Isnin, Mei 18, 2009

ENTAH MENGAPA HATI INI RESAH LAGI

Assalamualaikum ....

Apabila menyebut mimpi....banyak tafsiran tentangnya. Ada yang negatif namun masih banyak yang positif..

Entah Mengapa Hati Ini Resah Lagi..

Aku memang tidak tahu mengapa perlu ada keresahan sebegini dalam hati ku ini lagi. Adakah kerana mimpi-mimpi semalam yang mengganggu lenaku semalam. Kadang-kadang mimpi-mimpi itu amat menganggu aku.. Mengganggu kehidupan aku.. Perjalanan semakin hari begitu meresahkan.
Aku tidak ingin dengan keresahan ini lagi. Cukuplah setakat itu. Betapa sebenarnya aku merasakan amat sakit dalam dalam dada ini. Akhir-akhir ini keresahan itu datang bersama dengan perasaan yang sentiasa bersangka-sangka. Aku ingin hidup bertenang. Aku ingin hidup gembira.
Agak lama aku tidak bermimpikan sesuatu itu... dan aku berdoa semoga mimpi-mimpi itu tidak akan hadir dalam lena ku.. semoga mimpi buruk dan merisaukan itu tidak ditunjukkan lagi kepada aku ini. Tentunya kalian pelik.. besarkah peranan mimpi dalam hidup aku ini? Memang mimpi itu memainkan peranan kepada aku.. Aku mendapat isyarat melaluinya... Aku mendapat petanda melaluinya... Dan ia juga wahana naluri aku dalam hidup aku. Aku kadangkala tidak menyukainya. Namun itulah pemberian ALLAH kepadaku. Semoga aku masih dalam golongan orang-orang yang bersyukur, berterima kasih dan redha.
Aku sering berdoa agar tiada lagi keresahan itu menghampiri aku. Tiada lagi kesakitan akibat keresahan itu. Namun, beberapa ketika ini... aku mengalami sintom-sintom yang tambah meresahkan diri ini. Apa dan di manakah silap aku ini?
Sedikit salah sangka akan terus menerobos jantungku... Aku tidak akan hidup selesa. Jika boleh aku pinta..
Kembalikanlah segala-galanya jika mengerti.. Bebaskanlah tanggapan dan ingatan itu, jika mengerti... Sisih dan tinggalkanlah aku dalam perjalanan itu jika berehsan... lepaskan dan uraikanlah ikatan itu, jika ikhlas.... buang dan pinggirkan tautan dan pautan itu, jika benar dan jujur... Aku tidak mahu menjadi hipokrit... sehingga tidak mahu mengakui kelemahan itu... namun aku akan terus tabah...dan bertahan.
Semoga tiada harapan yang terbit.
Semoga tiada keinginan yang mendatang...
Semoga tiada impian yang timbul...
Semoga tiada kekalutan yang melanda...
Semoga tiada kesesalan yang mencelah...
Semoga tiada kebuntuan yang mencengkam....
Semoga tiada kepayahan yang mengiringi...
Semoga semua akan sentiasa menjadi baik dan melegakan...
Ikhlaskanlah itu sebagai suatu ibadah yang diberkati dan ikhlas...
Aku tidak khuatiri masa muka ku kelak...jika diuji sedemikian rupa... Aku tidak membimbangi kehidupan ku kelas....jika diduga sebegini... Aku tidak menyesali jika takdir aku sebegini..
Aku hanya ingin melepaskan keresahan yang hadir kembali dalam diriku ini. Debaran ini menyakitkan aku... keresahan ini mengganggu aku... kesangsian ini menghiris hatiku..
Bebaskanlah aku dengan sesungguhnya.
Aku tidak ingin membina kebahagiaan, kegembiraan atas penderitaan dan kesakitan orang lain.
maka aku ingin juga dihormati selayaknya. Tunaikanlah sedikit permintaan aku ini.
Jika selama ini aku ada dalam ingatan dan sebutan, buangkanlah jauh-jauh..
Semoga aku tidak akan datang semula..
Jika selama ini aku ada dalam kebencian dan penghinaan...lupakanlah sedapatnya..
Semoga aku tidak akan hadir lagi...
Kali ini aku juga ingin pergi...pergi...jauh-jauh, semoga aku tidak menjadi racun dalam madu kehidupan orang lain. Semoga aku tidak menjadi batu yang membuatkan orang lain tersandung dalam perjalanan.
Pasti sahaja ada yang memahami, mengerti malah amat mengetahui.... tunaikanlah sedikit permintaan ini cuma untuk kebaikan bersama.
Tiada siapa akan berasakan kesakitan itu kecuali aku sendiri.... aku seperti sudah tidak mampu lagi... jika keresahan itu datang lagi... Hidupku akan kelam kabut, fikiranku akan celaru, tindakanku akan menjadi keliru... dan aku tidak akan ikhlas dalam hidup aku. Cubalah mengerti.
Jika aku bisa mengubah, menukar, dan memindahkannya... pasti aku sudah lakukan sejak lama dulu. Aku sudah berusaha... agar tiada lagi keresahan itu kembali.. Namun jika keresahan itu dari keresahan yang tidak menentu, fikiran terasa dungu... aku ingin sekali keresahan itu pergi selama-lamanya.

Ya ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosa aku ini...Ampunkanlah aku jika aku menganiaya diri aku ini.
Ampunkanlah aku jika aku menzalimi diri aku ini.
Ampunkanlah aku jika aku terlupa dan alpa
Ampunkanlah aku jika aku menyakiti diri ku dan saudara ku
Ampunkanlah aku.....
jika aku terlalu banyak meminta....
Izinkanlah aku menunaikan janji....ibadah dan taqwaku..
Usahlah keresahan ini mengganggu aku lagi...
Ambillah kembali jika ia milik sesiapa mengetahui pemilikannya.
Aku tidak mahu memiliki sesuatu yang bukan haknya...
Aku tidak ingin sesuatu yang tidak pada tempatnya...
Aku tidak mahu kegagalan menewaskan perjuanganku...
Aku tidak ingin kesulitan menghalangi perjalananku... yang bukan milikku.. Ambillah milik sesiapa yang empunya keresahan ini.
Ambillah jangan sampai ia menyukarkan hatiku
Ambillah usah hingga ia menyulitkan kehidupanku
Ambillah usah sampai ia menghalangi keikhlasanku
Ambillah jangan ia menghancurkan keyakinanku
Ambillah jangan ia menggagalkan agendaku..
Ambillah ia jika milik dan kepunyaan.... orang lain...kerana keresahan yang ada dalam hatiku ini sudah cukup membebankan...
CUKUPLAH..... SEMOGA ADA YANG BENAR-BENAR MENGERTI DAN MEMAHAMI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan