Selasa, Ogos 25, 2009

LAKARAN ATAS SEBAB,ALASAN....YANG MEMUNGKINKAN???...

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulllillah.... Kekeliruan ketika laman blog yang tidak boleh aku akses beberapa waktu yang lalu... sudah aku temui kembali. Melenyapkan keresahan aku juga sebenarnya..

Kini aku boleh mencatat lagi... walaupun tiada isu yang besar atau sensasi akan aku luahkan.. sekadar berkisah daripada pengalaman dan penghayatan aku serta pandangan aku kepada sesuatu perkara itu.

Lucu juga apabila aku menjadi kalut ketika laman blog ini tidak dapat aku akses... Al-maklum aku memulakan semua ini daripada sesuatu yang aku tidak jangka dan aku tidak tahu... sehingga suatu ketika apabila ada seorang kenalan menjadi pembaca setia catatan aku ini, barulah aku meneruskan usaha ini. Tujuan asalku hanyalah untuk mencatat pengalaman aku secara sihat...menyatakan pendapat aku sendiri tanpa halangan dan mungkin tidak dibaca atau diambil perhatian sekalipun... Aku cuma terasa lega apabila dapat mencatat bebanan dalam hati aku dalam blog ini.... aku wujudkan satu lagi blog untuk anak-anak didikku...jika ia boleh membantu..
Aku mencatat apa-apa yang berkaitan dengan matapelajaran aku ajar supaya mereka boleh mendapat sedikit manafaat jika mengikuti blog aku ini.... SEBAB, anak-anak muda sekarang ini lebih arif dengan apa yang terpapar di monitor komputer ini berbanding aku ini... Mereka lebih berteman jika berada di depan monitor berbanding di khalayak... kebanyakannya, walaupun bukan semua.. dan dengan keperluan-keperluan tertentu, beberapa blog lain aku wujudkan dengan beberapa tujuan dan matlamat.

Suatu masa dulu, aku pernah menyelar seseorang... dek kerana kerasnya dia mentarbiah orang lain... agar menjaga pergaulan dan menjaga aurat sebagai muslim, sebagai muslimah...apabila dalam masa yang sama dia agak aktif dalam dunia maya ini.. Aku pernah 'bertanya' kepadanya, bermaruahkah seseorang itu mempamerkan diri dalam dunia maya ini...berbanding mereka yang berhubung dengan orang lain hanya dengan hanya menggunakan sistem pesanan ringkas(SMS)..

Apakah perbezaannya apabila kita berhubung di telefon dan berSMS, dengan seseorang yang berbual, berkenalan dalam alam siber ini? Sama dan tidak jauh bezanya... Maka jika bertelefon dan berSMS itu dia katakan tidak bermaruah...berbual, atau menyertai laman-laman tertentu seperti Friendster, Facebook, MySpace dan seumpamanya itu juga adalah tidak bermaruah...

Maka dengan tanggapan dia yang begitu itu pula, dia sendiri terlibat dalam interaksi maya itu sendiri... Ke manakah kredibiliti dia itu sebagai orang yang menentukan semua hal-hal interaksi dan komunikasi dalam/ atau menggunakan telefon itu tidak bermaruah berbanding dengan perhubungan di alam siber ini... Berikutkan itu semua aku cuba untuk terlibat dengan semua ini... sehingga suatu ketika apabila berbincang dengan seorang sahabat, minda dan hati aku terbuka untuk terlibat dalam dunia maya ini secara serius... dengan cara apapun... biarpun bermula daripada kosong, aku akan pastikan apa yang aku pilih ini bermanafaat... bukan suatu aktiviti yang dianggap tidak bermaruah.. Bergantung kepada niat kita juga. Allah suruh kita berusaha dengan bersungguh-sungguh umpama kita akan hidup di dunia ini selama-lamanya, dan juga menekankan kepentingan ilmu itu sendiri... akhirnya dalam ilmu dan hikmah itu akan ada ibadah kita buat DIA yang kita cintai...

Kesinambungan ilmu dan hikmah itu tidak akan terhenti begitu sahaja, namun tidak akan hadir juga jika tidak dicari.... Dalam aku cuba mengelak terlibat dalam interaksi dunia maya ini, akhirnya aku terjurus juga kepada segala urusan ini. Nasihat seorang teman aku sandarkan, sehinggakan ada ketika aku menjadi tertawa sendiri...kerana kini aku aktif dalam dunia maya.. Memang aku bukan bermula dari kosong sekosong-kosongnya kerana minor pengajian aku sendiri adalah Teknologi Maklumat... Aku belajar pelbagai perkara berkaitan dunia maya ini... dan mungkin jika aku berani, jika aku tidak berputus asa, jika aku tidak terhenti seketika dahulu... tentu sahaja aku boleh memprogramkan beberapa aplikasi dengan lebih baik... tapi aku bermula semula agak lambat... namun biarlah terlambat daripada tidak ada apa-apa yang lebih berlaku dalam hidup ini... lebih baik daripada hanya berada di takuk lama...

Mungkin jalan yang aku pilih ini sebagai satu tindakan yang kurang bijak bagi sesetengah orang... terutama bagi mereka yang sentiasa bertanggapan serong kepada aku... Namun tidak sesekali aku marah... mungkin mereka sudah membuktikan bahawa aku sangat tidak matang dalam menentukan sesuatu dalam hidup... tapi aku berasakan segala ini lebih baik daripada tiada sebarang perubahan dalam hidup aku ini. Kadang kala aku terfikir, mengapa aku perlu memikirkan apa yang baik di pandangan orang, tetapi mengabaikan jiwa dan keperluan aku sendiri. Kali ini biarpun apa tanggapan yang lain kepada aku ini, aku tahu apa yang aku buat, apa matlamatku...yang penting niatku, maka aku tidak takut memilih jalan ini.

Kita mempunyai peluang menentukan jalan yang kita pilih... Apatah sekiranya kesemua jalan itu akhirnya menuju ke satu matlamat yang sama. Mungkin cara yang aku anggap salah sebelum ini, terpaksa aku selusuri.. Maka dengan berbekalkan suatu niat...sebab hikmah,ilmu dan pengalaman yang terkandung, maka aku menceburkan diri dalam interaksi dan dunia maya tanpa sempadan ini. Malah aku juga turut menceburkan usaha ini dalam aplikasi maya untuk mengenali orang lain, mencari teman dan kenalan lama seperti Friendster.com, dan facebook.com.. Hanya dua aplikasi ini aku pilih.. walapun banyak lagi aplikasi yang ada...


Aku menjadi blogger dengan tujuan dan niat tertentu.. Mungkin kesannya tidak aku dapati sekarang.. Mungkin manafaat tidak diperoleh sekarang... mungkin akan memerlukan masa yang lebih panjang namun pastinya apa yang aku pilih ini telah aku fikirkan lama sebelum memulakan..

Ada yang berkata, dengan menulis catatan blog ini dan tema yang aku pilih dalam semua blog ku ini memperbodoh diri sendiri.. memalukan dan membuka pekong di dada... Mungkin pada yang tidak mengerti... Namun aku ada matlamat dan tujuan sendiri... ada sebab-sebab tertentu yang aku sandarkan. Mereka yang mempertikai itu mungkin tidak mengerti... atau ada dalam kalangan mereka yang berasa akan tergugat dengan catatan-catatan aku ini... Jika kita makan cili, sudah pastilah kita akan terasa pedasnya... begitu juga jika kita menyiang keladi, kita pula yang merasai gatalnya...
Aku tidak menggunakan blog ini dengan menghancurkan mahupun mengaibkan orang lain. Tidak untuk memudaratkan orang lain mahupun diri sendiri... itulah dengan erti kata lain. Aku ingin mempelajari banyak lagi ilmu dan inilah salah satu cara... dan aku ingin berkongsi tentang beberapa pengalaman untuk sedikit panduan dan pengalaman orang lain. Melalui semua ini aku berharap ada banyak manafaat yang boleh dikongsikan bersama.

Semoga segala catatan aku ini... yang terdahulu dan akan datang, tidak menimbulkan kesulitan kepada mana-mana pihak... Selesanya aku mencatat, dan terbuka kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat di dalam catatan ini... Aku mengalu-alukan, cuma usahlah bertanggapan buruk dan bersalah sangka... Semoga akan lebih difahami segala yang tersurat ini... WASSALAM.

Sabtu, Ogos 22, 2009

KELIRU...KE MANA HILANGNYA BLOG DAN CATATAN YANG AKU LAKARKAN?

DENGAN NAMANYA AKU MEMULAKAN CATATAN INI... SEMOGA URUSAN AKU DIPERMUDAH DAN AKU KELUAR DARIPADA KEKELIRUAN INI....
TENTU YANG MEMBACA CATATAN INI TERTANYA-TANYA ...APA TUJUAN CATATAN INI DIBUAT... SEBENARNYA AKU KELIRU, SUDAH MASUK 24 JAM, NAMUN BLOG UTAMA AKU INI... TIDAK BOLEH AKU AKSES.... AH, KE MANAKAH BLOG INI MENGHILANG... MULANYA AKU INGIN SEKALI MENUNGGU BEBERAPA WAKTU LAGI... TAPI ENTAHLAH RASA TIDAK ADA KESABARANKU INI... DULU SEKALI AKU ALAMI PERISTIWA YANG SAMA NAMUN... TIDAK LAH SELAMA INI... SEMOGA CATATAN DAN BLOG AKU INI AKAN KUTEMUI LAGI...

SEBENARNYA AKU KELIRU...

JADI AKU MUATKAN BEBERAPA IMEJ INI SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA...

SEMOGA AKU MASIH BERTEMU APA YANG AKU CARI....

Jumaat, Ogos 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI... SEMOGA DATANGNYA IA BERSAMA RAHMAT,KEBERKATAN, DAN KEAMPUNAN.. SEPENUHNYA IBADAH DITERIMA OLEHNYA


ALHAMDULLILLAH, aku temui lagi Ramadhan ini dengan segala rahmat olehNYA... Semoga kehadirannya kali ini memberikan lebih banyak kebaikan dan makna buatku.

Untuk 'berbicara' tentang Ramadhan ini, aku mungkin tidak searif oranglain. Puasa aku juga mungkin tergolong daripada puasa orang awam yang pada tingkat berpuasa menahan lapar dan dahaga, mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, menahan diri daripada menurut kata hati dan nafsu... Mungkin tidak lebih daripada itu. Namun aku juga ingin meraih segala kebaikan dalam bulan mulia ini... sebaik-baik yang mungkin. Semoga ALLAH memberikan aku ruang dan peluang untuk membuktikannya... untuk menyerah diri kepadaNYA... dan membuktikan cinta aku kepada DIA...

Mengenangkan Ramadhan yang berlalu...yang dulu-dulu, pasti sesiapa sahaja punyai kenangannya yang tersendiri. Ada yang menyedihkan, ada yang menyenangkan, ada yang memberi jutaan erti dalam perjalanan hidupnya.. Begitu juga buat aku. Ramadhan ada banyak cerita di dalamnya untuk aku ingati dan untuk mengharapkan ia sentiasa hadir dan hadir... Mungkin Ramadhan akan datang belum tentu aku temui...tapi yang pasti Ramadhan ini sudah kutemui kembali...

Ketika dahulu seusia 4-5 tahun, aku dan adik-beradikku sudah dididik untuk berpuasa penuh sehari suntuk. Ketika itu, aku tidak tahu makna puasa... aku tidak tahu fadhilat puasa... namun indahnya berpuasa ketika itu... Menjelang tengah hari, apabila lapar menerjah dalam perut, rengekan demi rengekan aku lontarkan.. Nenek pasti ehsan, namun dia seorang yang tegas... maka bertahanlah hati dengan tangisan di anak tangga, menanti azan berkumandang.. Kata nenek, azan nanti boleh buka... dan tibalah azan asar, mendengar azan aku berbuka... berlari-lari meneguk air di dapur. Nenek tanya kenapa berbuka, aku kata aku sudah mendengar azan... lalu nenek tertawa.. Bukan azan asar, tapi azan maghrib.... Hah? Habis macam mana dengan puasa cucu nenek ini? Tidak mengapa, sambunglah berpuasa... anggap ini berbuka olok-olok, nanti berbuka betul-betul,ya... nenek memujukku... Pasti aku ingat, sebab hari itu aku tetap didenda, apabila tiba waktu berbuka yang betul-betul... Dia kata, duduk dulu di atas sana... nanti bila dipanggil baru datang dan makan.. Orang tidak puasa, tidak boleh berbuka dan makan dengan orang yang berpuasa.

Maka aku menanti... lambatnya masa berlalu. Dia dan nenek, tidak ingat aku ke? Perut pun dah berkeroncong... masakan nak puasa setengah hari pun tak boleh... masakan tidak tahu azan asar bukan waktu sebenar pun aku kena denda... Memang teruk dia itu. Tidak kasihan dengan aku anak sekecil ini. Dan, dalam berfikir... aku akhirnya dipanggil... tapi apa ini semua... tadi aku lihat nenek masak macam-macam tapi kenapa sudah tiada, dah habis! Aku mula sedih, dan nenek berbisik kepada aku... nenek hendak bersolat dulu, tapi dalam gobok itu ada sesuatu untuk aku... aku senyum sinis... apa yang aku hendak makan ini... Sepupu aku yang seorang itu mengejek-ejek aku... Siapa suruh tidak puasa? Baru padan muka! Manalah aku tahu, azan asar bukan tanda sudah masuk waktu berbuka... dia pun sudah sekolah, sudah belajar, kenapa tidak beritahu? Nenek berpesan, jangan lupa ambil sesuatu dalam gobok makanan itu... Ya lah, nenek! Aku menuju ke gobok...dan.... banyaknya makanan untuk aku... sayang nenek....

Selesai makan, aku naik... kekenyangan. Nenek tanya sudah sembahyang? Tak laratlah nenek, nanti boleh? Tidak boleh! Waktu maghrib itu singkat... dan makan kenyang itu bukan amalan yang baik.... Tapi, semua orang makan banyak... Ya, tapi dia minum segelas air dan kurma sahaja kata nenek.... kemudian dia pergi solat... dan sambung makan selepas itu... Patutlah lambat sangat, tapi kenapa aku tidak tahu dia sudah bersolat sebelum meneruskan berbuka? Sebab.... aku di atas, dan pintu ke dapur itu pula dia kunci... Dia bilal, kadang-kadang imam di masjid.. dia bersegera ke masjid untuk bersolat berjemaah.. Bukan jauh pun masjid itu... apabila selesai solat, dia balik untuk sambung berbuka... ada juga yang berbuka di masjid.. tapi dia balik juga, sebab hendak berbuka dengan keluarga... Panjangnya cerita nenek..
Tapi sekarang ini dia ke mana? Ke masjid semula untuk tadarrus alQuran...untuk berkuliah, untuk bermesyuawarah... dengan siapa? Dengan ahli masjid... ahli masyarakat....ummah Islam yang lain yang bersaudara itu...Masjid kan segala pusat pengurusan, dunia dan akhirat... Pada aku, masjid juga adalah tempat dia, mengabdikan diri kepada DIA.... dan, pada hari-hari bulan Ramadhan ini...masjid jugalah rumahnya... bukan sebagai rumah kedua, tetapi sebagai rumah pertama. Kedai runcit dia pun, nenek yang lebih banyak menjaganya. Hari-hari, selepas jam lapan baru dia balik daripada masjid, salin baju... ke kebun.. balik kebun, 1-2 jam sebelum masuk zuhur dia sudah ada di masjid.... mengaji alQuran... Selepas zohor dia akan balik, tengok urusan kedainya... 1jam sebelum waktu asar dia akan terus di masjid.... dia balik ketika sudah hampir waktu berbuka... selepas itu dia ke masjid lagi... balik semula sambung makan juadah berbuka... ke masjid lagi, sehingga agak lewat malam.. dia balik... menyemak urusan kedai, berbincang dengan nenek, dia akan tidur.... selepas jam 2 pagi dia sudah bersiap2 ke masjid.

Selalu, apabila aku bangun bersahur... dia belum balik daripada masjid... sudahlah dibangunkan ketika sedang sedap tidur, kena pula tunggu dia balik dahulu, baru boleh makan.... selalu sahaja aku tidur di meja makan... apabila dia balik, baru kami semua boleh bersahur... selepas sahur, dia akan mandi dan bersiap-siap... kemas, wangi dan segar... keluar! Ke mana? Masjidlah...yang menjadi rumah pertamanya di bulan Ramadhan...

Aku tanya nenek, tidak marah kah dia selalu tinggalkan nenek untuk ke masjid... tapi nenek selalu menjawab... Kita milik DIA, dan dia juga milik DIA...maka DIA lebih berhak kepada dia... kita tidak boleh marah dia menemui DIA... nanti kita akan kembali kepada DIA juga... Ah, Aku tidak faham...

Kenapa dia asyik baca alQuran? Sebab nenek kata bulan ini kita mesti banyakkan membaca dan menghayati alQuran.... Dia habis kah baca alQuran itu... Habis, biasanya sekurang-kurangnya tiga kali dalam bulan dalam bulan Ramadhan ini... Khatam itu apa pula? Khatam itu, membaca alQuran dari awal dan ditamatkan 30 juzuknya..Tebal buku itu... Bukan buku biasa, kitab...wahyu daripada ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW..untuk panduan kita... Ah, lagi panjang cerita... akhirnya nenek berkata, nenek percaya suatu hari aku akan mengetahui segala-galanya...

Setiap malam apabila aku kata hendak ikut dia... dia akan kata, bersolat di rumah.. berjemaah dengan nenek.. Kenapa nenek pun tidak boleh ke masjid? Dia kata nenek boleh bersolat di masjid, tapi lebih baik di rumah... tapi kadang-kadang nenek bawa aku ke masjid juga, dia izinkan.. nenek akan sibuk membantu siapkan juadah moreh... dan aku asyik bermain. Nenek bersolat dengan yang lain, aku kadang-kadang ikut..tapi lebih bermain.. Sebab itulah dia marah aku ikut ke masjid.. tapi dia sebenarnya suka aku ada perasaan ingin tahu itu... dan dia suka aku berjemaah di masjid... cuma dia tidak suka, sebab aku bukan bersolat terawikh tetapi lebih suka main..sudah penat nanti boleh makan moreh.

Sepuluh malam terakhir aku jarang sekali lihat dia ada di rumah pada waktu malam... dia berumahtangga di masjid kah? Tidak, cuma dia lebih suka menghabiskan sepuluh malam terakhir Ramadhan di masjid... Sembahyang tidak sudah-sudah kah? Tidaklah, kata nenek...dia bulan ibadah, dan ibadah itu bukan sembahyang semata-mata... Pagi baru dia ada di rumah... tapi apabila sudah sampai di penghujung Ramadhan ini, banyak pula orang datang ke rumah... Belum hari raya lagi... tapi kenapa datang ramai-ramai. Semua datang jumpa dia... duduk depan beras, salam dia... baca entah apa-apa... kemudian dia koyak kertas bagi pada orang... orang itu bagi duit... Aku diam sahaja tengok tingkahlaku dia dan tetamu-tetamu... tapi kadang-kadang dia bagi duit dan beras kepada orang pun ada juga. Dia, anak menantu dia... bapa aku pun datang, salam tangan dia...baca sesuatu.... bagi dia duit.

Aku tanya nenek apa dia dan oranglain dan dia bapaku itu buat? Nenek kata, itu namanya bayar zakat fitrah... semua orang mesti bayar zakat fitrah... Hah? Habis aku? Mana ada duit hendak bayar semua itu... Nenek kata aku, tidak perlu bayar sebab dia bapaku sudah bayar semua ...untuk diri dia sendiri, untuk isteri, untuk anak-anak... habis nenek? Dialah yang bayar.... Dia bayar pada siapa pula? Dia tidak perlu, sebab dia amil.... dia antara asnaf, penerima zakat... Asnaf itu apa pula? Nenek kata, nanti kita belajar sikit-sikit...jika hendak terangkan semua, aku akan keliru... bimbang aku takut hendak menghadapi Ramadhan... DAN, kenapa pula ada yang bawa dan bagi dia beras pula? Nenek kata, boleh bagi duit sejumlah nilai berat yang ditentukan, boleh juga bagi beras.. (Itu dulu-dulu, sekarang semua bayar duit tunai sahaja). Mungkin juga ada yang bayar fidyah... sebab tidak mampu untuk berpuasa, dendaan orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja. Apa pula fidyah itu? Ah,ah,ah.....! Banyaknya persoalan, pening aku!

Dan, masa demi masa berlalu... aku semakin tahu... dan dia adalah guru aku juga, sakit di peha aku ini dibesit dengan rotan jika aku tidak mahu mengaji dan tadarus terutama dalam bulan Ramadhan... masih terasa.. kadang-kadang...terutama ketika aku rindu dia... Dia macam singa, ketika mendidik aku... tapi dia juga macam hembusan bayu yang damai dan menyenangkan...dan dia menjadikan aku ini seperti ini... TERIMA KASIH DATUK dan NENEK... mendidik aku ketika itu... Dan Ramadhan, ketika aku berusia 15tahun itu... pada tanggal 27 Ramadhan selepas berbuka dan bersolat di rumah dia, bapaku... dia, Datuk yang aku kasihi itu menyahut panggilan Penciptanya....meninggalkan aku dan orang-orang yang mengasihi... Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, amin..

Itulah, antara kenangan Ramadhan dalam hidup aku ini... Banyak lagi... namun terkesan di hati tidaklah banyak...

Kisah Ramadhan aku yang lain.... ketika keletihan balik berbasikal dari sekolah... apabila hendak ke sekolah agama, untuk menghilangkannya aku pasti mandi... dan ketika menyelam pasti aku minum air... air paip itu sudah menjadi air yang paling sedap di dunia... katanya, syaitan dibelenggu... tapi aku masih tergoda... bukan hasutan syaitan tetapi runtutan nafsu...

Apapun bukan setiap hari... sesekali, jika terlalu letih... tapi itu dulu ketika usiaku antara 7-9 tahun. Selepas itu tidak pernah lagi... dan aku sudahpun mengganti semua puasa aku yang rosak itu... Aku kira banyak orang lain berbuat seperti aku ini, masuk bilik air...kononnya hendak mandi tetapi? Aku tidak mahu menjadi orang yang rugi lagi.

Bulan Ramadhan ini dan faddilatnya bukan kita akan kecapi sepanjang tahun.. dan belum pasti kita akan bertemunya lagi pada tahun-tahun berikutnya. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun-tahun sebelumnya...

Aku titipkan beberapa kata-kata menarik, ucapan menyambut dan menjalani bulan Ramadhan daripada sahabat-sahabat dan kenalan-kenalanku... Selamat datang Ramadhan dan kepada kalian semoga Ramadhan ini lebih bererti, bermakna dan membawa lebih keberkatan daripada Ramadhan yang pernah kita lalui... InsyaALLAH.

Tiada hari seindah Jumaat
Tiada kata seindah Zikir
Tiada ibadah seindah Solat
Tiada bulan seindah Ramadhan
Salam Ramadhan al-mubarak dan selamat berpuasa

Setahun sudah berlalu,
kini kau menjelma kembali..
setahun sudah kembali,
untuk menanti saat ini...
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA.

Wahai tetamu Ramadhan,
Untukmu rahmat dan maghfirah..
airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawikh dan bantal tahajjud!!
Moga mewarisi JANNAH..
Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tidak pasti,
adakah Ramadhan selepas ini untuk kita...
SELAMAT BERPUASA DAN BERSOLAT TERAWIKH....

Sungguh cantik kain pelikat
dipakai orang pergi ke pekan;
puasa Ramadhan semakin dekat,
salah dan silap mohon dimaafkan...
Salam Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Berpuasa..

"Tanpa disedari,Syaaban berlalu pergi..
Ramadan menjelang lagi.. kehadirannya dinanti,
belum pasti bertemu lagi..
Raikan Ramadhan dengan hati yang suci, mengharap keredhaan Illahi..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA...

Pesanan Jibrail a.s. kepada Nabi SAW, tika hadirnya Ramadhan, " Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan:
1. Mohon maaf daripada kedua-dua ibu bapa,
2. Mohon maaf sesama suami isteri
3. Mohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat di sekeliling kita"
Di kesempatan ini kami sekeluarga memohon maaf atas segalanya. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak...

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
DALAM PENYUDAH SYA'ABAN, ADA PENYERI RAMADHAN..
(",) Selamat berpuasa...

Kian jauh tirai Syaaban,
Kini tiba lambaian Ramadhan...
Luhur iman ikhlas amalan,
Luhur ibadah diberkati TUHAN...
Saya ingin memohon maaf, andainya ada salah dan silap sebelum ini... Jibrail a.s. pernah berdoa kepada Allah, Kau sia-siakan ibadah puasa hambaMU ini sekiranya ia tidak memohon maaf kepada kedua-dua ibu bapanya, dan orang yang disakiti sebelum tibanya bulan Ramadhan... Selamat menyambut Ramadhan... semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna..

"Mentari muncul menjelang pagi, Bersyukurlah dengan kurniaan Illahi,
Ramadhan almubarak datang lagi... Bulan kerinduan, Bulan yang dinanti...
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK"

Indahnya dunia hanya sementara,
Indahnya cinta hanya seketika,
Indahnya mimpi kadang tidak pasti,
Tetapi indahnya bulan Ramadhan sukar dicari ganti...
Selamat berpuasa dan bertarawikh....

Jika ingin dititipkan semua ucapan, pasti halaman ini banyak kurangnya... Maka dari sudut hati ini, terima kasih kerana mengingatkan,mengingati dan beringat-ingat..
Wassalam...

Selasa, Ogos 04, 2009

DAMAIKANLAH HATIKU YANG RAWAN.. USAH BERSEDIH, KESABARAN ITU PENAWAR HATI..



Untuk beberapa waktu belakangan ini, aku berasakan keadaan diri aku ini sedikit terganggu walau sebenarnya keadaan kesihatan aku ini agak stabil. Emosi juga stabil InsyaALLAH. Cuma ada beberapa situasi aku yang begitu tidak selesa aku rasakan.

Dalam kelegaan hati, walaupun seberat mana dugaan dan kepayahan yang akan ditanggung, aku kira semua masalah jika ada akan juga mudah diselesaikan. DIA sentiasa hadir apabila kita memerlukan dan hanya kepadaNYA sahajalah kita memohon pertolongan. Namun dalam keresahan dan tiada kedamaian dalam hati, banyak kerja mudah akan terlalu sukar dirasakan. Terlalu menghimpit jiwa dan emosi, sehinggakan ada kalanya terasa ingin menangis dan menjerit melepaskan rasa hati itu. Namun perlulah aku dan yang mengalami situasi sedemikian dapat bertenang dan bersabar kerana setiap dugaan dan ujian yang diberikan kepada kita adalah sebagai satu cara bagaimana kasih sayang ALLAH sentiasa bersama kita. Mungkin ia sesuatu yang amat payah pada satu-satu waktu namun ia adalah didikan kepada pengalaman dan ilmu yang kita perolehi dari semasa ke semasa supaya kita akan ingat dan mempelajari setiap baru yang menjadi maklumat baru.. dan pada ketika ia merupakan maklumat lama, maklumat itu sudah kita fahami atau hayati... dan menjadi pengalaman kita untuk sentiasa belajar akan sesuatu itu sehingga ke liang lahat.

Sudah agak lama juga aku tidak mengalami keadaan resah dalam diri aku. Keresahan yang entah dari mana datangnya. Namun ada waktu-waktu belakangan ini, rentak degup jantungku menjadi berbeza, debaran dalam dada ku begitu laju dan kencang, nafas aku serasa begitu memberatkan aku untuk bernafas... kelesuan dan rasa malas serta berlengah-lengah melanda diri. Aku sememangnya tidak menyukai keadaan ini sejak dahulu-dahulu lagi. Keadaan ini memenatkanku sebenarnya. Bukan aku tidak redha jika aku diuji dengan kesakitan atau kesulitan..namun sering sahaja aku berasa pelik dengan keadaan itu.

Ketika-ketika berlaku aku sering berbicara denganNYA. Memohon semoga jika itulah dugaan aku, semoga aku tidak diuji di luar kemampuan... zahir dan bathinku, merujuk semangat dan keyakinanku.. Mungkin tiada akan sesiapa yang memahami keadaan aku ini namun aku yakin setiap ujian ini ALLAH berikan kepada aku pasti bersebab.

Aku pernah membaca terjemahan Firman ALLAH ini yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berjaga-jaga dan bertawakkallah kepada ALLAH supaya kamu beruntung." ( Ali-Imran: 206)

dan aku sering ingat dengannya.. supaya dapat aku pujuk hatiku ini supaya bersabar. Ada suatu ketika lalu, keadaan seperti ini berlaku dan aku bersabar...maka aku dapat melaluinya. Dan, sekiranya aku tidak dapat melaluinya aku akan meminta pertolongan... kepada DIA... Sekiranya aku masih tidak mampu melalui dan mungkin doa aku yang serba kekurangan ini tidak segera tertunai maka aku akan memohon pertolongan daripada DIA melalui dia. Namun kini aku tidak bisa lagi berbuat begitu.. kerana aku punyai sebab, dan kerana aku punyai janji. Aku tidak bisa lagi untuk meminta melaluinya.. tapi aku yakin DIA pasti membantu aku biarpun agak lambat untuk memperkenankan dan setiap segala sesuatu itu pasti ada hikmah..

Firman ALLAH yang bermaksud:
"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan AKU kabulkan permohonanmu itu." (Al-Mukmin:60)

Sudah agak lama aku tidak mengalami keadaan ini. Aku kira segala sesuatu permasalahan yang berkaitrapat dengan urusan itu telahpun selesai. Namun hari ini, terbukti...keadaan itu belum menghindar sepenuhnya. Bukan gejala wabak penyakit terkini... namun rasa sesak nafas dan sakit dalam dada aku ini melanda lagi. (Entah aura siapa pula yang melanda diri aku ini, mungkinkah kebimbangan, mungkinkah punyai musibah, mungkinkah ada masalah mendatang, mungkinkah ada kerja-kerja salah dilakukan, mungkin keresahan dan rasa dicurigai melanda...Semoga jika ada dalam kalangan kalian membolehkan aku merasa kesan aura naluri, gerak kalian...akan DIA tenangkan dan damaikan... Jika ada sesuatu yang salah, semoga dapat dibetulkan. Jika ada keresahan melanda, semoga ALLAH berikan ketenangan)

Pemeriksaan kesihatan aku juga tidak membimbangkan.. tiada kesan-kesan yang buruk, CUMA ada sedikit masalah yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.. Apabila aku fikir-fikirkan, tidak mengapalah... sebab aku boleh berikhtiar, pasti DIA akan sentiasa di sisiku membantu, dan mempermudah segala urusan aku ini.

Semakin pelik, bukan? Maka itulah keseronokan untuk terus menjelajah... Aku tiada apa yang harus aku kongsikan. Jika aku membaca Alquran kedamaian itu akan sentiasa bersama. Semakin lama aku membaca, semakin aku asyik... namun kita sebagai manusia mempunyai banyak tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini. Setiap sesuatu itu akan dihitung di akhirat kelak. Aku ingin melakukan apa yang disarankan oleh DIA rabbul izzati dan Dia habibullah... Beribadatlah umpama kita akan mati pada esoknya dan bekerja( berusaha) umpama kita akan hidup selamanya... Betulkan aku jika aku silap.

Satu lagi keadaan yang tidak selesa aku alami adalah situasi pada ketika aku sering tersedak.. jika bukan ketika makan, kadangkala tersedak air liur sendiri. Kata orang tua-tua, jika tersedak kita sedang disebut orang. Memang banyak kebetulannya.. jika tersedak ketika makan atau merasai sesuatu yang pedas, maka keburukan kita diperkatakan. Jika tersedak ketika sedang makan atau minum sesuatu yang enak dan manis, maka kita sedang dipuji. Jika tersedak ketika sedang tidur.. maka ada orang yang sedang mengingati kita. Itu kata orang tua-tua..tiada kesahihannya cuma kebetulan. Aku tidak mahu mempertikaikannya... apabila orang-orang tua berkata, pastinya datang daripada pelbagai pengalaman yang telah dilalui..maka mungkin ada kebaikan yang banyak tetapi kita tidak nampak dan tidak mengerti. CUMA, jika benarlah ada yang menyebut aku ini, hentikanlah... tidak perlu menyebut-yebut tentang aku ini.. Jika aku masih dalam hidup, jika aku baru hadir, jika aku telah berlalu... hentikanlah.

Aku berasa terganggu apabila keadaan itu berlaku. Siapakah yang mengingati aku ini pada setiap ketika. Sehingga lena aku sering sahaja terganggu. Alhamdullillah dan terima kasih kepada mereka yang amat menyenangi aku dan menyebut aku, dan terima kasih juga buat mereka yang tidak menyenangi aku tetapi masih juga menyebut akan aku ini. Aku penat untuk melalui keadaan itu berterusan. Rehatku selalu tidak mencukupi.. kerana aku sering rasa gangguan yang aku tidak suka itu.
Kadangkala terfikir aku.. apalah sangat dengan diri aku ini, sehingga tidak henti orang akan menyebut-yebut aku ni. Jika sangkaan aku ini benar, aku ingin menasihati mereka yang menyebut itu, ingat dan sebutlah DIA, Yang Maha Agung itu... kalian pasti lebih diberkati dan dikasihi olehNYA, dan ganjarannya adalah ketenangan dalam hati-hati kalian, melunaskan segala keresahan, mengikis segala titik hitam di dalam hati sekiranya semua itu ada... Jika mengingati dan menyebut aku, hanya dosa yang berbekal dalam hidupmu dan noda yang berganda dalam hatimu.. Aku memang amat bersyukur jika ada yang mengingati aku kerana itu tandanya aku sentiasa ada dalam dakapan kasih sayang dan kerinduan manusia yang bermakna limpahan nikmat itu untuk aku tanpa dapat diperhitungkan sesiapa. Terima kasih ALLAH.
Buat diri ini, jika ada yang ingin mendekati..hadirkanlah diri dan hati dengan ikhlas dan bersungguh.. aku pasti menerima pemberian DIA seikhlas mungkin. Usah dibicarakan aku dan meninggalkan bebanan kepada aku... sedang di sebalik semua itu kita tidak mendapat sebarang faedah sekalipun..
Jika ada yang ingin membuka ruang hati dan minda untuk mengeratkan sillaturrahim, datanglah dengan niat yang baik, aku pasti menyambutnya dengan baik juga, insyaALLAH.
Jika ada yang ingin mendekatkan jurang ukhuwah, jemputlah dengan ikhlas dan tulus, aku pasti akan membuka ruang untuk merealisasikannya.
Jika ingin mengenali aku dengan lebih rapat...mulakanlah langkah melalui pintu salam yang luas dan terbuka laluannya... aku pasti akan membuka tangan menyambutnya...
Jika ada apa-apa yang perlu dituntut daripada aku, maka perjelaskanlah apa salahku, apa kekhilafan aku, agar aku bisa memohon maaf, bermuhasabah, dan membetulkannya..
Semoga tidak aku ini disebut-sebut atas segala sesuatu yang tidak pasti dan segala sesuatu yang menyukarkan aku ... secara baik aku bermohon, ungkai dan uraikan kekusutan ku dan padamkanlah prasangka aku ini.
Aku bukanlah marah atau jengkel dengan perkara ini...tetapi ia membuatkan aku berasa tidak selesa.. Keadaan jiwa yang begitu menjadikan aku berasa tidak selesa dalam melaksanakan tanggungjawab aku dalam banyak hal dan urusan. Aku rindu akan ketenangan hati...dalam semua perkara. Bukan mudah menjadi aku ini... Aku diberikan gerak naluri yang aneh dan sedikit pelik kadang kala membuat aku tertanya-tanya mengapa segala itu berlaku kepada aku ini. Maka untuk melaluinya aku harus menerima kehendak dan ketentuan dengan redha.. Mungkin menimbulkan kemusykilan catatan aku kali ini.. Mungkin ada orang lain yang pernah melaluinya seperti aku... tapi aku tidak pernah menemui sesiapa yang melalui hal yang serupa itu pula. Pernahkah terfikir, setiap kali aku muntah-muntah, mabuk, pitam pada awal pagi atau petang dan teringin makan sesuatu (mengidam)...maka tautan naluri aku pada seseorang itu menggerakkan aku kepada rasa dan tindakan itu.. Pastinya dalam kalangan orang-orang yang aku kasihi, ada pautan dan tautan dengan aku, saudara mara atau sahabat aku berkemungkinan hamil... Memang ada kalangan mereka akan bertanya-tanya, apabila melihat aku mabuk-mabuk dan loya-loya, dan kalangan mereka yang hamil itu akan mengakuinya untuk mengelakkan aku berterus-terusan mengalami masalah itu.. atau aku sendiri akan mencari siapakah yang hamil untuk membolehkan aku menghindar dari kemabukan itu.. Tidak pernah juga aku terfikir,setiap kali aku hendak ke mana-mana, apabila kaki aku akan berat melangkah dan hatiku berdegup kencang, maka aku menangguhkan perjalanan...seterusnya ada musibah yang telah berlaku, maka dalam keadaan selamat itu barulah ringan kaki aku terus melangkah...
Tidak juga aku terfikir jika aku ingin pergi ke mana-mana, dan berjumpa seseorang.. aku akan bermimpi dalam lena aku itu aku bertemu orang-orang yang bakal aku temui, dan menjelajah tempat-tempat yang bakal aku lawati... dan kejadian seperti mimpi aku itu pasti berlaku..
Pernah suatu ketika dulu ketika aku mengasihi seseorang dia dalam mimpi aku, aku dibawa ke kediaman, aku melihat situasi dalam keluarganya dan pada waktu-waktu terdekat itu aku dimaklumkan tentang kebenaran apa yang ada dalam mimpi aku itu... dan aku begitu bersyukur kerana aku selamat daripada ditipu dan dianiaya oleh seorang dia itu.. Semua itu adalah ingatan berjaga-jaga atau gambaran persediaan untuk sesuatu yang patut aku lakukan. Namun dengan segala kasihsayang ALLAH buat aku itu, aku bersyukur.... walaupun pada awalnya aku rasa tersiksa... Dan kini aku sudah membiasakan alamat itu ada dalam hidup aku ini, biarpun aku tahu ia adalah kesukaran buat aku.. Adakah kalian memahaminya? Maka jika kalian memahami dan mengerti, usahlah "sebut" aku dalam ketika-ketika aku tidak senang...biarpun aku bisa dan boleh menyebut kalian semula... bukan pula resamku membalas sangkaan dengan sangkaan.
Firman ALLAH :
وإذا الرعايةلاحطتك عيونها نمفالحوادث كاهن أمان
"Apabila engkau mendapati penjagaan Allah, Maka tidurlah dengan lelap kerana sekalian urusan akan berjalan secara aman"
Dan sebenarnya itulah hakikatnya, aku ingin sekali dalam penjagaan ALLAH kepada diri aku yang lemah dan sentiasa diuji ini. Aku ingin sekali ketenangan dalam hati aku ini... semoga dalam dakapan lena aku itu ada DIA yang aku mimpikan atau apa yang baik dari DIA dalam igauku... Bukan sesuatu yang dalam lena aku itu, terkejut aku kerana ada bicara dari hati dan minda; sama ada dilahirkan secara lisan mahupun dilahirkan secara dalaman... hindarkanlah berbicara tentang aku ini... Berbicara lah kepada yang hak itu, lebih baik untuk diri yang menyebut tentang aku itu...
Biarpun sebenarnya aku kuat untuk melaluinya namun aku kira ada ketika-ketikanya aku pasti kalah dengan kesumatku yang sentiasa akan mengguggat ketenteraman hati dan kesenangan jiwa aku ini.. Aku sentiasa berpegang dengan firman Allah yang bermaksud :
"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredahaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar" (Ali Imran: 173-174)
Buat yang mendatangkan rasa debaran dan keresahan dalam hati ini, yang mendatangkan seizin Allah yang aku cintai... aku ada ketika tidak redha dengan kehadirannya dalam hati aku ini. Dan aku bimbang suatu masa dan ketika nanti, jika aku terlupa dan aku kehilangan rasa bersabar ini...dengan seizinNYA, Allah yang aku kasihi itu...aku mungkin akan berbuat salah. Maka sebelum semua itu berlaku, maka aku pohon dengan kerendahan hati aku ini... bebaskanlah aku daripada sangkaan buruk jika ada, pujian melampau jika terlintas, dendam membara jika tertera.... semoga kita, aku dan dikau bisa aman dan bahagia...sejahtera bersama-sama.
Cukuplah catatan yang memeningkan ini, rasanya... Jika aku tersalah dalam membicarakan tentang hal ini ketika ini, aku harap akan dimaafi dan dapat diperbetul... Jika ada kasih sayang dalam ukhuwah kita ini, semoga ia terbukti dengan keikhlasan budi yang kita berikan buat semua, orang lain dan kita sendiri. Wassalam..

Jumaat, Julai 31, 2009

JIKA PENJELASAN TIDAK DAPAT MENJELASKAN, PERLUKAH LAGI PENERANGAN MENGURAIKAN KEKUSUTAN?

Allahu Akbar.... adakah aku membuat kesilapan dan sebarang kesalahan dalam aku menjalani liku-liku hidup ini. Sehingga ke hari ini pula disebut-sebut akan sesuatu yang amat tidak menyenangkan aku. Kadangkala aku terfikir, tidakkah mereka yang sering mempertikaikan aku itu mempercayai qadak dan qadar Allah. Mustahil, kerana di minda dan dalam dada mereka ada ilmu dan pengalaman yang banyak dek bertambahnya usia dan dek jauh perjalanan yang telah dilalui selama ini... Mungkin aku yang salah atau silap... jika ia benar, maafkan aku ini yang sering alpa dengan perjalanan yang berliku-liku dan bersimpang-siur ini.



Selama beberapa waktu ini, aku menyelusuri hidup aku seperti sepatutnya, tiada kekurangan dan kelebihan apa-apa sehinggakan membolehkan orang lain mempertikaikan segala-galanya tentang aku. Mungkin aku tidak seperti dulu dalam aktiviti luar namun aku masih punya banyak tanggungjawab lain, yang aku kira aku perlu mengutamakannya dan mendahulukannya. Aku tidak pasti itukah sebenarnya dipertikaikan akan diri aku ini.

Aku bukanlah seorang yang sempurna sehinggakan tiada sesuatu yang dapat dipertikaikan, namun aku mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi dalam hidup aku walaupun cita-cita aku itu bukan menggunung dan sehebat orang lain, dan tidak segah orang yang mempertikai aku. Cukuplah jika hati aku ini ada dalam solat aku atau ketika aku membaca alquran dan menuntut ilmu sama ada melalui pembacaan mahupun perbincangan.. Siapa mereka yang hendak mengatur hidup aku... apa yang boleh aku buat dan seumpamanya.. sedangkan mereka juga tidak punyai apa-apa yang sangat membanggakan.


Pada pendapat aku, kita sesama muslim bertanggungjawab kepada muslim yang lain..tapi bukanlah mencampuri hidup mereka. Tidak senangkah hati kita melihat kawan kita berharta, sahabat kita berjaya, dan kekasih kita bahagia... mahupun bukan bahagia bersama kita.. Berkali-kali juga sudah aku nyatakan.. berfikirlah sebelum bertindak, bermuafakat dan bermusyawarahlah sebelum membuat keputusan...muhasabahlah diri kita sebelum kita mempertikaikan kewibawaan dan kemampuan orang lain...

Ambillah iktibar daripada peristiwa lalu...biarlah pun ketika itu kita tidak ikhlas dalam bertindak, maka tiada ketenangan hati kita pula kerana dalam tindakan itu kita menyebabkan hati-hati orang lain terluka.
Tolong...usahlah menjadi prihatin sehingga menjadi bebanan kepada orang lain
Tolonglah...usah menjadi toleransi sehingga menjadi beban pula kepada diri sendiri.
Tolonglah juga...usah menjadi seorang pendengar yang baik sehingga tiada kesempatan untuk membantah dan menyebabkan masalah kepada mereka.

Apapun yang kita lakukan, pastinya memberikan sebab dan alasan yang tertentu. Biarpun aku rasa aku memahami namun ada ketika kebenaran itu adalah begitu pahit.
Mengapakah kita mempertikaikan rezeki yang diperoleh orang lain. Apakah mungkin kerana gaji mereka tidak sebanyak gaji kita dan hidup mereka tidak sebaik hidup kita. Mengapakah di hati kita dan di minda kita perlu mempersoalkan mengapakah semua itu ada kepada mereka, seperti kita atau melebihi yang kita ada. Sedarlah, bukan kita yang memberikan rezeki. Ar-Razak yang maha Kaya dan Maha Pemurah. Mungkin mereka tidak sehebat kita, bergaji dan berusaha lebih seperti kita, tapi rezeki itu juga bukan kita punya. Sedang yang kita ada hari ini pun tidak akan kekal. Hidup kita umpama roda, sekejap di atas dan tidak terkena batuan dan lumpur, tapi dalam sekejap itu juga kita mungkin sudah berada di bawah. Siapa tahu. Dia juga sudah menjanjikan rezeki berganda buat mereka yang membina mahligai bahagia keranaNYA, sedangkan dalam mengimami sembahyang bagi seorang dia yang sudah berkeluarga 70 kali ganda ganjaran pahalanya... Mungkin nanti ditambah dengan rezeki anak-anak yang soleh dan solehah yang lahir daripada keluarga yang dirahmati Allah. Aku kira dalam kalangan kita ini, pasti kalian lebih mengetahui dan memahami. Jadi, bukanlah persoalannya jika gaji mereka kecil berbanding kita, waima 2-3 kali ganda sekalipun.. mereka tidak dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..


Aku juga ingin menjelaskan... aku sentiasa beriltizam untuk menyempurnakan urusan aku dengan sebaik mungkin.. Aku sedikit ralat dengan pertanyaan-pertanyaan yang mempertikaikan urusan-urusan yang bukan menjadi tanggungjawab aku. Adakah aku tidak gembira, tidak seronok, tidak gembira untuk melakukannya.. mengapa aku tidak ingin menerima pengiktirafan dan mengelakkan diri.. Adakah kerana dia, aku hidup dalam keadaan yang tidak menentu dan tidak sempurna. Mengapa harusnya reputasi aku menurun.. dan ada banyak lagi persoalan.

Dalam laman ini, aku ingin memberikan jawapan aku dengan jelas, jika boleh menjelaskan dan jika mahukan penjelasan. Jika tidak dapat difahami, aku tidak dapat membantu apa-apa lagi. Terimalah segalanya ini dengan redha dan cubalah untuk mengerti biarpun sedikit.

Pertama, aku gembira untuk menunaikan amanah yang diberikan.. umpama aku berbuat sesuatu yang baik buat diri aku dan buat sesiapa sahaja yang ada dalam jalan hidup aku ini.
Kenapa perlu dipersoalkan bagaimana aku melaksanakan urusan dan tanggungjawab itu.. sedangkan tanggungjawab itu adalah amanah untuk oranglain. Mengapa perlu aku yang melaksanakan dan dipersoalkan. Kata Dr.HM Tuah, Dato'Dr Fadillah Kamsah dan beberapa motivator yang lain.. Dalam hidup kita ini, utamakanlah apa yang utama. Maka itulah yang aku lakukan. Aku hanya melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mengikut keutamaan aku. Jika aku tidak melakukan amanah dan tanggungjawab yang pernah aku lakukan dahulu, aku tidak sepatut dipersoalkan .

Jika segala yang aku lakukan dulu begitu sempurna dan kini aku tidak mengambil berat juga tidak seharusnya dipersoalkan. Kerana aku sudah punya keutamaan aku dalam ibadah menunaikan tanggungjawab dan amanah ini. Biarlah mereka yang sepatutnya melaksanakan dan melengkap semua itu. Mungkin mereka adalah lebih baik. Aku juga rasa tidaklah begitu sombong, sehingga tak boleh bertolak ansur mahupun membantu.. Masakan semua yang ada perlukan sentuhan aku. Aku seperti kalian, mereka juga... manusia biasa yang masih memerlukan privasi dan hidup aku sendiri. Usahlah aku ditegur kerana tugas-tugas orang lain yang tidak siap. Usahlah aku dipertikai jika tanggungjawab yang bukan tanggungjawab aku tidak sesempurna dulu. Usahlah aku dipersalah kerana sesuatu tugas itu ada kesilapan. Kita manusia yang sering lupa dan alpa.. tapi bukan satu tindakan wajar meletakkan batu untuk digalas di bahu kita, sedangkan batu itu sudah tersedia di bahu orang lain. Adalah lebih baik jika aku dipertikai kerana kesalahan dan kesilapan yang aku lakukan... betapa aib dan menyulitkan pun , itu memang tanggungjawab aku.. Semoga aku tidak dipersalahkan sesuatu yang bukan tugas dan tanggungjawab aku lagi. Jika aku sering menasihati orang lain membantu dengan ikhlas.. aku ingin melakukannya dengan ikhlas. Aku tidak suka dihargai dan diberikan sesuatu yang bukan menjadi hak aku. Terima kasih kerana mengiktiraf aku tapi Maaf, kerana aku tidak ikhlas menerimanya kerana itu bukan hak aku. Semoga mengerti dan memahami.

Keduanya, bukanlah menjadi hak oranglain untuk menentukan kepada siapakah aku gunakan segala rezeki yang aku peroleh. Sedangkan kita tahu, dalam rezeki yang kita perolehi itu ada rezeki orang lain di dalamnya. Usahlah menasihati oranglain jika kita tidak mengetahui duduk perkara yang sebenar. Adakah hidup dia sama dengan hidup kita? Apakah kebahagiaan kita sama dengan kebahagiaan yang orang lain kecapi? Adakah kita merasai kesusahan yang mereka rasai? Adakah kepayahan sama dengan kepayahan kita? Apakah segala-galanya sama antara mereka dan kita? Maka dengan segala itu, aku kira tidak perlulah ada orang lain yang menentukan dan menasihatkan aku kepada siapa jika ada sedekah yang aku akan berikan? Tidak perlulah melarang aku bagaimana pemberian itu akan aku hulurkan? Tidak perlulah mengatur ke mana rezeki aku akan aku uruskan... Kerana apa yang ada dalam perjalanan kita berbeza. Jika DIA memberikan kelewahan dalam hidupmu, semestinya aku juga mendapat kelewahan yang sama? Adakah kelewahan mereka juga sama. Aku hanya melaksanakan kepada yang hak.. yang mungkin pada oranglain menyusahkan aku... tapi tahukah oranglain itu apakah kesusahan itu kepada aku.

Aku ingin menjelaskan bahawa kita ini diberikan segala sesuatu itu mengikut kemampuan kita oleh DIA yang Maha Mengetahui. Kita mungkin diberikan kesenangan tapi mungkin kita diuji dengan kesenangan itu, adakah kita menjadi orang yang bersyukur? Kita diberikan kepayahan dan kesusahan dan sering kita ungkapkan pula kepayahan itu, sedangkan itu adalah hadiah buat kita jika kita kuat dan sabar...masih bersyukur... dan mungkin juga ia juga masih ujian adakah kita orang yang berputus asa. Maka, sebaik-baiknya... kita berfikir, bermuhasabah tentang hidup kita ini sebelum menjebakkan diri dalam kehidupan orang lain agar kehidupan oranglain itu sempurna , walhal hidup kita masih kucar-kacir. Dan jika kita masih tidak memahaminya juga , apapun penjelasan, penerangan, huraian tidak akan menguraikan apa-apa.

Ketiga,mengapa aku perlu rasa kekurangan atau berasa tidak gembira, atau berasa tidak seronok, atau berasa kecewa, atau berasa bimbang atau berasa takut... hanya jika kerana oranglain yang aku kasihi itu membina bahagia. IMAN aku tidak terletak kepada dia.. Maka jawapannya juga tidak terletak kepada dia. Aku tidak memperolehi kegembiraan dan kebahagiaan daripada dia tetapi DIA. Tidak tahu jika ada dalam kalangan kalian yang berasakan bahagia itu adalah dari dia yang berada di sisi kalian. Tiada akan ada kekurangan atau kelebihan sama ada dia ada atau tiada... sebab aku tidak tercipta dalam dunia ini bersebabkan dia.. dan dia adalah juga milik DIA, maka DIA bisa menentukan yang terbaik dan mengapakah aku harus kecewa dengan apa yang ditentukanNYA? Kalian beriman dengan qadak dan qadar tetapi kalian sendiri yang sering mempertikaikannya. Jika ditanya mengapa itu, mengapa ini tidak berlaku kini? Aku ada jawapannya.. dulu apa sahaja urusan itu, adalah urusan aku.. tapi kini aku sudah tahu apa yang patut aku buat dan sebaliknya. Dulu aku berkorban untuk orang lain sebab aku tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan dan apa yang tidak patut... kini, aku masih melakukan beberapa hal dan urusan yang bukan tanggungjawab aku cuma kini aku lebih mengutamakan apa yang sepatutnya untuk diri aku.

Kadang-kadang aku terfikir, jika aku buat sesuatu kerja itu.. walau bukan kerja aku, aku selalu rasa gembira sebab membantu dan menyempurnakannya.. tapi ada kalangan mereka yang dibantu itu berlepas tangan.. itu sahaja sebabnya. Buatlah tugas yang memang tugas kita, bukan mengharapkan oranglain buat tugas kita, sedangkan apabila tidak sempurna kita menuding orang yang membantu sedangkan itu tugas kita, dan orang membantu itu yang salah, sedangkan itu adalah tanggungjawab kita... dan apabila orang yang membantu itu tiada, kita baru sedar itu tugas kita tetapi kita masih mencari kesalahan orang lain untuk menutup kelemahan kita. Aku dulu yang sering membantu orang lain tetapi kini tidak lagi dan oleh sebab itu, jangan cari aku jika ada yang tidak sempurna, jika tidak selesai.. dalam sebarang tugas dan tanggungjawab yang bukan diamanahkan kepada aku.

Menyebut dia dalam hidup aku.. adakah aku perlu bersedih dengan laba yang dia ada, dengan rezeki dan kebahagiaan yang dia kecapi dan dengan rahmat dan keberkatan yang dia perolehi. Hanya orang yang tidak berhati perut dan kejam sahaja sengaja menzalimi diri sendiri. Aku bahagia dan gembira dengan hidup aku ini, sebagaimana dia juga bahagia.. tak cukupkah semua itu dalam hidup kalian untuk berkongsi kegembiraan bersama aku dan dia. Bukan dia yang menentukan bahagia dan derita aku, bukan juga kalian.. Bukan dia memberikan kesenangan dan kesusahan dalam hidup aku, bukan juga kalian.. Bukan dia yang memberikan aku masa depan, bukan juga kalian.. bukan dia yang memberikan aku kekuatan dan semangat, bukan juga kalian... Tidak akan ada dia dalam penentu hidup aku, bukan juga kalian... Aku pasti 'kalian' itu tidak membaca catatan ini, tetapi aku tetap ingin mengingatkan.... Segala-gala dalam hidup aku ini, dalam hidup dia, dan dalam hidup kalian juga.. adalah DIA yang Maha Esa.. DIAlah segala-galanya. Bukan dia yang boleh mengubah atau menukarkan perjalanan hidup aku. Tiada alasan pun untuk dia menjadi sebab, punca atau sumber apa sahaja kehidupan aku ini. Maka aku tidak mahu hal ini dipersoalkan.. terutama oleh kalian sendiri yang tidak pernah sempurna tetapi mengharapkan kesempurnaan oranglain untuk menutup kelemahan sendiri.

Apakah sudah tiada perkara yang perlu difikirkan? Jika tiada, fikirlah bagaimana ALLAH menjadi alam ini untuk kita kecapi hidup yang sempurna.. dan bagaimana pula alam menjadi wahana pemusnah bagi kebahagiaan itu pula.. Jika tiada yang hendaklah ditelaah... telaahlah bicara-bicara DIA dan Rasullullah junjungan yang sepatutnya kita cintai... melalui firman dan sunnah yang benar.. Jika tiada apa yang hendak diperkatakan... alunankan zikir dan munajat kepada DIA yang mencipta kita sesempurna mungkin.. Usahlah dibicara dan dilagukan ghibah dan kritikan yang merosakkan hati dan minda... maka kalian akan tahu, apakah perbezaan orang yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui... dan kalian juga akan tahu... nikmat dan pemberian apakah yang didustakan.

Keempatnya, buat dia yang aku kasihi,
jika jalanmu masih ada pada jalan yang benar, aku akan terus menyokongmu walaupun hanya dengan sepotong ayat dalam doa aku ini. Aku ingin melihat orang-orang yang aku kasihi sentiasa bahagia dan gembira... Bersemangat dengan iltizam dan wawasan yang jitu, membina diri, membentuk keluarga, dan seterusnya membina negara dengan melalui jalan yang benar dan selagi niat baik itu ada, setiap apa sahaja yang dilakukan pasti beserta dengannya keberkatan dan kejayaan.
Ingat itu, jika aku masih mengasihi dan menyayangi, pastinya adalah kerana DIA yang kita cintai. Kerana ukhuwah yang begitu indah dan manis. Jika aku masih mengambil berat dan sentiasa berpesan, pastinya adalah kerana DIA.. kerana kita saudara seagama.. yang apabila dicubit peha kiri, peha kanan akan terasa sakitnya... betapa rapatnya sepasang mata itu, sama-sama menangis, sama-sama melihat... tetapi tidak dapat melihat antara satu sama lain... masih sentiasa bersama dalam segala keadaan... Dan, jika aku merindui, pastinya kerana DIA, kerana aku ingin orang yang aku rindui itu mendapat segala-gala yang terbaik dalam hidupnya.. kerana aku mencintai seorang dia, seorang pemimpin... dalam hidupnya, dalam keluarganya... dalam masyarakatnya, dalam hidup aku juga kerana DIA... selagi dia berada di jalan DIA.. Malah jika ada dia menggantikan dia, aku ingin dia juga seperti dia yang mengutamakan DIA. Aku juga ingin berpesan, hadapilah segala dengan tabah.. seorang pemimpin tidak boleh kalah dan berputus asa, tidak boleh takut... jika berada di jalan benar, kita perlu membuktikannya. Aku sendiri kadangkala mengapa kebetulan-kebetulan itu sejajar dengan perjalanan hidup kita... apabila sudah pergi, kita selalu berasingan... apabila sudah tiada, hidup seperti kesunyian, apabila sudah berjaya, kita seperti melupakan satu sama lain.. TETAPI, aku rasakan itu bukanlah sebenarnya.. kerana hidup kita ada DIA. Jika aku tiada tidak mengapa, jika kau tiada juga tidak mengapa.. Usahlah pula dalam membuktikan sesuatu itu, kita terpaksa melakukan sesuatu perkara itu seperti mencuri-curi... Jika ingin melihat dan memandang, perhatikan dengan berani... bukan berselindung dan mengintai-intai. Jika ingin menegur, mengikutlah adabnya...memberikan senyuman dan salam... Aku mungkin pandai memberi nasihat.. Mungkin ada kesilapan aku juga, maka orang bersalah sangka. Aku tidak pernah iri hati, berdendam, tidak ada kemarahan atau kesedihan.. malah aku tidak pernah, membenci atau melarikan diri... Mungkin keadaan yang membataskan, ruang dan urusan mengehadkan... aku tidak punya masa pun untuk memikirkan.. yang rupa-rupa apa sahaja tindakan aku menjadi perhatian dan menimbulkan prasangka orang. Aku sentiasa mendoakan agar hidup orang yang aku kasihi akan sentiasa sejahtera, dan semoga mereka juga akan ingat kepada aku serta mendoakan kesejahteraan aku... Kita akan sentiasa berasa gembira disayangi dan dikasihi.. dan kita akan sentiasa bahagia berada dalam ukhuwah yang terjalin kerana DIA.

Semoga apa yang aku catat di laman ini, membuka sedikit tanggapan positif kepada aku yang selalu mempertikaikan banyak perkara. Memberi aku peluang meluahkan apa yang aku fikirkan. Jika benar dan bermanafaat.. gunakanlah.. dan jika silap dan sia-sia, tinggalkanlah.. Semoga aku sentiasa sedar,ingat dan bermuhasabah... semoga sesiapa pun yang mengintrospeksi laman ini mendapat iktibarnya.. InsyaALLAH, aku ingin terus mencatat kisah aku dan dia...terutama dia yang memberikan kanvas kehidupan aku ini warna-warni yang indah dan beriktibar... maka untuk masa ini semoga aku diberikan luang dan ruang yang secukupnya. Jazakumullahu, Wassalam.

Khamis, Julai 30, 2009

MULIAKAH ORANG YANG MEMULIAKAN? ATAU MULIAKAH ORANG YANG DIMULIAKAN? ATAU APAKAH ORANG YANG MEMULIAKAN SEMULIA ORANG YANG DIMULIAKAN?

Alhamdullillah, aku bisa mencatat lagi hari ini... Tiada apa yang benar-benar menyukarkan hidup aku dan tiada sesuatu yang benar-benar meresahkan hati aku ini. Alhamdullillah, aku berasakan keselesaan dalam menjalani hari ini dengan rasa gembira... dengan rasa baik dan emosi aku yang stabil. Entah mengapa aku bisa tersenyum bahagia hari ini.. mungkin kerana melihat kegembiraan orang-orang yang aku kasihi... atau mungkin kerana aku melihatkan kebahagiaan dan kelewahan rezeki yang diperoleh oleh orang-orang yang aku sayangi. Terima kasih ALLAH, memberikan sedikit kesenangan hati kepada aku hari ini.


Alhamdullillah, ALLAH memberikan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran serta rasa syukur yang banyak.. Baru beberapa hari lalu aku bermohon disebabkan kehampaan kepada beberapa perkara, hari ini DIA telah memberikan aku sinar lagi... Semoga aku tidak menjadi seorang yang tamak dengan kemanisan dunia ini.. Semoga aku bisa mendidik akal dan hati ini sentiasa tawaduk dan qanaah. Cukuplah ALLAH, jika segala yang ada ini terbaik untuk aku... Namun jika ada izinMU aku ingin sekali memohon agar KAU bahagiakan ibu dan keluarga aku.. Mungkin kebahagiaan ibu dan mereka ada pada aku ini... Maka aku mohon moga dipermudahkan segala urusan aku yang akhirnya membahagiakan mereka. Aku akan lebih bahagia jika ibu dan keluarga aku dalam sejahtera dan dalam dakapan keredhaanMU. Tiada apa yang dapat kuberikan ibu, hanya kebahagiaan itu.... yang jika berlaku kepada aku ini, akan mengukirkan bentuk senyuman manis di hati ibuku itu.. KAU Maha Mengetahui apa yang aku mohon ini...semoga KAU perkenankan aku ini...

Aku ingin berbicara tentang kemuliaan orang yang memuliakan orang lain.. dimuliakan, atau semulia orang yang dimuliakan.

Aku akan selalu ingat bahawa....
Langit tidak akan selalunya cerah...
Mendung juga pasti akan berlalu...

dan bahawa aku akan selalu ingat, beratnya tanggungjawab mendidik diri aku ini, dan menjadi didikan kepada orang lain. Aku ingin menyelusuri isu ini untuk diri aku sendiri, agar belajar daripada segala sesuatu dalam perjalanan hidup ini biarpun kecil. Menyedari kesilapan dan memperbaiki kepada yang lebih baik. Semoga akan ada sinar yang menyerlah...
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ“

Sesungguhnya orang-orang yang menyenangi tersebarnya perbuatan keji2 di kalangan orang-orang beriman, mereka memperoleh azab yang pedih di dunia dan di akhirat….” (An-Nur: 19)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallambersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ ...“

Siapa yang melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia niscaya Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat. Siapa yang menutup aib seorang muslim niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat. Dan Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….” (HR. Muslim no. 2699)

hadits Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu 'anhu dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:

يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلِ اْلإِيْمَانُ قَلْبَهُ، لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ عَوْرَاتِهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian mengghibah kaum muslimin dan jangan mencari-cari/mengintai aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat kaum muslimin, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia).”

Kata Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud: “Hasan shahih.”)Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu 'anhuma menyampaikan hadits yang sama, ia berkata, “Suatu hari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam naik ke atas mimbar, lalu menyeru dengan suara yang tinggi:

يَا مَعْشَرَ مَنْ أَسْلَمَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يُفْضِ اْلإِيْمَانُ إِلَى قَلْبِهِ، لاَ تُؤْذُو الْمُسْلِمِيْنَ، وَلاَ تُعَيِّرُوْهُمْ، وَلاَ تَتَّبِعُوْا عَوْرَاتِهِمْ، فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ
الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ، وَمَنْ يَتَّبِعِ اللهُ عَوْرَتَهُ، يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ رَحْلِهِ

Wahai sekalian orang yang mengaku berislam dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke dalam hatinya. Janganlah kalian menyakiti kaum muslimin, janganlah menjelekkan mereka, jangan mencari-cari aurat mereka. Karena orang yang suka mencari-cari aurat saudaranya sesema muslim, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya walau ia berada di tengah tempat tinggalnya.” (HR. At-Tirmidzi

Aku kira tentu kalian berasa keliru. Sememangnya aku berasa jengkel dengan beberapa hal. Sedang aku bersyukur melihat kesenangan dan kebahagiaan melimpah yang diberikan ALLAH kepada orang yang aku sering mendoakannya, ada juga yang berasa iri hati dengan kesenangan itu.. Ada yang berasakan nikmat itu tidak layak dinikmati oleh seseorang itu.. hanya disebabkan dia tidak sepandai dan searif yang memperkatakannya.. Dia tidak sehebat dan sekaya orang yang mempertikaikannya... Adakah akan mulia, seseorang yang berasakan dirinya mulia tetapi mempertikaikan kemuliaan yang diperoleh orang lain. Sehinggakan kemuliaan itu menjadi tidak mulia, malah menjadi fitnah dan ghibah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang mulia itu. Hilangkah kemuliaan orang yang mulia itu jika kemuliaan dia itu dipertikaikan.

Aku memang berasa ralat dengan kemuliaan orang yang kononnya mulia tetapi dalam masa yang sama bersangka buruk dan mengaibkan orang lain. Biasanya yang mulia itu akan berasa di atas, di tempat tinggi pada tanggapan masyarakat... tetapi adakah tempat yang tinggi dalam masyarakat itu pula merupakan suatu tempat yang mulia...

Ada ketikanya kita sengaja menjatuhkan kemuliaan diri sendiri dengan mempertikaikan kemuliaan orang lain. Sehinggakan apabila kita berkata, umpama semuanya itu adalah benar, sehingga kita berada, semua yang ada itu hebat... sehingga jika kita berpunya, kepunyaan kita itu tidak ada bandingan. Ke mana perginya maruah diri orang yang mulia itu. Aku fikir... yang mulia itulah harus memikirkannya. Berkali aku katakan, catat dan ungkapkan: Tidak akan hilang bisa ular jika ular itu menyusur akar. Hanya orang-orang yang berfikir sahaja akan terus memahaminya. Berfikirlah, pasti akan ada fikiran yang benar mengiringi.

Suatu hari Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu 'anhuma memandang ke Ka’bah, ia berkata:

مَا أَعْظَمَكِ وَأَعْظَمَ حُرْمَتَكِ، وَالْمُؤْمِنُ أَعْظَمَ حُرْمَةً عِنْدَ اللهِ مِنْكِ“

Alangkah agungnya engkau dan besarnya kehormatanmu. Namun seorang mukmin lebih besar lagi kehormatannya di sisi Allah darimu.”

Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"لاَ يَسْتُرُ اللهُ عَلَى عَبْدٍ فِي الدُّنْيَا إِلاَّ سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah Allah menutup aib seorang hamba di dunia melainkan nanti di hari kiamat Allah juga akan menutup aibnya8.” (HR. Muslim )


Aku sebenarnya ada rasa kemarahan yang melanda dalam hati aku ini. Aku terdengar pada awalnya, dan aku mendengar sendiri akhirnya daripada yang sepatutnya.... Entah mengapa aku tidak berasa peristiwa itu suatu yang buruk tetapi lebih daripada itu, mengaibkan, memalukan, menjatuhkan maruah, dan entah apa lagi harus ku ungkapkan. Benci aku dengan sikap itu.. Benci aku dengan perlakuan buruk itu.. Andai aku dapat menghalangnya..

Aku benci melihat sikap seorang pemimpin yang hipokrit, lebih buruk lagi apabila pemimpin itu melakukan ghibah... membuat telahan salah, membuat andaian tanpa usul periksa.. membuat penilaian tanpa usul periksa... Lagi menghampakan apabila bergurau atau bersenda, bukan lucu atau lawak yang menyenangkan tetapi sindiran yang menyakitkan, dan mengaibkan.
Aku sememangnya seorang yang jarang membantah dan kurang mempertikaikan, apatah sesuatu yang bukan berkaitan dengan aku.. namun jika seseorang itu berasakan mulia dan memperlekehkan orang lain, tanggapan aku akan terus meleset... hampa.

Catatan yang berikut ini begitu menarik minat aku membacanya, lalu aku petik untuk tatapan semua.. Semoga ia boleh menggambarkan apa perasaan aku ketika ini.


Dia memuliakan diri. Diri yang dimuliakan Allah dengan menciptanya secara sempurna (Al-Quran 95: 4), lagi mulia (Al-Quran 17: 70).
Tetapi tidakkah orang yang begitu, sombong dan meninggi diri? Perasan bagus!?

Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi adalah orang yang memandang dirinya tinggi, dan memandang tinggi orang lain.
Manakala orang yang tinggi diri dan takabbur ialah orang yang memandang dirinya tinggi, dengan memandang rendah orang lain. Itu sahaja bezanya.

HARGA BERKADAR TERUS DENGAN NILAI

Orang yang tinggi harga diri, ketinggian itu datang dari nilai. Harga berkadar terus dengan nilai. Tinggi nilai, tinggi harga. Apabila seseorang itu banyak berpegang dengan nilai yang baik dalam hidupnya, maka harga dirinya juga tinggi. Orang kenang dia dengan kenangan yang baik-baik. Menyebut tentangnya pun, banyak pada kebaikan yang dilakukannya. Harga tinggi kerana nilai tinggi. Tinggi harga tinggilah penghargaan.

Tetapi orang yang ego, atau takabbur lagi meninggi diri, adalah orang yang memandang dirinya tinggi dengan memandang rendah orang lain. Kalau mahu berkata tentang kelebihan diri, pastinya disertakan dengan memperlekeh dan merendah-rendahkan orang lain. Maka jika kita mahu kenal orang yang rendah harga diri, mudah sahaja. Siapa yang suka merendah-rendahkan orang lain, tidak menghargai orang lain, maka orang itulah selalunya yang rendah harga diri.

”Orang yang tidak memilik sesuatu, tidak memberi apa yang tidak dimilikinya itu”

Tiada harga diri, tiadalah kemampuan menghargai orang lain.
Saya lontarkan kisah ini kerana mahu berkongsi dengan pembaca garis-garis pemisah di antara positif dengan negatif. Antara memuliakan diri, dengan menghina peribadi. Antara memuji dengan mengeji. Antara kritikan membina, dengan kritikan membinasa.
Kesemua pasangan di atas, ada banyak daerah kabur antara keduanya jika kita menilai dengan perasaan. Apatah lagi perasaan yang disokong oleh pemikiran negatif.


Allah memberikan kemuliaan bagi Anda ketika Anda hidup di dunia dan ketika Anda telah meninggal(kan) dunia.Allah memuliakan Anda ketika hidup di dunia ini dengan cara (lihat QS At-Thalaq [065]: 2-5):

1. Allah memberi solusi atas semua permasalahan yang Anda hadapi.
2. Allah melimpahkan rezeki dari sumber dan pada waktu yang tidak Anda duga.
3. Allah memudahkan segala urusan/pekerjaan Anda.
4. Allah menghapus kesalahan-kesalahan (sayyiat) yang sudah Anda perbuat
5. Allah melipatgandakan reward (pahala) yang sudah Anda terima.

Allah memuliakan Anda ketika meninggal(kan) dunia ini dengan cara:
1. Menghindarkan Anda dari neraka alias Anda tidak akan masuk ke dalam neraka (QS Az-Zumar [039]:61).
2. Menempatkan Anda di dalam syurga yang luasnya sama dengan luas langit ditambah luas bumi (QS Ali Imran [003]:133). Di dalam syurga, Anda hidup dalam 'kemewahan dan kenikmatan' yang mengalahkan kemewahan dan kenikmatan yang ada di dunia.

Apakah Anda sudah memiliki gelar muttaqi? Jika Anda memiliki perilaku berikut ini berarti Anda adalah seorang yang muttaqi (bertaqwa):

A. Internal
1. Beriman kepada Allah, rasul-Nya, kitab-Nya, malaikat, hari kemudian
2. Mendirikan shalat
3. Bersabar
4. Mampu mengelola (menahan) amarah
5. Bertaubat atas perbuatan yang keji dan menganiaya diri sendiri.
6. Takut terhadap (azab) Allah dan tibanya hari kiamat.

B. Eksternal
1. Memberikan harta yang dicintai baik di waktu lapang maupun di waktu sempit.
2. Memerdekakan hamba sahaya.
3. Menepati janji bila berjanji kepada orang lain (atau kepada diri sendiri).
4. Memaafkan (kesalahan) orang lain(catatan:

ciri orang yang bertaqwa dapat dilihat dalam surah Al Baqarah [002] antara lain pada ayat: 2-5, 177, 180; surah Ali Imran [003] antara lain pada ayat: 133-138; surah Al-Anbiya [021] pada ayat 48-50)


Petikan 2 :


Hendaknya percandaan tidak mengandung nama Allah, ayat-ayat-Nya, Sunnah rasul-Nya atau syi`ar-syi`ar Islam. Karena Allah telah berfirman tentang orang-orang yang memperolok-olokan shahabat Nabi , yang ahli baca al-Qur`an yang artinya:

"Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka menjawab: "Sesungguh-nya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja". Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?". Tidak usah kamu minta ma`af, karena kamu kafir sesudah beriman". (At-Taubah: 65-66).

Hendaknya percandaan itu adalah benar tidak mengandung dusta.

Dan hendaknya pecanda tidak mengada-ada cerita-cerita khayalan supaya orang lain tertawa.

Rasulullah bersabda:
"Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta supaya dengannya orang banyak jadi tertawa. Celakalah baginya dan celakalah". (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Hendaknya percandaan tidak mengandung unsur menyakiti perasaan salah seorang antara manusia.

Rasulullah bersabda:
"Janganlah seorang di antara kamu mengambil barang temannya apakah itu hanya canda atau sungguh-sungguh; dan jika ia telah mengambil tongkat temannya, maka ia harus mengembalikannya kepadanya". (HR. Ahmad dan Abu Daud; dinilai hasan oleh Al-Albani).

Bercanda tidak boleh dilakukan terhadap orang yang lebih tua darimu, atau terhadap orang yang tidak bisa bercanda atau tidak dapat menerimanya, atau terhadap perempuan yang bukan mahrammu.

Hendaknya anda tidak memperbanyak canda hingga menjadi tabiatmu, dan jatuhlah wibawamu dan akibatnya kamu mudah dipermainkan oleh orang lain.

Aku juga hairan apabila ada dalam kalangan masyarakat aku ini, mengandaikan dirinya adalah terbaik dan apa sahaja di sisinya adalah yang terbaik. Adakah yang terbaik itu juga sangat mulia. Aku sesekali tidak menyetujui apabila berlaku penilaian, penilaian itu adalah salah tetapi amat dibanggakan... sedangkan dalam kalangan yang lainnya lebih baik dan berpotensi.
Pada aku mudah.. jika aku ikutkan hati yang diruntun oleh nafsu (syaitan).. sudah diberikan penghargaan kepada seseorang itu, seseorang yang sebenarnya tidak layak itu... maka biarlah seseorang yang kononnya layak itu yang membuktikannya... sedangkan kejayaan itu sahaja berdasarkan suatu batu loncatan... memijak orang lain untuk diri dimuliakan.. Muliakah penghargaaan mulia dan tindakan mulia itu?

Jika tidak mengenali aku tentu sahaja orang akan menganggap jahatnya aku, sombongnya aku, berlagaknya aku.. namun peduli apa dengan kata orang yang kononnya mulia tapi tidak ada nilai kemuliaan itu. Aku sebenarnya belum selesai mengungkapkan tujuan aku mencatat tetapi cukuplah dulu.. kelak akan aku catat lagi... cuma nasihat aku, buat diri aku...dan orang lain yang mahu dinasihati... menilai sesuatu buku itu usah daripada kulitnya.. telaah dan hayatinya, maka nilai itu pasti terserlah.. Wassalam.