Isnin, September 20, 2010

RINDU NYA UNTUK KEMBALI KE SANA LAGI....

Alhamdullillah, musim haji akan tiba lagi.... menunaikan ibadah di Baitullah, Makkah alMukaramah... Jika tidak salah untuk aku menyatakannya....setiap kali ketibaan bulan haji ini, aku amat sedih dan tersayat di hati... sangat-sangat. Ada ketikanya aku berasa tidak mahu tahu tentang mereka yang akan pergi itu disebabkan kesedihan dan kesayuan dalam hati ini akan bertambah... Cukuplah aku menitipkan doa dan 'hadiah' buat mereka yang pergi melalui orang lain.. dan hanya melalui sistem pesanan ringkas daripada telefon. Apatah lagi jika mereka membuat kenduri kesyukuran atau doa selamat untuk bermusafir menjadi tetamuNYA.. jarang sekali aku akan turut serta. Jika mereka yang tidak memahami keadaan aku ini tentu mereka akan salah faham dengan tindakan aku ini...

Hanya DIA yang mengetahui apa yang terpendam di hati aku ini... Inilah aku ketika ini dan selepas kembali ke tanahair pada kali pertama menunaikan haji belasan tahun yang lalu...



Rindu aku terubat ketika menunaikan umrah pada tahun 2008 yang lalu... Dengan segala kekurangan dan masalah terpaksa aku hadapi ketika itu... Namun, aku berasa bertuah kerana diseru pula untuk menjadi tetamu... Ketika itu aku sudah tidak mampu menidakkan permintaan emak. Maka aku menyatakan persetujuan. Namun sehingga menjelang dua hari sebelum berangkat ke sana... DIA memberi aku banyak kemudahan... sehingga akhirnya semua urusan aku dan urusan berkaitan keluarga terdekat dapat aku selesaikan dengan sebaik mungkin. Rasanya tika itu aku menjadi tetamu dengan hati yang senang dan tenang... Maka dengan nikmat yang aku terima itu, aku akur bahawa jika DIA telah menjemput seseorang menjadi tetamuNYA maka DIA akan mempermudahkan kita kepadaNYA.... Aku memang benar-benar rindu untuk kembali ke sana lagi... Semoga akan ada 'undangan' lain untuk aku ke rumahNYA lagi... Baitullahiharam fil Makkah al-Mukaramah... Insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan