
Tertarik juga dengan ungkapan yang seorang sahabat baru-baru ini... memanusiakan manusia..
Tidak pasti kenapa aku begitu tertarik dengan rangkaikata itu... sedangkan sebelum ini sudah berpuluh kali mendengar ungkapan itu... Mungkin disebabkan tajuk yang aku pilih untuk catatan ini... Catatan ini sudah dalam draf lebih seminggu lalu... namun baru hari ini 24 Mac... aku berpeluang menyambungnya. Rupanya DIA ingin memberikan aku peluang untuk memperkatakan lebih menyeluruh tentang tajuk yang aku pilih ini " Seorang dia pada pandangan aku.."

Sewaktu aku kecil, aku hanya mengenali dia, abangku... dia, bapaku... dia, datukku.... dan dia yang menjadi temanku, yang kini aku anggap abangku... yang mengasihi aku dan tidak mengakui hakikat itu... aku melihat dia, melalui dia, dia, dia itu....

Pokok persoalan, DIA menjadikan segala sesuatu itu secara adil... sama ada saling menyokong mahupun saling memusnah...

Menyentuh persoalan memanusiakan seorang manusia... segalanya jelas. Semua perlu diseimbangkan.. seseimbangnya... baru manusia itu jelas manusia...
Aaah.... semua semakin mengelirukan...
Maka, aku ingin kepada tajuk catatan ini.... dia pada pandangan seorang aku hari ini, dan ketika semasa ini.
Pertama, dia yang aku sentuh... dia yang amat aku kasihi... pada zahirnya aku tidak melihat dia sebagai seorang yang hebat... sudah jauh dia pergi. Malah aku sentiasa berdoa dia akan semakin jauh untuk kebaikan dirinya.. Namun, ada sedikit kekesalan di hati ini... dia tidak seperti dia yang aku harapkan...


Ketika dia memulakan diari kehidupannya yang baru, aku menggambarkan dia akan menjadi dia yang lebih hebat, didampingi oleh yang berakhlak dan sesempurna mungkin pada pandangan dia, pasti dia akan berubah. Sekurang-kurang berubah untuk memastikan cinta dia berkembang dengan subur dan memenangi hati semua orang di sekeliling... Namun hanya sebahagiannya yang berubah dan yang banyak yang masih kekal... Mengapakah seorang dia tidak bisa berubah walaupun sejengkal anjakan... Aku tiba-tiba berasakan ada luang-luang dalam hidupnya tidak dijalani seikhlas mungkin... Mungkin sahaja aku silap... namun dengan kasih sayang yang DIA campakkan dalam hati aku ini, aku sentiasa berdoa dia akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan itu yang ada dalam pandangan aku ini... yang bersifat peribadi ini... dan membaiki, biarpun sedikit demi sedikit... mengambil masa yang panjang... kerana segala sesuatu yang baik itu tiada had, atau masa yang menentukan permulaan mahupun pengakhirannya... Mungkin aku tidak pantas untuk menyatakan semua ini... Namun aku berharap jika dia melihat aku... lihatlah sinar kekecewaan dan kehampaan di mata aku ini... kerana dia tidak mengubah sikapnya itu. Aku tidak berhak menyatakan atau membetulkan namun sebagai seorang aku yang mengasihimu, berubahlah untuk kebaikan dan kesejahteraan dirimu...

Dia pada pandangan aku, keduanya... merujuk kepada dia yang akhir-akhir ini menyerlah kecerdasan IQ dan EQnya... kagum aku kepada dia. Dia berusaha mendidik dirinya di samping mendidik orang lain. Tidak prejudis dan tekal dengan keikhlasan yang sebaik mungkin. Walaupun dia tidak sehebat dia, dia,dia yang lain kerana usianya namun EQnya menjadikan dia matang dan tekal dengan pegangan dan tanggapan yang jujur... Aku sentiasa mendoakan dia , berjalan pada landasan yang benar, berpijak di bumi nyata dan sentiasa hidup dalam realiti... seterusnya berjuang menjadikan manusia sebagai manusia yang budiman termasuk dalam membentuk peribadinya sendiri. Kadang kala tertanya-tanya juga dari mana datangnya dia yang seorang ini?

Ketiganya, Seorang dia yang sentiasa mengalah, mengalah, mengalah dan akhirnya berputus asa.


Cukuplah untuk kali ini, tentang dia pada pandangan seorang aku... banyak lagi aktiviti yang perlu aku laksanakan dan selesaikan..maka aku berhenti dahulu setakat ini... jika waktu mengizinkan aku pasti mencatat lagi...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan