Aku ingin sekali memetik kata-kata daripada seorang teman dalam sistem pesanan ringkas kepada aku semalam kerana menjawab balas sms aku kepadanya... Dalam sms itu dia meluahkan: "Jika difikir-fikirkan, konon hendak mengejar kecemerlangan tetapi hakikatnya, banyak perkara yang tak selesai dan tak sempurna... buat apa jika di luar sahaja nampak cantik tetapi dalamnya busuk...."
Hmmm.... aku terpempan seketika membacanya... kereta yang aku pandu kulajakkan ke tepi, berhenti di kedudukan selamat... aku baca sekali lagi kata-kata itu... lama aku memikirkan... namun tidak pula aku balas catatan itu, waima sehingga ketika ini.. aku tidak ada jawapan yang baik untuk persoalan itu... kerana aku sendiri setuju dengan pernyataan itu...
Ya Allah...
Jauh sekali daripada dugaan dan tanggapan aku tentang dia, teman aku itu... Dalam ketenangan dirinya itu, dalam kesabarannya juga.... aku tidak menyangka dia yang akan meluah rasa itu... Terluka rupanya hatinya... terkilan rupanya perasaannya...
Dan aku sendiri.. dekat dengannya tetapi aku tidak sedar kelukaan itu terus membengkak dalam dirinya.. hanya kerana di luarannya, dia begitu manis dengan senyuman di wajahnya sepanjang hari... bersabar dan tidak memprotes dan membantah.. jika ada pun aku kira, dia akan menyatakan dengan gurau senda dan tawa yang tambah memaniskan wajahnya.. Itulah hakikatnya, yang dekat dengan kita tidak semesti kita kenali sepenuhnya... Air yang tenang jangan disangka tiada buaya ganas di dalamnya..
Jika dibandingkan dengan aku, sememangnya terlalu jauh bezanya... kehampaan, kemarahan, kekecewaan akan tergambar di wajah aku dalam apa keadaan pun... mungkin hodoh wajahku pada pandangan orang lain ketika itu... namun apa aku peduli.. itulah kemarahanku... jika segala itu terpampang dan terpapar di wajah aku... tambah mudah aku ingin meluahkan segalanya... dan lazimnya mereka akan tahu... Namun hati dan jiwa aku akan terus tenang dan menerima hakikat yang berlaku... 'Kesakitan' itu akan mengalir deras seperti air sungai yang mengalir... membawa sampah sarap terus pergi... dan tiada batuan yang boleh menghalang duka itu terus berlalu... akhirnya meninggalkan air yang tetap mengalir... mengalir... mengalir... membersihkan kesakitan itu dan menjadi jernih.. Hati aku ini pasti menjadi lega, tenang, memaafkan dan redha...
Melihat kenderaan yang aku miliki ini... aku teringat ketika aku ingin memilikinya dulu... apabila seorang teman bertanya aku ingin kereta berwarna apa? Maka aku jawab segera, spontan... HITAM... dan ketika dia bertanya, kenapa hitam? Aku cuma berkata... cantik, elegance...smart, menawan... punyai intipati yang berprestij.... dan banyak lagi... Apabila dia ingin menyatakan pendapatnya... aku menolaknya.. dan, akhirnya aku miliki kereta berwarna hitam itu, hingga kini... Hal itu kerana kereta pertama aku miliki berwarna putih... Aah, sukar untuk menjaganya... keputihan yang menyulitkan bagi aku ini... Aku bukan seperti lelaki-lelaki di luar sana yang sering membelai kereta... banyak lagi kerja lain boleh aku lakukan, maka sebab itu juga kereta kedua aku ini berwarna hitam...
Kini, memiliki kereta berwarna hitam menambahkan kesulitan untuk menjaganya... seminggu tidak aku cuci, kekotoran itu lebih jelas... awal-awal dulu, aku rajin juga 'melayan'nya.. seminggu sekurang-kurangnya sekali aku membersihkannya. Tapi lama kelamaan aku terasa penat... maka dari seminggu sekali, sebulan sekali... kadang-kadang sebulan tidak sekali pun... sehinggalah kini.
Tidak pernah pula aku terfikir dahulu... rupanya menjaga kereta putih itu lebih mudah... habuk-habuk melekat lambat untuk kelihatan... dan jika aku tidak mencucinya untuk sebulan dua tidaklah teruk sangat kelihatannya berbanding yang berwarna hitam... Itulah, sukarnya jika kita ini sombong tidak bertempat, nasihat orang pun tak mahu dengar, tidak perihatin dengan orang yang lebih pengalaman..
Itulah aku! Sebabnya apabila aku hendak membuat keputusan, aku sering terpengaruh dengan pendapat orang sehingga apabila berlaku sesuatu perkara aku akan menyalahkan orang lain... MAKA, aku berkeras dengan pendapat dan pandangan aku sendiri.... mengikut gerak hati.. maka jika apa-apa berlaku, aku hanya akan menyalahkan diri aku sendiri... Lalu, apapun natijah keputusan aku itu... akan aku hadapi dengan berani..
Itulah kehidupan yang sukar untuk dijangka. Sebabnya hanya satu... kita manusia biasa, hamba yang penuh kekurangan... kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita walau sesaat di hadapan kita...
maka kita perlu berpegang dengan nasihat Junjungan kita Nabi SAW yang berpesan: "Berusahalah umpama kita akan hidup seribu tahun lagi... dan beribadatlah umpama kita akan mati pada esok hari"...
Dengan sebab itu, jika ada rasa membusung dalam hatiku akan aku rasionalkan perlahan-lahan sehingga hati ini berasa seikhlas mungkin... Pernah kawan-kawan bertanya kepada aku suatu hari dahulu, belum lama aku kira... 'Kenapa perlu lakukan semua ini, usaha kamu tidak pernah dihargai... malah usaha ini dipertikai... Kenapa bersusah-payah untuk oranglain? Sedangkan apa yang kamu dapat hanyalah pengkhianatan daripada mereka yang kamu tolong dan mereka yang kamu utamakan kebajikannya..'
Apa jawapan yang dapat aku berikan... Memang banyak kecurangan dalam hidup kita tanpa kita sedari. Bukan hanya daripada mereka, malahan daripada diri kita sendiri... cuma kita tidak tahu bila, kenapa dan mengapa.. sebab, kita tidak akan tahu.. hanya DIA Yang Maha Mengetahui...
Sakitnya apabila mereka yang kita dahulukan dan utamakan kebajikannya, mempertikaikan tindakan kita... menghina kita kembali... sedangkan kita dan mereka dalam golongan yang sama. mereka minta lebih banyak daripada apa yang berhak mereka miliki dan akhirnya mereka menganiayai sahabat dan kelompok mereka sendiri... DAN aku hanya diam dan bersabar, walaupun sebenarnya kemarahan aku telah terserlah di raup wajahku ini...
Dan, lazimlah jika kesilapan itu telah terserlah...tiada ucapan maaf untuk mengakui kesalahan mereka itu.. Tidak mengapa, sebab aku memang selalu memaafkan dan aku selalu memikirkan kebajikan orang lain... aku permudahkan... tetapi mereka yang menyulitkan diri mereka sendiri... maka sebenarnya mereka perlu meminta maaf kepada diri mereka sendiri kerana dengan sengaja menzalimi diri mereka sendiri.
Aku tidak juga berasa sakit dalam ertikata sebenarnya... kerana aku serahkan kepada DIA untuk segala-galanya.. aku hanya menunaikan tanggung jawab yang diamanahkan sebaik mungkin.. jika ada yang protes, aku tidak ada sebarang jawapan dan kesesalan...
Fenomena yang berlaku di sekeliling aku ini mungkin melukakan hati banyak yang lain. Contoh, isu yang berlaku baru-baru ini... isu penilaian prestasi kerja... yang membawa kepada Anugerah Prestasi Cemerlang untuk kakitangan awam seperti kami.. Berlaku kebocoran maklumat... secara kebetulan... dan menguja hati-hati yang ada melihat penilaian PP kepada prestasi mereka...dan mencetuskan kekecewaan dan salah faham.. maka berlakulah konflik...
Hanya kerana satu sebab kecil itu... gelora di lautan mula melampaui batas.. Entahlah, aku sendiri pun hairan. Apa ada dengan penilaian oleh manusia itu? Sedangkan banyak lagi prestasi yang perlu kita kekalkan dan kita utamakan... Jika kita tidak lebih baik daripada orang lain pun, mungkin bersebab... mungkin kita baharu, mereka telah lebih dulu layak... mungkin kita berasakan apa yang kita buat menanggung kerja oranglain, sedangkan dengan melaksanakan kerja tersebut kita membantu menyelesaikan banyak masalah.. Maka haruskah kita mempertikaikan keikhlasan kita berkerja hanya kerana kita merasakan bahawa orang tidak pernah menilai kerja kita dan tidak pernah nampak sumbangan yang kita berikan selama ini. Tanyalah diri kita, kerana APC itukah kita bekerja?? Dan jika markah penilaian kita rendah maka kita mesti beralah dan mengabaikan amanah yang diberikan kepada kita? Cukuplah... pujuklah hati yang merajuk itu.. usah sasarkan prestasi itu di sisi manusia, tetapi sasarkanlah prestasi kita di sisi ALLAH.. Aku mengharapkan jika ada sahabat yang terluka hatinya itu membaca catatan ini, semoga kita dapat lebih banyak beristighfar dan mengucapkan syukur kerana apa yang ada pada kita hari ini jauh lebih baik daripada orang lain... banyak lagi orang yang tidak bernasib baik berbanding kita... Kita masih ada kerja yang berpendapatan dan halal untuk keluarga kita.. kita masih punyai nafas dan denyutan jantung yang dapat menyambung silaturrahmi dalam kalangan kita... Bersyukurlah..
Memang kadangkala terlalu panjang perjalanan yang kita perlu tempuh untuk sampai ke sesuatu destinasi... sedangkan ada juga perjalanan yang singkat.. dan hidup kita ini umpama roda, sentiasa berputar dalam perjalanan itu... jika kurang bernasib baik kita akan memijak lumpur atau paku... dan akhirnya pancit.. ditukar dan dibantu untuk menjalani bentuk baru kehidupan.
Ada juga perjalanan yang kita lalui banyak selekoh namun kita boleh sampai dengan cepat dan selamat. Ada perjalanan melalui jalan yang besar dan lurus tetapi kita berisiko dan tidak selamat dan mungkin tidak sampai ke destinasi yang dituju.. Setiap seorang daripada kita akan diuji namun ujian itu berbeza mengikut kemampuan masing-masing..
Jika kita ingin apa yang di luar itu gambaran daripada apa yang ada di dalamnya, maka sebenarnya segala-galanya itu terpulang kepada kita. Kita yang sepatutnya membuang dan mengutip duri-duri dalam perjalanan kita itu... agar tayar kenderaan kita (yakni tanggungjawab dan tugas kita) tidak akan pancit. Semoga perjalanan kita akan lancar. Jika pada jalan yang lurus pun kita memandu laju, mementingkan diri sendiri... kita mungkin akan kemalangan; yang bukan sahaja menyusah diri kita malahan kita mungkin menyusahkan orang lain. Ikhlaskan hati kita dalam semua ini, pasti luka yang menyakitkan itu akan cepat sembuh dan tidak meninggalkan calar yang dalam sehingga boleh terluka lagi...
Aku ditanyai juga semalam.... Kenapa aku tidak pernah membuat sebarang tuntutan untuk sebarang pembelian yang aku buat dalam kerja aku... untuk organisasi aku ini... Aku menjawab, akan buat cuma aku tidak punya masa, sedang ada banyak tugas lain yang perlu aku segerakan daripada mengira berapa yang aku perlu belanja untuk tanggungjawab aku ini... tidak perlu aku tergesa-gesa untuk membuat tuntutan atas wang yang aku dahulukan itu...
Aku ditanyai lagi oleh seorang yang lain semalam... dari mana aku dapat wang untuk membeli semua keperluan tugas aku ini dan kepada siapa aku buat tuntutan??? Apa yang perlu aku jawab?? Pada yang sepatutnya lah, bukankah begitu... dan ada kalanya dalam rezeki yang kita perolehi ini ada rezeki oranglain... dan dalam semua kerja dan rezeki yang aku perolehi itu akan ada lompangan yang kita tidak sedari... mungkin Allah telah mengambil semula rezeki itu untuk menampung kebocoran dan lompangan itu dengan memberikan dalam hati aku ini agar tidak terlalu memikirkan berapa yang aku sumbangkan dan berapa yang aku keluarkan.... dan melahirkan rasa ikhlas dalam hati aku ini.
Jika selama ini, aku tidak pernah mendapat penghargaan namun aku memberikan apa yang terbaik dari semasa ke semasa untuk tugasku.... tidak akan ada apa-apa... kerana aku aku pandangan dan pemikiran aku sendiri tentang menjalani hidup ini dengan berserah kepadaNYA yang aku cintai...kerana itu jika apapun rupa di luar apatah lagi jika elok dan cantik, tidak akan ada yang membusung, bernanah dan busuk di dalamnya... INSYAALLAH....ALLAH YA ROBB....
Blog ini kupaparkan perjalanan, pengalaman, nukilan rasa dan minda semoga dapat diimplementasikan untuk tatapan semua,sebagai iktibar, pengajaran yang dapat dijadikan sedikit panduan.Semoga laman ini membawa banyak kemaslahatan dan kemanafaatan serta ingatan buat diri ini dan orang lain, INSYAALLAH....
Jumaat, Mac 18, 2011
Rabu, Mac 16, 2011
APAKAH JAWAPANKU??? Dan ada yang masih menanti...
Kira-kira sebulan lebih yang lalu aku ditanya oleh seseorang tentang suatu perkara. Dalam masa yang sama juga aku ditanya oleh beberapa orang tentang hal yang sama... namun ketika itu, aku hanya mampu diam tanpa jawapan...
Selalu sahaja begitu, apabila ada yang datang bertanya pasti akan ada beberapa pertanyaan yang sama dalam satu masa...
Dan, aku yang tersepit dalam semua ini... tersepit hanya kerana kononnya aku ingin bersikap adil dan dapat memberikan jawapan yang baik untuk semua orang..
Sebenarnya sehingga kini, aku tidak ada jawapan untuk soalan dan pertanyaan... tiada jawapan untuk semua orang yang bertanya..
Sukar rupanya untuk menentukan kehidupan aku akan datang... Tentu maklum pertanyaan apakah yang perlu aku jawab.. dengan status aku yang 'dimiliki' sekarang.. tentu banyak yang mengharapkan jawapan yang akan dan patut berikan ialah 'YA'... tetapi patutkah..
Kata orang tua-tua, jika mata sebelah kanan tidak henti berkedip dan bergetaran, sehingga menyakitkan mata, mungkin ada seseorang yang merindui dan ingin melihat kita. Maka apabila kejadian itu berlaku, aku beranggapan mungkin ada yang ingin sangat melihat aku, mungkin seseorang atau lebih yang tidak aku kenali... apatah lagi jawapan belum lagi aku berikan kepada mereka yang tidak aku kenali dulu.
Memang aku ketika ini tidak punyai jawapan.. aku hanya memohon maaf kerana DIA tidak memberikan sebarang petunjuk mahupun tanda dan isyarat. Sudah beberapa kali aku membuat sholat iskhtiharah untuk memberikan jawapan aku tetapi aku tidak miliki jawapan itu..
Seorang teman aku berkata, katakanlah ya... kerana aku sudah terlalu lama berkorban dan bersusah payah untuk oranglain dan sudah tiba masanya aku mengecapi kebahagiaan aku sendiri.. tetapi, mungkinkah kebahagiaan itu milik aku?? Mungkinkah aku tidak perlu bersusah payah untuk orang lain pula??? Entahlah, aku tidak pasti... memang pula aku bercadang-cadang untuk menerima sahaja namun jika aku lepaskan tanggungjawab yang ada sekarang sekadar untuk melarikan diri pastikah aku akan berasa kelapangan. Mungkin pula aku teringat dengan tanggungjawab yang lebih besar.. bukan hanya untuk seseorang dia yang menjadi tanggungjawab aku malahan mungkin ada orang lain yang dia punyai tanggungjawab kepadanya...
Aku bukan sombong sehingga tidak mahu berkongsi susah senang... Namun aku sudah lama penat untuk menjaga orang lain di sekelilingku, apakah aku melepaskan semua itu untuk oranglain pula yang tidak punyai hubungan dengan aku... Bukan apa-apa mungkin... tetapi aku sebenarnya memang agak penat... Adakah sepanjang hidup ini, aku perlu memerhatikan orang lain sahaja... Itu salah satu sebab, kenapa aku tidak punya jawapan sehingga hari ini. Jika ditakdirkan aku kepada dia, aku berharap aku akan menguruskan dan berkongsi hanya dengannya.. tetapi itu tamak dan mustahil ...selagi orang tuanya hidup aku masih punyai tanggungjawab untuk berkongsi segalanya. Mampukah aku lagi pada usia ini?
Ketika aku diberitahu keadaan kesihatan aku yang sudah melangkah kepada keadaan bermasalah ini, aku masih mengasihi seseorang... punyai harapan besar kepadanya... Namun, demi kasih dan sayang aku, aku pinta kepadanya berkali-kali... meninggalkan aku dan untuk pergi bersama oranglain... Biarpun sebenarnya dia tidak akan mungkin menginginkan aku di sisinya, aku berusaha juga supaya dia punyai hidup baru tanpa aku... Kerana ketika itu aku amat menyayanginya... maka aku ikhlas melepaskannya.. dan aku yakin dia pasti bahagia tanpa aku dan gangguan aku... Kesihatan aku mungkin akan menjejaskan banyak perkara... dan pada usia aku ketika ini... angan-angan dan harapan aku hanya tinggal impian... Impian yang aku tinggalkan setelah mengetahui keadaan kesihatan aku. Yang pasti aku akan menyusahkan oranglain.. Kini baru sahaja aku berasa lega dan berasa ingin melakukan sesuatu yang lebih mengembirakan aku dengan keadaan kesihatan kurang stabil ini, aku ditanya persoalan itu..
Pada awal lagi sebenarnya jawapan aku tidak.. namun aku simpan dahulu, akan aku pohon petunjuk DIA dahulu.... sepertimana setiapkali aku membuat keputusan besar dalam hidup aku... Dan kadang-kadang aku terasa, sehingga kini jawapannya tidak. Tak tahu mengapa,cuma mungkin perasaan aku sahaja..
Bukanlah aku ini kejam atau bukanlah pula aku ini takut.. dengan banyak pengalaman yang telah aku lalu.. dan banyak pula perkara yang tidak berpihak kepada aku... tidak ditakdirkan kepada aku..
Sebenarnya aku tidak takut untuk memulakan hubungan baru, cuma aku terasa adalah lebih baik mereka memilih seseorang yang lebih muda agar segala apa yang disarankan dalam agama kita tertunai..
Salah satu perlunya perkahwinan itu adalah untuk mendapatkan zuriat... dan pada usia ini mampukah aku memberikan zuriat untuk dia yang bertanya itu?? Jauh di sudut hati aku ini, aku sedar siapa dan apakah keadaan diri aku ini. Aku dengar baru kini terbuka hatinya kepada seseorang. Dan itupun untuk memenuhi permintaan seorang ibu... tapi aku sendiri tidak mahu melukakan hati dia dengan tidak membolehkan dia merasai kesusahan dalam hidup aku ini dan berkemungkinan aku pula tidak mampu lagi memberikan cahaya mata penyeri hidupnya kelak.
Bukan pula aku sudah berasa selesa dengan hidup aku ini. Aku tidak punya apa-apa untuk aku berikan kepadanya.... maka apakah jawapan aku sebenarnya?
Bukan pula hanya seorang yang berharap aku akan berteman... namun aku sendiri tak tahu kenapa banyak fikir aku ini untuk membuat keputusan. Keluarga dan ibuku khususnya akan berasa gembira jika aku berkata 'ya'. Dan mungkin dia yang bertanya itu, mahupun ibunya itu akan berkata menerima aku seadanya.
Cuma, bagi aku dalam usia ini tidak terfikir aku ke arah itu lagi... Semoga jika dia itu terbaik untukku, hidupku dan matiku, baik untuk agamaku, masa depanku dunia akhirat.... semoga akan dipermudahkan segala urusan kepadanya.. Semoga DIA akan melorongkan segalanya kepada pilihan itu.... Aku tidak akan mempersoalkan banyak selepas itu... Kebahagiaan setiap seseorang daripada berbeza... mungkin bahagia bagiku tidak akan sama dengan bahagia oranglain waima jika seseorang itu di sisiku. Maka semoga yang bertanya itu tahu, mengerti dan faham... jalankanlah usaha yang baik itu mengikut aturan syariah dan aturan adat yang betul dan tidak lari daripada redha DIA..

Aku pasti dia tidak akan membaca catatan ini... namun catatan ini ikhlas daripada aku... Bukan dia yang bertanya itu sahaja.. kepada dia yang pernah memintanya sendiri daripada aku... memang ketika itu dan ketika ini juga, aku tiada jawapan kepada soalan dan permintaan itu. Maafkan aku jika aku melukakan
hati-hati yang mengharap itu... sukar bagi aku untuk menjawab dan memberikan jawapan yang terbaik.
Semoga pula ditakdirkan dia membaca catatan ini, dia akan ikhlas menerima jawapan dalam catatan ini. Bukan aku tutup hati aku ini.... cuma ketika aku menyerahkannya kepada DIA, DIA masih belum memberikan jawapan buatku pula... Pasti ada yang belum selesai sehinggakan aku diberikan perjalanan hidupku seperti ini.. dan semoga inilah adalah yang terbaik untuk kita... biarpun jika hanya untuk ketika ini...

Ahad, Mac 06, 2011
TERKILAN ATAU MERAJUKKAH HATIKU?
Draf untuk catatan ini sudah beberapa hari aku sediakan, namun mungkin tiada masa dan tajuk yang sesuai aku biarkan sahaja. Hari ini aku punyai sedikit luang masa maka aku tidak mahu melepaskan peluang ini..
Entahlah... semakin usia ini meningkat dan semakin juga umur ini semakin pendek untuk menuju kembali ke sisi Allah... semakin pula cepat terasa dan teruja kepada perkara-perkara remeh sekalipun. Sebenarnya sudah beberapa waktu aku berasa sebegini namun aku biarkan perasaan ini berlalu pergi dengan sendirinya. Malang sekali rasanya sehingga ke hari ini aku masih lagi berasakan perasaan yang berbaur ini. Sudah beberapa waktu ini aku tidak menitiskan airmata walau apapun keadaannya... cuma hari ini dan semalam aku terasa begitu sayu sehingga aku menitiskan airmata ini. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambamu ini..
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaanMu ini... aku tahu seseorang itu tidaklah diuji di luar kemampuannya. Ya Tuhan aku tidak perlu merajuk atau berasa hati kerana satu hal yang kecil itu... Hah, kecil sungguh aku di sisiMU...
Lain yang aku rancang tetapi lain pula yang terjadi. Walau aku tahu bahawa setiap apa yang ditentukan itulah yang terbaik buat aku ini. Kasih sayang dan perhatian itu tidak sepatutnya menjadi rebutan dalam kalangan kami.. tidak sepatutnya sama sekali! Namun aku tidak boleh menolak semua itu... Jauh hati aku disebabkannya. Bertambah jauh lagi apabila aku berasa keutamaan kami itu tidak berterus terang kepada aku. Astagfirullah Al-Azim.....hanya kerana perkara sekecil itu... Aku berasa sangat kecil dalam kalangan mereka, apatah lagi dengan banyak kelebihan aku miliki namun tidak meletakkan aku di tempat yang sewajarnya. Mungkin hanya aku tidak kaya dan tidak memiliki sebarang kelebihan sebenarnya. Mungkin selama ini hanya perasaan aku ini sahaja yang berlebih-lebihan. Siapa aku untuk berjauh hati dengan darah dagingku sendiri... Ya Tuhan... bimbinglah hati aku ini kepada sesuatu yang lebih menenangkan dan hindarkan rasa berkecil hati aku ini. Aku tidak cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang KAU berikan kepada mereka tetapi entahlah.... aku sendiri tidak tahu mengapa???
Dulu aku pernah sahaja 'mencatat' kepada seseorang.... yakni sekiranya dia merindui aku, maka aku memintanya menjengah aku dalam ruangan ini. Namun kini walaupun aku tidak mengharapkan dia menjengah ruangan ini, aku masih ingin mencatat sesuatu supaya dia mengetahui...
Hati aku ini tidak pernah berasa sesayu ini...untuk beberapa waktu ini.. Aku mendengar khabar, mendengar cerita...biarpun aku diminta untuk tidak bercerita, namun aku ingin berkongsi sesuatu dalam ruangan ini..
Kata dia yang bercerita, "Sepatutnya seseorang itu apabila sudah berpasangan, pasangannya akan membantu dia untuk semakin bertambah baik dan lebih berjaya. Namun dia kini tidak lebih hebat atau lebih baik dari sebelumnya... malah lebih banyak kekurangannya"
Ketika itu aku hanya mampu tersenyum mendengar cerita demi cerita itu... dalam hati ini banyak lagi kata-kata yang tidak terungkap.. Ketika dia bertanya, tidakkah aku berasa sesuatu... marah dan berkecil hati, kecewa...cemburu, kesal??? Aku tidak menjawab....tetapi memberikan alasan yang kuat kenapa aku dan dia yang bercerita itu untuk membantu dia yang kami sayangi itu... biarpun tahap dan bentuk rasa sayang kami berbeza.. dan aku tidak tahu tahap apakah sayang dia kepada dia itu... tentu tidak sama dengan tahap sayang aku kepada dia pula.. Aku lebih kepada mencintai dia maka aku sering ingin mendoakan kebahagiaan dia.. mungkin dia lebih kepada perasaan bahawa sidia yang diceritakan itu mungkin mencintai diri dia yang bercerita. Perasaan itu tidak sama.. Aku mencintai dia, maka tidak perlukan perhatian dia... sekadar mencintainya dan ingin dia bahagia dengan hidupnya... maka tidak akan ada rasa cemburu ataupun tidak akan ada perasaan ingin sesuatu daripada dia selain kebahagiaan dia... jika dia bahagia dengan pasangannya maka itulah kebahagiaan aku pula.. berlainan dia yang merasakan selama ini dicintai, diberi perhatian, tempat berkongsi pelbagai perkara... dan kini selepas dia berpasangan terasa diri terpinggir dan dilupakan dari segala perkara.
Buat dia yang mungkin rasa dikasihi itu... lepaskanlah dia dengan ikhlas.. berikanlah perhatian kepada pasanganmu... USAH lah dikisahkan dia dengan pasangannya.. Itu sahaja nasihat dari seorang kawan ini... Biarlah pasangan itu dengan hidup mereka... tidak usahlah kita menuntut lebih daripada hak yang diberikan kepada kita. Cukuplah setakat apa yang kita miliki.
Yang jelas, aku memang berasa hati... dan rasa terkilan.... kerana dia datang berkongsi cerita tentang dia bersama aku.. Aku sudah tidak perlu tahu.. Entahlah...
Mungkin rasa kesamaan mengasihi orang yang sama itu, memberikan dia rasa aku merasakan perkara yang sama sepertinya... Sebenarnya tidak sama sekali. Aku melepaskannya dulu ikhlas kerana Allah...tanpa syarat dan aku yang ingin sekali melihat dia gembira dan bahagia... maka aku tidak menuntut apa-apa selepas itu. Maka itulah beza antara kita.. aku berasa hati kerana aku dianggap sebagai orang yang tidak ikhlas. Tidak akan sama perasaan antara kita, walaupun kita mengasihi orang yang sama.
Buat dia, selusurilah catatan ini.
Aku tidak menafikan segala apa yang diperkatakan oleh orang lain kepadamu... banyak benarnya daripada tidak benar. Cuma dengan rasa cinta sesama manusia yang bersisa dalam hati ini, aku ingin memberikanmu sedikit nasihat... Mungkin sudah agak lama aku tidak menasihatimu... aku tidak pernah melupakanmu, dan aku tidak pernah lepas daripada memberikan perhatian kepadamu.... dan sehingga kini aku lebih senang mencatat daripada berbicara denganmu.
Kasihku... setiap perjalanan baru dalam hidup kita ini akan ada banyak perkara indah yang boleh kita terokai.. semakin jauh kita akan merasainya nikmat perjalanan itu.... namun, perjalanan baru yang indah itu tidak boleh kita pisahkan dengan perjalanan lama yang masih perlu dilalui... Seimbangkanlah dan janganlah kau rampas kebahagiaan yang lalu daripada banyak orang yang lain hanya kerana kau ingin mengejar kebahagiaan untuk kepentinganmu sendiri.
Aku tahu mungkin kemanisan hidup bercinta kerana Allah itu masih terlalu baru kau rasai.... sehinggakan kau agak asyik dengan segala itu... Kau sebagai pemimpin maka kau sepatutnya tahu mengimbangi hidupmu dalam berkeluarga dan dalam menjalin kekeluargaan... yang baru mahupun yang lama. Mungkin kau tidak sedar segala itu... Muhasabahlah semoga banyak masalah akan terurai.
Kini, aku gembira kau gembira... tidak terikat dengan aku dan masalah aku ini.. dia di sisimu itu tentu akan menjagamu dengan baik... mungkin jika bersama aku, kau yang terpaksa menjaga aku... Mungkin semua itu tidak kau sedari..
Pada aku, tiada apa-apa kekurangan yang boleh meletakkanmu rendah dari sebelum ini... namun aku sudah mendengar banyak tentangmu.. tentang ketidaksungguhan mu dalam banyak perkara... walau tidak kurang yang memujimu... Aku kira tidak layak menasihitimu kini, namun sebagai sahabat... aku ingin menjelaskan... Hiduplah seperti Junjungan kita Sallallahu alaihi wasallam... seperti contoh, idola, dan panduan terbaik sebagai seorang lelaki... adil dalam semua hal, bertambah kewibawaannya dengan kehadiran isteri tercinta, Saidatina Khadijah... walaupun kau dan pasanganmu itu bukan Nabi SAW dan isterinya... supaya tidak akan ada yang memperkatakannya.
Didiklah cinta hidupmu agar dapat menyeimbangi peranannya di sisimu... bukan mengikatmu di sisinya. Dan bukan juga dia memilikimu sepenuhnya...sehingga 'merampas'mu daripada oranglain yang juga berhak kepadamu... Aku tidak mahu menyatakan siapa, namun aku tahu kau lebih tahu... DAN, yang selebihnya itu... kau perbetulkanlah.. aku pasti kau memahaminya.
Aku sememangnya terkilan, 'dibawa' untuk kembali 'menguruskan' hidupmu... banyak lagi yang perlu ambil tahu... apatah dalam keadaan aku mengambilberat tentangmu.
Cukuplah aku mencatatkan rasa terkilan dan mungkin rasa berjauh hati aku ini.. Inilah aku sebagai manusia biasa yang penuh kekurangan dan kelemahan... aku punyai hati yang perlu aku jaga... kerana jika hati yang satu ini berasa kecil.... ia pasti akan semakin lemah... aku perlu menyembuhkannya kembali... mungkin terapi mudahnya dengan meluahkan apa yang berbuku di dalamnya... maka catatan ini aku paparkan.. semoga pengalaman ini memberikan sedikit panduan untuk semua...
Entahlah... semakin usia ini meningkat dan semakin juga umur ini semakin pendek untuk menuju kembali ke sisi Allah... semakin pula cepat terasa dan teruja kepada perkara-perkara remeh sekalipun. Sebenarnya sudah beberapa waktu aku berasa sebegini namun aku biarkan perasaan ini berlalu pergi dengan sendirinya. Malang sekali rasanya sehingga ke hari ini aku masih lagi berasakan perasaan yang berbaur ini. Sudah beberapa waktu ini aku tidak menitiskan airmata walau apapun keadaannya... cuma hari ini dan semalam aku terasa begitu sayu sehingga aku menitiskan airmata ini. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambamu ini..
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaanMu ini... aku tahu seseorang itu tidaklah diuji di luar kemampuannya. Ya Tuhan aku tidak perlu merajuk atau berasa hati kerana satu hal yang kecil itu... Hah, kecil sungguh aku di sisiMU...
Lain yang aku rancang tetapi lain pula yang terjadi. Walau aku tahu bahawa setiap apa yang ditentukan itulah yang terbaik buat aku ini. Kasih sayang dan perhatian itu tidak sepatutnya menjadi rebutan dalam kalangan kami.. tidak sepatutnya sama sekali! Namun aku tidak boleh menolak semua itu... Jauh hati aku disebabkannya. Bertambah jauh lagi apabila aku berasa keutamaan kami itu tidak berterus terang kepada aku. Astagfirullah Al-Azim.....hanya kerana perkara sekecil itu... Aku berasa sangat kecil dalam kalangan mereka, apatah lagi dengan banyak kelebihan aku miliki namun tidak meletakkan aku di tempat yang sewajarnya. Mungkin hanya aku tidak kaya dan tidak memiliki sebarang kelebihan sebenarnya. Mungkin selama ini hanya perasaan aku ini sahaja yang berlebih-lebihan. Siapa aku untuk berjauh hati dengan darah dagingku sendiri... Ya Tuhan... bimbinglah hati aku ini kepada sesuatu yang lebih menenangkan dan hindarkan rasa berkecil hati aku ini. Aku tidak cemburu dengan kelebihan-kelebihan yang KAU berikan kepada mereka tetapi entahlah.... aku sendiri tidak tahu mengapa???
Hati aku ini tidak pernah berasa sesayu ini...untuk beberapa waktu ini.. Aku mendengar khabar, mendengar cerita...biarpun aku diminta untuk tidak bercerita, namun aku ingin berkongsi sesuatu dalam ruangan ini..
Kata dia yang bercerita, "Sepatutnya seseorang itu apabila sudah berpasangan, pasangannya akan membantu dia untuk semakin bertambah baik dan lebih berjaya. Namun dia kini tidak lebih hebat atau lebih baik dari sebelumnya... malah lebih banyak kekurangannya"
Ketika itu aku hanya mampu tersenyum mendengar cerita demi cerita itu... dalam hati ini banyak lagi kata-kata yang tidak terungkap.. Ketika dia bertanya, tidakkah aku berasa sesuatu... marah dan berkecil hati, kecewa...cemburu, kesal??? Aku tidak menjawab....tetapi memberikan alasan yang kuat kenapa aku dan dia yang bercerita itu untuk membantu dia yang kami sayangi itu... biarpun tahap dan bentuk rasa sayang kami berbeza.. dan aku tidak tahu tahap apakah sayang dia kepada dia itu... tentu tidak sama dengan tahap sayang aku kepada dia pula.. Aku lebih kepada mencintai dia maka aku sering ingin mendoakan kebahagiaan dia.. mungkin dia lebih kepada perasaan bahawa sidia yang diceritakan itu mungkin mencintai diri dia yang bercerita. Perasaan itu tidak sama.. Aku mencintai dia, maka tidak perlukan perhatian dia... sekadar mencintainya dan ingin dia bahagia dengan hidupnya... maka tidak akan ada rasa cemburu ataupun tidak akan ada perasaan ingin sesuatu daripada dia selain kebahagiaan dia... jika dia bahagia dengan pasangannya maka itulah kebahagiaan aku pula.. berlainan dia yang merasakan selama ini dicintai, diberi perhatian, tempat berkongsi pelbagai perkara... dan kini selepas dia berpasangan terasa diri terpinggir dan dilupakan dari segala perkara.
Yang jelas, aku memang berasa hati... dan rasa terkilan.... kerana dia datang berkongsi cerita tentang dia bersama aku.. Aku sudah tidak perlu tahu.. Entahlah...
Mungkin rasa kesamaan mengasihi orang yang sama itu, memberikan dia rasa aku merasakan perkara yang sama sepertinya... Sebenarnya tidak sama sekali. Aku melepaskannya dulu ikhlas kerana Allah...tanpa syarat dan aku yang ingin sekali melihat dia gembira dan bahagia... maka aku tidak menuntut apa-apa selepas itu. Maka itulah beza antara kita.. aku berasa hati kerana aku dianggap sebagai orang yang tidak ikhlas. Tidak akan sama perasaan antara kita, walaupun kita mengasihi orang yang sama.
Buat dia, selusurilah catatan ini.
Aku tidak menafikan segala apa yang diperkatakan oleh orang lain kepadamu... banyak benarnya daripada tidak benar. Cuma dengan rasa cinta sesama manusia yang bersisa dalam hati ini, aku ingin memberikanmu sedikit nasihat... Mungkin sudah agak lama aku tidak menasihatimu... aku tidak pernah melupakanmu, dan aku tidak pernah lepas daripada memberikan perhatian kepadamu.... dan sehingga kini aku lebih senang mencatat daripada berbicara denganmu.
Kasihku... setiap perjalanan baru dalam hidup kita ini akan ada banyak perkara indah yang boleh kita terokai.. semakin jauh kita akan merasainya nikmat perjalanan itu.... namun, perjalanan baru yang indah itu tidak boleh kita pisahkan dengan perjalanan lama yang masih perlu dilalui... Seimbangkanlah dan janganlah kau rampas kebahagiaan yang lalu daripada banyak orang yang lain hanya kerana kau ingin mengejar kebahagiaan untuk kepentinganmu sendiri.
Aku tahu mungkin kemanisan hidup bercinta kerana Allah itu masih terlalu baru kau rasai.... sehinggakan kau agak asyik dengan segala itu... Kau sebagai pemimpin maka kau sepatutnya tahu mengimbangi hidupmu dalam berkeluarga dan dalam menjalin kekeluargaan... yang baru mahupun yang lama. Mungkin kau tidak sedar segala itu... Muhasabahlah semoga banyak masalah akan terurai.
Kini, aku gembira kau gembira... tidak terikat dengan aku dan masalah aku ini.. dia di sisimu itu tentu akan menjagamu dengan baik... mungkin jika bersama aku, kau yang terpaksa menjaga aku... Mungkin semua itu tidak kau sedari..
Pada aku, tiada apa-apa kekurangan yang boleh meletakkanmu rendah dari sebelum ini... namun aku sudah mendengar banyak tentangmu.. tentang ketidaksungguhan mu dalam banyak perkara... walau tidak kurang yang memujimu... Aku kira tidak layak menasihitimu kini, namun sebagai sahabat... aku ingin menjelaskan... Hiduplah seperti Junjungan kita Sallallahu alaihi wasallam... seperti contoh, idola, dan panduan terbaik sebagai seorang lelaki... adil dalam semua hal, bertambah kewibawaannya dengan kehadiran isteri tercinta, Saidatina Khadijah... walaupun kau dan pasanganmu itu bukan Nabi SAW dan isterinya... supaya tidak akan ada yang memperkatakannya.
Aku sememangnya terkilan, 'dibawa' untuk kembali 'menguruskan' hidupmu... banyak lagi yang perlu ambil tahu... apatah dalam keadaan aku mengambilberat tentangmu.
Cukuplah aku mencatatkan rasa terkilan dan mungkin rasa berjauh hati aku ini.. Inilah aku sebagai manusia biasa yang penuh kekurangan dan kelemahan... aku punyai hati yang perlu aku jaga... kerana jika hati yang satu ini berasa kecil.... ia pasti akan semakin lemah... aku perlu menyembuhkannya kembali... mungkin terapi mudahnya dengan meluahkan apa yang berbuku di dalamnya... maka catatan ini aku paparkan.. semoga pengalaman ini memberikan sedikit panduan untuk semua...
Ahad, Februari 20, 2011
KETIKA MATA INI BELUM INGIN LELAP...
Sepertinya semua tajuk yang aku pilih bersifat melankolik dan sensitif... bukan romantik pun aku kira... mungkin sedikit sepadan.
Waktu ini sudah menjelang dinihari, ketika aku menatap ruang maya ini... namun ketika ini juga mata ini belum mahu lelap lagi.. Sebentar tadi anak kecil berusia 4 tahun itu meminta aku mendodoinya... lalu aku lakukan...
Katanya: Umi, kenapa adik tak boleh tidur lagi... Umi nyanyilah lagu Allah... Adik pejam tapi tak boleh tidur...". Aku cuma senyum, dan memeluknya... dari alunan Asmaul Husna, aku berzikir dan berselawat, kemudian aku mengalunkan lagu-lagu taubat dan nasyid mudah untuk anak-anak kecil mengenal Pencipta Yang Satu itu serta kekasihnya SAW... Itupun kerana dia meminta aku menyanyikan lagu Allah... tapi sukarnya untuk dia tidur...
Tiba-tiba dia bersuara : "Umi.... adik dengan umi sembahyang minta maaf dengan Allahu Akbar dan minta kita boleh tidur...". Pastinya aku senyum panjang... Lalu aku jawab," Kalau adik doa sambil baring pun Allah tahu dan bagi adik tidur"... fikirku kalau dia bangun dan bersembahyang sunat bersama aku, pasti dia akan lebih sukar tidur... sedangkan esok dia perlu bangun awal pagi untuk ke Taska...
Lalu dia segera berdoa untuk tidur yang dibacanya sekian kalinya seterusnya berdoa dimaafkan dia dan minta dia boleh tidur... sambil berzikir mendodoinya, maka dia akhirnya tertidur kira jam 1.45 pagi... Dan mata aku masih belum mahu pejam lagi... mungkin inilah peluang yang DIA berikan buat aku mencatat lagi di ruangan ini... Terima kasih Allah.
Menjadi suatu isu dalam kotak fikirku ini, tentang beberapa 'bicara' oleh teman-teman di ruangan 'facebook' mereka... Falsafah, kata-kata hikmah, rungutan, cetusan hati dan seumpamamya... malah aku tertarik dengan tindakan yang diambil oleh sepasang suami-isteri yang juga kawan-kawan itu dalam meraikan hari kelahiran anak mereka... aku memang bersetuju, dan sangat gembira... kerana bukan aku sahaja beranggapan akan tindakan itu... akan tetapi mereka lebih berfikiran jauh... Jika aku melakukan dengan menanam tumbuhan kecil seperti kaktus, pandan dan lidah buaya... rupanya mereka lebih terfikir menanam pokok buah-buahan di sekeliling rumah.. Namun langkah itu bersesuaian memandangkan kediaman mereka mempunyai ruang cukup untuk mereka penuhi dengan pokok buah-buahan, sedangkan aku tinggal di rumah teres dengan tanah yang ada sekangkang kera.. Maka aku dapat merasakan sesuai untuk aku menanam pokok yang renek dan menggunakan ruang kecil... objektif dan harapan yang ingin kami lestarikan itu tetap sejajar.... Di samping semangat, keperihatinan.... aku ingin menerapkan 'jiwa' dan harapan kami dalam misi itu... begitu juga mereka..

Teringat aku ketika belajar di Universiti Malaya... kagum dengan beberapa pensyarah seperti Prof.Hashim Musa, Dr. Sanat Mat Nasir, Dr Abdul Razak dan beberapa orang pensyarah yang lain.... mereka mempunyai pandangan dan falsafah yang mereka pegang dan gunakan... Pelbagai kesukaran dan kesulitan mereka lalui untuk sampai ke tahap itu... dan aku mengakui, semakin banyak ilmu yang kita cari dan dapati... semakin pula kita terasa semakin kecil berbanding yang lain... dan semakin terasa pula kita semakin tidak pandai... Alhamdullillah, Aku bersyukur kerana sampai ke tahap ini... Mungkin aku tidak dapat meneruskan ke peringkat MA tapi aku yakin setiap apa yang diberikan kepada aku ini, adalah yang terbaik buat aku...
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH, nescaya dia akan menjadikannya memahami agama."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Maka sebab itulah sehingga kini aku amat bersyukur berada di tempat aku sekarang. Bagi aku ilmu itu bukan semata-mata diukur daripada pencapaian akademik semata-mata... namun ketinggian ilmu itu juga datangnya dari pengalaman yang tidak dapat dicari melalui pengikhtirafan akademik... Jika seseorang itu anak itu derhaka, bukan disebabkan kepandaiannya kerana kepandaian itu sepatutnya menjadi suluh kepadanya.... mungkin disebabkan ilmu yang dimiliki tidak cukup, tiada ketaqwaan dalam hatinya... imannya juga mungkin merundum....
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Mukminun :Ayat 51)
Begitu jugalah dengan Ilmu..."Ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah". Pepatah Arab yang sering disebut-sebut dalam topik keilmuan itu sendiri... Dan ilmu itu akan menjaga kita dan semesti akan menjadi pakaian dan akhlak kita... Seperti menanam pokok tadi... ia perlu dibajai, disiram dan dijaga untuk terus hidup subur dan dapat dimanafaatkan untuk kebaikan...
Semoga kita akan sentiasa dalam mencari ilmu dan menjadi manusia yang bermanafaat kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain..
Di sana padi, di sini padi,
Barulah boleh dipanggil bendang;
Di sana budi, di sini budi,
barulah boleh dipanggil orang...
Yakni menjadi orang yang berguna, dan budi itu bermaksud budi bahasa, budi bicara, tutur budi, dan budiman...dan yang jelas semua itu adalah hasil dari ilmu dan akhlaknya...
Waktu ini sudah menjelang dinihari, ketika aku menatap ruang maya ini... namun ketika ini juga mata ini belum mahu lelap lagi.. Sebentar tadi anak kecil berusia 4 tahun itu meminta aku mendodoinya... lalu aku lakukan...
Katanya: Umi, kenapa adik tak boleh tidur lagi... Umi nyanyilah lagu Allah... Adik pejam tapi tak boleh tidur...". Aku cuma senyum, dan memeluknya... dari alunan Asmaul Husna, aku berzikir dan berselawat, kemudian aku mengalunkan lagu-lagu taubat dan nasyid mudah untuk anak-anak kecil mengenal Pencipta Yang Satu itu serta kekasihnya SAW... Itupun kerana dia meminta aku menyanyikan lagu Allah... tapi sukarnya untuk dia tidur...
Tiba-tiba dia bersuara : "Umi.... adik dengan umi sembahyang minta maaf dengan Allahu Akbar dan minta kita boleh tidur...". Pastinya aku senyum panjang... Lalu aku jawab," Kalau adik doa sambil baring pun Allah tahu dan bagi adik tidur"... fikirku kalau dia bangun dan bersembahyang sunat bersama aku, pasti dia akan lebih sukar tidur... sedangkan esok dia perlu bangun awal pagi untuk ke Taska...
Lalu dia segera berdoa untuk tidur yang dibacanya sekian kalinya seterusnya berdoa dimaafkan dia dan minta dia boleh tidur... sambil berzikir mendodoinya, maka dia akhirnya tertidur kira jam 1.45 pagi... Dan mata aku masih belum mahu pejam lagi... mungkin inilah peluang yang DIA berikan buat aku mencatat lagi di ruangan ini... Terima kasih Allah.
Menjadi suatu isu dalam kotak fikirku ini, tentang beberapa 'bicara' oleh teman-teman di ruangan 'facebook' mereka... Falsafah, kata-kata hikmah, rungutan, cetusan hati dan seumpamamya... malah aku tertarik dengan tindakan yang diambil oleh sepasang suami-isteri yang juga kawan-kawan itu dalam meraikan hari kelahiran anak mereka... aku memang bersetuju, dan sangat gembira... kerana bukan aku sahaja beranggapan akan tindakan itu... akan tetapi mereka lebih berfikiran jauh... Jika aku melakukan dengan menanam tumbuhan kecil seperti kaktus, pandan dan lidah buaya... rupanya mereka lebih terfikir menanam pokok buah-buahan di sekeliling rumah.. Namun langkah itu bersesuaian memandangkan kediaman mereka mempunyai ruang cukup untuk mereka penuhi dengan pokok buah-buahan, sedangkan aku tinggal di rumah teres dengan tanah yang ada sekangkang kera.. Maka aku dapat merasakan sesuai untuk aku menanam pokok yang renek dan menggunakan ruang kecil... objektif dan harapan yang ingin kami lestarikan itu tetap sejajar.... Di samping semangat, keperihatinan.... aku ingin menerapkan 'jiwa' dan harapan kami dalam misi itu... begitu juga mereka..
Teringat aku ketika belajar di Universiti Malaya... kagum dengan beberapa pensyarah seperti Prof.Hashim Musa, Dr. Sanat Mat Nasir, Dr Abdul Razak dan beberapa orang pensyarah yang lain.... mereka mempunyai pandangan dan falsafah yang mereka pegang dan gunakan... Pelbagai kesukaran dan kesulitan mereka lalui untuk sampai ke tahap itu... dan aku mengakui, semakin banyak ilmu yang kita cari dan dapati... semakin pula kita terasa semakin kecil berbanding yang lain... dan semakin terasa pula kita semakin tidak pandai... Alhamdullillah, Aku bersyukur kerana sampai ke tahap ini... Mungkin aku tidak dapat meneruskan ke peringkat MA tapi aku yakin setiap apa yang diberikan kepada aku ini, adalah yang terbaik buat aku...
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa yang dikehendaki ALLAH, nescaya dia akan menjadikannya memahami agama."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah Al-Mukminun :Ayat 51)
Semoga kita akan sentiasa dalam mencari ilmu dan menjadi manusia yang bermanafaat kepada diri kita sendiri dan kepada orang lain..
Di sana padi, di sini padi,
Barulah boleh dipanggil bendang;
Di sana budi, di sini budi,
barulah boleh dipanggil orang...
Yakni menjadi orang yang berguna, dan budi itu bermaksud budi bahasa, budi bicara, tutur budi, dan budiman...dan yang jelas semua itu adalah hasil dari ilmu dan akhlaknya...
MUNGKINKAH AKU DIDUGA SEKALI LAGI???
Seharian berada di rumah hujung minggu ini, aku rasakan agak selesa berbanding sepanjang dua minggu yang berlalu... Hari ini kesihatan aku agak baik... jika sebelum ini pelbagai kesan dan kesakitan aku alami silih berganti namun hari ini aku mula kebah... Mungkin sebab aku sudahpun boleh berbuat sesuatu untuk 'mengubati' diri aku ini... Satu jag air zam-zam yang aku bacakan kepadanya surah al-fatihah nampaknya memberikan kesan baik kepada aku ini... Sakit seharian yang aku tanggung selepas minum air zam-zam itu, memberikan sedikit kelegaan... ditambah dengan minyak wangi yang aku beli pada satu pasar malam yang lalu... yang mana aku hanya melihatnya 2 kali sebelum penjual minyak wangi itu tidak lagi kutemui selepas itu... Aku pun tidak pasti kenapa selalu sahaja peristiwa-peristiwa demikian berlaku kepada aku ini...
Setiap kali aku mengalami sakit yang melampau dan aku sendiri ragui... pasti ada sahaja yang menawarkan sesuatu kepada aku... mungkin secara kebetulan. Ketika aku lalu di hadapan gerai jualan itu, peniaga itu memanggil aku dan berkata, "Kak, cuba minyak wangi ini... Kijang Kasturi yang boleh hilangkan kesan santau dan rasa tidak tenteram dalam dada akibat sihir... kita berusaha Allah yang mengizinkan dan inilah satu ikhtiarnya.. Mujarab jika dengan perkenan Allah..."
Maka langkahku pun terhenti, bukan berminat sangat untuk membelinya sebab banyak minyak wangi di pasaran yang mempunyai identiti yang sama... aura bauan dan wangian itu memberi kesan atau terapi kepada pemakainya.. Waktu itu aku belum mengalami apa-apa masalah kesihatan lagi... Dan kini apabila rasa berdebar-debar dalam dadaku semakin menjadi-jadi malahan keadaan tubuh badanku yang lemah tak menentu itu aku rasai, aku teringatkan minyak wangi itu yang aku simpan dalam beg tanganku selama ini.. Aku sapukan ke bahagian yang sakit.. dan aku titiskan sedikit dalam air zam-zam yang aku minum... Alhamdullillah kesakitan itu beransur hilang...
Bukan satu keanehan kepada aku dengan keadaan aku ini... mungkin orang tidak akan merasakan perkara yang sama... mungkin akan ada yang lebih teruk dari aku ini... Aku sudah biasa dengan keadaan 'disihir' atau mungkin kesan 'santau' lama yang ada dalam diri aku ini... Cuma waktu ini aku tidaklah mengalami muntah darah... batuk melampau dan seumpamanya... Dan jika keterlaluan aku akan melakukan solat hajat memohon kepadaNYA semoga aku mampu untuk diduga dan diuji sekali lagi... dan aku rasakan permohonan aku kepadaNYA telahpun DIA perkenankan... Terima kasih ALLAH...
Aku tidak mampu menolak kemungkinan aku mungkin ada melakukan kesilapan atau tersalah tindakan atau pertuturan yang tidak disenangi... dan aku redha diuji dan melalui dugaan ini... Mungkin ada sesuatu yang perlu aku pelajari daripada semua yang berlaku ini.
Kebetulan pula ada yang bertanyakan aku lagi... bukan seorang namun beberapa orang... dan aku belum ada sebarang jawapannya ketika ini... dan aku bermohon usahlah mendesak aku ini... jika jalan itu yang aku pilih, aku perlu mengabaikan banyak perkara untuk kepentingan aku sendiri... dan jika jalan ini pula yang aku pilih, maka aku terpaksa mengabaikan diri aku pula... Ya ALLAH, aku tak tahu jalan mana pula yang akan aku pilih... Aku serahkan kepadaMU, dan berikanlah aku petunjuk yang benar dan terbaik.... Semoga aku akan dapat menarik rambut dalam tepung yang tidak memudaratkan kedua-dua pihak , mungkin dalam kisah aku ini, ketiga-tiga pihak yang terlibat....
Mungkin aku diduga sekali lagi....
Kini, dua minggu belakangan ini tidur dan lenaku ditemani dengan pelbagai cerita...kisah... dan tafsiran yang ada antaranya sukar dimengertikan.
Ada juga pada malam-malam itu berkali-kali aku terjaga... apatah kita aku tidak bersih, aku hanya mampu beristigfar dan memohon perlindunganNYA..
Dalam keadaan bersih, aku pasti akan bangun dan menunaikan solat sunat... sekiranya aku tidur kembali, aku akan terjaga sekian kalinya... dan jika aku terus mengaji dan bersolat sunat sehingga menjelang subuh, aku pasti dalam keletihan yang tidak kusangka-sangka... apatah dengan ujian sakit yang aku alami itu. Semoga segala keresahan itu akan hilang... Aku sentiasa berdoa agar aku tidak akan menghampakan sesiapa... maka aku sentiasa berdoa tiada siapa yang akan berharap atau menaruh harapan tinggi kepada aku lagi..
Jika benarlah tanggapan aku ini, aku bermohon kepada yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang itu agar segala dugaan dan ujian yang aku lalui ini akan berkesudahan yang baik untuk semua pihak.
"Ya Allah, ampunkan kekhilafan aku ini sekiranya ada... Ya, ampunkanlah kealpaan aku ini sekiranya tidak aku sedari... hanya kepadaMU aku bermohon akan segala kebajikan di dunia ini semoga membawa kebajikan di akhirat kelak... Ampunkanlah dengan kelemahan diri ini..."
Setiap kali aku mengalami sakit yang melampau dan aku sendiri ragui... pasti ada sahaja yang menawarkan sesuatu kepada aku... mungkin secara kebetulan. Ketika aku lalu di hadapan gerai jualan itu, peniaga itu memanggil aku dan berkata, "Kak, cuba minyak wangi ini... Kijang Kasturi yang boleh hilangkan kesan santau dan rasa tidak tenteram dalam dada akibat sihir... kita berusaha Allah yang mengizinkan dan inilah satu ikhtiarnya.. Mujarab jika dengan perkenan Allah..."
Maka langkahku pun terhenti, bukan berminat sangat untuk membelinya sebab banyak minyak wangi di pasaran yang mempunyai identiti yang sama... aura bauan dan wangian itu memberi kesan atau terapi kepada pemakainya.. Waktu itu aku belum mengalami apa-apa masalah kesihatan lagi... Dan kini apabila rasa berdebar-debar dalam dadaku semakin menjadi-jadi malahan keadaan tubuh badanku yang lemah tak menentu itu aku rasai, aku teringatkan minyak wangi itu yang aku simpan dalam beg tanganku selama ini.. Aku sapukan ke bahagian yang sakit.. dan aku titiskan sedikit dalam air zam-zam yang aku minum... Alhamdullillah kesakitan itu beransur hilang...
Bukan satu keanehan kepada aku dengan keadaan aku ini... mungkin orang tidak akan merasakan perkara yang sama... mungkin akan ada yang lebih teruk dari aku ini... Aku sudah biasa dengan keadaan 'disihir' atau mungkin kesan 'santau' lama yang ada dalam diri aku ini... Cuma waktu ini aku tidaklah mengalami muntah darah... batuk melampau dan seumpamanya... Dan jika keterlaluan aku akan melakukan solat hajat memohon kepadaNYA semoga aku mampu untuk diduga dan diuji sekali lagi... dan aku rasakan permohonan aku kepadaNYA telahpun DIA perkenankan... Terima kasih ALLAH...
Aku tidak mampu menolak kemungkinan aku mungkin ada melakukan kesilapan atau tersalah tindakan atau pertuturan yang tidak disenangi... dan aku redha diuji dan melalui dugaan ini... Mungkin ada sesuatu yang perlu aku pelajari daripada semua yang berlaku ini.
Kebetulan pula ada yang bertanyakan aku lagi... bukan seorang namun beberapa orang... dan aku belum ada sebarang jawapannya ketika ini... dan aku bermohon usahlah mendesak aku ini... jika jalan itu yang aku pilih, aku perlu mengabaikan banyak perkara untuk kepentingan aku sendiri... dan jika jalan ini pula yang aku pilih, maka aku terpaksa mengabaikan diri aku pula... Ya ALLAH, aku tak tahu jalan mana pula yang akan aku pilih... Aku serahkan kepadaMU, dan berikanlah aku petunjuk yang benar dan terbaik.... Semoga aku akan dapat menarik rambut dalam tepung yang tidak memudaratkan kedua-dua pihak , mungkin dalam kisah aku ini, ketiga-tiga pihak yang terlibat....
Mungkin aku diduga sekali lagi....
Kini, dua minggu belakangan ini tidur dan lenaku ditemani dengan pelbagai cerita...kisah... dan tafsiran yang ada antaranya sukar dimengertikan.
Ada juga pada malam-malam itu berkali-kali aku terjaga... apatah kita aku tidak bersih, aku hanya mampu beristigfar dan memohon perlindunganNYA..
Jika benarlah tanggapan aku ini, aku bermohon kepada yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang itu agar segala dugaan dan ujian yang aku lalui ini akan berkesudahan yang baik untuk semua pihak.
"Ya Allah, ampunkan kekhilafan aku ini sekiranya ada... Ya, ampunkanlah kealpaan aku ini sekiranya tidak aku sedari... hanya kepadaMU aku bermohon akan segala kebajikan di dunia ini semoga membawa kebajikan di akhirat kelak... Ampunkanlah dengan kelemahan diri ini..."
Jumaat, Februari 18, 2011
APAKAH BICARA DI DADA LANGIT ITU??
Walaupun sebenarnya dalam beberapa waktu belakangan ini, aku mengalami banyak tekanan dan ketegangan dalam hidup aku. Banyak kehampaan dan kekecewaan tentang beberapa perkara yang aku lalui akhir-akhir ini.
Cukup dengan pelbagai perkara yang berlaku akhir-akhir ini yang begitu menimbulkan kesengsaraan dan kepedihan serta kepayahan buat banyak orang termasuk aku sendiri... namun dengan segala yang berlaku itu masih banyak pula kepincangan yang berlaku dalam dunia ini.
Aku juga berkeputusan untuk menyendiri sementara waktu daripada pergaulan lagho bersama rakan-rakan lain.. Biarlah apapun kata mereka... yang jelas ada sebab di sebalik semua itu. Biarlah... ada ketikanya nanti atau mungkin tidak akan ada ketikanya... siapa tahu... mungkin aku akan meluahkannya juga..
Biarlah juga hati ini beralah melalui masa berkurangan kesakitannya dari semasa ke semasa... Aku pasti DIA pasti memberi petunjukNYA untuk aku menghadapi semua ini...
Di dada langit itu mungkin ada cerita yang ingin disampaikan kepada sesiapa yang berfikir... Bukan sahaja melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku... sama ada melalui bencana alam dan gejala alam yang berturutan dari semasa ke semasa.
Mungkin juga suatu peringatan buat kita semua yang berbangga-bangga dengan apa sahaja yang kita miliki waktu ini sehingga kita mungkin tidak sekali-kali ingin beralah dengan segala sesuatu... yang memungkinkan kita meminta oranglain melakukan sesuatu untuk kita sedangkan kita tidak boleh langsung 'dicuit' oleh segala sesuatu akibat kebanggaan yang ada dalam diri kita.
Firman Allah dalam surah At-Takaatsur yang bermaksud :
Ada ketikanya kita memang terlupa atau tidak sengaja mendabik dada tentang apa yang kita miliki sekarang dan secara tidak langsung membolehkan kita sikap berlebih-lebihan...Banyak pula ketikanya kita tidak sedar akan segala perlakuan itu dan dengan sengaja mewujudkan tanggapan salah kepada diri kita ini... apapun yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya... cuma adakah kita menyedari dan menginsafi akan segala itu...
Tentu sekali bicara-bicara di dada langit itu membawa pelbagai kisah dan cerita... dan akhir-akhir ini aku lebih berminat untuk 'mendengar' bicara-bicara di langit daripada mendengar bicara-bicara songsang orang-orang di sekeliling aku ini... Entahlah, kenapa bicara sebilangan mereka kini semakin tidak aku senangi... bicara untuk menjatuhkan orang lain waima sahabat sendiri... bicara tentang keaiban orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri... Biarlah mereka berbicara sepuas-puas... aku sudah tidak suka untuk mengetahuinya... dan semua itu hanya selepas aku sudah berpesan... maka jika pesanan orang kecil sebagai aku terus dibiarkan dan diperlekeh... biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.... aku tidak menyesal jika kehilangan mereka yang dalam hati mereka ada banyak rasa iri dan dendam... dan pada bicara mereka ada kebusukan, serta setiap nasihat dari oranglain bukan apa-apa buat mereka.
Firman Allah yang bermaksud : " Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Surah Al-Ahzab:32)
Sabda Rasullullah SAW bermaksud : " Sesiapa menghulurkan kepada suatu kebaktian maka balaslah dia, jika tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu mendoakan kepada... " Riwayat Al-Tabrani...
Namun tidak pula aku ingin membalasi apa-apa kejahatan yang dibuat oleh orang lain itu... sama perbuatan itu secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi... Atas sebab itu aku lebih rela berdiam dan berdoa.... bukan hanya untuk segala kebaktian namun bagi setiap kebatilan, semoga akan berubah dan dalam adab yang baik.. Dan aku lebih redha untuk membaca dan melihat bicara di dada langit itu setiap masa daripada mendengar bicara dusta dan beradu domba...
Inilah aku....dan atas beberapa alasan juga aku tidak mencatat agak lama dalam ruangan ini kerana bagiku, banyak yang bakal melukai hati aku sendiri... Dan apabila aku bersedia kelak pastinya aku akan mencatat dengan pengkisahan yang tidak menyentuh ruangan orang lain hanya berkisar aku dan bicara aku... mungkin juga berkisar bicara di dada langit itu jika aku fahaminya...
Rasanya perubahan kecenderungan ini adalah suatu langkah yang baik bagi aku ini... mungkin kini aku lebih menyendiri dan lebih menumpukan kepada segala tanggungjawab aku yang aku rasakan perlu aku utamakan sahaja... dan aku rasa lebih senang berurusan dengan benda-benda yang tidak bernyawa dan tidak mempersoalkan apa-apa. Bukanlah bermakna benda-benda tak bernyawa ini tidak berupaya untuk mengeluh... mungkin akan ada bicara-bicara yang ada dalam 'kotak fikiran' benda-benda yang tidak bernyawa itu. Namun pasti setiap segala sesuatu di dunia mengharapkan banyak perkara baik yang berlaku.. Cukuplah dengan kita juga bersangka baik dengan segala sesuatu itu juga..
Ketidakselesaan kepada banyak perkara ini, menyebabkan aktiviti-aktiviti yang ada ini aku bataskan... Aku juga sudah tidak kerap membantu orang lain... Setiap sesuatu itu pula akan ada yang mempertikaikannya maka menyebabkan aku berkira dalam banyak perkara... dan apabila aku memandang ke langit itu.... aku sering bertanya : "Ya Allah, apakah yang ingin Kau tunjukkan kepada aku ini?"
dan "Apakah bicara di dada langit itu???
"Ya Allah, berilah aku jawapan jika itu yang perlu aku tahu...."
Langgan:
Catatan (Atom)