengingatkan orang lain "La Taqrabul zina.." terutama kepada orang yang menganggap kita sebagai model dan contoh buat mereka. Selalu juga kita berkata, " dalam Islam, pergaulan itu perlu dijaga... maka peliharalah matamu, peliharalah mulutmu, peliharalah telingamu, peliharalah tanganmu, peliharalah kakimu, peliharalah kemaluanmu... akal fikiran dan hatimu.... menjauhi laranganNYA dan menuruti segala perintahNYA."
Segalanya pasti mudah diucapkan...tetapi mudahkah untuk melaksanakannya? Dalam era globalisasi ini... kau di Melbourne, kau di Mesir, Kau di Kanada dan aku di Malaysia...atau sebaliknya, boleh berbicara dengan tempoh beberapa saat...segala yang baik itu banyak tetapi adakah itu yang dicari? Segala yang buruk itu juga banyak, apakah itu tidak diselusuri?
Kita tidak akan tahu bagaimana kita perlu menghadapi masa depan itu tetapi kita boleh menyusun perancangan dan bersedia untuk menghadapinya.

Mungkin aku silap mentafsir, atau mungkin aku silap membuat telahan...namun aku masih ingin menyatakannya. Apabila aku duduk berdua-duaan dengan lelaki ajnabi, walau dengan pintu terbuka dan dalam kalangan khalayak yang sentiasa lalu lalang...aku tetap ditegur, dinasihatkan... oleh mereka yang faham...dan aku kira aku yang memahami... kerana aku boleh bernikah dengan lelaki itu...biarpun lelaki itu sudahpun bernikah.. Aku akur. Sebab di situlah salahnya.. Syaitan tetap akan mendorong kepada sesuatu yang tidak baik.

Namun ada juga seorang isteri orang lain dan seorang suami orang lain yang berdua-duaan di dalam satu bilik dengan pintu terbuka...dan tidak ditegur. Mengapa? Kerana mereka tidak berbuat salah..pastinya mereka tidak boleh bernikah. Namun ia tetap salah kepadaku yang dangkal ilmu ini... Bagaimana pula dengan kedudukan tempat yang tidak berada dalam khalayak dan jarang dikunjungi orang, atau berada di hujung bangunan yang seperti berada dalam khalayak tetapi tidak dalam khalayak... pendapat aku, tetap salah kerana ia adalah penyebab fitnah... penyebab ghibah dan buhtan. Salah oranglainkah yang berbuat salah itu? Atau salah orang-orang yang sengaja menyebabkan punca fitnah itu berlaku?


Dahulu lagi aku sering menegur...biarpun betapa oranglain itu benci kepada aku, biarpun mereka itu tidak percaya kepada aku... Dahulu, mungkin kerana satu sebab... dan kini, kerana satu sebab yang lain. Aku tidak pasti benar atau tidak...dan yang jelas aku tidak mahu bersalah sangka... semoga jika ada yang membaca catatan aku ini... dan terasa pedas dek cili yang dimakannya..cubalah perihatin.

Tindak-tanduk kita sentiasa diperhatikan... oleh orang-orang yang menyayangi kita...oleh orang-orang yang mengasihi kita...oleh orang-orang yang mencemburui kita... oleh orang-orang yang memusuhi kita! Sama ada secara terang-terangan atau secara diam-diam... Inilah penilaian untuk kita di dunia, belum lagi di akhirat kelak.. Setiap manusia itu dinilai oleh kekuatan iman dan ketaqwaannya.... cuma jangan kita terleka, apabila kita berasakan kita mempunyai kekuatan iman dan taqwa namun ketika kita di sana kelak, timbangan iman dan taqwa yang ada itu tidak boleh waima menyamai keberatan timbangan dosa-dosa yang ada... malah mungkin terlalu sedikit...

kerana mungkin....
Kita bersolat sendirian dan berjemaah, tetapi dalam hati kita ada riak dan sombong.
Kita bersedekah dan berbuat kebajikan kepada anak yatim, tetapi di hati kita ada keangkuhan dan tiada keikhlasan..
Kita sentiasa ingatkan mati, tetapi dalam diri kita ujub dunia
kita berbuat salah tetapi tanggapan kita menyatakan tidak mengapa,
Kita menasihati orang lain kepada kepada kebaikan tetapi di hati kita ingin dimuliakan...
Kita berbuat sesuatu yang mulia tetapi di hati kita ingin dikatakan hebat...
Cubalah fikirkan... dua kisah yang selalu kita dengar.. 1. Seorang ulama yang telah beramal berpuluh tahun, ingin mencuba sesuatu yang ditegah agama, berzina...dengan anggapan segala amalannya pasti akan membuat ALLAH mengampuninya jika berbuat salah.. Dan apabila melakukan zina, ulama berkenaan meninggal dunia tanpa sempat memohon keampunan dan tempatnya di neraka..
2. Kisah seorang penjenayah, penzina yang sangat jahat, memberi suatu pertolongan kepada seekor anjing haiwan yang diharamkan dalam Islam..kemudian mendapat hidayah sebelum dia meninggal dunia lalu ditempatkannya di syurga yang indah.

Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita... walau sesaat yang seterusnya... maka jika kita bisa mengelakkannya, berusahalah menghindar.

Aku kira kalian sebilangan besar pembaca adalah lebih arif daripada aku yang kerdil ini... dan aku kira kalian yang berasakan catatan ini untuk mereka adalah golongan yang lebih celik agama dan ilmunya... usahlah suatu hari kita menjadi ulama dalam kisah itu... semoga kita sentiasa ingat... itulah tujuan aku berpesan.

Aku sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan orang lain... Namun berada dalam kalangan ukhuwah Islam yang manis ini.. biarpun aku tidak sekali-kali disukai oleh sesiapa yang aku tegur ini, aku rela terus dibenci...asalkan aku masih ada kekuatan untuk berpesan.. Aku bimbang kita ini sering terlupa dan kadang kala kita sengaja melupakan...

Walau apapun keadaannya, seorang wanita itu tidak seharusnya berdua-duaan dengan lelaki ajnabi...tanpa ditemani oleh muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya...syaitan ada di tengah-tengah.. Haruskah kita menuduh oranglain mencampuri hal kita, jika kita 'disebut-sebut' selalu..
Aku bukan sahaja mendengar, malah pernah melihat dengan mataku sendiri... Lemahnya imanku kerana aku memang menjauhkan diri dari semua itu... namun aku tidak mahu terus menjauh, sebab dalam situasi itu aku punyai tanggungjawab kepada saudara-saudara seagamaku... agar mereka tidak terjerumus dua kali dan terjatuh luka ....di tempat yang sama. Belajarlah daripada pengalaman lalu... jika berasakan selamat kerana kita ada suami atau isteri, adakah selamat itu sebenarnya, selamat... Adakah apa yang kita sangkakan betul itu betul. Bermuhasabahlah...

Ada kalangan mereka di sekelilingku ini, menasihati aku... Maafkanlah semua orang, maafkan diri kita...maka kita akan berasa lega, tenang dan bahagia. Memulakan hidup pada esoknya dengan hari dan tanggapan yang baru.. Memetik kata-kata Dato' Dr. Fadillah Kamsah, mungkin.. Dan maafkanlah aku yang berasakan ada sesuatu berlaku itu tetap tidak betul..lalu aku berpesan. Maafkanlah aku, menggantikan tempat syaitan yang menguja kalian kepada kenikmatan sementara....kepada racun dalam setiap perkara.


Aku masih perihatin, walau aku mungkin tidak mahu ambil tahu..
Aku masih menyayangi dan mengasihi, walau aku akan dibenci seumur hidup kalian...
Aku masih berpesan, walau aku tahu kalian lebih tahu..
Aku masih mengingatkan, walau kalian tidak pernah lupa...
kerana aku hanya ada cara itu...
menunaikan hak sebagai kawan, sahabat...
melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim...
mengotakan janji seorang musuh...
Sebagai orang yang sentiasa mencari cinta ALLAH, dan membawa orang-orang yang aku kasihi bersama-samaku..

Rasanya, sudah terlalu panjang catatan ini... walaupun tidak sepanjang catatan terdahulu. Aku berasakan untuk berhenti... kerana jika aku meneruskan, rasa hati aku ini akan terluah sejelas-jelasnya... aku tidak mahu itu berlaku. Dengan segala yang tercatat ini, fahamilah apa yang tersirat.


Ubahlah segalanya seupaya yang boleh... Aturlah segalanya sebaik mungkin... Semoga jika rambut itu ditarik keluar daripada tepung..tidaklah tepung berselerak dan tidaklah rambut itu putus. Muhasabah dan usahakanlah yang terbaik.. jagalah aib, jagalah nama baik diri dan orang-orang yang dikasihi.... jaga tingkahlaku dan tindakan.. jagalah persekitaran dan masyarakat.. nanti apabila ada anak-anak yang lahir daripada keluargamu... mereka akan terdidik dengan nasihat yang baik dan suri teladan yang elok. Cubalah mengerti....

Jika lembu dipegang kepada talinya, manusia itu berpegang pada janji... Walau aku tidak kurang daripada orang lain yang selalu mengingkari janji...aku cuba menunaikannya semampu aku... aku tidak boleh menulis dalam satu cara, maka dengan cara ini... aku menyelusuri hidup orang-orang yang aku kasihi, maka mengertilah... Wassalam..

Khamis, Julai 16, 2009

SEKADAR BERPESAN...ANDAINYA TERLUPA ATAU MELUPAKAN

ASSALAMUALAIKUM.... Hari ini aku ingin mencatat tentang sesuatu yang suatu masa ingin aku lepaskan, bebaskan dan lupakannya. Namun aku tidak rasa aku bisa berlepas tangan. Dalam ukhuwah kita hari ini... pelbagai dugaan dan ujian yang telah dan bakal kita lalui.

Sebelum aku meneruskan eloklah meneliti beberapa catatan yang telah baca dan teliti kemudian aku petik daripada beberapa blog.. yang aku kira berkaitan dengan apa yang ingin aku catatkan pada seterusnya....
******************************************************************
Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)

Demikianlah juga dengan pandangan mata. Jika seseorang lelaki melihat seorang wanita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan ‘zina mata.’
Sahabat Rasulullah SAW, Jarir bin Abdullah, pernah berkata: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak disengaja, maka sabdanya: "Palingkanlah pandanganmu." (Hadis riwayat Muslim)
Nabi juga bersabda kepada Saidina Ali: "Ya Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan (kepada wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan (kerana tidak sengaja), tetapi tidak yang kedua." (Hadis riwayat Abu Daud).

Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Justeru, ia dilarang oleh agama.Berhubung perkara ini,
Nabi bersabda: "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis riwayat Ahmad).Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat

Jika melihat seseorang wanita dengan syahwat dilarang oleh agama, bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah lagi. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan: "Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita yang tidak halal baginya.
Dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, "Ditikam salah seorang daripada kamu dengan jarum daripada besi pada kepalanya adalah lebih baik baginya daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya." (Hadis riwayat Thabrani)


''Tidak ada paksaan di dalam agama, sesungguhnya jalan yang lurus itu telah jelas berbanding dengan jalan yang sesat.''

Dipetik daripada http://www.al-azim.com/
Fitnah Dan Mengumpat

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Ghibah dan Buhtan
Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!"
Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?"
Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk, apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang).
Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Riwayat Muslim)
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.
Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya.
Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah."Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.

Hadis riwayat Ahmad dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.

Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".

Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."

Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata, “Orang yang mengada-adakan cerita palsu tentang orang Mu’min dengan tujuan untuk menghinanya, Allah akan menghinanya pada Hari Pengadilan.”
Riwayat Muslim, "Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar."

Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata:Jadikanlah bahagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik:
Jika engkau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikan (merosaknya)
Jika engkau tidak dapat menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya
Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang) maka Allah akan menutup kecelaannya (hal-hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud: “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah." Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya."

Memperkatakan sesuatu bermaksud buruk amat ditegah.
Ini dinyatakan dalam Firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan terang-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan saja) oleh yang dianiaya.” (Surah an-Nisa, ayat 12)

Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."
Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217).
*************************************************************************************
Catatan daripada blog
http://shimah-z.blogspot.com/
Wednesday, February 4, 2009

Etika dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan
Etika pergaulan dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam:-
1. Menundukkan pandangan:ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat;ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelakidengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya.
Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya,
sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (QS. Al Isra’: 70)
“Tidaklah pernah didapatkan suatu hal yang berguna bagi doa orang yang saling mencintai serupa dengan pernikahan.” (HR. Ibnu Majah, Al Hakim, Al Baihaqi dan dishahihkan oleh Al Albani)

“Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan seorang wanita, kecuali bila wanita itu ditemani oleh lelaki mahramnya.” (Muttafaqun ‘alaih)
Pada hadits lain Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan alasan larangan ini,
“Janganlah salah seorang dari kamu berduaan dengan seorang wanita, karena setanlah yang akan menjadi orang ketiganya.” (HR. Ahmad, At Tirmizi, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Al Albani)
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan sejahat-jahat jalan (terkutuk).” [17:32]
“Katakanlah bagi mukmin (laki-laki) hendaklah menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka… Katakanlah bagi mukmin (perempuan) hendaklah menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka serta aurahnya… Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat… Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya memperoleh keberuntungan.” [24:30-31]
Rasulullah (saw) berpesan kepada Ali (as): “Wahai Ali, jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya! Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun berikutnya tidak boleh.” (H.R.: Ahmad, Abu Daud, dan Tirmidzi).
Al-Hakim meriwayatkan: “Hati-hatilah kamu dari berbicara dengan wanita, sebab tiada seorang laki-laki yang sendirian dengan wanita yang tidak ada mahramnya melainkan ingin berzina padanya.”
Yang terendah adalah zina hati dengan bernikmat-nikmat karena getaran jiwa yang dekat dengannya, zina mata dengan merasakan sedap memandangnya, dan lebih jauh terjerumus ke zina badan dengan berciuman, saling bersentuhan dan seterusnya hingga terjadilah persetubuhan.
Ath-Thabarani meriwayatkan: Rasullullah (saw) bersabda: “Awaslah kamu dari bersendirian dengan wanita, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang lelaki yang bersendirian (bersembunyian) dengan wanita malainkan dimasuki oleh syaithan antara keduanya. Dan seorang yang berdesakkan dengan babi yang berlumuran lumpur yang basi lebih baik daripada bersentuhan bahu dengan bahu wanita yang tidak halal baginya.”
Dalam kitab Dzamm ul-Hawa oleh Ibnul Jauzi disebutkan bahwa Abu Hurairah (ra) dan Ibn Abbas (ra) keduanya berkata, Rasulullah (saw) berkhotbah: “Barangsiapa yang memiliki kesempatan untuk menggauli seorang wanita atau budak wanita lantas dia melakukannya, maka Allah akan mengharamkan syurga untuknya dan akan memasukkan dia ke dalam neraka. Barangsiapa yang memandang seorang wanita (yang tidak halal) baginya, maka Allah akan memenuhi kedua matanya dengan api dan menyuruhnya untuk masuk ke dalam neraka.
Barangsiapa yang berjabat tangan dengan seorang wanita (yang) haram (baginya) maka di hari kiamat dia akan datang dalam keadaan di belenggu tangannya di atas leher, kemudian diperintahkan untuk masuk ke dalam neraka.
Dan barangsiapa yang bersenda gurau dengan seorang wanita, maka dia akan ditahan selama seribu tahun untuk setiap kata yang diucapkan di dunia.
Sedangkan setiap wanita yang menuruti (kemauan) lelaki (yang) haram (untuknya), sehingga lelaki itu terus mencium, bergaul, menggoda dan bersetubuh dengannya, maka wanitu itu juga mendapatkan dosa seperti yang diterima oleh lelaki tersebut.”
Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r. a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.(al-Isra: 32)

Ayat lain menjelaskan bahwa fitnah menyesatkan orang yang tidak hati-hati:
Kelak engkau akan melihat, dan orang-orang yang mendustaimupun akan menyaksikan, siapa yang gila di antara kalian. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalanNya, dan lebih mengetahui pula orang-orang yang diberi pimpinan.Al-Qalam:5-7

Seperti halnya dalam bahasa lain, dalam bahasa Arabpun ada beberapa kata yang memiliki banyak arti. Sebagai contoh kata "fitnah", memiliki lebih dari satu arti di dalam bahasa Arab.
Fitnah, arti asalnya adalah proses yang digunakan untuk memurnikan emas dari unsur selain emas. Namun karena digunakan dalam Al-Qur'an, maka kata tersebut berarti cobaan yang digunakan untuk membedakan orang beriman dengan orang kafir atau orang munafik. Cobaan-cobaan ini dapat membimbing seseorang kepada kebenaran atau membuat orang tersesat, tergantung dari pandangan orang itu terhadap agama.
betul-betul buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami itu. Dengan perbuatan mereka yang demikian mereka telah menganiaya dirinya sendiri.Al-A'raf:177

Sekaitan dengan fitnah, Imam Ali as pernah merangkaikannya dalam sebuah ungkapan yang sangat indah. Beliau berkata, "Penyebab terjadinya sebuah fitnah ialah ketaatan pada hawa nafsu. Hukum-hukum bid'ah yang dibuat sedemikian rupa berbeda dengan kitab Allah. Pemimpin diangkat dari orang-orang yang tidak komit pada agama Allah. Seandainya kebatilan tidak bercampur dengan kebenaran, niscaya tidak ada rasa takut dalam jiwa pembela kebenaran. Dan, jika kebenaran terjaga bersih dari kebatilan, niscaya musuh-musuh tidak akan berkutik, mulut mereka terbungkam seribu bahasa. Akan tetapi, yang terjadi adalah pencampuradukan antara kebenaran dan kebatilan.
Dalam konteks ini, kekuasaan setan semakin kuat mencengkam pengikutnya. Yang selamat hanya mereka yang diselimuti kebaikan dari Allah" (Syarh Nahjul Balaghah, Ibnu Abil Hadid, ketab khane-ye Ayatullah Mar'asyi, 1404, 3:240).
Menurut Imam Ali as, fitnah sosial berawal dari dua faktor.
Pertama, hawa nafsu dan kecondongan yang ada pada setiap jiwa manusia. Bila ini dapat dikontrol, niscaya manusia akan bergerak di atas arah yang benar. Ketika itu, tidak lagi terjadi ketaatan yang berlebihan pada kecondongan hawa nafsu. Pengendalian dan penguasaan hawa nafsu ini sanggup menahan terjadinya sebuah penyimpangan.
Faktor kedua, yaitu penafsiran-penafsiran dan pemikiran-pemikiran yang diajukan sebagai kado agama, padahal tidak ada hubungannya dengan agama itu sendiri, sama sekali. Penisbahan bid'ah-bid'ah kepada agama direkayasa sebegitu rupa agar masyarakat awam yang tidak mengerti permasalahan yang sebenarnya percaya bahwa penafsiran dan pemikiran semacam ini bersumber dari agama.

Beberapa peristiwa dijadikan oleh Allah untuk mengungkapkan sikap orang kafir. Firman Allah:
Demikianlah Kami menguji segolongan orang kaya mereka dengan segolongan orang miskinnya, sehingga golongan yang kaya dengan lancangnya mengatakan: "Orang-orang yang semacam inikah di antara kita yang diberi anugrah oleh Allah?". Bukankah Allah lebih mengetahui orang-orang yang bersyukur kepadanya?".Al-An'am:53
Setiap Rasul dan Nabi yang pernah kami utus sebelummu, bila ia membacakan ayat-ayat Kami, maka setanpun menumbuhkan keragu-raguan dalam hati pendengar-pendengarnya mengenai bacaannya itu. Namun Allah menghapus keragu-raguan yang ditumbuhkan setan itu, untuk kemudian Allah tambah memperkuat ayat-ayatNya. Dan Allah Maha Mengetahui dan Bijaksana.Al-Hajj:52-53

Allah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahwa Dia membiarkan orang tersesat:
Apakah engkau tahu tentang orang yang "mempertuhan" hawa nafsunya? Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya Tuhan sudah mengetahui, bahwa orang itu meskipun diberi keterangan apapun, namun mereka tidak juga akan beriman, sedangkan Dia telah mengunci erat pendengaran dan hatinya, serta menutup penglihatannya. Siapakah yang dapat menunjukinya, kalau Allah sudah membiarkannya sesat? Apakah kamu tidak dapat mengambil pelajaran dari padanya?Al-Jastiyah:23
Tidak ada jalan keluar bagi orang-orang yang telah Allah biarkan tersesat:
Mengapa kamu sampai terpecah-pecah menjadi dua golongan dalam menghadapi orang-orang munafik itu? Padahal Allah telah merenggutkannya dari kebenaran karena kesalahan mereka sendiri. Apakah maksudmu hendak memimpin orang-orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah? Orang-orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah, engkau tidak akan mendapat jalan untuk menunjukinya.An-Nisa:88

Di dalam Al-Qur'an, persolan-persoalan hidup disebut sebagai cobaan (fitnah) juga.
Maka tidak ada yang beriman kepada Musa, kecuali golongan anak-anak muda saja dari kaumnya, itupun dalam keadaan takut akan mendapat siksaan dari Fir'aun dan pembesar-pembesar kaumnya. Sungguh Firaun itu berbuat sewenang-wenang di muka bumi, Dan dia termasuk orang-orang yang melanggar batas. Yunus:83Sesungguhnya mereka yang mencoba menyiksa orang-orang yang beriman baik lelaki maupun perempuan, lalu mereka tidak bertobat, mereka akan mendapat siksaan neraka jahanam dan hukuman bakar.Al-Buruj:10
Janganlah kamu menganggap panggilan Rasul itu sebagai panggilan biasa antara sesamamu saja. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang meninggalkan tempat secara diam-diam satu persatu, dengan berlindung dibalik sesuatu. Justru itu, hendaklah mereka yang melanggar perintah Rasul itu waspada jangan sampai mendapat cobaan atau ditimpa azab yang amat pedih.An-Nur:63
Dan hendaklah kamu mengadili perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu turuti hawa nafsu mereka. Dan waspadalah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak menyesatkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka tidak mengindahkan keputusan yang telah diturunkan Allah kepadamu, maka ketahuilah bahwa Allah bermaksud hendak menjatuhi hukuman di dunia ini juga terhadap sebahagian dosa-dosa mereka, sebelum di akhirat kelak. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. Al-Maidah:49
kata ujian (fitnah) digunakan oleh orang beriman sebagai do'a supaya terhindar dari fitnah orang kafir:
Dengan segera mereka berkata: "Kepada Allah sajalah kami mempercayakan diri! Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran kekejaman oleh orang-orang yang zalim.Yunus:85Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami jadi sasaran-fitnah oleh mereka yang kafir, dan ampunilah kami. Ya Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Perkasa dan Bijaksana."Al-Mumtahinah:5
Al-Qur'an juga menamakan kesulitan, bencana, dan malapetakan sebagai fitnah:
Dan tidakkah orang yang munafik itu memperhatikan bahwa mereka diuji, sekali atau dua kali setiap tahun? Namun mereka tidak juga mau tobat dan tidak pula mau mengambil pelajaran.At-Taubah:126

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Catatan ini sudah terlalu panjang ...maka aku akan mencatat apa sebenar yang ingin kuperkatakan pada catatan yang berikutnya....