Rabu, Oktober 20, 2010

YANG DIBANTU.... TIDAK MEMBANTU

Aku hanya ingin mencatat untuk mengubat sedikit kelukaan dan kekecewaan dalam hati aku ini... Mungkin tidak akan ada yang menyedari, sebagai insan biasa aku terbatas dengan keupayaan hati menahan segala keresah dan kehampaan... Sesekali aku berasakan juga ketidakadilan yang berlaku dalam hidup aku ini... adakalanya pula aku berasakan ketidakupayaan dalam melalui liku-liku hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini.... ada masanya entah ke mana rasa kesabaran dalam diri ini melayang pergi....

Mungkin inilah yang ditakdirkan dalam hidup aku ini.... Orang jarang sekali melihat aku menangis kerana pada mereka itu, aku ini amat tabah... menghadapi pelbagai dugaan hidup... Namun ada ketika-ketikanya sebenarnya aku sudah hampir berputus asa dan tewas... Aku akan pulang berjumpa emak, kerana tanpa bercerita emak pasti faham... begitu pula apabila aku kehilangan sabar dan ketika aku berasa letih dengan hidup aku... Mungkin telah disuratkan dalam hidup aku akan membantu bukan dibantu... dan alangkah hampanya apabila yang dibantu tidak membantu...

Namun setiap kali kekecewaan hati aku tiba, pasti aku akan bertanya kepada hati ini... "Ikhlaskah aku.????".
Kenapa perlu aku mengungkit jika aku ikhlas, kan?
Kenapa perlu merungut jika aku ikhlas, bukan?
Kenapa aku mengharapkan dibalas segala pemberian dan bantuan yang kuberikan... jika aku ikhlas?

Hah, inilah yang terbeban dalam hati aku ini.... Mengapakah begini, ya Tuhanku? Berikanlah aku hikmahMU... Ingatkan aku tentang rasa ikhlas aku itu setiap masa... jadikanlah aku seorang yang bersyukur dengan segala nikmatMU biarpun KAU hadirkannya dalam bentuk kesusahan, kepayahan dan kesakitan....

Buat insan yang aku kasihi itu....
Aku membantumu..... tetapi kau tidak membantu dirimu sendiri, apatah lagi membantu diri aku pula... Jika dikira dari segi kewangan aku sudah berhabis untukmu sehingga aku tidak punyai apa-apa harta untuk diriku sendiri... membantumu membina hidupmu... dan ketika aku perlu meninggalkanmu untuk diri aku sendiri, kau masih tidak mahu untuk membantu dirimu sendiri, hidupmu sendiri... Kau biarkan dirimu dibelenggu dengan rasa bersahaja kerana kau tahu aku tidak sesekali mengabaikanmu... Bangunlah, sedarlah... jika bukan hari ini, esok atau lusa kau pasti hidup tanpa aku ini....

Dalam bentuk perhatian juga.... aku bukan ketua dalam keluarga mahupun hidupmu... sehingga kau dengan sengaja membiarkan semua perkara di bawah perancangan dan pengurusanku... Jika umurku panjang, jika hidupku masih ada... maka kau dan semua yang terlibat dalam hidupmu itu bisa bernaung di bawah rasa tanggungjawabku... namun jika masa aku itu telah tiba... bagaimana hidupmu kelak... Belajarlah hidup sendiri, dengan keputusanmu sendiri....

Aku tidak fikir kau tidak faham, sayangku...
Tidak selamanya kita akan boleh hidup bersama... Bangkitlah, bantu dirimu itu!!!!
Jika aku jauh, bagaimana?
Jika aku pergi, bagaimana?
Jika aku tiada, bagaimana?

Ketahuilah....
Aku hampa apabila untuk menampung sara makan minum sekalipun untuk dirimu dan kehidupan, kau sangat berkira...

Aku tidak akan selama menjadi seorang pembantu, biarpun selama ini aku beranggapan semua pemberianku berupakan sedekah... untukmu, untuk cinta hatimu, cahayamatamu...

Aku tidak selamanya akan sabar dan kuat, biarpun aku tidak sekali-kali mengalir airmata waima ketika kau hidup menderita dulu.... dan kau tidak pernah bertanya.... adakah hatiku ini begitu kuat sehingga tidak berasa sayu dan tiada kesedihan yang boleh menggugatku...
Aku cuma mampu berdoa, kau akan membantu dirimu.... kerana aku tahu kau mampu, semampu-mampunya...

Aku bukan tidak mahu membantu lagi.... tetapi aku cuma hendak kau bantu dirimu sendiri... berusahalah pasti kau berjaya...

Buat kenalan yang aku sayangi..
Selama ini dengan sedikit usaha dan kudrat yang ada aku cuba membantu kalian sebaik mungkin... Namun aku kesal kerana kalian tidak membantu diri kalian seterusnya... membiarkan usaha itu aku selesaikan buat kalian... Kalian sangat selesa, kan.... dengan keadaan itu, aku yang merancang dan melaksana... supaya tidak gagal.. tetapi kenapa kalian tidak membantu mengekalkan apa yang aku uruskan, tidak menambahbaik, malah tidak ambil pusing...

Aku cuma berharap selepas ini kalian akan bersedia... kerana aku sudah penat membantu orang lain terutama kalian.... yang aku bantu, kemudian mencemuh aku kembali.. memfitnah aku sesuka hati... Aku bukan malaikat yang sentiasa berbuat kebaikan tanpa mengendahkan diri sendiri... Aku punyai kehidupanku... maka aku akan menunaikan tanggungjawab kepada apa yang diamanahkan kepada aku sahaja... Tiba masanya, kalian berusaha sendiri.... kerana aku tidak mahu diumpat sebagai seorang yang gila kuasa, yang berlagak serba boleh.... Pernahkah kalian bertanya, mengapakah aku buat semua itu? Sebab kalian tidak buat dengan sengaja segala yang diamanahkan itu dengan betul dan bersungguh-sungguh sedang aku menerima akibat..

Dalam beberapa hal selepas ini, aku akan melakukan apa yang patut lakukan... dan aku tidak akan membantu kalian... Aku terpaksa, mengeraskan hatiku ini... supaya tidak ehsan kepada kalian lagi... Aku juga berjanji, aku hanya akan membantu setelah kalian membantu diri kalian sendiri.... dan ketika itu aku yakin kalian akan tahu bagaimana rasanya dapat mengemudikan sesuatu itu dengan daya usaha sendiri... dan akan tahu bagaimana rasanya menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak membantu diri mereka sendiri.... dan bagaimana juga rasanya membantu orang yang membantu diri sendiri.... lalu kalian bisa bersama saling membantu untuk mencapai kecemerlangan...

Aku ingin memohon maaf.... kerana jika aku tidak bertindak sekarang... jika aku terus membantu kalian.... Aku sebenarnya memusnahkan kehidupan kalian... maka aku cuba nekad.. Semoga usaha aku ini difahami.... Semoga kita akan hidup saling membantu antara satu dengan lain... bukan hanya membantu yang tidak membantu itu....

Sinisnya catatan ini.... aku sertakan dengan doa semoga orang-orang lain yang mengalami situasi seperti aku ini sedar bahawa kita sebenarnya tidak membantu mereka dengan bantuan kita.... tetapi kita membantu oranglain supaya terus tidak membantu diri mereka... Biarlah... Semoga kita tega melakukan perubahan itu kelak...
Beserta catatan ini juga aku berdoa semoga semua dalam ukhuwah dan kasih sayang aku ini akan berjaya membantu diri mereka sendiri, seterusnya membantu orang lain dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..... dan semoga bantuan kita itu benar-benar membantu yang hendak dibantu dan turut membantu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan