Khamis, Jun 11, 2009

TEMAN...AKU 'BERBICARA' LAGI....

Assalamualaikum... Buat sekian kali aku mencatat lagi.. Sebelum-sebelum ini aku mencatat untuk seseorang pada ketika ini, setiap malam ini... Aku memang suka malam ini, apatah lagi ini malam kelahiran aku di muka bumi melalui rahim suci ibu yang aku cintai.

Kini aku tetap mencatat untuk seseorang....walaupun untuk seseorang yang berbeza.. malam ini, biarpun bukan ketika ini.. Kerana ketika ini, aku memenuhi permintaan seorang temanku yang membuka dan mengikuti blog ini secara senyap-senyap.. Baru hari ini aku ketahui... semua blog yang aku catat... Terima kasih teman..kerana menjadi pembaca setia blog aku ini yang baru aku ceburi beberapa bulan ini. Semoga blog ini akan memberi manafaat buat yang membacanya.

Jadi, catatan ini dan beberapa catatan dalam blog ku yang lain adalah untukmu... temanku!
Malam ini, malam yang aku selalu nantikan... malam yang terindah buatku... TEMAN, AKU 'BERBICARA' LAGI.......untukmu...

Hampir dua minggu aku tidak mencatat..'berbicara' tentang aku dan kehidupanku dan apa sahaja yang terlintas di minda ini. Mungkin kerana kesibukan dan kekangan komitmen aku terhadap keluarga dan kerjaya menyebabkan masa aku begitu terhad. Aku berada jauh dari kediamanku beberapa hari berlalu juga tidak mengizinkan aku untuk mencatat..walau punyai keluangan masa, cukup kemudahan..tapi aku di tempat orang.. Adab sebagai tetamu harus aku jaga. Biarpun dalam kalangan keluarga sendiri... walaupun niat asalku hanya menemani.. walaupun masa yang ada mencukupi... Aku masih terikat dengan urusan sesama manusia itu, apatah lagi dalam kalangankeluarga sendiri.. Banyak yang perlu diambilkira. Biarpun jika dianggap remeh oleh orang lain tetapi bagi aku..Adab itu lambang akhlak. Ia perlu dipelihara. Budi itu lambang budaya..ia perlu dijaga. Kemesraan itu lambang ukhwah.. Ia perlu sentiasa dimurnikan.

Siapa kita jika hilang segalanya itu.. Adab, tertib..sopan santun. Budi..bahasa, pekerti, akalbudi, nilai dan etika. Ukhwah...lillahi Taala. Kerana dalam semua itu ada ad-Din, ada Iman, ada taqwa, ada syariat-fiqh, tauhid.. ada Islam, ada firman ALLAH dan sunnah Rasullullah SAW. Hilang semua itu, hilanglah maruah aku ini...

Tidak mengapa jika tidak memahami catatan aku ini. Sudah kunyatakan berkali-kali... Catatan-catatan yang ada sebenarnya bersifat peribadi dan dari perspektif aku..

Pelbagai peristiwa aku lalui sepanjang 2 minggu ini. Yang memberikan aku pengajaran, pengalaman..membawa aku kepada keinsafan...menyedarkan aku, betapa kita ini begitu kerdil di bumi yang fana' ini.

Di kesempatan ini... aku ingin sekali lagi mengucapkan tahniah buat seorang sahabat, kerana memulakan langkah untuk melengkapkan keimanannya...jalan menuju kejayaan. DAN, juga ucapan takziah kerana kehilangan orang yang dicintainya, yang kembali ke rahmatullah.. Al-fatihah....semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh yang diredhai.. ALLAH lebih menyayanginya. Dan aku kira sahabat itu telah pun menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak yang soleh juga... Semoga kebahagiaan tetap milik kalian dunia akhirat.


Sahabat,
Apa yang DIA ambil daripada kita, tentunya sudah menjadi perjanjian yang pasti... Usahlah dikau sedih atau kesalkan... Dia yang dikau kasihi dan cintai itu telah selamat dan dalam perjalanan menemui DIA yang kita cintai. Mungkin, dugaan itu hadir ketika dikau dalam lingkungan keriangan dan kegembiraan dan tidak disangka-sangka.. tapi aku yakin, dikau dan kalian sekeluarga telah bersedia untuk itu.. Semoga kalian diberikan kekuatan dalam melalui semua itu..
Aku, hanya menerima khabar ketika memandu.... aku rasa terkejut, aku rasa terkilan, aku rasa sedih... aku tidak bisa menziarahi dikau dan keluargamu.. Sebenarnya sehingga ketika ini.. ada lagi rasa ralat dalam hati ini namun segalanya itu aturanNYA.. aku redha.

Buat seorang lagi sahabat yang kukasihi.....
Tahniah, kerana dikau sedang melalui fasa-fasa yang najjah dalam kehidupanmu. Semoga segalanya akan berlangsung dan dilalui dengan lancar. Telah lama dikau melalui pelbagai dugaan dalam hidupmu...pastinya ALLAH telah menentukan ketika ini masa untuk dikau menikmati keindahan pelangi yang telah disembunyikan di sebalik awanan itu... Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan sekeluarga dan mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan kesenangan dikau sentiasa.
Biarpun aku tahu, banyak yang memungkinkan kita akan berjauhan dan hubungan kita tidak selancar dulu...namun ketahuilah, aku sentiasa bahagia dikau menjadi sahabatku dan menerima aku seadanya.. Aku sentiasa menghargai apa yang aku miliki ini. Aku sebenarnya sudah mula terasa sejak beberapa ketika belakangan ini... namun aku tahu, segala yang kau lakukan kini adalah untuk masa depan dan kebaikanmu...
Ketika dikau memaklumkan rahsiamu dulu... aku sebenarnya amat terkejut, berkecil hati... namun aku sedar segala itu adalah hakmu. Jika dikau memaklumkan, aku lah orang yang paling bersyukur...tapi sayang sekali, perkara yang betul dikau lakukan sering disalahertikan... kenapa yang tidak pernah dikau perbuat lebih diperkatakan....
Aku ralat, hanya dikau membiarkan aku dalam tandatanya berpanjangan beberapa ketika... namun terima kasih kerana kini aku yakin yang dikau masih mempercayai aku...biarlah pun lewat mengetahuinya... Mungkin dikau punyai sebab berbuat demikian...


Buat sahabat yang aku sayangi....
Beberapa hari belakangan ini walaupun ketika aku di tempat orang, aku kerap bermimpikanmu... Bermimpi tentang orang-orang yang aku cintai, pernah kasihi....dan juga bermimpikan orang-orang yang kurang aku senangi. Sahabat, dikau tahu aku amat fanatik dengan mimpi-mimpi yang hadir dalam lenaku..malam atau siang, setiap mimpi itu bermakna buatku. Dia juga hadir lagi dalam mimpi aku ini.. Aku bimbang namun aku sudah tidak punyai apa-apa kaitan dan hubungan dengan dia... sekadar seorang yang aku cintai kerana iman dan taqwanya.... sekadar seorang dia yang pernah hadir atau lebih tepat, singgah dalam perjalanan hidup aku ini....sekadar hubungan aku dan dia kerana ALLAH semata-mata.. Biarlah dengan mimpi aku tentang dia itu...
Cuma sahabatku, Semoga apa yang tersirat di sebalik mimpi aku itu tidak menjadi kenyataan. Aku bermohon ketika aku sedar, ketika itu... semua dijauhkan segala keburukan daripadamu... Semoga dikau dipelihara keselamatan olehNYA... Jika dikau melalui segala sesuatu itu, semoga dikau akan kuat dan tabah...bertenang dan rasional.. Sahabatku, aku akan sentiasa mendoakanmu... dalam setiap doaku, selagi ada ingatan dan perasaan aku ini kepadamu... Semoga ALLAH merahmati dan memberkatimu...

Buat sahabat yang aku senangi...
Banyaknya dugaan yang perlu kau lalui... Semoga kau dalam golongan orang yang dikasihi dan dicintai ALLAH.. Dia sentiasa diuji..kehilangan demi kehilangan... ujian demi ujian.. Tentu DIA amat menyayangimu... Semoga kau sentiasa bersabar.
Mungkin aku hanya bisa mendengar segala keluhan dan rintihan, namun aku yakin kau tentu berasakan sedikit berteman...jika itu bisa melegakan keresahan, kebimbangan, kesakitan, keperitanmu... Aku mengasihi kau kerana Allah...aku akan mendoakan kebaikan kau dunia akhirat... Akan ada syurga untuk anak solehah seperti di sana nanti... Kau seorang budiman dan sangat ikhlas dengan segala sesuatu di sekelilingmu.
Usahlah kecewa dengan mereka yang pergi kerana pada masa muka tentu akan ada yang lebih baik untukmu...


Firman ALLAH yang bermaksud :
" Dan Allah mencintai orang-orang yang bersabar.." (Ali Imran:146)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas" (Az-Zumar :10)

" Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai. Di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa" (AL-Qamar: 54-55)

"Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah mencukupkan (keperluan)nya," (Ath-Thalaq: 3)

"Dan yang ada pada sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakkal" (Asy-Syura:36)

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu membuat baik kepada kedua-dua ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara keduanya atau kedua-duanya hingga berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. maka sekali-kali janganlah mengatakan kepada keduanya perkataan "Aah!" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah " Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." (Al-Isra': 23-24)

"Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)" (Al-Alaq: 19)

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu antara orang-orang yang sujud" (Al-Hijr:98)

"Hai orang-orang yang beriman, zikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya" (Al-Ahzab:41)

"Dan sungguh akan akmi berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari TUhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya)" (Al-Anbiya' : 35)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan' "Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Sahabat... begitulah nasihat seorang aku buat kau yang aku kasihi....satu demi satu ujian kau lalui.. Aku pasti kau seorang yang kuat dan tabah. Biarpun aku sering melihat kau menangis kerana pelbagai ujian itu, aku pasti kau adalah antara yang terpilih melalui ujian dan cubaan itu untuk mendekatkanmu kepada Allah..


Jika hari ini lenamu terganggu kerana rengekan kesakitan orangtuamu...
Jika hari ini senyummu hambar terganggu kerana ditinggalkan oleh orang yang kau kasihi..
Jika hari ini tawamu sinis kerana diperlekeh rupa, wajah dan penampilanmu...
Jika hari ini ketenanganmu goyah kerana disebut-sebut kekuranganmu...
Jika hari ini resahmu menjadi-jadi kerana kesulitan dan kesukaran yang dilalui...
Sahabat,
KEMBALILAH KEPADA ALLAH...
Pasti dikau akan tenang, damai, selamat, sejahtera, bahagia, kaya, mudah tersenyum, girang tertawa... kerana segalanya ada pada DIA yang satu itu....
Namun di sebalik apa yang mereka lalui itu, dalam hati aku ini ada kejengkelan.... yang entah datang dari mana. Mungkin kerana rasa tidak puashati, atau mungkin kerana rasa kecil hati, atau mungkin rasa kepercayaan aku dikhianati, atau kerana masih ada luka-luka yang terpahat di hatiku.... atau mungkin kerana ada sedikit kekurangan pada keikhlasan yang aku lahirkan.... Aku tidak tahu atas alasan apa...namun semoga Allah meredakan dan menenangkan hati , nurani dan jiwa aku ini... Semoga hilang kejengkelan itu.... Biarpun sebenarnya aku tahu atas sebab apa, aku sentiasa berprasangka dalam banyak hal... Rasa prasangka itu pula datang daripada bisikan syaitan...maka aku perlu berjihad untuk melawannya... Berjihad untuk mempertahankan imanku ini.. Teman-teman, sahabat-sahabat...atau sesiapa sahaja yang mengenali aku... doakanlah aku dapat melalui semua itu dan berbuat segala sesuatu itu kerana ALLAH..
Rasanya dah cukup panjang 'bicara' aku ini ...teman. Aku pasti akan 'berbicara' lagi kelak... Semoga catatan ini mencukupi untuk menyatakan rasa hati aku ketika ini...dan semoga ia suatu nasihat yang baik untukmu juga. Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan