YUNIMAHA5
Blog ini kupaparkan perjalanan, pengalaman, nukilan rasa dan minda semoga dapat diimplementasikan untuk tatapan semua,sebagai iktibar, pengajaran yang dapat dijadikan sedikit panduan.Semoga laman ini membawa banyak kemaslahatan dan kemanafaatan serta ingatan buat diri ini dan orang lain, INSYAALLAH....
Ahad, Februari 16, 2020
Setiap Doa pasti dimakbulkan kerana itulah janjiNYA
Antara tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah adalah melalui ujian dan musibah yang dilalui. Mungkin ada antara kita tidak menyedari, setiap musibah yang kita lalui merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita... Allah sentiasa merinduiakan rintihan hambaNYA memohon keampunan dan mengadu kepadaNYA.. semoga kita tidak akan berada jauh dariNYA. Pelbagai kemungkinan di hadapan kita, tidak disedari oleh iman kita bahawa sebenarnya sesuatu peristiwa itu merupakan satu jalan ke arah mendekatkan diri kita kepada Allah. Banyak juga dalam kalangan kita tidak dapat ditegur dan diberikan nasihat kerana berasakan diri kita ini sudah sempurna dan hebat. Sedangkan kehebatan itu sebenarnya milik ALLAH. Ujian yang sedikit dirasakan begitu berat walaupun begitu kecil sebenarnya. Tersusuk jarum pun terasa sakit maka usahlah dipertikaikan segala ujian yang diberikan olehNYA buat kita. sesungguhnya tidak beriman seseorang itu andai tiada ujian daripadaNya. Oleh itu, berdoalah untuk dapat melalui segala dugaan dengan sabar, dan berdoalah untuk keredhaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat kelak,
Khamis, November 22, 2018
SETELAH SETAHUN MENYEPI DIRI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Pada pagi penghulu segala hari yang barakah ini, ku memulakan bicaraku kembali. Setelah setahun ku menyepikan diri melalui beberapa ujian Allah yang tidak terduga hadirnya.
Alhamdullillah, ku dapat melaluinya. Biarpun pada awalnya terasa sangat berat dan menjadikan aku hampa dan kecewa. Kini, aku lebih redha namun bukan pasrah. Keadaanku mejadi lebih baik saban hari walaupun ada waktunya tiba-tiba diriku jadi lemah dan tidak bertenaga. Aku lebih menerima keadaanku ini dan persekitaranku dengan lebih positif.
Allahumma Salli aalaihi wasalam. Bulan ini bulan kelahiran junjungan nabi SAW. Mauliddurrasul baru berlalu beberapa hari.
Semoga aku terus menjadi kuat dalam melalui semua liku-liku hidup mendatang ini. Catatan hari ini, sebagai permulaan atau kembali aku menulis lagi. Semoga aku dapat diterima seadanya diriku ini.
Cukuplah catatan ku buat kali ini.
Tanganku ini belum kuat mana.Catatan sependek ini pun telah membuatku mengah dan sakit, sebenarnya. Aku akan cuba seupaya ku mencatat, biarpun sedikit. Semoga pengalaman ku dapat kukongsikan untuk menjadi ibrah kepada orang lain. Semoga bermanfaat jua.
Wassalamu
Jumaat, November 10, 2017
KIRANYA ADA WAKTU UNTUK MEMULAKANNYA SEMULA
Setelah sekian lama tidak mencatat dalam blog ini. Wajah-wajah haiwan kesayangan ku ini sudah tiada lagi. Telah meninggalkan aku agak lama jua. Semua itu hanya pinjam-pinjaman. Alangkah rindu dengan si kecil yang kupanggil Lion ini. Mungkin nama besar yang kuberikan kepadanya yang kecil itu agak berat maka tidaklah tertanggung olehnya bebanan nama itu. Hmmmm, hanya kata-kata orang tua-tua berdasarkan pengalaman mereka.
Hari ini atau lebih tepat dinihari ini aku tidak pun bercadang untuk mencatat namun setelah membaca entri-entri yang pernah aku catat, terpanggil aku mencatat dan memulakan semula catatan ini.
Membaca beberapa entri yang lalu, menjadikan aku tertanya-tanya benarkah semua catatan dalam blog ini aku yang menulisnya. Begitu baik susunan tulisannya dan jelas isi kandungnya, sebaik itukah aku dulu?? Tersenyum sendiri jadinya. Sudah lama aku tidak 'berbicara' seperti itu. Kini, bolehkah aku untuk mencatat lagi.Hah, kali ini aku mencabar diri ini sendiri. Menyahut cabaran untuk mencatat aktif dalam blog ku ini. Insya-Allah akan aku buktikan dengan pengalaman alami ini aku tetap punya 'suara' yang berdikari, mandiri, bernas dan berkredibiliti.
Aku pasti lebih hebat kelak. Hahahaha, pujian untuk diriku sendiri. Yang pergi biarlah pergi, usahlah ia ditangisi lagi. Pujuklah hatiku ini. Allah pasti ada di sisi ini.
Jatuh bangun seseorang bergantung kepada dirinya sendiri. Kita pasti tahu kelemahan diri sendri tetapi masih tidak mahu cuba membaiki kelemahan diri sendiri, malah sanggup membiarkan terpendam terlalu lama. Ketika parah kita pasti sudah terlambat. Namun, terlambat itu tetap lebih baik daripada tiada.
Sudah di pertengahan usia ini malah mungkin sudah dekat dengan penghujungnya hati ini terlalu cepat terasa. Terasa dipinggir, terasa diabai, terasa disingkir, terasa dianiayai.....malah macam-macam lagi yang terasa di hati ini. Itu tandanya sudah tua. orang tua akan selalu sensitif dan merajuk, waima dengan diri sendiri pun boleh merajuk.
Semoga hati ini masih kuat, masih ada di jalan benar dan lurus, dikuatkan iman dan dicekalkan hati. Kini, kita sudah jadi tempat rujuk buat orang lain. sepatutnya kita sudah pasti hebat berbanding generasi yang ada ini. semoga aku akan terus kuat.
Untuk tempoh 9 bulan tanpa mencatat ini, ada pelbagai pengalaman dan kisah yang aku dan mereka di sekelilingku lalui, Yang berat, yang ringan, yang elok dan bagus, yang buruk dan keji, yang samar-samar, pahit, manis masin...
Akan kukongsikan kelak dengan caraku sendiri kelak. Semoga ia bisa menjadi nasihat, ibrah dan iktibar buat yang lain. Yang mungkin melintas-lintas di salah satu blog aku yang tujuh. Buat kali ini, cukuplah catatan ini memulakannya semula... Semoga aku tekal menetapkan tekadku.
Jadikanlah diri menjadi seseorang yang berguna dan bermanfaat kepada diri sendiri dan orang lain,
seperti menjadi benih yang baik itu...
Dicampak ke laut menjadi pulau,
Dicampak ke darat menjadi gunung,
Dicampak ke langit pastilah menjadi bintang kejora.
Sesungguhnya kelemahan yang ada ini adalah daripada diriku sendiri, yang baik itu daripada Allah. maka sebaik-baik perancangan dan kejadian itu jua daripada Allah
Cukuplah buat kali ini. Wallahualam bissawab.
#nasihatuntukhidupkuyanghidup.
Rabu, Februari 15, 2017
CATATAN TANPA TAJUK
ASSALAMUALAIKUM...
Catatan ini kononnya tanpa tajuk. Namun itulah sebenarnya tajuk. Aku tidak meletakkan tajuk khusus kerana tidak pasti apa yang bakal aku panjangkan di sini. Mungkin hanya rapu-rapuan yang kuluahkan sekadar untuk menyenangkan hati sendiri.
Untuk mencatat sahaja, aku memerlukan tempoh dan keluangan masa yang begitu panjang. Ku kira masa ku tidak dapat kususun dengan baik. Itulah satu rezeki yang menghindar dari diri ini. Semakin hari semakin jauh dengan sesuatu yang aku inginkan...yakni kelapangan dan kerehatan. Serasa, hari-hari ku semakin pendek dan masa yang berlalu terlalu cepat. Berbuat kerja yang mudah pun terasa mengambil masa terlalu panjang. Allah, ampunkanlah dosa-dosa yang telah kuperbuat. Entah di mana pun silap tidak dapat untuk kucari. Bingung juga jadinya.
Pagi ini aku tersedar dari tidurku dengan mimpi yang tidak begitu menyenangkan hati. Namun aku akur bahawa kita tidak boleh mengubah sesuatu tanpa keizinan Allah.... cuma aku bisa berdoa agar apa yang buruk dalam mimpiku ini dijauhkan dariku. Sebulan lalu, aku tiada bermimpikan sesuatu....hanya dua tiga bulan sebelum itu, aku bermimpi gigiku tercabut....dan setelah dua bulan baharulah aku menerima dan menghadapi beberapa kematian dalam lingkaran sekitaran hidupku. Apakah ini juga bermaksud mimpi buruk itu akan benar-benar berlaku selepas dua bulan dari sekarang. Ya Allah, tempatkanlah orang-orang yang kami kasihi dalam kesejahteraan yang melewah. Dan, jika tiba masanya KAU menjemput kami kembali ke pangkuan MU...jemputlah kami ketika kami dalam keadaan redha kepada apa sahaja yang kami miliki. Mimpi memberikan kesan yang agak mendalam dalam hidup ini, namun aku tidak boleh membiarkan mimpi terus mempengaruhi hidup aku yang seterusnya. Hakikatnya, aku sudah cukup tua untuk menjadi anak-anak yang memikirkan hal-hal remeh seperti itu.
Dan, pagi ini juga aku bangun dari lenaku dalam keadaan terkejut. Tidak seperti biasa yang agak bertenang. Hati ini berdebar-debar dan mengalami keresahan. Namun aku kembalikan kegusaran ini kepada Maha Penciptaku. Pasti ada sebab mengapa hari ku ini bermula begini. Semoga Allah mengampunkan dosa dan kekhilafan diriku ini sama ada yang aku sedar mahu pun tidak. Tentu aku sudah agak menjauh dariMU, maka KAU datangkan ujian ini berterusan supaya aku kembali dekat padaMU... Terima kasih, Allah..
Apapun yang berlaku dalam hidupku yang lalu seharusnya hanya menjadi suatu pengajaran dan membantuku memperbaiki langkah-langkah perjalananku agar lebih kemas dan baik. Walaupun ada antara kisah-kisah lama itu begitu mengesankan dalam hidup ini, ia masih tetap sejarah yang tidak akan berulang lagi.. Itulah hakikatnya. Hakikat bahawa bukan semua yang kita inginkan bisa menjadi milik kita. Terutama tentang jodoh, rezeki serta ajal dan maut kita. Setiap fasa dalam hidup kita akan kita lalui dengan aturannya yang tersendiri. Aku sering menanamkan dalam minda dan hati, Allah sentiasa mendengar kita dalam apa sahaja keadaannya. Takdir juga pastinya akan berubah jika kira meminta dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Berdoalah sentiasa wahai diriku semoga apa sahaja yang baik akan Allah campakkan ke dalam perjalanan hidup yang tidak ku ketahui kesudahannya.
Pagi ini dada ku berasa sakit, terhimpit, tekanan dan serba rasa yang ada. Hidup ini suatu perjudian. Terkadang menjadi mentimun, tergolek atau menggolek tetap akan terluka. Kekadang menjadi besi waja, diketuk, dipalu, dibekukan dan dibakar tiada akan memberikan kesan. Ada kalanya menjadi angin yang berlalu seperti tiada apa-apa berlaku. Allahuakbar, mengapakah hariku dan hatiku ini berasakan kesesakan yang sebegini.
Apabila melalui saat-saat hambar dalam hidup ini aku berasakan perlu ada perubahan dalam hidup yang aku tidak pernah tahu berapa lama lagi yang ada. Cukuplah berubah untuk menjadi seseorang yang mencintai segala pemberian Allah kepadaku dengan rasa penuh bersyukur.
Alhamdullillah...
Alhamdullillah...
Alhamdullillah...
Ya Allah jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur.
Dan jadikanlah aku orang yang tidak pernah rugi,
sama ada aku sedari mahupun tanpa aku sedari.
Hari ini, dalam tahun yang baharu berlalu lebih kurang 40 hari ini.... aku terasa kehilangan sesuatu. Sesuatu yang aku sendiri tidak pernah pasti. Hari ini aku menyambung catatan ini dengan rasa dalam hati ini tiada hala tuju. Untuk apa harus aku jadi seperti ini. Banyak yang perlu aku lepaskan mungkin, tapi aku sendiri tidak pasti. Maka aku nasihatkan diri ini....hargailah apa yang aku miliki ini. Biarpun sebenarnya aku tidak pernah tahu apa yang aku pernah miliki dan punya.
Jodoh bukan milikku hingga saat ini, namun aku tidak mungkin beralah setakat ini...tidak juga pasrah menunggu semua itu berlaku secara semula jadi. Jika ditakdirkan memang bukan rezekiku untuk memiliki keluarga sendiri, semoga jadikanlah aku ini ya Allah seorang yang sentiasa bermanfaat dan berguna kepada orang lain. Jadikanlah aku seorang yang mudah didekati dan mendekati yang lain yang boleh membawa ke syurga. Jadikanlah diri ini seorang yang kuat menerima qadak dan qadar MU, jua. Ketidakseimbangan kesihatan ku ini semoga tidak menjadi sebab orang lain menjadi terbeban dan tidak mengungkit-ungkit bersebabkan diriku. Dalam jangka hayat yang tak kupastikan ini, aku berdoa kehidupan ini bermakna dan membahagiakan.
Andai, kehidupan aku ini sesungguhnya begitu singkat...jadikanlah masa yang ada ini penuh keberkatan. Lapangkan aku untuk berbakti kepada orangtuaku.. luaskanlah rezeki ku dalam memenuhi keperluan orang tuaku. Jadikanlah hidup ibuku yang bersisa ini penuh kegembiraan, kebahagiaan dan kesejahteraan.
Mudahkanlah aku bermusafir, dan berjalan di muka bumi MU ini dengan penuh rasa tawaduk dan kesyukuran,
dan bantulah diri ini menebus kesalahan-kesalahan yang kuperbuat dan mungkin tidak disenangi oleh orang lain. Jika bersalah, semoga aku boleh bermohon maaf dan sempat juga dimaafi dan dimaafkan..
Doaku buat orang-orang yang aku sayang dan cintai, sama ada rasa itu disedari mahupun tidak...semoga mereka berbahagia, dirahmati perjalanan hidup mereka dan dikekalkan keberkatan dalam semua perkara dan hal di dunia dan akhirat..
Alhamdullilah, selesai juga catatan ini...selama 6 bulan kurancang namun kuabaikan..
Apa yang baik sesungguhnya datangnya dari Allah.....andai ada kekurangan, kelemahan dan kebobrokan..pasti aku lah penyebabnya..
Nasihat untuk hidupku yang hidup..
Jumaat, Februari 19, 2016
REDHA ITU TIDAK MUDAH walaupun TIDAK MUSTAHIL
Assalamualaikum...
Setelah kira-kira lima bulan menyepi, aku kira sudah agak lama juga sebenarnya aku dilambung kesibukan dan kesempitan ruang masa yang terhad. Menulis dan mencatat bukan lagi menjadi habit dan kebiasaanku. Keluangan masa yang ada juga bukan milikku lagi. Dan, aku perlu menerima hakikat itu dengan sesungguhnya. Adakalanya aku terasa yang urusan dunia ini tidak pernah habis-habis. Maka aku akur juga sebab dalam urusan dunia ini jugalah sebenarnya ada urusan akhiratku. Dengan niat kerana Allah Taala dan cita-cita ingin menjadi insan bertaqwa aku meneruskan perjalanan ini dengan kekuatan yang ada dan kesabaran yang masih bersisa. Sesungguhnya, berikanlah diri ini Ya Allah ketabahan untuk menjadi hambaMU yang diredhai.
Teringat aku akan suatu hadis, mafhumnya:
Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
Lapang sebelum sempit
Senang sebelum susah
Muda sebelum tua
Sihat sebelum sakit
dan Hidup sebelum mati..
Hadis yang selalu kuulang-ulang. Mengingatkan diri sendiri bahawa segala-galanya daripada Maha Penciptaku. Atas dasar cintaku kepadaNYA dan Rasul SAW...aku teruskan kehidupan ini biarpun adakalanya akan ada banyak duri dan onak yang perlu kulalui... Sesungguhnya segala yang berlaku itu adalah daripada kasih-sayangNYA juga...
Buat masa ini, aku kira perjalanan hidup ini telah diatur indah oleh Allah. Semua peringkat hidup kulalui dengan pelbagai nasihat buat diri ini. Cuma, mungkin aku tidak berpeluang untuk melalui hidup sebagai seorang isteri dan ibu sepertimana yang diimpikan oleh setiap wanita di dunia ini. Bukan rezeki bagi diri ini, mungkin.
Aku memilih imamku, namun Allah tidak memilih dia buatku. Betapa aku kasih sekalipun akan dirinya, jika tidak dia buatku...jalan yang kupilih pasti buntu. Menghadapi pelbagai bentuk cinta dalam hidupku ini menjadikan aku lebih bersyukur. Bersyukur kerana aku mengerti akan betapa Allah masih memberikan perasaan ini kepadaku sebagai nasihat.
Biarpun sebenarnya hati ini sedih melepaskannya namun aku akur. Dia telah menentukan pilihannya. Tiada satu pun isyarat bagiku untuk aku terus menunggu dan menghancurkan kebahagiaannya. Dan, bukan aku mengganggu kebahagiaan orang lain. Apatah lagi si dia yang lain itu telah mengenali dia, imam yang KAU ilhamkan dalam mimpi-mimpiku selama ini. Kenapa aku perlu menghancurkan kebahagiaan lain.
Jika aku menjadi dia dalam membuat pilihan pasti aku memilih gadis itu... Jauh berbanding dengan diri ini juga. Demi kelangsungan hidup serta memenuhi sunnah, pastinya gadis itu lebih layak. Serba-serbi lebih baik dan lebih sempurna daripada diri ini.
Aku mencintainya, dalam ertikata cinta sesama manusia ini atas fitrah yang ada. Biarpun dia bukan sempurna di mataku, tidak tersenarai dalam katogeri lelaki pilihan hatiku, namun aku bersyukur kepada Allah mempertemukan aku kepada dia. Kontra sekali dia, namun anggun sekali dia di mata dan hatiku ini ketika ini. Dan ketika aku masih mengasihi ini dan dengan sangka baik dan doa aku berusaha mengikhlaskannya.
Aku tertanya-tanya apakah yang membolehkan aku mencemburukan gadis itu sekiranya dia dapat membahagiakan dan menggembirakan insan yang aku kasihi. Dulu memang sangat mencurigainya....dulu, ketika aku berasakan aku tidak bertepuk sebelah tangan. Sewaktu dia masih sekurang-kurangnya berinteraksi dengan diriku ini biarpun secara agak formal dan bersebab.Kini, doaku sahaja mengiringinya... semoga mereka dapat mengecapi kebahagiaan di syurga dan akhirat kelak. Aku perlu akur, aku perlu ikhlas.
Pernah aku bertanya kepada diriku ini, apakah prinsip hidup aku ini menyebabkan aku tidak pernah berjaya dalam hubungan cinta dengan pasanganku. Aku sememangnya menetapkan untuk tidak keluar bersama-sama dengan seseorang ajnabi dan bukan mahramku berdua-duaan tanpa teman yang betul. Aku tidak berinteraksi dan berbual-bual dalam telefon juga, aku lebih selesa mencatat dan menjauhkan diri daripada pasanganku sekiranya hati teruja kepada seseorang itu. Dahulu ada juga yang menyatakan aku kolot kerana berpegang dengan semua itu. Semua tidak boleh bagiku, hanya selepas nikah sahaja. Hari ini, aku berasakan bahawa aku tidak pernah salah. Biarpun aku hanya insan biasa dan bukanlah seorang dalam golongan agamawan...aku rasa bersyukur dengan tekadnya diri ini akan pendapatku ini. Rasanya tidak senang juga orang yang berkawan denganku tetapi inilah aku. Aku yang kekurangan tetapi sentiasa cuba memperbaiki kelemahanku.
Rasanya hampir tiga tahun aku mengejarnya. Mengejar lelaki yang kupilih menjadi imamku itu, malah aku pernah mengajaknya bernikah, dan kini aku ingin berhenti mengejarnya kerana di sisinya sudah punya seseorang yang mungkin sangat menyayanginya sepenuh hati. Seseorang yang lebih awal hadir dalam hidupnya. Untuk apa aku menghalangnya lagi. Seseorang wanita itu wajar dipilih sebagai seorang isteri dilihat daripada 4 aspek, Kecantikannya, Keturunannya, hartanya dan paling utama agamanya. Dan dia punyai kesemua itu, pakej lengkap aku kira... berbanding aku. Jadi bagaimana mungkin aku perlu menyingkirkan dia dalam hidup lelaki yang aku kasihi itu.
Ya Allah tabahkanlah hatiku ini. Mungkin kerana aku tidak benar-benar ikhlas, maka berasakan kesakitan ini. Ikhlas itu, umpama semut hitam di atas batu pada malam yang gelap. Semoga aku akan berasakan nikmat bagi pengorbanan ini. Sesungguhnya aku ini insan yang lemah sehinggakan dugaan sekecil ini terasa berat bagiku.
Ya Tuhanku, ketika ini airmataku tetap mengalir.. lagi dan lagi. Entah mengapa aku perlu menangis lagi sedangkan orang yang aku kasihi itu sedang menuju jalan jaya dan bahagia...
Redha itu tidak mudah rupa-rupanya, walaupun redha itu bukan mustahil. Ya Allah, bahagiakan dan gembirakanlah hati ini dengan nikmatMU buat hambaMU itu...
Ya Allah, aku berdoa...sekiranya inilah jodoh mereka maka permudahkan urusan perkahwinan mereka dan bahagiakanlah kehidupan mereka dengan keredhaanMU.
Entah mengapa sebenarnya aku berasa marah dengan mereka. Hubungan mereka terbiar begitu lama tanpa ikatan yang sah. Sombongnya aku, kononnya sebab hadirnya perasaan ini. Sepertinya aku begitu hebat dalam mempertahankan hukum agama.
Mereka ke sana ke mari, mereka mungkin berhubung dan sentiasa berkasih-kasihan dalam media yang ada, namun mengapakah mereka tidak menghalalkan hubungan mereka. Allah, baru-baru ini aku ingin sahaja meluahkan perasaan marah ini. Bukan mereka tidak mampu, bukan sukar untuk merealisasikannya dengan adanya restu keluarga yang saling mengenali. Bukan banyak halangan lain tapi mengapakah perlu untuk melengah-lengahkan perkara yang baik. Aku?? Cuma tidak mahu orang-orang yang aku sayangi memanjangkan dosa-dosa dengan sengaja sedangkan mereka boleh menghindarkannya dengan hubungan halal.. Ya Allah, mungkin aku bersangka-sangka. Ampunkanlah aku. Berikanlah hidayah buat mereka dan mudahkanlah perjalanan hidup mereka dalam melestarikan hubungan yang KAU redhai. Aku hanya dapat mendoakannya. Aku tidak punyai hak mencampuri kisah cinta mereka. Jika mereka ditakdirkan bersama, mudahkanlah segalanya dan semoga hidup mereka lebih berkat dan KAU rahmati.
Aku ingin terus berhenti daripada mereka...melepaskan mereka dengan ikhlas. Walaupun kadang-kadang aku tidak pasti sama ada aku benar-benar redha dengan semua ini. Aku ingin sekali ukhuwah fillah ini berterusan, maka aku ingin menjauhi dia. Aku ingin dia terus menjaga ukhuwah dengan keluargaku ini. Sesi 'pertunangan' kami sudah sampai ke penghujungnya, dan aku tidak mengenali dia sebenarnya biarpun aku selalu senang untuk bercerita dan mengadu pelbagai hal kepadanya. Aku yang memutuskannya, kerana dia tidak punya jawapan untukku dalam membuat keputusan ini. Aku yakin KAU pasti telah mengatur segala-galanya dengan baik. Tidak terbuka hatinya untukku, namun aku bersyukur mengenali dan bersyukur kerana dia sering ada ketika aku memerlukannya. Airmata ini masih tetap mengalir seiring dengan rasa hatiku ini. Sedih atau gembira aku sendiri tidak pasti. Aku ingin menjadi wanita yang tabah. Aku ingin teguh dalam kasih sayang ini, ya Allah. Kasih sayang sesama insan. maka KAU berikanlah aku kekuatan yang sebenarnya melalui semua ini..
" Nikmat Alllah yang manakah, yang engkau dustakan?" ayat daripada Surah Ar-Rahman yang sering aku ingat dan tanamkan dalam diri ini.
Ya Allah, tiada satu nikmatMU yang aku dustakan.. itulah juga peganganku.
Jika aku sakit hari ini, itulah nasihat buatku.
Jika aku senang, gembira, mewah, itu juga nasihat buatku..
dan hari ini hati ini berasa sedih kerana dia yang kucintai itu pergi dariku...segalanya nasihat buatku. Ampunkan aku, andai aku alpa dan lalai dalam menjalani rasa cinta yang KAU campakkan dalam hati ini.
Kini, aku ingin menulis semula. Bukan sebab aku tiada dia, tempatku mengadu. Cuma aku ingin mengelakkan mengadu kepadanya lagi. Dia berhak hidup dengan dunianya tanpa aku yang selalu menyusahkan hidup.. tanpa aku yang seumpamanya bayang-bayang mengekorinya. Yang penting, aku tidak mahu ada dalam suatu ikatan yang bahagia itu sebagai gangguan. Cukuplah aku tahu kasih sayang ini terus kekal dalam redhaMU.
Aku akan berkarya semula kerana melaluinya aku boleh berkongsi segala-galanya. Dan dia mungkin dapat melupakan yang aku pernah hadir dalam hidupnya. Allah, berikanlah dia rezeki yang baik juga. Semoga dia bisa menjalankan amanah di muka bumi ini dengan baik juga. Aku tidak pernah ada ketika susahnya, dan aku juga mungkin tidak berhak ada ketika senangnya.
Aku rindu dia, itulah hakikatnya. Tetapi aku sudah tidak boleh untuk meneruskannya. Maka, dengan rasa rindu dalam hati ini, kupanjatkan doa semoga dia, KAU jaga dengan baik.
Biarpun redha itu tidak mudah, cekalkanlah hatiku ini dengan sebenar-benar tabah dan rasa bersyukur.
Wassalam..

Ahad, September 13, 2015
Selembar Coretan Hatiku
Assalamualaikum..
Malam ini, aku mencatat lagi di sini.
mencatat pada hari lahir yang sebenarnya agak membahagiakan hati ini... Banyak yang mengucapkan doa yang baik buatku. Alhamdullillah, terima kasih atas ingatan itu buatku.. Semoga usia yang bersisa ini sebelum sampai janjiku kembali kepada Allah dapat aku manfaatkan dan mendapatkan banyak kebaikan dan keredhaan Allah. Semoga Allah tidak akan pernah meninggalkanku walaupun sedetik cuma.. dan sentiasa akan menunaikan doa dan permintaanku.
Dengan segala yang ada ini, aku sentiasa berdoa akan bertambah baik dari masa ke masa.. Rezeki dan keberkatan hidup ini semoga tidak akan pernah diambil atau ditarik kembali.. Ya Allah, sentiasalah aku ini KAU jadikan orang yang bersyukur atas setiap pemberianMU walau dalam bentuk apa sekalipun. Sesungguhnya aku ini ingin selalu ada dalam dakapan cinta kasihMU, ALLAH..
Ya Allah limpahi aku ini yang serba kekurangan dengan taufik dan hidayahMU.. Ingatkan aku jika aku terlupa. Mudahkanlah aku memohon maaf dan memaafkan andai aku khilaf. Bertaubat jika aku berdosa. Mengembalikanku ke jalanMU andai aku tersesat... kerana KAU lah tempat aku bergantung harap dan menagih cinta yang benar dan suci.. dan akrabkan aku dengan kekasihMU, Muhammad SAW.
Ya Allah,
Telah KAU titipkan dalam hati ini, sebuah rasa cinta kepada hambaMU yang satu itu. Rasa yang tidak pernah aku pinta, yang tidak juga aku dambakan... ALHAMDULLILLAH, kerana itu...
Aku sendiri tidak tahu apakah perasaan sebenarku kini.. masih mencintainya atau tetap mencintainya...namun aku yakin atas setiap apa yang berlaku ini pasti ada sebab musababnya.
Mencintainya pada pihak aku selama dua tahun lebih ini memberikan aku banyak pengalaman indah dan menggembirakan.. bagi pihakku walaupun bukan pada pihaknya.. membahagiakan andai KAU izinkan aku hidup secara sah di sisinya.
Bagi diriku ini, dia umpama permata yang tidak akan hilang sinarnya walau di manapun dia berada. Biarpun andai dia meletakkan aku jauh dari tempat seperti mana aku menempatkan dirinya.
Biarpun aku tidak pernah berpeluang untuk mendampinginya selama ini, aku pasti akan aturan terbaik olehMU.
Di sini, aku ingin dia tahu... jika dia ingin aku menyayangi sepertimana mula-mula aku mengenali dan mendambakannya... sesungguhnya tidak sedikit pun perasaan itu berkurangan. Malah semakin bertambah dari sehari ke sehari. Cuma, aku perlu sedar diri bahawa MUNGKIN, aku sebenarnya tidak pernah ada dalam hatinya.
Benar,
Aku memang tidak memahamimu..
Aku memang tidak mengertimu..
Aku memang tidak memudahkanmu..
Aku memang tidak mengikhlaskanmu..
kerana,
aku sayang dan kasih kamu..
kerana aku mencemburuimu..
dan,
aku tidak mahu kau jauh tapi aku juga tidak boleh dikau dekat kepadaku yang menyemai bibit-bibit dosa ...kerana kita bukanlah selayaknya ada berdekatan.
Aku pasti kamu memahaminya..
Aku ingin membelaimu dan memberikan perhatian kepadamu, dan kuharapkan juga sebaliknya..
tapi, aku tidak mampu melakukannya kerana tidak ada suatu pun yang membolehkan kita berbuat demikian.. aku pernah meminta tetapi dikau menidakkannya dengan tidak memberikan jawapannya..
Maka,
aku perlu akur..
cintaku padamu... atas dasar cinta sesama makhluk ini tidak akan bermakna dengan tiada ikatan secara syariatnya..
betapa cintaku padamu... akan menjadi sia-sia.
dan aku putuskan,
akan terus mencintaimu, secara peribadi, sendirian..
melalui doa-doaku buatmu..
Aku kira banyak sekali yang dikau fikirkan dalam meneruskan perjalanan hidup jika bersama-sama.
Aku mencari imam dalam hidupku,
telah terlihat aku kepadamu...
lantas Allah bukakan hatiku ini kepadamu..
maka aku akur,
bahawa kaulah yang telah Allah pilih untukku..
namun,
terlalu banyak jurang yang terpaksa kau lalui mungkin..
dan aku sedar, kita tidak sekufu...
malah,
kau juga telah meletakkan aku jauh darimu..
atau mungkin,
dikau terasa-rasa,
bahawa aku ini bukanlah seorang muslimat yang layak buatmu..
mungkin dikau anggap aku seorang yang tidak setia,
atau,
mungkin kerana kau bimbang aku dikejar orang lain yang tidak bisa kau tandingi..
SEDARLAH,
Aku ini insan biasa yang tak punya apa-apa..
waima
sebuah cinta pun,
yang membolehkan aku berada di hati seseorang itu..
mungkin termasuk dirimu...
Tahukah dikau,
Aku berasa terlalu lemah untuk melawan perasaanku ini,
namun aku juga amat lemah untuk menanggungnya sendirian..
jika ini benar cinta daripadaNYA, yang didatangkan berserta ujian dan dugaan,
maka aku akur, bahawa aku sangat merinduimu saat ini,
cuma...
semoga dikau juga merindui dan mencintaiku kembali..
Pada hari ulangtahun kelahiranku ini,
aku berdoa semoga Allah memperkenankan segala doamu, habibi..
dan
aku bermohon agar Allah akan sentiasa menjagamu..
memberikanmu bahagia,
memberikanmu segala kekayaan yang ada di dunia ini, yang menjamin syurga di akhirat kelak.
Semoga Allah akan memberkati hidupmu kasihku...
semoga Allah memperkenankan doaku ini..
yakni kebahagiaanmu..
yang juga akan membahagiakanku.
Jika dunia boleh berada dalam genggaman kita, tentu aku inginkan semua yang terbaik buatmu di dunia ini, bisa kau kecapi..
namun,
siapalah kita???
hanya,
insan biasa yang lemah..
insan hina yang penuh kekurangan..
maka,
semoga kita sentiasa menjadi insan-insan yang sedar, ingat, bersyukur atas segala rahmat, nikmat dan redha Allah buat kita.
Habibi,
jika dengan melepaskanmu,
hidupmu akan menjadi lebih bermakna dan membahagiakanmu, aku akan cuba memberikan itu..
Itu sahaja yang bisa aku lakukan,
biarpun aku terasa sakit untuk semua itu..
asalkan dikau tahu bahawa aku ingin memudahkanmu..
tanpa memikirkan aku ini sebagai bebananmu..
tanpa menggusarkan hatimu
untuk meninggalkan dan melukai hatiku ini..
tanpa ada kekesalan,
kerana mengecewakanku..
kerana,
tidak sedikit pun rasa cinta ini berkurangan buatmu.
Andai telah tersurat,
bukan rezeki kita untuk hidup bersama-sama,
aku akan cuba mengikhlaskannya.
aku akan sentiasa merestuinya..
aku akan sentiasa menerimanya...
kerana aku yakin,
perancangan Allah itu lebih baik
buat kita dan semuanya di sekeliling kita.
Maafkan aku apabila tiba saat itu..
Habibi...
Aku tidak sempurna dan tidak pernah menjadi orang yang sempurna..
Aku hanya bisa menyempurnakan diri ini, dengan izin ALLAH..
dan aku berusaha..
andai kau memahami...
aku ingin selalu menyayangimu
dan
ingin selalu mencintaimu
serta ingin selalu merinduimu
malah ingin sehidup semati denganmu
tetapi,
dalam erti kata sebenar,
demi cinta kita kepada Maha Pencipta
Berbelit-belit sudah catatanku malam ini.
aku mencatatnya untuk dikau tahu dan faham, bahawa tiada sesuatu yang bermakna dalam hubungan cinta ini selain akad lafaz suci itu..
dan
kerana menyayangimu,
aku tidak mahu dikau terus rasa bersalah dan berasa bimbang untuk mendampingi oranglain yang mungkin telah terlebih dahulu ada dalam hatimu selain aku..
Jika ada izinmu,
lepaskanlah perasaan ku ini..
agar dikau akan sentiasa gembira dan bahagia..
menikmati hidup dan cinta sepertimana yang kau harapkan..
tanpa ada aku menjadi penghalang..
Habibi...
terima kasih hadir dalam hidup ini...
Ingin sekali,
kau bimbing dan pimpin ke syurga Allah..
andai dikau sudi..
ingin sekali,
aku dicintaimu,
sebagaimana aku mencintaimu..
dan
semoga Allah akan tetap memberikan pilihan dan anugerah terbaik buat kita menuju dunia abadi..
Allahu Rabbana...
laala inni uhibbuhu fi jannah...
Inni uhibbuka lillahi taala ya habibi...

Khamis, Julai 09, 2015
Kiranya Sireh Pulang ke Gagang
Assalamualaikum..
Salam Ramadan Kareem..
Semoga Ramadan ini membawa lebih baik kebaikan dan penuh makna... Doaku pada Syaaban lalu menanti kehadiran Ramadan ini.
Namun, pada ketika ini tanggal 22 Ramadan ini aku kira tahun ini merupakan Ramadan yang agak menduga dan yang boleh kukatakan agak teruk buatku. Biarpun saban tahun Ramadan kuraikan dengan sederhana dan seadanya. Banyak yang memberikan kesan hampa dan tidak ikhlas dengan pencapaian yang kurang memuaskan hati sendiri. Hingga ketika ini tiada satu pun persiapan hari raya yang telah aku uruskan untuk diri sendiri. Hidup ini umpama roda, terkadang berada di atas dan terkadang berada di bawah. Ketika ini aku kira aku berhenti pada Ramadan ini ketika putaran punat angin itu berada di bawah...yang mungkin pada kawasan yang penuh lumpur. Semua hambar.
Alangkah aku perlu memujuk hati ini sendiri. Pada usia sebegini, yang sangat sensitif pada banyak keadaan. Aku cuba untuk melindungi keresahan dan rasa kehampaan ini dengan senyuman, agar hanya aku yang tahu akan keadaan diri sendiri. Namun, senyuman hambar itu ada kalanya tiada akan dapat menyembunyikan rasa yang terbendung..sedih, hampa, kecewa, sayu dan pelbagai rasa lagi. Ya Allah, hanya padaMU aku bermohonkan pertolongan. Usahlah tinggalkan aku ketika aku memerlukannya. Bantulah aku, membangunkan diri semula.
Catatan di atas seperti kena sekali dengan hidupku ini ketika ini. Seperti catatan lain, aku kira dia tidak akan membaca catatan ini. Catatan yang pada asalnya ingin aku tujukan kepadanya. Aku ingin menyatakannya dengan baik agar tiada salah faham.
Aku ingin melepaskanmu. Ada kata-kata yang dikongsikan olehmu... Lebih baik menunggu dia yang tepat, daripada membuang masa dengan dia yang salah. Mungkin pada saat ini aku sebenarnya adalah sidia yang salah buatmu. Aku tak pasti siapa aku di sisimu ketika ini. Ada kalanya, aku terasa sebagai seorang yang tidak memberikan makna. Berdiri di sisimu mungkin suatu kedudukan yang tidak layak buatku. Betapa hati aku ini berasa sayu mengingat keadaan aku ini. Siapa aku kepadamu, aku tiada jawapan pasti.
Habib, Habibi...
Hati ini sering teruja untuk melihatmu sebenarnya, walau dalam masa sama diri ini bimbang untuk meneruskan hidup ini bersama-samamu.
Aku kira aku tidak menepati ciri-ciri wanita yang layak berdampingan denganmu. Hanya yang ada bagiku untukmu sekadar doa. Doa agar kau bahagia. Doa agar segala kebaikan yang layak kau miliki akan kau perolehi. Doa agar segala doamu akan Allah makbulkan dan semoga tiada mudarat buatmu.
Siapa aku untuk meminta dirimu memilihku..maka aku berdoa semoga siapa pun yang kau pilih akan membahagiakan dirimu. Hati ini sedih untuk melepaskanmu. Seakan-akan ada sesuatu yang begitu bermakna direngut daripada hati ini. Aku tak pasti, mampukah aku melaluinya ikhlas dengan erti kata sebenarnya. Aku cuma bisa mengatakan bahawa aku akan cuba melaluinya, sepertimana sebelum kau hadir dalam hidup ini.
Terus-terang aku katakan hati ini sedang berkecamuk....sebab aku punya banyak pilihan lain. Pilihan-pilihan yang hadir ketika aku membuat keputusan memilihmu. Aku mengaku, ada kalanya terbit sedikit rasa sesalan..kenapa aku harus memilihmu sedangkan aku tidak pernah ada atau bermakna dalam hidupmu. Aku tertanya-tanya apakah yang sedang kau lakukan ini? Suatu ujian? Suatu penilaian? Suatu tapisan?
Aku juga mengaku, perlukan perhatian. Seperti wanita lain, ingin rasa disayangi dan diberikan perhatian. Aku hanya insan biasa yang banyak kekurangan. Perhatian orang lain adakala menggugat rasa kesetiaan itu, sedang dalam waktu sama kau membiarkan aku tanpa kepastian. Ada waktu-waktunya, aku terfikir apakah aku pernah kau terima masuk ke dalam hidupmu.. Pernahkah kau menerima aku ini sepertimana aku mendambakan hadirnya kau dalam hidupku.
Apakah sebenarnya aku ini merupakan bebanan buatmu? Aku insan lemah yang selalu ingin berkongsi segala sesuatu dalam hidupku ini sedangkan kau terlalu bimbang menerima aku dalam hidupku..
Jika aku tidak pernah kau terima dalam hidupmu, aku akur.. Tentu banyak kekangan untuk kau menjadi orang lain dari dirimu sendiri, dan berpura-pura gembira dan bahagia adanya aku dalam hidupmu. Namun berilah ikhsanmu itu, lepaskan aku dengan memberikan jawapan dan kepastian... Hangan jadikan aku ini seorang yang bersikap kejam kepada diri sendiri dan orang lain yang mungkin ketika mengharapkan aku.
Kita pasti tidak akan mampu menongkah arus. Aku perlu kuat melalui pelbagai kemungkinan. Bantulah aku untuk membahagiakan kau yang aku kasihi...waimah dengan cara membebaskanmu..
Aku tak punya apa-apa keistimewaan, hanya insan yang tidak sempurna. Jika kau menolak aku, aku akur... Berkali-kali aku menegaskannya. Tolaklah aku jika kau tidak mahu untuk hidup bersama-sama diriku yang tak sekufumu. Usahlah bersikap sombong dan jika tak terlalu berat untuk disebut..usahlah bersikap kejam dengan membiarkan diriku menanam harapan demi harapan untuk berdamping denganmu..
Biarlah aku pergi, biarpun itu mungkin langkah terakhir aku lakukan demi kebahagiaanmu. Bebaskanlah aku daripada belenggu pengharapan sia-sia..walaupun aku amat mengasihimu.
Aku ingin sekali menjadi yang terbaik buatmu. Masa yang kita habiskan terlalu panjang.. Aku sering mengadu kepada DIA.. Betapa aku inginkan cinta halal denganmu. Namun kau tidak dapat menerima aku seadanya... Tidak yakin dengan perasaan ku ini kepadamu. Aku tak mahu berjanji, sedangkan aku masih ada ruang untuk dimiliki orang lain. Jika takdir jodohku tiada, aku akur.. Aku sudah berusaha...memenuhi ruang hati ini dengan cinta pada jalan yang sah dan halal..
Mungkin ada silapku di mana-mana, sehingga kau tidak pernah nampak kesungguhanku dalam memilihmu... Aku tahu aku tidak sehebat wanita-wanita di sekelilingmu tetapi inilah diriku..
Habib, habibi..
Ketika ini aku masih punya rasa cemburu padamu. Namun siapalah aku. Kesedihan ini memerangkap aku dengan rasa bersalah. Aku terasa bahawa kau sengaja menguja diri ini.
Ada kalanya aku tidak mampu menanggung kerinduan dan rasa cemburu ini, tetapi aku perlu sedar diri.. Sedar kedudukan aku di sisimu. Aku terasa tidak dinilaikan olehmu.
Benarlah..sama ada diri ini mahupun dirimu..semoga kita tak membuang masa dengan orang yang salah. Jika kau adalah ujian dan dugaan buatku, aku telah banyak belajar tentang kehidupan ini. Lelaki yang mengejar sepatutnya..tetapi kini kau yang dikejar.. Maka jika kau ingin aku berhenti, aku akan berhenti.. Berhenti dan melepaskan kau terbang tinggi ke destinasi pilihanmu. Untuk apa aku mahupun kau membuang masa tanpa ada tujuan yang khusus. Mencari keredhaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Aku terlalu mudah mengatur anganku untuk hidup bersama-samamu, sedangkan aku lupa kau punyai hidup, kehidupan dan pilihanmu sendiri. Aku teruja menyusun impianku aedangkan aku alpa yang punyai impianmu sendiri. Aku hanya memikirkan ciri-ciri pasangan ku sedangkan kau tentu punyai kriteria piawaianmu untuk menjadikannya teman sepanjang hidupmu.
Maafkan aku, terlupa. Maafkan aku pentingkan diriku sendiri.. Maafkan aku menulis catatan di sini. Maafkan aku untuk setiap khilaf ku.. Maafkan aju terlanjur mencintaimu..

Ketika aku ingin pergi, ada sahaja halangannya. Ketika aku ingin menghampiri, aku sering kau hindari. Langkah awal yang boleh aku ambil ialah dengan menjauhi dirimu perlahan-lahan biarpun hati ini selalu ingin dekat padamu. Aku sedar aku tidak pernah kau pandang dengan erti kata yang sebenarnya, memberikan aku suatu jawapan pun saat sukar bagimu.
Aku tidak mengapa walau apa pun jawapan itu. Kerana aku lebih yakin Allah akan memberikan sesuatu itu jika ia sememangnya untukku. Maka aku juga percaya Allah telah menyediakan seseorang yang baik untukku.. Mungkin orang lain, atau tidak mustahil kaulah orangnya. Bagaimana untuk aku melalui semua ini dengan pengharapan kosong. Kau memang tidak pernah memandangku sebagai orang yang ingin hidup di sisimu tetapi mungkin hanya sebagai kenalan dan sahabat yang hadir dalam hidupmu seketika yang boleh pergi pada bila-bila masa sahaja.
Habib, Habibi...
Hati ini sering teruja untuk melihatmu sebenarnya, walau dalam masa sama diri ini bimbang untuk meneruskan hidup ini bersama-samamu.
Aku kira aku tidak menepati ciri-ciri wanita yang layak berdampingan denganmu. Hanya yang ada bagiku untukmu sekadar doa. Doa agar kau bahagia. Doa agar segala kebaikan yang layak kau miliki akan kau perolehi. Doa agar segala doamu akan Allah makbulkan dan semoga tiada mudarat buatmu.
Siapa aku untuk meminta dirimu memilihku..maka aku berdoa semoga siapa pun yang kau pilih akan membahagiakan dirimu. Hati ini sedih untuk melepaskanmu. Seakan-akan ada sesuatu yang begitu bermakna direngut daripada hati ini. Aku tak pasti, mampukah aku melaluinya ikhlas dengan erti kata sebenarnya. Aku cuma bisa mengatakan bahawa aku akan cuba melaluinya, sepertimana sebelum kau hadir dalam hidup ini.
Terus-terang aku katakan hati ini sedang berkecamuk....sebab aku punya banyak pilihan lain. Pilihan-pilihan yang hadir ketika aku membuat keputusan memilihmu. Aku mengaku, ada kalanya terbit sedikit rasa sesalan..kenapa aku harus memilihmu sedangkan aku tidak pernah ada atau bermakna dalam hidupmu. Aku tertanya-tanya apakah yang sedang kau lakukan ini? Suatu ujian? Suatu penilaian? Suatu tapisan?
Aku juga mengaku, perlukan perhatian. Seperti wanita lain, ingin rasa disayangi dan diberikan perhatian. Aku hanya insan biasa yang banyak kekurangan. Perhatian orang lain adakala menggugat rasa kesetiaan itu, sedang dalam waktu sama kau membiarkan aku tanpa kepastian. Ada waktu-waktunya, aku terfikir apakah aku pernah kau terima masuk ke dalam hidupmu.. Pernahkah kau menerima aku ini sepertimana aku mendambakan hadirnya kau dalam hidupku.
Apakah sebenarnya aku ini merupakan bebanan buatmu? Aku insan lemah yang selalu ingin berkongsi segala sesuatu dalam hidupku ini sedangkan kau terlalu bimbang menerima aku dalam hidupku..
Jika aku tidak pernah kau terima dalam hidupmu, aku akur.. Tentu banyak kekangan untuk kau menjadi orang lain dari dirimu sendiri, dan berpura-pura gembira dan bahagia adanya aku dalam hidupmu. Namun berilah ikhsanmu itu, lepaskan aku dengan memberikan jawapan dan kepastian... Hangan jadikan aku ini seorang yang bersikap kejam kepada diri sendiri dan orang lain yang mungkin ketika mengharapkan aku.
Kita pasti tidak akan mampu menongkah arus. Aku perlu kuat melalui pelbagai kemungkinan. Bantulah aku untuk membahagiakan kau yang aku kasihi...waimah dengan cara membebaskanmu..
Aku tak punya apa-apa keistimewaan, hanya insan yang tidak sempurna. Jika kau menolak aku, aku akur... Berkali-kali aku menegaskannya. Tolaklah aku jika kau tidak mahu untuk hidup bersama-sama diriku yang tak sekufumu. Usahlah bersikap sombong dan jika tak terlalu berat untuk disebut..usahlah bersikap kejam dengan membiarkan diriku menanam harapan demi harapan untuk berdamping denganmu..
Biarlah aku pergi, biarpun itu mungkin langkah terakhir aku lakukan demi kebahagiaanmu. Bebaskanlah aku daripada belenggu pengharapan sia-sia..walaupun aku amat mengasihimu.
Aku ingin sekali menjadi yang terbaik buatmu. Masa yang kita habiskan terlalu panjang.. Aku sering mengadu kepada DIA.. Betapa aku inginkan cinta halal denganmu. Namun kau tidak dapat menerima aku seadanya... Tidak yakin dengan perasaan ku ini kepadamu. Aku tak mahu berjanji, sedangkan aku masih ada ruang untuk dimiliki orang lain. Jika takdir jodohku tiada, aku akur.. Aku sudah berusaha...memenuhi ruang hati ini dengan cinta pada jalan yang sah dan halal..
Mungkin ada silapku di mana-mana, sehingga kau tidak pernah nampak kesungguhanku dalam memilihmu... Aku tahu aku tidak sehebat wanita-wanita di sekelilingmu tetapi inilah diriku..
Habib, habibi..
Ketika ini aku masih punya rasa cemburu padamu. Namun siapalah aku. Kesedihan ini memerangkap aku dengan rasa bersalah. Aku terasa bahawa kau sengaja menguja diri ini.
Ada kalanya aku tidak mampu menanggung kerinduan dan rasa cemburu ini, tetapi aku perlu sedar diri.. Sedar kedudukan aku di sisimu. Aku terasa tidak dinilaikan olehmu.
Benarlah..sama ada diri ini mahupun dirimu..semoga kita tak membuang masa dengan orang yang salah. Jika kau adalah ujian dan dugaan buatku, aku telah banyak belajar tentang kehidupan ini. Lelaki yang mengejar sepatutnya..tetapi kini kau yang dikejar.. Maka jika kau ingin aku berhenti, aku akan berhenti.. Berhenti dan melepaskan kau terbang tinggi ke destinasi pilihanmu. Untuk apa aku mahupun kau membuang masa tanpa ada tujuan yang khusus. Mencari keredhaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Aku terlalu mudah mengatur anganku untuk hidup bersama-samamu, sedangkan aku lupa kau punyai hidup, kehidupan dan pilihanmu sendiri. Aku teruja menyusun impianku aedangkan aku alpa yang punyai impianmu sendiri. Aku hanya memikirkan ciri-ciri pasangan ku sedangkan kau tentu punyai kriteria piawaianmu untuk menjadikannya teman sepanjang hidupmu.
Maafkan aku, terlupa. Maafkan aku pentingkan diriku sendiri.. Maafkan aku menulis catatan di sini. Maafkan aku untuk setiap khilaf ku.. Maafkan aju terlanjur mencintaimu..
Wassalam..
Langgan:
Catatan (Atom)