Rabu, Jun 17, 2009

KISAH AKU DAN DIA...SELAMAT HARI BAPA...

Assalamualaikum ... Hari ini aku ingin berbicara tentang dia dan Hari Bapa. Mungkin Hari Bapa yang sepatut diraikan telah berlalu. Namun bagi aku hari bapa adalah setiap hari... sentiasa. Sempena 'Hari Ibu' yang lalu, aku tidak sempat untuk mencatat sebarang penghargaan. Ingin sekali namun kesibukan dan kekangan menjadikan aku sedikit terlupa...apatah ketika aku punyai masa, aku dan keluarga sedang meraikannya... Hari Ibu dan majlis kesyukuran dalam keluarga. Aku juga tidak memberatkan untuk mencatat tentang ibu itu...kerana padaku tiada hari yang tertentu, atau ketika yang ditetapkan mencintai dan menyayangi ibu tercinta. Sepertimana ibu, begitu juga kasih dan cinta aku kepada dia (bapa)..namun aku mencatat tentang bapak kerana dalam laman ini, aku memilih untuk mencatat tentang aku dan dia.

Dia sangat bermakna dalam hidup aku ini... Biarpun aku tidak tinggal dan hidup dengannya sebumbung ketika aku di dunia ini. Sebahagian hidupku bersama dia yang satu lagi... sewaktu kecilku...sewaktu aku membesar... hanya bersama dia. Namun dia tetap ada. Menjengahku setiap masa.. Jelasnya aku berasa beruntung kerana ada dia (bapa) dan dia (datuk) dalam hidupku.... aku pasti ibu juga berbangga dan bersyukur kerana ada dia dan dia itu dalam hidupnya.. Kami berkongsi dia dan dia... cuma bagi ibuku, dia adalah suami dan dia satu lagi itu adalah ayah..

Adakalahnya aku berasa sangat beruntung punyai dia dan dia yang begitu mengasihi..sedangkan ada antara mereka yang lain tidak pernah mengenali, merasai hebatnya kehadiran dia dalam hidup...
Alangkah malang juga ada antara mereka tidak menghargai dia.
Dan alangkah menyedihkan apabila dia yang mereka miliki....tidak seperti dia yang sepatutnya. Dia yang mereka ada, dia yang tidak tahu tanggungjawab, yang mendera, yang menyebabkan mereka menderita.
Aku banyak mendengar tentang dia yang kejam, dia yang tidak punyai adab dan kehidupan seperti yang sepatutnya.. Mungkin banyak juga di sekeliling dalam persekitaran aku ...aku ketahui dan aku melihat sendiri..
Tidak kurang juga aku mendengar dan melihat dia yang begitu baik dan membuktikan dia seorang bapa/ayah/abi/papa/babah yang terbaik.. Ada antaranya membuatkan aku begitu cemburu.... kerana dia dalam hidupku telah menemui pencipta yang dicintai.
Semoga akan mempunyai dia dalam hidup aku untuk anak-anakku kelak... aku ingin sekali dia mengetahui...biarpun dia tidak mendengar lagi, bahawa aku anaknya dan cucunya ini sangat merindui dia dan dia... Maka setiap selepas solatku, aku titipkan doa dan alfatihah buat dia dan dia... semoga Allah merahmati dan menempatkan mereka dalam golongan mereka yang soleh...
Ketahuilah juga, dia dan dia telah menjadikan aku seperti hari ini...
Buat dia yang pertama itu juga, aku ingin mengucapkan selamat hari bapa... aku tahu dikau adalah ayah yang baik dan terbaik untuk anak-anakmu.. Aku banyak juga mendengar tentang dikau dan kisahmu sebagai seorang bapa... Tahniah! Anak-anak tentu amat menyayangi.
Begitu juga buat dia,dia,dia yang lain... Berusaha dan teruslah berusaha menjadi bapa sebaik Rasullullah SAW ... Aku sentiasa mendoakan kalian..
Buat mereka yang lalai... sedarlah anak-anak adalah amanah Allah...rezeki dan pemberian yang terbaik buat kalian....gunakan masa yang ada untuk membuktikan kalian adalah bapa yang terbaik juga...
Cukuplah catatan aku ini, semoga dia dalam hidup kalian juga adalah terbaik untuk kalian. Kita hanya ada satu ibu dan satu bapa dalam hidup kita....maka selagi ada waktu, hargainya lah..
Buat dia, dia, dia, dia, dia, dia.....semua bapa angkatku, merangkap guru-guru aku yang mungkin tidak mengajar aku di sekolah...walaupun aku tahu mereka tidak membaca catatan ini.... SELAMAT HARI BAPA.
Terima kasih menerima dan menawarkan aku kasih sayang yang bermakna... terima kasih menjadi bapa-bapa yang baik buat aku... biarpun bapa tidak dapat dia dan dia dalam hidup aku ini...namun bapa-bapa telah membuat aku berasa mempunyai bapa sepanjang masa... TERIMA KASIH BAPA-BAPA yang aku kasihi...
Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan