Sementelaah inilah sahaja cara aku meluahkan sedikit apa yang aku rasakan ini, semoga usaha aku ini akan berjaya melegakan hatiku ini. Riuh-rendah di sekeliling aku ketika ini menambah rasa sesak dalam dadaku ini. Semoga kali ini aku berharap hati ini akan teguh dan tidak goyah lagi. Berkait soal hati, segalanya aku serahkan kepadaNYA untuk melorongkannya.
120- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.
120. "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku." [137]
121- اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
121. "Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang." [138]
Ya Allah, KAUlah penentu segalanya. Tersimpan segala sesuatu rahsia itu dalam arasy MU.. Berikanlah aku tanda untuk melalui semua ini.
Cuma mungkin ini hanya perasaanku melalui pengalaman lalu yang pernah aku harungi. Semoga akan ada penyelesaian atas segala itu.
Ketika melihat dia, aku melihat dia yang satu lagi itu dulu. Dia yang pernah hadir dalam hidupku dulu. Dia yang rasa terganggu dengan segala apa aku lakukan. Dia yang menafikan kewujudanku dalam kekalutannya itu. Dia yang pernah melahirkan rasa gembira dan yang menyebabkan senyumanku terukir tiba-tiba mengingatinya. Biarpun tiada jawapan pasti, aku yakin dia yang dulu itu ada aku dalam ruang hatinya dan pernah berasa bagaimana rasa kasih, sayang dan cinta aku kepadanya.
Kini aku melihat seorang lagi dia seperti dia yang dulu. Dia yang tiba-tiba hadir dalam mimpiku akhir-akhir. Aku tidak akan menganggap apa-apa selain yang ditentukan Allah buatku. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki dan siapakah diriku yang sekarang ini. Namun aku tidak mahu hati aku ini 'sakit' lagi seperti dulu. Dan aku juga tidak mahu ada lagi 'sakit' di hati orang lain. Aku harap dan berdoa rasa hati aku kepada perkara ini tidak benar dan tanggapan aku ini salah sama sekali. Ya Allah, selamatkan dia daripada terjebak daripada keadaan yang menyesakkan ini.
Semoga dia akan terus 'takut' kepada aku. Semoga dia akan terus 'malu' denganku. Itu sahaja harapanku. Semoga dia akan jauh dari aku. Aku sudah merasakan hal ini sejak awal tahun lalu. Status aku ini mungkin menakutkannya, tetapi aku bukan seorang yang tidak tahu malu atau tidak tahu diri. Maka aku berdoa semoga dia tidak sesekali terjebak denganku. Aku sudah tidak mahu melayan resah itu lagi.
Sebelum ini aku bersyukur seorang dia sudah jauh daripadaku. Tiada sebab untuk aku bertemunya. Tiada alasan untuk aku berurusan dengannya. Cukup senang hatiku kini. Sesudah dia tidak lagi akan hadir dalam hidupku atau sebaliknya. Walaupun pada ketika-ketikanya sesekali aku bertemunya, matanya akan memandang dengan penuh pengertian. Aku sudah menafikannya. Dia berhak mendapat orang yang lebih baik.

Cuma mungkin ini hanya perasaanku melalui pengalaman lalu yang pernah aku harungi. Semoga akan ada penyelesaian atas segala itu.
Ketika melihat dia, aku melihat dia yang satu lagi itu dulu. Dia yang pernah hadir dalam hidupku dulu. Dia yang rasa terganggu dengan segala apa aku lakukan. Dia yang menafikan kewujudanku dalam kekalutannya itu. Dia yang pernah melahirkan rasa gembira dan yang menyebabkan senyumanku terukir tiba-tiba mengingatinya. Biarpun tiada jawapan pasti, aku yakin dia yang dulu itu ada aku dalam ruang hatinya dan pernah berasa bagaimana rasa kasih, sayang dan cinta aku kepadanya.
Kini aku melihat seorang lagi dia seperti dia yang dulu. Dia yang tiba-tiba hadir dalam mimpiku akhir-akhir. Aku tidak akan menganggap apa-apa selain yang ditentukan Allah buatku. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki dan siapakah diriku yang sekarang ini. Namun aku tidak mahu hati aku ini 'sakit' lagi seperti dulu. Dan aku juga tidak mahu ada lagi 'sakit' di hati orang lain. Aku harap dan berdoa rasa hati aku kepada perkara ini tidak benar dan tanggapan aku ini salah sama sekali. Ya Allah, selamatkan dia daripada terjebak daripada keadaan yang menyesakkan ini.
Semoga dia akan terus 'takut' kepada aku. Semoga dia akan terus 'malu' denganku. Itu sahaja harapanku. Semoga dia akan jauh dari aku. Aku sudah merasakan hal ini sejak awal tahun lalu. Status aku ini mungkin menakutkannya, tetapi aku bukan seorang yang tidak tahu malu atau tidak tahu diri. Maka aku berdoa semoga dia tidak sesekali terjebak denganku. Aku sudah tidak mahu melayan resah itu lagi.
Tiada siapa akan mengerti. Mereka yang bersama-samaku menghadapi hidup sukar sebelum ini juga pasti tidak akan faham dan mengerti. Jalan hidupku sebenar mula tenang kini telah terkeliru kembali. Entah jalan mana yang akan ku pilih lagi kini. Hatiku juga mula keliru lagi.
“Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (Surah al-An’am: 162-163)
Sesekali aku lihat dia tertangkap ketika melihatku, aku berasa kasihan. Sesekali ketika ada aku dalam lingkungannya dia diam membisu, aku berasa simpati. Sesekali aku melihat dia malu dan melarikan diri daripada aku pada satu-satu masa, hatiku berasa sayu. Semoga tidak akan hadir sesuatu apapun detikan rasa di hatinya. Seperti dia yang dulu.. awalnya aku memang tidak pernah ingin dia ada dan hadir dalam hidupku ini.. namun Allah lebih mengetahui. Terkesan dia dalam hati ini lama dan dalam. Dia pernah memintaku mencari yang lain yang lebih baik daripadanya. Namun siapa pula aku yang mengharapkan seseorang yang baik sedangkan aku bukan pun sebaik mana.
Aku tahu dia yang satu ini tidak mengetahui sejarah aku dan dia dahulu. Jika dia mengetahuinya, pasti dia akan membenciku. Membenci siapa aku. Dan pada ketika itu, dia tidak akan mencuri-curi pandang lagi. Dia tidak akan malu-malu dan cuba mengelak dariku lagi. Dia tidak akan mahu ambil tahu tentang aku lagi.
Ya Allah, aku juga berdoa kepadaMU, semoga keresahan, kebimbangan dan kerisauan yang kadang-kadang hadir dalam dadaku ini tidak langsung berkait dengan seseorang lain, apatah lagi dia. Bantulah hambaMU ini melalui semua ini. Semoga hati ini tekal dan tetap.. usahlah berubah-ubah lagi, Usahlah aku dibiarkan berada dalam prasangka yang panjang. Tolonglah aku hambaMU yang lemah ini.
Hijabkan aku daripada terlihat oleh pandangannya yang satu lagi itu. Semoga dia akan teguh dan tabah, melawan segala pesona daripada aku jika pesona itu masih ada. tetapkan hati mereka daripada terjebak kepada sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada mereka.
Hemmm, sebahagian yang ada di benak dan hatiku ini sudah aku luahkan. Semoga kelegaaan ini akan berpanjangan. Semoga kedamaian ini akan berterusan. Ya ALLAH, yang baik itu datang daripadaMU. KAU yang Maha Mengetahui apa yang baik untukku.. Semoga KAU berikan apa yang terbaik buatku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan