Selasa, Julai 20, 2010

Doa Buat Kekasih 2

Hari ini juga aku ingin mendoakan buat kekasih-kekasih di luar sana... Kuatkan dan teguhkanlah iman kalian dalam mengharungi liku-liku kehidupan... Pagi ini ketika aku memandu, masih lagi terdengar berita yang berkumandang di rangkaian radio kegemaranku Sinar.fm tentang pembuangan bayi di lorong belakang kedai... Bayi yang masih hidup menangis dan dikerumuni anjing liar... Alangkah sedih di hati dan terasa hinanya manusia ini dalam kehidupan yang terindah dikurnia Allah kepada kita... Malam tadi selepas menonton siaran Halaqah Sentuhan Kalbu, aku beristigfar panjang.... bahawasanya generasi kini kembali ke zaman jahiliyah dan betapa kejamnya mereka menghukum bayi yang tidak berdosa kerana dosa-dosa mereka....
Doa aku buat kekasih-kekasih di luar sana sana, semoga ingat lah keseronokan itu hanya sementara.... tiada yang kekal, mungkin banyak antara mereka yang sering kali melalui hidup bak peribahasa, 'Habis madu sepah dibuang'... namun mereka masih ingin mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu... Lupakan kejahilan itu, carilah cahaya yang bisa menerangi kalian.

Alhamdullillah, bukanlah bertujuan berbangga diri..... namun setiapkali aku mencintai seseorang, aku lebih berhati-hati.... kerana iman kita rapuh.... keteguhan jiwa dan ketebalan syariat yang ampuh dalam hidup kita mungkin akan lumpuh akibat keasyikan cinta... Alhamdullillah, setiap cinta dan kekasih yang aku temui, mengajar aku menjadi lebih baik. Sehingga saat ini, aku bersyukur dengan hidupku kini terpelihara dan terjaga, berbanding kebanyakan mereka yang lain. Cinta mengajar kita mengenal cinta yang agung... bukan cinta membawa kita ke alam durjana... Doaku semoga kekasih-kekasih itu tidak akan lupa....

Jagalah mata dan pandanganmu
Jagalah mulut dan bicaramu
Jagalah telinga dan pendengaranmu
Dan yang penting; jagalah hati dan imanmu..
Maka dikau pasti selamat dunia dan akhirat..
Inilah juga doakan kepada pasangan yang akan menjadi kekasih....



Generasi baru... carilah ilmu...kerana ilmu akan memandumu ke jalan yang bermutu... bernilai dalam hidupmu.... Carilah ilmu, kerana disitu akan ada kemantapan akalmu..
carilah ilmu kerana ialah penentu tujuanmu
carilah ilmu kerana ia pengalaman jumud yang tidak boleh ditukar ganti..
Carilah ilmu kerana di situ jati dirimu...

Semoga hidupmu, wahai para kekasih akan berada di jalan hikmah dan dirahmati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan