Ahad, Februari 16, 2020

Setiap Doa pasti dimakbulkan kerana itulah janjiNYA

 Antara tanda-tanda seseorang itu dikasihi Allah adalah melalui ujian dan musibah yang dilalui. Mungkin ada antara kita tidak menyedari, setiap musibah yang kita lalui merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita... Allah sentiasa merinduiakan rintihan hambaNYA memohon keampunan dan mengadu kepadaNYA.. semoga kita tidak akan berada jauh dariNYA. Pelbagai kemungkinan di hadapan kita, tidak disedari oleh iman kita bahawa sebenarnya sesuatu peristiwa itu merupakan satu jalan ke arah mendekatkan diri kita kepada Allah. Banyak juga dalam kalangan kita tidak dapat ditegur dan diberikan nasihat kerana berasakan diri kita ini sudah sempurna dan hebat. Sedangkan kehebatan itu sebenarnya milik ALLAH. Ujian yang sedikit dirasakan begitu berat  walaupun begitu kecil sebenarnya. Tersusuk jarum pun terasa sakit maka usahlah dipertikaikan segala ujian yang diberikan olehNYA buat kita.  sesungguhnya tidak beriman seseorang itu andai tiada ujian daripadaNya. Oleh itu, berdoalah untuk dapat melalui segala dugaan dengan sabar, dan berdoalah untuk keredhaan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat kelak,