
Namun, selepas itu aku terasa juga mual dan meloya... Aku ke kampung semalam, biarpun keadaan belum benar-benar sihat.. Seperti mengidam, lagaknya... Aku sendiri pun tak pasti mengapa rasa seperti orang hamil ini masih ada lagi. Adikku bising-bising kerana terpaksa menemani aku untuk mencari makanan yang ingin aku nikmati itu... Ah, teringin hendak makan mee bandung Seri Kampung...
Emak pun seperti tahu saja.. sebaik sahaja aku menelefon emak dan kakak terus setuju. Emak bertanya, tak habi

Selesai menjamu selera dengan sebahagian makanan itu aku habiskan secara terpaksa kami pulang ke rumah tempat tinggalku... membawa emak dan kakak serta anak buah sekali... sebabnya aku terasa hendak muntah... dalam perjalanan aku terus membelok ke Tesco....

Perjalanan seterusnya aku memandu secara perlahan dengan keadaanku yang tidak menyelesakan itu.. sampai di rumah aku terus ke bilik, berbaring.... peluh dingin mencurah-curah.. setelah beberapa waktu baru aku bersama tetamu menjamah makanan...
Mengapa perlu berkeadaan begitu lagi? Bukankah aku sudah mengetahui dua orang rakan hamil pada hari semalamnya... Aku mengeluh panjang... dan adikku cuba melegakan dan menyarankan bertanya balik kalau-kalau ada yang hamil lagi... jika tidak ada, aku perlu mendapat nasihat doktor.. mungkin sintom penyakit lain pula..

DAN hari ini pada awal pagi, seorang rakan menanyakan suatu soalan... adakah aku sudah menerima khabar baik tentang rakan yang seorang di hadapan kami... Aku bertanya kenapa, Hamil??? Hah, memang mereka sudah agak.... bertanya adakah aku mabuk-mabuk... setelah mengiyakan dengan gembira rakanku menyatakan dia hamil dan memaklumkan seorang lagi rakan lain turut hamil..... Alhamdullillah, minggu ini aku menerima empat berita kehamilan.. dan sesungguhnya aku berharap kemabukan ini akan berakhir... bolehlah aku melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin...
Namun, pada ketika ini..... jam 10.30 pagi ini, ketika aku menaip catatan ini.... aku masih mual, loya-loya dan rasa senak pada hulu hati.... Aku masih pening-pening dan aku masih rasa hendak muntah... Peluh dingin masih mencurah-curah dan keadaan aku ini masih tidak stabil...
Ya Allah..... Bila semua ini hendak berakhir.
MASIH ADA LAGIKAH RAKAN-RAKAN ATAU MEREKA YANG HAMPIR DENGANKU INI HAMIL????
Semoga selepas ini aku akan dapat khabar-khabar baik itu lagi... dan rasanya, bukan seorang, mungkin dua dan mungkin tiga....
.jpg)
Ya ALLAH, jika ini rezeki dan anugerah yang diberikan dan tersedia untuk ku, aku redha... Ampunkan aku sekiranya ada ketika aku berkeluh kesah dengan semua keadaan ini... Kerana kadangkala keadaan ini amat membebankan dan terasa menyulitkan terutama ketika aku mempunyai komitmen kepada beberapa hal... Ringankanlah sedikit keresahan ini... Bantulah aku, Ya ALLAH...
Aku sebenarnya gembira, apabila ada anak-anak baru yang akan lahir... biarpun aku tidak berpeluang untuk melahirkan zuriat sendiri... dan semoga anak-anak yang bakal lahir itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... serta menjadi generasi yang mendukung kepimpinan Islam yang jitu dan berjati diri muslim yang sebenar....
Dan, aku lebih suka menerima berita-berita ini daripada kemusnahan yang tidak terduga atau musibah yang tidak sepatutnya...

Semoga kehamilan-kehamilan rakan-rakan aku itu juga akan dilalui dalam keadaan yang sebaik mungkin... Semoga anak-anak yang bakal lahir sihat dan membahagiakan kedua-dua orangtua mereka... Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan