Hari ini juga aku ingin mendoakan buat kekasih-kekasih di luar sana... Kuatkan dan teguhkanlah iman kalian dalam mengharungi liku-liku kehidupan... Pagi ini ketika aku memandu, masih lagi terdengar berita yang berkumandang di rangkaian radio kegemaranku Sinar.fm tentang pembuangan bayi di lorong belakang kedai... Bayi yang masih hidup menangis dan dikerumuni anjing liar... Alangkah sedih di hati dan terasa hinanya manusia ini dalam kehidupan yang terindah dikurnia Allah kepada kita... Malam tadi selepas menonton siaran Halaqah Sentuhan Kalbu, aku beristigfar panjang.... bahawasanya generasi kini kembali ke zaman jahiliyah dan betapa kejamnya mereka menghukum bayi yang tidak berdosa kerana dosa-dosa mereka....
Doa aku buat kekasih-kekasih di luar sana sana, semoga ingat lah keseronokan itu hanya sementara.... tiada yang kekal, mungkin banyak antara mereka yang sering kali melalui hidup bak peribahasa, 'Habis madu sepah dibuang'... namun mereka masih ingin mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu... Lupakan kejahilan itu, carilah cahaya yang bisa menerangi kalian.
Alhamdullillah, bukanlah bertujuan berbangga diri..... namun setiapkali aku mencintai seseorang, aku lebih berhati-hati.... kerana iman kita rapuh.... keteguhan jiwa dan ketebalan syariat yang ampuh dalam hidup kita mungkin akan lumpuh akibat keasyikan cinta... Alhamdullillah, setiap cinta dan kekasih yang aku temui, mengajar aku menjadi lebih baik. Sehingga saat ini, aku bersyukur dengan hidupku kini terpelihara dan terjaga, berbanding kebanyakan mereka yang lain. Cinta mengajar kita mengenal cinta yang agung... bukan cinta membawa kita ke alam durjana... Doaku semoga kekasih-kekasih itu tidak akan lupa....
Jagalah mata dan pandanganmu
Jagalah mulut dan bicaramu
Jagalah telinga dan pendengaranmu
Dan yang penting; jagalah hati dan imanmu..
Maka dikau pasti selamat dunia dan akhirat..
Inilah juga doakan kepada pasangan yang akan menjadi kekasih....
Generasi baru... carilah ilmu...kerana ilmu akan memandumu ke jalan yang bermutu... bernilai dalam hidupmu.... Carilah ilmu, kerana disitu akan ada kemantapan akalmu..
carilah ilmu kerana ialah penentu tujuanmu
carilah ilmu kerana ia pengalaman jumud yang tidak boleh ditukar ganti..
Carilah ilmu kerana di situ jati dirimu...
Semoga hidupmu, wahai para kekasih akan berada di jalan hikmah dan dirahmati...
Blog ini kupaparkan perjalanan, pengalaman, nukilan rasa dan minda semoga dapat diimplementasikan untuk tatapan semua,sebagai iktibar, pengajaran yang dapat dijadikan sedikit panduan.Semoga laman ini membawa banyak kemaslahatan dan kemanafaatan serta ingatan buat diri ini dan orang lain, INSYAALLAH....
Selasa, Julai 20, 2010
Isnin, Julai 19, 2010
DOA AKU BUAT KEKASIH....
Jika ditakdirkan suatu masa dulu aku pernah menyayangi seseorang,
hari ini aku ingin sekali mendoakan kekasih-kekasih aku itu... Sebagai seorang sahabat jauh dan hanya mungkin sebagai seorang kenalan sahaja. Mungkin catatan aku ini menyinggung sedikit peribadi dia yang dulunya aku anggap kekasih itu...
Ada yang berkata, hidup kita ini adakala seperti sehelai daun... Bertunas, mengeluarkan daun muda, membugar dan menghijau.... sampai ketikanya akan menguning seterusnya bertukar menjadi coklat dan gugur layu... Ada kalanya pula, belum sempat menguning, telah gugur daripada tangkainya... Ada pula yang gugur dipepah oleh orang; ataupun gugur kerana angkara haiwan atau binatang... Ada yang tumbuh menghijau dan menyejukkan mata memandang, adapula belum sempat untuk menjadi hijau yang cantik telah sumbing dimakan ulat dan serangga... Ada pula antara masih boleh terus membentuk dedaun biarpun dengan kekurangan, dan tidak kurang yang terus mati... Maka ketika layunya daun, ia akan gugur dan dipijak atau diinjak seperti tidak bernilai..... sedangkan seterusnya daun-daun itu bisa menjadi bahan organik membajai pohon-pohon untuk membentuk daun yang baru...
Begitulah unik hidup kita , digambarkan olehNYA melalui alam.... sebagaimana berlaku kepada pantai dan ombak... bagaimana berlaku kepada batu dan tanah... Ada simboliknya tersendiri... Cuma kita jarang sekali mencari.... jarang sekali kita mempelajarinya daripada alam itu sendiri... Sekira kita tidak bisa melihat keagungan NYA, maka melalui kejadian dan kehebatan anugerah kejadianNYA itu kita melihat DIA..
Jika kita tidak boleh berbicara denganNYA, maka melalui Firman dalam Al-Quran, mukjizat terunggul itulah kita boleh berinteraksi denganNYA.... Dan jika kita tidak bisa melihat KekasihNYA, SAW itu... maka kita boleh mendekati kekasihNYA itu melalui sunnah dan sabdanya yang mulia..
Mengapakah pelangi tidak akan selalu ada? Kerana yang indah itu sebenarnya sentiasa ada namun kita perlu meneliti untuk menikmati keindahan itu...

Apabila aku mengikuti perkembangan dia... bukan sengaja aku temui, diatur olehNYA sebegitu rupa... aku jadi akur. Apabila dia menyambut 'salam'ku dan menerima aku sebagai kenalan dan temannya, aku sebenarnya bersyukur... Dia tidak pernah prejudis kepada aku... dan ada saat-saatnya dia agak jujur.. Dia kekasih aku ketika kecilku menjelajah remajaku dan mendaki dewasa aku.. Namun ia hanya cinta dan kasih sayang insan yang diwarnai dengan pelbagai keindahan dan boleh dicemari dengan pelbagai sebab dan kesan... Apabila aku menyapa, dia akan tersenyum... Di matanya, masih ada kasih sayang yang luhur dan ikhlas. Dan aku bersyukur aku pernah disayanginya... Dia suami yang baik dan bapa yang penyayang dan amat memahami... aku tahu itu, dan aku sering mendengarnya... Dia sabar dengan pelbagai karenah kekasih yang dia sayangi itu... Aku bukan sengaja ingin tahu... Dan doaku buat dia, semoga hidupnya akan dilalui dengan tabah dan sabar... semoga dia akan terus berjaya menjadi contoh tauladan kepada keluarganya dan melahirkan generasi pemimpin yang hebat seperti dia... Aku juga ingin mendoakan dia semoga akan diberikan banyak peluang dalam bidang yang diceburinya... semoga dia akan menjadi 'orang utama' dalam golongan yang dipimpinnya... semoga juga kekasihnya akan memahami menjadi pendokong yang terhebat di belakang...

Jika aku masih bisa beriring dengannya dalam perjalanan masing-masing aku ingin sekali dia dalam keadaan sebahagia mungkin... dihargai dan disanjung oleh yang berhak dan berada di tempat selayaknya pada pandangan semua orang. Sikap baik dia akan membantu dia menjalani hidup lebih baik... Itulah doa aku ini buat kekasihku suatu masa dulu itu.....
Buat seorang dia yang pernah merayu-rayu dan mengasihiku seikhlasnya, walaupun tahu hati aku ini sudah dimiliki dan dikasihi.... malah dia tidak mengalah dan mencuba nasibnya...
Aku masih mencarinya... entah apa pula khabarnya... Aku berharap sekali untuk mengetahui... Ya Allah, berikanlah ilham dan permudahkan urusanku menjejakinya.... berilah aku jalan dan cara mencarinya, mengetahui tentangnya... Semoga akan tenang hati aku ini... terhindar aku daripada rasa bersalah melukai hatinya dulu... Mungkin tiada siapa yang tahu.... Dia masih tetap baik di hati aku ini... Aku masih teringat pandangannya itu... sedang waktu itu aku alpa... mata itu berkaca-kaca... Jika aku ini dikatakan kejam... aku redha. Aku ingin dia bahagia kini... seperti teman-teman yang lain... Semoga dia melalui hidup yang lebih sempurna... Ketika ini aku membayangkan iras wajahnya, dan aku 'melihat' dia... Biarpun aku sedar dia tidak sekali mengingati aku ini... Namun ingin terus mendoakannya, semoga hatinya tidak terluka lagi... semoga kasih sayang tidak dikecewakan lagi... semoga harapannya tidak dihampakan lagi... Inilah doaku buat mu kekasih yang tidak aku terima pada zahirnya... dan yang pasti apabila mengenang dia dalam hidup aku ini pasti ada dia yang satu ini.... Dia mengajar aku sesuatu dan memberikan aku pengalaman yang indah maka tidak aku lupai itu... jasa baik mu itu menjadi salah satu ajaran dalam hidup aku ini... Semoga dikau bahagia bersama teman hidup dan keluargamu... Itulah doaku buatmu.

Buat dia yang satu itu pula... biarpun akan ada selalu di depan mata aku ini...... aku tidak sesekali kesal dengan keputusan aku suatu masa dulu... Aku tidak sesekali kesal kerana tidak menghalangmu memilih jalanmu itu... Biarpun dia meminta, namun aku tidak mahu melukakan hati kaum sejenis aku yang mengharapkan dia. Pernah seorang teman dia bertanya, kenapa aku tidak menghalang perkahwinan dia itu? Aku tidak ada jawapan untuk sahabat itu.... namun aku masih yakin dan pasti jawapan untuk diri ku dan dia... Dan aku gembira kerana dia hidup sejahtera... Menjadi seorang bapa yang perihatin dan penyayang... Setiap kali aku melihat dia, sama ada ketika dia berseorangan, mahupun ketika dia bersama keluarga... Hati aku ini akan berbunga-bunga... Maka akan sentiasa berdoa, semoga kesejahteraan dan kebahagiaan itu kekal hingga ke akhirnya...

Hampir aku terlupa akan dia yang seorang ini.... Tidaklah dia begitu mesra dengan aku.. namun aku tahu dia dalam muslihatnya ada sedikit tanggapan baik buat aku... Aku sebenarnya rasa tertipu dengan dia... namun aku tetap akan mendoakan dia kebaikan yang ada di dunia dan kesejahteraan yan ada di akhirat kelak... Ketika aku menatap wajah dalam gambar yang pernah dirakam oleh teman... aku terasa, jernihnya wajah itu... dan hati ini berdoa semoga perjalanan hidup dia sejernih wajahnya itu... Mungkin disebabkan dia berketurunan kerabat Diraja... maka lahir perwatakannya agak menarik itu agak mempesonakan... akan tetapi aku sedar dia bukan sengaja membohongi aku ini... Mungkin aku yang tidak faham dan berhati-hati... Semoga dia akan lupa dengan kisah ini, kerana aku juga ingin melupainya dan membuang jauh rasa terkilan dalam hati ini... Alhamdullillah aku 'terselamat' daripada menjadi penghancur mahligai bahagia orang lain... Semoga kisah ini tidak berlaku lagi dalam hidupku mahupun hidup dia... Semoga dia sedar, orang yang berhak dikasihi dan disayangi, sentiasa ada di sisinya, bukan aku ini...

Kekasih yang satu ini sememangnya begitu mengesankan dalam hati ini... Aku tahu aku tidak bisa melupainya... tetapi aku mesti melupakannya. Jika boleh... walaupun setakat ini masih jauh kemungkinan itu... Aku tidak mampu lagi memberikan perhatian, apatah lagi kasih sayang selain daripada kasih sayang sesama muslim... Tentu dia memahami aku.. Jelaslah dia bertuah juga kerana tidak 'bersamaku'... kerana hidup dia tidak pun sukar kini... Aku memang menjauhi, cuma ada ketikanya..... aku berasa gusar dan bimbang dengan sikap 'keakuan' yang ada dalam dirinya... Dan mungkin ada sedikit kekesalan setiapkali aku melihat dia... Mungkin dia prejudis sangat kepada aku ini. Tidak mengapa kerana aku tidak berasa sedih mahupun menyesali atas segala yang berlaku ini... banyak lagi perkara penting yang perlu menjadi keutamaan dalam hidup kita...

Doaku buat kekasih aku yang satu ini... semoga dia bisa berubah... dengan sesungguhnya.. Aku berdoa semoga dia punyai kefleksbilitian yang baik dalam hidupnya.. Aku berdoa semoga dia akan mengurangkan 'kesombongan'nya itu... lebih bertenang dan bertolak ansur ; atau yang lebih jelas lebih berhemah... dengan apa sahaja tindakan yang sedang dan akan dia ambil dan laksanakan.. Seperti dia yang satu itu, dia juga petah berbicara.. Dan aku kagum dengan kedua-dua dia itu... namun akhir-akhirnya ini aku sedikit sedih... bicaranya mulai kasar, kesabarannya mulai melentur... kematangan kadang kala menghampakan... Dia sudah mula banyak bercerita, walaupun mungkin kerana kebahagiaannya yang ingin dikongsikan bersama... Dan dia sudah mulai bersuara kasar, membentak dan membantah... Yang jelas, semua itu tidak aku sukai.... semoga dia akan kembali bertenang, bahasa bicara menjadi teratur dan tersusun... tenang dan menenangkan orang yang mendengarnya... Semoga dia akan dapat menyusun kata yang menggambarkan susila yang baik, dan semoga gurauannya masih baik dan menggembirakan... dan yang paling aku harapkan... Semoga dalam bicara, kata dan hujah sentiasa dalam rasa hormat... Aku merasakan keluhuran itu semakin hilang daripadanya.... semoga dia selalu sedar jika ada silap yang tidak disengajakan itu.
Aku tahu dia bahagia dan gembira...aku juga berharap dia bahagia dan sejahtera. Namun aku juga merasakan dalam masa yang sama, kemesraan semakin tiada. Mengapa tiada lagi senyuman mesra itu di wajahnya.. ke mana hilangkan nur wajahnya yang menyerlah.. Doa aku ini semoga dia tidak akan tua sebelum waktunya... Penampilan kemasnya seperti sudah tidak lengkap tanpa seri wajahnya yang tidak seperti aku selalu harap-harapkan... kerana jika aku senang melihatnya, pastinya ada banyak juga mereka yang sependapat dengan aku ini. Aku mungkin bukan seorang pemerhati yang baik namun aku juga bukan seorang pemerhati yang leka dan lupa.. Aku berharap dia akan membaca catatan ini agar doaku ini akan lebih mudah tertunai... Walaupun bukan sebab aku, dia mesti berusaha mengekalkan kewibawaan sebagai pemimpin yang membanggakan orang-orang yang dekat di hatinya..
Jika dulu dia sentiasa menjadi perhatian... kini ku doakan dia akan tetap menjadi perhatian.. Jika dia ingin menunaikan segala amanat yang dipikulnya dengan niat baik itu... aku akan sentiasa mendoakan kejayaannya itu... setiap ketika.. Dan sebenarnya aku tidak tahu apa yang aku harapkan untuk dia, cuma aku bermohon kepada DIA, berikanlah yang terbaik untuk dia... Jika dia perlu terus berubah, semoga perubahan itu akan lebih baik , baik dan baik.. Inilah doaku buat dia.. Dan ada lagi satu perkara yang tidak aku senangi... sejak dari dulu lagi... cuma kini, aku tidak bisa menegurnya... walaupun aku tidak suka... Doa aku ini semoga dia tidak akan terjebak lagi... Terjebak dengan fitnah yang pernah dia alami... Mungkin ada cara dan ada tanda untuk aku terus mengetahui... walaupun sebenarnya aku tidak ikhlas dalam semua itu... Berhentilah daripada bersikap kebudak-budakan... dan pastikanlah tempat dikau mengadu dan berkongsi kisah itu tepat dan sesuai.... Itulah yang ingin aku katakan... tapi dia tidak tahu kebimbangan aku ini... aku tidak teruja dengan rasa cemburu atau iri hati, aku memang ingin dia tahu... tetapi aku terikat dengan rasa kebimbangan dan rasa kerisauan... Semoga kepincangan lalu tidak berulang lagi... Semoga dia dapat berkongsi segala sesuatu yang berhak, yang kini di sisinya... bukan kepada yang dikasihi yang tidak berhak berkongsi dengannya... Entahlah, semoga doa aku ini, kau perkenankan ya Allah... Jauhkan teladan yang tidak baik dalam dirinya, jauhkanlah natijah yang merosakkan peribadinya, hindarkanlah dari kemusnahan bahagianya... Perkenanlah, doa aku ini ya Allah...
Baru-baru ini aku bermimpi, seseorang di sisinya itu bertanya kepada aku... sesuatu yang memang dalam bidangnya... masakan seseorang itu tidak tahu merungkaikan... namun tidak sesekali aku mengabaikan dia biarpun dalam mimpi aku ini. Maka dengan persoalan di minda dan hati, aku menunjuk ajar seseorang itu sebaik mungkin... namun di mata suri itu ada sinar suram berkaca-kaca... meruntun sedih aku ini.. Rentetan mimpi itu, aku bermimpi lagi seperti ada pertautannya... Seseorang yang lain di sisinya, membawa dia kepada aku... berkisah dan bergurau senda di hadapan dan aku tidak lagi teruja sebenarnya... kerana dalam hati aku ini penuh dengan tanda tanya... kenapa semua itu terpapar di depan mata... setelah penat menahan kebimbangan dan keresahan dalam hati ini, aku diberikan minuman... sejurus aku ingin minum dalam gelas itu tiba-tiba terpacul kepala seekor ular yang sangat cantik... Aku tidak dapat mentafsirkannya namun mimpi itu merupakan suatu tanda bagiku...
Maka sebelum sebarang musibah atau masalah melanda, aku berdoa semoga apa yang terlintas dalam minda ini tidak DIA makbulkan... Semoga dijauhkan segala keburukan..

Doa aku ini buatmu.... jika aku boleh memanggilmu 'kekasih'... Semoga Allah sentiasa memberikan ingatan dan 'kesedaran' buat setiap ketika.. Jika dikau akan tersilap perkiraan dan pertimbangan, dikau akan cepat sedar... Jika dikau ingin berbuat sesuatu keputusan dan tindakan, semoga dikau sedar..
Perjalanan kita di dunia ini akan tetap sampai ke penghujungnya... Semoga kita akan biasa sampai ke matlamat yang satu; iaitu DIA dengan selamat dan sejahtera, di jalan yang lurus dan tidak diduga dengan sesuatu ujian yang tidak mampu kita lalu... Semoga jika kita menggapaikan tangan, maka akan ada yang menyambutnya dan membawa kita kepadaNYA.... Inilah doa aku yang sentiasa sayang akan semua... insyaAllah...
hari ini aku ingin sekali mendoakan kekasih-kekasih aku itu... Sebagai seorang sahabat jauh dan hanya mungkin sebagai seorang kenalan sahaja. Mungkin catatan aku ini menyinggung sedikit peribadi dia yang dulunya aku anggap kekasih itu...Ada yang berkata, hidup kita ini adakala seperti sehelai daun... Bertunas, mengeluarkan daun muda, membugar dan menghijau.... sampai ketikanya akan menguning seterusnya bertukar menjadi coklat dan gugur layu... Ada kalanya pula, belum sempat menguning, telah gugur daripada tangkainya... Ada pula yang gugur dipepah oleh orang; ataupun gugur kerana angkara haiwan atau binatang... Ada yang tumbuh menghijau dan menyejukkan mata memandang, adapula belum sempat untuk menjadi hijau yang cantik telah sumbing dimakan ulat dan serangga... Ada pula antara masih boleh terus membentuk dedaun biarpun dengan kekurangan, dan tidak kurang yang terus mati... Maka ketika layunya daun, ia akan gugur dan dipijak atau diinjak seperti tidak bernilai..... sedangkan seterusnya daun-daun itu bisa menjadi bahan organik membajai pohon-pohon untuk membentuk daun yang baru...

Layar keinsafan - lagu ini umpama meluahkan apa yang tersirat dalam hati ku...
Ketika aku berasa keresahan, aku sering mencari apakah punca keresahan aku itu... dan aku akan kembali kepadaNYA... Bersunyi-sunyi denganNYA, berbicara denganNYA.... tiba-tiba keresahan itu akan hilang dengan sendirinya.... Betapa amannya hati ini.
Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mengapa aku atau mereka yang lain itu... menunggu suatu saat akhir untuk melakukan sesuatu... mengingati DIA, sebagai yang terakhir... Apabila kesukaran dan kesulitan berlaku barulah kita menuju kembali kepadanya...
Inilah lagu umpama lakaran dalam hati ini.... semoga jika aku terlupa, aku bisa mencari jalan untuk kembali kepadaNYA... dan semoga dalam perjalanan ini, aku sentiasa dalam teduhan dan lindungan serta dakapan kasih sayangNYA yang melimpah ruah....

Ahad, Julai 18, 2010
AKU MARAH, AKU SEDIH, AKU KECEWA.... TETAPI SEMUA ITU BUKAN SALAH EMAK..
Aku ingin berkisah tentang suatu sejarah hidup aku ini... Betapa pada ketika belum tiba masanya kita memahami suatu keadaan kita akan dibelenggu dengan rasa yang tidak keruan.. Begitu aku ini. Dalam lingkungan umur semuda 7 tahun aku sudah dalam keadaan penuh tanda tanya.. Mengapa aku perlu diberikan kepada orang lain biarpun orang yang membesarkan aku merupakan datuk dan nenekku.

Sebelum meneruskan pengisahan ini aku ingin memohon maaf kepada emak kerana aku meluahkan rasa hati aku ini tentang peristiwa ini dalam laman ini... Sejambak kasih sayang beroma kasturi ingin aku persembahkan buatmu.... dan selagi mampu dan terdaya aku pasti menyemarakkan kasih sayang antara kita... dan semoga ALLAH akan memberikan aku kekuatan menebus segala kesalahan aku ini kepada emak sesempurna mungkin..
Aku pada akhir usia 5 tahun, aku diserahkan kepada datuk dan nenek untuk tinggal dan membesar bersama mereka... Pada ketika itu memang aku gemar ke rumah mereka... namun entah atas kesalahan apa aku terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek.. Sebelum ini kakakku tinggal bersama datuk dan nenek.. Kononnya, nenek berasa sunyi kerana kakak sudah tidak tinggal bersama mereka. Cuma usia kakak ketika itu sudah belasan tahun; dan aku hanya berusia awal enam tahun. Waktu itulah aku sangat nakal dan sangat bermanja dengan bapa. Tiba-tiba sahaja aku dipaksa tinggal bersama datuk. Berbeza sekiranya berulang dan tinggal bersama.. Agak lama nenek memujuk aku ini... Memang menyusahkan mungkin.... sebab aku masih sering menangis. Pada awalnya bapa selalu berulang alik menjengah aku... Harap emak, tidak sekali pun dia menjengah aku selepas aku diserahkan kepada nenek. Jika ada pun emak akan menziarahi orang tuanya sambil melihat-lihat aku; yang pada kedatangan itu pula aku sering tiada di rumah... melayan nakalku bersama-sama kawan-kawan di tepi parit menangkap ikan pelaga; atau ke kebun datuk di hujung kolam mengutip kelopak kemboja disusun menjadi perhiasan; atau memanjat pokok-pokok koko dan memetik koko serta menikmati rasa manis koko tersebut. Memang itulah aku yang tidak pernah diam...

Emak akan datang dengan dua orang adikku yang ketika itu berusia antara 2 tahun dan 4 tahun... yang sebelum itu merupakan teman bergaduh dan bermain. Dan apabila di rumah nenek aku tidak menyenangi kehadiran emak mahupun adik-adikku itu... Aku memang sangat berasa hati dan benar-benar sakit hati dengan emak. Emak buat seperti tiada apa yang berlaku... kehadirannya yang pertama pun setelah lebih tiga bulan aku di rumah datuk... Hanya bapa yang akan menjengah aku setiap hari.. Di rumah datuk, aku ditemani oleh sepupuku... seorang budak lelaki yang lasak juga aku kira... Dengarnya, emak saudara ku berasa kurang senang aku di rumah datuk... dan kenapa anak emak sahaja yang boleh tinggal di rumah datuk... Apatah lagi aku sering mendapat banyak keistimewaan dari datuk.. Entah bagaimana aku dapat mengingati dan merasakan perasaan itu walaupun ketika itu aku hanya berusia enam tahun
Aku bersekolah tadika dan bersekolah agama yang berbeza dengan adik beradikku. Cuma sekolah rendah sahaja sama. Itupun kerana ada satu itu sahaja sekolah kebangsaan yang berdekatan.. aku hanya berjumpa adik-adikku di sekolah kebangsaan sahaja. Dan pergerakan di sekolah juga terhad kerana bapa akan sentiasa memantauku... Aktiviti ko-kurikulum juga akan dikawal oleh bapa.. namun lagi ketat kawalannya, lagi nakal aku jadinya... Jika bapa memarahiku, mengejarku dengan rotan tawaf rumah datuk tujuh kali atau memandikan aku yang menangis tak henti... aku tidak hairan. Jangan pula emak yang melakukannya, aku akan menunjuk perasaan memberontak... dan akhirnya emak memang tidak boleh hendak memarahiku.
Beberapa tahun selepas itu, emak melahirkan lagi adik yang baru... Tiba-tiba sahaja, bapa datang pada petang jumaat dan mengajak aku balik ke rumah untuk dua hari berikutnya... Aku memang seronok dapat bermalam di rumah bapa... Seronok juga dapat duduk di bahagian depan vespa bapa dengan memegang sterengnya melawan angin yang meniup rambut aku itu... tetapi aku akan mula sedih apabila sampai sahaja ke rumah dan mendapat tahu emak baru melahirkan adik yang baru... pada ketika itu juga aku terasa ingin balik ke rumah datuk dan nenek.

Hari -hari yang kulalui terasa lambat berlalu... apatah lagi apabila mendengar adik menangis... Aku akan berkata, kenapa adik aku hodoh.. sedangkan bukanlah sebenarnya tidak comel... cuma aku berasa sakit hati... emak akan menukar lampin dan menyusui adik dengan mesra... Adik-adik yang dua orang itu pun kadang-kadang emak suapkan tapi aku protes apa sahaja yang emak buat.. Aku akan lari kepada bapa dan tanya kenapa aku tidak tahu emak mengandung dan kenapa aku kena tinggal dengan datuk... Tak bolehkah aku tinggal dengan bapa emak, kakak, abang dan adik-adik... Jawab bapa tidak boleh dan aku akan faham suatu masa nanti..
Dan selepas itu, setiap kali ke rumah emak... sama ada jika diambil oleh bapa ataupun berbasikal yang dibelikan oleh datukku... aku akan berbuat nakal... apabila emak marah, aku akan pandang emak dengan rasa dendam dan marah... Emak tiada hak memarahi aku... dan aku sering menganggapnya sejak aku mula tinggal di rumah datuk... Aku tidak pernah dengar nasihat emak. Hanya bapa... Walaupun hidup aku mewah berbanding adik-beradikku.... aku masih tidak berpuashati... apatah apabila suatu petang, bapa datang ke rumah datuk.... dari atas Vespa, bapa mengajak aku balik ke rumah.... untuk tengok adikku yang baru... Sekali lagi kemarahanku meluap-luap... aku tidak mahu ikut bapa, dan aku kata aku akan berbasikal ke rumah... sedangkan sebenarnya ketika itu aku sangat sakit hati dan marah lagi... Adikku dah bertambah, kenapa tiada adikku yang lain menggantikan aku di rumah datuk dan nenek... sepertimana aku menggantikan tempat kakakku... usiaku pun sudah lebih sembilan tahun..

Masa paling lama aku di rumah bapa ialah ketika nenek menunaikan fardhu haji.... lebih kurang 4 bulan aku di rumah bapa dan keluargaku... Sepanjang waktu itu, kemarahan bertambah dari sehari ke sehari. Aku sering mencari gaduh dengan abang dan adikku. Kebiasaannya, semua barang milikku adalah milikku seorang. Tetapi di rumah bapa, aku terpaksa berkongsi dengan adik-beradik lain.. Dan yang menjadikan aku lebih sakit hati apabila emak selalu membela adik-adikku... Mana tidaknya, aku memang nakal atau sengaja berbuat nakal... sehinggakan ada waktu bapa akan mendenda aku dengan tragis... mengikat aku di pokok api-api dan meletakkan kerengga pada pokok itu... untuk beberapa waktu, kadangkala menjelang malam... Aku pula bukan kenal serik... Walaupun aku ini antara yang dikawal pergerakan ku ini, namun aku juga sering menjadi kepada kepala kumpulan sepupu dan berbuat sesuatu yang tidak menyenangkan keluarga. Antaranya masuk ke hutan paya di belakang rumah untuk mencari buah kedabu atau ke paya bakau untuk mencari siput sedut. Bapa dan emak akan marah tetapi apa yang aku hendak pedulikan... Nenek pun sudah jauh. Datuk sesekali akan datang dan aku dengan sikap memberontak.

Apabila berita kembalinya nenek ke rahmatullah... aku terpaksa tinggal lama di rumah bapa.... Kemarahanku sedikit reda, namun sikap emak yang selalu membela adik-adikku di samping sering menegur perbuatanku, aku lebih berasa marah dengan emak... Beberapa bulan kemudian datuk mengambil aku tinggal bersamanya... Datuk memang memanjakan aku... semua aku minta pasti ditunaikan. Namun rasa marah, kecewa dan sedih masih ada dalam hati dan jiwa aku ini.. Aku mula berjinak-jinak mengambil harta orang.... dengan erti kata lain mencuri... tetapi emak tidak pernah memperlihatkan rasa marah atau mengambil tahu.... Sehingga aktiviti mencuri itu akhirnya aku hentikan secara sendiri.
Menjangkau usia 15 tahun, akhirnya aku kembali ke rumah bapa.... kerana datuk yang menjaga aku ini juga menurut jejak nenek... Apatah lagi aku sering dikatakan jahat dan mengambil duit bapa saudaraku oleh isterinya.. Sedangkan aku tidak ambil... Namun pasangan baru bercinta bukan berasa kisah dengan anak saudara seperti aku... Sehingga suatu masa makcik menuduh aku mencuri barang kemasnya.... Peristiwa itu membuatkan aku kembali ke rumah bapa dengan berat hati dan dengan rasa penghinaan yang mendalam..
Dan lebih menyakitkan, emak juga tidak membela aku.... hanya aku sendiri terpaksa membela diri... dan memaksa diri menerima kenyataan aku terpaksa berkongsi dengan oranglain dalam kebanyakan urusanku.
Ditakdirkan beberapa waktu, barang kemas makcikku ditemui, malangnya rumah datuk terbakar tanpa sebab... Aku juga hairan mengapa semua itu boleh berlaku.... Pakcik dan makcikku turut tinggal di rumah bapa... Aku berasa lebih marah apabila emak membenarkan pakcik dan makcik ku tidur di bilik yang disediakan untukku... pada aku sewenang-wenangnya menyisih aku ini... Aku terdengar emak dan bapa berbincang waktu dinihari... terdengar emak menyuarakan keresahan dan kebimbangan dan bapa meredakan... namun bagi aku emak berpura-pura dan sengaja menyusahkan aku... dalam hatiku ini membara....
Beberapa lama begitu.... Jika menonton televisyen dan ada drama tentang anak angkat, tentang cucu yang ditinggalkan kepada datuk dan nenek... emak akan segera menjauh... ke dapur berbuat kerja lain..lebih lima tahun aku jarang sekali bercakap dengan emak apatah lagi bercerita atau berkongsi rahsia. Hanya bapa tempat aku mengadu segala-gala... Sehingga aku tamat belajar dan bekerja, aku masih marah dengan emak....
Sehingga suatu ketika, bapa memanggilku... katanya sudah tiba masa untuk menjawab pertanyaan aku... dan ketika itu usiaku telahpun mencecah 23 tahun... Kata bapa, sebelum kami melangkahkan kaki ke tanah suci, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kata bapa, emak yang meminta bapa menyatakannya semua itu kepada aku... mendengar itu, aku ingin terus bangun tetapi bapa
menarik lenganku dan aku terus terduduk... Dengarlah dulu... itu kata bapa. Aku akur dengan rasa benci, hampa, kecewa dan geram... bapa ingin bercakap denganku untuk emak... kenapa bukan emak yang menyatakan sendiri.. aku dah besar dan emak tidak seharusnya membelakangkan aku dengan meminta bapa berterus terang dengankku.
Akhirnya dengan berhemah bapa bercerita, menjawab soalan yang sudah tidak pernah aku tanya lagi ketika itu... Kata bapa, hidup mereka tidak tenang sejak aku tinggal di rumah datuk dan nenek... bapa terpaksa, emak juga terpaksa... kerana sayangkan aku, maka aku dipisahkan dari mereka.. Kata bapa, ibu mana yang sanggup berpisah dengan anaknya apatah lagi seorang anak yang dirawat, dijaga, dipelihara dan dibesarkan lebih teliti daripada orang lain... Aku masih tidak faham sehingga selesai segalanya dikisahkan kepada aku... Aku ini kata bapa, anak istimewa... dengan tubuh yang cantik dan mungil sewaktu kecilku; juga tanpa sebarang parut memang menjadi tumpuan "makhluk halus".... maka aku sering sahaja menangis dan berjalan seorang... Kata bapa, pada ketika aku bersama mereka, adik-adik kurang mendapat perhatian berbanding aku.... kerana kesan itulah, setelah menyerahkan aku kepada datuk , emak sebenarnya tidak sihat menahan sedih. Bapa yang melarangnya bertemu aku ini... Kata bapa, pada kiraan Jawa.... aku ini anak yang lebih rapat dengan dua jenis alam... alam nyata ini dan alam ghaib kerana aku merupakan anak kiraan ganjil dan anak yang dilahirkan pada malam jumaat... Dalam keluarga aku sememangnya darah keturunan yang mempunyai perkaitan pengamal perubatan tradisional dan mungkin berkaitan dengan darah kerabat.... maka aku mempunyai satu titik cahaya, yang mana ketika aku ke
mana-mana, "orang halus" lebih cepat mengenalku... satu hari ketika aku menangis dan berjalan sendiri, datukku berkata kepada menantunya itu supaya biarlah aku pergi kepada tempat yang aku ingin tuju. Namun bapa tidak semudah itu berbuat demikian. Melepaskan aku seperti bersedia kehilangan aku dan menyerahkan aku ke mulut buaya atau harimau sekaligus... kerana pada arah yang aku tuju ada dua perkampungan yang berbeza... mana mungkin aku boleh dilepaskan begitu... Maka dengan berat hati, setelah berbincang dengan emak... maka mereka bersetuju membiarkan aku tinggal dengan datuk memandangkan amalan agama datuk juga lebih baik daripada bapa walaupun bapa seorang guru agama ketika itu....
Kata bapa, bukan mudah hidup mereka ketika aku tiada di rumah... emak juga mengalami kesan akibat keputusan itu, namun kata bapa itulah pilihan yang terbaik.. Kata bapa, mereka yakin aku dapat datuk lindungi sebaik mungkin... Maka tidak hairanlah sejak itu, aku mempunyai 3 orang "penjaga" yang segak dan tampan menjaga aku... berpakaian putih, hijau dan hitam..... sehingga usiaku mencecah lebih kurang 19 tahun, aku sudah tidak melihat 'mereka' lagi... sehingga kini... Panjang lebar bapa menerangkan semua itu... dan mustahil seusia aku ketika itu tidak memahaminya... kata bapa, emak juga sangat bersedih dan takut untuk menegurku, apatah bercerita dengan aku.... kerana emak tahu rasa marah dan dendam aku itu... emak meminta bapa mewakilkan dia memohon maaf dari aku ini...a
Dan dengan penjelasan itu, semua perasaan negatif itu seumpama terbang jauh dari aku... Betapa selama hampir 15 tahun itu aku sebenarnya amat bersalah kepada emak yang melahirkan aku itu... dan pada kesempatan di Tanah suci Mekah itu, aku memohon keampunan dan kemaafan daripada emak.... Betapa aku ini selama itu merupakan anak yang sering menyakiti orangtuaku.... dan aku ingin menebus kesalahanku ... Alhamdullillah, kerana aku masih berpeluang membetulkan jalanku ini dan menunaikan tanggungjawabku kepada emak... Ketika bapa meninggalkan kami kembali ke rahmatullah.... emak memang terlalu lemah... kerana kepada bapalah segala-galanya di dunia ini, namun emak masih bersikap tabah dan belajar hidup berdikari tanpa bapa , perlahan-lahan... Itulah yang menguatkan aku juga dalam menjalani hidup ini... emak cuba sekuat mungkin menutup kesedihannya, mungkin untuk semua anak-anaknya, atau mungkin sekali untuk aku yang sememangnya amat rapat dengan bapa.. Dan demi membantu dan saling menyokong, aku dan keluarga cuba untuk menjalani dengan ingatan terus kepada bapa yang kami kasihi....
Sehingga kini, aku sebenarnya amat terasa hampa jika ada kalangan ibu atau bapa yang menganiayai anak-anak mereka... Kerana sebelum anak-anak itu menderhakai orangtua mereka, mereka... ibu bapa itu menderhakai anak-anak mereka dengan mengabaikan tanggungjawab... ada kalangan mereka pula yang menjadi haruan makan anak...
Aku secara peribadi terkesan dengan perasaan anak-anak yang diberikan kepada oranglain waima kepada keluarga seperti datuk dan nenek, bapa saudara... ada kalanya aku berasa mereka akan ada perasaan seperti aku nanti, memberontak... mempersoalkan kenapa anak-anak lain ibu bapa mereka pelihara sendiri sedangkan anak itu seperti aku... diberikan di bawah penjagaan orang lain... Betapa melewah kasih sayang orang lain itu, tidak akan sama dengan apa yang diingini dalam hati sendiri bersama keluarga kandung sendiri... Kini, apabila anak-anak saudara aku bermanja dengan aku, lebih daripada ibu bapa mereka... Mendahulukan aku lebih daripada ibu bapa mereka... biarpun mereka anak-anak saudaraku, aku akan mengalihkan kembali perhatian, kasih sayang mereka kepada ibu bapa mereka... kerana aku tahu betapa sakitnya dalam hati seorang ibu, berkongsi kasih anak-anak dengan orang lain biarpun saudara sendiri.
Sering kali juga ketika melihat wajah adik-adik ku apabila anak-anak mereka akan menyambut dan memeluk aku... sering berubah rona dan sinar... Biarpun dengan senyum mereka menerima kehadiran, rasa cemburu melihat anak-anak memeluk cium aku pasti ada... kerana suatu masa dulu aku hanya faham perasaan seorang anak yang umpama disisihkan dan kerana kini aku sudah mulai faham tentang perasaan ibu yang berkorban kasih untuk kebahagiaan orang lain.
Dan, atas alasan itu juga sebenarnya aku menolak beberapa dia dalam hidup aku secara diam dan baik... atas alasan tidak direstui.... atas alasan menidakkan kasih sayang itu... kerana aku bimbang rasa kasih mereka kepada aku secara keterlaluan itu akan 'merampas' mereka daripada ibu mereka... dan itu akan menyakitkan hati orangtua mereka dan juga menyakitkan hati aku ini... Cukuplah aku meragui kasih sayang dan cinta emak kepada aku suatu masa dulu... aku tidak mahu melukakan hati seorang ibu yang lain pula...
Tiada seorang ibu pun yang memiliku naluri keibuan itu akan membuang anaknya jauh darinya.. Cuma sek
arang ini, banyak pula ibu yang tidak memahami apa itu 'ibu' sebenarnya.... mereka tidak pernah 'kehilangan' seperti aku ini, seperti beberapa orang yang lain itu... maka kasih sayang ibu mereka itu tidak memberi sedikit nilai kepada mereka, ketika mereka sendiri menjadi ibu....
Alhamdullillah..... dalam payah hidup aku yang lalu; jika boleh dikatakan payah... aku bersyukur masih punyai kasih sayang hebat dalam hidupku ini.... dan kalau tidak tersurat bagi aku menjadi ibu sekalipun... aku tahu besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang emak kepada aku... Ya Allah berikan kebahagiaan kepada emak dunia dan akhirat.... Amin.

Sebelum meneruskan pengisahan ini aku ingin memohon maaf kepada emak kerana aku meluahkan rasa hati aku ini tentang peristiwa ini dalam laman ini... Sejambak kasih sayang beroma kasturi ingin aku persembahkan buatmu.... dan selagi mampu dan terdaya aku pasti menyemarakkan kasih sayang antara kita... dan semoga ALLAH akan memberikan aku kekuatan menebus segala kesalahan aku ini kepada emak sesempurna mungkin..
Aku pada akhir usia 5 tahun, aku diserahkan kepada datuk dan nenek untuk tinggal dan membesar bersama mereka... Pada ketika itu memang aku gemar ke rumah mereka... namun entah atas kesalahan apa aku terpaksa tinggal bersama datuk dan nenek.. Sebelum ini kakakku tinggal bersama datuk dan nenek.. Kononnya, nenek berasa sunyi kerana kakak sudah tidak tinggal bersama mereka. Cuma usia kakak ketika itu sudah belasan tahun; dan aku hanya berusia awal enam tahun. Waktu itulah aku sangat nakal dan sangat bermanja dengan bapa. Tiba-tiba sahaja aku dipaksa tinggal bersama datuk. Berbeza sekiranya berulang dan tinggal bersama.. Agak lama nenek memujuk aku ini... Memang menyusahkan mungkin.... sebab aku masih sering menangis. Pada awalnya bapa selalu berulang alik menjengah aku... Harap emak, tidak sekali pun dia menjengah aku selepas aku diserahkan kepada nenek. Jika ada pun emak akan menziarahi orang tuanya sambil melihat-lihat aku; yang pada kedatangan itu pula aku sering tiada di rumah... melayan nakalku bersama-sama kawan-kawan di tepi parit menangkap ikan pelaga; atau ke kebun datuk di hujung kolam mengutip kelopak kemboja disusun menjadi perhiasan; atau memanjat pokok-pokok koko dan memetik koko serta menikmati rasa manis koko tersebut. Memang itulah aku yang tidak pernah diam...

Emak akan datang dengan dua orang adikku yang ketika itu berusia antara 2 tahun dan 4 tahun... yang sebelum itu merupakan teman bergaduh dan bermain. Dan apabila di rumah nenek aku tidak menyenangi kehadiran emak mahupun adik-adikku itu... Aku memang sangat berasa hati dan benar-benar sakit hati dengan emak. Emak buat seperti tiada apa yang berlaku... kehadirannya yang pertama pun setelah lebih tiga bulan aku di rumah datuk... Hanya bapa yang akan menjengah aku setiap hari.. Di rumah datuk, aku ditemani oleh sepupuku... seorang budak lelaki yang lasak juga aku kira... Dengarnya, emak saudara ku berasa kurang senang aku di rumah datuk... dan kenapa anak emak sahaja yang boleh tinggal di rumah datuk... Apatah lagi aku sering mendapat banyak keistimewaan dari datuk.. Entah bagaimana aku dapat mengingati dan merasakan perasaan itu walaupun ketika itu aku hanya berusia enam tahun
Aku bersekolah tadika dan bersekolah agama yang berbeza dengan adik beradikku. Cuma sekolah rendah sahaja sama. Itupun kerana ada satu itu sahaja sekolah kebangsaan yang berdekatan.. aku hanya berjumpa adik-adikku di sekolah kebangsaan sahaja. Dan pergerakan di sekolah juga terhad kerana bapa akan sentiasa memantauku... Aktiviti ko-kurikulum juga akan dikawal oleh bapa.. namun lagi ketat kawalannya, lagi nakal aku jadinya... Jika bapa memarahiku, mengejarku dengan rotan tawaf rumah datuk tujuh kali atau memandikan aku yang menangis tak henti... aku tidak hairan. Jangan pula emak yang melakukannya, aku akan menunjuk perasaan memberontak... dan akhirnya emak memang tidak boleh hendak memarahiku.
Beberapa tahun selepas itu, emak melahirkan lagi adik yang baru... Tiba-tiba sahaja, bapa datang pada petang jumaat dan mengajak aku balik ke rumah untuk dua hari berikutnya... Aku memang seronok dapat bermalam di rumah bapa... Seronok juga dapat duduk di bahagian depan vespa bapa dengan memegang sterengnya melawan angin yang meniup rambut aku itu... tetapi aku akan mula sedih apabila sampai sahaja ke rumah dan mendapat tahu emak baru melahirkan adik yang baru... pada ketika itu juga aku terasa ingin balik ke rumah datuk dan nenek.

Hari -hari yang kulalui terasa lambat berlalu... apatah lagi apabila mendengar adik menangis... Aku akan berkata, kenapa adik aku hodoh.. sedangkan bukanlah sebenarnya tidak comel... cuma aku berasa sakit hati... emak akan menukar lampin dan menyusui adik dengan mesra... Adik-adik yang dua orang itu pun kadang-kadang emak suapkan tapi aku protes apa sahaja yang emak buat.. Aku akan lari kepada bapa dan tanya kenapa aku tidak tahu emak mengandung dan kenapa aku kena tinggal dengan datuk... Tak bolehkah aku tinggal dengan bapa emak, kakak, abang dan adik-adik... Jawab bapa tidak boleh dan aku akan faham suatu masa nanti..
Dan selepas itu, setiap kali ke rumah emak... sama ada jika diambil oleh bapa ataupun berbasikal yang dibelikan oleh datukku... aku akan berbuat nakal... apabila emak marah, aku akan pandang emak dengan rasa dendam dan marah... Emak tiada hak memarahi aku... dan aku sering menganggapnya sejak aku mula tinggal di rumah datuk... Aku tidak pernah dengar nasihat emak. Hanya bapa... Walaupun hidup aku mewah berbanding adik-beradikku.... aku masih tidak berpuashati... apatah apabila suatu petang, bapa datang ke rumah datuk.... dari atas Vespa, bapa mengajak aku balik ke rumah.... untuk tengok adikku yang baru... Sekali lagi kemarahanku meluap-luap... aku tidak mahu ikut bapa, dan aku kata aku akan berbasikal ke rumah... sedangkan sebenarnya ketika itu aku sangat sakit hati dan marah lagi... Adikku dah bertambah, kenapa tiada adikku yang lain menggantikan aku di rumah datuk dan nenek... sepertimana aku menggantikan tempat kakakku... usiaku pun sudah lebih sembilan tahun..

Masa paling lama aku di rumah bapa ialah ketika nenek menunaikan fardhu haji.... lebih kurang 4 bulan aku di rumah bapa dan keluargaku... Sepanjang waktu itu, kemarahan bertambah dari sehari ke sehari. Aku sering mencari gaduh dengan abang dan adikku. Kebiasaannya, semua barang milikku adalah milikku seorang. Tetapi di rumah bapa, aku terpaksa berkongsi dengan adik-beradik lain.. Dan yang menjadikan aku lebih sakit hati apabila emak selalu membela adik-adikku... Mana tidaknya, aku memang nakal atau sengaja berbuat nakal... sehinggakan ada waktu bapa akan mendenda aku dengan tragis... mengikat aku di pokok api-api dan meletakkan kerengga pada pokok itu... untuk beberapa waktu, kadangkala menjelang malam... Aku pula bukan kenal serik... Walaupun aku ini antara yang dikawal pergerakan ku ini, namun aku juga sering menjadi kepada kepala kumpulan sepupu dan berbuat sesuatu yang tidak menyenangkan keluarga. Antaranya masuk ke hutan paya di belakang rumah untuk mencari buah kedabu atau ke paya bakau untuk mencari siput sedut. Bapa dan emak akan marah tetapi apa yang aku hendak pedulikan... Nenek pun sudah jauh. Datuk sesekali akan datang dan aku dengan sikap memberontak.

Apabila berita kembalinya nenek ke rahmatullah... aku terpaksa tinggal lama di rumah bapa.... Kemarahanku sedikit reda, namun sikap emak yang selalu membela adik-adikku di samping sering menegur perbuatanku, aku lebih berasa marah dengan emak... Beberapa bulan kemudian datuk mengambil aku tinggal bersamanya... Datuk memang memanjakan aku... semua aku minta pasti ditunaikan. Namun rasa marah, kecewa dan sedih masih ada dalam hati dan jiwa aku ini.. Aku mula berjinak-jinak mengambil harta orang.... dengan erti kata lain mencuri... tetapi emak tidak pernah memperlihatkan rasa marah atau mengambil tahu.... Sehingga aktiviti mencuri itu akhirnya aku hentikan secara sendiri.
Menjangkau usia 15 tahun, akhirnya aku kembali ke rumah bapa.... kerana datuk yang menjaga aku ini juga menurut jejak nenek... Apatah lagi aku sering dikatakan jahat dan mengambil duit bapa saudaraku oleh isterinya.. Sedangkan aku tidak ambil... Namun pasangan baru bercinta bukan berasa kisah dengan anak saudara seperti aku... Sehingga suatu masa makcik menuduh aku mencuri barang kemasnya.... Peristiwa itu membuatkan aku kembali ke rumah bapa dengan berat hati dan dengan rasa penghinaan yang mendalam..
Dan lebih menyakitkan, emak juga tidak membela aku.... hanya aku sendiri terpaksa membela diri... dan memaksa diri menerima kenyataan aku terpaksa berkongsi dengan oranglain dalam kebanyakan urusanku.Ditakdirkan beberapa waktu, barang kemas makcikku ditemui, malangnya rumah datuk terbakar tanpa sebab... Aku juga hairan mengapa semua itu boleh berlaku.... Pakcik dan makcikku turut tinggal di rumah bapa... Aku berasa lebih marah apabila emak membenarkan pakcik dan makcik ku tidur di bilik yang disediakan untukku... pada aku sewenang-wenangnya menyisih aku ini... Aku terdengar emak dan bapa berbincang waktu dinihari... terdengar emak menyuarakan keresahan dan kebimbangan dan bapa meredakan... namun bagi aku emak berpura-pura dan sengaja menyusahkan aku... dalam hatiku ini membara....
Beberapa lama begitu.... Jika menonton televisyen dan ada drama tentang anak angkat, tentang cucu yang ditinggalkan kepada datuk dan nenek... emak akan segera menjauh... ke dapur berbuat kerja lain..lebih lima tahun aku jarang sekali bercakap dengan emak apatah lagi bercerita atau berkongsi rahsia. Hanya bapa tempat aku mengadu segala-gala... Sehingga aku tamat belajar dan bekerja, aku masih marah dengan emak....
Sehingga suatu ketika, bapa memanggilku... katanya sudah tiba masa untuk menjawab pertanyaan aku... dan ketika itu usiaku telahpun mencecah 23 tahun... Kata bapa, sebelum kami melangkahkan kaki ke tanah suci, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kata bapa, emak yang meminta bapa menyatakannya semua itu kepada aku... mendengar itu, aku ingin terus bangun tetapi bapa
menarik lenganku dan aku terus terduduk... Dengarlah dulu... itu kata bapa. Aku akur dengan rasa benci, hampa, kecewa dan geram... bapa ingin bercakap denganku untuk emak... kenapa bukan emak yang menyatakan sendiri.. aku dah besar dan emak tidak seharusnya membelakangkan aku dengan meminta bapa berterus terang dengankku.Akhirnya dengan berhemah bapa bercerita, menjawab soalan yang sudah tidak pernah aku tanya lagi ketika itu... Kata bapa, hidup mereka tidak tenang sejak aku tinggal di rumah datuk dan nenek... bapa terpaksa, emak juga terpaksa... kerana sayangkan aku, maka aku dipisahkan dari mereka.. Kata bapa, ibu mana yang sanggup berpisah dengan anaknya apatah lagi seorang anak yang dirawat, dijaga, dipelihara dan dibesarkan lebih teliti daripada orang lain... Aku masih tidak faham sehingga selesai segalanya dikisahkan kepada aku... Aku ini kata bapa, anak istimewa... dengan tubuh yang cantik dan mungil sewaktu kecilku; juga tanpa sebarang parut memang menjadi tumpuan "makhluk halus".... maka aku sering sahaja menangis dan berjalan seorang... Kata bapa, pada ketika aku bersama mereka, adik-adik kurang mendapat perhatian berbanding aku.... kerana kesan itulah, setelah menyerahkan aku kepada datuk , emak sebenarnya tidak sihat menahan sedih. Bapa yang melarangnya bertemu aku ini... Kata bapa, pada kiraan Jawa.... aku ini anak yang lebih rapat dengan dua jenis alam... alam nyata ini dan alam ghaib kerana aku merupakan anak kiraan ganjil dan anak yang dilahirkan pada malam jumaat... Dalam keluarga aku sememangnya darah keturunan yang mempunyai perkaitan pengamal perubatan tradisional dan mungkin berkaitan dengan darah kerabat.... maka aku mempunyai satu titik cahaya, yang mana ketika aku ke
mana-mana, "orang halus" lebih cepat mengenalku... satu hari ketika aku menangis dan berjalan sendiri, datukku berkata kepada menantunya itu supaya biarlah aku pergi kepada tempat yang aku ingin tuju. Namun bapa tidak semudah itu berbuat demikian. Melepaskan aku seperti bersedia kehilangan aku dan menyerahkan aku ke mulut buaya atau harimau sekaligus... kerana pada arah yang aku tuju ada dua perkampungan yang berbeza... mana mungkin aku boleh dilepaskan begitu... Maka dengan berat hati, setelah berbincang dengan emak... maka mereka bersetuju membiarkan aku tinggal dengan datuk memandangkan amalan agama datuk juga lebih baik daripada bapa walaupun bapa seorang guru agama ketika itu....Kata bapa, bukan mudah hidup mereka ketika aku tiada di rumah... emak juga mengalami kesan akibat keputusan itu, namun kata bapa itulah pilihan yang terbaik.. Kata bapa, mereka yakin aku dapat datuk lindungi sebaik mungkin... Maka tidak hairanlah sejak itu, aku mempunyai 3 orang "penjaga" yang segak dan tampan menjaga aku... berpakaian putih, hijau dan hitam..... sehingga usiaku mencecah lebih kurang 19 tahun, aku sudah tidak melihat 'mereka' lagi... sehingga kini... Panjang lebar bapa menerangkan semua itu... dan mustahil seusia aku ketika itu tidak memahaminya... kata bapa, emak juga sangat bersedih dan takut untuk menegurku, apatah bercerita dengan aku.... kerana emak tahu rasa marah dan dendam aku itu... emak meminta bapa mewakilkan dia memohon maaf dari aku ini...a
Dan dengan penjelasan itu, semua perasaan negatif itu seumpama terbang jauh dari aku... Betapa selama hampir 15 tahun itu aku sebenarnya amat bersalah kepada emak yang melahirkan aku itu... dan pada kesempatan di Tanah suci Mekah itu, aku memohon keampunan dan kemaafan daripada emak.... Betapa aku ini selama itu merupakan anak yang sering menyakiti orangtuaku.... dan aku ingin menebus kesalahanku ... Alhamdullillah, kerana aku masih berpeluang membetulkan jalanku ini dan menunaikan tanggungjawabku kepada emak... Ketika bapa meninggalkan kami kembali ke rahmatullah.... emak memang terlalu lemah... kerana kepada bapalah segala-galanya di dunia ini, namun emak masih bersikap tabah dan belajar hidup berdikari tanpa bapa , perlahan-lahan... Itulah yang menguatkan aku juga dalam menjalani hidup ini... emak cuba sekuat mungkin menutup kesedihannya, mungkin untuk semua anak-anaknya, atau mungkin sekali untuk aku yang sememangnya amat rapat dengan bapa.. Dan demi membantu dan saling menyokong, aku dan keluarga cuba untuk menjalani dengan ingatan terus kepada bapa yang kami kasihi....
Sehingga kini, aku sebenarnya amat terasa hampa jika ada kalangan ibu atau bapa yang menganiayai anak-anak mereka... Kerana sebelum anak-anak itu menderhakai orangtua mereka, mereka... ibu bapa itu menderhakai anak-anak mereka dengan mengabaikan tanggungjawab... ada kalangan mereka pula yang menjadi haruan makan anak...
Aku secara peribadi terkesan dengan perasaan anak-anak yang diberikan kepada oranglain waima kepada keluarga seperti datuk dan nenek, bapa saudara... ada kalanya aku berasa mereka akan ada perasaan seperti aku nanti, memberontak... mempersoalkan kenapa anak-anak lain ibu bapa mereka pelihara sendiri sedangkan anak itu seperti aku... diberikan di bawah penjagaan orang lain... Betapa melewah kasih sayang orang lain itu, tidak akan sama dengan apa yang diingini dalam hati sendiri bersama keluarga kandung sendiri... Kini, apabila anak-anak saudara aku bermanja dengan aku, lebih daripada ibu bapa mereka... Mendahulukan aku lebih daripada ibu bapa mereka... biarpun mereka anak-anak saudaraku, aku akan mengalihkan kembali perhatian, kasih sayang mereka kepada ibu bapa mereka... kerana aku tahu betapa sakitnya dalam hati seorang ibu, berkongsi kasih anak-anak dengan orang lain biarpun saudara sendiri.
Sering kali juga ketika melihat wajah adik-adik ku apabila anak-anak mereka akan menyambut dan memeluk aku... sering berubah rona dan sinar... Biarpun dengan senyum mereka menerima kehadiran, rasa cemburu melihat anak-anak memeluk cium aku pasti ada... kerana suatu masa dulu aku hanya faham perasaan seorang anak yang umpama disisihkan dan kerana kini aku sudah mulai faham tentang perasaan ibu yang berkorban kasih untuk kebahagiaan orang lain.
Dan, atas alasan itu juga sebenarnya aku menolak beberapa dia dalam hidup aku secara diam dan baik... atas alasan tidak direstui.... atas alasan menidakkan kasih sayang itu... kerana aku bimbang rasa kasih mereka kepada aku secara keterlaluan itu akan 'merampas' mereka daripada ibu mereka... dan itu akan menyakitkan hati orangtua mereka dan juga menyakitkan hati aku ini... Cukuplah aku meragui kasih sayang dan cinta emak kepada aku suatu masa dulu... aku tidak mahu melukakan hati seorang ibu yang lain pula...
Tiada seorang ibu pun yang memiliku naluri keibuan itu akan membuang anaknya jauh darinya.. Cuma sek
arang ini, banyak pula ibu yang tidak memahami apa itu 'ibu' sebenarnya.... mereka tidak pernah 'kehilangan' seperti aku ini, seperti beberapa orang yang lain itu... maka kasih sayang ibu mereka itu tidak memberi sedikit nilai kepada mereka, ketika mereka sendiri menjadi ibu....Alhamdullillah..... dalam payah hidup aku yang lalu; jika boleh dikatakan payah... aku bersyukur masih punyai kasih sayang hebat dalam hidupku ini.... dan kalau tidak tersurat bagi aku menjadi ibu sekalipun... aku tahu besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang emak kepada aku... Ya Allah berikan kebahagiaan kepada emak dunia dan akhirat.... Amin.
Khamis, Julai 15, 2010
MENGISI MASA ATAU MENGHILANGKAN KERESAHAN????
Jam sudah menjangkau 2 pagi.... mata masih belum ingin lena lagi...Hati aku ini resahkah??? Hati aku ini bimbangkah???
Hati ini rindukah??? Hati aku ini sunyikah???
Rasanya semua tidak....
Cuma malam ini aku hanya tidak boleh lena.. Membaca kadang kala membuat aku lebih cergas dan tidak mengantuk... apatah lagi jika ada kerja yang banyak..
Maka aku mengambil keputusan mencatat kisah-kisah dalam blog aku ini... yang sebelum ini jarang sekali aku jengah...
Sebenarnya, tiada pernyataan, pengisahan atau catatan penting.. cuma aku ingin mencatat..
Aku berfiki
r-fikir untuk mempelbagaikan catatan aku ini... yakni bukan lagi berkisar tentang dia, dia, dia.... yang aku kasihi, yang aku sayangi, yang aku rindu.... hanya cinta aku kepada sesama insan itu... Aku rasa lebih selesa mencatat segala sesuatu itu secara bebas. Isu-isu yang tidak begitu membebankan.. Merujuk kepada blog-blog aku yang lain... aku akan mencatat dan menguruskan secara bergilir dan tekal sekurang-kurangnya akan aku edit atau akan aku catat sesuatu seminggu sekali... Inilah juga tanda cinta aku kepada DIA yang Maha Penyayang itu... Pastinya setiap sesuatu itu aku sandarkan sasaran dan matlamatku... Maka maksudnya, aku perlu menentukan jalan yang akan kuteruskan perjalanan catatan aku ini..
Insyaallah, aku akan terus mencatat isu-isu pelik yang pernah aku alami sepanjang hidup aku ini... yang dapat aku jadikan panduan untuk diri aku ini... dan jika catatan aku ini juga boleh dimanafaatkan oleh orang lain.. Semoga usaha aku ini diiringi dengan kelapangan dan kemudahan untuk segala urusan yang berkaitan dengannya..Hidup ini indah... walau kadangkala penuh dengan ujian dan dugaan. Banyak perkara-perkara pahit, melukakan, menghampakan... manis, yang menggembirakan, yang membahagiakan; hambar, kesunyian, kehampaan.... Masin, melucukan, memalukan ... dan, dan, dan banyak lagi cerita-cerita yang ada di dalamnya jutaan pengajaran, sama ada yang kita sedari ataupun tidak kita sedari..
Aku juga tidak begitu arif tentang Al-Furqan dan Al-Hadis... dan, jika aku tidak menggunakan sebarang pernyataan berpandukan kedua-duanya itu, aku kira tidak menjadi apa-apa kesalahan... DAN, alhamdullillah hidup aku ini masih berlandaskan Quran dan Hadis yang aku kira perlu berusaha memahami isi kandung sehingga aku mampu memahami... walaupun mungkin DIA menjemput aku awal mahupun lambat... semoga aku bisa menjadi contoh walaupun kepada diriku sendiri..
Di laman sesawang ini aku kira akan bisa aku catatkan rasa hati tentang sesuatu isu terkini, mahupun beberapa hal yang berkaitan dengan diri ini. Cuma insyaallah aku akan menjaga kerahsiaan untuk menjaga aib sekiranya ada yang terlibat dalam catatan ini. Aku takut diaibkan diakhirat kelak jika aku tidak menjaga aib diri dan orang-orang berkaitan, waima jika watak tersebut musuhku...apatah lagi jika mereka tergolong dalam khairatku... Insayaallah juga akan aku junjung ketinggian budi dan akhlak Rasullullah SAW, keluarganya dan para sahabat baginda serta contoh ulama yang terutama... Semoga usaha aku ini sebagai suatu jalan menyampaikan pendapat dan hujah yang bermanafaat walaupun daripada pemikiran dan tanggapan aku yang dangkal.

Aku juga rasa bersyukur diberikan kemampuan menyampaikan sesuatu itu secara tersurat mahupun tersirat. Dan aku tahu pasti jika ada yang terlibat dalam catatan aku ini mereka akan memahaminya dengan jelas.. Maka apa sahaja mesej yang aku ingin sampaikan akan diterima dengan jelas oleh mereka yang berkenaan.
Bukanlah pula aku mencatat pengalaman lalu ataupun keanehan-keanehan yang berlaku kepada aku ini bertujuan membanggakan diri atau menunjuk-nunjukkkan konon ada keistimewaa
n dalam diri ini tidak dimiliki oleh oranglain.. Aku berniat memaparkan beberapa kisah kelak bertujuan sekiranya ada yang mengalami peristiwa yang sama, maka akan dapat dimanafaatkan pengalaman itu...
Aku juga tidak mahu disalahanggap dengan apa yang akan aku catat kelak... Apapun tanggapan pembaca mahupun orang yang terlibat tidaklah aku harapkan menjejaskan apa-apa reputasi diri sama ada diri aku , mahupun orang sekeliling aku ini...
Sebelum ini aku sering mencatat tentang dia dalam hidup aku ini... malah dia itu lebih menjurus kepada golongan lelaki... Dan aku akan menggunakan perkataan/ panggilan 'dia' untuk golongan itu... jika ada kisah-kisah yang berkaitan.. Itu sahaja usaha aku, sekiranya akan ada catatan yang sensitif dan berkaitan dengan peribadi seseorang, tidaklah hal itu menjadi masalah atau masalah-masalah yang tidak terduga.
Semoga usaha aku ini benar, pendapat dan idea aku b
ernas dan jalan yang aku pilih ini 'lurus' dan tidak memudaratkan aku di sana kelak. Setiap apa yang aku catatkan kelak aku iringan permohonan doa agar catatan itu sesuatu yang memberikan kemanafaatan untuk diri aku sendiri dan orang lain... semoga tidak akan berlaku sebaliknya.Sekiranya memahami, dan ada yang terluka dengan catatan-catatan lalu, aku mohon jutaan kemaafan.. Aku sememangnya tidak sempurna,
namun aku tidak mampu menanggung natijah daripada apa yang sahaja sekiranya ada yang bodoh aku lakukan sama ada secara sedar mahupun tidak sedar.... Dan, sebenarnya kalian boleh membetulkan dengan memberikan komen yang bernas dan teguran yang membina... tidak kiralah siapakah anda...Jika aku ada kesilapan, usahlah dibiarkan aku terus dalam kekhilafan itu tanpa sebarang perhatian yang dapat membetulkan aku ini.
Semoga apa yang aku catatkan di kepala laman ini, akan menjadi doa yang sebaiknya... InsyaALLAH....
Rabu, Julai 14, 2010
MASIH ADA LAGIKAH YANG....
15 Julai, 2010.... Hari ini aku bertugas semula... 2 hari ini aku tidak begitu sihat untuk bertugas.
Selasa lalu, aku menerima khabar 2 orang rakan yang berbadan dua... Alhamdullillah... Semoga keadaan aku ini bertambah baik hendaknya dalam beberapa waktu ini.
Namun, selepas itu aku terasa juga mual dan meloya... Aku ke kampung semalam, biarpun keadaan belum benar-benar sihat.. Seperti mengidam, lagaknya... Aku sendiri pun tak pasti mengapa rasa seperti orang hamil ini masih ada lagi. Adikku bising-bising kerana terpaksa menemani aku untuk mencari makanan yang ingin aku nikmati itu... Ah, teringin hendak makan mee bandung Seri Kampung...
Emak pun seperti tahu saja.. sebaik sahaja aku menelefon emak dan kakak terus setuju. Emak bertanya, tak habi
s-habis mengidam... aku tak menjawab, diam mengiyakan dengan mengangguk... Macam mana aku hendak menjawab... dalam hati perut aku ini terkandung pelbagai rasa.... keinginan yang meluap, rasa meloya yang melonjak, rasa pening dan senak yang menerjah... macam-macam.
Selesai menjamu selera dengan sebahagian makanan itu aku habiskan secara terpaksa kami pulang ke rumah tempat tinggalku... membawa emak dan kakak serta anak buah sekali... sebabnya aku terasa hendak muntah... dalam perjalanan aku terus membelok ke Tesco....
Anak-anak kecil dalam kereta bertanya kenapa singgah Tesco sedangkan setiap kali mereka sebut, aku selalu katakan Tesco tidak boleh pergi, kena boikot... Memang, Tescolah pilihan terakhirku kini membeli belah... kecuali terpaksa. Aku menjawab singgah untuk ke tandas sahaja. Agak lama aku dalam tandas.... memuntahkan apa yang aku makan tadi, sedangkan alasanku perutku sakit...
Perjalanan seterusnya aku memandu secara perlahan dengan keadaanku yang tidak menyelesakan itu.. sampai di rumah aku terus ke bilik, berbaring.... peluh dingin mencurah-curah.. setelah beberapa waktu baru aku bersama tetamu menjamah makanan...
Mengapa perlu berkeadaan begitu lagi? Bukankah aku sudah mengetahui dua orang rakan hamil pada hari semalamnya... Aku mengeluh panjang... dan adikku cuba melegakan dan menyarankan bertanya balik kalau-kalau ada yang hamil lagi... jika tidak ada, aku perlu mendapat nasihat doktor.. mungkin sintom penyakit lain pula..

DAN hari ini pada awal pagi, seorang rakan menanyakan suatu soalan... adakah aku sudah menerima khabar baik tentang rakan yang seorang di hadapan kami... Aku bertanya kenapa, Hamil??? Hah, memang mereka sudah agak.... bertanya adakah aku mabuk-mabuk... setelah mengiyakan dengan gembira rakanku menyatakan dia hamil dan memaklumkan seorang lagi rakan lain turut hamil..... Alhamdullillah, minggu ini aku menerima empat berita kehamilan.. dan sesungguhnya aku berharap kemabukan ini akan berakhir... bolehlah aku melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin...
Namun, pada ketika ini..... jam 10.30 pagi ini, ketika aku menaip catatan ini.... aku masih mual, loya-loya dan rasa senak pada hulu hati.... Aku masih pening-pening dan aku masih rasa hendak muntah... Peluh dingin masih mencurah-curah dan keadaan aku ini masih tidak stabil...
Ya Allah..... Bila semua ini hendak berakhir.
MASIH ADA LAGIKAH RAKAN-RAKAN ATAU MEREKA YANG HAMPIR DENGANKU INI HAMIL????
Semoga selepas ini aku akan dapat khabar-khabar baik itu lagi... dan rasanya, bukan seorang, mungkin dua dan mungkin tiga.....jpg)
Ya ALLAH, jika ini rezeki dan anugerah yang diberikan dan tersedia untuk ku, aku redha... Ampunkan aku sekiranya ada ketika aku berkeluh kesah dengan semua keadaan ini... Kerana kadangkala keadaan ini amat membebankan dan terasa menyulitkan terutama ketika aku mempunyai komitmen kepada beberapa hal... Ringankanlah sedikit keresahan ini... Bantulah aku, Ya ALLAH...
Aku sebenarnya gembira, apabila ada anak-anak baru yang akan lahir... biarpun aku tidak berpeluang untuk melahirkan zuriat sendiri... dan semoga anak-anak yang bakal lahir itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... serta menjadi generasi yang mendukung kepimpinan Islam yang jitu dan berjati diri muslim yang sebenar....
Dan, aku lebih suka menerima berita-berita ini daripada kemusnahan yang tidak terduga atau musibah yang tidak sepatutnya...
Cuma dalam pada ketika ini, aku harap alahan-alahan ini akan berakhir segera kerana adik iparku sedang menunggu hari-hari kelahiran anaknya yang kedua.. Mungkin tidak masuk akal, tetapi jalinan daripada pertalian darah ini lebih kuat lagi.... dan seperti yang sering aku alami ketika adik beradik aku melahirkan ini, aku berkira-kira mungkin aku akan merasai kesan kesakitan melahirkan yang bakal tiba itu kelak... Maka Ya Allah... aku berharap aku dapat menghilangkan semua rasa mual dan kemabukan akibat kehamilan ini.... Semoga aku mempunyai cukup tenaga dan kesihatan untuk menghadapi kelahiran anak saudara aku itu kelak... Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusan aku kelak Amin...
Semoga kehamilan-kehamilan rakan-rakan aku itu juga akan dilalui dalam keadaan yang sebaik mungkin... Semoga anak-anak yang bakal lahir sihat dan membahagiakan kedua-dua orangtua mereka... Amin.
Selasa lalu, aku menerima khabar 2 orang rakan yang berbadan dua... Alhamdullillah... Semoga keadaan aku ini bertambah baik hendaknya dalam beberapa waktu ini.Namun, selepas itu aku terasa juga mual dan meloya... Aku ke kampung semalam, biarpun keadaan belum benar-benar sihat.. Seperti mengidam, lagaknya... Aku sendiri pun tak pasti mengapa rasa seperti orang hamil ini masih ada lagi. Adikku bising-bising kerana terpaksa menemani aku untuk mencari makanan yang ingin aku nikmati itu... Ah, teringin hendak makan mee bandung Seri Kampung...
Emak pun seperti tahu saja.. sebaik sahaja aku menelefon emak dan kakak terus setuju. Emak bertanya, tak habi
s-habis mengidam... aku tak menjawab, diam mengiyakan dengan mengangguk... Macam mana aku hendak menjawab... dalam hati perut aku ini terkandung pelbagai rasa.... keinginan yang meluap, rasa meloya yang melonjak, rasa pening dan senak yang menerjah... macam-macam. Selesai menjamu selera dengan sebahagian makanan itu aku habiskan secara terpaksa kami pulang ke rumah tempat tinggalku... membawa emak dan kakak serta anak buah sekali... sebabnya aku terasa hendak muntah... dalam perjalanan aku terus membelok ke Tesco....
Anak-anak kecil dalam kereta bertanya kenapa singgah Tesco sedangkan setiap kali mereka sebut, aku selalu katakan Tesco tidak boleh pergi, kena boikot... Memang, Tescolah pilihan terakhirku kini membeli belah... kecuali terpaksa. Aku menjawab singgah untuk ke tandas sahaja. Agak lama aku dalam tandas.... memuntahkan apa yang aku makan tadi, sedangkan alasanku perutku sakit...Perjalanan seterusnya aku memandu secara perlahan dengan keadaanku yang tidak menyelesakan itu.. sampai di rumah aku terus ke bilik, berbaring.... peluh dingin mencurah-curah.. setelah beberapa waktu baru aku bersama tetamu menjamah makanan...
Mengapa perlu berkeadaan begitu lagi? Bukankah aku sudah mengetahui dua orang rakan hamil pada hari semalamnya... Aku mengeluh panjang... dan adikku cuba melegakan dan menyarankan bertanya balik kalau-kalau ada yang hamil lagi... jika tidak ada, aku perlu mendapat nasihat doktor.. mungkin sintom penyakit lain pula..

DAN hari ini pada awal pagi, seorang rakan menanyakan suatu soalan... adakah aku sudah menerima khabar baik tentang rakan yang seorang di hadapan kami... Aku bertanya kenapa, Hamil??? Hah, memang mereka sudah agak.... bertanya adakah aku mabuk-mabuk... setelah mengiyakan dengan gembira rakanku menyatakan dia hamil dan memaklumkan seorang lagi rakan lain turut hamil..... Alhamdullillah, minggu ini aku menerima empat berita kehamilan.. dan sesungguhnya aku berharap kemabukan ini akan berakhir... bolehlah aku melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin...
Namun, pada ketika ini..... jam 10.30 pagi ini, ketika aku menaip catatan ini.... aku masih mual, loya-loya dan rasa senak pada hulu hati.... Aku masih pening-pening dan aku masih rasa hendak muntah... Peluh dingin masih mencurah-curah dan keadaan aku ini masih tidak stabil...
Ya Allah..... Bila semua ini hendak berakhir.
MASIH ADA LAGIKAH RAKAN-RAKAN ATAU MEREKA YANG HAMPIR DENGANKU INI HAMIL????
Semoga selepas ini aku akan dapat khabar-khabar baik itu lagi... dan rasanya, bukan seorang, mungkin dua dan mungkin tiga....
.jpg)
Ya ALLAH, jika ini rezeki dan anugerah yang diberikan dan tersedia untuk ku, aku redha... Ampunkan aku sekiranya ada ketika aku berkeluh kesah dengan semua keadaan ini... Kerana kadangkala keadaan ini amat membebankan dan terasa menyulitkan terutama ketika aku mempunyai komitmen kepada beberapa hal... Ringankanlah sedikit keresahan ini... Bantulah aku, Ya ALLAH...
Aku sebenarnya gembira, apabila ada anak-anak baru yang akan lahir... biarpun aku tidak berpeluang untuk melahirkan zuriat sendiri... dan semoga anak-anak yang bakal lahir itu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... serta menjadi generasi yang mendukung kepimpinan Islam yang jitu dan berjati diri muslim yang sebenar....
Dan, aku lebih suka menerima berita-berita ini daripada kemusnahan yang tidak terduga atau musibah yang tidak sepatutnya...
Cuma dalam pada ketika ini, aku harap alahan-alahan ini akan berakhir segera kerana adik iparku sedang menunggu hari-hari kelahiran anaknya yang kedua.. Mungkin tidak masuk akal, tetapi jalinan daripada pertalian darah ini lebih kuat lagi.... dan seperti yang sering aku alami ketika adik beradik aku melahirkan ini, aku berkira-kira mungkin aku akan merasai kesan kesakitan melahirkan yang bakal tiba itu kelak... Maka Ya Allah... aku berharap aku dapat menghilangkan semua rasa mual dan kemabukan akibat kehamilan ini.... Semoga aku mempunyai cukup tenaga dan kesihatan untuk menghadapi kelahiran anak saudara aku itu kelak... Ya Allah semoga dipermudahkan semua urusan aku kelak Amin...Semoga kehamilan-kehamilan rakan-rakan aku itu juga akan dilalui dalam keadaan yang sebaik mungkin... Semoga anak-anak yang bakal lahir sihat dan membahagiakan kedua-dua orangtua mereka... Amin.
Selasa, Julai 13, 2010
KEADAAN AKU INI PELIK TETAPI KEBIASAANNYA BENAR..
Tajuk ini aku pilih kali ini....
Keadaan aku yang pelik ini tetapi kebiasaannya benar... Apa yang pelik dan apa pula yang benar..

Suatu masa dulu aku tersenyum dan tergelak sendiri apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan atau saudara maraku tentang suatu keadaan yang berlaku dan berfikir mana logiknya cerita itu... Kesakitan seseorang dirasai oleh seseorang lain kerana keakraban dan tautan naluri..
Kegelisahan dan rasa sesuatu tidak baik akan hadir kepada orang-orang terdekat dan ditandai atau diisyaratkan melalui pelbagai kejadian.. Contohnya si isteri hamil dan si suami mengidam..
Suatu masa kakakku bercerita... seorang rakan lelakinya mengidam macam-macam kerana isterinya hamil... sedangkan si isteri tidak mengalami sebarang rasa teringin atau mengidam itu... aku gelak sahaja kerana aku kira cerita itu rekaan semata-mata.
Namun, aku akur apabila seorang saudara jauh menghadapi kemalangan kerana mabuk, pitam dan rasa meloya yang teruk. Tiba-tiba dia berasa pening dan mabuk, serta rasa meloya dan hilang kawalan kepada motorsikal yang ditungganginya.. Mujur ketika motorsikalnya tersasar ke parit tiada kenderaan lain di belakangnya...
Selepas kejadian itu, aku bertanya kepada nenek saudaraku yang kebetulan seorang bidan lama... Dia kata, tidak mustahil perkara itu berlaku.. kerana naluri seseorang itu kadangkala menautkan segala rasa sakit, gembira dan seumpama kepada seseorang yang sangat akrab itu.. dan aku mulai mempercayainya...

Kata nenek itu, itu dipanggil gerak rasa atau naluri. Kadangkala 'perkongsian' sebegitu adalah melalui suatu 'perjanjian' antara kedua-dua pihak suami-isteri itu.
Kejadian seumpama itu tidak menjadi pelik... apatah apabila berlaku kepada ahli keluargaku sendiri... contohnya, apabila abang iparku akan demam beberapa hari ke seminggu atau berminggu-minggu setiap kali kakak sulung ku hamil... lazim setiapkali iparku demam yang teruk, kami akan mendapat khabar baik itu... Hal lain juga apabila tiba waktu bersalin, ibu ku akan mengalami konstuksi bersalin dan ibu juga akan tahu sama bayi itu atau cucunya itu sudah selamat dilahirkan.. Katanya itu naluri keibuaan terhadap anak-anak..
Hal itu juga tidak menjadi pelik, apabila hal yang sama berlaku kepada aku ini... Aku akan terasa sesuatu keadaan apabila ibu ku tidak sihat dan ahli keluarga mengalami kesukaran... Apatah lagi jika setiap ahli keluarga... adik-beradikku dan iparduaiku hamil... Aku akan terasa mual dan kadangkala aku boleh mengagak berapa bulan kehamilan mereka..
Pernah suatu masa apabila adik ku minta untuk aku mengurutnya aku bertanya dia, kandungannya berapa bulan dan kunyatakan juga jangkaanku... lalu hendak dijadikan cerita, adikku memarahi kakakku kerana membocorkan berita kehamilan... tapi aku menjelaskan, bahawa aku memang ada perasaan tentang kehamilannya. Maka terpaksalah dia memohon maaf kepada kakak ku kerana bersalah sangka..
Cerita lain tentang keluarga ku ialah tentang adikku yang seorang lagi... jika dia hamil dia memang bersenanghati tidak perlu meminta apa yang dia suka malahan akan tersenyum apabila pulang ke rumah semua sudah tersedia.. Semua itu disebabkan rasa mengidam itu ada pada aku, dan aku akan mencari sedapat mungkin apa sahaja yang aku teringin itu... malah semua orang akan merasakan makanan itu termasuk adik yang hamil itu... sehingga suatu masa dia ingin menyembunyikan, aku dapat mengagaknya kerana ada pergerakan dalam tubuhku... maka aku boleh mengagak berapa bulan kandungan itu..

Tidak menjadi pelik apabila berlaku kepada saudara atau keluarga sendiri...
Kini, menjadi pelik kerana aku sering mabuk, pitam, pening, meloya dan mengidam apabila sesiapa yang menjadi kenalanku, juga sesiapa yang sering berada di sekelilingku walaupun bukan yang akrab hamil...
Dahulu jika yang hamil itu selain keluarga adalah teman-teman akrab yang boleh membuat aku berasa begitu 'tersiksa' mengidam... Bukanlah masalah kerana yang akrab dengan ku tidak begitu ramai... Setiap kali aku mengalami alahan itu aku boleh bertanya..
Ada juga rasa gembira apabila khabar itu sampai kepada aku ini... dan selain rasa gembira tentang bakal kehadiran keluarga baru itu, khabar itu juga bermakna rasa mabuk atau mengidam itu akan hilang...

Hari ini 14 Julai,2010.... Beberapa kejadian berlaku beberapa hari dan minggu yang lalu... Aku sebenarnya terasa siksa dan tertekan dengan keadaan aku ini... Setiap hari aku akan muntah-muntah dan mabuk... Kadang-kadang melampau... sehinggga keselesaan aku kepada aktiviti harian juga kadangkala terjejas.. Malah jadi kesukaran apabila aku mula mengidam makan makanan yang agak jauh tempatnya untuk didapati... aku akan memandu jauh adakalanya berpuluh kilometer untuk mendapatkan semangkuk mee atau sepinggan nasi.... dan setelah merasai makanan itu, aku tak mungkin menghabiskannya.... Keloyaan baru datang, keinginan kepada makanan lain tiba... sehinggalah aku tahu siapakah yang sedang hamil...
Tentu pelik, kan.... tapi itulah hakikatnya...
Beberapa hari la
lu aku bermimpi beberapa orang yang selayaknya tidak dalam mimpi aku ini, namun aku berat menyatakan bahawa merekalah yang hamil... Namun beberapa hari ini, dua orang memaklumkan bahawa mereka hamil..... Alhamdullillah, kerana mereka memberitahu walaupun aku tidak bertanya-tanya... seorang itu berkata mendengar aku merungut kepada seorang rakan, dan seorang lagi mendengar aku meloya-loya dan muntah-muntah dalam tandas.. Mungkin mereka kasihan kepada aku, kerana sebelum ini aku bertanya juga.. cuma kini aku sudah malu hendak bertanya...
Akan tetapi, hari ini aku masih merasakan pelbagai keinginan atau rasa mengidam itu malah masih muntah-muntah waktu pagi... apa mereka panggil? " Morning sick" bagi perempuan mengandung... Aku sudah malas hendak bertanya.... Mungkin isteri kawan-kawan ku pula... Semoga akan ada khabar yang menyusul kelak...

Banyak juga kisah yang memulakan kisah aku ini... antaranya mimpi aku yang beberapa kali membidani perempuan bersalin... aku memang tidak mahu mendalami atau percaya akan mimpi-mimpi itu tetapi yang nyata, naluri aku kepada wanita hamil agak tinggi... dan aku memang sudah bisa mengurut secara tradisional.. Seorang perempuan memang pernah menghampiriku. Perempuan itu agak tua.. yang pelik dia bertanya tentang suatu ubat... tidak aku ingin menyatakan di sini... lalu aku bertanya kembali kenapa dia memintanya daripada aku? Perempuan separuh umur itu menjawab bukankah aku ini seorang yang 'pandai' dalam perubatan tradisional dan perbidanan...
AAHH!!! Biar betul.....
Aku tidak pernah jadi bidan dan aku tidak tahu amalan perubatan alternatif mahupun tradisional seperti yang dimaksudkan.. Memang banyak yang menawarkan untuk mengajar aku, tetapi aku tahu aku tidak mampu... maka mana mungkin 'ilmu' itu akan datang tanpa aku mempelajari... Dan mungkin aku boleh mengubati...tetapi untuk diri aku sendiri sahaja, itupun kerana suatu masa dulu aku pernah dianiayai orang... disihir dan disantau. Maka amalah itu daripada beberapa orang ustaz dan bapa angkatku, amalan untuk diri sendiri...
Dan, aku tidak bersedia, malah bukan seorang yang begitu sabar dalam amalan alternatif ini....

Mungkin semuanya ini tidak pelik bagi sesetengah orang... tapi sedikit pelik bagi diri aku sendiri. Bagi rakan-rakan sekerja apatah lagi keluargaku... kepelikan kepada diri aku ini, mungkin telah mereka yakini.. Maka jika mereka terasa kasihan kepada aku, mungki.... mereka akan bercerita sendiri kepada aku. Aku ingin berterima kasih kepada mereka yang perihatin dengan keadaan aku ini... Biarlah bermula dengan rasa kasihan dengan keadaan aku, tetapi tindakan memaklumkan berita-berita gembira itu adalah sesuatu yang menyelesaikan masalah dan menyenangkan keadaan aku ini. Bukanlah aku menolak 'anugerah' ini tetapi ada waktu-waktu aku kurang selesa dengan diri aku... Semoga apa yang aku alami ini suatu kebaikan bukan kemudaratan... sama ada untuk diri aku sendiri, keluarga, rakan-rakan, kenalan mahupun sesiapa sahaja...Semoga kebaikan ini juga memberikanku kemaslahatan yang banyak di dunia dan akhirat... InsyaAllah...
Yunimaha5
Keadaan aku yang pelik ini tetapi kebiasaannya benar... Apa yang pelik dan apa pula yang benar..

Suatu masa dulu aku tersenyum dan tergelak sendiri apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan atau saudara maraku tentang suatu keadaan yang berlaku dan berfikir mana logiknya cerita itu... Kesakitan seseorang dirasai oleh seseorang lain kerana keakraban dan tautan naluri..
Kegelisahan dan rasa sesuatu tidak baik akan hadir kepada orang-orang terdekat dan ditandai atau diisyaratkan melalui pelbagai kejadian.. Contohnya si isteri hamil dan si suami mengidam..
Suatu masa kakakku bercerita... seorang rakan lelakinya mengidam macam-macam kerana isterinya hamil... sedangkan si isteri tidak mengalami sebarang rasa teringin atau mengidam itu... aku gelak sahaja kerana aku kira cerita itu rekaan semata-mata.
Namun, aku akur apabila seorang saudara jauh menghadapi kemalangan kerana mabuk, pitam dan rasa meloya yang teruk. Tiba-tiba dia berasa pening dan mabuk, serta rasa meloya dan hilang kawalan kepada motorsikal yang ditungganginya.. Mujur ketika motorsikalnya tersasar ke parit tiada kenderaan lain di belakangnya...
Selepas kejadian itu, aku bertanya kepada nenek saudaraku yang kebetulan seorang bidan lama... Dia kata, tidak mustahil perkara itu berlaku.. kerana naluri seseorang itu kadangkala menautkan segala rasa sakit, gembira dan seumpama kepada seseorang yang sangat akrab itu.. dan aku mulai mempercayainya...

Kata nenek itu, itu dipanggil gerak rasa atau naluri. Kadangkala 'perkongsian' sebegitu adalah melalui suatu 'perjanjian' antara kedua-dua pihak suami-isteri itu.
Kejadian seumpama itu tidak menjadi pelik... apatah apabila berlaku kepada ahli keluargaku sendiri... contohnya, apabila abang iparku akan demam beberapa hari ke seminggu atau berminggu-minggu setiap kali kakak sulung ku hamil... lazim setiapkali iparku demam yang teruk, kami akan mendapat khabar baik itu... Hal lain juga apabila tiba waktu bersalin, ibu ku akan mengalami konstuksi bersalin dan ibu juga akan tahu sama bayi itu atau cucunya itu sudah selamat dilahirkan.. Katanya itu naluri keibuaan terhadap anak-anak..
Hal itu juga tidak menjadi pelik, apabila hal yang sama berlaku kepada aku ini... Aku akan terasa sesuatu keadaan apabila ibu ku tidak sihat dan ahli keluarga mengalami kesukaran... Apatah lagi jika setiap ahli keluarga... adik-beradikku dan iparduaiku hamil... Aku akan terasa mual dan kadangkala aku boleh mengagak berapa bulan kehamilan mereka..
Pernah suatu masa apabila adik ku minta untuk aku mengurutnya aku bertanya dia, kandungannya berapa bulan dan kunyatakan juga jangkaanku... lalu hendak dijadikan cerita, adikku memarahi kakakku kerana membocorkan berita kehamilan... tapi aku menjelaskan, bahawa aku memang ada perasaan tentang kehamilannya. Maka terpaksalah dia memohon maaf kepada kakak ku kerana bersalah sangka..

Cerita lain tentang keluarga ku ialah tentang adikku yang seorang lagi... jika dia hamil dia memang bersenanghati tidak perlu meminta apa yang dia suka malahan akan tersenyum apabila pulang ke rumah semua sudah tersedia.. Semua itu disebabkan rasa mengidam itu ada pada aku, dan aku akan mencari sedapat mungkin apa sahaja yang aku teringin itu... malah semua orang akan merasakan makanan itu termasuk adik yang hamil itu... sehingga suatu masa dia ingin menyembunyikan, aku dapat mengagaknya kerana ada pergerakan dalam tubuhku... maka aku boleh mengagak berapa bulan kandungan itu..

Tidak menjadi pelik apabila berlaku kepada saudara atau keluarga sendiri...
Kini, menjadi pelik kerana aku sering mabuk, pitam, pening, meloya dan mengidam apabila sesiapa yang menjadi kenalanku, juga sesiapa yang sering berada di sekelilingku walaupun bukan yang akrab hamil...
Dahulu jika yang hamil itu selain keluarga adalah teman-teman akrab yang boleh membuat aku berasa begitu 'tersiksa' mengidam... Bukanlah masalah kerana yang akrab dengan ku tidak begitu ramai... Setiap kali aku mengalami alahan itu aku boleh bertanya..
Ada juga rasa gembira apabila khabar itu sampai kepada aku ini... dan selain rasa gembira tentang bakal kehadiran keluarga baru itu, khabar itu juga bermakna rasa mabuk atau mengidam itu akan hilang...

Hari ini 14 Julai,2010.... Beberapa kejadian berlaku beberapa hari dan minggu yang lalu... Aku sebenarnya terasa siksa dan tertekan dengan keadaan aku ini... Setiap hari aku akan muntah-muntah dan mabuk... Kadang-kadang melampau... sehinggga keselesaan aku kepada aktiviti harian juga kadangkala terjejas.. Malah jadi kesukaran apabila aku mula mengidam makan makanan yang agak jauh tempatnya untuk didapati... aku akan memandu jauh adakalanya berpuluh kilometer untuk mendapatkan semangkuk mee atau sepinggan nasi.... dan setelah merasai makanan itu, aku tak mungkin menghabiskannya.... Keloyaan baru datang, keinginan kepada makanan lain tiba... sehinggalah aku tahu siapakah yang sedang hamil...
Tentu pelik, kan.... tapi itulah hakikatnya...
Beberapa hari la
lu aku bermimpi beberapa orang yang selayaknya tidak dalam mimpi aku ini, namun aku berat menyatakan bahawa merekalah yang hamil... Namun beberapa hari ini, dua orang memaklumkan bahawa mereka hamil..... Alhamdullillah, kerana mereka memberitahu walaupun aku tidak bertanya-tanya... seorang itu berkata mendengar aku merungut kepada seorang rakan, dan seorang lagi mendengar aku meloya-loya dan muntah-muntah dalam tandas.. Mungkin mereka kasihan kepada aku, kerana sebelum ini aku bertanya juga.. cuma kini aku sudah malu hendak bertanya...Akan tetapi, hari ini aku masih merasakan pelbagai keinginan atau rasa mengidam itu malah masih muntah-muntah waktu pagi... apa mereka panggil? " Morning sick" bagi perempuan mengandung... Aku sudah malas hendak bertanya.... Mungkin isteri kawan-kawan ku pula... Semoga akan ada khabar yang menyusul kelak...

Banyak juga kisah yang memulakan kisah aku ini... antaranya mimpi aku yang beberapa kali membidani perempuan bersalin... aku memang tidak mahu mendalami atau percaya akan mimpi-mimpi itu tetapi yang nyata, naluri aku kepada wanita hamil agak tinggi... dan aku memang sudah bisa mengurut secara tradisional.. Seorang perempuan memang pernah menghampiriku. Perempuan itu agak tua.. yang pelik dia bertanya tentang suatu ubat... tidak aku ingin menyatakan di sini... lalu aku bertanya kembali kenapa dia memintanya daripada aku? Perempuan separuh umur itu menjawab bukankah aku ini seorang yang 'pandai' dalam perubatan tradisional dan perbidanan...

AAHH!!! Biar betul.....
Aku tidak pernah jadi bidan dan aku tidak tahu amalan perubatan alternatif mahupun tradisional seperti yang dimaksudkan.. Memang banyak yang menawarkan untuk mengajar aku, tetapi aku tahu aku tidak mampu... maka mana mungkin 'ilmu' itu akan datang tanpa aku mempelajari... Dan mungkin aku boleh mengubati...tetapi untuk diri aku sendiri sahaja, itupun kerana suatu masa dulu aku pernah dianiayai orang... disihir dan disantau. Maka amalah itu daripada beberapa orang ustaz dan bapa angkatku, amalan untuk diri sendiri...
Dan, aku tidak bersedia, malah bukan seorang yang begitu sabar dalam amalan alternatif ini....

Mungkin semuanya ini tidak pelik bagi sesetengah orang... tapi sedikit pelik bagi diri aku sendiri. Bagi rakan-rakan sekerja apatah lagi keluargaku... kepelikan kepada diri aku ini, mungkin telah mereka yakini.. Maka jika mereka terasa kasihan kepada aku, mungki.... mereka akan bercerita sendiri kepada aku. Aku ingin berterima kasih kepada mereka yang perihatin dengan keadaan aku ini... Biarlah bermula dengan rasa kasihan dengan keadaan aku, tetapi tindakan memaklumkan berita-berita gembira itu adalah sesuatu yang menyelesaikan masalah dan menyenangkan keadaan aku ini. Bukanlah aku menolak 'anugerah' ini tetapi ada waktu-waktu aku kurang selesa dengan diri aku... Semoga apa yang aku alami ini suatu kebaikan bukan kemudaratan... sama ada untuk diri aku sendiri, keluarga, rakan-rakan, kenalan mahupun sesiapa sahaja...Semoga kebaikan ini juga memberikanku kemaslahatan yang banyak di dunia dan akhirat... InsyaAllah...
Yunimaha5
Selasa, Julai 06, 2010
PADA KETIKANYA AKU TERASA BEGITU HAMBAR..
Bukanlah suatu yang asing bagiku apabila ada ketika dan hari-hari yang tidak begitu menyenangkanku.. Namun beberapa hari malah mungkin beberapa minggu belakangan ini aku terasa kosong dan hidupku seperti tidak bergerak dan beredar seperti kebiasaannya. Ada sahaja yang hampir tidak berlaku malah ada yang mungkin terlaksana dengan terlalu lambat seumpama sesuatu itu tidak berlaku...Memeningkan kepala... Ya Allah, adakah hidup aku ini... beberapa waktu ini dalam ke'celaka'an? Aku sendiri tiada jawapannya... Mungkin ya atau benar... kerana tiada sebarang perubahan pada beberapa waktu ini, hari ini, minggu ini... berbanding bagi setiap hari semalamnya. Ada waktu ketika memandu pun aku bisa terlelap.. Namun, alhamdullillah aku tidak terlibat dengan sebarang kemalangan... bersama aku dua orang ibu atau isteri... dan jika berlaku sesuatu, tentu kekesalan tidak akan sesekali meninggalkanku kelak... Dan, semoga dijauhkan daripada segala sesuatu yang tidak diingini....

Aku berasakan demikian, kerana aku berpegang kuat dengan pepatah Arab yang bermaksud;
"Beruntunglah seseorang yang hari ini lebih baik daripada semalam;
Rugilah seseorang itu yang hari ini sama dengan hari semalam; dan celakalah bagi seseorang itu jika hari ini lebih teruk daripada semalam.."
Aku muhasabah diri... namun aku tidak berjumpa, khilaf perjalanan hidupku dalam hari-hari yang ku lalui ni. Masih kini, aku terus mencari.... Kesumbingan di bibir cecawan kehidupanku ini... semoga aku bisa mencari jawapannya, lalu menghindarkan kebimbangan dalam hati aku ini.
Beberapa waktu ini beberapa sahabat bertanya kepada aku tentang beberapa perkara. Soalan-soalan yang aku kira tidak sesekali berkaitan dengan keadaan aku beberapa waktu belakangan ini... Kasihan mereka berprasangka begitu kepada aku... tetapi terima kasih juga dengan keperihatinan itu. Aku sendiri tidak punya jawapannya...Sahabat,
Hidupku tidak ada kesusahan apa-apa... malahan beberapa waktu ini DIA berikan aku rahmat dan rezeki yang baik... sehingga jika suatu ketika aku terbeban dengan banyak hutang, hari ini semua itu sudah aku jelaskan dan sudah aku uruskan masalah-masalah berkaitan sebaiknya.

Sahabat,
Aku tidak pernah berkecil hati, atau berasa hati, atau berasa hampa, atau berasa disakiti... Bukan penghargaan yang aku harapkan dalam kerjaya dan apa sahaja tanggungjawabku.. kerana bukan itu juga aku harapkan dalam hidupku... Aku ikhlas untuk semua itu, semoga ikhlas itu adalah benih-benih ibadah sepanjang hidup kita yang jelas semakin singkat hari ke hari..
Apatah lagi untuk aku berasa iri hati dan dalam mempertikaikan kejayaan dan pencapaian oranglain. Setiap kita punyai nilaian dan tanggapan berbeza. Tidak perlu diwara-warakan jika kita ikhlas berjasa.... dan, semoga kita juga tidak tahu bahawa apa yang kita lakukan, apa yang kita berikan itu berupa jasa atau budi kepada orang lain... Semoga tiada dalam hati kita sekelumit kebanggaan pun bagi setiap apa yang kita sumbangkan... biarkan kita tidak tahu kerana itu lebih baik... buat kita dan buat oranglain juga...

Sahabat...
Tidak juga aku terasa terluka, apatah lagi kecewa...
Malah ketika ini aku berasa bahagia dan gembira. Tidak aku nafikan, sesekali mungkin hadir rasa kosong dalam hati dan rasa malas rentetan itu... tapi itu tidak akan menjadikan aku sebegini rupa.. Tiada apa-apa yang harus aku bimbangkan... Hubungan lama sudah berlalu, hubungan baru terus berkembang.... hubungan akan datang, akan menanti... Mengapa perlu ada rasa kecewa sedangkan segalanya itu rahsia DIA Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Tiada apa juga yang perlu dikesalkan jika perjalanan, pertautan, perkaitan, persefahaman dan apa-apa sahaja yang seerti dengan itu... terjalin mengesot-ngesot perlahan.... Adalah lebih baik lambat daripada tiada, adalah juga lebih tiada jika bernatijah bahaya untuk kita di dunia dan akhirat kita..
Sahabat,

Tidak juga aku ini berasa sunyi atau sepi... Ketika- ketika dalam hidup aku ini, lebih banyak dikeliling senda dan tawa.... bukan tangisan dan kesedihan... sahabat-sahabatku. Fahamilah...
Aku gembira melihat kebahagiaan oranglain terutama kalian, sahabat-sahabat yang sering berada di ketika-ketika aku memerlukan.... DIA memberikan aku banyak kebahagiaan. Semoga kebahagiaan yang aku rasai ini adalah kebahagiaan kalian juga. Aku gembira jika pemberianku yang sedikit disambut dengan rasa keriangan yang banyak. Aku bahagia setiap makanan yang aku masak, mahupun aku beli dari rezeki segala usaha itu... dinikmati dengan penuh selera oleh keluarga, rakan-rakan... dan kadang kala kenalan yang sesekali berkunjung... mahupun jiran-jiran yang sering menyatakan kegembiraan menikmati hidangan kunjungan untuk mereka... Tiada apa yang lebih membahagiakan selain daripada dapat membahagiakan orang lain... Pastinya kalian mengenali siapa aku...

Bagiku, sahabat-sahabatku.... pertanyaan kalian kepada aku... juga apa-apa sahaja yang kalian kisahkan kepada aku... merupakan sejambak hadiah yang mengharumkan aura kehidupanku.. Aku sentiasa rasa disayangi kalian... kerana kalian perihatin... ketika kesihatanku terjejas..
kerana kalian gusar ... ketika wajahku muram dan kekurangan cahaya keriangan..
kerana kalian rasa bimbang... ketika aku kurang berkata-kata...
Cukuplah semua itu untuk aku.... Semoga penjelasan ini dapat menjawab persoalan dan melenyapkan kegelisahan dalam hati-hati kalian...

NAMUN....
Aku tidak juga menafikan ada kekalutan dalam perjalanan hidup aku ini.. Mungkin kerana ada kala aku terlalu penat..
Mungkin juga disebabkan terlalu banyak masa luang dan gelak tawa dalam hidup aku ini...
Lucu kan...
Setiap orang ingin selalu bergelak dan ketawa... begitulah rasanya..
Namun, aku ingin sekali mengurangkan rasa sengangku dan apatah rasa bergelak ketawa itu...
Biarlah semua itu berpada-pada...
Janganlah terlalu banyak tanggungjawab
Janganlah terlalu banyak kegembiraan
Janganlah terlalu banyak kebahagiaan
Janganlah terlalu banyak kesenggangan
Janganlah terlalu banyak kedukaan
Janganlah terlalu banyak kesedihan
Janganlah terlalu banyak keriangan...
BIAR lah segalanya dalam keadaan sederhana, seimbang dan sentiasa bertukar ganti... agar hidup ini mempunyai warna-warni kehidupan yang sangat indah dan bermakna... dan semoga segala itu juga dalam dalam kasih sayang Allah yang suci....

Sabda Nabi SAW bermaksud:
"Pelihara lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
Muda sebelum tua
Senang/Kaya sebelum susah
Lapang sebelum tiba waktu sempit
Sihat sebelum tiba waktu sakit
Hidup sebelum mati...."
Insyaallah, inilah yang perlu dijaga... mungkin seperti janggal susunannya namun aku tidak rasa ada silap... jika ada, ampunkan aku Ya ALLAH... aku hambaMU yang dhaif dan serba kekurangan.
Kadang-kadang aku terasa sakit dalam sihat ku... kerana aku rasa DIA melupakanku... aku tidak diuji, mungkinkah DIA sudah tidak menyayangiku...Kadang-kadang aku terasa sempit dalam kelapangan dan kesenggangan.... kerana aku rasa aku sudah tidak disenangi olehNYA, sehingga aku tidak tahu apakah matlamat dan apakah makna hidupku yang tidak punyai tanggungjawab untuk aku lakukan...untuk aku pikul...
Kadang kala pula aku terasa lemah dan malas dalam keadaan senda gurau yang banyak dan gelak ketawa... juga aku berasa tidak selesa dalam rasa tenang dan senario yang menggembirakan... kerana aku rasa DIA terlupa akan aku ini.... maka adakala aku sedih dan pilu dalam kesejahteraan yang banyak... Aku sering sahaja berfikir... kenapa DIA meninggalkan aku ini...
Hingga setakat catatan ini, aku sudah mula menyedari.... Ketika ini... ketika aku meluahkan rasa hati aku ini.... ada yang datang menghampiri.... Semoga firasat ini benar... DIA tidak pernah meninggalkan aku sebenarnya.....
CUMA AKU SAHAJA YANG SERING LUPA DALAM SENANGKU....
CUMA AKU SAHAJA YANG SENTIASA LEKA DALAM KEBAHAGIAANKU...
CUMA AKU SAHAJA YANG SELALU ALPA DALAM LAPANGKU
UNTUK...
MENCARI CINTANYA,
BAGI MENCARI REDHANYA...
UNTUK MEMENUHI MASA BERSAMANYA...
BAGI MELUAHKAN BICARA RASA KEPADANYA....
YA ALLAH...
Ampunkanlah aku hambaMU yang selalu kehilangan ini....
Bimbinglah aku hambaMU yang selalu tersasar ketika aku lupa...
Dakaplah aku dalam kasih sayangMU yang Maha Agung itu....
Semoga aku sentiasa dalam CINTA MU.....
Langgan:
Catatan (Atom)