Isnin, Jun 15, 2009

CANTIK SEORANG WANITA ITU ADA PADA AKHLAKNYA....

Ketika aku dalam keadaan sedikit senggang hari ini.. aku ditegur oleh seseorang. Kemudian seorang lagi menuruti dalam perbualanku itu. Bercakap tentang suatu topik. Biarpun sebenarnya aku tidak begitu menyenangi topik itu. Apatah lagi ia melibatkan suatu perbandingan. Aku bukan marah sebab semua orang mempunyai hak untuk memperkatakan sesuatu itu. Bergantunglah kepada tujuan ia disampaikan, dibicarakan mahupun dibincangkan. Namun secara peribadi, sebenarnya tidak ada apa-apa yang perlu dipertikaikan. Tiada ada apa yang perlu disebut-sebut. Allah sudah menentukan suatu kejadian itu mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dalam hati aku ini sebenarnya menolak pelbagai dakwaan yang dinyatakan. Jika aku yang dibanding-bandingkan tentu sahaja aku akan berasa hati. Biarpun kebaikan dan kelebihan itu berpihak kepada aku... namun tidakkah pula melihat kepada kekurangan dan kelemahan yang ada pada diriku.. Ditimbang-timbangkan sebenarnya segala yang ditentukan itu sebenarnya adil. Dan pastinya Allah dah melorongkan yang terbaik. Malah kita tidak akan tahu apa yang akan ada di hadapan kita kelak.

Usah salah sangka, aku lebih suka memberikan contoh itu kepada diri aku sendiri. Walaupun sebenarnya bukanlah berkaitan dengan aku. Aku mengambil iktibar dari perbincangan dan perbualan itu.. Walaupun ada yang sia-sia namun terdapat banyak pandangan yang boleh digunapakai dan bermanafaat untuk aku sendiri. Dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Perbincangan itu berkisar tentang cantiknya seorang wanita itu... pada pandangan wanita, pada pandangan lelaki, pada pandangan umum ... pada pandangan syariat. Seperti yang pernah aku catat terdahulu... bagi aku cantik itu fleksibel, subjektif dan beranekdot.... terpulang kepada setiap individu untuk mentafsirkannya... Apakah hanya dinilai melalui fizikalnya, melalui rohaninya dan seumpamanya.

Secara lazimnya kecantikan itu dilihat hanya pada zahirnya, berdasarkan mentaliti masyarakat kita pada hari ini.. bukan hanya dalam komuniti yang kecil yang sedia ada di sekeliling kita, malahan dalam semua masyarakat di seluruh dunia. Mahu tidak mahu semua perlu menerima hakikat bahawa kecantikan fizikal itu yang perlu dijadikan sandaran bagi menilai sesuatu kecantikan.

Namun benarkah tanggapan cantik itu pada setiap individu itu pula sama?

Wanita yang tinggi lampai dan langsing, berkulit cerah, berhidung mancung dan berbibir mungil sering dianggap cantik. Wanita yang berkulit gelap, gempal dan rendah, berhidung pesek dan bermulut lebar tidak pula dikatakan cantik.

Persoalan, adakah yang cantik itu sebenarnya cantik dan yang hodoh itu sebenarnya hodoh.

Teringat aku suatu kisah dalam kalangan keluarga aku.. apabila seorang anak bercakap dengan ibunya... Kata ibunya memberitahu si anak, bahawa nenek 'hudoh' sudah meninggal dunia. Maka berkerut wajah si anak, sambil menjawab bahawa tidak baik ibunya menyatakan bahawa nenek itu 'hodoh'... seterusnya menyelar ibunya dengan menyatakan bahawa mereka (ibu dan anak) itu jika cantik dan tampan mana sekalipun usahlah menyatakan orang lain hodoh..cantik itu tidak terletak pada wajah atau rupa paras semata-mata..ada di hatinya.. akhlak yang baik, hati yang tulus dan iman asas segalanya. Biarpun seseorang itu hodoh tapi mungkin dia lebih baik dari mereka... Terkesima ibunya sebentar.. Lantas selepas itu mengatakan bahawa nenek itu sebenarnya memang cantik... wajahnya, fizikalnya, akhlaknya .... tetapi apa yang boleh dikatakan oleh si ibu kerana nenek itu sebenarnya bernama Hudoh. Bukanlah salah si ibu menyebut. Cuma hanya kerana nama seseorang itu berbunyi 'hodoh', percuma-percuma mendapat teguran daripada si anak.

Tapi itulah suatu kisah tentang cantik dan hodoh. Siapa yang ingin menjadi hodoh, siapa pula yang tidak ingin menjadi cantik? Apakah seseorang yang tidak dianugerahi dengan kecantikan dan ketampanan fizikal itu tidak mungkin dapat dilihat 'cantik' dan tampan selamanya?

Aku seperti biasa akan berbicara dari perspektif aku, tentang apa sahaja topik yang aku bincangkan ini...
Aku pernah terbaca beberapa mutiara kata atau kata-kata hikmah...antaranya:
  • Jika tidak ada orang yang iri kepadamu maka bererti tidak ada kelebihan pada dirimu. Jika tiada seorang sahabat di sisimu maka bererti akhlakmu tidak terpuji. Jika engkau tidak beragama dengan baik maka bererti hidupmu tanpa pijakan (ketetapan)
  • Kenikmatan dunia berada dalam kesihatan. Kenikmatan masa muda berada dalam semangat dan kreativiti. Kemuliaan ada dalam takw; kehormatan ada dalam harta; dan keperibadian yang baik ada dalam kesabaran.
  • Antara kasih sayang ALLAH swt kepada manusia adalah dijadikanNYA orang-orang yang taat kepadaNYa dan kaya hati. Mereka walau hanya makan dengan beberapa suap nasi, tetapi merasa telah memiliki seluruh dunia.
  • Temukanlah keberuntungan dalam diam(tidak banyak bicara). Sesungguhnya orang yang suka diam itu akan mulis dan dicintai manusia. Banyak kejahatan bersumber dari banyak bicara.
  • Tidaklah hina orang yang hanya berpakaian compang-camping dan berkasut usang selama ia tetap memilki jiwa yang tunduk kepadaNYA, mata yang selalu menangis (menyesali kesalahan), dan hati yang ridha dengan takdir.
  • Siapa yang memiliki agama yang sentiasa membimbingnya, akal yang meluruskan langkahnya, kedudukan yang membentenginya dari kejahatan, dan rasa malu yang sentiasa menghiasinya maka sungguh ia telah menghimpun seluruh kebaikan dalam dirinya.
  • Siapa yang sentiasa menghindari perselisihan, menjauhi kesombongan, terpelihara dari sifat dusta, pasrah pada takdir, mengukur dalam-dalam sifat dengki maka ALLAH akan meneguhkan hatinya pada jalan kebenaran sebagaimana hamba-hamba pilihanNYA yang lain.
  • Jangan sesekali menjadi orang yang tidak punya keperibadian(seperti mengkarung yang selalu berubah-ubah warna kulit). Rasullullah SAW bersabda, Janganlah kamu menjadi penjilat (Riwayat At Tarmizi)
  • Menciplak keperibadian orang lain, atau kehilangan identiti diri dan larut dalam identiti orang lain; atau meniru secara total perilaku oranglain....semuanya merupakan tindakan bodoh dan salah. Hal tersebut sama sahaja dengan membinasakan diri sendiri.
  • Dirimu memiliki organ tubuh yang sempurna, iaitu dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, dan lidah. Engkau juga mempunyai iman, ilmu dan rasa aman. Kenapa masih tidak bersyukur?
  • Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan puas terhadap apa yang ada, ketenangan hati, terjauh daripada fitnah atau huru-hara, selamat dari bala, bersyukur terhadap nikmatNYA, serta dapat beribat dengan bebas dan berkesinambungan.
  • Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh, dan kesihatan adalah perisai yang paling utama. Ilmu pengetahuan adalah makanan paling lazat. Cinta adalah ubat paling mujarab, sedangkan pakaian yang menutup aurat adalah pembalut tubuh yang paling indah.
  • Hal yang terpenting di dunia ini ialah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat, dan rezeki yang berkat. Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanafaat.
  • Dua jenis nikmat yang tidak nampak (kewujudan tidak disedari) adalah kesihatan jasmani dan keamanan lingkungan tempat tinggal. Adapun dua nikmat yang dapat dirasai dengan mudah adalah pujian daripada oranglain dan memiliki keluarga yang soleh.
  • Perilaku buruk adalah azab, kedengkian adalah racun, ghibah adalah kehinaan, dan mencari-cari kesalahan adalah kerugian.
  • Kemampuan melupakan hal-hal yang tidak disenangi adalah satu nikmat. Mengingati nikmat-nikmat adalah kebaikan dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan.

Begitulah antaranya yang pernah aku tatap dalam beberapa buku kata-kata hikmah dan mutiara kata. Biarpun ia tidak menggambarkan apakah itu cantik dan kecantikan, tampan dan ketampanan, elok dan keelokan, indah dan keindahan, pesona dan kepesonaan.... namun ada yang tersirat untuk semua itu.

Aku fikir tentu banyak lagi yang dapat dipersoalkan.. Jika di Bollywood, pastinya Aisywara Rai itu dianggap cantik, Pretty Zinta itu dianggap genit....namun apakah itu sebenarnya model suatu kecantikan. Aku positif kepada pandangan Islam terhadap cantik... Jarang sekali digambarkan fizikal yang bagaimana, rupa paras wajah yang bagaimana, tutur kata yang bagaimana...untuk menggambarkan kecantikan seseorang itu... hanya sedikit. Cuma mungkin digambarkan Aisyah Humairah itu cantik seperti digambarkan oleh baginda Rasullullah pipinya yang kemerah-merahan terutama ketika malu dan tersenyum...tetapi dilengkapi dengan pelbagai ciri lain yang membuktikan betapa cantiknya Syadatina Aisyah itu... Begitu juga, bagaimana dicirikan kecantikan wanita itu melalui pengorbanan Siti Hajar yang berkorban untuk anak dan suaminya, Siti Zulaikha setelah dihiasi oleh Allah dengan sifat-sifat mulia setelah bertaubat... Betapa cantiknya Ratu Balqis tidak memikat Nabi Sulaiman Alaihi salam semata-mata tanpa rasa cinta daripada Allah yang menjadikan Ratu Balqis tunduk dan redha, serta dalam ketaqwaan kepada Allah....maka barulah Ratu Balqis itu menjadi begitu cantik dan indah.

Menurut kamus dewan, cantik ialah sesuatu yang menarik apabila dipandang. Selain itu dari segi bahasa bolehlah ditakrifkan cntik itu sebagai satu kualiti yang mampu mengujudkan rasa kagum kepada orang yang melihatnya secara serta merta.. Kekaguman itu wujud dengan sendirinya tanpa mengira objek ataupun idea yang dikaitkan dengannya. Cantik juga merupakan suatu fenomena yang melibatkan suatu konteks apabila seseorang itu merasai pengalaman kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keamanan, selamat...melalui persepsi yang melibatkan bentuk dan struktur yang seimbang berdasarkan tanggapan minda, emosi, pandangan dan keamatan yang mendatangkan tarikan kepada segala sesuatu itu. Sama ada kepada individu manusia, haiwan, bukan benda hidup, tempat, idea dan seumpamanya.

Aku suatu ketika dulu pernah mengikuti seorang teman melawat ke nurseri tanaman pokok bongsai dan landskap kreatif. Aku melihat bongsai yang pelbagai.. Apabila aku meminati suatu stuktur dan bentuk bongsai itu, aku akan bertanya harganya... Pada aku harganya agak seimbang dan bersesuaian... Bongsai yang ku minati itu umpama satu replika sebuah taman kecil yang permai dan meghiburkan hati.. tenang dan mendamaikan. Selayaknya harganya mencecah ratusan ringgit. Namun ada suatu tanaman bongsai yang tidak sedikit pun menarik perhatian aku... aku tidak bertanyapun akan harganya. Setiap kali aku lalu di sisinya, pasti aku tertanya-tanya kenapalah pokok sebegitu hendak dijual... tiada yang menariknya pun. Namun selesai aku melawat-lawat nurseri itu...tiada apa pun yang aku beli. Kawan aku membeli dua pokok bongsai.. cantik pada anggapannya..namun pada aku mungkin sahaja pokok itu cantik tapi macam biasa-biasa sahaja. Ketika membayar aku terdengar suasana bising di luar.. aku rimas dengan suara yang seakan-akan menjerit-jerit itu bertingkah. Bahasa Cina yang tidak langsung aku fahami. Lalu aku bertanya apakah yang berlaku. Pekerja di situ memberitahu pelanggan pertama telah menempah satu pokok bongsai itu dan membayar deposit 1/4 bayaran penuh, namun taukehnya telah menjual pokok itu kepada pembeli kedua kerana pembeli itu sanggup membayar harga yang lebih mahal dan secara langsam.. maka berlakulah perebutan dan penuntutan janji.. Dan yang amat mengejutkan aku, pokok yang direbutkan itu, adalah pokok yang langsung tiada indah atau kuanggap tidak bernilai... tambah mengejutkan harga pokok bongsai yang buruk pada tanggapan aku berharga hampir RM 40 000. Timbul persoalan dalam mindaku ketika itu... kenapa jadi begitu... Kini, aku rasa kerana mungkin cantik itu subjektif dan fleksibal maka ia sesuatu yang tidak dapat diukur secara jelas. Sebagaimana wanita Afrika Barat yang dianggap tidak cantik jika lubang tindikan telinga tidak besar.. Sebagaimana wanita Cina yang sanggup menangggung kesakitan untuk mengikat ketat kakinya supaya kelihatan kecil dan dianggap cantik.

Aku kira semakin dibincangkan, semakin rumit untuk menjelaskan apakah makna cantik itu.

Teringat kembali perbualan aku dan teman-teman...si polan itu lebih cantik dari si polan ini.. mengapa boleh si polan itu mendapat tempat dalam pertandingan itu, bukan si polan ini.. Siapa tahu apakah tanggapan pengadil atau hakimnya. Berdasarkan persepsi peribadi, subjektif dan fleksibelitinya.. Soal cantik itu juga mungkin berdasarkan tempat, masa dan budaya... seperti yang aku catat terdahulu... walau semua itu tidak perlulah dipersoalkan. Mengapa itu, mengapa ini.... disoal bertalu-talu, tetap tiada jawapan yang jelas. Lukisan abstrak misalnya... Pada individu-individu yang memahaminya, pasti lukisan itu cantik, ada cerita.. ada makna tersendiri, setiap jaluran warna yang terpalit, setiap garisan yang dilakar, setiap cairan pewarna yang dirembes pasti ada keindahannya... tapi, bagi yang tidak memahaminya?

Bagi aku mutiara kata kucatat tedahulu melambangkan tafsiran aku kepada cantik.. Betapa ada kecacatan ataupun kekurangan pada fizikal sekalipun, seseorang itu amat cantik jika memiliki kebahagiaan dan kesejahteraan dalam hati, taqwa dan keimanan, sentiasa menjaga maruah dan kesucian diri... Seseorang yang memiliki keistimewaan dan kecantikan luaran merupakan bonus kepada mereka yang terpilih.

Firman ALLAH yang bermaksud;

"Katankanlah kepada wanita-wanita beriman agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemauluanny; dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali yang zahir seperti kedua-dua matanya kerana keperluan untuk melihat jalan, atau bahagian luar dari kedua teapak tangan, atau satu mata atau pakaianseperti kerudung, sarung tangan, dan sebagainya. Dan hendaklah mereka menutupkan tudung hingga ke dadanya.Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali kepada suaminya, ayahnya, ayah suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara mara, anak-anak saudara lelakinya,anak-anak saudaranya yang perempuan, wanita Islam, hamba-hamba yang mereka miliki, khadam-khadam lelaki yang tidak berkeinginan kepada wanita, anak-anak lelaki yang belum berkeinginan melihat aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan; dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beroleh kejayaan. Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nur:ayat 30-31)

Sedikit petikan daripada satu blog kupetik dan ku ubah sedikit susun atur ayatnya kerana melihat peranan dan kebertanggungjawaban yang sedapat mungkin aku untuk menjaga kedaulatan bahasa Melayu yang kucintai... Namun aku tidak ingat blog siapa yang aku ambil petikan ini..

"Bla…bla…bla….banyak sudah rungutan yang sering kita dengar jika wanita sudah membicarakn soal-soal kecantikan, penampilan atau kecantikan Memang cantik fizikal itu penting juga, dan tidak bisa dianggap remeh. Tapi, apakah hanya sekadar cantik parasnya, mata yang indah, suara merdu? Tentu saja tidak. Kecantikan luar itu tidak akan bermakna tanpa ada kecantikan yang datang dari dalam. Wah, apa pula kaitannya? Kecantikan batin (Inner Beauty).

Terkadang kita pernah melihat atau berbicara dengan seseorang yang sebenarnya dari penampilan fizikalnya biasa-biasa saja, tapi ada aura yang terpancar dari dirinya yang membuat kita merasa tertarik padanya. Nah! Pesona inilah yang disebut dengan Inner Beauty. Menurut buku yang saya baca ini, Inner Beauty adalah suatu kekuatan yang tidak terlihat memancarkan keindahan, karisma seseorang. Tetapi pengaruhnya dapat dirasakan oleh orang lain yang berada di sekitarnya dan juga memiliki ketaqwaan kepada Allah. Wanita yang senantiasa memelihara ketaqwaan akan dapat mengalahkan kecantikan yang hanya dimiliki lahiriah saja.

Ciri-ciri wanita bertaqwa adalah mencintai Allah dan RasulNYA, menutup auratnya, melakukan ibadah-ibadah sunnah, berdzikir kepada Allah, bergaul dengan orang-orang soleh, merasa diawasi oleh Allah, dan dapat mengendalikan hawa nafsu dengan baik.

Sudah jelas mengenai inner beauty? Sekarang bagaimana caranya supaya memiliki inner beauty tersebut. Seorang muslimah, dapat memancarkan aura keanggunan fizikalnya daripada keperibadianya sehingga dapat tampil mempesona. Agar aura kecantikan bisa terpancar, maka diperlukan adanya keseimbangan antara kecantikan zahir dan juga kecantikan batinnya. Bagaimana bisa menampilkan inner beauty? Kunci utamanya adalah harus tampil percaya diri, berfikiran positif, dan tidak menyesali keadaan. Mampu mengendalikan stress, dan tetap semangat dalam menghadapi segala cubaan. Pengurusan hati juga penting! Supaya bisa terhindar dari rasa benci, dengki, iri, sentiasa mencuba untuk menghargai orang lain, gaya hidup yang sihat serta pola serta diet makan yang tepat. Mungkin berat juga, bukan?…tapi apa salahnya jika kita cuba memulakannya?

Lantas, bagaimana caranya mengasah inner beauty tersebut?

Pertama, berfikiran positif. Berfikir positif pada diri sendiri dan juga pada orang lain. Muslimah yang berfikiran positif diyakini dapat membuat wajah lebih bersinar karena yang ada di dalam hati dan pikiran terpancar melalui wajah dan mata. Jangan menyesali kekurangan diri, lebih baik berfikir bahwa manusia memiliki kekurangan dan juga kelebihan.

Kedua, rasa Syukur. Rasa syukur juga membuat kita terhindar dari penyakit hati. Bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan karena pada dasarnya Allah sudah menciptakan fisik kita sedemikian sempurnanya. Rasa syukur akan membuat batin terasa lebih tentram. Biasakan juga untuk mengulurkan bantuan dengan ikhlas bagi orang yang membutuhkan.

Ketiga, mengasah kemampuan intelektual. Dengan wawasan serta pengetahuan yang luas akan membuat wanita muslimah memiliki nilai tambah tersendiri.

Keempat, hal yang tidak kalah pentingnya adalah SENYUM (^_^). Karena senyum yang tulus dapat meluluhkan ketegangan jiwa dan membuat wajah lebih bersinar. Cuma bukan jenis senyuman yang boleh disalah ertikan….

Ciri-ciri wanita muslimah yang memiliki kecantikan inner beauty itu, mereka yang mampu bertoleransi dan berinteraksi dengan sesama, mempunyai rasa sayang terhadap siapapun, dan rendah hati serta kuat iman.

Malu karena Allah adalah perona pipinya…..
Penghias rambutnya adalah jilbab yang terulur sampai dadanya…..
Zikir yang senantiasa membasahi bibir adalah lipstiknya……
Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat……
Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akhirat….
Kaki indahnya selalu menghadiri majlis ilmu……
Tangannya selalu berbuat baik pada sesama….
Pendengaran yang ma’ruf adalah anting muslimah…..
Gelangnya adalah tawadhu…..
Kalungnya adalah kesucian......
Sebenarnya banyak lagi yang ingin aku perkatakan dalam catatan ini, namun aku tidak punyai keluangan masa yang lewah.. Aku ada tanggungjawab yang perlu aku tunaikan. Aku sedar mungkin catatan ini tidak bermanafaat kepada yang tidak mengerti. Aku cuma tidak suka dibanding-bandingkan. Jangan menilai seseorang daripada luarannya.. Tentu ada hikmah di sebalik pelbagai kejadian dan peristiwa yang kita lalui... kadangkala kita tidak sedar namun itulah pelajaran yang paling mudah untuk kita fahami... Tidak mustahil, kekurangan hari ini akan bertukar kepada kehebatan suatu masa akan datang. Kita patut menghargai apa yang kita miliki hari ini. Seseorang itu hebat apabila dapat menukarkan kelemahan dan kekurangan itu kepada yang lebih baik dan hebat. Mungkin sukar, mungkin mudah.... tertakluk kepada individu. Usahlah kita mempertikaikan banyak perkara...itu akan menandakan kita orang yang tidak bersyukur... Aku rasa catatan ini bisa menerangkan pendapat dan pandangan ikhlas yang tercetus di minda hasil ketidakselesaan pertikaian yang dibicarakan bersama-sama tadi. Rasanya cukuplah setakat ini aku mencatat tentang cantik ini... untuk mengingatkan diri aku sendiri dan sedikit pesanan buat yang membaca catatan ini, InsyaAllah.. Wassalam...

1 ulasan:

  1. Bukan nak ulas pasal umi tulis. Tapi nak tengok je.. PAIE

    BalasPadam