Rabu, Mac 16, 2011

APAKAH JAWAPANKU??? Dan ada yang masih menanti...

Kira-kira sebulan lebih yang lalu aku ditanya oleh seseorang tentang suatu perkara. Dalam masa yang sama juga aku ditanya oleh beberapa orang tentang hal yang sama... namun ketika itu, aku hanya mampu diam tanpa jawapan...
Selalu sahaja begitu, apabila ada yang datang bertanya pasti akan ada beberapa pertanyaan yang sama dalam satu masa...
Dan, aku yang tersepit dalam semua ini... tersepit hanya kerana kononnya aku ingin bersikap adil dan dapat memberikan jawapan yang baik untuk semua orang..
Sebenarnya sehingga kini, aku tidak ada jawapan untuk soalan dan pertanyaan... tiada jawapan untuk semua orang yang bertanya..
Sukar rupanya untuk menentukan kehidupan aku akan datang... Tentu maklum pertanyaan apakah yang perlu aku jawab.. dengan status aku yang 'dimiliki' sekarang.. tentu banyak yang mengharapkan jawapan yang akan dan patut berikan ialah 'YA'... tetapi patutkah..

Kata orang tua-tua, jika mata sebelah kanan tidak henti berkedip dan bergetaran, sehingga menyakitkan mata, mungkin ada seseorang yang merindui dan ingin melihat kita. Maka apabila kejadian itu berlaku, aku beranggapan mungkin ada yang ingin sangat melihat aku, mungkin seseorang atau lebih yang tidak aku kenali... apatah lagi jawapan belum lagi aku berikan kepada mereka yang tidak aku kenali dulu.
Memang aku ketika ini tidak punyai jawapan.. aku hanya memohon maaf kerana DIA tidak memberikan sebarang petunjuk mahupun tanda dan isyarat.  Sudah beberapa kali aku membuat sholat iskhtiharah untuk memberikan jawapan aku tetapi aku tidak miliki jawapan itu..

Seorang teman aku berkata, katakanlah ya... kerana aku sudah terlalu lama berkorban dan bersusah payah untuk oranglain dan sudah tiba masanya aku mengecapi kebahagiaan aku sendiri.. tetapi, mungkinkah kebahagiaan itu milik aku?? Mungkinkah aku tidak perlu bersusah payah untuk orang lain pula??? Entahlah, aku tidak pasti... memang pula aku bercadang-cadang untuk menerima sahaja namun jika aku lepaskan tanggungjawab yang ada sekarang sekadar untuk melarikan diri pastikah aku akan berasa kelapangan. Mungkin pula aku teringat dengan tanggungjawab yang lebih besar.. bukan hanya untuk seseorang dia yang menjadi tanggungjawab aku malahan mungkin ada orang lain yang dia punyai tanggungjawab kepadanya...
Aku bukan sombong sehingga tidak mahu berkongsi susah senang... Namun aku sudah lama penat untuk menjaga orang lain di sekelilingku, apakah aku melepaskan semua itu untuk oranglain pula yang tidak punyai hubungan dengan aku... Bukan apa-apa mungkin... tetapi aku sebenarnya memang agak penat... Adakah sepanjang hidup ini, aku perlu memerhatikan orang lain sahaja... Itu salah satu sebab, kenapa aku tidak punya jawapan sehingga hari ini.  Jika ditakdirkan aku kepada dia, aku berharap aku akan menguruskan dan berkongsi hanya dengannya.. tetapi itu tamak dan mustahil ...selagi orang tuanya hidup aku masih punyai tanggungjawab untuk berkongsi segalanya.  Mampukah aku lagi pada usia ini?
Ketika aku diberitahu keadaan kesihatan aku yang sudah melangkah kepada keadaan bermasalah ini, aku masih mengasihi seseorang... punyai harapan besar kepadanya... Namun, demi kasih dan sayang aku, aku pinta kepadanya berkali-kali... meninggalkan aku dan untuk pergi bersama oranglain... Biarpun sebenarnya dia tidak akan mungkin menginginkan aku di sisinya, aku berusaha juga supaya dia punyai hidup baru tanpa aku... Kerana ketika itu aku amat menyayanginya... maka aku ikhlas melepaskannya.. dan aku yakin dia pasti bahagia tanpa aku dan gangguan aku... Kesihatan aku mungkin akan menjejaskan banyak perkara... dan pada usia aku ketika ini... angan-angan dan harapan aku hanya tinggal impian... Impian yang aku tinggalkan setelah mengetahui keadaan kesihatan aku.  Yang pasti aku akan menyusahkan oranglain.. Kini baru sahaja aku berasa lega dan berasa ingin melakukan sesuatu yang lebih mengembirakan aku dengan keadaan kesihatan kurang stabil ini, aku ditanya persoalan itu..

Pada awal lagi sebenarnya jawapan aku tidak.. namun aku simpan dahulu, akan aku pohon petunjuk DIA dahulu.... sepertimana setiapkali aku membuat keputusan besar dalam hidup aku... Dan kadang-kadang aku terasa, sehingga kini jawapannya tidak.  Tak tahu mengapa,cuma mungkin perasaan aku sahaja..
Bukanlah aku ini kejam atau bukanlah pula aku ini takut.. dengan banyak pengalaman yang telah aku lalu.. dan banyak pula perkara yang tidak berpihak kepada aku... tidak ditakdirkan kepada aku..
 Sebenarnya aku tidak takut untuk memulakan hubungan baru, cuma aku terasa adalah lebih baik mereka memilih seseorang yang lebih muda agar segala apa yang disarankan dalam agama kita tertunai..

Salah satu perlunya perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan zuriat... dan pada usia ini mampukah aku memberikan zuriat untuk dia yang bertanya itu?? Jauh di sudut hati aku ini, aku sedar siapa dan apakah keadaan diri aku ini.  Aku dengar baru kini terbuka hatinya kepada seseorang. Dan itupun untuk memenuhi permintaan seorang ibu... tapi aku sendiri tidak mahu melukakan hati dia dengan tidak membolehkan dia merasai kesusahan dalam hidup aku ini dan berkemungkinan aku pula tidak mampu lagi memberikan cahaya mata penyeri hidupnya kelak.
Bukan pula aku sudah berasa selesa dengan hidup aku ini. Aku tidak punya apa-apa untuk aku berikan kepadanya.... maka apakah jawapan aku sebenarnya?

Bukan pula hanya seorang yang berharap aku akan berteman... namun aku sendiri tak tahu kenapa banyak fikir aku ini untuk membuat keputusan. Keluarga dan ibuku khususnya akan berasa gembira jika aku berkata 'ya'. Dan mungkin dia yang bertanya itu, mahupun ibunya itu akan berkata menerima aku seadanya. 
Cuma, bagi aku dalam usia ini tidak terfikir aku ke arah itu lagi... Semoga jika dia itu terbaik untukku, hidupku dan matiku, baik untuk agamaku, masa depanku dunia akhirat.... semoga akan dipermudahkan segala urusan kepadanya.. Semoga DIA akan melorongkan segalanya kepada pilihan itu.... Aku tidak akan mempersoalkan banyak selepas itu... Kebahagiaan setiap seseorang daripada berbeza... mungkin bahagia bagiku tidak akan sama dengan bahagia oranglain waima jika seseorang itu di sisiku. Maka semoga yang bertanya itu tahu, mengerti dan faham... jalankanlah usaha yang baik itu mengikut aturan syariah dan aturan adat yang betul dan tidak lari daripada redha DIA..

Aku pasti dia tidak akan membaca catatan ini... namun catatan ini ikhlas daripada aku... Bukan dia yang bertanya itu sahaja.. kepada dia yang pernah memintanya sendiri daripada aku... memang ketika itu dan ketika ini juga, aku tiada jawapan kepada soalan dan permintaan itu. Maafkan aku jika aku melukakan
hati-hati yang mengharap itu... sukar bagi aku untuk menjawab dan memberikan jawapan yang terbaik.
Semoga pula ditakdirkan dia membaca catatan ini, dia akan ikhlas menerima jawapan dalam catatan ini. Bukan aku tutup hati aku ini.... cuma ketika aku menyerahkannya kepada DIA, DIA masih belum memberikan jawapan buatku pula... Pasti ada yang belum selesai sehinggakan aku diberikan perjalanan hidupku seperti ini.. dan semoga inilah adalah yang terbaik untuk kita... biarpun jika hanya untuk ketika ini... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan