Rabu, Julai 15, 2009

TERIMA KASIH KERANA KEPERIHATINAN TETAPI CUBALAH UNTUK MEMAHAMI...

Aku mencatat hari ini untuk sesuatu tujuan. Mungkin disebabkan oleh sesuatu yang sudah aku jangka akan berlaku. Mungkin juga disebabkan rasa tanggungjawab untuk aku menerangkan kedudukan aku ini ketika ini, waktu ini dan saat-saat ini. Biarpun bunyi seakan serupa tidak semestinya sama.
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selaut penghargaan buat teman-teman yang begitu prihatin dan menyayangi aku. Aku sudah cukup rasa bertuah dan beruntung punyai teman-teman sebaik dan semulia kalian. Cuma buat masa ini, biarlah aku jalani hidup aku ini dengan aturan dan perancangan aku sendiri. Berilah aku ruang menunaikan tanggungjawab yang aku fikir perlu aku laksanakan terlebih dahulu. Cukuplah andai kalian mampu mendoakanku. Tidak lebih daripada itu.

Saudara-saudara/sahabat-sahabatku...
Aku ingin sekali kalian mengerti bahawa aku punyai perancangan dan matlamat yang ingin aku capai. Aku sedar bahawa kasih sayang kalian tiada kurangnya..namun cubalah memahami berat mata kalian yang memandang.. berat lagi aku yang menanggungnya. Jika kalian memberikan aku ruang untuk melalui perjalanan hidup ini dengan tenang, itupun sudah cukup.
Ujian yang aku lalui ini sebenarnya tidak seperti yang kalian sangkakan. Aku tahu kalian ingin aku mengecapi kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupku ini.. sementelaah usia aku yang semakin hampir kepada janjiku kepada Allah.
Tetapi, adakah kalian tahu pasti apakah kebahagiaan dan kegembiraan bagi aku ini. Jika kalian rasa kalian tahu apakah ia benar? Benar suatu yang bahagia dan gembira buat aku? Aku sendiri tiada jawapannya...bagaimana kalian boleh ada jawapan itu?

Maafkan aku...
atas sebab-sebab terdahulu...
atau atas sebab-sebab sekarang dan akan datang..
Jika....
Aku telah membuat kalian simpati,
jika ...
Aku telah membuat kalian bersedih...
Jika...
Aku telah membuat kalian rasa marah dan terkilan...
Jika...
Aku telah membuat kalian berasa tidak selesa..
Jika ....
Aku telah membebani kalian dengan...
segala kisah-kisahku,
segala penderitaanku,
segala kepayahan hidupku,
atas segala-gala yang merumitkan pemikiran kalian.
Maafkan aku.

Teman-temanku...
Hari ini aku menerima suatu pesanan ringkas daripada seseorang...
bercerita tentang sesuatu, untuk sesuatu, oleh sesuatu dan sebab sesuatu...
yang aku tidak mahu tahu, tidak suka tahu, tidak masanya untuk tahu...
Sebenarnya aku sudah dapat mengagaknya sejak beberapa waktu yang lalu...
Sedarlah... teman-temanku...
Mengapa aku tidak seperti selalunya... seperti waktu-waktu dulu?

Jika kalian seorang yang memahami,
kalian pasti tahu...
bahawa aku tidak suka...
bahawa aku tidak setuju...
bahawa aku tidak mahu diminta melakukan sesuatu...
yang mungkin kalian fikir baik untuk aku...

Bukan aku menafikan dan menolak fitrah manusia...
Bukan aku tidak menyayangi dan mengasihi diri ini...
Bukan aku berdegil dan angkuh...
Bukan aku sombong dan menolak pertolongan...

Cuma waktunya belum tiba...
Cuma masanya belum sampai....
Cuma ketikanya tidak tepat...
Cuma saatnya belum menjelang....

Pastikah kalian bersama aku ketika itu...
ketika aku inginkan seorang teman,
ketika aku harapkan suatu perhatian,
ketika aku memerlukan suatu pertolongan...

Kalian ada bersama aku, sehingga berasakan bahawa kalian berhak mengatur sesuatu buat aku.

Kalian mungkin ada tetapi sebenarnya kalian tiada
kalian mungkin bersama tetapi sebenarnya kalian tiada
kalian mungkin memahami tetapi kalian tidak mengerti...
Seperti aku....yang kadang-kadang faham tetapi sentiasa tidak mengerti...

Tunggulah, suatu saat aku pasti membuka jalan...
Tunggulah, suatu masa aku pasti dengan sendiri meluaskan peluang yang ada... ruang yang selesa....kesediaan yang sempurna....cuma biarlah semua itu setelah apa yang sepatutnya berlaku terus berlaku...Apa yang sepatutnya ada akan sentiasa ada... Apa yang sepatutnya sempurna akan terus sempurna...

********************************************************************************
Sebelum semua terus keliru aku ingin menyatakannya. Jika tidak difahami aku tidak tahu cara apalagi untuk menjelaskannya.

Hidupku ini dipertanggungjawab dengan beberapa perkara yang mungkin tidak sama dengan oranglain. Ketika aku meratapi bebanan yang aku rasai ini, aku sering melihat oranglain mempunyai lebih banyak tanggungjawab dan bebanan dalam hidup mereka. Tidak kurang pun daripada apa yang aku alami ini. Aku bersedih, ada orang lain yang bersedih.. Jika aku tidak ada apa-apa untuk gayakan di majlis-majlis tertentu.. ada orang lain tidak ada dan yang mencari pakaian untuk melindungi badan pun.. Jika aku tidak makan untuk hari ini ada orang yang tidak makan dari kelmarin lagi dan mungkin esok.. Jika aku tidak keluangan masa ketika ini, ada orang lain yang tidak lagi punya masa untuk apa-apa sekalipun. Aku hanya ingin menjadi seorang yang bersyukur dan redha... aku hanya ingin Allah menemani aku setiap masa... mungkin melalui kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat-sahabat yang ada... dan Allah sudah memperkenankan kalian dalam hidup aku ini...

Pada saat aku dilanda kekecewaan, aku sebenarnya jauh sangat bersyukur kerana dengan pergi nya dia, cerita-cerita dia...perhatianku untuk dia.. Allah telah memberikan banyak kelapangan dan kelegaan dalam hatiku ini. Pernah aku berkata kepada seseorang... Imanku ini tidak terletak pada seorang insan bernama lelaki... Untuk pengetahuan kalian, aku masih mencintainya, dia sebagai saudara muslim yang mencintai Allah. Aku juga sudah berjanji akan sentiasa mencintai seseorang yang mencintai Allah... Kalian mungkin tidak faham mengapa? Kerana dia telah melorongkan aku ke jalan ini...jalan Allah yang aku dambakan.. Dia telah menjadikan aku lebih dekat kepada Allah... Aku tidak pernah meletakkan dia sebagai seseorang yang pasti membahagiakan aku ...kerana kebahagiaan aku ada pada Allah... Kenapa kalian tidak mendekatkan aku, memperkenalkan aku kepada seseorang ketika kononnya aku ada dia? Kenapa sekarang? Ketika aku berlapang dada ini... Jika aku dapat gambarkan keresahan dahulu dan kelegaan sekarang, alangkah baiknya..

Jika tidak terpancar kegembiraan di wajah selepas ketiadaan dia..sebenarnya bukanlah kerana dia... Cuma kerana Allah ingin menguji aku ini hambaNYA dengan dugaan dan ujian lain... supaya aku akan diterima di sisinya dengan tenang.

Kita tidak boleh mengubah takdir... tidak sekali-kali namun kita masih mampu berdoa dan berdoa...terus berdoa tanpa berputus asa, sekiranya di hadapan kita ada takdir buruk, moga dihindarkan.. dijauhkan.. Mungkin sahaja apa yang aku alami ini, kafarah buat aku.. Mengertilah.

Kita merancang dan Allah yang menentukannya... jika dalam perjalanan takdir aku itu, tiba-tiba Allah telah temukan aku dengan yang lain daripada perancanganku dan baik di sisi Allah buat aku, aku redha. Namun buat masa ini aku tidak tahu dan tidak dapat memastikannya.


Mungkin ada yang berfikir inilah masanya...tetapi di hati aku ada dia yang tidak seorang pun perlu tahu ketika ini. Aku juga tidak perlu untuk memberitahu... fahamilah.

Ada yang berkata, mengapa aku perlu mengorbankan diri untuk orang lain...mensia-siakan hidupku untuk orang lain...

Mengapa?
Aku tiada jawapannya.. yang aku tahu, jika boleh segala yang aku lakukan ini dianggap suatu sedekah... inilah sedekahku untuk saudaraku, ahli keluargaku...anak-anak yang sedang membesar itu.. Jika sedekahku itu ilmu, semoga ia menjadi suluh buat mereka..

Jika sedekahku itu masa, biarlah segala penuh dengan kemanafaatan.. Jika sedekah itu material, biarlah mereka membesar dengan hidup yang bermakna.. Jika sedekah aku itu kasih sayang, biarlah mereka menjadi orang yang berguna... Cubalah fahami..

Mereka yang membebani aku itu, darah daging aku ini... mana mungkin aku hidup bahagia dengan melihat dan membiarkan saudaraku menderita... Aku mencintai mereka.. Kalian perlu mengerti..

Tidak ada suatu yang lebih membahagiakan aku jika hidup aku ini sempurna tetapi mereka merana... Itulah aku... Jika peperangan berlaku, kita kesali kesannya... Namun jika penganiayaan berlaku yang ditutupi gambaran bahagia...apalagi yang dapat kita sesali... Aku tidak sanggup melihat kain putih itu rosak kerana salahnya kita mendidik dan kita melihat segala di depan mata.

Cukuplah jika kalian memberikan beberapa waktu untuk aku membetulkan semula apa yang tersimpul... menegangkan semula apa yang kendur... melonggarkan dalam keadaan seselesa mungkin sesuatu yang sudah terlalu ketat. Nanti, apa terlaksana segalanya itu... insyaAllah, aku akan buat apa patut aku buat untuk diri ini. Mungkin ketika itu kalian akan memahami.. Maaf, jika aku begitu bertegas dan kata-kata yang aku ungkapkan ini begitu kasar. Wassalam.

Isnin, Julai 13, 2009

MENYELUSURI BULAN-BULAN IBADAH..


"Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani , daripada Anas)
Hadis Kelebihan Bulan Rejab
1- Daripada Abu Bakar RA, daripada Nabi SAW telah berkata:“Sesungguhnya zaman itu sentiasa beredar mengikut ketetapannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi, dalam setahun itu ada 12 bulan, antaranya bulan-bulan yang diharamkan (berperang) iaitu 3 bulan berturut-turut Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan juga Rejab yang datang di antara Jamadilakhir dan Syaaban”.
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)


2- Daripada Usman bin Hakim Al-Ansari berkata: Saya telah bertanyakan Said bin Jubair tentang berpuasa dalam bulan Rejab pada ketika kami sedang dalam bulan Rejab. Beliau berkata: Saya telah mendengar Ibnu Abbas mengatakan:“Bahawasanya Rasulullah SAW berpuasa sehinggakan kami menyangkakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehinggakan kami menyangkakan baginda tidak berpuasa”.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

Antara Hadis Lemah tentang bulan Rejab:

1- “Sesungguhnya di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang dinamakan Rejab, airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab, maka Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.

2- “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan temukanlah kami dengan bulan Ramadhan”.

3- “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa selepas Ramadhan melainkan Rejab dan Syaaban”.

Antara Hadis Palsu tentang bulan Rejab:

1-“Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku”.

2- “Kelebihan bulan Rejab atas bulan-bulan yang lain umpama kelebihan Al-Quran atas zikir-zikir yang lain”.

3- “Rejab adalah bulan Allah, sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dalam keadaan iman dan kesungguhan, maka dia wajib mendapat keredhaan Allah yang terbesar”.

4- “Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab, Allah akan memberikannya pahala sebulan berpuasa, dan sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan ditutup daripadanya 7 pintu neraka”.

5- “Sesiapa yang solat Maghrib pada malam pertama bulan Rejab, kemudian dia solat 20 rakaat, setiap rakaat dibaca Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas sekali dengan 10 kali salam, kamu tahu tak apakah ganjarannya? Allah akan memelihara dirinya, keluarganya, hartanya, anaknya, dilepaskan dari azab kubur, melintasi jambatan Sirat seperti kilat tanpa disiksa”.

6- “Sesiapa yang berpuasa Rejab dan solat 4 rakaat, dia tidak akan mati kecuali nampak tempatnya di dalam syurga atau diperlihatkan kepadanya”.

7- “Sesiapa yang solat pada malam pertengahan bulan Rejab sebanyak 14 rakaat, setiap rakaat dibaca Surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Ikhlas 20 kali…..”.

8- “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agong, sesiapa yang berpuasa satu hari dalamnya, Allah akan memberikan pahala puasa 1000 tahun”.

9- “Aku diutuskan sebagai Nabi pada 27 Rejab…..”.10- “Sesiapa yang solat pada malam 27 Rejab sebanyak 12 rakaat…..”.

Kesimpulan:

Berkata Dr Yusof Al-Qardhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia:

“Tidak ada satu pun Hadis Sahih tentang bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan yang diharamkan berperang, sepertimana yang telah disebutkan oleh Allah SWT dalam kitab-Nya:

“di antaranya empat bulan yang dihormati” (Surah At-Taubah: 36) iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, yang terdapat dalamnya beberapa kelebihan.Dan tiada satupun Hadis Sahih yang menceritakan tentang kelebihan khusus bulan Rejab, melainkan sebuah Hadis Hasan (Baik) iaitu:

“Bahawasanya Nabi SAW paling banyak berpuasa (sunat) dalam bulan Syaaban. Apabila ditanyakan kepada baginda tentang itu, maka baginda pun menjawab: Orang biasa melupakan bulan itu (Syaaban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan”. Maka, dapat difahami dari hadis ini bahawa bulan Rejab juga terdapat kelebihan.
(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasai)

Maka para ulama hendaklah berhati-hati tentang hadis-hadis palsu dan bohong tentang kelebihan bulan Rejab ini dan menjauhkan orang ramai darinya (mengamalkan dan menyebarkannya). Sesungguhnya hadis-hadis palsu dan bohong ini merupakan satu bentuk cabaran yang telah menyerap masuk dalam ilmu-ilmu Islam kita melalui kuliah dan ceramah, buku-buku dan lidah orang ramai, sedangkan hakikatnya ia merupakan pembohongan dan pendustaan terhadap agama.
Oleh itu, hendaklah kita membersihkan dan menyucikan ilmu-ilmu Islam kita dari jenis dan bentuk hadis-hadis seperti ini. Sesungguhnya Allah telah mengurniakan taufiq kepada para ulama yang mampu untuk membezakan yang betul atau salah dan yang ditolak atau diterima, maka hendaklah kita mengambil manfaat daripada mereka yang telah mewariskan ilmu ini untuk kita”.

Hadis Kelebihan Bulan Syaaban

1) “Bahawasanya Nabi SAW paling banyak berpuasa (sunat) dalam bulan Syaaban. Apabila ditanyakan kepada baginda tentang itu, maka baginda pun menjawab: Orang biasa melupakan bulan itu (Syaaban) yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang diangkat segala amalan kepada Tuhan Seluruh Alam dan aku suka jika amalanku diangkat ketika aku berpuasa”.
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan An-Nasai)

Beberapa hadis tentang Malam Pertengahan Bulan Syaaban:

1) “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)”.(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.
(Imam Sayuti kata: Hadis Lemah)

2) “Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam pertengahan bulan Syaaban ke langit dunia maka diampunkan (dosa) yang lebih banyak dari rambut kambing Bani Kilab – Kabilah arab yang paling banyak kambing-”.
(Direkodkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani. Berkata Imam Tirmizi: Imam Bukhari menyatakannya Hadis Lemah)

3) “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”.(Direkodkan oleh Ad-Dainuri. Imam Sayuti kata: Hadis Lemah)

4) Daripada Aishah RA berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”.
(Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)

5) “Apabila datangnya malam pertengahan bulan Syaaban, maka hendaklah kamu hidupkan malamnya (dengan beribadat) dan berpuasa pada siangnya. Sesungguhnya Allah SWT turun pada malam itu ketika terbenam matahari ke langit dunia seraya berkata: “Wahai orang yang memohon ampun, Aku ampunkan! Wahai orang yang memohon rezeki, Aku berikan rezeki! Wahai orang yang ditimpa musibah, Aku selamatkan! Wahai fulan itu, wahai fulan ini.. sehinggalah terbit fajar”.
(Direkodkan oleh Ibnu Majah: Hadis Lemah)
Kesimpulan fatwa ulama tentang Kelebihan Bulan Syaaban dan Malam Pertengahan Bulan Syaaban:

1- Memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban kerana Nabi Muhammad SAW paling banyak berpuasa sunat pada bulan ini melebihi bulan-bulan yang lain.

2- Walaupun malam pertengahan bulan Syaaban terdapat beberapa kelebihan berdasarkan hadis-hadis yang lemah tetapi ia boleh diterima bagi menyatakan “Kelebihan Amalan”.

3- Tiada amalan khusus yang diberi nama sebagai “Puasa Nisfu Syaaban” tetapi digalakkan berpuasa sunat pada pertengahan bulan Syaaban berdasarkan hadis-hadis lain yang menggalakkan berpuasa pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan.

4- Begitu juga tiada amalan khusus yang diberi nama “Solat Malam Nisfu Syaaban” tetapi digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti Solat Sunat Mutlak, Solat Tasbih, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Solat Taubat. Begitu juga dengan amalan-amalan lain seperti membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa tanpa dikhususkan untuk malam itu.

5- Oleh kerana kelebihan malam pertengahan bulan Syaaban ini tidak didasarkan pada sumber hadis yang sahih, kuat dan jelas, maka amalan Nabi untuk bangun beribadat bukanlah khusus untuk malam itu sahaja kerana baginda memang diwajibkan bangun beribadat pada setiap malam.

6- Dari segi syarak, tidak harus mengkhususkan hari tertentu untuk berpuasa, atau malam tertentu untuk bangun beribadat (qiamullail) tanpa sumber yang syarie. Perkara ini bukan hak sesiapapun melainkan ia hanya hak Allah SWT sahaja. Mengkhususkan waktu atau tempat untuk beribadat dan menetapkan kaedah dan caranya, hanyalah hak Allah SWT, bukan hak manusia.

Sunnah Nabi di bulan Ramadhan
Sayugia bagi kita umat Islam berusaha mengikut sunnah Nabi dalam setiap perkara, begitu juga sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini:1- Melewatkan bangun bersahur, keberkatannya dan mendahulukan Tamar:
ثبت في "الصحيحين" من حديث زيد بن ثابت قال: تسحرنا مع رسول الله ، ثم قمنا إلى الصلاة، قلت: كم كان قدر ما بينهما؟ قال: "خمسين آية".
Maksudnya:Daripada hadis Zaid bin Thabit berkata: Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangun untuk bersolat (Subuh), saya bertanya (kepada Nabi): Berapakah kadar antara keduanya (sahur dan solat)? Baginda menjawab: “Kadar bacaan 50 ayat”.-
Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/118-119) dan Muslim (no. 1097)

وعن أنس بن مالك قال: قال رسول الله : "تسحروا فإن في السحور بركة".
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/120) dan Muslim (no. 1095)

وعن أبي هريرة قال: قال رسول الله : "نعم سحور المؤمن التمر".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sebaik-baik sahur seorang mukmin itu ialah dengan memakan tamar”.-
Direkodkan oleh Abu Daud (3/142)

2- Menjaga adab ketika berpuasa dengan tidak melakukan perkara lalai dan dosa:
عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ الله (ص) قَالَ : "الصِّيامُ جُنَّةٌ، فإذا كَانَ أَحَدُكُم صَائِماً فلا يَرْفُثْ ولا يَجهَلْ، فَإِنْ امْرُؤٌ شَاتَمَه فَلْيَقُلْ: إنِّي صَائِمٌ، إني صَائِم".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah berkata: “Puasa itu pencegah (dari api neraka), maka apabila kamu berpuasa maka janganlah kamu berkata yang tidak elok dan janganlah jadi orang bodoh (dengan percakapan sia-sia). Jika ada orang yang mengejinya maka katakan kepadanya: Aku berpuasa, aku berpuasa”.-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1795) dan Muslim (no. 1151)

3- Sentiasa membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan:
ثبت في حديث ابن عباس رضي الله عنهما قال: كان النبي أجود الناس، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل فيدارسه القرآن، فلرسول الله حين يلقاه جبريل أجود بالخير من الريح المرسلة.
Maksudnya:Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1902) dan Muslim (no. 2308)

4- Menyegerakan berbuka puasa sebelum solat Maghrib, dengan mendahulukan memakan Rutab (kurma basah) atau Tamar (kurma kering) atau meminum air:

عن أنس بن مالك قال: كان رسول الله يفطر على رطبات قبل أن يصلي، فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات، فإن لم تكن حسا حسوات من ماء.
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air”-
Direkodkan oleh Abu Daud (no. 2348)

5- Membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:

عَنْ زَيدِ بنِ خَالِدٍ الجُهْنيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله (ص):"مَن فَطَّرَ صَائماً كَانَ له مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لا يَنقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئاً".
Maksudnya:Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun".
-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 807), Ibnu Majah (no. 1746) dan An-Nasai dalam “Al-Kubra” (no. 3330-3331)

6- Mendoakan orang yang membelanjakan orang lain untuk berbuka puasa:

عن أنس بن مالك أن النبي كان إذا أفطر عند أهل بيت قال لهم: "أفطر عندكم الصائمون، وأكل طعامكم الأبرار، وصلت عليكم الملائكة".
Maksudnya:Daripada Anas bin Malik RA, bahawasanya Nabi SAW pernah berbuka puasa bersama sebuah keluarga di rumah mereka, maka baginda mendoakan mereka: “Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat”.
-Direkodkan oleh Imam Ahmad (3/118)

7- Menghidupkan setiap malam Ramadhan dengan beribadah:

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله (ص):"من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه".
Maksudnya:Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mendirikan (malam dengan beribadat) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosanya yang telah lalu”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2008) dan Muslim (no. 174)

8- Mendirikan Solat Tarawih dan solat-solat sunat yang lain:

ثبت من حديث أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها: كيف كانت صلاة رسول الله في رمضان؟ فقالت: ما كان يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة، يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي أربعا فلا تسأل عن حسنهن وطولهن، ثم يصلي ثلاثا، فقلت: يا رسول الله، أتنام قبل أن توتر. قال: "يا عائشة، إن عيني تنامان، ولا ينام قلبي".
Maksudnya:Daripada hadis Abi Salamah bin Abdul Rahman, bahawa beliau telah bertanya kepada Aishah RA: Bagaimanakah solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan? Beliau menjawab: Baginda tidak menunaikan solat pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain lebih dari 11 rakaat, baginda bersolat 4 rakaat maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 4 rakaat lagi maka jangan ditanya tentang elok dan panjangnya, kemudian baginda bersolat 3 rakaat, maka saya bertanya: Wahai Rasulullah, adakah kamu tidur sebelum solat witir? Baginda menjawab: “Wahai Aishah, sesungguhnya kedua-dua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 2013) dan Muslim (1/509)

9- Beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dan mengajak ahli keluarga turut serta:

عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله إذا دخل العشر أحيا الليل، وأيقظ أهله، وجدَّ وشدَّ المئزر.
Maksudnya:Daripada Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW apabila masuknya 10 malam terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malamnya (dengan beribadat), mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan mengetatkan kainnya (tidak bersetubuh).
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/233-234) dan Muslim (no. 1174)

10- Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan:
ثبت من حديث عائشة رضي الله عنها قالت: كان رسول الله يجاور في العشر الأواخر من رمضان، ويقول: "تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان".
Maksudnya:Daripada hadis Aishah RA berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan, baginda berkata: “Tuntutlah Lailatul Qadar dengan bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan”.
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (4/225-226) dan Muslim (no. 1169)

11- Doa khusus pada setiap malam Ramadhan:

عَنْ عَائشةَ رَضيَ الله عَنْهَا قَالَتْ: قُلتُ: "يا رَسولَ الله، أَرأَيتَ إنْ عَلِمْتُ أيَّ ليلَةٍ ليلَةَ القدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قولي: اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ كَريمٌ تُحبُّ العَفوَ فَاعْفُ عنِّي"
Maksudnya:Daripada Aishah RA berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam bilakah Lailatul Qadar, apakah doa yang patut aku ucapkan? Baginda berkata: “Berdoalah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mulia Yang Sukakan Keampunan maka ampunilah aku”.
-Direkodkan oleh Tirmizi (no. 3508)

12- Membayar Zakat Fitrah sebelum Solat Aidil Fitri:

ثبت من حديث ابن عمر قال: فرض رسول الله زكاة الفطر صاعا من تمر أو صاعا من شعير على العبد والحر، والذكر والأنثى، والصغير والكبير، من المسلمين، وأمر بها أن تؤدى قبل خروج الناس إلى الصلاة.
Maksudnya:Daripada hadis Ibnu Umar berkata: Rasulullah SAW telah mewajibkan Zakat Fitrah sebanyak secupak tamar atau secupak gandum kepada setiap hamba dan merdeka, lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan dewasa, dari kalangan umat Islam, baginda memerintahkan untuk menunaikannya sebelum keluar orang ramai untuk bersolat (Aidilfitri).
-Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 1503)

Rujukan:
1) Sahih Bukhari dan Muslim
2) Sunan Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasai
3) Musnad Imam Ahmad
4) Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin lil Imam Nawawi: Dr Mustapha Bugha dan lain-lain
5) Al-Muntaqa lil Hadis fi Ramadhan: Ibrahim bin Muhammad Al-Huqail
6) Hadyun Nabi fi Ramadhan: Sami bin Muhammad bin Jadullah
7) Taisir Al-Fiqh (Fiqh Siyam): Dr Yusuf Al-Qardhawi

Catatan oleh: Nazri Samsudin pada 11:05 AM
Halaman: http://mendidik.blogspot.com/

BULAN REJAB

KELEBIHAN BULAN REJAB

Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedarkedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajaldi hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawab: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

REJAB bulan menabur benih.
SYAABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYAABAN menyucikan hatinya.
RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat.
SYAABAN bulan muhibbah.
RAMADAN dilimpahi pahala amalan.

Dipetik daripada : http//www.pesima.net

Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan antara bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh para sahabat baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah s.w.t akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya. Di sini akan disorot fadilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah s.a.w berkenaan dengannya.
Disebabkan kebesaran dan kemuliaan Rejab itu, Allah melimpahkan rahmat, kemurahan dan kebajikan-Nya terhadap hamba yang beriman serta beramal salih pada bulan Rejab dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Dalam membincangkan kelebihan bulan ini, perlu diteliti bahawa banyak fadilat berkenaan bulan ini diterangkan dalam hadis dhaif.

Berkenaan kekuatan hadis ini, ulama bersependapat bahawa ia tidak boleh digunakan untuk berhujah, sebaliknya diharuskan untuk beramal demi men’taqarrub’ (mendekatkan diri) kepada Allah s.w.t.

Kelebihan Rejab dalam al-Quran dapat dihayati melalui firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Hampir semua ulama tafsir terkemuka dalam menafsirkan empat bulan yang dimaksudkan dalam ayat tadi iaitu tiga bulan berturut-turut – Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam serta satu bulan tersendiri, iaitu Rejab.

Rejab dikaitkan dengan pelbagai kebaikan, antaranya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Rejab adalah bulan untuk bertanam. Maka berniagalah kamu semoga Allah merahmati kamu pada bulan Rejab kerana ia adalah musim untuk berniaga dan makmurkanlah waktu kamu (dengan beramal) dalamnya kerana ia adalah waktu berbuat amal.”
Ulama berkata, Rejab adalah bulan istighfar. Maka perbanyakkan istighfar sepanjang Rejab sebagaimana hadis diriwayatkan Ad-Dailami daripada Saidina Ali Abi Talib.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah beristighfar pada Rejab kerana pada setiap saat dalamnya Allah menyelamatkan (seorang) daripada api neraka.”
Allah s.w.t Allah berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).” (Al-An’aam: 160)
Namun amal kebajikan yang dilakukan pada bulan Rejab digandakan sebanyak 70 kali ganda. Begitu juga sembahyang pada waktu malam akan memberi cahaya kepada hati dan membwa kepada keredaan Allah.

Rejab juga adalah pembukaan kepada bulan kebaikan dan berkat. Jika tahun diibaratkan sebagai pohon, Rejab ibarat waktu keluarnya daun, Syaaban ibarat keluarnya bunga, dan Ramadan ibarat keluar buahnya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Aku melihat pada malam Mikraj sebuah sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi. Aku bertanya kepada Jibril, Ya Jibril, untuk siapakah ini? Jibril berkata: Untuk mereka yang berselawat atasmu pada bulan Rejab.”
Umum menyedari Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi mukmin bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan Rejab bagi melipatgandakan amal salih lebih-lebih lagi ibadat puasa sunat.

Ibadat ini adalah persediaan menghadapi penghulu segala bulan, iaitu Ramadan. Maka, tidak hairanlah, Rasulullah s.a.w kerap kali berdoa setiap kali tiba Rejab sepertimana sabda Baginda yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah kami dalam Rejab dan Syaaban ini dan sampaikan kami kepada Ramadan.”

Begitulah persiapan mukmin yang benar-benar bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya hingga mereka mempersiapkan diri bukan saja dari sudut fizikal, malah dari sudut rohani. Mereka sudah mula membersihkan diri dan hati mereka sebelum menyambut Ramadan.

Inilah sifat mukmin sejati sebagaimana dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Mereka itulah orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah juga orang yang mendahului pada mencapainya.” (Al-Mukminun: 61)

Sebagai renungan, ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan memohon ampun daripada segala dosa dan Syaaban pula adalah memperbaiki hati daripada segala kecacatan. Ramadan pula memberi penerangan hati. Sedangkan malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.”

Oleh hal yang demikian itu, amat wajarlah setiap Muslim menginsafi diri dan merebut ganjaran disediakan Allah agar dia dapat menempatkan diri dalam kalangan mukmin berjaya di dunia dan akhirat.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
§ Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
§ Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
§ Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
§ Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
§ Puasa 5 hari - aman daripada azab kubur.
§ Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
§ Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka Jahanam baginya.
§ Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
§ Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia daripada memasuki syurga.
§ Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratulmustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratulmustaqim.
§ Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
§ Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
§ Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
§ Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
§ Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
§ Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
§ Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratulmustaqim.
§ Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
§ Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
§ Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
§ Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka. Orang yang lemah daripada berpuasa di bulan Rejab, hendaklah bersedekah setiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan hamba-Nya 10 kali, tetapi di dalam bulan Rejab Allah akan membalas amalan hamba-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Rasulullah s.a.w, Ramadan bulan umat Rasulullah s.a.w.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Syaaban bulan menyiram tanaman, manakala Ramadan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Syaaban menyucikan hati, manakala Ramadan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Syaaban bulan syafaat, manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Syaaban bulan muhibbah, manakala Ramadan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala, dan Ramadan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun.
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir.
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat.
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya.
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah s.a.w dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad s.a.w telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitulmuqadis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah s.w.t di mana solat lima waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah s.a.w. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israk: 1)
Doa bulan Rejab
Maksudnya:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah.”
Istighfar paling baik dalam bulan Rejab
Maksudnya:
“Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.”
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan suatu bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperoleh itu ada keberkatannya.
KELEBIHAN BULAN REJAB
1 Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan As - Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.
Hadith ini adalah Maudhu' Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh - syeikh yang tidak pernah dilihatnya Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517
2 Kelebihan berpuasa di bulan Rejab Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan . Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa. Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524 FADHILAT BULAN REJABBulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Sabtu bersamaan 6 Ogos 2005 (1 Rejab 1426 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.FADHILAT BULAN REJABBulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.
Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
EPuasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
EPuasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
EPuasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
EPuasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
EPuasa 5 hari - aman dari azab kubur.
EPuasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
EPuasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
EPuasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
EPuasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
EPuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
EPuasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
EPuasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
EPuasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
EPuasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
EPuasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
EPuasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
ESesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
EBerpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
E Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
E Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
E Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.
Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.
Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.
DOA BULAN REJAB:
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Wasallam.MOHAMAD DAUD HJ SUTAN.02/08/2005
http://www.cekakhanafi.com/


1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga" Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)." Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)" Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."Rasullullah s.a.w. bersabda,"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur." Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya." Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat." Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu." Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun." Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."Rasullullah s.a.w. bersabda;"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya" Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W. WASSALLAM.
http://www.mail-archive.com/harakahdaily

Oleh Melukut,2002-09-09 22:59:50
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: "Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?" Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka." Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur." Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun." Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku." "Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan.
Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."
KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya.
Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Khamis, Julai 09, 2009

HARGAILAH SESUATU ITU DENGAN SESUNGGUHNYA KETIKA KITA MILIKINYA..

Aku kira ingin berbicara ringkas sahaja kali ini... Memandangkan keluangan masa yang sedikit yang aku ada buat masa ini. Kesibukan kadang-kadang membuatkan kita lupa banyak perkara namun itu bukan satu alasan untuk menjadi seorang yang kurang keprihatinan dalam banyak urusan lainnya.

Aku fikir dengan selesainya suatu masalah itu akan ada ketenangan dan keluangan masa. Tapi kadang-kadang ALLAH memberikan suatu masalah untuk menutupi keresahan suatu masalah yang lain. Kadang-kadang ALLAH memberikan satu masalah setelah satu masalah selesai..hingga ada kalanya kita sendiri tertanya-tanya kenapa semua itu mesti berlaku? Kenapa pula kepada kita sahaja.. Namun jika tiada semua masalah itu, kita berasakan hidup ini begitu hambar dan penuh tetapi hanya dengan kekosongan. Agak pelik, apabila masalah itu datang bertimpa-timpa dan tiada putusnya. Malah semakin lama semakin kepayahan itu berlipat ganda. Ada kala serasa tidak termampu untuk melaluinya. Banyak yang berlaku selama ini merupakan suatu yang tidak dijangka. Ketika kita memiliki, seringkali kita terlupa menghargainya... sama ada dalam bentuk masa, kelapangan dan kesenggangan..sama ada dalam bentuk kebendaan atau material... sewaktu banyak dan lewah.. atau sama ada dalam memiliki hati dan perhatian seseorang...sewaktu kita ada dia, ada mereka, ada sesiapa sahaja di sekeliling kita...yang mengambil berat, membantu dan menyayangi.... kita biarkan dan kita rasa amat terkongkong dengan segala perhatian itu... maka apabila kita tersedar, kita sudah telat atau terlewat untuk menghargainya... dan semua itu sudahpun berlalu.


Banyak antara kita terpaksa pula melupakan, mengabaikan dan mensia-siakan peluang yang ada... Bukan sebab kita tidak sedar, tetapi sebab ego kita melebih kebenaran dan pengakuan bahawa kita memerlukan seseorang, atau banyak orang untuk berjaya...hidup dalam kejayaan dan kehebatan. Adakala ada antara kita terpaksa melepaskan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita semata-mata untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang tidak semesti benar.. dan mengabaikan hukum karma yang ditentukan ALLAH dengan sengaja. Biar apapun pilihan kita itu, kita harus berpijak di bumi nyata. Berdiri di bawah naungan langit yang sama namun pada tempat dan tujuan yang lain....yang penting masih lagi di tempat yang sama... tiada perubahan kerana ada keAKUan yang tinggi dalam diri kita.

Ketika kita jatuh, kita takut untuk menangis...tetapi kita terus bangkit.. Ketika kita berada di tempat tinggi, kita takut untuk memandang ke bawah...takut kita akan berasa gayat dan jatuh semula... Ketika kita berduka kita takut untuk mengakuinya... kerana takut dikatakan kita lemah...

Sedangkan tiada salahnya kita menangis ketika kita jatuh, supaya kita tahu kesakitan itu, agar apabila kita terus-terusan bangkit kita akan sentiasa beringat akan kesakitan itu dan kita tidak akan ingin menangisi kegagalan lagi..

Sedangkan tiada salahnya juga untuk sesekali kita melihat ke bumi ketika kita berada di tempat tinggi...supaya kita sedar berapa tingginya kita, kedudukan kita..pastinya ada tapak yang rendah untuk kita terus mendaki. Semoga kita tidak akan terlalu mengejar kehebatan itu sehinggakan kita tidak ingat dari mana asalnya kita di muka bumi ini. Tiada suatu kehebatan yang utuh tanpa asas dan tapak di kedudukan rendah itu yang berada di bawah. Dan ketika kita gayat melihat ke bawah, sekurang-kurangnya kita perlu sedar... bahawa kita akan pada bila-bila masa mungkin berada di bawah semula.

Sedangkan tiada salahnya kita untuk mengakui kelemahan kita... berduka dan menyatakan kedukaan itu. Tiada salahnya kita merendahkan diri dan mengakui kesilapan kita jika itulah hakikatnya... Takkan hilang bisa ular jika ia menyusur akar.. maka rendahkan diri kita serendah mutiara di lautan.... biar sejauh mana ditimbus pepasir, mutiara akan bersinar juga.

Aku ingin melontarkan sedikit pesanan dan ingatan buat mereka yang ingin mengerti... Sehingga kini aku sentiasa tidak memahaminya. Sehingga saat ini aku masih tertanya-tanya. Apakah sebenarnya berlaku? Apakah sebenarnya terjadi? Di manakah silapnya? Apakah salahnya? Apakah kekurangan? Dan apakah yang menjadikan seseorang itu terutama kamu yang membaca catatan ini semakin merundum dan semakin lemah?

Dengan segala apa yang kita lalui di muka bumi ini yang pasti tidak sama antara satu sama lain, tentu ada jawapan atas segala sesuatu itu..

Apabila kita membuat sesuatu pilihan itu tentulah itu adalah pilihan terbaik buat kita. Sama ada sedar atau tidak, Allah pasti telah sebenarnya memberikan kita yang terbaik... BUKTIKANLAH.... segalanya itu memang yang terbaik. Buktikanlah dengan berani dan jelas. Sekurang-kurangnya membolehkan sekeliling kita berasa bersyukur pada setiap sesuatu yang kita pilih...adalah betul.

Aku memahami setiap ujian bagi setiap seseorang itu pasti tidak sama. Seperti apa yang aku lalui kini.. Mungkin bukan masalah kepada orang lain tapi mereka tidak duduk di tempat kita dan kita juga tidak duduk di tempat orang lain.

Pernah seorang teman menyelar aku yang aku terlalu memikirkan tentang bahagia dan derita orang lain sehingga mengabaikan kebajikan dan kesenangan diri aku sendiri. Mungkin benar! Tetapi aku tidak pernah kesal untuk memikirkan kebahagiaan dan penderitaan oranglain kerana itulah hidup.. Kita tidak mungkin hidup berseorangan tanpa orang lain. Mengapa Allah, Rasullullah dan Islam menekankan ukhuwah. Sehingga jika seorang mukmin itu tidak akan bahagia atau sempurna imannya jika mengabaikan saudaranya..

Aku memikirkan segala itu..bukan mencampuri urusan orang lain..cuma memikirkan apa yang bakal diharungi dan dilalui oleh orang-orang yang aku kasihi. Semoga jika mereka dalam kesukaran, ada sedikit doaku mengiringi... Semoga jika mereka sedih, ada sedikit bantuan yang dapat kuhulurkan... Semoga jika mereka gembira dan bahagia, ada kesenangan dapat dirasakan bersama. Jatuh bangun seseorang yang kita kasihi, tentu sahaja penting buat kita. Jika dia begitu dekat dengan kita.... biarpun hanya pada sebelah pihak sahaja, pastinya akan ada harapan-harapan baik yang kita panjatkan ke hadrat yang Maha Kuasa. Jika dia jauh dari kita biarpun saling menerima, pastinya akan ada juga harapan-harapan baik yang kita panjatkan kepada yang Maha Mengasihi.

Aku ingin sekali melihat kehebatan itu dikekalkan... teman.


Aku ingin sekali melihat kejayaan itu berterusan..teman.

Aku ingin sekali melihat dirimu dalam dirimu sebenar.. teman

Aku ingin sekali melihat perubahan yang lebih baik ....teman

Untuk duniamu.... Untuk akhiratmu.. sejak dulu lagi.. dan untuk kini.. untuk seterusnya juga.

Aku ingin kau buktikan pilihanmu adalah tepat... bercintalah, berkasihlah..namun usah lupa bahawan cinta dan kasih murni itu dari Allah... untuk DIA, dia dan semua. Seimbangkanlah dan didiklah dirimu kembali kepada perjuangan yang baik di sisi ALLAH. Aku pasti sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu.. juga untuk mereka yang lain kukasihi.


Hidup kita pasti ada turun naik. Ketika ini mungkin kita tidak sedar yang kita mungkin mengabaikan banyak perkara kerana ingin berada di suatu jalan dengan bersungguh-sungguh.

Ketika aku 'melihat' dan 'memperhatikan', aku rasa ada suatu kehilangan dalam kehidupan kita.. iaitu kejujuran.. Mungkin kita tidak sedar.. tapi aku tidak suka, kerana kata mereka ada kepura-puraan dalam hidup kita... bukan aku, tapi kita dan yang jelas, kamu... Usahlah kita berselindung di sebalik tabir atau langsir yang nipis... pasti dalam kesamaran itu, orang mengenali kita... atau yang jelas mengenali kamu.

Aku melahirkan segala ini, biarpun sukar untuk difahami....kerana mungkin ketika kita miliki 'sesuatu' itu... kita tidak sedar, atau kita ego, atau kita buat-buat lupa, atau kita menghindari....atau kita dengan segala sesuatu yang mungkin.... mengabaikan, membiarkan...melepaskan.... sehingga suatu ketika apabila kita sedar, kita tahu... kita dah terlambat. Kita tidak bisa mengulangi masa...namun kita masih bisa membaiki dan memulihkan segala yang hilang kita...jika kita dapat menghilangkan keegoaan yang ada..

Inilah bicaraku kali ini.. difahami atau tidak, bukan soalnya...yang penting apa yang ingin aku nyatakan telah aku jelaskan. Jika ada yang dapat berubah, alhamdullillah... jika tidak, alhamdullillah... aku masih bisa mengutarakannya, biarpun agak terlewat. Wassalam.

Rabu, Julai 01, 2009

BERJAYA PADA SESUATU, PERLUKAH MENGHENTIKAN USAHA YANG LAINNYA?

ASSALAMUALAIKUM... Dalam ruangan ini, aku kira hampir 2 minggu tidak mencatat. Alhamdullillah ada kesempatan untuk aku mencatat hari ini. Aku hanya ingin menyentuh tentang tajuk yang aku catatkan di atas.
Berjaya pada sesuatu, perlukah menghentikan usaha yang lainnya.

Adakah kejayaan itu titik perhentian? Apakah kejayaan itu memungkinkan segala apa yang diimpikan tercapai? ATAU, bukankah kejayaan itu hanya suatu pencapaian pada sesuatu usaha, impian, matlamat... dan kejayaan itu sebenarnya satu permulaan yang baru.
Kata orang untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan itu, lebih mudah.. daripada mengekalkan kejayaan yang ada dan kecemerlangan yang dimiliki.. Maka dengan erti kata lain kejayaan adalah usaha yang berterusan untuk meletakkan diri seseorang berada pada tahap setara setiap masa.


Apabila kita tewas mahupun kita kalah, seringkali kita kecewa, berputus asa... itu lumrah! Namun, wajarkah apabila kita berjaya mencapai apa yang dihajati, kita juga berhenti..umpama berputus asa juga?

Manusia ini sememangnya amat pelik. Pelik kerana melakukan sesuatu yang tidak bisa dilakukan oleh oleh lain, atau sentiasa mencari kepelikan itu dengan mengetengahkan perbezaan.. namun apabila sudah tercapai cita-cita, maka kepuasan dan keinginan mencapai yang lebih baik terhenti. Mungkin kalian keliru.

Aku melihat banyak hal di hadapanku.. jika manusia itu sentiasa berbangga dengan kejayaan yang ada, gembira dan seterusnya alpa. Aku banyak melihat di sekelilingku..insan yang bercita-cita, punyai matlamat..apa tercapai apa yang dihasratkan, berasakan itu telah mencapai kesudahan... yang dulu tegas, sudah kurang taringnya... Jika dulu bersemangat, sudah kendur pengharapannya. Ke mana perginya kefahaman terhadap perjuangan yang dulu....jihad yang dibanggakan.. mengingatkan yang lupa, berpesan kepada yang lalai, memberi panduan kepada yang kurang arif... melorongkan kepada yang terpesong????


Secara peribadi, aku sedikit kesal dengan fenomena yang berlaku.. berjaya dan bahagiakah jika jika memperolehi kebajikan yang sedikit, sedangkan dalam masa yang sama boleh mengabaikan kita kepada perjuangan asal kita... Tercapai dan tertunaikah hasrat jika dengan kebaikan yang kita terima, kita sudah berasa cukup, sedangkan di hadapan kita masih banyak yang memerlukan bantuan kita hasil kebaikan yang diterima. Doa aku untuk individu yang berasakan kecukupan yang ada ini, lalu menghentikan usaha untuk membanyakkan lagi kebaikan yang lain..agar mereka sedar, hidup tidak terhenti di situ... bukan terhenti apabila hidup dilingkungi bahagia dan kejayaan itu...masih banyak yang mengharapkan sesuatu yang dulu itu, sesuatu yang menyulitkan suatu dulu itu, sesuatu yang baik itu....diteruskan, digembleng dan diupayakan seperti sepatutnya.


Aku kira pasti ada yang memahami catatan aku ini... aku pernah terfikir, jika Allah memberikan ujian tentu memberi lebih kekuatan.. Jika Allah memberikan dugaan tentu akan meberikan lebih ketabahan... Jika Allah memberikan kejayaan tentu akan ada usaha yang berlipatganda... Jika Allah mengurniakan kebahagiaan tentu akan ada perubahan yang lebih baik. Namun kini, kadang-kadang aku berasa sedikit kecewa... Yang lebih baik itu, tidak menghasilkan apa yang lebih baik... Yang lebih sempurna itu tidak menjanjikan kesempurnaan.. Apa yang lebih menggembirakan itu tidak membawakan kebahagiaan.



Aku pernah terfikir, salahkah aku dalam menilai? Salahkah aku dalam memberikan kepercayaan dan keyakinan? Salahkah aku dalam menggapai pengharapan? Mungkin tidak pada oranglain..pada aku, usaha-usaha dan segala 'perjuangan' yang umpama terhenti itu mengecewakanku. Bangkitlah semula... walau aku bukan sesiapa kepada kalian sekalipun, bangkitlah semula untuk perjuangan itu... Aku ingin melihat kalian menjadi pemimpin yang berjaya. Mungkin ideologi dan kefahaman kita berbeza... aku tidak pernah melupakan yang aku sentiasa mengasihi pemimpin-pemimpin yang benar, tegas dan berani.. Bukan kerana nama atau kedudukan..hanya kerana Allah.. dan perjuangan kerana Allah itu tidak boleh berhenti.

Aku pasti menyokong kalian... walaupun hanya dengan doa.....sekiranya benar-benar aku tidak diperlukan.
Aku berharap akan lahir pemimpin-pemimpin berjaya dalam kalangan kita, namun idola dan contoh yang ada tidak lagi memberikan komitmen, seperti sudah melupai janji-janji dan harapan perjuangannya.... bagaimana hasrat itu akan terlaksana.


Jika ditanya aku, aku pasti menjawab aku kecewa...
Jika diminta aku, aku pasti memberikan pandangan kekesalanku...
Jika dipersoal aku, aku pasti mengemukakan penilaian negatifku...
Jika dipinta aku, aku pasti menjelaskan kehampaan harapanku....
Entahlah, mungkin aku jauh terpesong...jauh menerawang....jauh berpra sangka....
Aku pasti tiada jawapannya...
Mengapa kita perlu melaluinya?
Mengapa kita selalu mudah berpuashati?
Mengapa kita seperti sudah hilang semangat?
Mengapa kita tidak bisa lagi menggapai harapan?
Mengapa perjalanan kita sudah seperti berada di hujung jalan?
Mengapa harus kita mengalah dan merendah diri?
dan
Mengapa kita perlu berdiam diri, berhenti lalu berundur..

Semoga tiada makna putus asa dalam kamus hidup kita, dulu... ketika ini... akan datang.... selamanya...

Kepada seorang teman, aku ingin berbicara... Semoga dikau memahami niat aku ini...bukan mencampuri tapi hanya kerana aku mengasihimu sepertimana sahabat-sahabat yang lain... Juga kerana dalam doa-doaku, jelas ada kamu...


Ketika aku melihatmu berjalan suatu ketika dulu, aku kira aku sudah melihat suatu pemberian yang berharga...

Ketika aku memandang raut wajahmu suatu masa lalu, aku berasa ketenangan dan kekaguman...

Ketika aku mendengar bicara mu suatu saat lepas, seperti aku mendengar suatu kehebatan...

Ketika aku berbicara denganmu suatu detik sudah, seperti aku berasa kemanafaatan yang mempesona...


Aku tidak bisa memberi mu kebahagiaan...

Aku tidak bisa memberimu kemewahan...

Aku tidak bisa memberimu ketenangan hati...

Aku tidak bisa memberimu kesenggangan masa...

Aku tidak bisa memberimu kesempurnaan perhatian...

Aku cuma bisa mendoakanmu...untuk segala kebaikan dan kebajikan....

Semoga Allah kuatkan hatimu, kembalikan semangatmu.... menunaikan tanggungjawab dalam mengotakan cita-cita murnimu.... kepada Amal Maaruf wa Annahi mungkar... lillahi taala.


Aku sentiasa mendoakan...
Kebahagiaan hari ini membuahkan kebahagiaan berlipat ganda pada masa hadapan
Kejayaan hari ini menambahkan kejayaan-kejayaan lain pada hari muka
Kebajikan hari ini melewahkan kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat..


Maaf teman....
Mungkin aku tersalah duga, tersilap menjangka...Namun inilah dari hatiku ini. Semoga akan dapat dimengertikan...
Teruskan usaha dan niat baikmu, ya...


Dari Abdullah bin Amr bin Ash ra, katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Allah tidak menarik kembali ilmu dengan jalan mencabutnya dari qalb manusia, tetapi dengan jalan mematikan ulama. Apabila ulama telah mati, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan.”


buat hati mereka yang sedang resah dan bimbang.
Tadabbur ayat ini:

إِنَّ الإِنسَـنَ خُلِقَ هَلُوعاً
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah lagi kikir.
إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعاً
Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah.
وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعاً
Dan apabila ia beroleh kesenangan ia sangat bakhil dan kedekut.
إِلاَّ الْمُصَلِّينَ
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.
الَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلاَتِهِمْ دَآئِمُونَ
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(al Ma'arij:19-22)


Biarpun catatan aku kali seperti bersifat dangkal tapi itulah yang lahir dari hati ini...minda dan harapan aku ini.

Bukan aku meletakkan apa yang kucatatkan ini sebagai satu kesalahan tetapi aku cuma ingin melihat insan-insan yang aku sayangi meneruskan segala usaha murni. Mungkin ketika ini aku tidak bisa membantu namun aku pasti mencari-cari masa untuk memberi sokongan kepada perjuangan dan niat yang baik itu. Atas segala sebab yang aku ada ini... aku mencatat, menasihati dan berpesan... untuk mereka dan diri aku sendiri. Apabila kita mencapai kejayaan, semoga kejayaan itu bukan suatu titik berhenti pada perhentian sementara, kerana hidup dan perjuangan itu tiada titik yang pasti. Kita perlu berusaha umpama kita hidup beribu-ribu tahun lagi dan sejajar itu kita juga pasti tentu menjadi ibadah kita seumpama esok kita akan mati.... Semoga kita akan selalu ingat , mengingati dan mengingatkan... Wassalam.