Ahad, November 28, 2010

SATU YANG ADA BELUM SELESAI, SATU YANG LAIN MENDATANG...

Hai...hai... hai.. Beginilah yang sering berlaku dalam hidup kita.. Satu perkara, atau satu masalah, satu tugas, belum pun selesai... datang pula hal lain, atau masalah lain atau tugas lain... Dan, jika datangnya kepada orang seperti aku ini, maka semua itu akan bertimpa-timpa, bertindan-tindan... sebab aku seorang yang lambat dalam tindakan, mungkin... dan aku sering mengkaji tentang itu... lalu sebenarnya orang seperti aku ini tidak akan lepa daripada pelbagai hal dan masalah mahupun tugas kerana aku ini terlalu banyak fikiran.. Ada sahaja keinginan, perancangan, idea kepada pelbagai perkara yang banyak, sehingga aku sendiri tidak tahu manakah yang perlu aku dahulukan... Kadang-kadang hanya kerana aku tidak dapat menyakini bahawa orang lain tidak akan dapat menyempurnakan sesuatu seperti yang aku fikirkan maka aku tidak melepaskannya kepada orang lain pula... akhirnya aku melakukan sendiri, dan ternyatalah satu yang ada belum dapat aku selesaikan, aku akan memulakan sesuatu yang lain..

Namun kerana aku suka dan gembira dengan tugas itu aku akan cuba dan terus melaksanakannya... Bukan sebab tamak atau kedekut (istilah yang bersinonim sama namun sebenarnya berbeza) tetapi kerana aku gembira melaksanakannya apa yang hadir dari dalam kotak fikiran aku ini secara sendiri... sama ada musnah aku yang merasainya, dan jika jaya aku juga akan berpuashati... Kita manusia ini, memang tidak pernah berasa puas dengan apa yang kita ada... tapi itulah kita, jika suka... apa juga akan kita lakukan...


Aku cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada yang membantuku walaupun telah berkali-kali aku menolak bantuan itu... dan aku amat menghargai pengorbanan kalian yang ikhlas dan berhati mulia untuk membantu walaupun aku sebenarnya tidak layak menerima bantuan itu...

Semoga yang berkenaan itu, membaca catatan ini... kerana aku ingin meluahkan ke sekian kalinya... sukar untuk mendapat sahabat seperti mu... berada di sisiku ketika aku sedih, ketika aku susah, kita aku sunyi, ketika aku kekurangan dan ketika aku berasa dalam keadaan yang longlai menghadapi hari-hariku.... dan ketika aku stabil kembali , dikau melepaskan aku dengan hidupku kerana padamu, aku lebih diperlukan orang lain daripada aku memerlukanmu...

Terima kasih wahai insan mulia...
Terima kasih wahai sahabat baik....
terima kasih wahai orang budiman...
Insyaallah aku akan mengenang jasa baik itu dan semoga aku akan sentiasa ingat... dan kau akan sentiasa di hatiku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan