Ahad, Julai 19, 2009

SEKADAR BERPESAN...ANDAINYA TERLUPA ATAU MELUPAKAN...( 2 )

Sambungan daripada catatan aku yang terbaru sebelum ini. Aku ingin mencatat rasa hati aku ini buat kalian teman-teman yang aku kasihi... Biarpun sebenarnya, bukan untuk kalian... mungkin buat orang lain... sementelaah aku teringat, aku ingin berpesan... mungkin pesanan ini juga adalah untuk diriku sendiri... Mungkin ketika aku terlupa atau ketika aku cuba melupakan... Sebab pada beberapa situasi kita mempunyai persamaan tetapi pada situasi lain, segalanya berbeza... Catatan ini telus dari aku tidak dipetik daripada mana-mana pembacaan atau petikan, atau laman web, atau laman blog penulis lain... Tetapi sepenuhnya daripada aku...

Sebenarnya aku tidak punya masa untuk 'membebel' terutama tentang perkara-perkara yang aku tidak mahu tahu dan terlibat dengannya. Aku kira setelah semua permasalahan kita selesai, maka terurailah segala kesulitan yang ada. Maka selesailah segala cerita dan kisah antara kita, atau antara kalian, atau antara seseiapa sahaja di sekeliling kita. Aku sudah tidak memahami perjalanan kalian lagi...sepatutnya!
Aku tidak perlu ambil tahu...tetapi apakah aku ini seorang yang sombong sehingga melupakan segala yang berlaku di sekeliling aku. Adakah aku seorang yang pentingkan diri... setelah meminta dan mendoakan oranglain berkorban..biarpun bukan pengorbanan bagi yang melakukannya, aku perlu lepas tangan begitu sahaja. Aku bukan begitu, maka catatan ini aku paparkan buat mereka, kalian dan diri aku sendiri.

Setiap kali kita mengingatkan orang lain "La Taqrabul zina.." terutama kepada orang yang menganggap kita sebagai model dan contoh buat mereka. Selalu juga kita berkata, " dalam Islam, pergaulan itu perlu dijaga... maka peliharalah matamu, peliharalah mulutmu, peliharalah telingamu, peliharalah tanganmu, peliharalah kakimu, peliharalah kemaluanmu... akal fikiran dan hatimu.... menjauhi laranganNYA dan menuruti segala perintahNYA."
Segalanya pasti mudah diucapkan...tetapi mudahkah untuk melaksanakannya? Dalam era globalisasi ini... kau di Melbourne, kau di Mesir, Kau di Kanada dan aku di Malaysia...atau sebaliknya, boleh berbicara dengan tempoh beberapa saat...segala yang baik itu banyak tetapi adakah itu yang dicari? Segala yang buruk itu juga banyak, apakah itu tidak diselusuri?
Kita tidak akan tahu bagaimana kita perlu menghadapi masa depan itu tetapi kita boleh menyusun perancangan dan bersedia untuk menghadapinya.

Mungkin aku silap mentafsir, atau mungkin aku silap membuat telahan...namun aku masih ingin menyatakannya. Apabila aku duduk berdua-duaan dengan lelaki ajnabi, walau dengan pintu terbuka dan dalam kalangan khalayak yang sentiasa lalu lalang...aku tetap ditegur, dinasihatkan... oleh mereka yang faham...dan aku kira aku yang memahami... kerana aku boleh bernikah dengan lelaki itu...biarpun lelaki itu sudahpun bernikah.. Aku akur. Sebab di situlah salahnya.. Syaitan tetap akan mendorong kepada sesuatu yang tidak baik.

Namun ada juga seorang isteri orang lain dan seorang suami orang lain yang berdua-duaan di dalam satu bilik dengan pintu terbuka...dan tidak ditegur. Mengapa? Kerana mereka tidak berbuat salah..pastinya mereka tidak boleh bernikah. Namun ia tetap salah kepadaku yang dangkal ilmu ini... Bagaimana pula dengan kedudukan tempat yang tidak berada dalam khalayak dan jarang dikunjungi orang, atau berada di hujung bangunan yang seperti berada dalam khalayak tetapi tidak dalam khalayak... pendapat aku, tetap salah kerana ia adalah penyebab fitnah... penyebab ghibah dan buhtan. Salah oranglainkah yang berbuat salah itu? Atau salah orang-orang yang sengaja menyebabkan punca fitnah itu berlaku?


Dahulu lagi aku sering menegur...biarpun betapa oranglain itu benci kepada aku, biarpun mereka itu tidak percaya kepada aku... Dahulu, mungkin kerana satu sebab... dan kini, kerana satu sebab yang lain. Aku tidak pasti benar atau tidak...dan yang jelas aku tidak mahu bersalah sangka... semoga jika ada yang membaca catatan aku ini... dan terasa pedas dek cili yang dimakannya..cubalah perihatin.

Tindak-tanduk kita sentiasa diperhatikan... oleh orang-orang yang menyayangi kita...oleh orang-orang yang mengasihi kita...oleh orang-orang yang mencemburui kita... oleh orang-orang yang memusuhi kita! Sama ada secara terang-terangan atau secara diam-diam... Inilah penilaian untuk kita di dunia, belum lagi di akhirat kelak.. Setiap manusia itu dinilai oleh kekuatan iman dan ketaqwaannya.... cuma jangan kita terleka, apabila kita berasakan kita mempunyai kekuatan iman dan taqwa namun ketika kita di sana kelak, timbangan iman dan taqwa yang ada itu tidak boleh waima menyamai keberatan timbangan dosa-dosa yang ada... malah mungkin terlalu sedikit...

kerana mungkin....
Kita bersolat sendirian dan berjemaah, tetapi dalam hati kita ada riak dan sombong.
Kita bersedekah dan berbuat kebajikan kepada anak yatim, tetapi di hati kita ada keangkuhan dan tiada keikhlasan..
Kita sentiasa ingatkan mati, tetapi dalam diri kita ujub dunia
kita berbuat salah tetapi tanggapan kita menyatakan tidak mengapa,
Kita menasihati orang lain kepada kepada kebaikan tetapi di hati kita ingin dimuliakan...
Kita berbuat sesuatu yang mulia tetapi di hati kita ingin dikatakan hebat...
Cubalah fikirkan... dua kisah yang selalu kita dengar.. 1. Seorang ulama yang telah beramal berpuluh tahun, ingin mencuba sesuatu yang ditegah agama, berzina...dengan anggapan segala amalannya pasti akan membuat ALLAH mengampuninya jika berbuat salah.. Dan apabila melakukan zina, ulama berkenaan meninggal dunia tanpa sempat memohon keampunan dan tempatnya di neraka..
2. Kisah seorang penjenayah, penzina yang sangat jahat, memberi suatu pertolongan kepada seekor anjing haiwan yang diharamkan dalam Islam..kemudian mendapat hidayah sebelum dia meninggal dunia lalu ditempatkannya di syurga yang indah.

Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita... walau sesaat yang seterusnya... maka jika kita bisa mengelakkannya, berusahalah menghindar.

Aku kira kalian sebilangan besar pembaca adalah lebih arif daripada aku yang kerdil ini... dan aku kira kalian yang berasakan catatan ini untuk mereka adalah golongan yang lebih celik agama dan ilmunya... usahlah suatu hari kita menjadi ulama dalam kisah itu... semoga kita sentiasa ingat... itulah tujuan aku berpesan.

Aku sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan orang lain... Namun berada dalam kalangan ukhuwah Islam yang manis ini.. biarpun aku tidak sekali-kali disukai oleh sesiapa yang aku tegur ini, aku rela terus dibenci...asalkan aku masih ada kekuatan untuk berpesan.. Aku bimbang kita ini sering terlupa dan kadang kala kita sengaja melupakan...

Walau apapun keadaannya, seorang wanita itu tidak seharusnya berdua-duaan dengan lelaki ajnabi...tanpa ditemani oleh muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya...syaitan ada di tengah-tengah.. Haruskah kita menuduh oranglain mencampuri hal kita, jika kita 'disebut-sebut' selalu..
Aku bukan sahaja mendengar, malah pernah melihat dengan mataku sendiri... Lemahnya imanku kerana aku memang menjauhkan diri dari semua itu... namun aku tidak mahu terus menjauh, sebab dalam situasi itu aku punyai tanggungjawab kepada saudara-saudara seagamaku... agar mereka tidak terjerumus dua kali dan terjatuh luka ....di tempat yang sama. Belajarlah daripada pengalaman lalu... jika berasakan selamat kerana kita ada suami atau isteri, adakah selamat itu sebenarnya, selamat... Adakah apa yang kita sangkakan betul itu betul. Bermuhasabahlah...

Ada kalangan mereka di sekelilingku ini, menasihati aku... Maafkanlah semua orang, maafkan diri kita...maka kita akan berasa lega, tenang dan bahagia. Memulakan hidup pada esoknya dengan hari dan tanggapan yang baru.. Memetik kata-kata Dato' Dr. Fadillah Kamsah, mungkin.. Dan maafkanlah aku yang berasakan ada sesuatu berlaku itu tetap tidak betul..lalu aku berpesan. Maafkanlah aku, menggantikan tempat syaitan yang menguja kalian kepada kenikmatan sementara....kepada racun dalam setiap perkara.


Aku masih perihatin, walau aku mungkin tidak mahu ambil tahu..
Aku masih menyayangi dan mengasihi, walau aku akan dibenci seumur hidup kalian...
Aku masih berpesan, walau aku tahu kalian lebih tahu..
Aku masih mengingatkan, walau kalian tidak pernah lupa...
kerana aku hanya ada cara itu...
menunaikan hak sebagai kawan, sahabat...
melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim...
mengotakan janji seorang musuh...
Sebagai orang yang sentiasa mencari cinta ALLAH, dan membawa orang-orang yang aku kasihi bersama-samaku..

Rasanya, sudah terlalu panjang catatan ini... walaupun tidak sepanjang catatan terdahulu. Aku berasakan untuk berhenti... kerana jika aku meneruskan, rasa hati aku ini akan terluah sejelas-jelasnya... aku tidak mahu itu berlaku. Dengan segala yang tercatat ini, fahamilah apa yang tersirat.


Ubahlah segalanya seupaya yang boleh... Aturlah segalanya sebaik mungkin... Semoga jika rambut itu ditarik keluar daripada tepung..tidaklah tepung berselerak dan tidaklah rambut itu putus. Muhasabah dan usahakanlah yang terbaik.. jagalah aib, jagalah nama baik diri dan orang-orang yang dikasihi.... jaga tingkahlaku dan tindakan.. jagalah persekitaran dan masyarakat.. nanti apabila ada anak-anak yang lahir daripada keluargamu... mereka akan terdidik dengan nasihat yang baik dan suri teladan yang elok. Cubalah mengerti....

Jika lembu dipegang kepada talinya, manusia itu berpegang pada janji... Walau aku tidak kurang daripada orang lain yang selalu mengingkari janji...aku cuba menunaikannya semampu aku... aku tidak boleh menulis dalam satu cara, maka dengan cara ini... aku menyelusuri hidup orang-orang yang aku kasihi, maka mengertilah... Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan