Berburu ke padang datar,tampak rusa belang kaki...
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi..
Dialah pemberi paling setia,
tiap akar ilmu miliknya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum dewasa..
Dia ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat...
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama' mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca...
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnyaDi sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat..
USMAN AWANG
1979
Seorang temanku pernah berkata..." Tugasku memanusiakan manusia... menginsankan manusia, mengkamilkan insan.... membudimankan seseorang...."Guru pernah mengajarku melalui serangkap pantun yang aku sandarkan usahaku ke arah itu... selaras dengan kata-kata temanku itu..
Pelbagai ungkapan yang berkaitan dengan kata-kata dan pantun di bawah ini... yang menjadi pengajaran buat aku dan mereka yang lainnya...
Pada usia muda, zaman kanak-kanak yang menggembirakan ... aku punya dia yang begitu menarik hatiku... Dia begitu arif dan petah berkata-kata... Dikisahkan olehnya kepada aku tentang Adam a.s, tentang keanggunan Yusuf a.s, tentang Isa al-masih dan banyak lagi. Aku begitu kagum. Dia begitu arif dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman... dan hidupnya sentiasa bersama kitab dan naskah suci al-quran. Waima ketika pergi memetik buah kopi dan koko, mulutnya tidak henti berkumat-kamit... kadang kala dia tetap bercerita.. tentang adat, tentang resam, tentang budaya, tentang akhlak... tentang rasa hormat, tentang kasih-sayang. Macam-macam lagi... semua. Dan aku membesar di sampingnya tidak pernah jemu mendengar dan belajar... Sesungguhnya aku kagum ketika dia mengungkapkan kata... mendengarnya berkata-kata. Dia tidak pernah jemu mengajar ku... pertama mengenal 'alif', 'ba'. 'ta' dan seterusnya memulakan bacaan itu, memulakan perbuatan itu.... memulakan segala sesuatu itu dengan bismillahirahmanirrahim.... semoga setiap apa yang kita lakukan itu ibadah dan berkat.Tentu sekali setiap aku berasa bangga apabila dia berkata-kata, seperti mana aku bangga dan kagum apabila dia, bapaku berkata-kata... Ayatnya mudah, namun banyak yang tersirat.. Hidup bersama mereka yang pintar, tahu dan bijak berkata-kata, tentu menberikan aku bonus... namun aku tidak mewarisi kepetahan mereka berkata-kata dengan hebat itu...
Biarpun aku tidak seperti mereka, tetapi aku yakin setiap kata yang mereka lafazkan berserta dengannya pentakrifan yang munasabah, berserta dengannya juga ilmu dan pengalaman yang banyak.. Cuma aku rasa bertuah, rasa kekaguman aku itu mendekatkan aku kepada mereka.. biarpun pada oranglain, pada pandangan sahabat-sahabatku... dia,dia, dan dia itu garang seperti singa lapar... mengaum sepanjang masa. Sedangkan aku sering ingin mendengar lagi, dan lagi ...kata-kata yang keluar dari mulut mereka... Terima kasih kerana sering memberi dendaan dan hukuman jika aku ingkar dan leka.. malas dan alpa... Omelan kalian kini menjadi aku seseorang. Walaupun tidak sehebat kalian dalam berkata-kata...
Menginjak aku ke usia baru, aku mengenali banyak lagi mereka yang begitu aku kagumi... Dia sering 'menganiaya' aku pada asalnya.... namun akhirnya, aku sedar... dia banyak mendidikku berhati cekal dan berjiwa waja. Ada kalanya aku ingin sekali mengulangi masa itu... agar aku bisa mendengar dia berkata-kata, lembut namun mengesankan... tegas tetapi menenangkan..
Dia punyai strategi, dia ada keistimewaan, dia ada keterampilan... sebagai pemimpin, terutama ketika dia berkata-kata.. Kagum aku mendengarnya setiap kali berkata-kata.Berikutan masa berlalu dengan pantas, sekali lagi aku bertemu dia... sederhana, tenang, tekal, tegas dan taqwa... satu yang utama, setiapkali dia berkata-kata, sama ada dalam urusan rasmi atau sebaliknya... aku sering tertegun. Namun, mungkin sahaja dia tidak tahu. Menginjak dia ke pentas pembicaraan... isu-isu mudah, isu-isu berat, isu-isu panas... mahupun mengendalikan majlis, apatah menegaskan pendirian dan menyampaikan hujah dan nasihat... hatiku, mindaku ...emosiku tertumpu kepada dia. Kagum aku dengan pertuturannya. Tentu sekali dia seorang pemimpin yang hebat... bukan sahaja bicara pasti beralasan bernas. Malah setiap kata-kata yang keluar ada aturan rigid daripada ilmu dalam mindanya... Itulah telahan aku ini. Doa aku akan sentiasa mengiringi dia... jika aku berpaling dari melihatnya berkata-kata... sepasang telinga ini akan sentiasa pula mendengar bicaranya...

kerana dia pembaca yang setia...
kerana dia pendengar yang tekun..
Pada usia muda, bukan ukuran kehebatan seseorang...
Usia bukan ukuran...apatah lagi jika ilmu yang disandar...














































