Selasa, Oktober 26, 2010

TIDAK MEMBANTU, YANG MEMBANTU.... AKHIRNYA AKU TAHU..

Ketika ini jam menjejak ke 1.00pagi... Matapun belum mahu pejam, fikiran masih jauh berlegar-legar sekitar pembacaan beberapa berita yang terkini daripada portal akhbar online dan sekitar penulisan blog oleh pemblog yang sering aku ikuti penulisannya.. Maka atas alasan itu aku ingin menulis lagi di laman ini... mungkin catatan yang ringan tentang pengalaman beberapa hari ini, insyaallah...

Semalam, mungkin aku melukakan hati seseorang... antara langkah yang aku ambil untuk tidak membantu orang lain.. maksud aku untuk tidak 'memanjakan' oranglain... Maaf, aku sedih tetapi aku terpaksa... bukan niat di hati untuk menyakitkan hati sesiapa... Bukan apa sangat dengan hal itu, dan barang yang ingin dipinjam pun bukan bernilai sangat.. sesiapa sahaja boleh memilikinya, dan akhirnya boleh juga dia mendapatkannya daripada oranglain. Aku bukan kedekut, tetapi alah biasa tegal dek biasa... Selama ini aku tidak bising dengan apa sahaja yang orang lain buat di tempat dudukku, yang aku anggap aku berhak ke atasnya kerana beberapa keperluan bersifat peribadi menjadi milikku... entah berapa banyak aku sediakan, dan akhirnya entah ke mana pula hilangnya... dan untuk pengetahuan semua, kebanyakan di tempat aku itu milik peribadi yang aku beli sendiri menggunakan pendapatanku... yang tidak lebih daripada pendapatan oranglain... kebanyakannya tidak menggunakan 'harta' majikanku.... sepertimana yang pernah menjadi pernyataan oranglain...

Memang kelihatannya aku begitu kedekut.. Mentang-mentang aku sahaja yang ada peralatan itu, maka aku boleh berlagak dan tidak meminjamkan kepada orang lain... Mungkin itulah sangkaan orang lain.. Jika mereka marah. Namun pernahkah terduga dan pernahkan antara kalian yang memikirkan suatu masa dulu bagaimana keadaan aku ini... Apabila dikatakan aku punyai kuasa, maka aku pergunakan kuasa itu mendapatkan segalanya... aku mendapat kemudahan maka aku pergunakan sepenuhnya waima untuk kegunaan peribadi... aku ada peruntukan untuk bidang tugas aku tetapi aku gunakan sewenang-wenangnya aku hamburkan untuk perkara-perkara tidak berfaedah... membazir dan kebanyakan untuk menampung kehidupan aku.... Tapi kini aku ada kebanyakan yang aku tidak punya dahulu, dan aku berhemah menggunakannya, dan aku tidak menggunakan semua milik oranglain itu.... maka tidakkah pula aku berhak dengan segala kepunyaanku itu... Tidakkah pula aku berhak untuk tidak meminjamkan peralatan kepunyaan aku itu kepada oranglain.. walaupun pada ketika itu aku tidak menggunakannya... Ada antara mereka berkata pula... aku tidak mahu berkongsi, aku sudah tidak membenarkan, aku tidak bertolak ansur.... HMMM... kawan-kawan, dulu aku sudah banyak beralah, sudah banyak membantu... tapi kalian tidak pernah menilai waktu itu.... Waktu ini, baru sedikit DIA tiadakan untuk kita semua, ada antara kita yang bermanis mulut, berbaik bicara... untuk kepentingan sendiri.

Aku hidup dengan pelbagai kesusahan.... hidup yang kalian sering perlekehkan... sebab aku tidak punya, dan kalian punyai lebih baik... dari semua segi.. Ketika itu, aku masih membantu jika ada antara kita yang susah... namun aku juga kurang mengerti dengan hati aku kini.... ada antaranya aku tidak sukai pun. Namun aku mesti tega untuk bertindak kejam, tamak, kedekut... pada zahirnya, dengan di hati aku ini merintih... betapa takutnya aku menyakiti hati orang lain.. sama ada melalui perbuatan, kata-kata, mahupun keputusan..... kerana aku tahu betapa perit dan sayu ketika disakiti itu...


Buat orang yang aku kasihi...
Beberapa hari yang kita lalui bersama dengan ketegangan itu akhirnya berkesudahan yang baik...
Rajukmu menjadikan dikau seorang yang berdikari... melakukan beberapa tanggungjawab itu sendiri, tanpa aku... malah kerana marah, tidak sepatah kata lahir dari mulutmu selama 2 hari... namun segalanya berkesudahan baik... baik sekali buat kita bersama..
Kini, aku yakin kau tahu bagaimana sukarnya untuk membuat keputusan, apatah lagi keputusan untuk oranglain...
Aku juga pasti kau telah tahu berapa yang perlu aku tanggung untuk beberapa perkara dalam satu-satu masa... walaupun semua ini bukan soal duit.... tapi soal sikap dan rasa keperihatinan itu... tetapi DIA menggunakan isu kewangan untuk menimbulkan suatu konflik...
Aku sebenarnya sedih dengan beberapa hal yang berlaku antara kita , namun jika kau tidak mahu berubah, kau akan tetap di takuk lama. Tiada kemajuan, sedangkan kau mahu mencapai prestasi yang lebih baik daripada itu... Ada yang bertanya, kenapa aku perlu membuat oranglain berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada aku... Teman, siapa tahu bila DIA akan memisahkan kita... Biarlah kita bergaduh, berselisih faham hari ini... yang membuatkan kita belajar sekurang-kurang untuk berubah walaupun sedikit...namun jika ini semua akan menjadikan kita lebih tahu, lebih perasa, lebih ingin jaya... sakit bagaimana sekalipun... ini adalah lebih baik.. Aku, kalian... takkan tahu sampai bila kita akan bersama...

Mungkin bukan kerana tindakan aku.. mungkin kerana nasihat dan pandangan kawan-kawan, atau oranglain... perubahan itu berlaku. Sudah cukup bagiku itu semua... kita pasti akan berubah.

Akhir-akhir ini aku sering melihat lukisan di langit pada bila-bila masa... Aku kagum, banyaknya cerita diukirkan... berubah dalam beberapa ketika, ada kisah baru tertera... setiap kali aku rakamkan pada pagi, pada tengah hari, pada petang... Lensa kamera aku ini seperti menipu... merakamkan hasil gambar yang seperti sama.... pada tiga ketika itu, sukar untuk dibezakan... Nikmat Allah yang manakah, hendak didustakan... Subhanallah....Pencipta yang Maha Hebat..

Atas beberapa alasan itu... aku memang cinta akan perubahan... semoga tidak ada kecelakaan yang akan menimpa kita...

Tiga hari ini aku punyai sedikit masa sengang... sekurang-kurangnya ada sedikit masa rehatku tanpa ada gangguan... biarpun aku rindu sebab kebiasaan.. namun aku mesti berkorban untuk perubahan...

Berbalik kepada kisah pada awal catatan tadi... aku hanya mampu memohon maaf sebab aku akan mengurangkan keperihatinan aku ini kerana sehingga bila kalian hendak berharap kepada perancangan dan idea orang lain... aku hanya akan mendahulukan tanggungjawab aku dan jika ada keringanaan tugasan aku akan membantu bukan membuat sesuatu yang membantu membantutkan idea dan kebolehan oranglain... Jika dulu aku sering merancang untuk oranglain, aku yakin kali ini akan lebih baik kerana aku bercadang membahagi-bahagikan tugas supaya semua kalangan kita boleh merancang sesuatu yang hebat itu sendiri... Cuma ada sedikit, aku masih berfikir dan mempertimbangkannya.... aahh, biarlah rahsia!!!

Ada banyak rancangan dalam minda aku ini untuk diri sendiri... namun aku akan berusaha memajukan diri tanpa membelakangkan semua yang berkait rapat dengan aku terutamanya keluarga. Semoga apa yang aku fikirkan berjalan lancar dan memberikan manafaat kepada mereka yang aku sayangi... Semoga Allah mempermudah semua urusan aku ini...

Baru-baru ini aku mendapat tahu bahawa aku punyai satu gelaran... Aku suka atau tidak??? Aku sendiri tidak tahu... Namun aku akan cuba mengikhlaskannya agar sama-sama kami yang digelar, yang menggelar tidak mendapat dosa... dan semoga gelaran itu bermaknakan yang baik dan doa yang baik untuk aku...
"Orang baik-baik" bersinonimkan seorang yang mulia, berperibadi baik dan mempunyai prestasi peribadi yang elok.... Boleh juga beretorikkan "orang, baik-baik!" yang membawa pengertian seseorang yang perlu kepada awas dan keadaan berhati-hati orang lain.. Atau berimakan makna "orang baik, baik..." .... berinterprestasikan kepada sinis dan sindiran, seseorang yang kononnya, atau merasakan dirinya baik... bagus... elok dan seumpamanya...
Cukuplah kepada tiga pengertian itu... terpulanglah kepada persepsi penyebutnya... dan seperti aku catatkan... akan aku ikhlaskan.... kerana jika aku tidak suka, aku memberi 'dosa' kepada penggelarnya... wallahualam...

Sama ada benar atau tidak, kadang kala dengan tidak membantu orang lain kita sebenarnya membantunya untuk lebih baik...

Teringat aku suatu peristiwa yang sebenarnya tidak pernah terfikir olehku akan aku lakukan sedemikian... Kisahnya, ketika aku berada di pasar malam... hendak membeli makanan untuk keluarga disebabkan aku tidak sempat masak... tiba di pasar aku melintasi seorang pengemis yang berdiri di tepi sebuah gerai.... berpakaian lusoh, tetapi aku tidak memberikan sedikit sedekah pun.. sebaik sahaja aku melintasinya, dia merungut kuat dan mengatakan aku kedekut... Insan terpilih agaknya aku ketika itu, aku berasa bengkeng dengan rungutannya mengatakan aku kedekut... tidak berperi kemanusiaan... tiada perasaan kesian... Aku berhenti, membelek poket beg tanganku... lalu aku keluarkan RM10.00 yang ada dalam poket itu.... aku berpatah balik kepadanya... lalu bertanya berapa umurnya dan beberapa soalan lain dengan nada yang sederhana... dia tidak menjawab pun...

Lalu aku berceramah... bahawa mengatakan pemuda itu yang sebenarnya kedekut.... seorang yang mempunyai susuk tubuh sasa yang sempurna, tetapi kedekut untuk mengeluarkan keringat untuk mencari rezeki yang ada di muka bumi ini.... Aku mengatakan dia tidak berperikemanusiaan, kerana meminta-minta rezeki yang orang lain cari bersusah payah berkerja seharian untuk menampung hidup dan yang akhirnya aku katakan dia tidak punyai rasa kasihan kerana duit yang orang lain berikan itu mungkin adalah rezeki yang ada untuk anak-anak kecil yang belum mengerti atau boleh mencari makan sendiri atau rezeki untuk ibu bapa yang tua yang sudah tidak mampu untuk berdikari... Lalu aku bertanya, sayakah atau saudarakah yang kedekut,tidak berperikemanusiaan, dan tidak ada rasa kasihan... Kuat juga suara aku ketika itu sambil menghulurkan RM10 itu ke dalam gayung yang dipegangnya.... dengan mengatakan duit itu adalah untuk membelikan makanan buat empat orang budak kecil yang ada di rumah... selepas 'berceramah' dan menghulurkan duit itu aku terus berlalu dengan cepat... tidak pedulilah apa yang berlaku selepas itu...

Apabila teringat kisah itu kadangkala aku tertawa sendiri... Entah mengapa aku begitu emosional ketika itu... padahal pengemis itu jika boleh dikatakan pengemis... saban minggu ada di pasar itu... cuma aku tidak pernah bersedekah kepadanya kerana dia seorang pemuda yang boleh dikatakan sasa dan sihat... tiada kekurangan. Dan, bukan kebiasaan aku memberi sedekah yang sewenang-wenangnya tanpa melihat siapa yang meminta... Selepas kejadian minggu itu aku tidak pernah melihat pengemis itu lagi... entah ke mana perginya... dan mengapa aku perlu kisah... kisah ini berlaku lima atau enam tahun dahulu ketika aku berpindah ke tempat tinggal yang baru... namun sebenarnya aku berharap bahawa pemuda itu insaf dan dapat memulakan hidup barunya dengan lebih baik... tidak meminta-minta.. dapat membantu dirinya untuk maju dengan titik peluh dan daya usahanya... barulah dia akan menghargai rezeki yang ada itu...

Aku memang menerapkan dalam diri untuk bersedekah... 3 perkara yang akan kita bawa ketika mati ialah doa anak yang soleh, sedekah dan amal jariah, dan ilmu yang bermanafaat... Aku tidak punyai anak yang soleh, maka aku perlu menjaga dua perkara yang tinggal itu sebaik mungkin... Jika ada sedikitpun, jika aku berasa hendak bersedekah, aku tidak akan teragak-agak melakukannya... tetapi pada hari kejadian itu, entah mengapa aku tidak ikhlas pun bersedekah... apatah lagi dengan hati yang membara ketika itu...


Kisah terakhir ingin aku paparkan dalam catatan ini juga berkisar peristiwa kekhilafan aku sendiri.. Dua hari lepas, aku dimarahi oleh dua ketua jabatanku kerana tidak menghantar borang penilaian prestasi kerja... Memang sebenarnya aku berasa tidak kisah maka aku melambat-lambatkannya tambahan banyak lagi kerja yang aku segerakan... Tetapi sia-sia sahaja aku dengan kelewaan aku itu, akhirnya menyusahkan orang lain pula... kali ini, jika mereka tidak membantu... maka memang aku yang terbantut... Terima kasih atas keperihatinan rakan-rakan dan ketua jabatan aku itu... walaupun aku tahu borang prestasi itu tidak akan mengubah apa-apa dalam perjawatan aku... Jika baik macammanapun rekod kehadiranku sangat teruk... tidak akan ada istilah cemerlang untuk orang yang sering lewat macam aku... walaupun aku sudah memohon kebenaran dan keizinan ketua jabatan aku... prestasi kerja aku akan dinilai oleh orang lain sebagai teruk juga... Itulah kita manusia yang banyak kelemahan ini... Kebaikan yang sebanyak manapun akan terhapus dengan kesilapan dan kekurangan yang satu... disebut-sebutkan yang satu berulang-ulang berbanding 99 kebaikan yang ada... sekali lagi terima kasih kepada ketua jabatan yang tidak mahu aku tertinggal dalam merebut peluang yang tidak peluang untuk aku mencapainya... namun aku positif, setiap satu kekurangan yang lalu akan berubah.... Aku pasti boleh,Insyaallah!

Buat yang lain,
Ada beberapa penjelasan yang aku berikan... dan yang jelas aku tidak dapat membantu... Aku bertindak atas keputusan mesyuarat.. aku bukan yang mengatur dan menentukan... aku tidak punyai kuasa apa-apa untuk memutuskan... Aku menurut perintah, atas amanah yang diberikan... aku cuma mendokumentasikan... aku bukan perancang... keputusan bukan dari aku....
Semoga semua akan dapat memahami.... bukan pendapat di luar mesyuarat yang digunapakai, bagilah pendapat sehebat mana dan sebaik mana sekalipun.... dan ada antaranya ahli mesyuarat sendiri.... keputusan hanya dari mesyuarat... Kali ini tiada apa-apa untuk aku membantu.... sebelum ini mungkin aku membantu mengatur menentukan kedudukan yang kalian kehendaki... maka tugas itu sudah berlalu dengan selesai mesyuarat dengan keputusan yang ada...


Buat orang yang aku perihatin...
Ada beberapa bantuan yang diminta daripada aku.... namun aku berat hati untuk membantu.. maafkan aku.. Semoga semua urusanmu berjalan lancar... Kadang-kadang terlihat keletihan di wajahmu dan wajah orang-orang yang berurusan denganmu... dan ada beberapa perkara yang aku kira pelik sedikit, tertanya-tanya betulkan segala itu darimu... namun aku tahu pasti DIA pasti memudahkan urusanmu... kerana bersama urusan itu ada doa-doa mereka yang 'hebat' dan ikhlas.... dan ada juga doa aku ini, juga ikhlas biarpun tidak hebat...
Kadang-kadang apabila melihat dikau ketawa gembira, senang juga hati aku ini... namun jarang sekali keadaan itu terlihat oleh aku belakangan ini... Mungkin pada aku sahaja... tidak pada orang lain... Aku ingin dikau tahu... doaku sentiasa mengiringimu sekeluarga....
Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan