



Aku kira tiada salahnya memenjarakan kesukaan dan kegembiraan aku. Lalu menyembunyikannya daripada orang lain..
Blog ini kupaparkan perjalanan, pengalaman, nukilan rasa dan minda semoga dapat diimplementasikan untuk tatapan semua,sebagai iktibar, pengajaran yang dapat dijadikan sedikit panduan.Semoga laman ini membawa banyak kemaslahatan dan kemanafaatan serta ingatan buat diri ini dan orang lain, INSYAALLAH....
Namun aku kira kesibukan itulah pula yang menghiburkan aku. Daripada kesedihan, daripada kepiluan, daripada kekosongan, daripada kehampaan, daripada kepayahan dan kebimbangan, daripada kepedihan dan kehampaan, daripada rasa terkilan berpanjangan, daripada berasa iri hati dan kecil hati.... JIKA ADA semua itu dalam hidup aku... Sebenarnya, aku sangat gembira dengan kesibukan ini kerana menjadikan hidup aku ini lebih bermakna dan memberi makna pula kepada yang lain....
Biarpun aku tahu, jika tanpa aku pun segalanya akan tetap berlangsung dengan baik dan bermakna.
Seperti tercatat yang terdahulu, jika aku ingin berbuat sesuatu....aku inginkan sesuatu tujuan dan matlamat itu tercapai. Biar betapa sukar sekalipun pastinya jika ia sesuatu yang datang dari niat yang baik dan ikhlas, dariNYA, untukNYA dan keranaNYA....Hasilnya akan bermanafaat juga....sebelum dari itu, biar betapa sukar sekalipun... urusannya pasti dipermudah dan segalanya adakan dapat diselesaikan... Itulah pegangan aku yang kerdil ini... Hidup dan mati, solat dan ibadah hanya untuk DIA... Bagaimana, kenapa, mengapa, bila ....Hanya DIA Yang Maha Mengetahui..... Apatah jika janji yang termenterai itu sudah sampai tempohnya. Semoga kita akan mencapai segalanya dengan redhaNYA.
Selepas satu tanggungjawab, satu lagi tanggungjawab aku pikul.. dan bersebabkan DIA, aku menerimanya dengan ikhlas. Aku menerima dengan senang hati dan gembira. Jika aku tidak melaluinya, aku tidak akan pernah tahu. Biarpun di sebalik kelemahan aku ini, aku yakin dengan kekuatan yang ada dalam diri aku ini. Dan berbekalkan keyakinan dan kekuatan itu aku terus untuk melangkah... Siapa tahu apa yang ada di hadapan kita... namun jika itulah cara untuk aku mencapainya, untuk aku TAHU DIRI..... supaya aku ada di landasan yang sepatutnya...aku pasti melaluinya.
Aku sedikit teruja untuk menyentuh beberapa kisah yang aku lalui selama dua bulan ini, rentetan beberapa peristiwa lalu... atau tautan kisah-kisah sekitar hidup aku ini. Mungkin aku tidak kelihatan seperti gusar atau bermasalah, tapi siapa tahu apa yang berlaku dalam hidup aku dan apa yang ada dalam benak fikiran dan lubuk hati aku.
Mungkin tidak ada yang dapat menyingkap sepenuhnya kisah lalu untuk dijadikan gambaran sebenar perjalanan hidup kita sebagai pengalaman dan pengajaran... Namun dengan sedikit usaha ini, semoga kita akan sentiasa ingat-mengingatkan sesama kita... pastinya sebab kita hamba yang sentiasa lupa.
Aku hanya berpesan sedikit, mengingatkan diri aku ini juga... tiada salahnya kita mencari kesempurnaan... namun kita seharusnya sedar, sebagai manusia yang banyak kelemahan dan kekurangan, masakan kita akan mencapai kesempurnaan...
Dan ketika kita mencari kesempurnaan itu, tidak wajar meletakkan orang lain dalam tanggapan kekurangan yang sekadar menutup kelemahan kita sendiri... Menuding orang lain sekadar melindungi kekurangan diri.
Tiada salahnya jika kita mengakui kesilapan dan kekurangan... selagi ia adalah suatu tindakan yang benar, ia akan tetap benar... Tidak perlulah kita menunjuk-nunjukkan kelebihan kita sehingga kita menjadi sombong, bangga diri dan angkuh.... Sedarlah, kebaikan dan kebajikan itu akan dengan sendirinya menonjolkan kehebatan itu... tanpa dipinta, tanpa direka.... Jika ia memang sebenarnya kehebatan, maka kehebatan itu akan memperlihatkan kewujudannya.
Mungkin ada yang tidak mengerti dan memahami apa yang tersirat dalam catatan aku ini... sekadar ingatan untuk diri ini dan teman-teman yang memahami... Kiranya ada kekurangan di pihak yang lain, tidak perlulah diperbesar.... jika ada kelebihan di pihak kita juga tidak perlulah dihebahkan.... Kemuliaan itu akan berbicara sendiri.
Tidaklah pula aku menuding kepada sesiapa, mungkin hanya diri aku juga.... ingin sekali mengungkapkan kisah... seperti kaduk naik junjung, seperti si kudung mendapat cincin.... ada dalam kalangan kita, mungkin hampir sekali dengan kita. Hanya kerana terasa diri kita hebat, kadang kala kita terlupa dengan aib yang perlu ditutupi...lantas membuka aib yang bukan berhak untuk kita perkatakan...
Ada kalanya kita mendapat kuasa yang bukan sepatutnya milik kita, tetapi kita lebih berkuasa daripada yang memang berkuasa.... sehingga ada ketika kita lupa... banyaknya usia seseorang itu, maka lebih luaslah pengalamannya dan ilmunya..... lebih banyaklah dia merasai garam, mengenal pahitnya hempedu, merasai pedasnya si cili padi, mengertinya sakit ketika jatuh, memahami hikmahnya sebuah tangisan dan mengetahui ilmunya suatu pengetahuan...Maka mengapa dengan ilmu yang sedikit, pengalaman yang dangkal, pengetahuan yang cetek kita mencabar kewibawaan yang sudah pasti pada takuknya? Bukan tidak boleh, tapi jika kita salah, jangan tuding oranglain yang khilaf. Jika kita lemah, jangan menghina oranglain yang naif... Tiada apa yang ada pada kita... lebih daripada oranglain. Tiada apa yang kita miliki...lebih bagus daripada orang lain.... Tiada apa yang kita kecapi, lebih nikmat daripada orang lain... Dan, mungkin apa yang kita hilang itu, lebih banyak daripada oranglain..
Buat mereka yang mengerti... jelajahi diri kita, muhasabah segala yang ada, berlaku kepada kita.... Pasti kita tidak akan berasa apa-apa kelebihan dan kebaikan, kebagusan dan keelokan... melangkau apa yang ada/berlaku kepada orang lain... Semoga sedikit catatan aku kali ini... memberi manafaat. Wassalam.