


gambar utama sebutir permata dalam bekas kristal yang indah... mungkin aku ingin menyatakan tentang jati diri.. sebutir mutiara itu jika tertimbus jauh ke dalam pasir, lumpur maka ia akan tetap bersinar dan bernilai.... Mungkin itulah isu utamanya...
Baru-baru ini aku mengikuti perjalanan drama bersiri lagenda yang bertajuk "ular emas". Jarang sekali aku berminat dengan apa-apa cerita yang tersiar di kaca televisyen... namun berlainan dengan cerita ini yang aku ikuti dari awal lagi... Kagum dengan ciri-ciri jati diri muslimah dan muslim solehah dalam kisah itu, walaupun aku berasakan banyak juga yang perlu diperbaiki. Jika aku diberi angka sepuluh untuk nilaiannya, aku pasti memberikannya sembilan markah.. Bukan kerana aku mengikutinya... tetapi jarang sekali cerita-cerita yang terpapar dalam media elektronik dan dalam arena perfileman Melayu ini ada jatidiri sendiri.. jarang juga melalui penyelidikan yang bersungguh-sungguh. Ini hanya pendapat peribadi aku sahaja.. belakangan ini juga aku rasa banyak cerita-cerita berunsur seram.. senangkata, berkisar cerita-cerita hantu, tahyul, keramat, mistik dan sebagainya dalam dunia seni tanahair.. Pernah sekali aku menonton suatu cerita untuk menghalau hantu, doa yang dibaca itu merupakan doa makan... Itu pun seorang anak buah yang berusia 5 tahun perasan dengan bacaan itu dan bertanyakan sama ada doa makan boleh halau hantu dan syaitan... aku terpempam hendak menjawabnya namun aku seupaya mungkin memberikan jawapan supaya dia tidak keliru...
Ada suatu drama pula, suatu situasi di mana anak angkat lelaki dan ayah angkatnya mempersoalkan bagaimana untuk mencari ayah kandung untuk memastikan perkhawinannya berwali yang sah... dangkal sungguh pengetahuan agama dalam cerita itu, yang memuatkan persoalan wali untuk pernikahan seorang anak angkat dan anak angkat itu pula lelaki...
Berlainan pula dengan cerita ananconda yang aku saksikan suatu masa dulu.... Ketika aku menyelak-nyelak terjemahan alQuran aku terbaca tentang beberapa isu berkaitan ular dan juga kisah-kisah yang bersesuaian dan boleh diinterprestasikan dalam bentuk drama seperti ananconda itu sendiri... Dan ciri-ciri yang dimuatkan dalam anaconda itu memberikan banyak fakta benar, yang mungkin berlaku pada akhir zaman ini...
Dan cerita drama Ular emas yang aku gemari itu antara kisah logik dan berkemungkinan benar boleh berlaku... cara pengurusan dalam kisah itu, mesej yang hendak disampaikan agak jelas dan mudah difahami, sikap dan nilai-nilai murni yang diterapkan begitu bersahaja tetapi mengesankan... walaupun ada beberapa slot yang perlu diperbaik. Bukan faktor pemegang watak dan peranan watak-watak dalam kisah itu, tetapi wacana yang diketengahkan begitu jelas.. Tahniah kepada semua krew yang sudi memapar kisah ringan yang aku anggap bernas itu..

Nilai kasih sayang Allah kepada hambaNYA, kisah perbuatan baik akan dibalas baik, kisah penganiayaan yang tidak wajar, kisah sikap manusia yang kadang-kadang lebih jahat daripada jin... Jin pun takut nak tengok jika manusia ini jahat, kisah bagaimana Allah merupakan suatu tempat pergantungan yang paling utuh... Banyak lagi. Ada juga yang menerapkan cara pengubatan alternatif yang menurut syariat Islam.. Mungkin kajian yang dibuat begitu teliti sehingga banyak perkara diungkapkan. Aku mungkin tertarik disebabkan ada beberapa isu yang diketengahkan pernah aku alami dan lalui. Mungkin aku tidak sebaik watak Raudhah, dalam cerita tersebut, namun aku pernah melalui beberapa perkara tersebut. Aku yang tidak sebaik itu, dan tidak bersangka buruk kepada orang lain, melalui penganiayaan sebegitu... difitnah, disantau, disihir... sehingga aku mempelajari beberapa hal yang pada asalnya untuk perlindungan diri... hingga kini resa itu masih sebati dalam diri aku ini...

Apapun segala-gala itu adalah ujian DIA kepada hamba-hamba yang disayangiNYA... Sekiranya semakin menjauh, DIA akan memberi peringatanNYA untuk kembali ke pangkal jalan. Kini, aku lebih berhati-hati dengan banyak orang, situasi dan keadaan.
Dan, pada akhir zaman ini ALLAH membayar tunai segala perbuatan buruk atau baik hambaNYA.. Jika difitnah, si pemfitnah akan menerima musibah atau fitnah yang lebih besar dan lebih mengaibkan.. Jika menganiaya, penganiayaan itu akan kembali kepadanya dengan lebih teruk dan dahsyat... Malah ada yang baru seketika berkata fitnah, terus mendapat musibah daripada apa yang diperkatakannya... Itulah janji DIA, berbuat baik akan dibalas baik.. berbuat jahat akan dibalas jahat juga.. Sepertimana hukum hudud itu dilaksanakan.

Walaupun banyak pengalaman sebegitu dalam hidup aku ini yang boleh aku paparkan... cukuplah sedikit yang aku kisahkan.. Semoga catatan-catatan berkaitan itu dapat memberikan pengajaran kepada yang memahaminya. Aku pun tidak bersedia menempah tempat penantian melalui siratulmustaqim dan diaibkan di akhirat nanti... hanya kerana membuka aib oranglain di dunia ini...

Namun, aku sentiasa berdoa agar orang-orang yang pernah menganiayai aku suatu masa dulu akan segera sedar dan membaiki kesilapan mereka... semoga aku dan mereka dapat menemui DIA dengan segala rahmatNYA.
Beberapa berita belakangan ini begitu menguja hati aku ini... betapa semoga ketika aku mengakhiri hidupku dalam husnul khatimah... tidak dalam keadaan yang mengaibkan, tidak dalam keadaan muflis iman, tidak dalam keadaan lupa diri... semoga menemui pengakhiran yang baik...


Tentu ada yang bertanya apakah kaitan cerita tersebut dalam catatan aku ini... Bukan apa-apa.. aku cuma menginsafi dengan doa emak dan sedikit permohonan aku kepadaNYA dengan ikhlas, banyak pula pertolongan dalam perjalanan aku ke tempat tujuan... dan rumah emak yang boleh dikatak

Alhamdullillah, sekembali ke rumah pada tengahari itu, memang tiada apa-apa berlaku walaupun angin memang sangat kuat... Banyak jiran yang mengalami masalah.. ada bumbung yang tercabut keseluruhannya, ada banyak rumah lain yang rosak... bangunan kecil juga banyak yang roboh. Pokok-pokok banyak yang tumbang... tetapi ada juga yang pelik, pokok besar boleh tumbang tetapi pokok pisang yang mudah tumbang tidak terjejas.. Ada juga lucunya, di suatu kawasan, pokok pisang dalam rumpun sebatang tersendeng ke utara dan sebatang lagi tersendeng ke selatan. Subhanallah... bijak juga angin itu cari jalan... lalu di tengah-tengah pohon pisang itu dan hanya menjejaskan dua batang pohon pisang dalam laluannya itu... Mungkin peristiwa yang berlaku itu tiada meninggalkan kesan kepada orang lain, tetapi bukan bagi aku..
Aku belakangan ini sering sahaja mendapat mimpi pelbagai yang mempunyai tafsiran tertentu.. namun berapa kerap pun aku bermimpi, aku hanya mendiamkannya. Biarlah aku yang mengetahuinya... teringat kata-kata arwah bapak.. jika kita bermimpi, kemudian menceritakan kepada orang lain sewenang-wenangnya, umpamanya kita melaksanakan kesahihan sesuatu mimpi itu berlaku... dan apabila kita bercerita kepada orang berkepentingan atau orang-orang yang mempunyai suatu perasaan seperti iri hati dan dengki, maka kita telah mengujudkan musibah kepada diri kita sendiri. Buat masa ini aku tidak bertemu lagi orang yang dapat mentafsirkan mimpiku yang boleh aku yakini... tidak berkepentingan peribadi atau berasa suatu emosi negatif kepada aku..

Waimah dalam kalangan sahabat juga aku tidak berkongsi cerita. Apatah lagi melalui mimpi aku ini akan ada banyak yang tersirat.. Pernah aku berkongsi dengan seorang rakan tentang pelbagai cerita, mujur aku berkisah hal-hal yang mudah difahami orang.. namun masih juga disalaherti.. sehingga kini aku memang jarang hendak berkongsi cerita... dengan keluarga pun begitu.. ada ketikanya mereka juga mungkin malas hendak berkisah apa-apa.. Lagipun aku punya tafsiran sendiri...
Baru-baru ini kisah seorang teman yang selalu disalahanggap dan kata-katanya yang selalu disalahertikan, telah membuktikan kata-katanya. Bagi aku, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Namun ada segelintir mereka yang telah tahu sesuatu keputusan itu dan tahu penyelesaiannya tetapi tidak tahu pula menutup mulut. Mungkin hidayah yang pernah Allah berikan melalui kesulitan dan kepayahan sebelum ini belum sampai ke hati mereka. Semoga Allah melindungi mereka daripada melakukan kesalahan demi kesalahan yang tidak mereka sedari...
"Kerana pulut, santan binasa... kerana mulut badan binasa" Peribahasa Melayu yang menjelaskan kemusnahan diri disebabkan mulut... "Bertanam tebu di pinggir bibir", "Mulut murai", "Mulut tempayan boleh ditutup", "Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut", "Mulut gatal", "Mulut manis, hati berkait", dan seumpamanya... Menunjukkan peranan mulut atau kata-kata dikeluarkan daripada mulut, biasanya membawa kesan yang buruk... Tak ada kisah baru, kisah lama diungkit... Bersabarlah wahai rakan... semoga Allah memberikan kekuatan kepadamu melalui hidup yang berliku... Janganlah bertindak melulu, sehingga menjadikan kau seperti mereka itu... Aku tidak kata kau seorang yang tidak menjaga bicara tetapi adalah lebih baik dengan apa yang berlaku ketika ini, diambil iktibarnya... berubah kawanku, jaga bicaramu... berfikir sebelum menyatakan fikiranmu... dan jangan memberikan gelaran kepada orang lain, tambahan jika tidak suka walaupun akrab denganmu... Berdosa, selagi mereka tidak suka dan selagi mereka tidak memaafkanmu...
Rasanya sudah panjang sangat catatan orang yang tak boleh melelapkan mata ini... Cukuplah! Esok aku perlu bertugas... jangan disebabkan hal ini, aku mengabaikan tanggungjawabku... Semoga Allah memberikan aku lebih kekuatan...
20 September,2010..
jam 03.20 pagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan