Hai...hai... hai.. Beginilah yang sering berlaku dalam hidup kita.. Satu perkara, atau satu masalah, satu tugas, belum pun selesai... datang pula hal lain, atau masalah lain atau tugas lain... Dan, jika datangnya kepada orang seperti aku ini, maka semua itu akan bertimpa-timpa, bertindan-tindan... sebab aku seorang yang lambat dalam tindakan, mungkin... dan aku sering mengkaji tentang itu... lalu sebenarnya orang seperti aku ini tidak akan lepa daripada pelbagai hal dan masalah mahupun tugas kerana aku ini terlalu banyak fikiran.. Ada sahaja keinginan, perancangan, idea kepada pelbagai perkara yang banyak, sehingga aku sendiri tidak tahu manakah yang perlu aku dahulukan... Kadang-kadang hanya kerana aku tidak dapat menyakini bahawa orang lain tidak akan dapat menyempurnakan sesuatu seperti yang aku fikirkan maka aku tidak melepaskannya kepada orang lain pula... akhirnya aku melakukan sendiri, dan ternyatalah satu yang ada belum dapat aku selesaikan, aku akan memulakan sesuatu yang lain..
Namun kerana aku suka dan gembira dengan tugas itu aku akan cuba dan terus melaksanakannya... Bukan sebab tamak atau kedekut (istilah yang bersinonim sama namun sebenarnya berbeza) tetapi kerana aku gembira melaksanakannya apa yang hadir dari dalam kotak fikiran aku ini secara sendiri... sama ada musnah aku yang merasainya, dan jika jaya aku juga akan berpuashati... Kita manusia ini, memang tidak pernah berasa puas dengan apa yang kita ada... tapi itulah kita, jika suka... apa juga akan kita lakukan...
Aku cuma ingin mengucapkan terima kasih kepada yang membantuku walaupun telah berkali-kali aku menolak bantuan itu... dan aku amat menghargai pengorbanan kalian yang ikhlas dan berhati mulia untuk membantu walaupun aku sebenarnya tidak layak menerima bantuan itu...
Semoga yang berkenaan itu, membaca catatan ini... kerana aku ingin meluahkan ke sekian kalinya... sukar untuk mendapat sahabat seperti mu... berada di sisiku ketika aku sedih, ketika aku susah, kita aku sunyi, ketika aku kekurangan dan ketika aku berasa dalam keadaan yang longlai menghadapi hari-hariku.... dan ketika aku stabil kembali , dikau melepaskan aku dengan hidupku kerana padamu, aku lebih diperlukan orang lain daripada aku memerlukanmu...
Terima kasih wahai insan mulia...
Terima kasih wahai sahabat baik....
terima kasih wahai orang budiman...
Insyaallah aku akan mengenang jasa baik itu dan semoga aku akan sentiasa ingat... dan kau akan sentiasa di hatiku...
Blog ini kupaparkan perjalanan, pengalaman, nukilan rasa dan minda semoga dapat diimplementasikan untuk tatapan semua,sebagai iktibar, pengajaran yang dapat dijadikan sedikit panduan.Semoga laman ini membawa banyak kemaslahatan dan kemanafaatan serta ingatan buat diri ini dan orang lain, INSYAALLAH....
Ahad, November 28, 2010
Sabtu, November 20, 2010
Menilai diri biar berbanding..Menghitung hari biar berukur...Merungkai citra biarlah berbagai..
Aku mencatat ketika ini setelah bertangguh-tangguh beberapa waktu waima ketika tibanya Eidul Adha ini... Maka hari ini aku gagahkan untuk mencatat lagi... Lenaku sebentar tadi tidak terlangsung dengan ketenangan.. Dalam dadaku ini ada debaran yang kurang menyenangkan... tidak kuendahkan di bahagian bawah kelopak mata kiri yang tidak putus berdenyut... Kata orang tua-tua itu petanda aku bakal menangis... dan begitu denyutan yang tidak putus juga di kelopak bawah mata kananku yang berisyaratkan ada seseorang yang ingin melihatku... Namun semua itu mungkin kebetulan... Ya, aku berharap hal itu adalah suatu kebetulan... Semoga tidak akan ada yang menyebabkan aku menangis dan semoga tiada juga yang terlalu ingin melihat aku ini.

Aku kira ada ketikanya kita memang ingin melakukan banyak perkara dan tidak tahu bagaimana pula ingin memulakannya, atau yang mana perlu dilakukan dahulu... sehingga ada ketikanya kita terlupa pula banyak yang belum kita lakukan..
Begitulah keadaanku beberapa hari dalam minggu-minggu yang baru berlalu... Sukarnya aku dalam mengimbangi banyak hal dalam satu masa... di samping diuji olehNYA peristiwa-peristiwa yang menguggah kesabaran insan lemah seperti aku.. Cuma aku kesal bukan ia bersebabkan aku, beralasankan aku pula... memang amat menyakitkan... Apabila kita diberikan kepercayaan dan dalam masa yang sama kita dikhianati oleh orang yang memberikan kepercayaan.. Dan akhirnya aku terpaksa melepaskan kepercayaan itu kepada yang memberikan kepada aku.... dengan hanya aku ini menurut perintah...
Bukan aku yang berkuasa menentukan keputusan atau meletakkan tanggungjawab itu kepada orang lain... Hanya menurut keputusan mesyuarat, berbuat segalanya dari keputusan perbincangan... bukan aku yang memutuskan sendiri.
Entah mengapa aku berasa marah dan terkilan dengan tindakan individu yang sepatutnya memutuskan.. tetapi 'melepaskan diri' dengan meletakkan beban itu ke bahu aku ini... sedangkan aku siapa?? Cuma aku tidak mahu mengaibkan invidu lain dalam semua tindakan aku ini. Alang-alang aku sudah diperlekeh dan dipertikai secara terang-terang dalam khalayak yang tidak sepatutnya... aku masih mampu menanggungnya... cuma ralat rasanya apabila aku memberikan contoh yang aku rasakan terbaik itu dan contoh itu tetap diperlekehkan. Maafkan aku teman, memberikan perincian sebagai contoh namun dikau diperlekehkan sebegitu rupa... Sungguh aku tidak menyangka segala itu berlaku... Cetek sebenarnya pandangan seseorang itu, walaupun dia berasakan dia amat hebat... dan dia meletakkan dirinya begitu rendah pada pandanganku... 'Kita' suatu golongan yang banyak rehat, tidak pernah buat kerja dan apalah peranan kita dalam organisasi kecil itu sehingga kita ini tidak bermakna...
Alangkah naifnya dia pada pandangan aku dan pada tanggapan aku ini, kini.... sedangkan sejak dulu lagi aku tidak menilaikannya sebagai seorang yang berilmu berhemah... kerana dia hanya berilmu tinggi namun ilmunya itu telah menambah lagi keegoan, rasa kekaguman kepada dirinya... dan apabila dia bertindak begitu, membela kononnya pada yang patut dibela, semakin rendah nilaian aku kepadanya... namun siapa aku yang dapat mempertikai.. Aku pasrah biarpun diperlekeh sedemikian rupa.... dia bukan seorang yang aku hormati untuk menjadi pemimpin yang baik sebab dia tidak adil dan dia tidak berhemah... Jika ketua aku mempercayainya, maka bukanlah pula aku perlu menanggung 'kesakitan' itu.. sebab aku pernah bernasihat, dan nasihat aku itu ditidakkan...
Buat seseorang yang aku kasihi.... tidaklah pula kami menzalimi sehinggakan boleh memusnahkan oranglain... Tidakkah pula dikau yang menzalimi kami kerana mempertikai hasil mesyuwarah yang telah berkali-kali kami jalankan dan setelah berpenat-lelah kami memikirkannya... Bukan tidak kami hargai namun kami inginkan suatu yang saksama... Ilmu itu perlu diperluas. Aku tidak tahu pasti apakah agendamu.... namun bagi aku, ulama itu adalah seorang yang tekal hatinya, maka beliau akan dapat melalui pelbagai cabaran dengan berhemah.. Daei itu pula tidaklah hanya dapat berdakwah dengan satu pendekatan mahupun melalui satu doktrin dakwah sahaja... Bukan pula ketika berada di 'atas' atau istilah lain, berkuasa... baru beliau dapat menyampaikan dakwahnya... Dan bagiku yang serba kekurangan ini, bukan individu itu terbentuk imannya hanya dengan dakwah yang hanya beliau seorang sampaikan. Banyak yang terterap dalam iman seseorang itu bukan dengan kaedah yang satu.... Bukankah dikau tahu, sayangku.. Bahawa dugaan bagi seorang lelaki, seorang pemimpin itu adalah harta, wanita dan kuasa... Maka dengan pendekatan kalian itu, bahawa kalian sudah terperangkap dengan kuasa... Kalian inginkan kedudukan itu, bukankah bermakna kalian inginkan kuasa.. Ada kuasa barulah kalian boleh berdakwah, atau menyampaikan fahaman dan ilmu, atau dapat menentukan hala tuju dan jatidiri, atau dapat menentukan jayanya satu misi dan wawasan? Ingatlah, mengapa ulama hari ini sudah boleh di'jualbeli'? Betapa aku kesal dengan semua ini... Dalam organisasi sekecil ini, seorang yang berilmu itu hilang adab berbicaranya hanya untuk mendapatkan 'kuasa'. Dan, aku juga kesal... Orang muda yang berilmu takut dan bimbang menjadi pemimpin.... kecilnya jiwa kalian, wahai pemimpin-pemimpin besar waima dalam organisasi sekecil itu... Mintanya banyak, namun setelah ditunaikan... bantahannya lebih banyak. Aku sengal dan bengang dengan kalian pemimpin yang berasakan kesempurnaan tetapi pincang di mana-mana... Sebenarnya kalian adalah orang kecil walaupun ada kuasa dan duduk pada kedudukan tinggi di hirarki organisasi yang besar.... pada pandangan peribadi aku ini... jika kalian ada di kedudukan yang lebih utama mentadbir negara, kalian pasti tewas, kandas ataupun jika berjaya pasti tiada kewibawaannya... maafkan aku... itulah pandangan aku... buatmu juga yang sering aku anggap hebat, namun dikau semakin tertebat dengan segala tanggapan dan prinsip peribadimu...
Aku juga kesal seorang ketua yang sudah bertahun-tahun mentadbir, namun masih terikat dengan sentimen peribadi... Katanya suatu ketika dahulu, ketika aku berasa letih meminta tolong dan melakukan banyak perkara sendirian... "Buatlah kerja dalam organisasi kita ini sepasukan, bukan berpasukan... satu pasukan yang berkerjasama, saling menampung kelemahan dan sentiasa mendokong kekuatan. Bukan berpasukan, banyak pasukan yang melakukan kerja sendiri-sendiri... menyokong pasukan sendiri dan naik sendiri tanpa memikirkan pasukan lain.."
Dalam usaha mesyuwarah yang mementingkan kerja sepasukan itu pula, beliau mengwujudkan pasukan-pasukan yang tidak seharusnya terus wujud... Entah ke mana hilangnya nasihat itu buat dirinya sendiri... Aku sentiasa ingat apabila dia menasihati aku ketika itu... menyelar aku kerana sering berkerja sendiri, tidak dapat mentadbir anakbuah ku untuk melakukan semua kerja itu... sedangkan bukan kerja aku... Aku bukan diktator dan aku bukan prejudis.... maka aku melakukannya kerana aku ingin melakukannya sedang dalam masa yang sama aku lapang dan aku tahu mereka di bawah aku itu sibuk... hanya kerana itu, ceramah panjang lebar itu aku terpaksa dengar.... ketika dia duduk dan aku berdiri, akur...

Ada juga ketika-ketikanya kita seperti tidak punya apa-apa tanggungjawab sedangkan masih banyak yang perlu kita lakukan... sehingga bersenang-senang itu membuatkan kita lupa....
Bukan aku namun beberapa orang di sekeliling aku yang sering leka... bukan mereka tiada kerja tetapi mungkin sudah terbiasa, hidup mempertikaikan orang dan sesiapa sahaja. Ada sahaja yang tidak kena kepada orang lain. Jika diberi tugas, semuanya membebankan mereka... Kumpulan yang tidak mahu berubah mungkin, sentiasa menjadi duri dalam daging. Doa aku semoga kalian sedar, mengumpat mengata, mengadu domba, mengatur strategi yang tidak setara dengan tanggungjawab yang patut kalian laksanakan itu adalah khianat... Mengkhianati orang lain dan diri sendiri... Selagi orang lain tidak redha, maka kalian akan sentiasa dilaknati... Mungkin ketika ini, DIA berikan segala yang kalian rancangkan, menjadikan kalian bahagia dengan cara kalian, menjadikan kalian 'sempurna' ketika bersama, memberikan kesenangan harta benda... namun semoga kalian sedar, bahawa semua itu ujianNYA.... dan semoga kalian insaf, doa mereka yang teraniaya itu lebih makbul daripada segala apa yang kalian punyai.... Semoga tidak terlewat untuk kalian sedar semua itu... hanya inilah doaku yang kalian anggap hina.

Ketika seseorang itu berkata, hatinya berasa sedih kerana tidak punyai anak lelaki yang bisa mendoakannya ketika di alam barzakh dan untuk dibawa ke sana nanti.. dan hanya satu cara itu sahaja dia bisa untuk mendapatkan peluang mencari bekalan ke akhirat kelak.... pada aku dia memang mementingkan dirinya sendiri... mementingkan kebajikan dan pahala untuk dirinya semata-mata. Maka aku putuskan agar keputusan itu bukan dari kami... namun dari yang lebih layak.. dan hak itu diberikan kepadanya, untuk kepentingan dirinya sendiri... maka cita-cita dan usahanya tercapai...
Dan, bagi aku dia memang sangat tamak.... kedekut dengan bekalan itu, untuk dikongsikan dengan orang lain.. dan begitu juga dengan orang yang menyokongnya. Bukan tiada cara lain.... Hah, dangkal ilmuku namun belum pula aku berasakan aku sudah setamak itu... biarlah. Namun aku ingin menjelaskan rasa hati aku ini. Bukan kerana aku irihati, namun hanya aku tidak berpuashati... Aku gunakan diri aku sebagai misalan... Aku tidak punyai apa-apa untuk aku bawa ke sana kelak... Biarpun mudah bagi seorang wanita untuk masuk syurga... cuma taat kepada ALLAH dan RasulNYA, taat kepada Suami... jika redha suami kepadanya, mendapat redha ALLAH kepadanya...maka syurga ganjarannya.
Bagi aku??? Peluang itu terlepas... atau lebih lembut jawapan, belum berpeluang... Anak-anak yang soleh yang mendoakan.... bagiku itu juga tiada... sedekah dan amal jariah... selagi aku ikhlas, insyaallah... dan ilmu yang bermanafaat... mungkin ada peluang aku untuk itu... Namun betapa beza peluang aku yang mengajar akademik berbanding dia mengajar agama... Banyak lagi jika hendak dibandingkan...
Bukan itu yang hendak dibandingkan, namun bagi seorang yang mempunyai peluang yang banyak begitu berasa sedih kerana tiada kuasa yang bermakna tiada kuasa untuk 'bersedekah' dan untuk 'memberikan' ilmu bermanafaat.... Aku mungkin tiada pertikaian tentang apa yang akan aku bawa mungkin imanku ini tidak sehebat dia.... namun bagi aku cukuplah jika memberikan sedikit dan dengan cara yang kecil... semoga segalanya itu diterima olehNYA...
Jika ingin dicatatkan semua, entah bila pula sudahnya... cukuplah rasanya perkongsian ini. Yang baik itu daripadaNYA, dan semua kepincangan, dan kelemahan itu adalah daripada diri aku sendiri yang selalu alpa dan menurut kata hati... Semoga sedikit yang dikongsikan dapat menggerakkan minda untuk berrfikir dan diri untuk berubah, biarpun sedikit cuma... Insyaallah.

Selasa, Oktober 26, 2010
TIDAK MEMBANTU, YANG MEMBANTU.... AKHIRNYA AKU TAHU..
Semalam, mungkin aku melukakan hati seseorang... antara langkah yang aku ambil untuk tidak membantu orang lain.. maksud aku untuk tidak 'memanjakan' oranglain... Maaf, aku sedih tetapi aku terpaksa... bukan niat di hati untuk menyakitkan hati sesiapa... Bukan apa sangat dengan hal itu, dan barang yang ingin dipinjam pun bukan bernilai sangat.. sesiapa sahaja boleh memilikinya, dan akhirnya boleh juga dia mendapatkannya daripada oranglain. Aku bukan kedekut, tetapi alah biasa tegal dek biasa... Selama ini aku tidak bising dengan apa sahaja yang orang lain buat di tempat dudukku, yang aku anggap aku berhak ke atasnya kerana beberapa keperluan bersifat peribadi menjadi milikku... entah berapa banyak aku sediakan, dan akhirnya entah ke mana pula hilangnya... dan untuk pengetahuan semua, kebanyakan di tempat aku itu milik peribadi yang aku beli sendiri menggunakan pendapatanku... yang tidak lebih daripada pendapatan oranglain... kebanyakannya tidak menggunakan 'harta' majikanku.... sepertimana yang pernah menjadi pernyataan oranglain...
Memang kelihatannya aku begitu kedekut.. Mentang-mentang aku sahaja yang ada peralatan itu, maka aku boleh berlagak dan tidak meminjamkan kepada orang lain... Mungkin itulah sangkaan orang lain.. Jika mereka marah. Namun pernahkah terduga dan pernahkan antara kalian yang memikirkan suatu masa dulu bagaimana keadaan aku ini... Apabila dikatakan aku punyai kuasa, maka aku pergunakan kuasa itu mendapatkan segalanya... aku mendapat kemudahan maka aku pergunakan sepenuhnya waima untuk kegunaan peribadi... aku ada peruntukan untuk bidang tugas aku tetapi aku gunakan sewenang-wenangnya aku hamburkan untuk perkara-perkara tidak berfaedah... membazir dan kebanyakan untuk menampung kehidupan aku.... Tapi kini aku ada kebanyakan yang aku tidak punya dahulu, dan aku berhemah menggunakannya, dan aku tidak menggunakan semua milik oranglain itu.... maka tidakkah pula aku berhak dengan segala kepunyaanku itu... Tidakkah pula aku berhak untuk tidak meminjamkan peralatan kepunyaan aku itu kepada oranglain.. walaupun pada ketika itu aku tidak menggunakannya... Aku hidup dengan pelbagai kesusahan.... hidup yang kalian sering perlekehkan... sebab aku tidak punya, dan kalian punyai lebih baik... dari semua segi.. Ketika itu, aku masih membantu jika ada antara kita yang susah... namun aku juga kurang mengerti dengan hati aku kini.... ada antaranya aku tidak sukai pun. Namun aku mesti tega untuk bertindak kejam, tamak, kedekut... pada zahirnya, dengan di hati aku ini merintih... betapa takutnya aku menyakiti hati orang lain.. sama ada melalui perbuatan, kata-kata, mahupun keputusan..... kerana aku tahu betapa perit dan sayu ketika disakiti itu...

Buat orang yang aku kasihi...
Beberapa hari yang kita lalui bersama dengan ketegangan itu akhirnya berkesudahan yang baik...
Rajukmu menjadikan dikau seorang yang berdikari... melakukan beberapa tanggungjawab itu sendiri, tanpa aku... malah kerana marah, tidak sepatah kata lahir dari mulutmu selama 2 hari... namun segalanya berkesudahan baik... baik sekali buat kita bersama..
Kini, aku yakin kau tahu bagaimana sukarnya untuk membuat keputusan, apatah lagi keputusan untuk oranglain...
Aku juga pasti kau telah tahu berapa yang perlu aku tanggung untuk beberapa perkara dalam satu-satu masa... walaupun semua ini bukan soal duit.... tapi soal sikap dan rasa keperihatinan itu... tetapi DIA menggunakan isu kewangan untuk menimbulkan suatu konflik...
Aku sebenarnya sedih dengan beberapa hal yang berlaku antara kita , namun jika kau tidak mahu berubah, kau akan tetap di takuk lama. Tiada kemajuan, sedangkan kau mahu mencapai prestasi yang lebih baik daripada itu... Ada yang bertanya, kenapa aku perlu membuat oranglain berdikari dan tidak bergantung sepenuhnya kepada aku... Teman, siapa tahu bila DIA akan memisahkan kita... Biarlah kita bergaduh, berselisih faham hari ini... yang membuatkan kita belajar sekurang-kurang untuk berubah walaupun sedikit...namun jika ini semua akan menjadikan kita lebih tahu, lebih perasa, lebih ingin jaya... sakit bagaimana sekalipun... ini adalah lebih baik.. Aku, kalian... takkan tahu sampai bila kita akan bersama...
Mungkin bukan kerana tindakan aku.. mungkin kerana nasihat dan pandangan kawan-kawan, atau oranglain... perubahan itu berlaku. Sudah cukup bagiku itu semua... kita pasti akan berubah.
Akhir-akhir ini aku sering melihat lukisan di langit pada bila-bila masa... Aku kagum, banyaknya cerita diukirkan... berubah dalam beberapa ketika, ada kisah baru tertera... setiap kali aku rakamkan pada pagi, pada tengah hari, pada petang... Lensa kamera aku ini seperti menipu... merakamkan hasil gambar yang seperti sama.... pada tiga ketika itu, sukar untuk dibezakan... Nikmat Allah yang manakah, hendak didustakan... Subhanallah....Pencipta yang Maha Hebat..

Atas beberapa alasan itu... aku memang cinta akan perubahan... semoga tidak ada kecelakaan yang akan menimpa kita...
Tiga hari ini aku punyai sedikit masa sengang... sekurang-kurangnya ada sedikit masa rehatku tanpa ada gangguan... biarpun aku rindu sebab kebiasaan.. namun aku mesti berkorban untuk perubahan...
Berbalik kepada kisah pada awal catatan tadi... aku hanya mampu memohon maaf sebab aku akan mengurangkan keperihatinan aku ini kerana sehingga bila kalian hendak berharap kepada perancangan dan idea orang lain... aku hanya akan mendahulukan tanggungjawab aku dan jika ada keringanaan tugasan aku akan membantu bukan membuat sesuatu yang membantu membantutkan idea dan kebolehan oranglain... Jika dulu aku sering merancang untuk oranglain, aku yakin kali ini akan lebih baik kerana aku bercadang membahagi-bahagikan tugas supaya semua kalangan kita boleh merancang sesuatu yang hebat itu sendiri...
Ada banyak rancangan dalam minda aku ini untuk diri sendiri... namun aku akan berusaha memajukan diri tanpa membelakangkan semua yang berkait rapat dengan aku terutamanya keluarga. Semoga apa yang aku fikirkan berjalan lancar dan memberikan manafaat kepada mereka yang aku sayangi... Semoga Allah mempermudah semua urusan aku ini...
Baru-baru ini aku mendapat tahu bahawa aku punyai satu gelaran... Aku suka atau tidak??? Aku sendiri tidak tahu... Namun aku akan cuba mengikhlaskannya agar sama-sama kami yang digelar, yang menggelar tidak mendapat dosa... dan semoga gelaran itu bermaknakan yang baik dan doa yang baik untuk aku...
"Orang baik-baik" bersinonimkan seorang yang mulia, berperibadi baik dan mempunyai prestasi peribadi yang elok.... Boleh juga beretorikkan "orang, baik-baik!" yang membawa pengertian seseorang yang perlu kepada awas dan keadaan berhati-hati orang lain.. Atau berimakan makna "orang baik, baik..." .... berinterprestasikan kepada sinis dan sindiran, seseorang yang kononnya, atau merasakan dirinya baik... bagus... elok dan seumpamanya...
Cukuplah kepada tiga pengertian itu... terpulanglah kepada persepsi penyebutnya... dan seperti aku catatkan... akan aku ikhlaskan.... kerana jika aku tidak suka, aku memberi 'dosa' kepada penggelarnya... wallahualam...Sama ada benar atau tidak, kadang kala dengan tidak membantu orang lain kita sebenarnya membantunya untuk lebih baik...
Teringat aku suatu peristiwa yang sebenarnya tidak pernah terfikir olehku akan aku lakukan sedemikian... Kisahnya, ketika aku berada di pasar malam... hendak membeli makanan untuk keluarga disebabkan aku tidak sempat masak... tiba di pasar aku melintasi seorang pengemis yang berdiri di tepi sebuah gerai.... berpakaian lusoh, tetapi aku tidak memberikan sedikit sedekah pun.. sebaik sahaja aku melintasinya, dia merungut kuat dan mengatakan aku kedekut... Insan terpilih agaknya aku ketika itu, aku berasa bengkeng dengan rungutannya mengatakan aku kedekut... tidak berperi kemanusiaan... tiada perasaan kesian... Aku berhenti, membelek poket beg tanganku... lalu aku keluarkan RM10.00 yang ada dalam poket itu.... aku berpatah balik kepadanya... lalu bertanya berapa umurnya dan beberapa soalan lain dengan nada yang sederhana... dia tidak menjawab pun...
.jpg)
Lalu aku berceramah... bahawa mengatakan pemuda itu yang sebenarnya kedekut.... seorang yang mempunyai susuk tubuh sasa yang sempurna, tetapi kedekut untuk mengeluarkan keringat untuk mencari rezeki yang ada di muka bumi ini.... Aku mengatakan dia tidak berperikemanusiaan, kerana meminta-minta rezeki yang orang lain cari bersusah payah berkerja seharian untuk menampung hidup dan yang akhirnya aku katakan dia tidak punyai rasa kasihan kerana duit yang orang lain berikan itu mungkin adalah rezeki yang ada untuk anak-anak kecil yang belum mengerti atau boleh mencari makan sendiri atau rezeki untuk ibu bapa yang tua yang sudah tidak mampu untuk berdikari... Lalu aku bertanya, sayakah atau saudarakah yang kedekut,tidak berperikemanusiaan, dan tidak ada rasa kasihan... Kuat juga suara aku ketika itu sambil menghulurkan RM10 itu ke dalam gayung yang dipegangnya.... dengan mengatakan duit itu adalah untuk membelikan makanan buat empat orang budak kecil yang ada di rumah... selepas 'berceramah' dan menghulurkan duit itu aku terus berlalu dengan cepat... tidak pedulilah apa yang berlaku selepas itu...

Apabila teringat kisah itu kadangkala aku tertawa sendiri... Entah mengapa aku begitu emosional ketika itu... padahal pengemis itu jika boleh dikatakan pengemis... saban minggu ada di pasar itu... cuma aku tidak pernah bersedekah kepadanya kerana dia seorang pemuda yang boleh dikatakan sasa dan sihat... tiada kekurangan. Dan, bukan kebiasaan aku memberi sedekah yang sewenang-wenangnya tanpa melihat siapa yang meminta... Selepas kejadian minggu itu aku tidak pernah melihat pengemis itu lagi... entah ke mana perginya... dan mengapa aku perlu kisah... kisah ini berlaku lima atau enam tahun dahulu ketika aku berpindah ke tempat tinggal yang baru... namun sebenarnya aku berharap bahawa pemuda itu insaf dan dapat memulakan hidup barunya dengan lebih baik... tidak meminta-minta.. dapat membantu dirinya untuk maju dengan titik peluh dan daya usahanya... barulah dia akan menghargai rezeki yang ada itu...
Kisah terakhir ingin aku paparkan dalam catatan ini juga berkisar peristiwa kekhilafan aku sendiri.. Dua hari lepas, aku dimarahi oleh dua ketua jabatanku kerana tidak menghantar borang penilaian prestasi kerja... Memang sebenarnya aku berasa tidak kisah maka aku melambat-lambatkannya tambahan banyak lagi kerja yang aku segerakan... Tetapi sia-sia sahaja aku dengan kelewaan aku itu, akhirnya menyusahkan orang lain pula... kali ini, jika mereka tidak membantu... maka memang aku yang terbantut... Terima kasih atas keperihatinan rakan-rakan dan ketua jabatan aku itu... walaupun aku tahu borang prestasi itu tidak akan mengubah apa-apa dalam perjawatan aku... Jika baik macammanapun rekod kehadiranku sangat teruk... tidak akan ada istilah cemerlang untuk orang yang sering lewat macam aku... walaupun aku sudah memohon kebenaran dan keizinan ketua jabatan aku... prestasi kerja aku akan dinilai oleh orang lain sebagai teruk juga... Itulah kita manusia yang banyak kelemahan ini... Kebaikan yang sebanyak manapun akan terhapus dengan kesilapan dan kekurangan yang satu... disebut-sebutkan yang satu berulang-ulang berbanding 99 kebaikan yang ada... sekali lagi terima kasih kepada ketua jabatan yang tidak mahu aku tertinggal dalam merebut peluang yang tidak peluang untuk aku mencapainya... namun aku positif, setiap satu kekurangan yang lalu akan berubah....
Aku pasti boleh,Insyaallah!Buat yang lain,
Ada beberapa penjelasan yang aku berikan... dan yang jelas aku tidak dapat membantu... Aku bertindak atas keputusan mesyuarat.. aku bukan yang mengatur dan menentukan... aku tidak punyai kuasa apa-apa untuk memutuskan... Aku menurut perintah, atas amanah yang diberikan... aku cuma mendokumentasikan... aku bukan perancang... keputusan bukan dari aku....
Semoga semua akan dapat memahami.... bukan pendapat di luar mesyuarat yang digunapakai, bagilah pendapat sehebat mana dan sebaik mana sekalipun.... dan ada antaranya ahli mesyuarat sendiri.... keputusan hanya dari mesyuarat... Kali ini tiada apa-apa untuk aku membantu.... sebelum ini mungkin aku membantu mengatur menentukan kedudukan yang kalian kehendaki... maka tugas itu sudah berlalu dengan selesai mesyuarat dengan keputusan yang ada...

Buat orang yang aku perihatin...
Ada beberapa bantuan yang diminta daripada aku.... namun aku berat hati untuk membantu.. maafkan aku.. Semoga semua urusanmu berjalan lancar... Kadang-kadang terlihat keletihan di wajahmu dan wajah orang-orang yang berurusan denganmu... dan ada beberapa perkara yang aku kira pelik sedikit, tertanya-tanya betulkan segala itu darimu... namun aku tahu pasti DIA pasti memudahkan urusanmu... kerana bersama urusan itu ada doa-doa mereka yang 'hebat' dan ikhlas.... dan ada juga doa aku ini, juga ikhlas biarpun tidak hebat...
Kadang-kadang apabila melihat dikau ketawa gembira, senang juga hati aku ini... namun jarang sekali keadaan itu terlihat oleh aku belakangan ini... Mungkin pada aku sahaja... tidak pada orang lain... Aku ingin dikau tahu... doaku sentiasa mengiringimu sekeluarga....
Wassalam...
Ahad, Oktober 24, 2010
Rabu, Oktober 20, 2010
YANG DIBANTU.... TIDAK MEMBANTU
Aku hanya ingin mencatat untuk mengubat sedikit kelukaan dan kekecewaan dalam hati aku ini... Mungkin tidak akan ada yang menyedari, sebagai insan biasa aku terbatas dengan keupayaan hati menahan segala keresah dan kehampaan... Sesekali aku berasakan juga ketidakadilan yang berlaku dalam hidup aku ini... adakalanya pula aku berasakan ketidakupayaan dalam melalui liku-liku hidup yang penuh cabaran dan dugaan ini.... ada masanya entah ke mana rasa kesabaran dalam diri ini melayang pergi....Mungkin inilah yang ditakdirkan dalam hidup aku ini.... Orang jarang sekali melihat aku menangis kerana pada mereka itu, aku ini amat tabah... menghadapi pelbagai dugaan hidup... Namun ada ketika-ketikanya sebenarnya aku sudah hampir berputus asa dan tewas... Aku akan pulang berjumpa emak,
Namun setiap kali kekecewaan hati aku tiba, pasti aku akan bertanya kepada hati ini... "Ikhlaskah aku.????".
Kenapa perlu aku mengungkit jika aku ikhlas, kan?
Kenapa perlu merungut jika aku ikhlas, bukan?
Kenapa aku mengharapkan dibalas segala pemberian dan bantuan yang kuberikan... jika aku ikhlas?
Hah, inilah yang terbeban dalam hati aku ini.... Mengapakah begini, ya Tuhanku? Berikanlah aku hikmahMU... Ingatkan aku tentang rasa ikhlas aku itu setiap masa... jadikanlah aku seorang yang bersyukur dengan segala nikmatMU biarpun KAU hadirkannya dalam bentuk kesusahan, kepayahan dan kesakitan....Buat insan yang aku kasihi itu....
.jpg)
Aku membantumu..... tetapi kau tidak membantu dirimu sendiri, apatah lagi membantu diri aku pula... Jika dikira dari segi kewangan aku sudah berhabis untukmu sehingga aku tidak punyai apa-apa harta untuk diriku sendiri... membantumu membina hidupmu... dan ketika aku perlu meninggalkanmu untuk diri aku sendiri, kau masih tidak mahu untuk membantu dirimu sendiri, hidupmu sendiri... Kau biarkan dirimu dibelenggu dengan rasa bersahaja kerana kau tahu aku tidak sesekali mengabaikanmu... Bangunlah, sedarlah... jika bukan hari ini, esok atau lusa kau pasti hidup tanpa aku ini....
Dalam bentuk perhatian juga.... aku bukan ketua dalam keluarga mahupun hidupmu... sehingga kau dengan sengaja membiarkan semua perkara di bawah perancangan dan pengurusanku... Jika umurku panjang, jika hidupku masih ada... maka kau dan semua yang terlibat dalam hidupmu itu bisa bernaung di bawah rasa tanggungjawabku... namun jika masa aku itu telah tiba... bagaimana hidupmu kelak... Belajarlah hidup sendiri, dengan keputusanmu sendiri....

Aku tidak fikir kau tidak faham, sayangku...
Tidak selamanya kita akan boleh hidup bersama... Bangkitlah, bantu dirimu itu!!!!
Jika aku jauh, bagaimana?
Jika aku pergi, bagaimana?
Jika aku tiada, bagaimana?
Ketahuilah....
Aku hampa apabila untuk menampung sara makan minum sekalipun untuk dirimu dan kehidupan, kau sangat berkira...
Aku tidak akan selama menjadi seorang pembantu, biarpun selama ini aku beranggapan semua pemberianku berupakan sedekah... untukmu, untuk cinta hatimu, cahayamatamu...
.jpg)
Aku tidak selamanya akan sabar dan kuat, biarpun aku tidak sekali-kali mengalir airmata waima ketika kau hidup menderita dulu.... dan kau tidak pernah bertanya.... adakah hatiku ini begitu kuat sehingga tidak berasa sayu dan tiada kesedihan yang boleh menggugatku...
Aku cuma mampu berdoa, kau akan membantu dirimu.... kerana aku tahu kau mampu, semampu-mampunya...
Aku bukan tidak mahu membantu lagi.... tetapi aku cuma hendak kau bantu dirimu sendiri... berusahalah pasti kau berjaya...
Buat kenalan yang aku sayangi..
Selama ini dengan sedikit usaha dan kudrat yang ada aku cuba membantu kalian sebaik mungkin... Namun aku kesal kerana kalian tidak membantu diri kalian seterusnya... membiarkan usaha itu aku selesaikan buat kalian... Kalian sangat selesa, kan.... dengan keadaan itu, aku yang merancang dan melaksana... supaya tidak gagal.. tetapi kenapa kalian tidak membantu mengekalkan apa yang aku uruskan, tidak menambahbaik, malah tidak ambil pusing...

Aku cuma berharap selepas ini kalian akan bersedia... kerana aku sudah penat membantu orang lain terutama kalian.... yang aku bantu, kemudian mencemuh aku kembali.. memfitnah aku sesuka hati... Aku bukan malaikat yang sentiasa berbuat kebaikan tanpa mengendahkan diri sendiri... Aku punyai kehidupanku... maka aku akan menunaikan tanggungjawab kepada apa yang diamanahkan kepada aku sahaja... Tiba masanya, kalian berusaha sendiri.... kerana aku tidak mahu diumpat sebagai seorang yang gila kuasa, yang berlagak serba boleh.... Pernahkah kalian bertanya, mengapakah aku buat semua itu? Sebab kalian tidak buat dengan sengaja segala yang diamanahkan itu dengan betul dan bersungguh-sungguh sedang aku menerima akibat..

Dalam beberapa hal selepas ini, aku akan melakukan apa yang patut lakukan... dan aku tidak akan membantu kalian... Aku terpaksa, mengeraskan hatiku ini... supaya tidak ehsan kepada kalian lagi... Aku juga berjanji, aku hanya akan membantu setelah kalian membantu diri kalian sendiri.... dan ketika itu aku yakin kalian akan tahu bagaimana rasanya dapat mengemudikan sesuatu itu dengan daya usaha sendiri... dan akan tahu bagaimana rasanya menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak membantu diri mereka sendiri.... dan bagaimana juga rasanya membantu orang yang membantu diri sendiri.... lalu kalian bisa bersama saling membantu untuk mencapai kecemerlangan...

Aku ingin memohon maaf.... kerana jika aku tidak bertindak sekarang... jika aku terus membantu kalian.... Aku sebenarnya memusnahkan kehidupan kalian... maka aku cuba nekad.. Semoga usaha aku ini difahami.... Semoga kita akan hidup saling membantu antara satu dengan lain... bukan hanya membantu yang tidak membantu itu....
Sinisnya catatan ini.... aku sertakan dengan doa semoga orang-orang lain yang mengalami situasi seperti aku ini sedar bahawa kita sebenarnya tidak membantu mereka dengan bantuan kita.... tetapi kita membantu oranglain supaya terus tidak membantu diri mereka... Biarlah... Semoga kita tega melakukan perubahan itu kelak...
Beserta catatan ini juga aku berdoa semoga semua dalam ukhuwah dan kasih sayang aku ini akan berjaya membantu diri mereka sendiri, seterusnya membantu orang lain dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh..... dan semoga bantuan kita itu benar-benar membantu yang hendak dibantu dan turut membantu....
Selasa, Oktober 19, 2010
PRIHATIN PERMINTAANKU : Menarik Rambut dalam tepung,..Rambut jangan putus, tepung usah berselerak..
Namun pernyataan itu agak spesifik... sebab banyak yang ingin aku catatkan ketika ini... bukan menyelar mahupun meletakkan sesuatu kesalahan itu kepada seseorang yang ingin aku tujukannya lalu kupanjangkan 'bicara'ku ini agar dia mempertimbangkan permintaan aku ini...
Sayangku....
Langit itu tidak akan sentiasa cerah.... jika di pagi harinya, sinar mentari cerlang cemerlang... mungkin kita tidak akan bertemunya ketika petang menjelang tiba... mungkin sirna sinar mentari seketika dek tangisan dan sendu hujan yang mencurah-curah...
Buatmu.... aku ingin menyatakan sesuatu, maka aku pohon sebelum dikau memberikan perhatian yang aku harapkan... selesai pantauan matamu meneliti perjalanan catatan ini sehingga ke akhirnya... fahamilah...
dan aku berharap benar dikau tidak akan prejudis dengan segala apa yang aku catatkan dalam bingkisan khas untukmu ini. Semoga dikau dapat membaca dengan hati dan minda yang terbuka... dan tidak meletakkan aku sebagai seorang yang masih ingin campur tangan dalam kehidupanmu...
Aku positif bahawa dikau tahu bahawa catatan ini adalah untukmu..Demi kasihku sebagai temanmu...
Beberapa hari lalu, aku bermimpikanmu lagi... datang dalam keadaan baik... berpakaian dengan pakaian barumu yang sama dengan warnanya dengan pakaian yang pernah aku berikan padamu... pakaian itu memang nampak kemas dan padan denganmu... namun sedikit ketat.. Dengan senyuman manis kau menghampiri aku... Aku seperti lazimnya cuba mengelakmu... tetapi dikau memanggilku dengan suara yang sederhana kuat.. apabila aku cuba tidak mempedulikanmu, dikau terus berjalan cepat malah melaungku lebih kuat. Aku berhenti menunggumu kerana aku tidak mahu dikau malu... dan aku tidak mahu orangramai di sekeliling kita mengetahui dikau masih mencariku... mungkin cuba mengelakkan dirimu dari malu.... Ketika sudah hampir denganku, dikau menghulurkan sehelai baju... aku melihatnya dan aku tahu itulah baju yang pernah aku berikan padamu dahulu... Namun baju itu sudah mula kusam dan pudar... walaupun tidak lusuh.... baju itu kemas berseterika... Aku bertanya kenapa dengan baju itu... dan aku menyatakan bukankah jika dia tidak mahu memakai baju yang aku berikan itu... berikanlah baju itu kepada orang lain... atau buangkan sahaja jauh-jauh... sepertimana dikau membuang jauh aku daripada hidupmu...

Namun dikau masih berdiri, meminta aku membaiki baju itu... dikau kata baju yang sedang dikau pakai itu tidak selesa dan menyulitkan pergerakanmu.. Dikau katakan bahawa selagi aku tidak membaiki baju itu dikau terpaksa memakai baju yang sempit itu. Dikau memohon kepada aku... dan ketika aku melihat baju itu, aku bertanya bukankah baju itu sudah dipinjamkan kepada orang lain... dikau mengiyakan bahawa baju itu pernah dikau pinjamkan kepada orang lain... selepas dikau mendapat beberapa baju baru yang lain... sedangkan sebelum itu, dikau gunakan baju yang aku berikan itu hampir setiap hari dalam hidup... Dikau kata baju itu sedang elok kepadamu... jika cuaca begitu panas, baju itu menyejukkanmu.. Jika cuaca agak panas baju itu akan menyamankanmu... Setelah dikau berikan baju itu kepada oranglain, dikau menggunakan semua baju barumu untuk pelbagai urusan... namun semua baju baru itu tidak seselesa baju yang kuhadiahkan itu... Lalu dengan menebalkan muka dikau meminta kembali baju itu daripada tuanpunyanya yang baru... malangnya setelah dikau mula berasa selesa jahitan pada bahagian bahunya meretas dan benang-benang mula berserabut...

Dikau telah meminta banyak orang membaikinya, termasuk orang kesayangan di sisimu itu... namun tiada siapa yang dapat membaikinya... lalu kerana aku yang menjahitnya dan merekakan fesyen itu khas untukmu... dikau yakin hanya aku boleh membaikinya... Asalnya aku menolak, namun dikau merayu-rayu agar aku membaikinya, kerana dikau tidak pernah berasa sangat selesa, sepertimana memakai pakaian itu... aku menawarkan untuk membesarkan sedikit semua pakaian barumu tetapi ditolak olehmu dengan alasan masih tidak berbanding baju lama itu... dan dikau berkata, jika baju itu aku perbaiki dikau akan menjaganya dengan baik... dan aku kalah, lalu aku ambil bajumu itu... dan meminta baju yang lain untuk aku sesuaikan denganmu... Dikau hanya menghulur baju yang satu itu dan baju-baju yang lain kau sembunyikan di belakangmu... dan berkata dikau hanya perlu baju yang satu itu juga... lantas aku terjaga.. DAN, itu hanya satu mimpi..... yang sebenarnya boleh aku abaikan....
Dan mimpi itu aku biarkan berlalu, sehingga hari ini.... apabila aku mendengar suatu kisah, mendengar beberapa cerita, dan merumuskan beberapa pendapat... Dengan adanya mimpiku itu aku sebenarnya mempunyai tafsiranku sendiri... Pertamanya baju itu melambangkan kehidupanmu.. mungkin yang lalu... di mana aku yang selalu menganggu segala keputusan, tindakan dan keputusanmu... biarpun adakalanya dikau akan membuat sesuatu yang bercanggah dengan pendapatku namun aku punyai peranan dalam hidupmu... apabila dikau mendapat baju baru, bermakna memulakan hidupmu yang baru... dikau melalui liku-liku hidupmu yang berbeza... kemas tetapi sempit... zahirnya sejahtera tetapi dikau berasakan kekurangan... begitu banyak pengalaman dan cerita baru dalam hidupmu... semua indah tetapi dikau masih kekurangan sesuatu... yakni panduan daripada seorang yang dikau benci...
kerana apa sahaja yang dikau putuskan adalah benar dalam hidup barumu... tidak ada sesiapa yang berbantah atau menolak segala keputusanmu...sepertimana sebelum itu, aku akan menyatakan indah dan baik jika itu keadaanmu dan aku juga akan memarahimu jika dikau tersilap langkah atau ketika lupa...maka baju lama itu yang aku berikan kepadamu walaupun seperti tidak sesuai bagimu adalah sebenarnya yang dikau inginkan dalam hidupmu... Namun pakaian yang rosak di bahu pakaianmu, bagiku melambangkan sedikit kepincangan dalam dikau memikul tanggungjawabmu... ada sedikit kesilapan dan kekurangan dalam beberapa tanggungjawab yang dikau laksanakan... maka dikau memohon aku membantumu... biarpun aku ini umpama musuhmu namun aku masih dapat 'membimbing' dalam segala tugasmu...Usahlah dikau salah sangka... Itulah kisah yang berlaku padamu yang ditunjukkan olehNYA kepada aku... Maknanya tafsiran itu hanya pada persepsi aku....

Dan seperti apa yang berlaku dalam mimpiku itu, maka hari ini aku berkeputusan untuk membaiki kesilapan ku jika ada kerana membiarkanmu melalui hidup barumu tanpa 'nasihat' daripada orang yang serba kekurangan ini pada pandanganmu dan beberapa orang lain..
Jika aku ingin dikau menjadi orang hebat suatu masa kelak, aku tidak sepatutnya 'meninggalkan'mu ketika dikau bertatih dalam hidupmu... aku membiarkan dikau begitu sahaja... aku tidak mahu terus melihatmu seperti seorang buta yang kehilangan tongkatnya... dan jika itu berlaku sekalipun.... dengan ikhlas aku akan menjadi tongkatmu kembali dan aku akan cuba membuat matamu yang buta itu dapat melihat walaupun menggunakan mataku...
Dan aku masih seperti dulu, selalu mendoakanmu menjadi mukmin yang bertaqwa dan dapat menjadi pemimpin hebat... Dan aku juga mahu agar dikau tidak lupa, setiap manusia itu naif dan tidak akan lepas daripada kesalahan....
Catatan tentang mimpiku itu aku tutup dulu... aku ingin terus kepada niatku mencatat bingkisan ini...Demi sayangku sebagai sahabatmu...
Dikau yang aku kenali adalah seorang yang degil, keras kepala, sombong dan angkuh... dengan erti kata lain dikau seorang yang begitu ego dan mempertahankan keegoanmu sebagai seorang lelaki... Walaupun sebenarnya aku tahu dikau seorang yang berhati lembut, penyayang dan sangat mengasihi semua orang di sisimu... Cuma aku pernah berdoa semoga dikau akan berubah apabila sudah memiliki jalanmu sendiri bersama orang yang mencintaimu... dan aku pernah berharap satu sikapmu ini suatu masa kelak akan berkurangan dan berkurangan; lalu akhirnya menjadi seimbang... Iaitu sikap sukar memaafkan oranglain itu dan apabila dikau terlalu payah untuk mengubah walaupun sedikit.... yakni apabila dikau kata hitam, hitamlah ia.... jika dikau kata putih, maka putihlah ia... sedangkan sebenarnya dikau tahu bahawa dalam warna hitam dan putih itu sebenarnya ada pelbagai warna yang indah dan cantik...
Aku bermohon kepadamu.... bertolakansurlah dan maafkan oranglain kerana nikmat tindakan kedua-duanya itu sangat indah... Siapa kita untuk tidak memaafkan oranglain? Dan siapakah pula kita yang menentukan bahawa apa sahaja yang kita buat itu semua betul dan sempurna?Fikirkanlah...... jika dikau masih berada dalam aura ukhwah aku ini..
Teringat aku suatu masa ketika keputusan itu dibuat berasaskan kehendakmu dan terus dikau putuskan tanpa dikau ambil kira pandangan oranglain... biarpun oranglain tidak setuju ketika dengan lantang dan tegas dikau mengumumkan keputusan itu... dan untuk menjelas duduk hal sebenar dan mempertahankannya.... dikau sanggup mengisahkan perjalanan tindakan dan keputusan itu kepada semua orang... Aku mendengar, lantang suaramu sayang...
tapi aku tidak mahu campur tangan kerana aku yakin bahawa dikau telah mencuba untuk melakukan yang terbaik... dan ketika itu banyak yang sependapat dengan mengatakan dikau hanya menegakkan benang basah dan berkepentingan sendiri... Aku masih mendengar, petah dikau membela diri... Aku diam kerana aku berasa begitu mengenalimu... dan aku tidak terlibat dalam ceritera yang hangat itu... Malah aku juga tahu.... suatu masa akan berlaku beberapa perkara dan situasi sama pernah berlaku kepada mereka terdahulu yang terlibat denganmu... seterusnya berlaku peristiwa tidak terduga, berkonferanstasi..... dan berperang dingin denganmu... sayugia kerasnya hatimu.... dikau tidak memaafkan mereka...Wahai mukmin yang aku senangi...
Berilah maafmu itu... memohon maaf itu indah dan memberi maaf itu bahagia...
Kaji beberapa keputusan dan tindakanmu... pertimbangkan dan ehsankan mereka... Kita murrabi yang berwahanakan kita suatu contoh yang baik... Berikan sedikit ruang, untuk memudahkan urusan mereka untuk melalui imtihan dan selesa... Jika dikau ragu, catatlah dan buatlah perjanjian bersaksi... dan pada kiraan aku... mereka mukmin yang berpegang kepada janji... Jika mereka ingkar, maka kembalilah kepada janji bersaksi itu... sedarkan mereka secara berhemah... Insyaallah DIA yang kita cintai itu... akan memudahkan urusan itu...Wahai pemimpin yang aku hormati,
Jawablah sejujurnya soalan aku ini... Pernahkah dikau terfikir bahawa kekurangan dan sedikit ketidakselesaan dalam hidup seseorang itu adalah hasil atau datang daripada pengaruh doa seseorang? Apatah lagi doa seseorang yang pernah kita aniayai sama ada secara kita sedar mahupun tidak..
Doa daripada seseorang yang hatinya pernah kita lukai?
Doa daripada seseorang yang hidupnya pernah kita aibkan?
Doa daripada seseorang yang keselesaan dan haknya kita abaikan demi prinsip peribadi kita?
Doa daripada seseorang yang tidak pernah setuju dengan keputusan kita?
Dan siapa tahu..... doa daripada seseorang yang sangat kita sayangi, namun tidak pernah sekalipun waima nasihatnya kita ambil peduli?
Fikirkanlah.... senaraikan... campur, tolak dan bahagi.... dengan ertikata lain bermuhasabahlah...
Semoga Allah melembutkan hatimu yang sememangnya lembut dan sangat mengasihi...
Jika tujuanmu dulu itu mendidik.... tidak ada kah tanda-tanda didikanmu itu berhasil?
Jika hasratmu dulu itu ingin melihat perubahan baik... tidakkah ada sebarang perubahan baik yang berlaku?
.jpg)
Jika niatmu melahirkan insan kamil, modal insan seimbang.... tidakkah niatmu sudah tercapai? Tidakkah ada walau sedikit?
Renungi semula dasar, matlamat, objektif semua yang dikau lakukan dan putuskan...
Jika bukan hari ini, mungkin esok, mungkin akan datang.... jika dikau membaca bicaraku ini... Berikan keperihatinanmu kepada permintaanku ini..... Semoga dikau akan dapat menarik rambut dari dalam tepung... menang di pihak mu dan menang di pihak yang satu lagi... Ini sahaja pintaku...
Suatu hal lagi... ada beberapa permintaan... disampaikan kepada aku.. aku tidak pasti sebenarnya... namun dikatakan permintaanmu... aku ingin bermohon maaf kerana aku tidak dapat membantu... tidak ingin membantumu.. walaupun jika sebenar-benarnya permintaan daripadamu... kerana fitnah sangat besar.. bukan kepada mu tetapi kepada aku ini.. maka demi menyelamatkan diri aku ini, aku mengambil keputusan untuk tidak memenuhi permintaan itu... dan aku amat berharap dikau akan mengerti...
.jpg)
Dan akhirnya semoga kita sedar bahawa pada langit yang sama, pada ketika yang sama.... ada gambaran yang berbeza.... ada kisah yang tidak sama... dan kita tidak akan dapat untuk membaca semua 'kisah' itu... Maka jika kita termasuk dalam kisah-kisah yang banyak itu semoga kita sentiasa berada di jalan yang benar dengan sedar dan mengetahui bahawa itulah jalan terbaik untuk kita, biarpun amat pahit untuk kita lalui... Kerana yang benar itu adalah jalan yang lurus. Jalan yang lurus itu pula adalah yang HAK...
Wallahualam bissawab..
Rabu, Oktober 13, 2010
ILMU TANPA AMAL UMPAMA POKOK TIDAK BERBUAH...
Isu yang ingin aku bincangkan hari ini telah aku fikirkan beberapa hari belakangan ini... dan dalam masa itu pula aku melalui beberapa peristiwa yang hampir sama berkali-kali. Maka aku berkeputusan terus membincangkan hal ini...Aku pula bukanlah orang yang berilmu sehingga dapat membincangkan tajuk ini secara mendalam namun aku tetap akan membicarakan setakat ilmu dan pengetahuan yang aku ada dan sedikit pengalaman jika ia boleh dijadikan panduan dan dijadikan teladan yang bersesuaian.
"Ilmu tanpa amal umpama pokok tidak berbuah"... tajuk perbincangan kali ini...Mungkin tajuk yang biasa diungkapkan namun aku masih tetap ingin mengungkapkannya lagi. Biar berapa kali sekalipun lagi , tajuk ini akan tetap relevan.
Jika ingin mengukur dalam nya laut, jangan menggunakan kail panjang sejengkal... Banyak ukuran dan panduan orang-orang tua tentang keberanian seseorang dalam melakukan sesuatu... terutama jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam menangani pelbagai urusan dan masalah.. kerana ada kalangan manusia ini yang kadang-kadang bertindak pandai dalam semua urusan.. Ada pula mereka yang begitu bijaksana tidak pernah bertindak pandai sekalipun..
Banyak kali perbezaan mereka yang berilmu dan tidak berilmu.. memang jauh bezanya... Orang yang berilmu umpama resam padi semakin berisi semakin merunduk.. namun orang yang tidak berilmu itu kerapkali secara lazimnya, seperti tin kosong...

Sabda Rasullullah yang bermaksud:
Malaikat Jibril telah datang kepadaku dan berkata: " Hai Muhammad, hiduplah sesukamu kerana sesungguhnya engkau pasti mati, dan sukailah apa yang engkau kehendaki kerana sesungguhnya engkau akan berpisah denggannya, dan beramallah sesukamu kerana sesungguhnya engkau akan mendapatkan balasannya. Dan ketahuilah, bahawa kehormatan seorang mukmin terletak pada solatnya(yang dilakukan) di malam hari, dan kemudiannya terletak pada kemandiriannya dari pertolongan."
Riwayat Imam Baihaqi melalui Jabir r.a.
Buat masa ini hati aku ini masih berasa ralat... beberapa orang di sekeliling aku ini sering sahaja dengan sengaja melakukan kekhilafan... Entahlah sama ada disedari mahupun tidak disedari oleh mereka... Dan, hatiku semakin ralat kerana mereka berada dalam golongan orang-orang agama... yang sedari awalnya berpendidikan agama.. berbanding aku ini yang mendapat didikan sekular dan sedikit berlatar belakangkan agama... Bukanlah orang agama tidak boleh melakukan kesilapan... mereka juga manusia biasa. Cukup bagi aku ini, jika mereka lebih berhemah... aku bukan orang yang tidak kisah.. aku kisah dengan segala kisah.. Jika perbualan itu berkisar berita-berita di akhbar, gossip liar dalam majalah.... mereka membicarakan dan menyatakan pendapat mereka.. tidak pula aku kisahkan..
Namun yang dibicarakan itu sahabat mereka sendiri, atau jika tidak mereka anggap sahabat... rakan dan kenalan di sekeliling mereka sendiri. Aku memang berasa hangat... cerita-cerita yang lama turut diungkit.. untuk apa? Aku berasa ingin menjawab dan bertegas tetapi aku tidak berada dalam wacana perbincangan mereka... Aku tahu dan tengok sendiri bukti kebenaran dengan mata ku sendiri... Jika seseorang itu sudah berubah, berikanlah peluang itu kepadanya... Berhusnozon wahai teman... Jika kalian sendiri tiada pengalaman itu, malah sebenarnya kalian takut untuk menghadapi pengalaman itu.. usah diperlekeh orang yang telah berjaya melaluinya.
Berhadapan dengan mereka, ada satu ketika dulu aku sendiri melalui hal yang sama.. mungkin sebab aku bukan sebaik mereka, atau bukan semewah mereka, bukan sehebat mereka. Mereka mempertikaikan kemudahan urusan yang dikurniai Allah kepada aku... Bertanya berkali-kali... mungkin pada mereka, aku ini penipu atau mereka-reka cerita... sedangkan itulah kisah dan pengalaman yang aku lalui.. Jika Allah memberi kemudahan dan kesenangan dalam urusan aku ini, apa hak mereka mempertikaikan?
Itu kisah dahulu.... tentang aku. Dan kini, oleh orang yang sama ditambah orang lain yang dalam golongan orang agama... melakukan kesilapan sama ketika mereka mempertikaikan aku dulu.. Mereka pun tidak tahu apa pula yang akan mereka lalui kelak... jika tidak menyukainya sekalipun, bersyukurlah Allah telah menambah 'orang-orang yang menjadi baik' dalam kalangan mereka... bukan menepis dan menolak "pemberian" itu... kerana mereka memang tidak berhak..Aku berdoa dalam hati aku, berubahlah.... Hiasi lah hati kalian dengan keindahan rasa bersyukur... Usahlah berduka dan irihati dalam hati kalian jika Allah memberikan kebaikan kepada musuh kalian sekalipun ... apatah lagi kenalan di sisi kalian..
Nikmat Allah yang manakah lagi yang kalian ingin dustakan? Adakah jika kalian tidak memperolehi rahmat itu, kalian marah nikmat itu Allah berikan kepada orang lain...
.jpg)
Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud :
" Sedekah yang paling utama ialah seorang muslim belajar suatu ilmu, kemudian mengajarkannya kepada saudara muslim lainnya" (Riwayat Ibnu Majah)
SEPATUTNYA, kalian belajar dan mengajarkannya semula segala ilmu dalam dada kalian itu... jika kenalan itu belajar daripada pengalaman benarnya... kalian belajarlah dari pengalamannya untuk menambahkan pengetahuan dalam ilmu yang kalian miliki itu.
Hal itu akan menjadikan ilmu itu lebih murni dan bersifat global... dengar pengalaman benar orang lain semoga menjadi suatu keinsafan dalam hati setiap dari kita...
Jika bagi aku ini, ilmu yang ada tidak seberapa... harta yang ada juga tidak sebanyak mana.... aku ingin juga berasa bahagia dalam menjalani hidup dengan ukhuwah yang baik... Apa yang aku ada serba kekurangan namun aku sentiasa berdoa untuk menginfakkan ilmu sebagai suatu sedekah buat mereka yang lain... yang ada pada aku itu sedikit sahaja... namun yang ada pada mereka itu lebih banyak... mungkin lebih banyak pula ganjaran jika mereka menginfakkan ilmu mereka kepada perkara yang baik..

Sebenarnya aku masih berasa ralat dengan catatan aku ini, namun aku mesti menjaga aib mereka yang terlibat, dan aku perlu 'berlapik' dalam catatan aku ini...
Ya Allah....
Legakan rasa tidak puashati dan keresahan dalam diri aku ini...
Berikan aku kekuatan untuk bersabar dengan pelbagai kejadian di sekeliling aku... Berikan aku kekuatan untuk bertegas menyingkir perasaan benci dan sinis dalam hati ini..
Dan Ya Allah...
Sedarkanlah mereka bahawa ilmu yang mereka ada itu sepatutnya menjadikan mereka lebih berhemah dan tawaduk... Amin...
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
"Janganlah kalian berlebih-lebihan dalam masalah agama, kerana sesungguhnya Allah Subhana wataala telah menjadikan agama mudah. Kerana itu amalkanlah agama semampu kalian; sesungguhnya Allah SWT menyukai amal soleh yang dikerjakan secara terus-menerus sekalipun ringan.." (Riwayat Abul Qasim)
Suatu masa lalu arwah bapa pernah berpesan supaya aku tidak terlibat dalam suatu perbincangan jika aku tidak benar-benar tahu, faham dan mengerti terutama dalam membincangkan hal-hal agama... namun aku boleh bertanya dan belajar dengan orang-orang berilmu dan lebih arif...
Kerana apabila kita berbicara hal-hal agama ini, kita akan melibatkan syariat, dan mungkin berakhirkan fitnah yang besar... Dan aku masih ingat ketika bapa memarahi aku mendengar perbincangan bapa dan datuk tentang suatu urusan kerana katanya mendengar seperti tahu dan kita tidak tahu, apatah lagi jika kita tidak boleh mengawal mulut"menyimpan" apa yang didengar... akan ada mudaratnya.. maka aku terus berlalu walau dalam hati aku ini ingin mengetahui perkembangan perbualan itu selanjut... Itu peristiwa dulu dan kini apabila usia semakin meningkat, pemikiran semakin luas.... aku sudah faham..
Dan kadang-kadang aku juga hairan dalam golongan yang arif itu sering menghuku
m sewenang-wenangnya apa sahaja perkara... Menghukum halal dan haram, menghukumkan seseorang itu kufur, munafik dan jahil... menghukumkan kejadian itu benar atau salah....Allah memberikan kita mata untuk melihat, memberikan kita mulut untuk berkata-kata, memberikan telinga untuk mendengar.... memberikan kita hati untuk menggerak naluri dan MEMBERIKAN kita akal untuk berfikir...
'Berfikirlah sesaat dengan ilmu, itu lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat"..
Mereka tahu itu... dan mereka kurang mengetahui itu juga...
Semoga segala catatan ini memberikan aku manafaatnya.... sekurang-kurang kelegaan dalam hati ini.... dan memberikan sedikit perkara untuk direnungi bersama...
Langgan:
Catatan (Atom)