Jumaat, Januari 15, 2010

KATA AKAN TERUS AKU KOTAKAN,BIARPUN SECARA PERLAHAN-LAHAN

Itulah janji aku kepada diri aku ini, suatu masa dulu....
Aku akan mengotakan kata walaupun ia akan terlaksana lambat sekali namun aku akan pastikan matlamat itu tercapai.

Kini aku yakin jalan aku mengotakan kata-kata itu semakin mudah....dan tidak lama akan datang pasti doa-doa aku ini akan diterima oleh DIA yang aku kasihi dan cintai itu..


Mungkin bukan mudah bagi aku.
Mungkin bukan juga terlalu sukar...
Namun pelbagai kemungkinan ada di hadapan... dan perjalanan aku semakin jauh.


Biarpun tiada siapa yang bakal menyedari...
Apa yang pasti aku sedang mengotakan kata dan janji...


Kini, mungkin kerana faktor usia ini... aku tidak berkuasa untuk melayan-layan karenah mereka, dia dan dia.... semua di sekeliling aku. Aku juga semakin banyak berfikir... maka mulutku ini semakin tertutup..


Ada kisah yang tidak ingin aku kongsikan
Ada luka yang sedang aku baluti
Ada cerita yang sedang aku terokai...
Biar sahaja tiada siapa yang tahu....


Aku sengaja menjauhkan diri...
Aku sengaja tidak mahu campur tangan..
Aku sengaja tidak ingin mendengar...
dan yang sebenarnya...
Aku tidak ingin bersama lagi...


Azam demi azam yang kita ciptakan mungkin tidak akan kesampaian ketika tempoh yang kita tetapkan berakhir... namun tempoh itu akan berakhir pula hanya selepas azam dan niat di hati aku ini terlaksana...


Maka ingin sekali aku katakan..
dan aku ingin sekali dia, dia, dia, dan mereka ketahui...
jika aku berkata, saban hari aku berdoa akan mengotakannya
jika aku berjanji, saban waktu aku berdoa akan menunaikannya
dan jika aku berhutang pula, maka saban ketika dan saat aku berdoa untuk melangsaikannya...
Inilah aku sebenarnya aku... insan kerdil yang mengharap ehsan... yang ikhlas dan seikhlasnya.


Maka ketika aku melihat harapan aku ini dilaksana biarpun bukan aku sendiri yang melakukannya, merasainya, menikmatinya.... aku akan sangat gembira...

Buat dia yang aku cintai sewaktu waktu yang lalu...
mungkin yang masih lagi aku kasihi kini...

Biarpun ada kehampaan dalam hati aku ini namun aku bersyukur kepada DIA kerana menjaga dia dengan baik.

Biarpun bukan makan daripada hasil air tangan aku ini...

biarpun bukan memakai pakaian yang aku jahitkan....

biarpun bukan gembira ditemani aku.... aku sesungguhnya amat bersyukur....

Namun kehampaan itu masih ada dalam hati ini... kerana di tanggapan dan pandangan aku yang jauh dari hatinya ini.... dia tidak berada dalam keadaan yang aku harapkan, yang aku doakan...


Entah mengapa aku rasakan ada kesedihan dalam hati dia...
Entah mengapa aku rasakan ada kehampaan dalam pengharapan dia...
Entah mengapa aku rasakan ada kesunyian dalam ruang keriuhan dia...
Entah mengapa aku terasa, berasa dan rasakan ada sesuatu yang tiada dalam hidup dia...


Dan aku hanya mampu mendoakan buat dia...
dan aku akan mampu mendoakan buat dia...
dan aku hanya mahu mendoakan untuk dia....
tidak lebih dari itu...
tidak kurang dari itu...
DOA yang ikhlas dari aku ini yang mencintai dia selayaknya...

Kini, kata-kata aku dulu...
Kini, usaha-usaha aku dulu...
Kini, janji-janji aku dulu....
Kini, harapan-harapan aku dulu....

Aku cuba semampu dan sedaya serta seupaya aku menunaikannya...

Aku sudah tiada dalam lingkungan dia...walaupun aku hampir...

Aku sudah jauh daripada pandangan dia....walaupun aku ada...

Aku sudah lolos daripada ingatan dia ....walaupun aku wujud...

semoga aku akan terus tiada, musnah, hilang, luput.... biarpun kenyataannya aku sentiasa ada.

Itulah antara janji aku jika ada yang tahu
Itulah antara kata aku jika ada yang faham
Itulah antara harapan aku jika ada yang mengerti...

Kerana dalam hati aku ini ada keikhlasan
kerana dalam doakan aku ini ada ketulusan
kerana dalam harapan aku ini ada ketelusan
dan
kerana dalam hidup aku ini ada DIA yang utama......


Jika aku melukakan hati, maafkan aku
Jika aku menghiriskan hati, maafkan aku
Jika aku menghampakan harapan, maafkan aku....
Biarpun lambat pasti aku kotakan... itulah kata-kataku....
Biarpun sedikit demi sedikit aku pasti akan melaksanakan...
Biarpun sekelumit masa yang ada... aku akan menunaikan...
Cuma,
semoga ada kesabaran dalam hati.....
semoga ada kecekalan hati melaluinya... lalu semua akan direstui....InsyaAllah.

Isnin, Januari 04, 2010


Beberapa minggu ini aku berasa sebal... dengan pelbagai situasi dan perkara. Yang pada aku hanyalah satu kesilapan besar daripada kealpaan yang kecil....
Apapun sebelum aku meneruskan catatan ini, aku ini aku ingin mengucapkan "Kulluam wa antum bikhair".
Aku sedar sesiapa yang menjelajah ruangan ini mungkin akan tertanya-tanya... Namun apapun pemahamannya, sebenarnya banyak yang ingin aku sampaikan dalam catatan ini...dan banyak lagi yang aku pendamkan, jika selesainya catatan ini semua yang terpendam itu akan keluar alangkah bagusnya... Bukan dendam, namun sedikit rasa kesal... Bukan juga kerana aku ini 'baik' maka semua yang lain itu tidak baik.... Bukan kerana aku ini bagus, maka yang lain itu banyak pincangnya... Bukan aku ini hebat, maka yang lain itu naif.... Aku hanya mengingatkan diri ini.... kerana dengan catatan ini, aku bisa untuk membaca dan menilai semula apa yang aku rasakan, pendapatku, rasa terbeban dalam hati.... Mungkin suatu ketika nanti, ketika aku membaca lagi catatan ini, aku akan ingat. Mungkin ketika memahami apa yang tersurat aku akan muhasabah kealpaan lalu... atau mungkin ketika aku menyelami bait-bait ayat ini... tafsiran aku ketika itu berubah.
Ada kalanya seseorang itu berasakan dirinya seperti teraniaya, sehingga amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan dianggap sebagai suatu bebanan. Sedangkan untuk tanggungjawab itu, kita dibayar dengan upah yang kita panggil gaji atau pendapatan. Pendapatan yang kita banggakan sebagai halal dan bersih daripada gejala yang tidak halal... Dengan rasa bangga atas apa sahaja gelaran yang disandang...
Aku kira banyak antara kita ini lupa.. bahawa dalam rezeki yang kita perolehi itu ada hak orang lain. Mungkin sedikit, mungkin juga semuanya.... Waima jika di dunia ini kita tidak punya apa-apa.... rezeki itu sebenarnya sentiasa ada untuk kita.. Ada banyak, di mana-mana.... dan bisa kita perolehi dengan pelbagai cara. CUMA, masih ada antara kita ini sombong...
Ada yang berpendapat, aku bukan dibayar gaji BUKAN untuk melakukan ini... bukan juga melakukan itu... tiada dalam jadual atau syarat tugasan itu... Tiada suatu apapun antara yang aku lakukan itu tidak perlu dibayar, semua mesti dibayar... Itulah nilainya. Dan dengan bangga mendabik dada... sedang dalam masa sama, segalanya telah termaktub. Sewaktu menandatangani perjanjian awal bekerja itu... siapapun majikannya... hanya tandatangan, tidak perlu dibaca... Lantas, selepas itu kita akan sombong dan mendabik dada, aku sudah punya jawatan itu, jawatan ini.... lebih baik daripada kamu, ataupun dia... Sebab apa? Pendidikan aku lebih tinggi daripada dia, maka aku sekarang berada di sini... Biarpun dia lebih lama dan berpengalaman, apa gunanya? Kerana dengan kelayakan aku ini aku sudah berada di takuk yang lebih tinggi daripada mereka...
Namun.... mana pergi sedar? Mana hilangnya kerendahan hati? Mana pula lenyapnya 'kepandaian' itu... hanya kerana tidak ikhlas untuk jawatan itu.... yang sebenarnya tanggungjawab itu!
Amanah bererti kepercayaan
Keyakinan bermakna keyakinan
Keyakinan bersinonimkan keimanan...
Kerana percaya itu, maka kita diberi tanggungjawab
Kerana keyakinan itu, kita diberi tauliah
dan kerana kepercayaan itu dan keyakinan itu juga.... inti sebuah keimanan..
Segalanya mudah....
Ikhlas dengan kepercayaan itu.... menjadi kelapangan yang tiada taranya
Ikhlas dengan keyakinan itu.... menjadi keringanan dan kemudahan tiada bandingnya
Ikhlas dengan keimanan itu..... menjadi kebahagiaan yang luarbiasa...
Ikhlas asas Taqwa
Ikhlas ubat yang mujarab bagi hati dan jiwa yang sakit
Ikhlas tapak kesejahteraan
Genggamlah dunia itu.... sehebat mana kita menggenggamnya... ia masih bersifat fana'...
Sebaik mana seseorang itu, ia masih bersifat dengan banyak kekurangan.
JELAS, JELAS, JELAS....
Aku ingin menjurus catatan ini kepada tanggungjawab sebagai seorang guru.... 16 Mei, setiap tahun ucapan akan sampai kepada suatu golongan yang dipanggil guru.... sebab ia diisytiharkan pada tarikh itu sebagai Hari Guru... Namun, apakah ruh yang ada hanya pada ucapan "Selamat Hari Guru..." setiap 16 Mei itu? SEDANGKAN guru ada guru pada setiap masa, setiap ketika.... Hanya kepada mereka yang bergelar guru dengan jiwa yang ikhlas dengan niat yang ikhlas... menjadi guru. Maka tidak timbul, "Kenapa aku tidak mendapat sebarang hadiah pada Hari Guru ini? Kenapa tiada sesiapa daripada kalangan pelajar mengucapkan selamat kepada aku? Mengapa mereka mendapat lebih banyak hadiah dan ingatan? Mengapa itu? Mengapa ini? Kenapa begitu? Kenapa begini?". SEDANGKAN jika dia guru, dengan apa gelaran pun... teacher, sir, ustaz, ustazah, cikgu.... atau apa sahaja panggilan... Dia akan berasa bangga kerana dia guru, biarpun tiada yang mengucapkannya, tiada apa-apa hadiah, tiada sebarang ucapan selamat atau terima kasih.... Cukuplah dia berasakan dia guru, kerana di hatinya ada ikhlas sebagai guru.... dan DIA (GURU YANG MAHA MENGETAHUI) itu pasti mengerti dan memahami cahaya yang luhur dan ikhlas dari hati seorang guru.... Berkorban demi didikan yang benar... jika bukan di dunia, pasti di akhirat ada ganjarannya... YA, Jika dia guru yang Benar dan Benar di jalan yang benar....
Sebut tentang ibu dan bapa, selesaikah tanggungjawab kita memberikan nama kita sebagai ibu, emak, umi dan nama kita sebagai ayah, bapa, papa, abah dan seumpamanya.... sedangkan dalam masa yang sama kita tidak jelas dengan peranan kita... anak-anak mencari haluan sendiri, seusia empat lima tahun perlu mandiri dan berdikari.... sedangkan kita, orang tua berkata... semua sudah ada, semua sudah tersedia.... maka semua mesti seperti yang terencana.... Sedangkan kita pula adalah guru yang pertama buat mereka.... yang lahir dengan segala kesucian, kerana kita lah orang tua yang bakal mencorakkannya sama ada menjadi majusi, yahudi atau nasrani.... sedangkan kita bertanggungjawab menjadikan mereka Islam sejati...
KEMBALI kepada topik asal perbincangan aku dalam catatan ini.... ikhlas menerima amanah dan tanggungjawab dan melaksanakannya dengan seupaya mungkin, kerana dalam masa yang sama kita pasti menemui ilmu...... pengetahuan, pengalaman dan nasihat yang benar....dan menjadikannya ibadah yang sempurna.
Aku berasa pelik dengan 'attitude' sebilangan kita yang sangat 'sombong' dengan apa sahaja yang dimiliki, padahal bukan sehebat mana pun.... Berasa teraniaya diberi tanggungjawab, berasa hina diberi kepercayaan.... Semua tidak boleh dan segalanya tidak kena... Berfikir secara positif, mungkin ia lebih membantu....lantas ikhlas dalam mencuba sebaik mungkin akan menjadi ubatnya... Rasa takut, rasa bimbang, rasa khuatir... maka semua akan berlalu dengan sesempurna mungkin...
Mungkin Malas,
mungkin sombong,
mungkin benci,
mungkin tekanan,
mungkin perasaan tidak ikhlas itu...akan berlalu?
Usah merendahkan keupayaan dengan menolak kepercayaan orang
Usah menafikan kemampuan dengan sentiasa mengatakan tidak
Usah menurunkan kredibiliti dengan bertanggapan semua tidak boleh....
USAH sampai suatu ketika kita terpaksa 'meminta-minta'
Aku teringat lagu ini.... aku tak ingat keseluruhan liriknya... mungkin banyak yang tidak suka untuk melagukannya.... jika dalam hati mereka berprasangka....
'Anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi....
airmata darah bercampur keringat...
bumi dipijak milik orang...
Nenek moyang kaya raya....
tergadai seluruh harta benda..
akibat sengketa sesamalah kita...
Cinta lenyap di arus zaman..
Kini kita cuma tinggal kuasa..
yang akan menentukan bangsa...
Bersatulah hati, bersama berbakti...
pulih kembali harga diri....
Kita sudah tiada masa...
Bangunlah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha..
Melayu akan gagah di nusantara....
Aku sering melagukannya sambil berkompang dengan kumpulan kompang di kampung dulu... maka aku tidak prejudis dengan lagu ini.... walaupun aku kira tidaklah lengkap liriknya....
BUKAN lagu ini ingin aku perkatakan, CUMA lagu ini ada inti yang ingin aku tautkan...
Hidup kita, jika sering berkata tidak boleh... pastinya kita tidak akan maju. Apapun fahaman atau ideologi seseorang, mempertahankan negara dan agama adalah perjuangan yang tidak akan putusnya, maka apakah nilai kita dengan tanggungjawab yang sedikit pun kita sentiasa menolak, dan mengesahkan kita tidak boleh... sedang kita belum mencuba... Dalam alam siber, pelbagai hal bergerak pantas meninggalkan kita.... dan di mana kita setahun,dua tahun, tiga tahun..... dan seterusnya jika kita sentiasa kata tidak boleh????
Aku berasa kesal dengan sikap bangsa aku yang semua hal dipandang mudah.... sedangkan mudah itu yang akan membuatkan kita lemah.... berbeza dengan pelbagai tanggungjawab yang dipermudah kerana kita ikhlas, berfikiran positif, ingin berjaya dan berjaya.... berubah kepada yang baik kepada yang lebih baik.... bersedia mempelajari sesuatu..... kita akan menjadi kuat dan kaya....
Aku bimbang dengan sikap anak-anak muda golongan aku, dengan segala kemudahan, kekayaan dan keselesaan... tetapi sentiasa takut, tidak suka dan lemah dengan segala ujian dan cabaran.... Apakah masa depan yang kita ada kelak? Apa kualiti generasi yang kita milik kelak? Aku menjadi takut sendiri... Ilmu yang tinggi yang tercatat di kertas, tidak membuktikan ketinggian orang yang berilmu itu..... maka akhirnya kita akan menghancurkan diri kita sendiri kerana kita TIDAK BOLEH....
Emosiku sudah semakin stabil, tidak seperti awal aku mencatat tadi.... walaupun bukan semua aku luahkan tetapi banyak yang ada dalam hati dan minda ini aku lemparkan ke paparan ini... Jika kalian sudi berfikir bersama aku.... maka selaminya yang tersirat, semoga kita dapat mengubah sesuatu, InsyaALLAH..
Wassalam.

Isnin, Disember 21, 2009

TERKENANG LAGI RENUNGAN MATA ITU...


Suatu masa dahulu aku melihat pandangan itu. Suatu ketika lalu aku mengenali pandangan itu.
Suatu waktu dahulu aku mengerti pandangan itu.
Suatu detik lepas aku menyimpan pandangan itu..

maka ketika itu sudah berlalu, cuma beberapa ketika kini aku terkenang kembali renungan mata itu..

maka beberapa ketika ini juga aku terbayang renungan yang menyorotkan pandangan suatu waktu dulu...

Lirik satu lagu evergreen yang tidak luput dek zaman .... "Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa, Ohhh, aku tergoda.. aku tergoda terkecewa.. dari mata! Dari mata terbitnya asmara..." Yang jelasnya aku memang tidak mengingati lirik itu... sebab, kurangnya aku dalam mendalami hal-hal begitu...

Ada juga kata-kata orang tua-tua yang berpengalaman " Dari mata maka turun ke hati..."
dan banyak lagi nasihat berkenaan 'kuasa' mata itu.... bererti pandangan, lirikan, jelingan, renungan, tenungan dan seumpamanya... yang kosong, yang bermakna, yang berpengertian, yang penuh gundah gulana, yang terperangkap dendam.... dan segalanya.


Semua sama, dilalui sama ada oleh lelaki dan perempuan... semua peringkat umur. Melalui mata itulah segala dimengertikan dengan segala yang tersurat dan tersirat.

Beberapa hari belakangan ini, aku bertukar angin ke beberapa wilayah... meluaskan pemandanganku, menambah pengalamanku dengan jauhnya perjalananku.... cuma beberapa hari dan beberapa perjalanan... dan membawa beberapa pengalaman.
Di bumi Allah yang maha luas ini... biarpun tidak sejauh penjelajahan mereka, sahabat-sahabat yang lain, namun ia cukup memberikan aku maklumat baru, perkara baru dan ilmu baru... dengan adanya ilmu yang lama, aku juga memperkukuh pengalaman baru...
Teringat aku perjalanan aku suatu masa dahulu ketika mendaki ke Puncak Gunung Ledang bersama-sama rakan-rakan Kelana dan sekumpulan pelajar sekolah... aku sebetulnya hanya menumpang perjalanan itu... dan menumpang pengalaman itu yang akhirnya merupakan pengalaman yang tidak kulupakan menjadi milikku... Pengalaman kerana aku dapat melihat dan memandang sesuatu yang tidak mereka yang lain dapat lihat... menggunakan sepasang mata ini dengan jelas dan nyata.. dengan sepasang mata ini, yang tidak terlihat pada pandangan orang lain.... Mungkin jika aku berkisah kini, sukar juga untuk membuktikannya... Suatu masa ketika mendaki, setiap mereka melihat hanya batang-batang pokok yang bersusun dan jalan yang semak samun dan mendaki dengan kepayahan dek hujan yang begitu lebat... sedangkan aku melihat hulubalang-hulubalang yang berdiri, beratur dengan anak tangga yang teratur di hadapanku. Namun DIA menutup mulut aku ini daripada berkata-kata... Itulah keadaan aku, ketika 'melihat' sesuatu, mulut aku pasti terkunci. Ketika itu juga sewaktu mereka melihat rimbunan rumpun-rumpun buluh yang berselirat, maka aku melihat susuran jalan yang begitu bersih dan rumpun buluh yang cantik tersusun...
namun mulut aku masih terkunci. DAN, kisah itu ingin aku rahsiakan pada awalnya... kini setelah begitu lama aku kira tidak siapa lagi yang akan bertanya....mungkin disebabkan aku sudah lebih banyak lupa daripada mengingatinya secara terperinci... itulah pemandangan yang terlihat di mata aku ini.
Namun apa yang ingin aku kisahkan beberapa renungan mata yang sukar aku lupakan itu. Entahlah mungkin akan ada yang begitu marah kepada aku ini. Namun sebenarnya aku mengerti. Maafkan aku teman.... aku terkenang beberapa pandangan itu.
Aku juga bukanlah seseorang yang kuat untuk melalui banyak perkara dan aku juga bukan tidak berdaya menerima kenyataan-kenyataan itu. Semua sudah tersurat... dan yang tersirat itu ada yang tidak seharusnya dizahirkan... maka aku hanya bisa memohon kemaafan.
Ketika aku melalui jalan itu, melepasi kumpulan kecil itu... aku terpandang beberapa pandangan itu. Pandangan yang mengingatkan aku suatu kisah lalu... namun yang jelas aku tidak mahu pula mengingatinya lagi. Biarlah segalanya berlalu. Tiada siapa akan tahu dalam hati aku ini.... namun mungkin ada yang memahaminya melalui pandangan aku ini...
Entahkan sesalan... entahkan kesian.... entahkan simpati... entahkan mengasihi... entahkan merindui.... aku tidak pasti, dan aku juga tidak mahu tahu apa yang termengerti di sebalik renungan itu. Jika ada yang mengerti, sudah tentu ada yang memahami.
Yang jelas, apa sekalipun makna di sebalik pandangan itu.... aku hanya ingin mereka mengetahui... aku kini bahagia dengan hidup aku ini. Biarpun tidaklah sehebat mana... biarpun tidak seindah mana... yang pasti aku gembira... Terima kasih atas segalanya, pengalaman yang ada membuatkan aku ini 'berjiwa'... dulu hingga kini, semoga seterusnya.
Dalam beberapa pertemuan, ada yang rindu... memandangku dengan sayu.. namun maafkan aku kerana aku tidak gemar simpati.. maka aku menjauhi. Bukan kerana aku kuat, atau aku berdaya, atau aku menyombong diri... HANYA disebabkan suatu perkara, aku tidak gemar simpati.. walaupun aku ingin untuk dibantu... masih bukan kerana simpati... Dan, aku ingin kalian ketahui.. aku tetap mengasihi, aku tetap menyayangi, aku amat merindui... namun aku tidak tahu bagaimana hendak membuat kalian mengerti... Maafkan aku sekali lagi lagi.
Sahabat,
Daripada pandanganmu,
daripada renungan matamu,
daripada tenungan dan lirikan matamu...
Aku mengerti kerinduanmu.
aku memahami rasa kasihmu...
aku mengetahui sedikit rasa hatimu..
kerana aku juga,
berkeadaan sepertimu..
Aku bersyukur punyai sahabat sepertimu
Aku bahagia miliki saudara selayakmu
Aku gembira ada seseorang sepertimu di sisiku..
Aku begitu tenang dengan ada teman sebaikmu...

Aku kira tiada salahnya memenjarakan kesukaan dan kegembiraan aku. Lalu menyembunyikannya daripada orang lain..
Seperti kata orang, yang kita sukai itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita... yang tidak kita sukai itu pula mungkin lebih baik untuk kita.
Dan kebanyakan itu... begitulah!
Aku juga dengan sedar melakukan itu... menghindari daripada yang aku sukai termasuklah daripada dia yang sangat aku kasihi dan cintai itu... kerana aku sangat suka dia, aku berlalu daripadanya..
kerana sangat mengasihi dia juga aku dengan ikhlas membiarkan dia berlalu dan meninggalkan aku ini... walaupun aku tahu yang aku pasti rindu dengan pandangan dan renungan dia itu.... suatu ketika nanti... dan apabila aku terlihat renungan bermakna dan berpengertian seperti pandangan dia... lantas aku terkenang lagi renungan mata kuyu itu... dengan kerdipan tersendiri, dengan senyuman mengukir di bibir... lebih membuat aku terkenangkan dia.
Namun segala itu sudah berlalu, dan aku mengikhlaskannya... daripada hatiku yang tenang dan redha. Aku mengikhlaskan untuk melupakan renungan dan pandangan itu, demi kasih dan sayang aku kepada dia...pasti aku melupakannya... dan aku tidak pernah kesal kerana itu... CUMA, Maafkan aku... jika aku terkenang akan renungan, jelingan dan pandangan itu...
Sahabat... bukan aku tidak mengerti, aku amat memahami... tetapi demi kebahagiaan mu, semoga dikau berlalu dengan tabah dan ikhlas... dan kini dikau sudah pun pergi dari hidupku aku dengan segala kebahagiaan di hati aku ini untuk mendoakan kebahagiaanmu pula....
Semoga catatan ini tidak disalahertikan. Kerana dalam hati kita, bukan hanya kita yang ketahui... dan banyak juga yang ada dalam hati kita ini tidak langsung kita ketahui. Bukan mudah untuk tahu dan mengerti.... dan bukan sukar pula untuk maklum dan memahami.
Aku tidak mahu mengaitkan sesiapa dalam catatan ini, namun aku ingin jika ada yang mengerti... aku ingin miliki dan ada dia dan kamu, kalian dan mereka sebagai sahabat yang membimbing aku kepada kebaikan dunia dan akhirat... dan semoga aku juga bisa berbuat demikian.. Aku ingin menjadi dan mempunyai sahabat dengan erti kata yang sebenar... waimah yang hanya mampu membetulkan kesilapan yang tidak aku sedari ... walau dengan satu renungan dan pandangan mata.
Wallahualam... Wassalam...

Khamis, Disember 10, 2009

BICARA RINDU DI HATI INI....

Kesibukan sehari-hari menyebabkan keluangan masa yang ada seperti kosong dan hambar. Sepanjang hari ini aku menghabiskan masa dengan membaca... pelbagai bahan dan menonton televisyen, rancangan-rancangan yang aku kira agak ringan dan santai. Rasanya aku tidak membuang masa dengan tidur semata-mata. Namun aku merasakan hari ini, dan beberapa hari berlalu terlalu panjang dan lambat berakhir. Puas aku menatap laman-laman web dan blog rakan-rakan dan membaca pelbagai isu semasa tetapi masa yang aku gunakan seperti sedikit cuma. Menghabiskan masa dengan pelbagai permainan dalam media elektronik ini juga tidak melekakan aku... Kenapa? Aku sedikit buntu.

Untuk melengkapkan jadual tugasan dan perancangan tahun hadapan pun, sudah banyak yang diselesaikan. Aku ingin menghabiskan masa untuk diri sendiri dan keluarga... namun banyaknya masa yang ada. Ketika bekerja dan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan, aku rasakan masa 24 jam, 7hari seminggu... tidak mencukupi. Tidur aku pun tidak melebihi 4 jam setiap hari. Hari siangnya fikiranku sentiasa berjalan... Dan, ketika 'cuti' begini, semua itu menjadi satu kerinduan buatku..

Dalam hati aku ini ada debaran aneh... sesekali datang, sesekali hilang... tiba-tiba hadir, tiba-tiba menghindar.....

Sedang aku sendiri mencari-cari sebab bertandang lagi keadaan itu dalam hati aku ini. Mungkin tiada jawapannya. Maka aku melahirkannya di sini... semoga ada doa-doa yang baik mengiringi atau dikirimkan buat aku ini.... menjauhi keresahan yang kembali itu.

Ada ketikanya, apabila kita memiliki sesuatu atau mempunyai seseorang bersama kita... tidak pernah kita hargai. Ada waktunya orang yang kita sayangi pun membuatkan kita gelisah dan tidak selesa bersamanya apatah lagi jika dia, mereka... seseorang yang tidak kita sukai. Namun siapa pula kita untuk tidak menyukai dan menyenangkan orang lain.. Diri kita pun belum tentu disenangi oranglain. Ada masanya kita ingin bersendirian apabila berada dalam khalayak yang banyak....atau berasa sunyi dalam kemeriahan dan ramai suasana. Ada masanya juga kita berasa begitu ceria walaupun kita berseorangan... Ah, dunia....ada pelbagai cerita. Dan, setiap sesuatu itu ada rahsianya... ada kisahnya.... ada hikmahnya.

Mungkin hanya aku rindu akan sesuatu... sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Ingin aku catatkan bicara rindu di hati aku ini kali ini...
Teman-teman...
Mungkin sekali... yang dahulu, yang kini.... semuanya, Mungkin!
Ada antaranya begitu aku rindui... tidakkah mereka ingin bertanya akan khabar aku ini.
Tidakkah mereka ingin bersama dengan aku lagi? Terutama buat teman-teman yang sentiasa berteman dengan aku ini.... waktu payah mereka, waktu sukar mereka, waktu sedih mereka... aku temani, walaupun sebenarnya pada ketika yang sama aku tidak mampu untuk menanggung 'beban' hati aku ini..
Teman-teman yang menganggap aku adalah penyelesai segala kekusutan.... sedang kekusutan aku sendiri tidak dapat aku rungkaikan..
Teman-teman yang menganggap aku pelepas rasa marah dan benci..... sedang aku menjadi marah dan tidak selesa dengan kemarahan dan kebencian mereka...
Teman-teman yang menganggap aku penyejuk dan penghibur hati yang sedih dan lara....sedang aku belum berasa terhibur dan lega...
Ke mana teman-teman itu?
Tiada.... tiada... tiada
kerana mereka telah menyelesai dan merungkaikan segala kekusutan itu.
kerana mereka telah membiasakan diri dengan kemarahan dan menghindarkan kebencian...
kerana mereka telah gembira, tenang dan bahagia....
Sedangkan....
Hati aku ini rindu...
Cukuplah jika dapat melihat kalian....
mendengar khabar kalian.....
tidak perlulah segala kekusutan, kemarahan, kesedihan itu bersama kalian lagi...
Dan aku masih berasa rindu....
Maka sekiranya aku dapat mendengar tawa kalian
melihat kebahagiaan kalian
berkongsian kegirangan kalian....
Juga aku masih berasa rindu...
Setiap kali kata-kata keluar daripada mulut kalian...
Aku rindu untuk mendengar, menyelesaikan, menerima......
malah..
aku rindu untuk memberi juga...
Cukuplah hanya aku yang tahu....
tiadanya kalian mendekati aku, bertanya... bercerita... berbincang...
segalanya sudah pula dalam keadaan baik-baik hendaknya
Maka rindu aku ini sudah terubat juga.
Mungkin...
Aku rindu dia...
Dia yang aku rindu itu....
Dia yang mungkin tidak pernah merindui aku..
Dia yang masih dalam hidup aku, walaupun sudah berlalu...
Mungkin...
Dia lebih merindui aku...
Bukan dalam erti kata rindu itu rindu..
tetapi dalam makna mengambil berat dan mengerti jiwa...
Rindu yang ada makna dan maksud tersurat..
Mungkin....
Dia sangat merindui aku...
Memberi bicara dan kata dua...
Menitip kata dan buah fikiran juga..
Mengalunkan tutur dan nasihat berguna...
Mengasah pena, menambahkan derita dan salah sangka..
Jika ada...
Mungkin...
Mungkin....
Mungkin.....
MAKA,
kerana itu... MUNGKIN...
Aku terasa sangat rindu kepada dia....
Aku terasa dia juga sangat rindu..... MUNGKIN
JIKA
tiada yang baik... tentu ada yang tidak baiknya
tiada yang mulia.... tentu ada yang hinanya
tiada yang hebat... tentu ada yang biasa-biasanya...
tiada yang kuat... yang lemah pasti tetap berkuasa.
Aku juga sangat rindu...
ketika ada yang melawan kata,
ketika ada yang sering bermanja,
ketika ada yang memasamkan muka,
ketika ada yang mengada-ngada...
ketika ada yang berhujah mesra...
ketika ada yang nakal dan bersahaja...
Betapa aku rindu...
biarlah tiada memahami, aku yakin aku rindu..
Tahun mendatang tidak beberapa lama lagi.... Aku pasti akan bertemu kembali. Karenah dan situasi... biarpun bukan orang yang sama... namun status tidak berubah.. Mungkin akan ada kerinduan yang lain kepada keujudan yang berbeza...
Inilah bicara rindu di hati ini.... Masih ada debaran, masih ada kejanggalan, masih ada kekurangan.. Yang patah, pasti akan tumbuh... yang hilang pasti berganti. Biarpun yang datang pasti tidak sama dengan yang pergi.... asalkan kita letakkannya di hati... Rindu pasti sentiasa bertandang lagi...
Dengarlah.... hati-hati yang mendengar dan menerima, bersabarlah.. kerana rindu pasti akan datang lagi... Inilah bicara rindu di hati aku ini.
Wassalam..
dan aku bahagia....

Sabtu, Disember 05, 2009

AKU KEMBALI MELAKAR KANVAS KISAH DAN CATATAN INI..



Bermula ketika ini aku melakar lagi... melakar kisah-kisah dan catatan-catatan yang berkisar hidupku ini, yang boleh dijadikan sedikit pengkongsian pengalaman kepada yang lain, insyaAllah.. seperti tujuan asal aku mengimplimentasikan segalanya di sini.

Mungkin selama hampir dua bulan ini, aku menyepi...dari mencatat dalam laman ini. Walaupun aku saban hari melayari alam maya atau siber ini. Masa yang terhad tidak mengizinkan aku untuk melakarkan kisah aku beberapa ketika itu, walaupun banyak perkara yang berlaku dan banyak kisah yang dapat dikongsikan. Aku dengan kesibukan yang entah bila akan berakhir. Ada kalanya aku berasa cemburu dengan teman-teman yang punyai keluangan masa dan ruang untuk bersama-sama keluarga dan punyai banyak peluang untuk 'bersama' hidup mereka. Sedangkan aku sentiasa sibuk dan kesempitan dalam banyak perkara.

Namun aku kira kesibukan itulah pula yang menghiburkan aku. Daripada kesedihan, daripada kepiluan, daripada kekosongan, daripada kehampaan, daripada kepayahan dan kebimbangan, daripada kepedihan dan kehampaan, daripada rasa terkilan berpanjangan, daripada berasa iri hati dan kecil hati.... JIKA ADA semua itu dalam hidup aku... Sebenarnya, aku sangat gembira dengan kesibukan ini kerana menjadikan hidup aku ini lebih bermakna dan memberi makna pula kepada yang lain....

Biarpun aku tahu, jika tanpa aku pun segalanya akan tetap berlangsung dengan baik dan bermakna.


Aku senang dapat menyenangkan orang lain.. Aku senang dapat melihat mereka sekeliling aku tersenyum.... Biarpun aku tahu ada kalangan individu di sekeliling aku tidak menyenangi aku ini, namun aku juga tahu yang banyak dalam kalangan mereka itu berharap dan mempercayai aku... Siapa, bagaimana... aku tidak mahu tahu sebab aku ingin sekali mereka menerima aku ini seadanya, dengan banyak kekurangan aku ini....

dengan banyak kelemahan aku ini... segalanya mungkin tiada, segala mungkin hilang.... dan aku hanya ingin melalui hidup ini dengan segala kesejahteraan yang ada ketika ini, walau kesejahteraan itu sekelumit cuma..

Aku bukan sahaja menyepi diri daripada laman ini tetapi dengan semua rakan blogger juga. Maaf, kerana aku terlupa kalian sebentar... baru kini aku menjelajah ke laman kalian lagi.. semoga aku tidak akan terlupa lagi.


Seperti tercatat yang terdahulu, jika aku ingin berbuat sesuatu....aku inginkan sesuatu tujuan dan matlamat itu tercapai. Biar betapa sukar sekalipun pastinya jika ia sesuatu yang datang dari niat yang baik dan ikhlas, dariNYA, untukNYA dan keranaNYA....Hasilnya akan bermanafaat juga....sebelum dari itu, biar betapa sukar sekalipun... urusannya pasti dipermudah dan segalanya adakan dapat diselesaikan... Itulah pegangan aku yang kerdil ini... Hidup dan mati, solat dan ibadah hanya untuk DIA... Bagaimana, kenapa, mengapa, bila ....Hanya DIA Yang Maha Mengetahui..... Apatah jika janji yang termenterai itu sudah sampai tempohnya. Semoga kita akan mencapai segalanya dengan redhaNYA.

Selepas satu tanggungjawab, satu lagi tanggungjawab aku pikul.. dan bersebabkan DIA, aku menerimanya dengan ikhlas. Aku menerima dengan senang hati dan gembira. Jika aku tidak melaluinya, aku tidak akan pernah tahu. Biarpun di sebalik kelemahan aku ini, aku yakin dengan kekuatan yang ada dalam diri aku ini. Dan berbekalkan keyakinan dan kekuatan itu aku terus untuk melangkah... Siapa tahu apa yang ada di hadapan kita... namun jika itulah cara untuk aku mencapainya, untuk aku TAHU DIRI..... supaya aku ada di landasan yang sepatutnya...aku pasti melaluinya.

Aku sedikit teruja untuk menyentuh beberapa kisah yang aku lalui selama dua bulan ini, rentetan beberapa peristiwa lalu... atau tautan kisah-kisah sekitar hidup aku ini. Mungkin aku tidak kelihatan seperti gusar atau bermasalah, tapi siapa tahu apa yang berlaku dalam hidup aku dan apa yang ada dalam benak fikiran dan lubuk hati aku.

Melihat sahabat-sahabat aku yang begitu hampir dengan aku ini.... sikap yang pelbagai yang tidak sesekali aku gemari.... mungkin disebabkan bicara tanpa fikir, atau disebabkan rasa diri yang sempurna dan tidak ada yang lebih baik, atau disebabkan rasa cemburu dengan kebaikan dan kesejahteraan yang dimiliki oleh orang lain..... Entahlah aku tidak tahu sebab yang mana... dan aku tidak suka beberapa perkara itu....itu sahaja yang aku pasti.


Mungkin tidak ada yang dapat menyingkap sepenuhnya kisah lalu untuk dijadikan gambaran sebenar perjalanan hidup kita sebagai pengalaman dan pengajaran... Namun dengan sedikit usaha ini, semoga kita akan sentiasa ingat-mengingatkan sesama kita... pastinya sebab kita hamba yang sentiasa lupa.

Aku hanya berpesan sedikit, mengingatkan diri aku ini juga... tiada salahnya kita mencari kesempurnaan... namun kita seharusnya sedar, sebagai manusia yang banyak kelemahan dan kekurangan, masakan kita akan mencapai kesempurnaan...

Dan ketika kita mencari kesempurnaan itu, tidak wajar meletakkan orang lain dalam tanggapan kekurangan yang sekadar menutup kelemahan kita sendiri... Menuding orang lain sekadar melindungi kekurangan diri.


Tiada salahnya jika kita mengakui kesilapan dan kekurangan... selagi ia adalah suatu tindakan yang benar, ia akan tetap benar... Tidak perlulah kita menunjuk-nunjukkan kelebihan kita sehingga kita menjadi sombong, bangga diri dan angkuh.... Sedarlah, kebaikan dan kebajikan itu akan dengan sendirinya menonjolkan kehebatan itu... tanpa dipinta, tanpa direka.... Jika ia memang sebenarnya kehebatan, maka kehebatan itu akan memperlihatkan kewujudannya.

Mungkin ada yang tidak mengerti dan memahami apa yang tersirat dalam catatan aku ini... sekadar ingatan untuk diri ini dan teman-teman yang memahami... Kiranya ada kekurangan di pihak yang lain, tidak perlulah diperbesar.... jika ada kelebihan di pihak kita juga tidak perlulah dihebahkan.... Kemuliaan itu akan berbicara sendiri.

Tidaklah pula aku menuding kepada sesiapa, mungkin hanya diri aku juga.... ingin sekali mengungkapkan kisah... seperti kaduk naik junjung, seperti si kudung mendapat cincin.... ada dalam kalangan kita, mungkin hampir sekali dengan kita. Hanya kerana terasa diri kita hebat, kadang kala kita terlupa dengan aib yang perlu ditutupi...lantas membuka aib yang bukan berhak untuk kita perkatakan...

Ada kalanya kita mendapat kuasa yang bukan sepatutnya milik kita, tetapi kita lebih berkuasa daripada yang memang berkuasa.... sehingga ada ketika kita lupa... banyaknya usia seseorang itu, maka lebih luaslah pengalamannya dan ilmunya..... lebih banyaklah dia merasai garam, mengenal pahitnya hempedu, merasai pedasnya si cili padi, mengertinya sakit ketika jatuh, memahami hikmahnya sebuah tangisan dan mengetahui ilmunya suatu pengetahuan...

Maka mengapa dengan ilmu yang sedikit, pengalaman yang dangkal, pengetahuan yang cetek kita mencabar kewibawaan yang sudah pasti pada takuknya? Bukan tidak boleh, tapi jika kita salah, jangan tuding oranglain yang khilaf. Jika kita lemah, jangan menghina oranglain yang naif... Tiada apa yang ada pada kita... lebih daripada oranglain. Tiada apa yang kita miliki...lebih bagus daripada orang lain.... Tiada apa yang kita kecapi, lebih nikmat daripada orang lain... Dan, mungkin apa yang kita hilang itu, lebih banyak daripada oranglain..

Buat mereka yang mengerti... jelajahi diri kita, muhasabah segala yang ada, berlaku kepada kita.... Pasti kita tidak akan berasa apa-apa kelebihan dan kebaikan, kebagusan dan keelokan... melangkau apa yang ada/berlaku kepada orang lain... Semoga sedikit catatan aku kali ini... memberi manafaat. Wassalam.