Rabu, Oktober 28, 2009


Aku hanya ingin singgah sebentar ke laman catatan aku ini. Rasanya sudah agak lama aku tidak menjejaki laman ini. Banyak yang berlaku dan aku agak sibuk akhir-akhir ini. Semoga segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku ini dapat aku selesaikan dengan sebaiknya.
Akhir-akhir ini juga aku melalui perkara yang tidak terduga. Diberikan kepercayaan yang tidak aku sangka-sangka. Alhamdullillah, kerana hidup aku ini masih sangat bermakna buatku.
Musim dan bulan menunaikan haji sudah tiba lagi. Aku berasa gembira dengan kehadiran ini, apatah lagi beberapa rakan dan kenalan akan dan telah berangkat ke Tanah suci Mekah tahun ini. Aku merindui.... rindu untuk mengunjungi Baitullah lagi. Ada suatu ketika, aku mengelak untuk bertemu dengan seorang sahabat yang pergi menunaikan rukum Islam kelima itu... Aku hanya bertemunya di suatu tempat yang tidak dirancang, itupun secara kebetulan. Dengan pertemuan itu aku sempat bermohon maaf dan mendoakan pemergian mereka ke tanah suci berjaya dengan sesungguhnya.

Ketika rakan-rakan lain menziarahinya sebelum pemergian itu, aku memberikan pelbagai alasan... kerana aku pasti akan menangis dan menangis lagi... Entah hasratku akan tercapai atau tidak untuk sampai ke sana lagi... Rindunya aku akan bumi suci itu.... Tempoh 44 hari suatu masa lalu dan 14 hari pada tahun lepas, menggamit lagi kerinduan aku ini. Saban malam ketika bermimpikan Masjidil Haram, Kaabah, dan Masjid Nabawi.... aku pasti terjaga dengan linangan airmata..
"YA ALLAH, YA TUHANKU.... AKU BERMOHON KEPADAMU...AGAR DIGOLONGKAN AKU LAGI DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG TELAH KAU JEMPUT SEBAGAI TETAMU MU....."

Aku ingin menjadi tetamu MU lagi.... Apakah aku berpeluang lagi tahun ini... Indahnya ketika berada dalam dakapan kedamaian di hadapan Kaabah MU itu...
Aku tidak akan jemu mengunjungi RumahMU itu dan aku akan sentiasa berdoa agar saban tahun aku bisa menjadi tetamuMU..
Tentu sahabat aku itu berkecil hati dengan aku... MAAFkan aku kerana aku tidak kuat melawan rasa cemburu ini..... cemburu kerana kalian dapat menjadi tetamu DIA yang sentiasa di hati kita... Sedangkan aku pernah mendoakan kalian agar dapat menjadi tetamuNYA... Alhamdullillah, doa itu telah dimakbulkan...
Mungkin bukan doa aku yang kerdil ini, namun aku berasa gembira dengan peluang kalian. Cuma aku terlalu sedih jika aku tidak dapat menjadi tetamu seterusnya...
Sahabatku,
Tentu ketika ini, dikau dan keluargamu sedang menikmati kebahagiaan berada di sana.... Doakanlah aku ini... semoga ada rezeki , kelapangan urusan dan kemudahan untuk aku menjejakkan kaki ke sana lagi. Doaku semoga kalian dapat melaksanakan ibadah dengan keikhlasan dan kesungguhan hati... Rendahkan hati kalian dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan dugaan kerana dengan kerendahan hati itu, kalian pasti dimuliakan. Semoga mendapat haji yang mabrur dan maqbul.. Semoga ibadah kalian diterima dan kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati...

Pada ketika-ketika ini pula, anak-anak, adik-adik kita semua mungkin ada yang bakal menduduki peperiksaan utama. Tentu sahaja masa 24 jam yang ada sehari semalam ini merupakan satu jangka masa yang cepat benar berlalu. Rasanya, pejam celik, pejam celik.... hari besar itu akan tiba.
Doaku untuk kalian.... anak-anak didikku, semoga kalian dapat melalui peperiksaan dengan tenang dan bersedia. Buatlah yang terbaik. Jika kalian sudah berusaha, bertawakkallah kepada DIA yang Maha Berkuasa semoga najjah akan sudahnya.
Saban tahun, apabila tiba waktu -waktu begini.... hati aku ini tidak henti berdebar... Entah kebimbangan dan keresahan apa yang melanda.... Apatah lagi 2 tahun ini aku tidak bersama-sama untuk "menghantar" mereka ke medan perjuangan..... ke arena yang mencabar, peperiksaan yang menentukan masa depan mereka, anak-anak itu...
Siapa yang tahu, bukan?
Aku sentiasa resah apabila mereka membiarkan sedikit masa yang tersisa ada yang mereka sia-siakan...
Aku sentiasa bimbang apabila mereka terlalu banyak ketawa dan bergurau yang melalaikan...
Aku sentiasa khuatir apabila mereka adakalanya lebih banyak tidur daripada belajar...
Aku sentiasa bersangka-sangka apabila mereka terlalu banyak belajar tapi tidak menjaga kesihatan dan masa....
Entahlah.... apakah yang berlaku dalam hidup aku ini? Semoga mereka akan belajar dengan cara yang betul ..... Study Smart and study hard... Semoga kalian akan terus berjaya....
Jika mungkin ada kekurangan dan kegagalan sebelum ini, semoga kalian tidak akan sesekali berputus asa. Tidak akan sesekali mengalah... Tidak akan sesekali lemah...
Berusahalah.... sedayamu
Bersungguhlah.... seupayamu
berdoalah....seikhlas hatimu..
Ketika kalian melangkah kelak menuju ke dewan peperiksaan, doaku akan sentiasa mengiringi kalian. Semoga kalian dapat melalui peperiksaan dengan dipermudah oleh Allah. Biarpun ketika itu aku berada di tempat lain... pasti doaku akan mengiringi kalian...
Aku masih di dewan atau bilik peperiksaan, namun bukan bersama kalian... semoga dengan melihat dan mengawasi mereka, aku akan sentiasa tidak lupa mendoakan kalian...
Buatlah yang terbaik untuk diri kalian..
Masa begitu pantas berlalu... aku tidak dapat mencatat panjang... Sampai waktu bertemu 'Kekasih' yang kita cintai.... Semoga akan ada ruang aku mencatat lagi. Wassalam.

Selasa, Oktober 13, 2009

LESTARI MUHASABAH DIRI


Aku kira tidak mahu mencatat beberapa waktu ini, namun ada yang bergelodak dalam diri ini untuk aku luah dan kongsikan bersama.. Biarpun sebenarnya hal itu berdasarkan pendapat peribadi aku sendiri namun aku berharap catatan ini akan memberi sedikit pengalaman yang dapat dijadikan garis dan panduan dalam hidup aku dan hidup mereka yang lain.

Sememangnya setiap kita tidak akan sesekali mempunyai pengalaman yang sama tetapi tidak mustahil pula bagi kita untuk melalui pengalaman yang hampir serupa. Jika semua ini berkaitan semoga hal ini sesuatu yang dapat dimanafaatkan. Buat aku sendiri, punyai pendapat dan pandangan aku sendiri tentang beberapa perkara yang ingin aku catatkan seterusnya...

Pedihnya hati ini melihat 'kecurangan' yang berlaku di hadapan mata... melihat isteri-isteri yang memperlekehkan suami secara diam-diam pula mendekati lelaki lain hanya disebabkan para suami terlalu sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab... suami-suami yang bertungkus-lumus untuk membina keluarga. Seakannya tiada keadilan dalam padanan pasangan itu... Nauzubillahi min zalik... Ampunkan aku ini, Ya Allah Yang Maha Mengetahui akan kejahilan dan kebiadapan bicaraku ini.
Jodoh itu adalah rahsia DIA, dan pasti DIA lebih mengetahui segalanya.. Ampunkan aku Ya ALLAH... Bukanlah maksud aku mempertikaikannya...cuma DIA menguji seseorang itu berdasarkan kemampuan dan kekuatannya... pasti di sebalik ketentuan itu ada rahsia tersendiri dan tersembunyi.


Dan, mungkin itulah ujian yang diberikan olehNYA untuk pasangan-pasangan tersebut. Pasangan-pasangan yang sepatutnya menangani permasalahan dengan perkongsian, perbincangan dan sikap menghormati serta bertolak ansur... Ada kalangan dia yang berasa terkongkong dengan hidup berkeluarga. Dia berasakan tangisan anak-anak sebagai beban dan sesuatu yang merimaskan... Ada banyak dalam kalangan dia bersikap curang dan mengabaikan tanggungjawab sehingga pasangannya tersiksa dan teraniaya... Sedangkan dia dipertanggungjawabkan oleh DIA yang Maha Pengasih itu untuk menjaga amanah dan harta mereka di dunia dan membawa segalanya bersama-sama ke syurga yang sebenar... bukan hanya di dunia.

Namun dengan kesempatan yang singkat ini aku bukan mencatat tentang dia... tapi pasangan kepada dia. Mencatat sesuatu yang tidak aku persetujui oleh pasangan kepada dia itu.. kerana aku tidak bersetuju dengan segala kepincangan itu. Kepincangan yang dilakukan oleh golongan yang kononnya mempunyai cita-cita dan matlamat hebat. Menjadikan dia yang bercita-cita tinggi dan mempunyai impian akhirnya jatuh tersungkur. Dek disebabkan setelah menjadi pasangan, pasangan itu tidak dapat dididik dengan sebaik mungkin. Menjadi mutiara yang ada itu sumpek dan rosak.. Adakalanya aku tertanya-tanya, di manakah silap semua itu... kalangan isteri yang tidak menghargai dia sebagai suami yang hebat....akhirnya menjadikan keadaan itu semua sebagai satu kelemahan buat dia yang sepatutnya dimuliakan.


انماالأمل رحة منالله لأمتيو لولأالأمل ماأرضعت ام ولداولآغرس غارس شجرا

sesungguhnya Cita-cita (harapan) itu merupakan rahmat Allah bagi Umatku, seandainya tiada ada cita-cita nescaya tiada seorang ibu pun yang mahu menyusui anaknya, dan tiada seorang petani pun yang mahu menanam pokok. (Riwayat Dailami dan lain-lain)

Tetapi apa yang berlaku dalam kisahku beberapa ketika ini jauh kepincangannya... Bukan sepatutnya berlaku dalam adab dan akhlak seorang isteri... Entah mana salahnya... Dengan izin orang yang dikasihi itu, seorang isteri itu bebas bercampur gaul dengan sebarangan orang; yang mengetahui dia isteri orang; tetapi tidak membimbing isteri itu kembali kepada suaminya. Malah sentiasa leka berpacaran, sedang si suami diam di rumah menanti kepulangan isteri yang kononnya keluar dengan sesuatu alasan... ke manakah hilangnya maruah suami yang dilenyapkan oleh kepincangan si isteri... Aku sememangnya menyentuh tentang si isteri, kerana di sebalik kegagalan suami menjaga maruahnya, adalah disebabkan isteri yang mempunyai cita-cita yang tinggi... Bukan pula isteri itu lebih hebat, kaya mahupun berilmu.... tidak pula kedudukan dan status hidupnya lebih hebat daripada seorang dia sebagai suami itu... Hanya golongan sederhana yang diberikan terlalu banyak kebebasan dan kebaikan oleh suami yang bertolak ansur... Cita-cita kepada kebaikan dan kebajikan yang tidak menentu dan kisah-kisah hebat melewah menjadi diri lupa akan hakikat sebenar maruah seorang isteri.

Aku termenung dek terkejut dengan beberapa ayat daripada seorang kenalanku... " Aku berasa sangat senang dan gembira jika tidak hidup dengan seorang suami... Tidak mengapa jika dia tidak ada dalam hidup aku... aku boleh hidup sendiri... tiada dia, aku masih boleh hidup mewah dan bahagia..."

Dan beberapa ayat daripada seorang lagi kenalanku berbicara dengan seorang lagi kenalan yang lain apabila ditanya pada malam sebelumnya pulang pukul berapa... jawabnya".... sudah hampir jam 1 pagi... seronok dan gembira betul aku... rupanya masih lagi aku ada daya penarik... Siapa kata aku sudah tidak cantik... Budak-budak muda pun mesra dengan aku..."

Beristighfar panjang aku dalam hati ini.... Itulah antara kenalan dan sahabatku. Yang suatu ketika dahulu aku pernah ditempelak kerana meminta mereka pulang awal demi anak-anak dan suami. Kata mereka jangan campur urusan orang yang berkeluarga... mereka tahu bagaimana hendak menjaga keluarga... Kini, jika aku tidak punyai bukti..aku tidak bisa untuk memulangkan paku buah keras... Jika dahulu, aku ada bersama mereka untuk beberapa aktiviti, namun kini tidak lagi...disebabkan banyak sangat yang tidak boleh dalam hidup aku ini.... sebab itu pula hidup aku ini sangat 'sukar' dan tidak pernah mengecapi kebahagiaan... Itulah kata mereka, bukan kata aku, kerana aku bahagia dengan segala kekangan dalam hidup ini, sekurang-kurangnya aku tidak terjebak dalam kancah maksiat atau menempah neraka dengan sengaja. Sedangkan mereka tidak pernah sedar, DIA telah memberi peluang untuk mereka mengecapi syurga tetapi neraka juga yang mereka kejar. Apapun aku tidak pernah menghukum, cuma doaku semoga mereka sedar bahawa apa yang sedang berlaku ini adalah salah.... Segala-galanya adalah ketentuan DIA... Seorang kenalan itu juga mula terbeban dengan suami yang menghadapi ujian DIA, sakit yang perlu rawatan segera... Sedang suami itu di hospital, si isteri merungut kepayahan untuk menjaga anak-anak daripada darah dagingnya sendiri. Berasakan anak-anak itu suatu beban yang mengikat mereka... Sedangkan seorang ibu itu pula sepatutnya sangat ehsan dan maha penyayang dan sabar buat anak-anak... Di manakah silap segalanya itu?

Aku menjadi lebih hairan dengan seorang sahabat, yang telah hancur perjalanan berkeluarga, menjadi batu api yang menggalakkan seorang lain yang masih bergelar isteri, menyesali hidupnya sebagai seorang isteri.. Kejam, kenalan aku itu. Memang kini aku agak sukar menerima dia sebagai sahabat.. namun dia adalah seorang sahabat yang baik buatku suatu ketika dahulu. Hanya kerana dendam kepada seorang dia, kenalan aku itu ingin menarik rakan-rakan lain menyertai hidupnya, dunianya, sebagai seorang yang bergelar ibu tunggal, janda muda... sedangkan bagiku mereka hanya menuju kehancuran yang tidak mereka sedari. Semoga mereka akan menjadi isteri-isteri yang sedar, insaf dan bertaubat. Jika suami itu pincang dalam agamanya, dalam hidupnya.... bantulah dia bangun semula, bukan kalian menjadikan jalannya bertambah sukar dan hidupnya semakin binasa. Apatah jika dia, suami kalian itu tidak pernah mengabaikan tanggungjawab, mengapa perlu diingkari... Kenapa kehidupan dan pergaulan bebas yang memusnahkan hidup kalian itu terus kalian selusuri?

Muliakah kalian sebagai seorang isteri kepada Suami yang menjaga semua amanah ALLAH terhadap dirimu dan anak-anak, kalian khianati?
Hebatkah kalian sebagai seorang isteri kepada suami yang memberikan mu kebebasan dalam menentukan kehidupan kalian dan keluarga, diingkari?
Bahagiakah kalian melihat suami yang ihsan dan kasih akan dirimu dan kalian,tersisih dan dihina kerana perlakuan kalian?
Sedarlah.... dunia rumahtangga yang kalian ada ini anugerah DIA untuk menyubur kasih dan sayang dan cinta yang luhur dan suci... maka bersyukurlah....
Yang seronok itu tidak semesti baik untukmu...
Yang Indah itu tidak semestinya sesuai untuk kalian...
Yang manis itu bukan semestinya ubat yang baik...
Yang menyenangkan itu tidak pasti suatu yang sentiasa membahagiakan...
Yang mewah itu tidak semesti kekayaan buatmu...
Yang bebas itu bukan tiket kelapanganmu...
MAKA...
Berfikirlah...
Kembalilah...
kepada FirmanNYA dan Sunnah RasulNYA...
Kalian tidak akan tersesat dalam apa keadaan sekalipun....
Muhasabahlah... Wassalam.

Rabu, September 30, 2009

MENYELUSURI LIKU-LIKU JALAN YANG LALU, MEMBINA HIDUP YANG LEBIH MAMPU....

Bermula aku akan 'berbicara' lagi... tentang kata hatiku, tentang pendapat dan buah fikirku... waima bukanlah sesuatu yang hebat ingin aku kongsikan, semoga akan ada kemaslahatannya buat semua yang menyelusurinya..

Dalam bulan kemaafan yang mulia ini... seharusnya kita lalui segala sesuatu itu; ujian, dugaan, cubaan... dengan tabah. Ramadhan yang kita lalui sepatutnya mendidik kita kepada yang lebih baik bukan sebaliknya.. Ketika sebulan itu kita mampu menanggung pelbagai masalah, kekusutan, kepayahan, keperitan dengan tabah... mengunci hawa nafsu daripada membuat perkara-perkara lagho... namun belum pun lama Ramadhan meninggalkan kita, ada dalam kalangan kita melatah dan melangkah ke ruang-ruang yang mengundang kerugian buat kita...


Aku berasa sedih, kerana kita masih tidak dapat meninggalkan perkara-perkara yang menimbulkan pelbagai keraguan... sedangkan kita telah dididik dengan ilmu yang cukup dalam institusi kebaikan dan kesejahteraan selama sebulan ini... Apakah ukuran kejayaan kita yang sedang kita raikan.. Aku bukan 'berbicara' tentang diri aku juga saat ini.. namun 'berbicara' tentang kita.. Suatu masa lalu, aku ada mencatat tentang bahayanya fitnah dalam jalinan ukhuwah yang manis itu... Namun, biarpun aku tidak pasti ia seuatu fitnah...namun aku yakin, ia masih hadir daripada bicara mulut-mulut yang mengeluarkan bunyi tutur kata daripada seorang yang berilmu, namun tidak mengaplikasi ilmu itu ketika berbicara... Jagalah lidah kita ini, biarpun lidah itu tidak bertulang... minda kita masih ada akal untuk memikirkannya..

Aku sendiri tidak tahu apa perasaan aku ketika ini... marah? Sedih? Sayu? Terkilan?...... Entahlah! Aku tiada jawapannya.

Jika ada yang dapat memberikan jawapannya...

Sejarah kelam yang pernah aku, mungkin kita... lalui bersama, tidakkah menjadi suatu iktibar dan pengajaran? Tidakkah menjadi suatu pengalaman... yang mendewasakan kita? Masih adakah jawapan untuk itu...

Melihat seorang teman... hatiku terharu. Sanggup dia 'mengorbankan' hidupnya untuk seorang yang tiada pertalian darah dengannya.. kerana... Dia punya ehsan. Dia menghabiskan hidupkan membesarkan anak oranglain yang kehilangan seorang ayah... yang 'hilang' dek keasyikan sesuatu yang dipanggil Toto, Magnum, 4D.... entah apa-apa lagi... 'Hilang' kerana keasyikan dunia yang sementara... 'Menjual' anak sendiri untuk mendapatkan 'modal'.... Mujur anak-anak itu bisa diselamatkan... oleh siapa?


Oleh seorang yang dalam didik ilmu itu ada taqwa, ada ehsan.... dia memelihara anak yang ber'bin' dan ber'binti'kan oranglain semata-mata kerana iman yang menebal dalam hatinya yang suci.... Salam hormat dan penghargaan buatmu teman... Salam kemaafan daripadaku juga; sebab dulu aku kira dia menggugat sebuah rumahtangga; sebab dulu aku anggap hinanya dia mengekori isteri seorang suami yang bertanggungjawab; sebab dulu aku kira dialah orang ketiga.... Hanya kerana kepincangan bicara.. yang membiak fitnah daripada satu mulut ke suatu mulut yang lain, daripada satu pendengaran ke pendengaran yang lain... Palsu dan khilaf.


NAMUN kini aku sudah tahu... apatah setelah beristeri, dia masih terus membantu... seorang isteri yang digantung tidak bertali dan anak-anak yang sentiasa hidup dalam caci maki, suami dan ayah sendiri...yang mementingkan diri dan tidak sesekali tahu dan menyelusuri janji-janji ketika akad dilafazkan, amanah diterima... ALLAH, Rahmatilah temanku itu berserta isteri dan keluarganya dan ALLAH, Bukakanlah hati dia... suami yang hilang pedoman itu, kembali ke pangkuanMU... lalu melaksanakan tanggungjawabnya.. Semoga ketika dia melalui siratul mustaqim kelak, dia tidak terjerumus ke neraka jahaman ditarik oleh isteri dan anak-anaknya kerana hutang di dunia ini tidak terlangsai olehnya...Semoga mohon aku ini diperkenankan... Amin!


Menyelusuri Aidilfitri ini, mungkinkah suatu pertelingkahan itu dapat diurai? Moga-moga ada jalan perdamaian sesama sahabat yang aku kasihi... itulah doa aku ini.. NAMUN, kini aku agak kecewa... yang retak itu mungkin akan terus membelah sedikit demi sedikit... bukan salah sesiapa pun.. cuma DIA memberikan penyebab, yang pada aku ini... sebagai jalan penyelesaian. Malangnya buat mereka.... segalanya itu menambah luka.. luka yang semakin bernanah..



Namun aku tidak akan berhenti memohon semoga langit akan kembali cerah setelah mendung, hujan dan ribut berlalu... tidak akan berputus asa. Buat teman yang satu itu, umpama kancil yang berada di tengah-tengah dua ekor gajah yang bergaduh... selamatkanlah dirimu... bertindaklah dengan wajar... Usahlah bersedih dan menyerah hanya takdir menentukannya... kerana takdir itu sebenarnya boleh berubah jika kita yakin kepada DIA, berusaha, bermohon... jika kita tahu penyakit itu cepat menular, mengapa kita mendekati dan membiarkan ia menjangkiti kita... sekurang-kurangnya berusaha untuk menghindar... namun jika semua usaha itu tidak mengubah apa-apa, redhalah dengan segalanya... Usah menangis lagi, sebab tangisan itu tidak akan menyelesaikan masalah... Dikau ada ilmu yang banyak dalam dada... maka gunakanlah untuk mendidik dirimu untuk sabar dan kuat melalui segalanya. Dikau ada ilmu di mindamu... eksploitasikan ia menentukan jalan yang kau ambil itu tidak salah... Aku yakin dikau akan lebih mampu melalui liku-liku itu..


Buat dia, dia, dia, dan dia.... yang pernah aku kasihi. Tiada seorang pun antara kalian 'bersama' aku di Eidul Fitri yang mulia ini....namun aku bahagia dan gembira... Hati aku tidak pernah setenang ini... sebab apa? Sebab ketika ini aku tahu... "Kalian pasti bahagia"... Alhamdullillah, aku sangat bertenang... rasa rindu itu juga tidak mengalun debaran hati ini... DOAKANLAH AKU.... MENGHADAPI MASA MUKA DENGAN LEBIH MAMPU..
Aku pasti sekali dia,dia, dia dan dia memahami... Maafkan aku atas kesalahan aku yang lalu.. menjadikan hidupmu tidak menentu.. Ramadhan ini telah banyak mendidik aku... melalui kalian, aku mencari kekuatanku.... Terima kasih atas segalanya..


Aku juga ingin menyatakan rasa simpati aku buat seorang teman... Biarpun bukan seusia dengan aku, jauh lagi sematang aku... bersabarlah! walaupun aku tidak tahu bagaimana sakit yang kau lalui, namun aku sudah pernah melaluinya... Jagalah maruah kita, biarpun dinista... hebatkah mereka? Belum tentu, apa yang mereka miliki hari ini lebih baik daripada apa yang bakal kita miliki... biarpun lambat, apakah kita tidak boleh menjadi hebat... Jika hanya mendengar umpatan orang, kata ejekan dan nista orang yang tidak memahami... tidak merasai, lalu kita kecewa meneruskan usaha baik kita... kita sebenarnya GAGAL! Janganlah pula kita menjadi orang yang gagal itu.. Biarlah, setiap sesuatu itu pasti ALLAH yang lebih mengetahui. Selagi kita berjalan di jalan lurus dan benar... DIA pasti bersama kita.


Sedarlah temanku... ada banyak dalam kalangan orang berilmu itu sebenarnya, 'bodoh'..... hanya kerana kesombongan atas kesempurnaan yang mereka miliki hari ini. Sesuatu yang tidak pasti...
Sedangkan ilmu mereka sepatutnya menjadikan mereka lebih berhati, lebih berlembut, lebih tawaduk, lebih zuhud.... umpama padi, semakin berisi semakin merunduk... namun mereka hanya menjadi orang yang mendaki tangga sambil memandang ke langit... yang kadangkala untuk menjadikan mereka lebih tinggi, mereka memijak kepala ibu bapa dan saudara sendiri...

Entahlah kenapa aku berasa marah ketika ini.... biarpun bukan aku yang mengalami... ALLAH, sedarkanlah mereka jika segala itu menjerumuskan mereka ke kancah kehancuran... Semoga aku, dia dan mereka akan diberi petunjuk yang benar.

Teman... ingatlah, iman dan taqwa akan sentiasa menjaga kita, walaupun di mana sahaja kita berada... tidak kira tempat dan masa... kerana adanya iman dan taqwa kita ada DIA... Cukuplah setakat ini aku menyelusuri liku-liku lalu... Semoga segala-galanya ini akan membuatkan aku membina hidup yang lebih mampu.. InsyaALLAH. Wassalam...

Sabtu, September 26, 2009

MENYELUSURI 'EIDUL FITRI YANG 'BERJAYA'....

Mungkin belum terlambat mengucapkan Selamat Meraikan 'Eidul Fitri yang mulia ini... Jika Ramadhan sudah kita lalui dengan tabah dan sabar, pastinya 'Eid ini memberikan makna yang meruah buat kita semua... Begitulah dengan aku ini...



Biarpun 'eid kali ini, aku seakan-akan kehilangan, namun kehadirannya juga membawakan banyak kebahagiaan dan keselesaan...kegembiraan dan kesejahteraan.. Biarpun sibuk dengan pelbagai perkara dan persiapan eid hanya dapat aku lakukan pada saat-saat akhir, namun eid dapat diraikan dengan sebaik mungkin... Hidup dalam keluarga yang sederhana dan sering bertolak ansur menjadikan aku berasa bertuah.... Tiada tuntutan yang melampau, tiada pertelingkahan...tiada kepayahan...cuma sedikit keletihan yang tidak dirasai pun...

Masing-masing dengan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Biarpun pada waktu-waktu itu sebenarnya ada kemelut yang melanda hidup kami sekeluarga. Rezeki yang ada pun sungguhpun tidak banyak tetapi masih mencukupi, alhamdullillah....



Pada eid ini....aku tidak berkesempatan untuk menyediakan 'hadiah' dan ucapan Hari Raya seperti yang aku lakukan sebelum-sebelum ini. Sehinggakan untuk menghantar mesej digital melalui telefon bimbit pun keluangan yang ada pada eid yang kedua... itupun ketika aku berehat sebentar seusai menyelesaikan kerja-kerja yang ada..

Dan rasanya banyak juga antara teman-teman yang tidak menerima ucapan ku itu... sebab aku tidak sempat menyemak penerima-penerima mesej-mesej tersebut...


Jika ada rakan-rakan yang terbaca catatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan,

"Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Bathin"
Kurangkumkan ucapan daripada teman-teman buat sahabat-sahabatku yang aku kasihi semoga dalam dakapan rahmat Allah sentiasa:
  • Dalam kemiskinan harta,ada kekayaan jiwa... Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata... Dalam gurau senda ada khilaf @ dosa... Harap segalanya dimaafi juga..
  • Ada ketikanya mata tersilap memandang... telinga salah mendengar... lidah terlanjur kata...fikiran tersilap mentafsir... hati silap menduga dan adakala perasaan mudah terluka... MOHON KEMAAFAN ATAS SEGALANYA... Dengan penuh keikhlasan.
  • Nampak tak bulan di luar sana... kalau nampak, tahu tak betapa pentingnya bulan dalam menyinari malam? Ia sama sepertimana pentingnya persahabatan dalam hidup ini... Bulan wujud untuk menyinari malam..persahabatan kita semua wujud untuk menyinari hidup... Selamat Hari Raya, sahabat... yang menyinari hidup ini...
  • Biar kulit selegam almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit... Biarlah iman sekental dodol...semoga tidak senipis rempeyek... Biar jiwa selembut Bahulu, semoga ahlak secantik biskut dahlia dan... senyumlah semanis wajik, agar lebaran disambut lebih bermakna..Salam Aidilfitri, maaf dipohon atas segalanya...
  • Kemeriahan tarawikh dirindui... Kejayaan puasa dirai... Salam Aidilfitri dari kami....
  • Sebelum cahaya syurga terpadam... Sebelum hidup ini berakhir... Sebelum pintu taubat tertutup... Sebelum Syawal berakhir...Ku bermohon keampunan dan kemaafan... atas pertuturan yang tidak terjaga, janji yang terabai dan sikap yang pernah menyakiti...
  • Andai jemari tidak sempat berjabat... Jika raga tidak bisa bersua... Apabila ada kata membekas luka.... SEMOGA PINTU MAAF MASIH TERBUKA..
  • Sekotak mancis secawan madu...Selaut kasih selaut rindu.. Salam manis penuh syahdu...ingin kuucapkan kepadamu... Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir bathin..
  • Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan; Sebelum terlupakan hajat hendak disampaikan; Sebelum orang berpusu-pusu hendak menghantar ucapan; Dan.... sebelum network/line trafik jam! Ingin saya mendahului... mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri..
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi; Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa; Dalam gurau senda ada silap dan dosa... andaikata ada terkasar bahasa, tersilap kata, maaf juga dipinta... Salam Aidilfitri.. Minal Aidil wa Faizin..
  • Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Ramadhan kerana keinsafan... Indah Aidilfitri kerana kemaafan...Semoga Allah memberkati segalanya..
  • Nyimpen jenang nang jero tin.. Arek digowo mareng suro.... Keluputan kulo lahir batin, salah silap njalok ngapuro.. Boca cilik mangan sego, sego dipangan karo gulo...wes suwi orak ngomong jowo, dino royo njalok ngapuro.. Buko poso lawuh'e gereh, njegor sunge dicaplok boyo... keluputan aku sing akeh-akeh, wessan kita 0-0 lah yo..
  • Masak lemang juga ketupat, rumah dihias dengan pelita... Maaf dipinta sebelum terlambat... bersama ucapan selamat hari raya, maaf zahir bathin...
  • Aku merik "Selamat Hari Raya" lalu nyusun 10 jarik, mintak ampun ngagai nuan...arap ka kitai gayu guru gerai nyamai ngintu ari raya taun tuk..
  • ......................... Masa terus berlalu namun Rahmat & Hidayah Allah berterusan, Selamat menyambut Aidilfitri..
  • Walau langkah tidak bertemu, tangan tidak berjabat, ucap tidak terdengar, mata tidak bertatap... namun izinkan hati memohon maaf, zahir dan bathin..Selamat Hari Raya..
  • Bunga disusun di atas para, indah menawan cantik sekali... SMS dikirim pengganti kad raya, tanda ingatan tidak luput di hati...

Secebis "KASIH" membuat kita "SAYANG"... seucap "JANJI" membuat kita "PERCAYA"... sekecil "LUKA" membuat kita "KECEWA"... tetapi sebuah "KEMAAFAN" adalah "LEBIH MULIA"...Maaf Zahir Bathin... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..


BUKAN SEDIKIT KESYUKURAN DALAM HATI AKU INI.... MELIMPAH RUAH... KERANA KITA MASIH DALAM UKHUWAH YANG MURNI.....

"SALAM EIDUL FITRI..... DENGAN SEGALA KEIKHLASAN HATI INI, AKU MENYUSUN SEPULUH JARI... MOHON AMPUN DAN MAAF DIBERI, BUAT INSAN SEKERDILKU INI..."

Wassalam.....

Jumaat, September 11, 2009

LESTARI JELAJAH DIRI....

Dalam menjalani ibadah puasa dalam hari-hari terakhir Ramadhan ini, hati sebenarnya menjadi sayu dan sedih... Cepatnya masa berlalu, serasa baru semalam melangkah ke bulan mulia ini.... kini hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Aku terasa banyak kekurangan dalam melengkapi Ramadhanku kali ini.

Entah mengapa aku berasakan setiap hari itu berlalu secara singkat....sangat singkat, sehinggakan banyak yang tidak dapat aku capai dalam satu-satu hari yang berlalu.. sedangkan banyak masa yang tidak aku gunakan untuk aktiviti bukan di bulan Ramadhan ini.. Ditolak dicampur, aku sepatutnya punyai lebih dua jam untuk meraikan Ramadhan ini yakni ditolak daripada waktu makan pagi, makan tengahari, minum petang... namun masa yang ada rupanya tidak mencukupi.

Saban hari dalam bulan ini, aku terkejar-kejar dalam melaksanakan urusan dan tanggungjawab aku dan aku masih tertinggal oleh masa itu sendiri... Apatah lagi pada 10 malam yang terakhir ini... Ada ketika-ketikanya aku menangis sendirian, ya ALLAH ke manakah aku habiskan masa yang ada itu?

Aku bertanya kepada diri aku ini... banyak urusan lagho yang aku tinggalkan, namun masa bermanafaat itu pula tidak mencukupi...

Aku mempersoalkan urusan-urusan aku ini.... sama seperti dulu, namun ke manakah hilangnya kelapangan dan kesenggangan aku....

Aku mencari-cari jawapan dalam diri ini...banyak masalah yang telah selesai, namun mengapa masa yang ada masih tidak mencukupi, perhatian yang ada masih bercapah dan berat...

Dalam hati aku ini berasakan ketenangan... namun aku terasa 'berat'
Dalam hati aku ini berasa selesa..... namun aku terasa 'resah'
Dalam hati aku ini berasa aman.... namun aku terasa 'gelisah'
Dalam hati aku ini berasa damai... namun aku terasa 'terawang-awang'

Mungkin tidak semua akan mengerti keadaan aku beberapa waktu ini.... namun berakhirnya Ramadhan ini aku pasti berasa rindu... Rindu dengan sesuatu, sesuatu yang aku tidak ketahui entiti kandungannya...terlalu abstrak dan memusykilkan... biarpun aku tahu akan jawapannya.
Ibadahku di bulan ini, mungkin tidak banyak berubah daripada bulan-bulan yang lainnya...jika adapun terlalu sedikit...cuma yang ketara aku rasakan dalam hati aku ini.. ada KEINDAHAN yang tersendiri... sangat membahagiakan berdasarkan perspektif aku..

Saban malam aku pasti 'dikejutkan'... aku bangun seawal jam 3.30 pagi. Alhamdullillah, sebab fenomena itu tidak pernah pergi jauh daripada aku ini, apatah di bulan Ramadhan ini... Ia hadir lebih kerap dan lebih membuatkan aku mudah dalam beberapa urusan. Mungkin kalian juga pernah merasai pengalaman yang sama... dibisikkan di telinga pujukan untuk membangunkan aku daripada lena yang panjang.... Dialunkan tasbih dan takbir di pendengaran untuk memutuskan mimpi yang mengasyikkan... disebut nama aku, membangkitkan aku terlalu selesa di ranjang yang empuk... Aku, pasti terjaga.... bukan dengan rasa terperanjat, terkejut...tetapi dengan ketenangan yang mendatang. Alhamdullillah, fenomena itu beriringan denganku.

Teringatkan teman-teman yang ada juga, aku berasa senang dan gembira... walaupun ada dalam kalangan mereka yang menghadapi ujian dan mengalami dugaan yang berat. Dalam beberapa waktu ini juga, aku alami rasa mual, dan muntah-muntah.... tanda seperti hamil, kononnya... Namun, mustahil bagi aku hamil pada ketika ini.... cuma aku berasakan akan ada berita gembira yang datang dari dalam kalangan orang-orang yang akrab dengan aku. Aku tidak pasti, cuma mungkin ada... itulah telahan aku. Selalunya aku bertanya, namun kali ini aku tidak mahu bertanya... semoga berita-berita gembira itu kelak akan dihembuskan ke pendengaran aku ini.

Aku juga sering bermimpikan banyak perkara...dan mengalami beberapa gerakan naluri, alunan tanda-tanda... Jika ada yang mengingati aku ketika ini... merindui mungkin... terima kasih... semoga ukhuwah yang Allah berikan kepada kita selama ini dirahmati dan diberkati... Semoga ukhuwah itu juga akan berpanjangan.

Sebut tentang teman-teman.... aku ingin mengucapkan tahniah kepada seorang sahabat dengan kelahiran puteri tercinta pada awal Ramadhan yang lalu. Ketika aku menerima pesanan ringkas itu di skrin telefon, aku termangu sebentar... apakah ia suatu gurauan? Aku tersenyum sendiri.... dan aku simpan telefon itu dengan penerimaan yang berbaur.. Memang aku dalam keadaan seperti perempuan hamil sekarang, tapi yang satu ini sudah pun lahir ke dunia.... Biar betul!


Ketika punyai masa yang senggang, aku segera mencari telefon aku semula dan membaca dengan berhati-hati... Ia berita gembira, namun mengapa perlu ada tanda tanya... masakan si pengirim main-main dengan berita itu...hatiku berbunga-bunga... apa tidaknya, kehadiran permata hati itu benar-benar dinantikan oleh pasangan sahabatku dan anak lelaki mereka... kini kehadirannya memberi lebih banyak kebahagiaan terutama di Eidulfitri yang menjelang...
"TAHNIAH sahabat, dengan kebahagiaan itu.."


"Jika DIA hendak memberi, DIA pasti memberikan yang terbaik... Jika DIA memberikan yang buruk sekalipun, pasti akan ada sesuatu hikmah di pengakhirannya... HIKMAH yang tidak kita ketahui..." Nasihat seorang teman kepada aku suatu masa dahulu... aku masih ingat!
Kadangkala sesuatu yang diambil daripada kita adalah yang terbaik yang pernah kita miliki... ada kalanya kita belum menikmati yang terbaik itu sudah diambil kembali daripada kita... Kadangkala kebahagiaan yang sangat banyak dalam hidup kita, direngut secara tiba-tiba... Siapa tahu? Aku tidak tahu! Dia tidak tahu! Kalian juga tidak tahu...

Begitu juga dengan kepercayaan yang diberikan kepada kita. Adakalanya kita berasakan bahawa segala apa yang kita lakukan mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada oranglain; terutama daripada mereka yang kita sayangi....tapi ada ketikanya, segala tindakan kita diragui dan disyaki... Maknanya kepercayaan itu goyah? Maknanya kepercayaan itu berkurangan? Maknanya kepercayaan itu hilang? Aku tidak ada jawapannya... ada kalanya kepercayaan dan keyakinan seseorang kepada kita akan tergugat disebabkan oleh perlakuan kita sendiri...oleh tingkahlaku dan tindakan kita.... bukan pun hilang, bukan pun berkurang... cuma sedikit diragui.
itulah hakikatnya....

Ah... baru sahaja aku nyatakan sebentar tadi! Cepatnya masa itu berlalu... dan aku kesuntukan masa ketika ini. Semoga aku boleh mencatat lagi dengan masa yang cukup dan keadaan yang selesa. Memandangkan masa yang sedikit ini, aku terpaksa berundur dahulu... Setakat ini catatan aku hari ini...

Wassalam..