Khamis, November 22, 2018

SETELAH SETAHUN MENYEPI DIRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Pada pagi penghulu segala hari yang barakah ini, ku memulakan bicaraku kembali. Setelah setahun ku menyepikan diri melalui beberapa ujian Allah yang tidak terduga hadirnya.

Alhamdullillah, ku dapat melaluinya. Biarpun pada awalnya terasa sangat berat dan menjadikan aku hampa dan kecewa. Kini, aku lebih redha namun bukan pasrah. Keadaanku mejadi lebih baik saban hari walaupun ada waktunya tiba-tiba diriku jadi lemah dan tidak bertenaga. Aku lebih menerima keadaanku ini dan persekitaranku dengan lebih positif.


Allahumma Salli aalaihi wasalam. Bulan ini bulan kelahiran junjungan nabi SAW. Mauliddurrasul baru berlalu beberapa hari. 
Semoga aku terus menjadi kuat dalam melalui semua liku-liku hidup mendatang ini.  Catatan hari ini, sebagai permulaan atau kembali aku menulis lagi. Semoga aku dapat diterima seadanya diriku ini.




Cukuplah catatan ku buat kali ini.
Tanganku ini belum kuat mana.Catatan sependek ini pun telah membuatku mengah dan sakit, sebenarnya. Aku akan  cuba seupaya ku mencatat, biarpun sedikit. Semoga pengalaman ku dapat kukongsikan untuk menjadi ibrah kepada orang lain. Semoga bermanfaat jua.

Wassalamu