
.jpg)
Aku kira jika mekarnya dengan sempurna tentu akan lahir banyak pemimpin

.jpg)
Apabila aku melihat perkara-perkara jahil di mana-mana; dan mendengar pelbagai kisah yang mengecewakan itu.. aku bertanya-tanya dan menjawab-jawab sendiri... di manakah silapnya.. di manakah kekurangan.
Orang tua-tua selalu berkata.. " Menjaga kerbau /lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang.."
Betapa tan

Dan bagaimanakah pula semua gelaran itu boleh menjadi jalang, sundal, betina, bini yang sebenarnya tidak sehar


Apabila mendengar cerita-cerita bayi-bayi teraniaya dan dibuang merata-rata... entah di mana silapnya... Mungkin dalam usia yang terlalu muda , mereka teruja atau mungkinkah kerana kita golongan terdahulu ini, orang tua dan ibu bapa yang terlupa melengkapkan mereka dengan pakaian yang paling baik dapat diberikan atau teralpa daripad


Ada ketikanya melihat kudup-kudup yang mula menguntum sedang lena... alangkah murni seri wajah mereka.. Aku panjatkan doa buat mereka... Semoga DIA akan sentiasa memelihara mereka daripada kejahatan dan angkara syaitan, dan juga daripada keinginan dan penipuan oleh nafsu jahat... Semoga kuntum-kuntum kecil ini akan



Hijab buat puteri-puteri, bunga-bunga mekar ini adalah sangat perlu. Pertamanya menjaga aurat dan membataskan pergaulan mereka mengikut al Quran dan AsSunnah.. Selain didikan agama yang utuh; termasuk di dalamnya keperluan untuk menjaga permata hati ini dengan hijab yang dituntut..

"Hai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti wanita-wanita yang lain, jika kamu bertaqwa, jangnlah kamu tunduk bicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang yang bermaksud tidak baik dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan ucapkanlah perkataan yang baik. Dan hendaklah kamu tetap dalam rumah-rumahmu

Antara perkara yang perlu diutamakan ialah adab pergaulan puteri-puteri kita dengan bersungguh-sungguh. Aku fikir kadang kala kongkongan yang mereka rasa menjerut kaki, tangan dan leher mereka itu, adalah perlu..
Biarlah dia, puteri-puteri yang kita cintai itu menangis hari ini akibat kongkongan dan larangan kita hari ini...

Maka aku me

Suatu masa lalu, ketika aku kecil.... aku selalu memberontak apabila bapak melarangku keluar sesuka hati.. Datuk yang boleh dikatakan berlembut dengan aku juga, selalu keras apabila ada sesuatu hal yang melibatkan pergaulan lelaki perempuan walaupun ketika itu aku masih anak-anak kecil..

Dari Umar r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
"Tidaklah bertemu seorang lelaki dan seorang perempuan itu kecuali yang ketiganya adalah syaitan."

.jpg)

Aku kira sifat malu adalah hijab yang perlu ada dalam diri bunga-bunga mekar mengharum ini.
.jpg)
Dari Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda.
"Sesungguhnya malu dan iman adalah dua bersaudara. Jika salah satunya hilang , maka yang lainnya dengn sendirinya akan hilang."

Sabda Rasullullah SAW juga:
"Ketika maksiat dijadikan bahagian daripada sesuatu, maka ia akan menjadi cacat; dan ketika malu menjadi bahagian daripada sesuatu, maka ia akan menjadi cantik"
( hadis riwayat Tarmizi)
Sekurang-kurangnya dengan perasaan malu yang ada dalam diri, kerisauan akan wujud ketika teruja melakukan sesuatu maksiat dan kemungkaran pastinya akan terhindar... Hanya mereka yang menidakkan rasa malu itu yang tidak akan punyai rasa ihsan, kasihan dan perihatin dengan orang lain... dan apabila terhindar rasa malu, pelbagai rasa bon

Aku juga berpendapat 'hijab' juga melibatkan cara pemakaian yang baik dan menutup aurat; termasuk juga aspek penggunaan minyak wangi.. Suatu masa dulu aku begitu hairan ketika datuk melarangku memakai wangian ketika keluar... Bedak talkum yang datuk belikan juga adalah bedak yang tidak berbau wangi... Apabila aku curi-curi memakai minyak atar datuk, datuk selalu berkata yang orang perempuan tidak elok pakai wangi-wangian... dan datuk akan suruh aku basuh atau menyalin pakaianku... memang suatu yang menjengkelkan aku... kawan-kawan aku menukar minyak wangi selalu, sepupu-sepupu lelaki ku akan datuk pakaikan minyak wangi sebelum ke masjid pada hari jumaat.. abang dan adik-adikku juga. Bapak juga akan pakai wangian ke masjid atau surau... aku mereka halang untuk memakainya...

Ketika aku di tingkatan satu, seorang ustazah menegur aku kerana aku curi-curi pakai minyak attar datuk... Ustazah kata, jika bawa solat nanti dibimbangi tidak sah... masa itu aku tidak tahu bahawa salah jika orang perempuan berwangi-wangian ke masjid dan sembahyangnya tidak sah sehingga dia kembali ke rumah dan mandi wajib... Ada rasa marah, dalam hati aku menjengkel sahaja.. tetapi kini aku tahu dan aku faham... mengapa seorang perempuan itu tidak boleh memakai wangian.

Namun ada kalanya aku terpaksa memakai wangian... aroma wangian itu memberikan sedikit aura untuk diri aku ini... Itupun ketika aku dalam pengubatan dan pemulihan daripada sihir dan santau... Bau-bau murni yang beraura positif akan menyisihkan ion-ion negatif dalam badan... itu yang aku tak tahu... dulu..
Kini, aku menggunakan wangian juga untuk melegakan stress dan menggunakan wangian yang baik untuk menyisihkan sihir angkara jin dan syaitan pada ketika-ketika tertentu... begitu juga bunga-bungaan yang mempunyai keharuman tersendiri.

Hijab yang lain pula, adalah perhiasan dan pakaian buat generasi permata hati kita ini... Suatu peristiwa, aku memakai gelang kaki yang berloceng... dan aku ditegur oleh seseorang... maka aku bertanya dan m

Terima kasih kepada dia kerana membantu aku memelihara diri daripada terus seronok dengan perkara yang salah..
Barulah aku sedar kenapa datuk memotong loceng pada gelang tangan dan rantai kakiku dulu...

Bukanlah bermakna aku tidak bersetuju jika kita membelikan puteri-puteri perhiasan... tetapi alangkah baiknya jika kita tidak dengan sengaja menjerumuskan mereka ke jalan awal perzinaan. S


Pernah suatu masa aku ke kedai kasut, mencari sepasang kasut yang sesuai dengan profesyenku.. kebetulan ada kursus.. Di kedai tersebut ada seorang gadis yang membantu ku... namun ketika dia duduk mencari kasut bersaiz 5 1/2 atau saiz 6 untukku.. sambil tertunduk-tunduk, tudung di bahagian belakangnya ternaik dan menampakkan belahan belakang baju yang berbentuk U dan luas serta menampakkan tali baju dalamnya.


Sabda Rasullullah SAW:
"Pada akhir zaman, ummatku nanti akan datang wanita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya bertelanjang. Di atas kepala mereka ada seperti terdapat bonggol (pundak unta). Kutuklah mereka sesungguhnya mereka adalah kaum yang terkutuk."
" Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium harumnya meskipun bau syurga itu dapat dicium dari perjalanan (jarak) sekian dan sekian.."
Menyentuh segi pakaian, aku ingin berterima kasih kepada dia yang aku kasihi... Dia pernah mengatakan aku tidak bermaruah... tapi sebenarnya mungkin dia mendidik aku... cara berpakaian aku kini, alhamdullillah masih sopan dan sesuai dengan personaliti wanita muslim... Jika tudung aku pendek , dia akan timbulkan suasana tegang sehingga aku terpaksa mengena tudung yang labuh... Jika aku memakai pakaian ketat, dia akan mengatakan aku tidak tahu malu dan perempuan yang sengaja ingin


Maka aku ingin menyudahkan catatan ini, buat masa ini.... Semoga bunga-bunga menguntum dalam hidup aku ini dan di sekeliling aku ini akan terus mekar mewangi sesempurna mungkin... Semoga suatu masa mereka akan faham bahawa jika mereka sedih, sakit dan payah ketika ini... dimarah, dinasihati, dikongkong, dihalang... kesinambungan dengannya tindakan atau keputusan yang mereka rasakan seperti menidakkan hak mereka.... bertujuan membentuk diri mereka kepada yang lebih baik akan datang...
Melentur buluh itu biar dari rebungnya... biarpun puteri-puteri ini boleh juga dilentur apabila sudah menjadi rotan dan buluh tua... usaha itu akan lebih susah.. Buat diri aku sendiri dan rakan-rakan yang seusia yang membaca catatan ini, sekiranya kita ingin berubah... bermula dari sekarang, selagi kita masih ingat dan kuat... Supaya kita boleh menjadi contoh peribadi yang baik buat puteri-puteri dalam hidup kita.

Bukan mudah menasihati orang lain, kerana sebenarnya amat sukar untuk kita menasihati diri kita sendiri... Kadang-kadang juga kita amat sukar untuk menerima nasihat orang lain. Bayangkanlah mereka yang masih mencari identiti hidup mereka... meniti kematangan mereka dan memastikan jalan dan arah yang mereka ini tuju... Selain segala usaha itu, semoga aku dan kalian akan dapat menjadi contoh dan teladan yang bermanafaat kepada mereka.. Doa aku semoga Bunga-bunga akan mekar dan mengharum dalam erti kata sebenarnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan