Sabtu, Mei 16, 2009

WASIAT IMAM AS-SYAFIE

Assalamualaikum....
Hari ini aku mencatat sedikit daripada bahan yang aku selesai membacanya. Iaitu tentang 30 wasiat Imam As-Syafie.. Semoga serba sedikit ia akan memberi sedikit pesanan buat kita...

IMAM SYAFIE ANTARA IMAM MAZHAB YANG TERSOHOR.

Nama sebenar Imam Syafie adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abu Mutalib bin Abdul Manaf, (berketurunan dengan Nabi Muhammad SAW pada datuk baginda yang ketiga)
Dilahirkan di Ghuzah dalam daerah Palestin pada bulan Rejab 150H (767 Masehi)

Pada usia 9 tahun beliau telah menghafal 30 juzuk AlQuran dan semasa usia 19 tahun beliau telah mengerti dan memahami isi kitab AlMuwatha' karangan Imam Malik.
Pada usia 15tahun, beliau dibenarkan membuat fatwa dan menjadi guru besar ilmu hasdis serta mufti di Masjidil Haram, Mekah.

Pelbagai liku perjalanan hidup imam As-Syafie sebagai ulama besar dalam Islam dan memberikan banyak nasihat yang berguna untuk diamalkan oleh ummah Islam seluruhnya terutama yang berpegang dan menuruti mahzab As-Syafie.

Antara wasiat-wasiat yang ditinggalkan untuk diamalkan adalah seperti berikut :
" Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia akan menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh "

Ilmu sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik....kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.
Insan terbahagi kepada tiga iaitu:
1. Mereka yang mengenal ALLAH
2. Mereka yang mencari kebenaran
3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.

  • " Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan itu dengan 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah" - Imam AsSyafiie
  • " Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar yang mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula.Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.Oleh itu syukurilah ia kerana syukur yang sedmikian adalah setinggi-tinggi syukur."- Imam Syafie
  • " Ingat dan berzikirlah kepada ALLAH sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah" - Imam Syafie
"1. Perbanyakkan menyebut ALLAH daripada menyebut makhluk
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan
4. Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga
5. Jangan sebut-sebut dan nempak=nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain"
-Imam AsSyafie
  • "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan oranglain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri."
-Imam Syafie
  • "Berbuatlah sebanyak-banyak amal soleh kerana ia merupakan pendidinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis" - Imam Syafie
  • " Hati adalah raja di dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan diri tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan."
Imam As Syafie
  • " Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun..minyaknya membawa berkat. Ia juga memberi kejayaan dan kemenangan" - Imam AsSyafie
  • "Apabila salah seorang antara kaum kerabat atau jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan lengkah untuk menziarahinya kerana tindakan itu disaksikan oleh malaikat dan dicintai ALLAH." -Imam Syafie
  • Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. menjadi hukum serta prinsip alam. Orang itu akan tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada 'kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.
  • Musibah dan nikmat adalah cubaan daripada ALLAH supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan ALLAH. Manusia mempunyai sifat berbeza terutama dalam menghadapi kesusahan, musibah, bala, mala petaka , kesenangan dan kenikmatan.
  • Semua amalan itu bukan untuk ALLAH, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. ALLAH tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya kitalah yang amat memerlukanNYA.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda : ' Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri "
  • Istighfar dapat melembutkan fikiran dan jiwa individu. Ia menghindarkan individu daripada terlanjur melakukan kesalaan, menyalahkan orang lain dan menyebut perkataan dan ucapan yang tidak terpuji. Sebaliknya selalulah menyebut nama-nama ALLAH dan terus memohon keampunan ALLAH.
  • Sifat suka memaafkan adalah perbuatan terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya kepada ALLAH.
  • "Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Pekerjaan itu akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu." - Imam Syafie
  • " Barangsiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh keutamaan:
1. Mendapat keredhaan ALLAH kerana ALLAH amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah. Begitu juga penduduk langit
2. Menggembirakan para malaikat di langit dan mereka suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah.
3. Dapat menambahkan pahala amal selepas meninggal kelak.
4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian
5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki
6. ALLAH melanjutkan usianya
7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati
8. Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada di sekelilingnya
9. Dapat menggembirakan jenazah yang berada di alam barzakh
10. Dapat mencetuskan kegembiraan pada kedua-dua pihak, tiada amalan lebih baik melainkan kegambiraan orang-orang yang beriman."
- Imam As-Syafie
"ALLAH menjanjikan kepada orang-orang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan ALLAH seperti dalam pernyataanNYA dalam surah ar-Rum:47 yang bermaksud 'dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang beriman'." - Imam Syafie
"Ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya, nescaya ALLAH akan meninggikan darjatnya di sisi manusia." -Imam Syafie
"Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara bathin adalah khusyuknya orang pilihan ALLAH " -Imam Syafie
  • Iman itu selepas dicari dan disuburkan..wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.
  • Di hadapan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti. Tepuk dada tanya iman..Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu
  • AlQuran menyebut segala musibah yang menimpa adalah akibat tingkah dan olahan manusia itu sendiri. Ada ketikanya musibah tidak cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi semua orang, termasuk orang yang tidak bersalah.
Inilah yang dapat aku catatkan berdasarkan pembacaan aku.. Pada aku setiap hari pasti ada perubahan. Antara usaha yang aku buat ialah membaca yakni menambah ilmu biarpun sedikit. Pembicaraan aku hari ini berkisar buku 30 wasiat Imam Shafie, karya atau penulisan oleh Khairul Ghazali yang diterbitkan oleh PTS Milennia Sdn. Bhd... Jika kalian ingin terus membaca dan mendapatkan ilmu yang lebih menyeluruh.. dapatkannya dan bacalah... kerana membaca itu jambatan ilmu...bermula Nabi Muhammad SAW menerima 'ilmu' (wahyu) pertama ....melalui perkatan Iqra Bismirabbikallazi Khalak ( Bacalah dengan nama Tuhan mu yang telah menciptakan)... Maka baca, pasti ia bermanafaat...InsyaALLAH. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan