Ahad, Februari 22, 2009

HIDUP INI LILLAHI TAALA

.....setiap saat itu kurniaan Illahi yang menciptakan setiap zarah di dunia fana' ini. Setiap perjalanan dimulai saat-saat itu. Setiap perjuangan itu bermula dari langkah pertama perjalanan-perjalanan yang panjang. Akhir perjalanan itu adalah matlamat sebenar setiap saat yang bermula.... menuju ALLAH yang Esa.

Adakalanya penghargaan itu tidak ditunjukkan melalui perlakuan atau ucapan tetapi melalui keunikannya yang tersendiri. Banyak rahsia yang tersembunyi, sepertinya ada yang kita ketahui, tetapi banyak juga yang tidak kita ketahui. Aptah ketika kita mempersoalkan banyak perkara. Semua menjadi tidak sempurna. Walhal bukan kesempurnaan itu semata-mata yang diperlukan. Hidup pun takkan sentiasa indah, adakala mendung melitupi langit...nampak kelam, suram tetapi di sebalik rahmat hujan yang turun ada banyak kemanafaatan yang diperoleh. Kadangkala di sebalik awan mendung itu ada sinar mentari yang menceriakan. Mungkin juga di sebalik mendung itu mentari terik membakar, terlindung di sebalik kelamnya awan, mendung memberi isyarat, namun usah percaya yang mendung itu akan menitiskan hujan...mungkin akan ia akan berlalu...menitipkan sinar yang lebih cerlang... begitulah hidup kita di dunia ini..adakala umpama mendung, adakala menjadi hujan, adakala menjadi mentari.... tapi hidup kita akan tetap bermakna, dengan kembalinya kita kepada Yang Maha Agung..

Namun, kita sering menjadi manusia yang lupa, mudah lupa atau sengaja melupakan. Perjalanan yang indah sentiasa menjadi memori sedang kepahitan dalam perjalanan itu sering kita lupakan. Sedangkan keperitan, kesakitan, kepahitan itulah menjadikan kita matang dan berilmu, berpengalaman.....Muhasabah itu bukan untuk mengimbau kembali tetapi untuk menilai dan mengukur, merancang dan membaiki semula, perjalanan seterusnya..menuju kepada ALLAH yang Maha Mengetahui...Penyayang dan Pengampun.

Seringkali kita berasa bangga dengan apa yang kita miliki, sehingga kita lupa ia hanya pinjam-pinjaman semata-mata. Kita berasa hebat kerana memiliki semua...kita berasa gah kerana mampu dan berdaya..kita berasa kagum dengan diri, berasa ujub dengan semua pemilikan itu..tanpa kita sedar itu adalah ujian. Sehingga akhirnya, ujian itu melakarkan ujian... barulah kita akan sedar yang semua itu bukan milik kita tetapi akan kembali kepada pemiliknya yang pasti, yakni Maha Suci ALLAH pemberi Rezeki dan Rahmat..

Lalu dengan sedikit delegasi ini....kita pasti dapat mengenali diri kita, yang setiap saat hidup ini adalah kerana ALLAH Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan