Khamis, April 30, 2009

ANTARA AKU DAN DIA..... ADA SUATU RAHSIA


Assalamualaikum.... Sebenarnya ini adalah catatan lama... kuimplimenkan di laman ini, mengisi slot Kisah Aku dan Dia.... yang lalu. Sebenarnya aku tidak tahu siapa dia.. Manusia ataupun ????
Hanya Allah yang lebih mengetahui siapa dia..

Antara aku dan dia.... ada satu rahsia.
Jauh di sudut hati ini hanya aku sahaja yang tahu. Betapa dingin dan beku suatu perasaan yang mengharapkan kehadiran seorang insan yang sekelip mata menghilang dari hidupku.. Segalanya umpama mimpi, hadir seketika cuma namun mengikat utuh jaluran benang sari hati lalu mencantumkan dua hati yang entah kepunyaan siapa.

Ada waktunya kekesalan timbul namun mungkin ini hanya suatu ujian terhadap hamba yang sering alpa dengan janji dan kehidupan. Jauh di sudut hati ini juga telah terpadam nolstalgia semalam yang memilukan....cuma yang tinggal hanya harapan mendatang yang kabur...menantikan kehadiran seseorang yang begitu anggun bertakhta di hati dan nurani ini. Kesedaran mungkin menyerlah namun impian yang jarang hadir mungkin akan lebih mencengkam dan mengancam lilitan kasih yang telah dibentuk Illahi buat hambaNYA ini. Aku mungkin dia tidak pernah menduga keadaan sebegini akan berlaku. Kerelaan melepaskan rupanya menguji hati untuk suat lagi penantian yang tidak akan ada kesudahannya. Alam mungkin tertawa melihat manusia yang sering leka dalam menjalani hidup sebegini. tapi aku yakin antara aku dan dia.... masih ada suatu rahsia. Tentu ada hikmah di mana-mana apabila pertemuan sebegini berlaku dalam hidup manusia yang senantiasa lalai dan lemah ini.

Mereka yang lain mungkin dan seharusnya tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ini, dan dengan sengaja berjenaka. Aku ingin sahaja berkongsi cerita tapi dengan siapa? Biarpun kadang kala kufikirkan hanya aku dan dia yang mengetahuinya...suatu rahsia antara dua jiwa yang sama rasa dan sama-sama digerakkan dan akur dengan sandiwara ini. Lihatlah suatu ketika bila redhaNYA tiba, aku dan dia pasti bersua bukan hanya untuk bersemuka tetapi jauh dari itu untuk hidup bersama.....
Walaupun hakikatnya aku malu dengan diriku ini tetapi itulah kebenarannya... aku tidak bisa lari meninggalkan sesuatu yang ditentukan ujiannya kepadaku. Fahamlah hati dan jiwa ini sering memberontak. Ingin rasanya kugeledah segenap ceruk rantau ini untuk mententeramkan hatiku namun apakan daya, aku tidak mempunyai kuasa melakukandan aku sedar aku manusia lemah yang sepatutnya mengetahui kekurangan diri. Ya ALLAH, ya tuhanku.... aku redha dengan 'gerakkan hati ini' kerana aku yakin menemukan kami sebegitu rupa bukan untuk bersenda tetapi untuk menduga sejauh mana kekuatan hati kami dalam menghadapi segalanya. KAULAH YANG SATU....... aku akur dengan kasih sayangMU.... Bukalah hati kami menerima antara satu sama lain seadanya sepertimana telah KAU anugerahkan kepada kami dan semoga pertautan ini tidak akan terlerai walau apa sekalipun yang terjadi.... Seaib manapun aku dan dia, semoga kami akan tetap menerima antara satu sama lain... Ya ALLAH, antara aku dan dia.....sememangnya ada satu rahsia....


Sebuah catatan buat dia .... kucatat suatu ketika dahulu. Lebih 15 tahun dahulu... Kucatat dalam laman ini sekadar untuk kenangan. Bahawa kadang kala manusia ini sering dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dan sabar dan kebenaran. Aku sendiri tidak tahu sama ada dia wujud dalam dunia ini atau hanya di dunia yang satu lagi. Semoga segalanya ini mengajarku menghargai hidup di dunia dan nikmat dari NYA yang satu. Catatan ini mungkin sudah tidak bermakna lagi, dan aku sesuaikan untuk slot kisah aku dan dia ini untuk tatapan umum.....

BUAT SESEORANG YANG KU KENALI SEBAGAI...........
Musha, Assalamualaikum buatmu...
Kependekan namamu yang kuberikan tanpa dikau ketahui apa yang tersirat dan apa sebenarnya yang berlaku..

DIA,
yang kukenalpasti hanya namanya sedangkan dirinya tidak begitu aku kenali. Bingkisan ini bukan bertujuan menganggu. Tidak terlintas di fikiran, sejauh ini ingatan pertemuan yang sebentar itu aku dan dia alami. Jika dia masih ingat, aku dan dia pernah bertemu suatu ketika dahulu. Mungkin dia tidak mengingati aku apatah lagi mengenali aku. Namun hingga ketika catatan ini aku sandarkan, ingatan antara aku dan dia masih segar dan memahat kenangan indah dalam hidupku. Tidak pernah aku merasakan sebegini hinggalah tiba ketika itu. Dan aku tahu semua itu hanya ujian buatku yang kadang kala angkuh dengan prinsip aku. Walau apapun , aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan ini.

Dia,
Ketika itu aku bergelar Hajjah, satu-satunya sebab mengapa sebenarnya aku patut malu pada diriku sendiri tetapi aku tetap manusia biasa yang punyai perasaan seperti orang lain. Aku yakin cetusan rasa yang dilahirkan pada pertemuan kita di sisi Masjidil Haram pada Jun, 1993 bersamaan Zulhijjah 1414, membibitkan rasa keinsafan atas kebesaran Illahi dan mungkin bakal membawa kebaikan buat aku mahupun aku dan dia.

Dia,
Ujian itu membuatkan aku lebih redha dengan hidup aku kini; juga redha dengan hakikat pertemuan dan perpisahan. Aku berasa cekal kini untuk menghadapi pelbagai jaluran hidupku apatah lagi apabila berkait dengan hati dan perasaan. Kehadiran dia melenyapkan begitu banyak memori silam yang aku alami. Aku ingin dekat dan mengenali dia tetapi puas aku berusaha namun tiada apa yang aku perolehi. Mungkin aku dan dia bertemu hanya untuk berpisah

Musha, telah aku berusaha sedaya upaya untuk menjejaki mu namun kejayaan tidak berpihak kepada aku.
Lalu sehingga suatu ketika itu tiada sesiapa yang lain di sisi aku namun aku telah mencuba untuk membina hidup baru dan membuka ruang di hati aku, walaupun bukan itu yang aku ingini. Aku ingin dia tahu betapa ku berasa gembira dan bahagia atas segala perhatian yang dia berikan kepada aku ketika waktu itu.

Musha(DIA)..
Hotel Anwar Makkah menjadi saksi pertemuan aku dan dia. Setiapkali kehadiran Zulhijjah, aku sentiasa berdebar-debar dan aku tidak pasti mengapa aku berkeadaan begitu. Aku sering tertanya-tanya, mengapakah aku masih mengharapkan peristiwa itu berulang semula dan aku berharap dapat memperbaiki kesilapan ku namun peristiwa itu telah lama meninggalkan aku dan dia.
Arafah dan JabbalRahmah terus menjadi kenangan. Kadangkala terfikir olehku.... ingin bertemu dia semula di situ sebagaimana pertemuan Nabi Adam a.s dan Siti Hawa r.a., isteri tercinta. Namun siapa kita yang akan mendapat kurniaan seperti itu. Walau apa pun, jika ada rezeki dan jodoh aku dan dia...tiada siapa yang menghalang. Tentunya kuasa Allah mengatasi segalanya. Sekiranya apa yang aku harapkan itu terjadi, mungkin akulah insan yang berbahagia dalam hidup ini.

Dia,
Sebenarnya aku tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk mengutusi dia dan aku berasa aib untuk meneruskan niat aku ini namun kugagahi juga hati aku ini untuk menyampaikan apa yang ku pendam sekian lama. Segalanya itu memori semalam yang akan aku simpan baik-baik di sudut hati ini. Apa yang penting, tujuan aku adalah mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih aku kepada dia kerana hadir dalam perjalanan hidup aku ini.

TERIMA KASIH.....Mungkin kaulah ujian yang meninggalkan kesan dan nolstalgia indah yang akan aku jadikan sempadan dalam meneruskan hidup aku yang akan datang. Bersyukur aku akan segala nikmatNYA..

Buat Dia (MUSHA)...
Semoga dia sentiasa sejahtera dan berbahagia dalam dakapan kasih sayang dan restu dari ALLAH subhanawataala. Sentiasa gembira dan ceria dalam menjalani kehidupan dia; juga dapat melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik dan sempurna walau di mana sekali pun dia berada..dan aku ingin dia mengetahui.. aku sentiasa mengingati dia....

Sebenarnya ada terlalu banyak kisah yang aku boleh ceritakan tentang dia. Kata dia, seseorang yang mengubati aku suatu ketika dulu..... Dia (Musha), itu bukanlah seorang manusia biasa seperti aku dan kalian...malahan seorang yang dikatakan daripada golongan jin... namun sehingga kini, tiada siapa, tiada bukti yang dapat mengesahkannya. Kononnya, aku yang sederhana dalam dunia manusia ini ....begitu cantik di alam jin. Wallahualam.... Kemudian akan kukisahkan kelak, pengalaman demi pengalaman dalam slot aku dan dia. Aku sentiasa ingin tahu kebenarannya itu dan aku sentiasa mencari sesuatu... sesuatu, yang kadang-kadang aku tidak tahu apa yang aku cari.
Buat dia.... Siapa pun dia sebenarnya, aku telah melalui pengalaman 'Cinta pandang pertama' dengan dia. Aku tidak dapat menggambarkan dengan jelas. Selama lebih 5 tahun, aku menutup hati aku untuk orang lain. Semua perasaan terhadap dia yang pertama, dia dan beberapa dia lenyap semerta ketika pertama kali aku melihat dia. Ahh... memang sukar untuk aku menceritakannya dengan jelas. Suatu ketika kalian akan tahu....biarpun bukan cara dan keadaan yang sama yang aku lalui ini. Tentang aku dan dia yang satu ini, akan kuceritakan lagi untuk tatapan umum...kerana ada sesuatu yang ingin aku kongsikan bersama yang lain...walaupun bukan atas dasar kisah cinta yang terpapar seperti sebelum ini.
Cukup rasanya catatan ini dahulu.....semoga bertemu dengan 'warkah' yang lebih bermanafaat, insyaALLAH...

Rabu, April 29, 2009

KISAH AKU DAN DIA ( KINI, AKU MENGERTI DAN TAHU KESAKITAN ITU)

ASSALAMUALAIKUM.... Hari ini aku ingin mencatat panjang tentang kisah aku dan dia.. Sebelum aku meneruskan, aku ingin sekali mengucapkan ucapan ini buat dia, dia dan beberapa dia lagi.."MAAF, MAAF, MAAF...MAAFKAN AKU!". Kini, aku mengerti, kini aku tahu, kini aku merasakannya... kita aku redha, kini aku pasrah....kerana kini aku alami kesakitan itu. Kesakitan yang dirasakan oleh semua dia yang akan kukisahkan seterusnya.. Beberapa dia yang mungkin pernah kusakiti, ketika aku tidak mengerti tentang kesakitan itu sendiri.
Daripada catatan Hamka:
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embunyang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanan, kedustaan, panipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, disana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Setiap individu mempunyai tafsiran tersendiri kepada cinta. Namun aku tidak dapat memberikan tafsiranku dengan jelas. Kerana cinta itu tidak boleh dipegang, dilihat....mungkin hanya dirasa...jika berpeluang merasakannya.

Dalam hatiku ini ada cinta.. cinta aku kepada dia, kerana DIA...menuju DIA. Namun aku tidak bisa lagi mencintainya...tetapi aku tetap bersama cinta itu sama ada bersama dia atau tanpa dia ...tetap menuju DIA. DIA satu-satu tempat utama cinta seorang yang bernama aku ke dunia abadi.. Mungkin sukar untuk memahaminya... Mungkin akan mudah pula untuk mengerti. Aku ingin melihat ke belakang mengimbau memori silam.. bukan tujuan aku mengaibkan sesiapa tetapi aku ingin dia tahu bahawa suatu ketika itu aku tidak pernah tahu kesakitan itu...dan hanya kini aku tahu apakah yang ada dalam hati seorang dia..

DIA memberikan masa begini lama untuk aku dapat mengerti. Semoga MAAF aku ini masih bisa mengubat luka-luka yang kutinggalkan dulu. Semoga aku bisa mengubah haluan yang lebih baik akan datang.

DIA (kisah aku dan dia yang kuhormati, kini aku mengerti nilai tangisan itu)
Aku tidak pernah berniat untuk mempermainkan sesiapa..terutama dia. Seorang dia yang sangat pemalu. Seorang dia yang sangat sopan dan berhati mulia. MAAFKAN AKU.

Untuk pengetahuan dia, aku sentiasa ingat akan dia..biarpun bukan seperti apa yang dia sangkakan. Dan bukan seperti dia yang satu lagi itu sangkakan. Aku memang nakal ketika itu... kerana aku sudah ada dia. Dia yang pertama itu, yang memberi aku pilihan meneruskan pengajian aku atau meneruskan dengan dia. Namun aku sanggup meletakkan dia di tempat kedua kerana aku pasti DIA tentu memberikan aku pilihan terbaik apabila aku beriskhtiharah memohon petunjuk.

Dia pemalu, sedangkan aku sangat lincah. Setiap kali aku melintas di hadapan kelasnya, aku akan mengintai dia. Aku akan memanggil dia berbisik-bisik, perlahan-lahan....apabila dia tercari-cari, aku akan menyergahnya. Aku tertawa. Dia juga tertawa. Aku senang melihat dia ketawa, setelah terkejut atau buat-buat terkejut. Sepasang matanya yang agak kuyu di sebalik kaca mata berkaca-kaca, bersinar ceria... senyuman dia begitu manis...biarpun tidak semanis senyuman aku, tidak seceria ketawa kecil ku kerana dia tersenyum.. Usia kami yang menjangkau 19 tahun, tidak memperlihatkan kami begitu keanak-anakan. Setiap kali aku meninggalkan kelasnya aku akan melambaikan sambil menyebut namanya...dan dia? Tertunduk malu, mengulum senyum..melambai perlahan dan melirikkan matanya. Itulah dia, berkulit hitam manis...walaupun bukanlah kacak pada ukuran sesetengah orang tetapi sangat manis pada tanggapanku. Aku sungguh menyenangi dia.
Kenapa dia? Kenapa aku berbuat begitu kepada dia? Tiada alasan yang kukuh. Cuma aku amat berminat untuk mengenali dia daripada perbualan aku dengan teman akrabku yang sekelas dengan dia. Kata teman baikku itu, jika aku boleh membuat dia bercakap mesra dan mengurangkan rasa malu dia yang menebal itu...aku memang hebat. Namun memang sebenarnya aku hebat... hebat yang tidak disangka-sangka.

Bukan juga kerana cabaran itu...aku memang tertarik kepada dia. Apatah apabila dia menjadi ahli tutorial bersama aku. Mungkin berjodoh. Aku bertambah tertarik mendekati dia. Sebagai dua anak bongsu tutorial, peluang aku terbuka luas mendekatinya. Setiap kali dia mengangkat pandangan melihat aku berbicara lembut, manja...aku akan memandang, senyum...jika ada peluang, aku mengenyitkan mata. Dia? Tersipu malu. Dia amat kusenangi. Namun hanya sebagai teman...kerana aku telah punyai dia yang lain.
Aku menjauhkan diri dari dia perlahan-lahan...apatah apabila peperiksaan menjelang. Dia? Akan sering tercari-cari aku..dan, aku senang dengan keadaan itu.. aku terasa amat diperlukan, amat disayangi...cuma, sebagai teman. Bagi aku. Tidak bagi dia. MAAFKAN AKU. Aku tidak mengerti ketika itu.

Apabila aku pulang lewat, dia akan menanti aku... dari tingkat atas melaung-laung nama aku.. menyatakan sayang kepada aku..menyatakan rindu. DAN, aku membalasnya...sekurang-kurangnya dengan isyarat. Namun di hati aku ada dia yang lain. Bukan aku berniat untuk mempermainkannya, cuma aku tidak pernah menduga, tidak pernah menjangka...di hatinya, ada aku yang pertama (?). Semoga dia sudah melupakan aku. Ketika ini, aku dapat membayangkan dia.. wajah dia, senyuman,lirik mata....Aah, dia memang istimewa.
Mungkin ketika ini dia sedang bahagia dengan isteri dan anak-anak tercinta. Aku tidak berniat mengingati kisah ini untuk mengaibkan dia...tetapi aku ingin memberikan sedikit pengalaman kepada sesiapa yang membaca catatan ini..bahawa hidup kita ini sentiasa berubah-ubah..hanya DIA yang maha mengetahui.

Namun, aku tidak akan selamanya begitu.. Dan, akhirnya DIA menentukan jalannya. Lebih 2 tahun aku belajar bersama... sebagai seorang bakal pendidik, kami akan dihantar ke tempat-tempat tertentu. Begitu juga dia. Bagi aku, aku telah pasti tempat aku kerana aku terikat dengan pihak tertentu.
Suatu hari, nama aku diumumkan. Ada tetamu ingin bertemu..ada seseorang ingin berjumpa aku. Aku tidak bersangka-sangka. Biarpun ketika itu, lebih jam 10.45 malam. Tiada tetamu dibenarkan melawat. Aku bergegas turun ditemani sahabat akrabku. Di lobi asrama, tiada sesiapa yang asing aku lihat. Semua, senior dan junior yang kulihat. Aku pergi ke ruang pengumuman. Bertanya siapa yang memanggilku.. dan pesanan aku terima. Bertemu seseorang di bilik tetamu atau bilik rehat.. Aku dan sahabat baikku ke ruang dimaksudkan. Ruang itu sudah gelap. Malam semakin larut. Siaran malam itu tidak menyeronokkan. Hanya lampu di ruang duduk tetamu terpasang. Aku melihat dia..berseorangan duduk..memandang keluar. Aku tertanya-tanya..kenapa dia? Mujur, aku ditemani. Aku menuju kepada dia. Bertanya. Dia mengiyakannya. Aku tergelak kecil..belum sempat bertanya lanjut. Dia meminta aku duduk. Sahabat baikku duduk jauh sedikit di sofa sebelah. Hanya kami bertiga.
Dalam suram cahaya, aku melihat dia mengumpul kekuatan. Dia meluahkan perasaannya. Memohon maaf kerana mungkin kami akan terpisah jauh kerana penempatan kelak. Aku? seperti tertimpa batu yang begitu berat. Astaghfirullahalazim... Apa yang berlaku? Apa yang telah aku lakukan? MAAFKAN AKU, teman....Aku tidak berniat melukakan hati dia. Aku berterus terang, di hati aku ada dia...yang enam tahun lebih tua daripada aku, daripada dia... Pada dia itu hati aku tersimpan, bukan pada dia. Aku terangkan prinsip aku...tidak mungkin, aku berpacaran dengan dia yang sebaya dengan aku.

Aku terkejut...kerana ketika aku berpaling untuk memandang dia...dia telah meneleku di hadapanku. Hanya kira-kira sekaki di hadapan aku. Dia.... menangis, tersedu-sedu... memohon kepada aku, menyatakan cinta dia kepada aku. Tetapi aku tidak dapat meneruskan dengan dia. Aku tidak ada menyimpan rasa yang sama kepada dia.

MAAFKAN AKU...aku sudah jauh tersilap. Aku menerangkan segala-galanya. Aku amat menyenangi dia. Aku amat menghormati dia. Aku amat menyayangi dia...tapi hanya sebagai seorang teman, tidak lebih dari itu. Apa lagi yang dapat aku katakan. Aku tetap meneruskan dengan dia...hanya sebagai teman biasa. Tidak pernah aku terfikir sejauh itu. Dan kukira usia kami yang muda tidak akan menjanjikan kebahagiaan hidup berumahtangga. Aku tidak akan mengikut dia. Aku dan dia pasti akan terpisah. Terpisah kerana status aku dan dia ketika itu. Jauhnya dia merancang...aku tidak tahu. MAAFKAN AKU...

Dia terus menangis... Aku? menjadi jelek.. Ah, Lelaki.... Lemahnya, mudahnya mengeluarkan tangisan..airmata.. tambah-tambah kerana aku ini... KETIKA ITU, aku tidak memahami. Kenapa harus ada tangisan? Apa yang sangat menyedihkan? Dia merayu aku.. tapi hati aku ini keras seperti batu.. tidak selembut kata ucapku. Tidak selonglai langkah kaki dan lenggok badanku. Aku tak pernah melihat seorang dia yang akan menangis seperti itu..hanya kerana aku. Aku yang tidak pernah tahu apa yang ada dalam hati aku..
Selepas peristiwa itu, dia selalu lari. Sedangkan aku mulai rindu akan dia.. bukan rindu kerana perasaan satu itu. Setiap kali bertemu aku, dia akan lari. Aku bukan musuhnya..namun dia tetap lari dari aku. Mujur ketika itu, senior dibenarkan untuk tinggal di luar. Dia berpindah.. Aku juga tinggal di luar. Rumah penginapan kami terlalu jauh. Cuma sesekali aku dapat bertemu dia. Aku mendapatkan khabar nya daripada teman lelaki sahabat baik aku yang tinggal serumah dengan dia. Namun dia semakin memencil. Aku kehairanan. Apalah hendak dikisahkan dengan peristiwa itu...kerana ketika itu aku tidak faham.

Kini, aku lebih faham. Aku mencintai dia...namun dia tidak memiliki perasaan yang sama dengan aku. Aku telah cuba menjauhi dia tetapi DIA belum mengizinkan perasaan itu terpadam. Aku berasa sakit kerana itu. Tentu ketika itu, dia lebih merasakan kesakitan itu..Kini baru aku mengerti. Alhamdullillah, aku mengenali cinta itu melalui dia itu...melalui tangisan itu...luahan hati dia...nilai kasih cintanya kepada aku. Kenapa aku? Aku dan dia tidak akan tahu. Sama seperti aku...Kenapa cinta aku tertumpah kepada dia? Aku dan dia juga tidak pernah tahu.

MAAFKAN AKU..teman!
Jika dikau membaca dan memahami catatan ini, aku ingin dikau tahu.... Dikau antara dia yang amat memberi erti dalam hidup seorang yang bernama aku. Aku mengerti kini. Aku ingin dikau tahu, aku tidak sesekali berniat melukakan hatimu...mahupun memperlekehkan harapan dikau itu..

Aku mendoakan dikau akan bahagia dengan keluargamu yang telah kau bina selepas perbuatan aku kepadamu.
Entah apa khabarmu... Andai aku dapat menjejakimu. Bukan menagih kasih atau simpati. Walaupun tiada dia di sisi aku... Aku amat ikhlas dengan pertemuan itu.. Aku ingin bertemu dikau bersama keluarga yang kau cintai kerana Allah.

Temanku...
Semoga, jika kau menangis lagi kelak...bukanlah kerana seorang aku yang menyakitimu. Semoga tangisan dikau kelak adalah tangisan kebahagiaan dan keimanan.. ketaqwaan kerana cinta dikau kepada DIA... bukan manusia seperti aku... Jadikanlah tangisan dikau lebih bernilai dan bererti. MAAFKAN AKU....

DIA (Kisah aku dan dia yang mengharapkanku)
Aku tidak punyai kisah yang panjang bersama dia. Cuma cerita singkat yang ingin aku kongsikan.
Dia yang satu itu sangat segak, sasa...namun di wajahnya ada sedikit kekurangan. Mungkin oranglain akan memandang berbeza kepada dia. Yang pasti bukan aku. Aku menghormati dia dan menerima dia seadanya. Sebagai teman sekuliah dan sekumpulan aku. Biarpun hanya dua orang sahaja aku dalam kumpulan itu. Sehingga untuk ke praktikum pun aku bersama sekumpulan dengannya. Kerana sikap bersahaja aku itu mungkin... dia amat senang dengan aku. Namun aku tidak pernah menjanjikan apa-apa. Sekadar teman menuntut ilmu.
Entah apa yang menarik pada aku...cuma mungkin aku genit, manja dan lembut. Aku memang tidak tahu tentang apa yang menarik pada aku.. Cuma yang aku tahu, aku akan menerima sesiapa sahaja untuk menjadi teman aku. Kelemahan aku dalam bahasa Inggeris, merupakan peluang bagi dia. dan, sehingga kini, apabila aku bermasalah untuk mempelajari, mempraktikkan Bahasa Inggeris, dia ada dalam kenanganku. Dia akan menunjukkan ajar bagaimana untuk membaca kamus dan mengingati pelbagai kosakata. Di sebelahku... menyendengkan badan...semakin lama semakin rendah sehingga aku akan mengalihkan kerusi aku, menjarakkan dari dia. Banyak sekali dia membantu aku. Biarpun orang lain mempertikaikannya.. Tetapi, akhirnya aku tahu.... dia amat suka akan aku. Entah iya, entah tidak. Biarpun dia pernah menghulurkan sebentuk cincin kepada aku...aku tidak mengerti. Kata dia, dia ada kabel besar yang dapat menukarkan aku mengikut dia. Ketika itu aku tidak faham.. aku tanya kenapa aku perlu ikut dia..dan kata dia, kerana dia ingin aku menjadi suri hidup dia. Tapi sehingga kini aku sering menganggap dia bersenda. Biarpun aku tahu dia memang berniat.

MAAFKAN AKU.. tidak bisa menerima dia. Dia ada segala-galanya.. Kaya, pandai, segak...cuma sedikit kekurangan tidak menjejaskan apa-apa pun. Ketika dia mulai menjauhi aku, aku terfikir..benarkah dia berniat kepada aku.. tapi dia terus menjauh. Tentu hatinya terluka, sangat terluka...tapi ketahuilah, aku tidak bermaksud.

Namun, kini aku mengerti kesakitan itu..menanggung malu, biarpun hanya antara aku dan dia sahaja yang tahu. Ketika dia redha dengan keputusan aku, langsung berundur perlahan-lahan. Ketika itu aku tidak tahu. Aku tidak merasakannya..merasakan perasaan itu.. kesakitan itu.

Kini, ketika dia menolak aku...dan aku redha dengan keputusan itu, maka aku tahu... kesakitan itu. Aku kenali perasaan itu. Perasaan dia yang sudah berlalu, mungkin dia yang kuhadapi ini... Walaupun tidak sama dengan apa yang dia rasai.. Cinta itu bukan mengongkong. Cinta itu memberi tanpa mengharapkan balasan. Cinta itu pengorbanan. Hati dan perasaan. Kini, baru aku tahu kenapa dia menjauh. Kerana kini aku sendiri berundur diri demi kebahagiaan dia yang aku kasihi.
Biarlah sekiranya hanya aku yang mengerti... Aku yakin DIA lebih berhak aku cintai. Buat dia teman yang mengharapkan aku... terima kasih dan maafkan aku.. Dikau mengajar aku menerima orang lain seadanya..seperti dikau yang tidak meletakkan status tinggi keluarga sebagai ukuran sebuah persahabatan. Tentu ada seseorang seperti aku, atau lebih baik daripada aku...akan mendampingi dikau...Semoga dikau akan dirahmati sentiasa oleh DIA.

DIA (Kisah Aku dan dia yang membuat keputusan yang salah kerana kekhilafan pertimbangan kerana aku.

Kisah ini mungkin tidak terlalu berkaitan dengan aku... Jelasnya, segalanya hanya kekhilafan dia sendiri.. membuat pertimbangan dalam hidupnya. Aku sendiri tidak sedar segala yang berlaku dalamn hidupnya. DIA, tidak mengisyaratkan apa-apa kepada aku tentang dia.. Aku benar berasa sesal dengan segala yang berlaku. Kepada dia. Mungkin aku terlalu leka dengan kegembiraan bersama teman-teman dan pelajaran aku. Atau aku agak leka dengan perhatian orang lain kepada aku... Atau, aku menyimpan kesetiaan yang satu kepada dia yang pertama... Atau, aku terlalu menerima dia sebagai teman kepada orang lain.... Entahlah, aku tidak boleh hendak beratau, atau lagi..

Payah untuk aku mengisahkan tentang dia. Dia memanglah teman sekuliah aku. Dengan namanya yang kurasakan unik, aku memanggilnya dengan suatu panggilan... tapi bukan aku sahaja yang memanggilnya begitu.. Yang lain juga. Sememangnya dalam kerja kumpulan, dia sering ada dalam kumpulan aku. Bukan kumpulan yang begitu cemerlang seperti kumpulan-kumpulan lain itu..tapi kumpulan yang punya keserasian yang begitu unik. Masakan aku sedar, aku ini begitu penting dalam hidup dia. Sedangkan dia lebih rapat dengan kakak tutor itu. Kakak itu yang menjaga kebajikan dia, kegembiraan dia, kesenangan dia... Dan juga kerana dia tahu di hati aku ini sudah ada dia. Dia juga tahu bahawa beberapa dia itu ada 'hubungan' khusus dengan aku... hubungan yang aku sendiri tidak tahu apa jenisnya.

Dia memang akan memperlihatkan kehebatannya...berbicara, sama seperti kakak tutor aku itu.. Aku kira tentu sahaja itulah orang yang ada dalam hatinya. Mungkin silap aku juga..ada bersama-sama kakak itu, yang hampir sama dengan nama aku dibezakan sedikit sebutan kerana vokal 'i'.... ketika kakak itu bertemu, bermesra, bergurau senda, beraktiviti dengan dia. Bukan permintaan aku jika setiap aktiviti aku, ada dia..

Ketika ini, aku sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak menanggung rasa sebak dalam hatiku ini. Teringat dia yang satu ini, sebenarnya menyebabkan hati aku sayu. Perasaan ini sering hadir jika aku mengenangkan sejarah yang satu ini. Aku sendiri tidak tahu mengapa semua ini terjadi... Terutama ketika dia mengalami peristiwa putus tunang. Tunangannya yang mengasihinya..yang ditinggalkan bagi tujuan asal dia menuntut ilmu. Aku sedih.. Kata mereka, semua itu kerana seorang perempuan seperti aku.. Kakak tutorial aku itu yang disebut-sebut orang. Tetapi siapa sangka, sebenarnya orang yang menyebabkan dia meninggalkan orang yang dikasihi, yang menjadi tunangannya dengan restu keluarga dan akhirnya memutuskan pertunangan itu....SEBENARNYA adalah aku.. Aku yang tidak sedar apa peranan aku dan siapa aku kepada dia. Itulah sejarahnya...

Sewaktu hari konvokesyen.. dia duduk berselang satu anak kerusi antara aku dan dia... Aku Pelajar cemerlang kelima dan dia pelajar cemerlang ketujuh. Pertemuan aku dan dia semula meninggalkan satu jaluran kekesalan dalam hidup aku... Ah, kenapalah selama ini, aku tidak tahu! Dia bertanya khabar aku.. dia bertanya tentang dia yang pertama. Aku berterus terang bahawa dia yang pertama itu, sudah tidak menjadi kisah hidup bersama aku. Dia sudah berkahwin.. dia sudah berkahwin. Dia tersenyum... panjang, puas.. Aku? Kehairanan.
Akhirnya, keluar dari mulut dia itu...kata-kata yang aku ingat sehingga kini..entah sehingga bila.
"Ehm, Padan muka engkau... Dulu aku hendakkan engkau, engkau tak nak aku..kini baru kau rasa!" Dalam keadaan yang bergurau aku kira.. Aku? Tambah kehairanan.

Selesai reheasel itu, kembali ke asrama IPTA itu... aku berkumpul dengan kawan-kawan...aku menyuarakan situasi aku dan dia. Mereka mungkin tidak mengendahkannya. Mungkin tidak penting bagi mereka.. Sehingga ketika aku berseorangan di balkoni asrama itu... Kakak tutorial aku menepuk lembut bahu lantas memeluk aku. Kami duduk rapat di balkoni itu. Kakak itu menyusun kata dengan teratur, ringkas dan jelas... Dan, barulah aku tahu... cerita dia yang sebenarnya. Setelah lebih setahun rahsia itu disembunyikan.

Dia sebenarnya 'mencintai' aku...mungkin! Dalam diam-diam. Dia nekad sebenarnya. Ketika aku menolak dia di bilik rehat asrama dulu, dia mengetahuinya. Cuma dia tidak tahu tentang dia yang ketika itu di hati, yang menjadi sebab dia aku tolak... Ketika dia memutuskan pertunangan itu, dia mempunyai harapan besar untuk meneruskan bersama aku. Malangnya, aku tidak sedar, aku tidak tahu....aku tidak mengerti. Kenapa aku? Kenapa aku penyebab dia berbuat tindakan yang salah itu? Kenapa harus aku? Kakak toturial itu menjaga nama baik dia dengan 'menggadai' nama sendiri... kerana dia hanya mengetahui ada dia yang lain dalam hati aku ketika aku menolak dia....setelah dia memutuskan pertunangan itu. MAAFkan aku...kerana aku tidak tahu yang aku lah dalang semua yang berlaku. Patutlah begitu kata-katanya kepada aku. Buat dia, kenapa bertindak melulu tanpa usul periksa. Adakah kerana aku menolak dia, dan kerana aku melayan pula dia dengan baik....dia berasakan aku berbuat semua itu kerana dia. Panjang istighfar aku ini. Istighfar kerana pesona aku kepada golongan dia. Ya ALLAH, sebenarnya sehingga kini aku tidak mengerti. Mengapa semua ini harus terjadi. Bagaimanakah keadaan tunangannya itu ketika dia memutuskan hubungan mulia itu? Hubungan penjalin dua hati ke gerbang perkahwinan yang musnah kerana dia mengharapkan aku. MAAFKAN aku, kerana aku tidak tahu akulah penyebab runtuh mahligai yang bakal terbina itu. MAAFkan aku, kerana aku tidak tahu semua itu....andainya aku tahu, aku tentu akan berusaha agar mahligai itu tetap terbina. Kasihan dikau yang menjadi mangsa keadaan...hanya kerana dia menyintai aku.

Pada hari konvokesyen...aku tidak sempat untuk berbicara dengan dia. Dia juga tidak memperhatikan aku. Tidak mengendahkan aku.. Aku ingin sekali mendapat kepastian daripada dia...namun aku hampa. Aku tidak seperti yang lain masih menetap beberapa hari di asrama..kerana jarak rumah keluarga tidak jauh. Segalanya menjadi sepi semula..

Beberapa tahun kemudian... dia menghubungi aku. Untuk menyambung sillaturahim yang terputus sebelum ini.. Mungkin kerana dia tahu dalam hidup aku masih tiada dia yang bergelar suami. Teman-teman lain yang memberi makluman kepada dia. Bagaimana aku? Sangat tidak selesa. Aku terasa ada sesuatu dalam hati aku.... aku tidak tahu mampukah aku meneruskan dengan dia. Sedang dalam hati aku ini, tiada satu perasaan kepada dia. Walaupun ketika itu dia berkata... cinta itu boleh disemai, dipupuk, dibaja...perlahan-lahan. Akhirnya pasti juga bercambah. Betulkah? Mungkin....tapi aku tidak mahu memperjudikan masa depan aku..biarpun di sisi aku tiada punya sesiapa.

MAAFkan aku, kerana aku tidak boleh meneruskan dengan dia.. Masih terngiang-ngiang kata-kata itu, bicara dia yang menyelar aku. Maafkan aku...kerana hati aku ini sangat terguris! Pedih dan sakit setiapkali aku teringat...hingga kini. Tapi kita tidak tahu apa yang bakal berlaku akan datang. Semoga akan ada penyelesaian yang baik. Aku sentiasa mendoakan dia bahagia dan berjaya selalu.

MAAFkan aku.. Kini aku mengerti, sukarnya untuk dia yang satu itu menghadapi aku....yang tiada aku di hatinya. Mungkin seperti aku...dia berasakan begitu. Usah bimbang, usah gusar....kerana kini aku sudah tahu, sudah faham.. betapa baik atau hebat pun dia, aku tidak bisa menerimanya.

Jika hari ini, dia menolak aku...pasti aku mengerti. Jika tiada aku dalam hati dia...tidak pernah dia menyukai aku..aku jelas faham. Kepercayaan itu asas suatu hubungan. Aku tidak pernah minta dipercayai...tapi aku ingin sekali dia tahu kebenaran atas segala yang aku lalui...Mempercayai atau tidak, bukan aku yang menentukannya. Terpulanglah kepada dia, mengukur dan menilai keikhlasan aku ini. Sedang sebenarnya aku redha.. jika dia tidak mempercayai aku sekalipun... aku tidak pernah kesali. Kerana dengan segala tanggapan itu, dia melorong dan mendorong aku ini menuju cinta DIA yang hakiki...

DIA ( Kisah aku dan dia yang menjengkelkan hati dan perasaan)
Kisah yang akan kupaparkan ini, agak ringkas. Tidak banyak yang bisa aku ceritakan tentang dia yang satu ini. Aku hanya mengenali kerana aku dan dia berada dalam tempat pengajian yang sama... kelas pun berbeza. Tetapi dia dan dia yang seorang terdahulu aku kisahkan dalam satu kelas yang sama. Aku tidak pernah menganggap dia punyai kaitan dengan aku.

Dengan wajahnya yang tampan, aku pasti dia punyai banyak peminat daripada kalangan teman-teman dan mereka di persekitarannya. Aku tidak pernah terpikat dengan ketampanannya dia itu. Rasanya dia tiada sebab untuk mendekati aku. Tiada keperluan dan tiada kepentingan. Kursus kami berbeza. Dan yang aku pasti, aku kurang menyenanginya. Siapa kata setiap orang yang mempunyai wajah yang tampan itu akan menambat hati orang lain. Tambah-tambah seperti aku ini, yang sangat tidak menyukai seorang dia merenung orang dengan pandangan yang menimbulkan rasa sangsi.

Aku menyimpan kisah ini lama....tapi aku paparkan hari ini kerana aku berasa seseorang itu patut bertindak wajar jika sesuatu kesalahan itu berlaku di hadapan mata. Aku jadi kesal kini.. Aku pendamkan rasa kemarahan aku ketika itu kerana aku takut malu. Takut tiada siapa pun mempercayai aku ini.. kerana peribadi dia yang disenangi oleh orang lain. Aku tidak mahu dikatakan perasan dengan dia. Tapi hari ini aku kisahkan tentang dia, bukan hendak memalukan dia atau seumpamanya tetapi kerana aku yang sederhana ini mengundang pelbagai masalah kepada orang lain. Sama ada kepada mereka yang rapat dengan aku atau mereka yang tidak begitu mengenali aku ini.

Sebenarnya, kejengkelan hati aku ini kepada dia hanya kerana suatu peristiwa. Ketika aku cuba menerima dia sebagai kawan seadanya...tidak berapa lama itu peristiwa itu berlaku. Aku berharap dia sekarang sudah menemui apa yang dia cari dalam hidupnya... Seorang aku yang memiliki susuk tubuh, langkah longlai yang 'menggetarkan' hati dan nalurinya.. Seseorang seperti aku yang merangsang keinginannya waima ketika berkata-kata. Seseorang yang seperti aku yang hanya dengan pandangan sahaja dapat melunturkan keegoannya. Seperti itukah AKU dalam tanggapan seorang dia. Seorang yang merangsang nafsu dan syahwat dalam keadaan bersahaja aku ketika itu. Terasa malang dan hinanya aku ketika itu. Ketika keluar dari mulut dia kata-kata itu. Hanya ALLAH yang tahu apa yang ada dalam hati aku ketika itu. Seorang dia, berdiri di hadapan seorang aku....bercerita tentang bagaimana seorang aku digambarkan sebagai satu simbol rangsangan buat seorang dia. Itukah pesona seorang aku kepada dia.

Namun sebenarnya dia meminta secara baik-baik.. Mungkin hanya aku yang bersalah sangka. Mungkin hanya aku yang menyimpan rasa hina dengan hasratnya itu.. Mungkin hanya aku yang menganggap dia seorang yang kurang ajar. Mungkin hanya aku yang benci dengan tanggapan dia itu... Walau sebenarnya hanya aku dan dia yang tahu.

Peristiwa itu berlaku apabila dia melihat aku menunggu teman baik aku....dia mendekati aku yang sedang bersandar di pagar itu. Dia melihat-lihat sekitaran itu...tiada sesiapa hanya aku. Kebetulan hari itu kelas aku selesai cepat, maka aku perlu menunggu yang lain ketika itu. Ketika itu dia memberi salam. Aku menjawab tanpa bersangka-sangka... Dia memulakan kata-katanya...menyatakan perasaan cemburu dia terhadap aku kerana layanan mesra aku kepada dia yang satu itu. Dia menyatakan perasaan marahnya kerana aku tidak melayan dia, seperti dia. Aku mula curiga lalu aku bertanya. Dan, akhirnya dia berterus terang.. dia ingin mengahwini aku... Aku terpempam. Bukan kerana lamaran itu tetapi kerana alasan kepada lamaran itu. Dia memuji aku...dia memuji susuk tubuh aku...dia membayangkan keseronokan ketika memeluk aku...dia meluahkan perasaan dan keghairahan melihat lentok liuk lenggang tubuhku... dia membayangkan kucupan dari bibir mongel aku...membayangkan kerangsangan ketika melihat aku.. dan banyak lagi..dan aku mula merasakan hina aku ini sebagai seorang yang dijadikan satu simbol... DAN disebabkan semua itu dia mengajak aku berkahwin. Ya ALLAH, itukah nilai, harga diri dan maruah seorang aku. Ketika itu, aku bertanya jika aku tidak seperti aku lagi... apakah yang akan berlaku kepada aku.. Adakah setelah semua itu tiada, adakah dia ingin kepada aku? Dan dia berkata...dia tidak ada jawapannya.. dia tidak pernah memikirkannya. Dia kata, apa yang dia tahu..Dia inginkan aku. Ketika itu....ketika itu....ketika itu, aku hanya mampu menangis di dalam hati. Cukuplah aku mendengar segala pengakuan dia itu. Aku tiba-tiba benci dia.. jika sebelumnya aku tidak dapat begitu menyesuaikan diri dengan dia..tapi selepas itu, aku tidak ingin dia wujud dalam hidup aku sekalipun...

MAAFkan aku....Aku menolak dia, bukan kerana kebencian, kemarahan itu. Hanya kerana aku berasa aku masih punyai maruah. Maruah yang patut aku pertahankan. Apa yang akan berlaku jika aku menjadi isteri dia..Apa akan berlaku jika aku menerima dia..Seperti dia, aku juga tiada jawapan. Maafkan aku kerana perkara yang dia anggap kecil itu, begitu menyakiti aku.. Dulu aku sudah tahu kesakitan itu. Dan kini aku bertambah tahu. Cinta itu mungkin nafsu. Cinta itu mungkin berahi. Cinta itu mungkin rangsangan. Cinta itu mungkin wahana emosi... Cinta itu mungkin....?????? Aku tidak mahu cinta yang itu dalam hidup aku...
Sejak dulu juga, sejak peristiwa itu... aku sedar cantik itu abstrak, cantik itu subjektif, cantik itu kolektif, cantik itu 'hidup', cantik itu pandangan mata, cantik itu tanggapan hati.... dan 'cantik' yang pelbagai itu...mengwujudkan cinta. Cinta kepada kecantikan dunia. Dan aku tidak mahu cinta yang satu itu... Maka aku berterima kasih kerana dia mengungkapkan wajah cinta pada tafsiran dia...
Dulu, aku tidak mengerti. Kini aku lebih memahami. Dia akan pergi dari hidup aku...namun aku pasti cinta akan dia, kerana cinta yang berbeza dari cinta dia yang itu... Semoga dia akan mencintainya seseorang wanita kerana cinta yang aku harapkan itu...bukan cinta kerana terpaksa, cinta kerana nafsu, cinta kerana membuktikan sesuatu...cuma kerana cinta yang satu itu...kerana cinta kepada DIA yang satu.
Kerana dia, aku terus mencari cinta seorang dia...yang melabuhkan cintanya kepada DIA..dengan sesungguhnya cinta yang membawakan. keredhaan, keamanan, keselamatan, kebahagiaan, kesejahteraan dunia dan akhirat. Kerana kisah dia, sebenarnya membuatkan aku ingin terus pergi dari dia...namun kini dia yang akan pergi dari aku yang mencintai dia...untuk dia membina cinta kepada seseorang dengan cinta yang benar kerana ALLAH.

DIA (Kisah aku dan dia yang mengharapkan aku)

Kisah ini, tidak jauh bezanya dengan kisah aku dan dia yang lain. Cuma dia adalah saingan kepada dia yang pertama. Aku sebenarnya sangat senang dengan dia. Dia menjadi sahabat yang baik. Teman yang sangat menyenangkan. Teman yang membimbing. Dia kawan sehingga bila-bila dunia dan akhirat...jika dia masih sudi untuk menerima aku sebagai sahabat.

Dia seorang yang bertubuh kecil. Dia seorang yang periang. Dia seorang yang berwawasan. Dia sering membuat aku rasa bertenang dan berteman. Aku sangat menghormati dia. Menghormati dia sebagai seorang insan yang menghargai dan menyayangi oranglain dengan ikhlas. Dia, aku kira seorang yang redha dengan ketentuan Illahi.
Mungkin aku tidak pernah menyedari kehadiran dia dalam hidup aku. Dia hanya meluahkannya apabila sahabat karibnya meluahkan perasaannya kepada sahabat karibku.. Pada aku mungkin kerana sahabat karibnya sudah berteman, maka dia juga turut ingin berteman. Cuma pilihannya adalah aku, satu pilihan yang tidak tepat. Kerana pada ketika itu aku sudah menentukan dia yang aku pilih dalam hidup aku. Namun tidak semua pilihan aku itu tepat. Sesuatu yang amat kita sukai tidak semestinya baik untuk kita. Itulah aku... aku telah memilih dia, abang sahabat aku ketika itu. Secara diam-diam. Aku yakin aku tidak bertepuk sebelah tangan..walaupun kata dia tidak menyukai aku. Bagi aku aku berkeputusan setia...walau kasihku tidak kuperlihatkan..walau sayang dan rindu tidak kunyatakan...biarpun cemburuku tidak aku hamparkan.

Mungkin semua itu tidak perlu...cukuplah dipendam di hati. Kerana berpegang kepada setia, aku menolak dia. menolak dia dengan berterus terang.... dan menyatakan pendirian aku. Aku menemani sahabat ku bukan bermakna aku suka berpacaran.. Aku menuruti sahabat akau, tidak bermakna aku setuju. Jika dia ingin melayari hidup seperti sahabat aku dan teman karib aku... aku bukan orangnya. Kerana betapa cetek pengetahuan agama aku, aku beramanah dengan keyakinan dia, orangtua. Setiap kali aku teringat dia, pasti aku berasa simpati...walaupun hidup dia jauh lebih berjaya daripada aku. Dia sudah berkeluarga...sedang aku masih mengharap kasih sayang ALLAH untuk melayari hidup aku sebagai seorang isteri... itupun jika ada dia yang menjadi jodoh dalam hidup aku ini. Setiap kejadian tentu ada hikmahnya.
MAAFKAN aku...mungkin sahaja aku silap tapi aku dapat juga mengenali diri dia serba sedikit.

Mungkin dia tidak seluhur aku gambarkan... kerana dia memperlihatkan siapa dia dalam diam-diam. Malah aku tidak menyangka dia yang peramah, berhati lembut dan sentiasa tertawa itu mempunyai dengan juga. Namun aku faham, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Dia manusia biasa yang punyai b anyak kelemahan seperti aku, kalian....

Ketika aku bercerita tentang dia yang pertama, bertunang sebelum hari pernikahannya... dia juga menyelar aku dengan kata-kata yang sama seperti dia yang aku ceritakan sebelum ni...
Kata-kata itu memang pedas tetapi bukan kali pertama aku mendengarnya... " .......Padan muka kau, dulu aku hendak akan engkau...engkau tak nak!.." Memang padan muka aku... itulah bahasa kasarnya...tapi aku tidak pernah menyesali kerana memilih untuk setia. Siapa sangka peristiwa itu berulang. Namun ALLAH sudah menjadikan aku seorang yang tabah. Seorang yang menerima ketentuanNYA dengan redha. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk aku ini. Sehingga kini, biar berapa orang sekalipun menyelar aku, tidak akan ada kebimbangan di hati ini. Kerana DIA lebih aku cintai. DIA pasti menggantikan sesuatu yang lebih baik kelak. InsyaALLAH, dan aku menyakini segalanya. MAAFKAN aku.... aku sehingga kini tiada kekesalan di hati aku...bukan kerana aku sombong tetapi kerana aku berpegang kepada adanya Iman dalam jiwa aku ini dan adanya taqwa dalam iman aku itu pula. Apabila aku terkenang akan dia, aku pasti menghitung-hitung kembali apa yang telah perbuat kepada diri aku... adakah aku menyakiti diriku, apakah aku menzalimi diri aku, adakah aku mengkhianati diri aku...... Rasanya, tidak sekali-kali... aku menjaga amanah ALLAH ini...diri aku ini... Jika aku tiada seseorang dia di dunia ini, semoga akan ada seorang biduanda menanti aku di syurga kelak.. Aku pasti bersangka baik kepada DIA, yang aku cintai.

MAAFkan aku kerana di laman ini, aku luahkan rasa marah aku kepada dia yang sebenarnya aku kagumi suatu ketika dahulu. Namun selepas beberapa kejadian, aku kini tahu....setiap yang indah dan baik di luar itu tidak semesti mulia hatinya. Perjalanan kisah cinta aku ini mungkin pelbagai...namun aku telah diberi terlalu banyak kesempatan untuk melalui pelbagai kisah dengan hikmah yang beriringan. Alhamdullillah aku menjadi seorang yang kuat. Mungkin bicara aku tidak melalui kata-kata lisan namun aku masih punyai hati dan perasaan. Kini, aku sudah tahu banyak, namun masih banyak yang perlu aku cari. Semoga perjalanan aku kelak bukanlah kesilapan.

Dia masih menjadi teman ku..kawan aku.. kerana aku masih berpegang dengan hablum minannas wa hablumminnallah.. dan sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana ALLAH TAALA.

Buat dia, sekiranya membaca catatan ini, semoga tiada dendam di hati dia. Redhalah...sekiranya turun berlian dari langit, selaut permata dia hamparkan pasti tidak mengaburi mata dan hati aku. Jika aku terpesona sekali pun, jika DIA tidak mengizinkan, tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Dia selalu mengingatkan aku, dia selalu berpesan...hormati orangtua, jagalah sembahyangmu... jagalah peribadimu... semoga nasihat dia itu lebih berguna untuk dirinya. Maafkan aku....bukan aku memperlekeh dia, namun sebagai masnusia kerdil, yang sentiasa cetek fikiran... akan menjadi seorang bijaksana, dengan hanya berfikir sejenak. Melalui dia, aku mengetahui...berbicaralah yang benar... jika hendak melarang sesuatu, pastikan penasihat itu dapat menasihati dirinya terlebih dahulu. Aku sebenarnya memang petah...tetapi aku malu berbicara...kerana ada kalanya bicara aku pasti pincang. Dia, ada berpesan...jagalah lidahmu kerana lidah itu tidak bertulang, jagalah matamu...kerana matamu tidak berhijab..dan lindungi pendengaranmu...kerana telinganya tidak bertapis.... maka seimbangkan semuanya melalui hati dan minda...kerana jika kedua-duanya berkerjasama...kau akan selamat..Renungkanlah.

Buat dia, biarpun banyak lagi yang dapat aku kisahkan...cukuplah... kerana dia tentu akan berubah...daripada baik kepada yang lebih baik... MAAFkan aku...dulu aku tidak tahu..namun kini aku tahu...betapa peritnya menghindari dendam...dan betapa membahagiakan kerana ikhlas dan redha.

DIA ( Kisah aku dan dia yang sentiasa hangat ....terima kasih kerana mengajar aku sesuatu....)

Dia yang satu ini sebenarnya amat aku senangi... Biarpun mungkin dia tidak menyenangi aku. Aku tidak lagi berhubung dengannya. Aku kira tentu dia bersalah sangka dengan aku. Namun aku banyak belajar daripada dia yang 'bengis'...akhirnya aku menghormati dia sebagai seorang yang bersifat tegas dan sebenarnya berhati lembut.

Dia teman sekuliah aku... Dia punyai 11 adik beradik lelaki dan seorang adik perempuan.... Dia kasar, namun dia penyayang sebenarnya.. Mungkin dia tidak biasa hidup dalam kalangan golongan aku. Sesekali dia akan memperlihatkan kedengkelan dan ketidakselesaan secara terang-terang...tapi hanya di hadapan aku. Jika dia ingin berbicara dengan seseorang aku, pasti temannya seorang yang kasar... kerana dia lemas dengan seseorang seperti aku. Apabila aku kenangkan dia, aku jadi senyum sendiri. Kini, setelah aku menjadi pendidik pun, pengalaman tentang dia aku sandarkan untuk mendekati dan memahami anak-anak didik golongan dia.
Aku faham sebenarnya.... dia rasa tertekan, 10 orang adik-beradik dalam bidang pertahanan, kecuali dia.. pastinya kalian yang membaca catatan ini yang daripada golongan dia lebih memahami. Namun dalam setandan pisang masakan semua busuk, mahupun masakan semua elok... Tapi aku ingin dia tahu... aku tidak pernah memandang rendah kepada dia. Biarpun bagaimana kasar dia mengherdik aku, biarpun betapa sinis dia menyindir, biarpun alangkah jelek dia mengejek aku. Tidak tahu mengapa...aku tidak pernah marah kepada dia. Ini juga cinta, kah....Aku...tiada jawapannya.
Suatu yang amat terpahat di ingatan aku, ketika dia selalu berkata 'panas-panas', aku tidak boleh duduk dengan engkau...panas-panas! tapi akhirnya, dia akan duduk di sebelah aku, atau di meja belakang aku.... atau di meja hadapan aku...atau di mana-mana sisi yang berhampiran aku. Dia akan memilih untuk satu kumpulan dengan aku...walaupun aku tak pandai..terutama dalam kelas bahasa Inggeris... Dan, setiap kali dia hampir kepada aku, aku akan membalas panas-panas, pergilah duduk jauh-jauh.... Dia. Akan buat muka.. mencemik, menghebeh, mencuak dan seumpamanya....pergi hanya seketika..hanya kerana 'panas'...akhirnya akan hampir kembali kepada aku. Aku? sering mentertawakannya...dia akan buat muka.
MAAFKAN aku... kerana sehingga kini aku tidak tahu apakah perasaan sebenarnya kepada aku.. Namun aku bersyukur mengenali dia. Melihat dia dalam album-album lama ....berkejar-kejar memori indah itu..
Maafkan aku juga kerana aku tidak tahu juga....apa perasaan aku kepada dia. Semoga dia akan memberi aku peluang untuk terus bersahabat dengan dia. Semoga dia berbahagia dengan keluarga tercinta... tentu dia tidak 'panas'.....ketika mendekati isterinya.. Bukan cerita lucah, tapi itulah hakikat...panas itu hanya untuk menjauhi aku... aku ingin sekali bertanya... dapatkah kita membohongi hati... hanya DIA yang maha mengetahui.

Apapun, semoga dia akan terus berjaya dan cemerlang. Dia pasti boleh.... boleh menandingi adik-beradik yang lain. Boleh menjadi seorang yang bertanggungjawab... boleh mengharungi pelbagai liku kehidupan.... aku sentiasa mendoakan dia. Semoga dia faham... Oohh...aku hampir lupa. Dia tidaklah sekacak mana....tapi ketegasan dia dalam semua hal menampakkan dia seorang yang tampan pada pandangan seorang aku.

CUKUPLAH DAHULU....
Sebenarnya ada beberapa kisah dia ingin aku paparkan namun biarlah dahulu... mungkin akan ada pengajaran yang akan datang perlu diketengahkan untuk tatapan semua. Semoga kita boleh belajar sesuatu melalui catatan ini. Hidup ini mungkin sukar, mungkin sulit, mungkin payah...namun tidak mustahil ia adalah segala kebahagiaan.. Buat diri aku sendiri... semoga aku dapat menilai berdasarkan logik akal , naluri yang benar dan syariat yang lurus. Semoga aku masih diberi keberkatan dan rahmah dalam hidup ini. Wassalam..

Selasa, April 21, 2009

SEKELUMIT MUHASABAH

Assalamualaikum.... Aku ingin mencatat sedikit tentang beberapa perkara yang berlaku dalam hidupku. Kadangkala sesuatu yang tidak terduga berlaku di hadapan mata, namun sukarnya untuk kita memahaminya. Buat aku yang serba kekurangan ini, banyak yang telah kulalui. Tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini bukan mudah. Amanah yang tertanggung hanya akan menjadi ringan dengan keikhlasan dan keredhaan.

Ada kekesalan di hati aku ini, menjalani kehidupan yang kadang kala sukar untuk dimengertikan. Aku terasa begitu kerdil sehingga untuk menegakkan sesuatu itu terlalu sukar bagiku. Bukan kerana nista atau maki yang akan diterima tetapi kerana simpati dalam diri yang meninggi. Aku sebenarnya tidak punyai kekuatan seperti oranglain.. penat melalui perjalanan ini dengan pelbagai kesakitan yang tidak dirasai oleh mereka. Kekurangan seseorang itu bukanlah untuk diperkatakan pada khalayak. Apakah menjadi kesalahan memiliki suatu perasaan kepada orang lain. Hanya disebabkan sesuatu perasaan itu seseorang itu akan begitu hina pada pandangan oranglain. Rasa keberkongsian kadang kala tidak wujud dalam ukhwah yang sering diuar-uarkan. Adakah ukhuwah itu hanya meniti di bibir tanpa hadir dalam hati?
Salahkah seseorang itu untuk mengasihi oranglain kerana kebaikannya.
Aku punyai kelukaan hatiku sendiri. Sedih melihat kaum sejenis ku diperlekehkan sedemikian rupa. Oleh kaum sejenis aku yang lain, yang berasakan diri mereka begitu baik dan hebat. Apapun yang berlaku ini menjadi gurisan luka dalam hatiku. Kesal kerana mereka yang sepatutnya membimbing tetapi membuka aib orang lain. Biah yang sepatutnya terbina dalam ukhuwah yang murni, pincang dek kekaguman kepada diri sendiri. Biarlah hal ini menjadi rahsia dalam diari hidupku.

Mungkin disebabkan tidak memiliki wajah secantik Siti Nurhalizah, potongan semolek Nasya Aziz, seseorang itu tidak cantik. Cantik itu bersifat subjektif. Di hatinya ada ketulusan, di bicaranya adalah kejujuran, dalam sinar matanya ada keikhlasan. Kita tidak perlu begitu hebat pada tanggapan manusia. Cukuplah kita mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang utuh dalam hati kita. Semoga kita akan begitu hebat di sisi Allah. Cukuplah sekadar kecantikan yang ada kerana setiap individu itu cantik dengan sesuatu yang tersendiri.
Seringkali kita melihat kekurangan diri pada orang lain. Kuman di seberang laut dengan jelas kita lihat namun besarnya gagah di depan mata, tidak dapat kita lihat. Kita kadang-kadang tidak melihat sesuatu yang salah di depan mata kerana ia dekat dengan kita...tentu baik kepada kita, seperti kita...kerana sifat mata itu melihat ke hadapan.. sedangkan ketika kita berjalan di muka bumi ini dan kita menundukkan kepala,kita akan sedar bahawa yang berada di dekat-dekat kita terlalu banyak yang tidak sempurna.Cukupkah kita menuding orang lain, sedangkan kita sendiri tidak pernah sedar segala sesuatu yang kita lakukan adalah salah. Selama mana kita perlu menjadi ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus.....sedangkan jalan kita pun tidak pernah lurus. Bukan mudah untuk membetulkan orang lain jika kelingking kita sendiri sentiasa berkait.

Muhasabah ini sebenarnya untuk diri aku sendiri. Aku melihat segalanya daripada perspektif aku. Aku yang punyai banyak kelemahan dan kekurangan. Ketika aku bersujud di hadapan Kaabah, aku bermohon kepada kecintaanku, semoga aku bisa memelihara mulutku. Diam itu lebih baik daripada bercakap sesuatu yang tidak berfaedah. Namun mungkin hatiku ini lebih bergelora dan melonjak atas segala kebejatan yang berlaku di hadapan mata. Kebejatan yang kukira tidak wajar terjadi. Aku sering menjadi mangsa kebejatan itu... dan hatiku ini akhirnya meruntun suatu perasaan yang tidak aku senangi. Aku berasakan ia umpama satu penganiayaan yang begitu kejam. Penghinaan kepada kaum aku yang senasib aku. Namun aku kira maruah diri itu lebih penting daripada menikam kawan dari belakang, daripada menjadi gunting dalam lipatan... Berkata jujur itu lebih mulia daripada menjadi talam dua muka. Konon berselindung dengan segala kebaikan pada zahirnya, sedangkan hitam dalam hatinya. Aku kesal mengenali dia yang mempunyai sifat seperti itu. Ke mana nilai kasih sayang dalam hati yang disemai daripada sejak kita melihat dunia ini. Cuma doa aku, semoga akan ada kesedaran, akan ada penjelasan, akan ada suluh..... di hadapan kelak, biarpun bergerak perlahan, semoga akan sampai juga ke penghujungnya yang sebenar, yang sepatutnya. Demi cinta aku kepada saudara-saudara aku, kaum sejenisku....yang bakal menjadi pencorak generasi muka...nikmat yang kita miliki hari ini adalah yang fana', akan musnah dan hilang ketika sampai masanya. Hargailah nikmat ini ketika kita milikinya, semoga akan ada jalan bahagia di hujung yang menanti kita. Maafkan aku, kiranya catatan ini menyentuh mana-mana pihak yang kukira memahami isi kandungnya dan mengerti. Wassalam.

Selasa, April 14, 2009

KEKUATAN DALAM DIRI DAN NILAI KEIKHLASAN


Assalamualaikum..... Aku ingin 'berbicara' lagi.. Setelah sekian lama aku menyepi. Lebih tiga minggu. Mungkin kesibukan yang mengekang kehadiranku dalam blog ini beberapa waktu belakangan ini.
Kali ini aku ingin berbicara secara umum menyentuh aspek kekuatan dalam diri dan nilai suatu keikhlasan. Bukan mudah untuk mentakrifkan ukuran sesuatu yang bersifat abstrak itu, namun kadang kala tanpa memperlihatkannya kita akan dapat mengetahui ukuran nilai itu secara nyata.
Sebenarnya, aku sendiri tidak dapat untuk menghuraikannya dengan terperinci. Pembicaraan ini sekadar sesuatu idea, ilham dan illustrasi minda yang hadir. Bukan bermakna aku tidak pernah ingin mengkaji. Realitinya dalam kehidupan ini kita perlu melalui pelbagai cabaran, pengalaman yang mengajar kita mengerti dan menghargai kehidupan.
Teringat suatu kecilku.. ketika mendapat keputusan peperiksaan dengan kedudukan tempat ke 12 dalam kelas, aku menangis.....panjang dan tidak berhenti-henti. Emosi ku tidak stabil. Aku berasakan sekelilingku begitu membenciku...semua itu disebabkan itulah kali pertama aku gagal dalam mendapat tempat ketiga teratas dalam kelas. Selama itu...jika aku mendapat tempat ketiga aku sudah berasa sangat kecewa.. Inikan pula tempat kedua belas.
Aku benci nombor-nombor lain selain satu, dua dan tiga. Aku sentiasa ada pada kedudukan itu. Peristiwa inilah yang membuat aku menilai..beranikah aku untuk menghadapi kegagalan demi kegagalan jika ditakdirkan..Namun kini, telah banyak kegagalan yang kulalui...dan tidak kurang pula kejayaan yang kumiliki.
Aku berbangga mengetahui bagaimana rasanya berada di tiga tempat yang teratas itu dan aku redha dengan kegagalan-kegagalan itu jika itu takdirku. Siapa yang ingin kalah? Siapa yang ingin gagal? Siapa yang ingin hidup dalam kegagalan. Kata dia dan dia, ".....Usahlah dikau lari dari masalah, kekalahan, kegagalan dan kepayahan hari ini, kerana jika dikau tidak menghadapinya hari ini... dikau akan melaluinya lagi, lagi, lagi...berkali-kali sehingga dikau menghadapi kenyataan itu dan menyelesaikannya. Maka ketakutan dan kebimbangan akan turut berhenti setakat itu juga. Jika dikau menghadapi dan melaluinya..akhirnya menyelesaikannya...dikau akan tenang. Dan jika dikau menghadapi permasalahan yang baru, dikau telah punyai cara dan kaedah terbaik menyelesaikannya. Maka segalanya akan menjadi lebih mudah. Maka anakku kata dia, cucuku kata dia... jadilah berani. Berani bukanlah hanya dengan menunjukkan kegagahan, kehebatan, dan keunggulan... tetapi berani itu sebenarnya ketika menerima kekalahan, kelemahan, kegagalan dengan tenang dan sabar... dan membaikinya menjadikan lebih baik...biarpun kegagalan itu hadir berkali-kali. Jadilah berani dengan sebenar-benarnya kerana keredhaan Allah..."
Aku sendiri pun tidak faham...tidak pernah faham. Sehingga kini..kadang-kadang aku masih keliru. Cuma aku ada tafsiranku tentang berani itu...dan biarlah aku sahaja yang memahaminya daripada perspektif aku..
Keikhlasan itu juga padaku adalah keberanian. Berani dalam menerima sesuatu itu sepertimana yang ditakdirkan dan sentiasa berusaha itu memperbaikinya.
Kadang kala tertanya-tanya aku, bagaimana rasanya ikhlas itu sebenarnya. Sehingga kini masih lagi mencari-cari kebenaran ikhlas itu sendiri.
Adakah ikhlas itu ketika datangnya rasa bertenang dalam menghadapi kegagalan itu sendiri. Jika aku boleh menjelaskannya. Alangkah baik dalam hidup ini kita mengikhlaskan segala sesuatu yang kita terima dan berikan. Kepayahan dan kesukaran yang kita perlu hadapi. Bukankah manusia itu sentiasa dalam keterujaan yang sentiasa hidup dan mendambakan balasan atas segala sesuatu yang dihadapi. Bukankah manusia itu rakus. Adakah lagi pada akhir zaman ini insan seikhlas Bilal bin Rabah dan Rabiatul Adawiyyah. Berkorban dengan segala keikhlasan mencintai ALLAH? Berani kerana yakin dan ikhlas mencintai Rasullullah.
Aku tidak dapat menjelaskannya.. jika keikhlasan itu dapat diukur. Hanya pemilik keikhlasan itu yang mengetahuinya. Maka yang jelas dapat kusimpulkan, keikhlasan itu adalah suatu keberanian yang nyata... sehingga keberanian menerima kegagalan itu melambangkan keikhlasan mengharungi segala karenah kegagalan. Mereka yang berani disebabkan keikhlasan itu adalah pencinta yang sejati, jujur dan sentiasa yakin dengan cinta ALLAH rabbul Izzati..InsyaALLAH.
Inilah keberanian dan keikhlasan daripada perspektif aku yang cetek ilmu, dangkal pengalaman dan singkat fikiran.. semoga apa yang baik dari ALLAH itu akan sentiasa kita manafaatkan..

Rabu, April 01, 2009

AKU, DIA DAN ANAK-ANAK ITU

ALHAMDULLILLAH, ketika ini aku bisa mencatat lagi... Bukan kisahku dengan jelas tetapi kisah-kisah yang menghiasi warna-warna dan rupa rias jalan hidupku.

Aku ingin mencatat kisah anak-anak itu, dalam hidup aku dan dia. Biarpun mungkin ini seperti kisah-kisah yang biasa, semoga pembaca kisah ini mengerti dan menghayati segala yang tersirat dan terkandung dalam plot-plot kisah ini.

Anak-anak itu bukan anak-anakku...juga bukan anak-anak dia. Namun anak-anak itu adalah sebahagian daripada ikon dalam jalan cerita hidup kami. Anak-anak itu kami didik, dititipkan sementara untuk kedua-dua aku dan dia menumpang kasih sayang dan perhatian. Anak-anak itu bukan milik aku mahupun dia tetapi dipinjamkan sementara menghiasi rona-rona hidup aku dan dia. Mungkin dia tidak sedar semua ini namun anak-anak itu yang menjalinkan tautan kasih antara aku dan dia dalam ukhuwah Islamiah.

Anak-anak itu mengajar aku ketabahan. Anak-anak itu terdiri daripada beberapa orang anak gadis dan beberapa orang anak teruna. Aku sangat senang dengan anak-anak itu walaupun tidak banyak terluang bersama mereka.

Anak gadis itu misalnya, punyai keazaman yang tinggi. Namun kesempurnaan yang diharapkan tidak ditunaikan ALLAH ketika ini. Mungkin suatu ketika nanti. Anak gadis itu menyesali pengorbanan yang dilakukan? Tidak sama sekali ... cuma dia belum sedar apakah itu pengorbanan. Ia menyakitkan namun membahagiakan. Ia perit dan tak terduga namun ia menyakinkan. Anak gadis itu akan memahaminya biarpun bukan ketika ini...lambat-laun akhirnya ada janji kepastian.

Anak gadis itu takut menerima kekalahan. Bukan kekalahan dalam perjuangan sahaja, malah kekalahan dalam memerangi kedangkalan dalam hatinya. Anak gadis itu perlukan dia, walaupun bukan seperti aku memerlukan dia. Dia ego lebih daripada anak gadis itu. Anak gadis itu inginkan kesempurnaan bersama bantuannya. Anak gadis itu ingin dia menjadi inspirasi dalam hidupnya namun bukan seperti aku yang memerlukan dia lebih daripada sekadar menjadi inspirasi. Dia lebih daripada itu.. namun mungkin anak gadis itu hanya memerlukan dia untuk mencari jalan yang lurus. Tidak seperti aku dan dia. Namun dia juga mungkin sering bersalah sangka dengan segala yang berlaku. Menyalah anggap sanjungan itu sesuatu yang merupakan pengikat kepada dia. Seperti anak gadis itu dia juga bersalah sangka.

Anak gadis itu terperangkap dalam keadaan serba salah kerana dia . Aku ingin sentiasa bersama dia dalam semua perkara, masalah, kegembiraan dan apa sahaja jenis ukhuwah yang sedang kami bina... Dalam mengharungi jalan-jalan berliku tentu dia merupakan contoh seseorang yang dapat menjadi ikutan..aku dan anak-anak itu.

Dia menjadi idola dalam hidup gadis itu. Idola yang bukan seperti orang lain sangkakan. Anak gadis itu memberontak kerana kecewa dengan dirinya sendiri. Aku sering bertanya kepada anak gadis itu tentang apakah nilai ikhlas dan pengorbanan. Juga beberapa hal yang belum masa anak-anak itu tahu. Namun anak gadis itu masih kabur dengan kepastian itu.

Namun dia lebih daripada idola buatku..sejak bertahun-tahun dulu. Lebih daripada inspirasi..mungkin musuh yang secara diam-diam meneladaninya. Namun kini, anak gadis itu membuatku berfikir. Siapa dia kepada aku. Siapa dia dalam hidupku. Aku tidak sekali-kali hanya mepertahankan dia ketika dia sedang 'menyakiti' orang lain. Namun aku juga tidak boleh menyebelahi anak gadis itu juga.
Dia umpama segala-galanya yang aku harapkan kepada seorang lelaki yang sangat kudambakan dalam hidupku. Hanya sebagai contoh mukmin yang baik dan patut dicontohi. Semoga dia tahu hakikat sebenarnya. Suatu ketika dahulu dia yang kuharapkan dapat membimbingku dan beriringan menuju jalan ke syurga. Dia patut sesempurna mungkin. Walaupun bukan lagi kini. Semoga dia dapat membimbing orang lain sebaik mungkin. Namun jika dia tersilap, adakah aku akan hanya membiarkannya. Menjadi harapan kepada aku... kepada anak-anak itu juga. Jika dia dipandang rendah di minda dan duduk paling rendah dalam hati aku dan anak-anak itu bagaimana dia dapat bertindak menjadi pemimpin hidup kami. Kata anak gadis itu... dia adalah contoh bakal teman hidupnya.. bukan dia, tapi seperti dia... Tetapi kini, anak gadis itu kecewa... anak gadis itu menolak dia, atau sesiapa seperti dia.

Berbanding dia dalam hatiku... Biarpun orang tidak akan memandang tinggi kepada dia, tetapi dia tetap unggul dalam hatiku ini. Aku ada dia dan menerima dia seadanya. Kerana tidak ada seorang manusia pun yang begitu sempurna. Aku tidak mengharapkan lebih daripada yang ALLAH berikan kepada aku berwahanakan dia. Dia lambang peribadiku...biarpun orang lain tidak tahu bagaimana tetapi aku memang tahu. Sebagaimana junjungan SAW yang kita cintai. Namun dia bukan baginda. Dia cuma tempat aku bersandarkan suatu harapan. Harapan kepada cinta aku kepada seorang dia, untuk memandu aku ke sisi Tuhanku dengan redha dan penuh taqwa. Seorang seperti dia yang dapat menentukan kebenaranku perjuangkan. Semoga dia tidak bersalah sangka.

Selagi dia berada di jalan yang benar maka dia tetap unggul di hati aku. Aku tidak mahu dia tewas kerana sedikit kelemahan itu akan meletakkan dia jauh dari hati aku dan anak-anak itu. Semoga dia adalah yang terbaik untuk kami.
Dia sebenarnya bukan sesiapa. Insan sederhana dan beriman kepada pencipta dengan cinta yang tulus. Dia seorang yang membuktikan segala perjalanan itu dilalui dengan permulaan dan ketetapan hati menjaga solatnya. Itu adalah dia yang ada dalam hati aku ini. Kini, dia juga ada dalam hati anak-anak itu. Bukan sahaja di hati orang-orang yang dia sayangi. Malahan dalam hati orang-orang yang bertaqwa dan berjuang dan berlumba-lumba ke jalan taqwa. Aku tidak mahu kerana sedikit kekurangannya, orang akan meletakkannya sebagai seorang yang tidak berdaya. Semoga dia akan sentiasa bersabar, redha, tabah dalam meneruskan prinsip dan perjuangannya..biarpun dibenci orang yang akhirnya membibitkan kasih di hati orang-orang yang mencintai ALLAH....

Anak-anak teruna itu juga, menjadikan dia idola... sumber inspirasi untuk perjuangan yang bakal dilalui. Aku seperti juga mereka, amat redha kepada dia. Doa kami, jika adalah segala kebaikan yang boleh didapati di dunia ini dalam satu-satu masa semua tertumpu kepada aku dan anak-anak itu. Mungkin dia tidak pernah mengetahui....bahawa apa pun keadaan dia, aku dan anak-anak itu sanggup menerima dia. Ya Allah, dengarlah permohonan kami ini... jadikan dia seorang yang berhemah, berhikmah, cemerlang dalam semua hal termasuk sahsiah diri. Semoga dia tetap unggul di hati orang-orang beriman dan menjadi seorang dia yang sentiasa berjuang ke jalan Allah. Tidak jemu memberi didikan dan pengajaran. Bukan kepada Aku, anak-anak itu...terutama mendidik isteri dan bakal anak-anaknya menjadi sesempurna mungkin sepertinya. Semoga Allah akan memberikan kepada dia kebahagiaan dunia dan akhirat. Aku tentu menjadi orang yang paling gembira sekiranya dia dan anak-anak itu dalam kebahagiaan dan keredhaanmu, ya Allah..

Aku teringat lirik satu lagu..
'Andai ku tahu, akan tiba ajalku...'
Andai kita mengetahui segala sesuatu itu, maka kita tidak perlu untuk bersusah payah untuk mencapainya. Malangnya kita tidak tahu dan tidak akan tahu akan segala sesuatu yang akan berlaku di hadapan kita, walau sesaat pun.. hanya DIA, ALLAH yang maha Mengetahui.

Maka disebabkan ketidaktahuan itu, aku , dia dan anak-anak itu perlu berusaha. Biarpun matlamat kami mungkin berbeza. Tiada satu pun di dunia ini akan dapat dicapai dengan mudah. Namun semoga tidak pula kami lupa akan semua matlamat itu akhirnya akan terus kepada menuju ALLAH yang satu.


Kata Luqman Al-Hakim : " Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagai lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Jika kau ingin selamat daripada karam..layarilah lautan ini dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya tawakkal kepada ALLAH."

Itulah hakikat kehidupan.. Aku ingin dia menjadi nakhoda yang bertaqwa dalam pelayaran itu, mengemudi perjalanan dengan penuh keimanan dan sentiasa tawakkal dalam membuat keputusan. Namun dia tidak akan bisa mengemudi layar dan kapal itu sekiranya anak-anak kapalnya..aku, anak-anak itu dan mereka tidak saling berkerjasama dan berganding bahu mendayung bersama-sama, menegakkan layar dalam pelayaran itu. Semoga dia akan sentiasa menjadi nakhoda yang berkaliber, untuk membolehkan hala tuju dan matlamat pelayaran ini sentiasa tepat. Semoga jika ada ribut dan taufan, lautan yang bergelora dan hujan lebat tidak menggugat kelancaran pelayaran. Banyak anak kapal yang perlu diterajui...kerana selain sebuah kapal ini, akan ada kapal lain yang lebih utama untuk dia kemudikan.
Aku sedar...untuk mendapat kemuliaan itu bukan suatu yang mudah. Jika mulia yang dicari, maka besar dan sulitlah perjalanannya. Dalam mengharungi kehidupan ini, semoga segala pengalaman manis dan pahit dapat kami sandarkan pengetahuan yang mematangkan dan setiap kepayahan, kesukaran, kesulitan akan menyokong aku, dia dan anak-anak itu juga mereka yang bekerjasama sentiasa tabah. Semoga setiap langkah akan ada makna yang tersendiri..InsyaALLAH.
Aku berharap catatan ini tidak akan disalahertikan kerana bukan tujuan aku untuk mencampuri atau menyentuh peribadi mana-mana pihak. Aku sebenarnya bimbang apatah anak gadis itu telah menyedari yang dia diperkatakan... mungkin dia juga. Kepada mereka, ukhuwah Islamiah itu lebih indah daripada bersangka-sangka dengan niat seseorang. Allah Maha Mengetahui. Taqwa itu tidak diukur dengan kemuliaan dunia semata-mata tetapi keikhlasan hati kerana Allah. Bagiku tiada salahnya, kita menyatakan apa yang benar dari hati kita. Cuma kadangkala kebenaran itu pahit, menyakitkan dan mengaibkan. Semoga khabar-khabar baik akan mengiringi ukhuwah dalam hidup kita. InsyaALLAH..