Blog ini kupaparkan perjalanan, pengalaman, nukilan rasa dan minda semoga dapat diimplementasikan untuk tatapan semua,sebagai iktibar, pengajaran yang dapat dijadikan sedikit panduan.Semoga laman ini membawa banyak kemaslahatan dan kemanafaatan serta ingatan buat diri ini dan orang lain, INSYAALLAH....
Khamis, Disember 01, 2011
Jumaat, November 18, 2011
PADA SAAT ITU.... PADA SAAT INI...
Apabila membaca tajuk catatan ini, mungkin sahaja akan terbayangkan kepada dua perbezaan dan perbandingan.. iaitu dulu dan sekarang. Tajuk yang mudah tetapi boleh sahaja menjadi satu persoalan yang rumit.
Mungkin ada tersirat di sebaliknya. Aku ingin berkongsi sedikit rasa hati dan pendapat berserta tajuk yang satu ini. Seperti lazimnya tentang diri aku dan berkisar hidup orang lain di sekitarku dan masyarakat umum di sekeliling. Hanya mereka yang terasa dirinya diperkatakan dalam catatan ini sahaja yang lebih mengerti. Selain itu, sekadar menyampaikan sedikit pengalaman dan pendapat yang aku kira dapat dimanafaat oleh orang lain yang menerima teguran dan catatan ini dengan hati dan minda terbuka.. Insyaallah, aku pasti seboleh-bolehnya menjaga aib sesiapa yang diperkatakan dalam kisah dan pengalaman aku ini sebaik mungkin.
Mungkin ada tersirat di sebaliknya. Aku ingin berkongsi sedikit rasa hati dan pendapat berserta tajuk yang satu ini. Seperti lazimnya tentang diri aku dan berkisar hidup orang lain di sekitarku dan masyarakat umum di sekeliling. Hanya mereka yang terasa dirinya diperkatakan dalam catatan ini sahaja yang lebih mengerti. Selain itu, sekadar menyampaikan sedikit pengalaman dan pendapat yang aku kira dapat dimanafaat oleh orang lain yang menerima teguran dan catatan ini dengan hati dan minda terbuka.. Insyaallah, aku pasti seboleh-bolehnya menjaga aib sesiapa yang diperkatakan dalam kisah dan pengalaman aku ini sebaik mungkin.
Beberapa waktu ini aku berasakan ada seseorang yang mungkin asyik melarikan diri daripadaku. Entah mengapa aku tidak tahu. Namun sememangnya aku juga tidak memberikan ruang untuk dia hadir dan rapat dalam hidupku. Bukan mudah bagi aku menerimanya dengan pendapat peribadiku dan tanggapan awalku kepadanya apatah lagi dengan status diri aku ini yang rasanya akan memberi fitnah kepada kedua-dua pihak. Luka lama itu sebenarnya belum lagi sembuh sepenuhnya, Aku masih sakit merasakan bahang fitnah dan tanggapan orang kepada aku ini. Apatah lagi apabila maruah dan harga diri aku diperkatakan. Sedang aku dalam hatiku dan niatku tidak pernah sesekali dengan sengaja atau merancang memperkotak-katik maruahku. Hanya mereka yang sentiasa berasa tidak senang selalu mencari kelemahan aku ini.
Betapa kita terpaksa mendiamkan diri untuk membolehkan hal ini semakin mereda tetapi dalam masa yang sama semakin memberi ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab berleluasa menyebarkan fitnah itu sendiri. Jika ingin diperkatakan di sini pastinya aku akan terus mencatat berjam-jam lamanya.
Kini mungkin ada sebahagian kisah itu berulang lagi. Apatah lagi mereka yang terlibat tidak mengetahui sejarah aku dulu. Entah mengapa hatiku ini berasa akan ada sejarah yang akan berulang. Semoga tidak akan berlaku sejarah itu.
Teringat kisah aku dan 'Abid dulu. Aku tidak pernah menyukai dia suatu masa dulu. Tiada satu pun yang lekat di hati ini berkaitan dengannya. Dia juga sering sahaja menundukkan pandangannya, lalu aku tidak pernah kisah. Banyak sikapnya tidak aku gemari. Banyak nasihat yang menyuruh aku menghindarinya sedangkan pada masa yang sama aku tidak pernah menyukainya. Namun membenci jauh sekali. Namun ALLAH palingkan hati aku ini, dengan tanpa terduga dan tanpa aku sedari.. Bukan hanya menyukainya malah kagum, bangga dan menyintainya sekaligus. Apa ada pada 'Abid, mengapa aku mengasihinya, aku tidak pernah ada jawapannya hingga kini. Walaupun kini aku sudah mengikhlaskannya pergi dari hidupku ini, namun aku tidak pernah pasti apa jawapan semua persoalan itu. Tidak juga dia, aku kira kenapa dia membenci aku.. tiada jawapan pasti. Biarpun pada anggapan aku dia sentiasa menganggap aku seseorang yang tidak tahu menjaga harga diri aku ini sejak dulu.. buruknya aku menjadi seseorang yang merayu dan meminta-minta kerana rasa kasih dalam hati aku ini. Hendak buat macam mana 'Abid? Dalam hatiku ini aku menganggap aku lah seseorang yang amat dikau benci dan perlu dikau hindari. Sebab itu, selain urusan yang perlu diuruskan secara profesional aku tidak akan menegurmu, waima untuk mendekatimu lagi.
Kini aku berasa ada sejarah antara aku dan Abid bisa berulang lagi. Dan untuk itu aku tidak akan mengulanginya lagi. Biarpun ini hanya telahan aku sahaja. Dia sering memandang secara curi-curi seperti Abid dulu. Dia akan kelihatan gugup dan tidak bersedia untuk berbicara denganku. Dia akan berasa janggal apabila aku ada. Dia tidak gemar jika sesuatu aktiviti melibatkan aku... banyak lagi, seperti Abid dulu. Aku pasti tahu apa yang aku rasa, tetapi tidak akan tahu dan mengagak-agak apa yang dia rasa. Kerana aku tidak mampu menanggung perjalanan sejarah itu lagi. Apa yang pernah tidak aku sukai pada Abid dulu, ada pada dia, dan yang nyata aku tidak sukai keadaan itu. Aku sentiasa berdoa menjauhkan dia daripada aku. Biarpun beberapa kali dia memberikan pandangan tersirat setiap kali melihatku. Beberapa kali kebetulan itu berlaku dan untuk ketika ini aku berani menegurnya, bercakap dengannya. Itupun kerana aku mengetahui bahawa dia sudah punyai pilihan hati. Selalunya apabila seseorang itu sudah berpunya, dia tiada rasa segan untuk berbicara atau berurusan dengan lawan jenisnya terutama orang-orang yang berstatus seperti aku. Dan kerana itu juga aku bisa berurusan dengannya.
Malangnya ruang itu dia gunakan untuk memandang aku dengan pandangan yang sangat tidak aku sukai... pandangan seperti Abid yang 'membenci' aku dulu. Tindakan seperti Abid pada awal dulu ketika aku tidak menyukainya itu. Pandangan dan tindakan yang mendatangkan curiga dalam hatiku.
Mungkin aku tersalah anggap... tetapi aku memang tidak senang mendekatinya. Biarpun beberapa waktu belakang ini banyak pujian kepadaku namun dia bukanlah sehebat pujian yang diterima. Dan terasa sukar untuk aku setuju dengan pemimpin seperti itu. Seorang pemimpin yang mengutamakan melakukan hanya tugas dan kerja-kerja yang disukainya.
Sekiranya tidak disukai, beliau mengabaikan atau tidak mengambil berat malahan mencari-cari alasan untuk tidak mengambil bahagian dalam tugas itu. Seorang pemimpin yang mengamalkan keputusan mengikut pandangan peribadinya. Hitam katanya, maka hitamlah keputusan itu, Jika putih katanya maka putihlah keputusannya.. serta sangat sukar untuk mengalah atau memikirkan semula keputusannya itu. Elok jika pemimpin itu tetap pendirian namun perlu ada keseimbangan ketegasan itu berserta keputusan yang berhemah. Pemimpin yang fleksibel. Padaku hanya hukum syariat Allah sahaja yang tidak boleh dipinda, selaras dengan Al-Quran dan Sunnah. Selain itu ada cara dan kaedah penyesuaiannya.
Sekiranya tidak disukai, beliau mengabaikan atau tidak mengambil berat malahan mencari-cari alasan untuk tidak mengambil bahagian dalam tugas itu. Seorang pemimpin yang mengamalkan keputusan mengikut pandangan peribadinya. Hitam katanya, maka hitamlah keputusan itu, Jika putih katanya maka putihlah keputusannya.. serta sangat sukar untuk mengalah atau memikirkan semula keputusannya itu. Elok jika pemimpin itu tetap pendirian namun perlu ada keseimbangan ketegasan itu berserta keputusan yang berhemah. Pemimpin yang fleksibel. Padaku hanya hukum syariat Allah sahaja yang tidak boleh dipinda, selaras dengan Al-Quran dan Sunnah. Selain itu ada cara dan kaedah penyesuaiannya.
Sepertimana yang dibicarakan oleh Ustaz Azizee dalam penulisannya di laman webnya: http://maalimfitariq.wordpress.com/ yang menjelas 15 ciri pemimpin unggul seperti berikut :
- Mahir dalam menguasai seni berinteraksi dan kemahiran berkomunikasi
- Berkerja berdasarkan prinsip-prinsip unggul bagi mencapai kejayaan dan memahami bagaimana berinteraksi dengan kegagalan.
- Memiliki bakat semulajadi yang bersifat kulli (merangkum) dan realistik.
- Fokus pada hasil (output) bukan pada aktiviti.
- Mampu mengimbangi antara kepentingan kerja (amal) dan para petugas.(amilin)
- Mengetahui keupayaan manusia dan perbezaan tahap kebolehan individu yang pelbagai.
- Menyakini kepentingan Syura.
- Bekerja dengan semangat berpasukan .
- Mahir dalam seni dan kemahiran memotivasikan orang lain.(proses menjana & mempengaruhi).
- Memiliki pengalaman, ilmu yang secukupnya bagi mengatasi segala kesilapan.
- Menyakini kepentingan berperancangan dan melihat hasilnya (produk).
- Memiliki jiwa yang tinggi (berjiwa besar).
- Mengetahui bila, bersama siapa dan bagaimana bergurau yang sebenarnya.
- Mengimbangi peranannya yang berbagai-bagai.(pemimpin organisasi, bapa, suami dsb)
- Mengambil kira faktor-faktor sebab dan bertawakal kepada Allah.
Mungkin hanya dia sedikit berbeza dengan Abid, maka aku berasa agak selesa. Sedangkan sikapnya tidak jauh beza daripada Abid itu sendiri. Punya kesombongan dan keangkuhannya sendiri. Penat untuk memikirnya lagi. Cukup aku menghadapi keadaan Abid yang lalu, dan aku tidak mahu menghadapi seorang lagi Abid yang baru.
Sukar untuk aku menyatakannya, entah apa perasaan aku ini ketika ini. Pelbagai prasangka ada dalam minda walaupun aku akan selalu berhosnuzon dengan banyak perkara. Namun siapa tahu apa rahsia yang disembunyikan daripada aku ini. Maka aku cuba menyeimbangkan sebaik mungkin.
Bukanlah aku menolaknya seratus peratus kerana dalam peribadinya dia memang menjaga solatnya, dapat melakukan banyak perkara dan lebih fleksibel daripada Abid sendiri namun ia tidak menjanjikan apa-apa daripada aku ini. Masih lagi aku melihat kekurangan dirinya itu yang satu, tetapi yang ada dalam pandangan aku sahaja. Orang lain menyanjungi dan kagum kepadanya .
Sungguh jelas dan ketara semua itu. Sehingga sering bertanyakan dia tentang status dirinya dan siapakah gerangan orang yang istimewa di hatinya. Sementelaah dia mengakui ada seseorang di hatinya maka membolehkan aku berurusan dengannya tanpa rasa segan mahupun bersalah, apatah lagi jika dalam urusan kerja. Aku tidak prejudis mungkin kerana dia boleh menjadi imam yang baik, insyaallah.
Sukar untuk aku menyatakannya, entah apa perasaan aku ini ketika ini. Pelbagai prasangka ada dalam minda walaupun aku akan selalu berhosnuzon dengan banyak perkara. Namun siapa tahu apa rahsia yang disembunyikan daripada aku ini. Maka aku cuba menyeimbangkan sebaik mungkin.
Bukanlah aku menolaknya seratus peratus kerana dalam peribadinya dia memang menjaga solatnya, dapat melakukan banyak perkara dan lebih fleksibel daripada Abid sendiri namun ia tidak menjanjikan apa-apa daripada aku ini. Masih lagi aku melihat kekurangan dirinya itu yang satu, tetapi yang ada dalam pandangan aku sahaja. Orang lain menyanjungi dan kagum kepadanya .
"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil". (Riwayat Tarmizi)
Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,
" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."
Jika Abid dulu sering menghampiri aku dengan memberikan salam di sisi telingaku ini. Dia tidak jauh bezanya. Dia memberikan perhatian yang tidak aku sukai. Sebagai seorang yang beriman, soleh.. aku kira dia tidak seharusnya ada sikap seperti itu kepada aku. Apatah lagi usianya yang lebih muda daripada Abid sendiri. Adakah selayaknya aku menerimanya, melayannya kerana dia mirip Abid? Bukan dari segi rupa dan penampilan tetapi dari segi sikap, dan nilai yang diamalkan mereka. Jika aku ingin Abid menjadi pemimpin hebat, aku ingin juga melihat anak muda lain turut menjadi pemimpin hebat. Insyaallah dia ini juga akan menjadi pemimpin hebat, namun sebolehnya bukan imam atau pemimpin dalam hidupku ini. Kenapa aku tidak ada jawapannya.
“Dan orang-orang yang menerima seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedangkan urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian rezeki yang kami berikan kepadanya”. (Surah Asy-Syura, ayat 38).
Aku juga hairan kenapa harus ada orang lain yang agak merestui aku dan dia. Walaupun aku tahu mungkin tanggapanku ini salah namun aku dapat merasakannya. Kebersamaan dalam beberapa perkara yang berlaku antara aku dan Abid tidak menyenangkan aku akhir-akhir ini. Namun rasa tidak senang berkaitan dengan dia seorang ini lagi memeritkan dapat aku rasakan. Aku rasa sedikit tertekan. Apabila aku memanggil atau mencarinya kerana sesuatu urusan, ada kalangan mereka yang beriya-iya memastikan aku bertemu dengannya, sedangkan dengan oranglain tidak pula begitu. Aku sedikit resah mengenangkan hal itu. Sudah beberapa kali kali aku rasa sangat malu dengan beberapa insiden melibatkan aku dan dia.


Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini lagi. Yang penting menghindar titik-titik awal fitnah ini lagi. Dulu mungkin aku mampu melaluinya. Usia yang semakin pendek dan senja ini, aku sudah terasa ingin mengalah. Biarlah dia bersama dengan wanita yang seusianya terutama seseorang yang ada dalam hatinya itu. Semoga aku dijauhkan daripada sebarang fitnah lagi.


Dan menjelang berlakunya semua ini, dia di utara itu sudahpun menghilangkan diri secara tiba-tiba. Aku tidak tahu mengapa. Namun aku yakin semua ini dipengaruhi oleh suri hidup. Aku tahu dia menyayangi mereka yang berhak kepadanya. Dan aku tidak punyai apa-apa kaitan dengannya malah aku tidak ingin punya apa-apa kaitan dengannya. Alhamdullillah, satu persoalan dalam hidupku ini sudah menghindar.

Agak menghairankan dia yang aku kasihi itu tidak menghubungi aku lagi. Sudah bencikah sebenar-benarnya dia kepada aku. Sudah dia membuat keputusannya. Jika benarnya maklumkanlah aku... aku tidak mahu tertunggu-tunggu jawapan daripadamu setelah lebih tiga bulan membiarkanmu untuk mencari jawapan itu. Berilah makluman itu segera supaya aku boleh membuat keputusan untuk hidupku ini.
Duhai dikau yang aku kasihi, jika dikau mengulang membaca catatan ini... aku mohon kepastianmu. Lepaskan aku dengan baik dan perjelaskan keputusan itu dengan berani. Aku tidak mahu menyusahkanmu lagi memikirkan masalah kita ini. Dikau juga tidak terikat dengan aku ini. Malah aku juga boleh menentukan hidupku. Selama ini dikau membiarkan aku tergantung tidak bertali, sehingga aku terpaksa menolak permintaan orang kepada diriku. Bukan aku tidak mahu setia, namun jika dikau bukan lagi bergelar suami... dikau tidak layak untuk aku cintai kerana ALLAH, apatah lagi untuk setia kepadamu. Semoga dikau memahami.. Aku juga tidak mahu menjadi seseorang yang tidak tahu malu, merayu dan mengharap kepadamu. Cubalah fahami aku ini. Aku masih punya banyak tanggungjawab. Dan aku akan memegang tanggungjawab itu sehingga aku punya sebab meninggalkannya...yang mungkin untuk dikau. Sekali lagi fahamilah aku..
Cukuplah setakat ini, aku sudah sedikit lega kerana mampu untuk melahirkan luahan rasa hati ini. Pada yang boleh menjadikan iktibar, berfikirlah untuk menilai apa yang tersirat dalam kisahku ini. Jagalah maruah diri dan berjalan dalam landasan syariat yang betul. Perjuangkanlah keimanan kerana ALLAH...
Isnin, November 14, 2011
Ahad, November 13, 2011
CATATAN BUATMU YANG KUSAYANGI.... Lepaskan jika itu lebih membahagiakannya..
Buatmu anakanda (MJM)... tahniah, kerana menjadi anak yang solehah.. semoga ALLAH memberikanmu keberkatan hidup dan kebahagiaan... biarpun bukan bersama anakanda kami. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Cintailah suamimu dan lupakanlah anakanda kami yang pernah hadir dalam hati dan hidupmu. Kami sentiasa mendoakanmu menjadi isteri dan ibu yang solehah. Jadilah mentari yang menyinari hidup mereka yang lain. Dengan jodoh ini mungkin hidupmu akan lebih baik. DIA Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kalian. Pilihan orangtua dan restu yang ada akan membimbing hidupmu kelak dan akan memastikan jalan-jalan bahagia itu akan kalian selusuri juga.
Jumaat, November 04, 2011
MENYELUSUR HARI DAN HATI...
Malam semalam lenaku terganggu lagi. Entah mengapa aku sering terbangun dari lena walaupun seketika aku melelapkan mata. Malam menjadi terlalu panjang dan menjemukan. Novel-novel yang aku baca juga sudah ada lebih daripada sekali aku membacanya. Sudah semakin hafal isi kandungnya. Namun ada malamku yang masih belum lagi selesa dan aman untuk aku jalani. Ya Tuhan, kenapalah aku ini? Aku tidak punyai jawapanku ketika ini.
Tambah menyulitkan apatah apabila aku terlena itu aku didatangi mimpi yang kurang enak dan menggoyahkan ketenteramanku ini... seawal 4 pagi aku terkebil-kebil mengingati mimpi aku ini, seterusnya mendoakan kepada sahabat yang pergi menunaikan haji di Tanah suci Mekah itu. Entah mengapa wajah itu menjelma dalam mimipiku
Sayu rasa hatiku ini. Ya Allah, semoga apa yang tersirat dalam mimpiku ini tidak akan berlaku.. Sesungguhnya hanya KAU yang maha mengetahui akan segala kemungkinan di hadapan kelak. Seharian ini juga aku berasa tidak selesa.. entah mana pula silapnya. Tidak pula aku bermimpikan sahabat yang satu lagi itu. Apabila aku bayangkan, aku beristigfar banyak dan doaku berpanjangan semoga akan dipelihara sahabat-sahabatku itu ketika di bumi suci itu. Semoga dijauhkan daripada sebarang keburukan dan kemungkinan yang mendukacitakan. Walaupun suatu masa dahulu sahabat itu pernah melekehkanku kerana aku ini pada tanggapannya seorang yang tidak punya peribadi yang baik.
Ketika itu, aku sememangnya sangat sedih. Dua kali aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, dua-dua kali itu dipertikaikan. Dia tidak mahu mempercayai orang seperti aku mendapat begitu banyak kemudahan di sana. Mengenangkan semua itu sebenarnya hati ini sakit. Aku umpama diejek olehnya. Ketika tahun lepas dia menolak untuk menunaikan ibadat itu dan memilih meneruskannya niat pada tahun ini, aku sebenarnya melihat lontaran kebimbangan di matanya. Aku pun tidak mengerti mengapa... apatah lagi apabila berkali-kali dia bertanya adakah sukar untuk menunaikan fardhu haji itu. Mungkinkah semua apa yang berlaku selama hidup kita akan ditunjukkan ketika di tanah suci? Apakah segala perbuatan kita akan dibalas ketika itu? Benarkah segala keburukan dan kejelekan akan diperlihatkan awal ketika di sana? Macam-macam lagi pertanyaannya. Tahun lepas aku tidak mahu menjawab apa-apa, kerana aku nampak kebimbangannya itu di matanya. Apatah lagi mustahil pula bagiku untuk menjelaskan perkara yang akan datang. Apa yang boleh aku kisahkan hanya cerita-cerita lampau dan pengalaman ketika aku di sana.
Tahun ini aku, aku berkisah juga pengalaman lalu bersamanya. Di matanya ada sinar kegembiraan dan ada keberanian yang agak jelas. Insyaallah dia akan bersedia menjadi tetamu Allah. Namun mimpiku itu mengingatkan aku kepadanya, biarpun dia mungkin melupai aku kerana kebahagiaan ketika menjadi tetamu Allah ketika ini. Ya ALLAH, aku pohonkan kesejahteraannya di sana. Semoga dia tidak diuji dengan pelbagai dugaan yang akan menyebabkan dia serik untuk menjadi tetamuMU kelak. Semoga apa yang dia lalui, berlawanan dengan mimpi-mimpi dalam lenaku yang naif ini. Sesungguhnya aku pernah melihat seorang sahabat yang begitu takut untuk menjejaki bumi itu lagi. Namun aku dan jemaah lain merasionalkannya maka terubat juga kesakitan itu dan mungkin akan datang ketika rakan itu menjejakkan kakinya lagi ke Mekah, dia akan memperoleh pengalaman yang lebih baik.
Minggu lepas aku sudah berbincang dan bersepakat dengan keluargaku untuk menunaikan ibadat umrah lagi. Selalunya aku akan pergi dengan emak sahaja. Dulu dengan bapak juga, namun bapa sudah lebih awal dijemput Allah.. Dua tahun ini juga aku sememangnya bercadang untuk menunaikan umrah. Untuk menunaikan fardhu haji, insyaallah akan aku rancang sebaik mungkin, bersama orang tersayang jika ada rezeki kami.
Buat masa ini aku hanya ingin menunaikan ibadah umrah dan ziarah bersama emak, adik lelaki, kakak sulungku dan suaminya, cucu sulung emak yakni mukmin yang kami sayangi dan mungkin beberapa orang lain. Semoga impian ini akan terlaksana.
Rindu untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu lagi dan menjadi tetamu ALLAH. Sehingga kini, aku sebenarnya ada rasa iri hati akan pemergian rakan-rakan atau saudara mara yang akan ke tanah suci. Kenapa bukan aku lagi ke sana? Sehingga aku tidak suka untuk menziarahi mereka sebelum mereka bertolak ke tanah suci. Terukkan sikapku ini. Aku juga tidak berpesan apa-apa kepada mereka yang ke sana walaupun mereka itu saudara dekatku. Aku tidak akan berkirim pesan selain mereka menyampaikan salamku buat Junjungan Nabi Muhammad SAW. Aku punya sebab.
Antara sebabnya, aku ingin untuk menyampaikan hasrat dan doa mahupun memanjatkan segala permintaan aku sendiri di sana. Aku ingin mendapat kebahagiaan itu sendiri di sana. Aku ingin berada di sana. Dan aku tidak mahu berkirim-kirim sebab aku akan membawa diriku ke sana sendiri. Insyaallah tahun mendatang ini, hasrat itu akan tercapai juga.Ya Allah perkenankanlah.
Mungkin tidak macam orang lain yang berkirim pelbagai melalui jemaah yang akan ke sana. Bagi aku, jika apa yang aku inginkan tidak tercapai, aku akan terus berusaha untuk mendapatkannya. Dengan cara ini aku menyimpan hasrat, keinginan dan harapan dengan menidakkan jalan mudah dengan berpesan.
Ya ALLAH, aku akan sampai lagi ke rumahMU yang maha hebat itu. Aku sendiri akan meluahkan segala rasa hatiku ini kepadaMU dengan segala rasa bahagia sampai ke sana sebagai tetamuMU. Aku sendiri akan meminta kepadaMU... aku sendiri akan mendakap kecintaanMU itu. Semoga KAU akan menjemputku lagi menjadi tetamuMU...
Insyaallah jika segalanya berjalan lancar, aku akan berasa sangat gembira. Sebenarnya rasa gembira ini sudah aku rasakan ketika kakakku menyatakan keinginannya untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan. Tiada siapa mengerti.. aku tersenyum ketika itu, kerana DIA sudah memperkenankan doaku selama ini.
Untuk beberapa waktu lalu, aku sering sahaja ada rasa terkilan apabila kakakku itu ingin keluar negara walaupun atas urusan tertentu. Aku kadangkala sering juga mengusiknya apabila dia memaklumkan hal-hal itu dengan bertanya bila hendak ke Mekah. Aku bukan menyindir namun itulah sebenarnya yang aku ingin dengar daripada mulut mereka. Dan apabila mereka berkata untuk menunaikan umrah, rasanya gembira hati ini tidak terkata. Aku selalu kata, kita boleh belajar jika kita tidak tahu. Apatah lagi berkaitan dengan rukun umrah atau semua hal-hal berkaitan. Aku pun bukan tahu apa-apa pun... kalau ada tidak banyak, dan dangkalnya ilmu agamaku ini namun aku akan sentiasa membuka peluang untuk diri ini belajar. DIA akan memudahkan semua urusan kita, apatah lagi apabila kita sudah berniat.
Dulu pun sewaktu aku menunaikan haji kali pertama itu, aku tidak tahu dan tidak pernah hafal sebarang doa, namun alhamdullillah aku diberikan ingat dengan banyak perkara, maka dengan segala kemudahan yang ALLAH berikan itu, walau dalam keadaan tidak mengetahui, tidak pandai... ibadah haji itu dapat aku sempurnakan, alhamdullillah...
Itulah juga antara nasihatku untuk mereka yang lain. Jika kita pandai, alim dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama sekali pun termasuk ilmu feqah.. jika kita tidak mempunyai kesucian hati dan mengikhlaskan ibadah kita itu, kita mungkin akan sentiasa diuji.. mungkin dengan hanya sedikit rasa takut, kesesatan atau lupa...
Dulu, aku banyak belajar perkara baru dan menambah ilmu yang ada... sehingga aku yang tidak mengetahui apa-apa ketika itu lebih baik dalam menyempurnakan ibadah daripada mereka yang lebih tahu dan berilmu... OOPPS... bukan bangga diri..
Aku hanya ingin menyatakan bahawa memang benar, ALLAH melihat segumpal darah yang bernama hati dalam dada kita ini... jika kita berilmu namun kita riak, maka ALLAH pasti akan menguji kita dengan menggunakan kelebihan kita itu. Tidak perlu sampai kita berada di Mekah... sedang kita di mana-mana pun akan mengalaminya. Cuma kadang kala dan seringkali pula tidak sedar akan segala ujian itu. Kita akan terlalu bersedih dengan kekurangan dalam hidup dan kelemahan diri yang ada. Sedangkan itulah yang terbaik untuk kita. Aku hanya mencatat dengan pengetahuan aku yang dangkal ini. Untuk membincangkan hukum tentu tidak. Sebab aku takut menjelaskan hukum...
Teringat aku baru-baru ini seorang kenalan bertanya kepada aku tentang solat jamak dan solat qasar... Huh,panas juga punggung aku dibuatnya. Siap suruh tulis niat dan memperincikan semua cara ibadah itu dilaksanakan. Dia memang salah orang, sebab aku jarang sekali bermusafir jauh melebihi dua marhalah dan sudah tentu aku jarang melakukan solat jamak dan qasar. Hanya mungkin kerana tempat aku bertugas atau penampilan aku yang menutup aurat agak sempurna ini, menjadikan aku begitu dihormati dan dipilih sebagai tempat merujuk hukum. Alhamdullillah, dalam hatiku ini dengan kepercayaan itu.
Dan semua itu sebenarnya akan membuat aku terus belajar dan bersedia. Atau mungkin dengan sedikit kelebihan yang ada dalam diri aku ini yang membolehkan aku mengubati orang lain termasuk kerana sihir, maka aku diyakini akan dapat menyelesaikan permasalahan dalam agama ini. Namun aku berterus-terang bahawa aku tidak mengetahuinya dengan begitu mendalam bukan hanya untuk melakukan solat jamak dan qasar itu.. kerana aku takut menanggung dosa dengan memberikan hukum yang salah.. Dan aku gembira kerana kini kami sama-sama dapat belajar lagi... dia yang tidak tahu kepada tahu, dan aku yang dari tahu lebih mengetahui. Alhamdullillah kami bertemu dengan orang yang ahli dalam bab hukum hakam agama ini.
Walaupun sebenarnya perbincangan ini secara tidak sengaja berlaku dan mencapai persetujuan, namun ALLAH sudah memberikan isyarat yang baik ini. Terima kasih ALLAH. Pada awalnya sebenarnya aku merancang untuk mendaki Gunung Kinabalu atau menjejakkan kaki ke Sarawak pada hujung tahun hadapan, tetapi ketika berbual itu, adikku mencelah... 'alang-alang kita naik kapalterbang ke Sabah atau Sarawak, lebih baik kita semua terbang ke Mekah.." itu kata adikku... dan aku kata setuju, dan perbincangan berlaku.
Emak senyum sahaja ketika itu, biarpun simpanan masing-masing tidak mencukupi tetapi berangan-angannya lebih. Tetapi aku kata, apabila kita berniat, kita akan berusaha... insyaallah, ada jalannya... Silap-silap haribulan kami akan dapat semua yang harapkan itu, ke Mekah.. ke Sabah dan ke Sarawak.. Siapa tahu? Semuanya berkemungkinan..
Okay, hari semakin menjelang senja... rasanya adalah lebih baik aku berhenti dahulu... dan pada akhir catatan ini juga, aku mendoakan semoga mereka yang menunaikan ibadah haji ketika ini diberikan kemudahan urusan dan mendapat haji yang mabrur. Termasuk dia yang aku kasihi itu, yang ketika ini mungkin sedang melupakan aku. Semoga segala itu sementara sahaja.. selepas ini semoga dia akan kembali kepada aku dengan haji yang mabrur dan hati yang penuh rasa cinta kepada ALLAH untuk memberikan sedikit cinta itu buat aku. Buat ketika ini dan sedikit masa mendatang ini, aku rela dia melupakan aku untuk bersama cinta yang abadi dan agung...
Langgan:
Catatan (Atom)