Sabtu, Mei 30, 2009

HIDUP BERLANDASKAN KESEJAHTERAAN

Assalamualaikum... Hidup kita dilingkungi pelbagai perkara yang tidak terduga.. Kadang kala tanpa dalam lingkungan yang begitu harmoni walaupun kita miskin harta dunia... namun cukuplah sekiranya di dalam hati kita punyai kekuatan iman dan kekayaan taqwa. Sedang segalanya itu tidak dapat diukur dengan jelas oleh kita selain olehNYA yang maha mengetahui. Sejelas-jelasnya kelihatan sekalipun tidak akan dapat memperlihatkan kekayaan hati itu itu. Setiap kita diuji dengan pelbagai dugaan dan ujian.
Ada dalam kalangan kita dianugerahkan ALLAH rezeki yang melimpah dan kekayaan yang meruah.. sama ada daripada usaha sendiri atau ketentuan nasib yang diberikan...namun tidak bisa untuk hidp dalam dan berlandaskan kesejahteraan..
Ada pula yang sentiasa diuji ALLAH dengan pelbagai kesulitan dan kesusahan.. namun di hatinya ada kebahagiaan yang melimpah ruah... setiap apa yang dilalui mencukupi dan mendapat keberkatan dari ALLAH... cukuplah biarpun sedikit atau kecil rezeki yang ALLAH berikan di muka bumi...kebahagiaan tetap melewah..kerana di hatinya dan rohaninya cukup kaya dengan kesejahteraan hati...yakni hati yang luhur, iman yang teguh, taqwa yang kukuh... kejujuran dan keikhlasan dan yang jelas... menerima ketentuan yang ada dengan redha..barulah hidup ini terasa sangat dikasihi olehNYA.. Cukuplah DIA buat kita.. sesungguhnya DIA sentiasa ada, melindungi kita tetapi kita sahaja yang sering terlupa dan membelakangiNYA.. mencari ketika kita sukar dan derita... Adilkah kita? Muhasabahlah... adakah kita dalam golongan yang hidup berlandaskan kesejahteraan atau sebaliknya ?

Rabu, Mei 27, 2009

APABILA BIBIR BERBICARA AKAN DIA, MINDA TERINGAT AKAN DIA...HATI AKAN MENJADI TENANG DAN ALAM TURUT TERSENYUM....

" SENYUMLAH BUAT DIRI KITA SENDIRI, DIRI ORANG LAIN DAN ALAM....'SENYUMAN' ITU AKAN HADIR DI DALAM HATI KITA........"

Assalamualaikum.... Kali ini aku hanya akan berbicara tentang 'kebahagiaan' yang kualami.. baru aku sedar, DIA sentiasa akan menggembirakan hati kita dengan apa cara sekalipun.. Mengapa kita masih ragu-ragu dengan cinta DIA yang maha Agung.

Ketika-ketikanya sedang kita berada dalam kesempitan dan kesusahan...lalu kita berusaha sedapatnya, akhirnya bertawakkal dalam mendapatkan penyelesaiannya...Ingat dan yakin dengan DIA.. maka akhirnya pasti berkesudahan dengan kegembiraan.. biarpun tidak dirasai atau dijangka oleh oranglain.. pasti itu adalah suatu keadaan yang membahagiakan.

Ada ketikanya, sewaktu kesukaran itu terpaksa ditempuhi kita akan bisa tersenyum apabila mengingati segala apa yang kita ada ini adalah dari DIA yang tidak pernah melupai kita.. sedangkan kita acapkali melupai DIA yang maha pengasih itu.

Aku hanya ingin berkisah dengan beberapa kejadian yang aku lalui belakangan ini.. sedang aku berada dalam keresahan dan kesulitan menghadapi beberapa dugaan hidup. Ketika itu aku memang berasa sakit dan payah melalui beberapa kekangan dan permasalahan dalam satu masa yang sama.

Suatu ketika dahulu, aku beranggapan bahawa aku pasti tidak akan dapat melaluinya segala kemungkinan yang bakal aku hadapi jika sesuatu itu berlaku...kerana dalam hati aku ada keraguan, ada kesangsian tentang masa depan yang bakal aku lalui.. Dalam mindaku ada kekeliruan dan ada prasangka atas segala yang akan aku hadapi tentang kekuatan dan kebolehupayaan aku menghadapi kemungkinan-kemungkinan itu... namun aku terus berserah... di bibirku sentiasa meniti ucapan-ucapan itu...malah dalam hatiku. Setiap langkah aku atur berserta dengan ingatan itu... walaupun sebenarnya itulah yang aku amalkan sejak dulu.. Cuma akhir-akhir ini, aku berasa amat dekat dengan DIA...kerana hadir NYA, dalam keikhlasan dan keredhaan itu... Setiap kali itu pula aku pasti berasa kebahagiaan itu...aku pasti berasa nikmat itu...aku pasti akan TERSENYUM sendiri... kerana aku ada DIA.


Dua tiga hari lalu, ketika namaNYA meniti di bibirku, ketika ada DIA dalam mindaku...walaupun situasi dan masalah aku banyak yang belum selesai....aku berasakan nikmat itu ...lalu aku tersenyum sendiri. Melintasi jalanraya yang agak sibuk itu menuju ke kereta..diberikan laluan dengan mudah... Beberapa kereta berhenti.. aku memandang ke pemandu-pemandu itu itu... Aku melihat mereka tersenyum...bukan hanya di bibir tetapi di mata dan wajah mereka.
Dalam hatiku turut tersenyum. Sesampainya aku di kereta, ketika membuka pintu untuk masuk ke kereta, aku mengangkat pandanganku kepada individu yang ada di deretan kedai itu..dan dua orang anak gadis remaja di hadapanku... dan semua mereka tersenyum. Lalu aku turut tersenyum membalas senyuman-senyuman itu... seikhlasnya, seadanya.. Manisnya senyuman mereka walaupun di bawah terik mentari yang menggiggit kulit, dan mencengkam rasa... untuk membuka mata pun, silaunya begitu menggugat perit.


Ketika aku memandu... masih lagi di bibirku meniti pujian buatNYA, di mindaku mengingati beberapa kejadian yang kulalui dan mengingati DIA atas segala pemberian DIA... di hati berkali-kali mengucapkan syukur... aku melihat sekelilingku masih tersenyum... Berhenti kerana lampu isyarat merah itu, aku melihat pemandu yang masuk ke simpang itu, ada yang sedang tertawa sesama penumpang kenderaan mereka, ada yang bermuka manis dan ada yang memaling kepada aku sambil tersenyum... sambil menunggu lampu isyarat kembali hijau, aku menoleh ke kiri....melihat seorang yangberumur sederhana sedang menunggu untuk melintas jalan...juga bertenang dan tersenyum.. Apabila berpaling ke kanan... aku melihat ke pemandu kereta bersebelahan...pemandu itu, lelaki cina pertengahan umur, sedang ralit melihat aku...dan di bibirnya menguntum senyuman. Ketika aku memandangnya, senyumnya semakin lebar dan dia menganggukkan kepalanya sedikit.... lalu aku membalasnya dengan meredupkan sedikit mataku. Aku pasti dia dapat melihat tindakan ku itu kerana aku dapat melihat dia dengan jelas...walaupun cermin tingkap kami masing-masing bertinta...Aku melihat ke belakang sedikit melihat anak-anak kecil itu bergelak tertawa dan senyum...dalam hatiku ini masih lagi mengungkapkan syukur berkali-kali..

Inilah pengalaman ku... Apabila bibirku ini berbicara akan DIA, mindaku teringat akan DIA... dalam cengkaman masalah dan kesihatan yang begitu mencengkam sekalipun... hati kita akan berasa tenang.. kita akan tersenyum, maka alam dan seisinya akan turut tersenyum....


Aku kira biarpun pengalaman aku ini bukanlah satu pengalaman begitu unik atau hebat namun aku terpanggil untuk mengkisahkannya.. untuk iktibar bahawa kepayahan, kesusahan, masalah, keperitan dan kesulitan dalam bentuk apa sekalipun...jika kita lalui dengan sabar, bertenang, redha, ikhlas...segalanya akan berlalu dan yang tertinggal hanyalah kemanisan atau kepahitan pengalaman itu.. Jika ia suatu kepahitan sekalipun semua akan kembali elok, baik jika kita terus bersangka baik dengan DIA, ALLAH yang kita cintai.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
" Senyumanmu terhadap saudaramu merupakan sedekah..." (Riwayat At-Tarmizi)
Firman ALLAH yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNYA kepadamu, serta menambahkan hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya) " - (Al-Fath : 1-2)
"Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan (pula)" -(Ar Rahman:60)
"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan begi orang-orang bertakwa, (iaitu) orang yang berinfak, sama ada pada masa lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) oranglain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan ." - (Ali Imran : 133-134)

Rasullullah SAW merupakan seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati disembunyikan sedapat meungkin agar tidak diketahui oleh para sahabat. Abdullah bin Harith menyebut : Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasullullah.

dan ALLAH berfirman yang bermaksud,

" Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai ahkhlak yang sangat-sangat mulia." (Surah Al-Qalam : 4)

Jika begitulah peribadi junjungan kita itu, mengapa tidak kita sebagai hambaNYA dan umat baginda mencontohi sifat yang baik itu.. Namun pilihlah senyuman yang benar-benar dari hati kita... Atau lihatlah jenis senyuman yang ku senaraikan ini semoga kita akan dapat memilih senyuman yang terbaik...yakni senyum ketika bibir menyebut DIA, minda teringat DIA..

  • Senyuman egois = senyuman yang tidak bersahabat, terbentuk daripada perasaan dendam kesumat dan dapat menyakiti orang yang melihatnya.
  • Senyuman menggoda = senyuman liar yang bertujuan memperdaya dan mempunyai sesuatu tujuan untuk menarik minat lawan jenisnya.
  • Senyuman ketabahan = senyuman yang muncul daripada orang-orang yang perkasa dan hebat, mampu menghadapi segala sesuatu dengan tabah, tanpa keluh kesah..senyuman ini dirasakan oleh orang-orang yang berasa dekat dengan ALLAH.
  • Senyum berwibawa = senyuman yang menghiasai bibir orang-orang yang berwibawa, penuh kekuatan dan yakin dalam hidup. Senyuman ketika dapat melalui musibah yang berat dan jika masalah berat dihadapi senyum yang hadir bersifat matang.
  • Senyuman ketulusan = senyuman yang datang dari relung hati yang paling dalam. Muncul untuk membahagiakan, menghormati dan memuliakan orang lain dan menunjukkan keadaan sejajar antara bibir (lahiriah) dan hati (batiniah).

Sebuah senyuman yang ada dalam syariat Islam mempunyai nilai ibadah, sebuah sedekah yang mudah dan ringan... Senyuman itu akan terasa akan banyak fungsi dan peranan dalam hidup...mampu menambah keakraban dan hubungan...menjalinkan komunikasi yang mesra.....menimbulkan mahhabah yang erat.....dan mungkin ketika kita senyum tanpa melihat orang yang dilawan bicara sekalipun, senyuman itu akan menggetarkan mata batin kita dan menguraikan aura yang tersendiri.

  • Senyuman memperbaiki penampilan
  • Senyuman menambah keakraban
  • Senyuman menyampaikan makna yang tersirat
  • Senyuman indah menyejukkan hati
  • Senyuman melahirkan penghargaan dan penghormatan
  • Senyuman menghilangkan tekanan
  • Senyuman meningkatkan kesihatan
  • Senyuman menambah indahkan suasana
  • Senyuman menghilangkan kesepian dan kesayuan
  • Senyuman mengungkap ketenangan
  • Senyuman menghuraikan segalanya.....

Maka senyumlah untuk menambah ibadat kepadaNYA, ketika beribadah kepadaNYA, ketika menyebut namaNYA, ketika mengingatiNYA....maka semua akan tersenyum....

SEMOGA CATATAN INI MEMBAWA DAPAT MEMBERI SEDIKIT SARANAN DAN PENGAJARAN DAN MEMBERI BANYAK KEMASHALATAN, INSYAALLAH... DEKATKANLAH DIRIMU KEPADA ALLAH DAN RASULLULLAH....MAKA KETIKA ITU AKAN MEMBUAHKAN SENYUMAN....KEPADA KITA...DARIPADA KITA....UNTUK KITA.. SENYUMLAH...NANTI KITA AKAN TAHU...

Isnin, Mei 25, 2009

KESAKITAN ITU SEMAKIN SURUT...



Assalamualaikum...
Hari ini aku mencatat lagi dengan hati yang tenang... Biarpun dalam hatiku ini masih ada lagi sisa-sisa kesakitan yang entah dari mana datangnya...

Keadaan cuaca kini benar-benar meletakkanku dalam kesihatan yang tidak begitu selesa.. Kepanasan melampau ini membuatkan aku berasa pening berpanjangan.. Badanku pun terasa sangat letih dan penat..sedangkan hujung minggu ini aku hanya menghabiskan masa menyiapkan tugasan, menyemak kertas peperiksaan. Mungkin itu lebih meletihkan kerana memerlukan minda yang sentiasa memikir dan mentafsir..

Alhamdullillah kerana berada dalam lingkungan bidang ini.. semoga dapat kulaksanakan dengan baik dan seterusnya menjadi bekalan buat di akhirat kelak. Alhamdullillah kerana tanpa kuduga, kurancangkan... aku menceburi bidang ini. Dulu aku amat tidak menyukai bidang ini ... bukan kebencian...kerana ia bukan sesuatu yang berprestij atau menjanjikan hidup mewah dan seumpamanya seperti bidang lain. Namun kini, aku bahagia dalam bidang ini. Aku berasa betapa aku bertuah ada dalam bidang ini... dan aku berasa begitu kaya dalam ertikata aku sendiri. Aku punyai segalanya melalui bidang ini. Terima kasih ALLAH... dengan lorong yang KAU tentukan buatku ini.



Ketika kita mulai redha... kepayahan , kesakitan, keperitan dan halangan dan dugaan itu semakin hilang dan kita akan merasai segala nikmat semua yang kita lalui... Biarpun ketika ini sebenarnya ada sedikit kesakitan yang tertinggal namun ia bukan penghalang untuk aku menjadi bahagia.


"Dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH, tidaklah dapat kamu menghinggakan " (Ibrahim:34)


" Maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan" (Ar-Rahman:13)

Dengan segala nikmat yang pernah aku terima, kenapa aku tidak bersyukur. Kenapa aku perlu berasa sakit jika sedikit permintaan dan permohonan aku tidak diperkenan olehNYA. Aku ingin terus menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Ya ALLAH, semoga KAU tidak meninggalkan aku walau sesaat pun. Dengarlah permohonan aku ini...

Aku ingin terus menjadi orang yang memberi manafaat kepada oranglain. Amanah MU akan aku pelihara sebaik mungkin. Apa yang aku miliki ini lebih bermakna daripada segalanya. Aku tidak akan bisa menukar penglihatanku ini dengan segunung emas..Aku tidak mampu menjual pendengaranku ini dengan satu bukit permata. Aku tidak akan menukar lidah dan bicara aku ini dengan hamparan mutiara... Ya ALLAH, aku tidak akan menukarkan, menggadaikan, menjual atau apa sahaja sekalipun iman dan taqwa mahupun selautan dan melangit harta benda di dunia ini...

Dengarlah aku, Ya ALLAH...Izinkan aku berada dalam dakapan kasih sayang, iman dan taqwa kepadaMU hingga akhir hayatku. Izinkan aku untuk...

"Sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang AKU berikan kepadamu dan hendaklah termasuk dalam golongan orang-orang yang bersyukur." (AL-Araf:144)"

Kesakitan itu sudah semakin surut...
Aku telah bisa mengikhlaskannya...
biarpun mungkin tidak keseluruhannya...
namun akhirnya pasti akan sepenuhnya...
begitu juga, aku telah bisa memaafkan... memaafkan...memaafkan...
biarpun sukar untuk aku melakukan itu...

ALLAH itu maha pengampun dan pemaaf.. Begitu juga junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.. Mengapa bukan aku? Mengapa tidak aku? Kesombongan, kedegilan itu tidak akan membawa apa-apa makna. Mendoakan kejatuhan orang lain juga bukan budaya aku... Alhamdullillah, tiada dalam kamus hidupku ini segala sesuatu yang berlaku itu tanpa aku rujukkan kepada DIA yang maha mengetahui.

Sabda baginda Rasullullah SAW yang bermaksud :
" Sesiapa yang ditinggal mati oleh kekasihnya dan dia bersabar maka pahalanya adalah syurga. Sesiapa yang diambil belahan jiwanya daripada dunia dan dia bersabar maka syurga penggantinya. Sesiapa yang kehilangan anaknya dan dia bersabar maka akan dibangunkan sebuah rumah badinya di dalam syurga "

Firman ALLAH yang bermaksud :

"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu " (Al-Ra'd:24)

" Apabila engkau mendapati penjagaan ALLAH, Maka tidurlah dengan lelap kerana sekalian urusan akan berjalan secara aman."


Firman ALLAH yang bermaksud :
"Cukuplah ALLAH menjadi penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) dari ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH, Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar.." (Ali Imran: 173-174)



"Dan hanya kepada ALLAH kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman." (Al-Maidah :23)


Aku tidak tahu bagaimana untuk menginterprestasikan yang ada dalam hatiku ini... Namun sesungguhnya ada banyak kelegaan dalam hatiku ini.
Aku berasa senang biarpun ada banyak kesusahan di sekelilingku...
Aku berasa selesa biarpun ada kesulitan dan keperitan di sekitarku...
Aku terasa ingin selalu tersenyum , biarpun mungkin ada kesedihan dan kesayuan di sisiku..
Aku berasa gembira biarpun ada kelukaan dan kehampaan di lingkunganku...Biarpun apa yang ada di sekelilingku ini aku amat bahagia dan bersyukur kerana DIA yang aku cintai sentiasa bersamaku setiap saat dan ketika.....

Jika aku dapat membuktikan alangkah baik... namun aku tidak mahu menjadi riak
Jika aku dapat memperlihatkan alangkah baik... namun aku tidak mahu menunjuk-nunjuk.
Jika aku dapat memperkatakan alangkah baik....namun aku bukan seorang yang sombong
Jika aku dapat menjelaskan alangkah baik...namun aku bukanlah arif...
Biarlah apa mahuku ....biarlah kalian tidak tahu... biarlah apa keinginan dan harapanku... biarlah kalian tidak mengerti..

CUKUPLAH DIA BAGIKU yang tahu, yang faham, yang mengerti...
bahawa kesakitan beransur tiada...
kesakitan itu telah semakin surut....
Semoga kesakitan itu akan terus pergi....

Wassalam...

Khamis, Mei 21, 2009

AKAN HADIRKAH KETENANGAN DALAM HATI JIKA MEMAAFKAN? DAN AKAN TERUBATKAH KELUKAAN JIKA MENGIKHLASKAN..?

Assalamualaikum...
Aku punyai sedikit masa untuk mencatat lagi hari ini... sementara aku menunggu seseorang.. Menunaikan tanggungjawabku sebagai saudara dan memberi sedekah buuat orang yang memerlukan...
Inilah antara yang DIA berikan aku sebagai ujian dalam hidup aku ini... untuk aku belajar tentang hidup dan kehidupan.. Hakikat dan kebenaran... Ilusi dan khayalan. Banyak lagi yang aku perlu lalui.. Di hadapan bukan satu atau dua tanggungjawab menanti ...banyak, masih banyak lagi.
Ketika ini aku tersedak berkali-kali... sesekali pula batuk kerana kesedakan itu. Aku seorang yang sentiasa punyai salah sangka... maka jika sesiap yang menyebut akan aku ini akan disebut oleh ALLAH pula... Namun aku bukanlah seorang yang kejam...hanya kerana kesedakan itu aku bisa menuduh sesuka
hati.. Biarlah, jika aku disebut sekalipun...semoga ia sesuatu yang baik dan benar... Dada aku juga berasa sakit dan pedih kerana batuk-batuk yang berpanjangan ini...
Sebenarnya pula kerana kesakitan dalam dadaku ini.... yang berlarutan berhari-hari. Kebetulan tangan kiri aku ini agak sakit dan lenguh-lenguh. Seperti berbuat suatu kerja yang berat... sedangkan apa yang kulakukan beberapa hari ini, hanya rutin biasa. Mungkin ini ujian dari Yang Esa... aku redha.
Aku ingin berkisah tentang semalam.... hati aku ini ketika ini berasa sedih, berdebar-debar dan begitu sayu.... lalu aku menghantar sms kepada dua orang teman... biarpun sebenarnya bukan dialah kurasakan terbaik untuk kuluahkan semua ini..
" Salam..........Saja saya ingin berkisah... tidak tau hendak memberitahu siapa. saya selalu berdoa Allah sabarkan hati saya ini. Tak tahulah mengapa malam ini hati ini berasa sedih dan sayu sahaja. Sudah lama tidak mengalami hal seperti ini. Mungkin ada yang tidak kena sahaja. Mengapa ya? Doakan saya.. Saya berasa tidak sedap hati 3-4 hari belakangan ini. Sebelum ini saya baik-baik sahaja... Hari ni saya marah tanpa sebab.. Anak-anak itu merajuk...sangat! Tidak tahu mengapa saya berasa susah hati.. Ketika beberapa masalah saya lalui dua hari ini... saya boleh bertenang..Saya rimas dengan apa sahaja yang saya buat... Ada rasa nak menjerit dan menghalau orang lain keluar dari bilik saya... Mujur saya dapat menahan perasaan saya ketika itu... Apa yang berlaku kepada saya ini? Saya benci keadaan saya ni walaupun saya tahu Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuan hamba itu....tapi entahlah, dan saya rasa sangat tidak selesa......."
Jawab seorang teman :
"Bersabar sahaja lah... ALLAH menguji kepada hambaNYA yang mampu menghadapi. Semua inikan dugaan... Bersabar sajalah... Memang berat bahu yang memikul..."
Ringkas tepat dan padat.... kerana dia amat dekat denganku..
Jawab seorang lagi teman :
"Beristighfarlah... serahkan hati dan dirimu kepada ALLAH... Cari suatu tempat yang tenang dan renungkanlah punca mengapa dirimu sedemikian. Secara jujur ,..... rasa dikau tahu puncanya.. Janganlah nafikan punca itu..dan jujurlah kepada diri mu.. Sebenarnya hanya dikau yang tahu apakah yang membelenggu dirimu hari ini...."
Lembut memujuk dan menasihati .... kerana dia juga amat baik kepadaku..
Aku kira aku perlu menghadapinya... kerana aku bukan seorang lemah, atau penakut.. apatah lagi untuk menerima suatu hakikat.. Memang hakikatnya sesuatu itu bukan mudah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Aku pasti setiap masalah akan ada penyelesaiannya... Bersabar itu adalah satu bahagiaan keimanan yang sebenarnya amat sukar dilalui... Mudah meniti di bibir tetapi adakah jika orang lain berada di tempat ini, mereka dapat melaluinya.. Mungkin boleh kerana ALLAH akan menguji hambaNYA dengan kemampuan yang ada dan DIA maha Mengetahui siapa kita sebenarnya. Mungkin di sebalik ujian ini tersembunyi rahmat yang berkekalan... InsyaALLAH.
Aku secara peribadi mengetahui puncanya... tetapi tidak seperti yang orang lain jangkakan... Hanya aku yang benar-benar memahaminya... Temanku itu juga tidak memahaminya.. Tidak mengapa kerana aku punyai sebab aku sendiri.
Aku tidak mahu ada titik hitam dalam hati aku ini...terus menutupi kesucian hati.. Ada yang bertanya, tidakkah aku bersedih, tidakkah aku berasa payah, tidakkah aku berasa gusar? Sebenarnya tidak... sebab aku sebenarnya redha... dan aku tidak perlukan simpati.. Yang aku perlukan hanyalah keampunan dari NYA yang maha penyayang dan maha mengampuni. Kerana dalam limpahan kasih sayang yang ada di sekelilingku, aku menzalimi diriku sendiri.. menganiayai amanah yang diberikan olehNYA ini..
.
Dalam hatiku ini ada beberapa titik hitam yang bernama marah, benci, dendam....hanya, hanya, hanya kerana beberapa potong ayat...hanya, hanya, hanya adanya kesombongan dan keangkuhan dalam perjalanan itu, dalam bicara itu... dan hanya, hanya, hanya rasa ketidakpercayaan antara satu sama lain.
Bukan aku tidak menyayangi... mengasihi sesama insan, namun apa yang amat aku sukai itu bukanlah mungkin yang terbaik untukku...
Di hatiku ini ada kemarahan dan kesakitan yang mencengkam...
Dalam hatiku ini ada kepayahan dan keperitan yang menghiris...
Di sudut hatiku ini ada kesakitan dan kebimbangan yang mengugat...
Di sisi hatiku ini ada kebosanan dan kejelekan yang menguris....
Dalam hatiku ini ada dendam dan kesumat yang mencucuk...
seperti semua titik hitam itu ada....
sedangkan dalam hatiku ini aku semai, bajai dan aku jaga agar...
Ada kasih sayang yang mencukupi...
Ada cinta yang menyerlah....
Ada kerinduan yang melimpah ruah...
Ada keredhaan dalam pasrah...
Ada tawakkal dalam kesungguhan...
Ada ketulusan dan kedamaian melitupi..
Ada taqwa dan iman yang sihat dan subur....
Atas segala yang dinamakan kebaikan.....
MENGAPA PERLU ADA TITIK-TITIK HITAM ITU?
Ya Allah, semoga KAU berikan aku taufik dan hidayah dalam melalui semua ini.... Aku tidak mahu kesakitan itu mengurung hati aku kepada keikhlasan, ketulusan dan kesucian hati ini. Terimalah penyerahan ini... terimalah taubatku...
Semoga tidak lagi aku menganiayai diri aku ini...dan menganiaya diri orang lain.
Berikanlah aku ketabahan, kecekalan untuk mengubati, meredakan.... kelukaan dalam hati aku ini.
Bicara,kata-kata itu lebih tajam daripada pedang... Itulah kata-kata Saidina Ali...
Bicara, pengakuan itu boleh membunuh....
Semoga aku boleh memaafkan....
Semoga aku bisa membersihkan hatiku ....
Semoga aku dapat mengubati kelukaanku...
Dengan sejujur-jujurnya....
Semoga akhirnya tiada lagi titik hitam walau setitik dalam hatiku ini..
Maafkan aku....
Aku sangat mengasihi dan menyayangi...
Tapi aku masih punya harga diri...
dan aku masih ada kehormatan...
serta aku masih punyai jati diri....
Maafkan aku....
Aku tidak pernah mengkhianati orang lain...
aku tidak juga membohongi...
aku menjaga bicaraku, biarpun aku sangat suka berbicara...
aku menjaga tingkah dan perlakuanku...
aku menjaga pemakaianku...
berdasarkan apa yang aku tahu, pelajari....
jika aku tidak tahu....aku akan mencari untuk tahu..
jika aku tidak bersopan....aku akan mengusahakannya...
Cuma ada yang tidak mengerti..
Walaupun aku sangat mengasihi... bukan bermakna mudahnya untuk menuding kepada aku dengan tanpa ku ketahui salahku...
Jika aku tidak buat ....mengapa kesalahan itu ditanggungkan di bahuku...
Jika orang lain yang bercerita...kenapa aku yang disangka?
Itulah yang ada dalam hatiku ini...
Tidak apa jika tidak suka....pergilah
Tidak mengapa jika tidak sayang....berlalulah
Tidak mengapa jika tidak menyenangi...pinggirkanlah...
Tidak mengapa jika membenci....jauhilah
Tidak mengapa jika tidak mahu mengerti...sisihkan
Tetapi mengapa...mengapa...mengapa... dicampakkan benih dendam hati...
Aku sudah mengikhlaskannya... jika diuji berkali-kali untuk mengetahui kesetiaan hati
Aku sudah merelakannya....Jika diduga dengan keaiban untuk membuktikan ketabahan hati..
MUNGKIN...
Tapi adalah malang sekali kerana di dalam hati ku ini ada api yang membakar cebisan-cebisan rasa yang sukar untuk dipadamkan lagi..
Aku amat menyayangi...namun dalam hatiku punya dendam tersendiri..
aku terasa telah meletakkan serendah-rendah kedudukan diri tetapi aku terasa dianiayai..
aku berusaha untuk membersih dan melembutkan hati..namun aku terasa aku tidak dihargai..
SABAR, SABAR, SABAR..... kerana itu aku membiarkan ia berlalu...ku harapkan pergi juga rasa itu dalam hati... namun aku sentiasa ingat, apatah lagi apabila hijab itu dibukakan...pada hati dan mindaku ini...
Sebenarnya aku ingin mendoakan kemusnahan, kejatuhan, kehancuran.... TETAPI, itu bukan aku. Aku tidak pernah mendoakan semua itu... pada oranglain.. Namun bukan juga itu membolehkan aku difitnah dan dianiaya. Aku memang tidak sesempurna mereka yang seperti itu...tapi aku masih tahu, mengetahui...jalan mana yang aku terus pilih....jalan menuju yang satu.
Biarpun aku tidak sehebat mereka...tapi aku ada DIA dalam hatiku...DIA jugalah pelindungku..
Jika dia tidak berikan balasan itu, pasti DIA tahu apa yang perlu.
Aku ingin meluahkan segala-galanya...namun aku tahu ada hak-hak yang perlu aku jaga dalam ukhuwah ini... Aku faham kesakitan dan keaiban itu amat perit... Aku mengerti, Islam itu syumul...Islam itu akhlak mulia... Aku pernah merasainya...biarpun aku akan kalah dan tewas untuk menggapai kehebatan di dunia tidak mengapa.... Aku tahu DIA sentiasa bersama dalam suka dan duka, gagal dan jaya.
Aku bermohon DIA ampunkan aku... Aku ingin membebaskan semua ini dari hati ini..mengizinkannya dengan sejujurnya seratus peratus... menguraikan ikatan itu yang membelenggu.... terutama titik-titik hitam itu...
Doakan aku....
KERANA AKU INGIN SEKALI KETENANGAN ITU JIKA AKU MEMAAFKAN....DAN AKU INGIN MENGUBATI KELUKAAN-KELUKAAN ITU JIKA AKU MENGIKHLASKAN...
SEMOGA MENGERTI DAN MEMAHAMI..... WASALAM

Rabu, Mei 20, 2009

MESEJ DARIPADA FAIRUZZAH PERMATA...(TERIMA KASIH KERANA BERPESAN..)























PeRMata
Tarikh:
05/20/2009 3:33 am

05/20/2009 6:33 pm
Subjek : (Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Mesej : Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat... ?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat... ?
Harta benda anta, dari mana anta dapat... ?
Ilmu anta, adakah anta manafaat... ?

Semoga ia dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

KEMAAFAN...MENGAPA SUKAR MENGHINDAR KESAKITAN ITU.....

Assalamualaikum...... Buat sekian kalinya aku mencatat di ruangan ini. Memperkatakan suatu itu yang sebenarnya hadir dalam hidup aku. Yakni apakah kemaafan...nilai kemaafan itu dan adakah kesakitan itu akan hilang jika kemaafan hadir di hati kita. Ikhlaskah kemaafan itu pula?

“Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.”~Lucca D Jiwa~



Sekadar meminjam petikan daripada penulisan di http://anumzmikita.blogspot.com/

atau dlm bahasa Inggeris,One does not easily forget what one make them feel.

P/S:Sejujurnya saya sudah berada dlm fasa melupakan kesalahan dan mengambil pengajaran. (sy betul2 dah lupa salahnya,cuma setelah bercakap baru sedar apa yang pernah berlaku dan perasaan ketika peristiwa itu berlaku muncul tiba-tiba)Lebih2 lagi sy sgt defensive terhadap kebahagiaan saya.
Defensive merupakan sikap yang saya perolehi setelah sy tahu akan kemungkinan sikap seorg manusia kpd kita. Sy sedar setelah bertahun-tahun saya cuba membaiki hubungan dgn seseorg yg sy hormati,ada sesetengah perkara dlm hidup ini tidak berbaloi untuk kita korbankan kebahagiaan kita.Saya sedar setelah sekian lamanya saya menyalahkan diri kerana saya HANYA MEMILIH UNTUK MENJADI DIRI SAYA YANG SEBENAR,lalu saya mengharapkan kepedulian dari org yang tidak akan pernah peduli.
Kita perlu melihat kehidupan dgn pandangan mata hati kita bukan dgn pandangan mata hati org lain. Itu yang jadinya dek kerana kawan2 aku hisap dadah,maka aku pun kena hisap dadah.(sahabat yg baik sukar dijumpai,bila dh jumpa,jaga hubungan pula.=))
Raikan dirimu teman
RAIKAN DIRIMU teman...
Raikan perbezaan dan keunikan dirimu.
MUSTAHIL adanya 2 personaliti yang sama.
Serupa ya,sama tidak.
Malah bertentangan sekaligus pun ada.
Saya bersyukur kerana kesihatan saya makin pulih dan diberikan erti nilai sebuah kemaafan.Kemaafan itu perlu berdasarkan keikhlasan,ketelusan dan kesedaran yang tinggi bahawa tidak semua manusia sempurna. Terlalu senang mengucap maaf,maka nilai kemafaan individu tersebut kosong. Terlalu sukar,maka nilai kemaafan itu akan jadi terlalu buruk dek kesombongan dan keegoan.

SEKADAR DIPETIK DARIPADA : http://nurmawaddah.tblog.com/
H a r g a S a t u K e m a a f a n . . . .
09.07.08 (4:52 am)

Teman... Aku mengerti,

Ketinggian ombak menghambur,

Kerakusan taufan melanda,

Tapi,
Bumi mana tak ditimpa hujan,
Langit mana tak disinar mentari,
Aku,
Hanyalah seperti mereka,
Tanpa beda,
Cuma berbeza.
Teman...
Di pentas ini,
Memang ramai tidak mengerti,
Tapi,
Aku memahami,
Mahalnya erti satu kemaafan,
Simpulan maut bisa diungkai,
Awan hitam bisa diputihi.
Teman...
Andainya langkahku serong,
Andainya kataku pesong,
Hanya satu yang kupinta,
Walau kutahu mahal harganya,
Kemaafan.

Dipetik daripada : http://www.syiekatsuya.co.uk/
Displaying 1 To 1 Of 1 Comments
To Anna Abadi
my wish come true.. alahamdulillah..
i got her pict now, given from someone.
Ketika Hati Menangis
~ Anna Abadi
~monolog suatu malam~
Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya diriku
tak mungkin yang lain tahu….
Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan aku
sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihan
kupadaMu tempatku menagih kasih
ketenangan kurasa mendekati
Musyahdu malam tak terasa sunyi..
Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku…
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan…
Tuhanku,
ketika aku buntu
keliru dengan masa depanku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
peluang kedua yang sungguh bermakna
sebagai suluh hidupku
menebus usia yang sia-sia
mengganti semalam yang pergi
memperbaiki kelemahan diri
mempelajari pengajaran dari kesilapan
menimbus kekecewaan dan dendam
Moga tiada lagi aku
bercita-cita lemas di laut
atau terlanjur menelan berlebihan pil
sungguh pelik bunyinya tetapi benar
hanya Kau saja yang mengerti
hatiku terseksa sekian lama
kini akhirnya bangkit semula
melupakan episod terakhir
dan menyambut lembaran baru…
Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku kau terima…
Nukilan:(Allahyarhamah) Anna Abadi®
Comment Posted By KamarHati -oj- On 18.11.2008 @ 05:28

Sekadar memetik nukilan daripada : http://virtualfriends.net/

Teman...
Aku mengerti,
Ketinggian ombak menghambur,
Kerakusan taufan melanda,
Tapi,
Bumi mana tak ditimpa hujan,
Langit mana tak disinar mentari,
Aku,
Hanyalah seperti mereka,
Tanpa beda,
Cuma berbeza.
Teman...
Di pentas ini,
Memang ramai tidak mengerti,
Tapi, Aku memahami,
Mahalnya erti satu kemaafan,
Simpulan maut bisa diungkai,
Awan hitam bisa diputihi.
Teman...
Andainya langkahku serong,
Andainya kataku pesong,
Hanya satu yang kupinta,
Walau kutahu mahal harganya,
Kemaafan.

UNGKAPAN YANG DIPETIK DARIPADA: http://drnurani.blogspot.com/
Kata akhir dariku,
hayatilah bait indah dari lagu ini.
pertemuan telah ditakdirkan
antara kita tidak pernah dirancangkan
manalah takdir hendak dilawan
semuanya ketentuan tuhan
wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini
sahabat yang amat ku kasihi
susah senang kau disampingku
kehadiran dikau disisi
mengubat sepi dihatiku
wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama sama kita lalui
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini
sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku
ooo...sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepertimu
membimbing menasihatiku
hanya satu dalam beribu
sahabat yang amatku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku
namun kini hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamat perpisahan
kemesraan bermekar diakhir perkenalan
sayup menitiskan air mataku
by:hawary

lots of love,
sahabatmu
p/s: tunaikan hak ukhuwah kepada sahabat2 kita.
Sentuhlah hati mereka dengan nikmat bercinta dan berkasih sayang keranaNya.

Daripada Abu Hamzah Anas Ibnu Malik r.a.
Sabda baginda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri [bukhari dan muslim]





Daripada :
Dikala Hati Menangis ::
July 24, 2004... Saturday -- 1:18 a.m.
Tuhanku,
Ketika hati sedang menangis
Hanya Engkau saja yang tahu
Betapa merananya diriku
Tak mungkin yang lain tahu...
Tuhanku,
Ketika mereka meninggalkan aku
Ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
PadaMu tempatku menagih kasih
Ketenangan kurasa mendekatiMu
Syahdu malam tak terasa sunyi...
Tuhanku,
Ketika aku dalam kepayahan
Keseorangan dihimpit beban
Kau beri aku kesabaran
Pengalaman mengajar erti kematangan
Lantas pintu hatiku Kau buka
Untuk memberi kemaafan
Pada mereka yang pernah melukakan...
Pada mereka yang terus melukakan...
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan...
Tuhanku,
Ketika aku buntuK
eliru dengan masa depanku
Kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
Peluang kedua yang sungguh bermakna
Sebagai suluh hidupku
Menebus usia yang sia-sia
Mengganti semalam yang pergi
Memperbaiki kelemahan diri
Mempelajari pengajaran dari kesilapan
Menebus kekecewaan dan dendam
Tuhanku Yang Maha Pengasih
RahmatMu tak terkira
Syukurku melangit pun tak tercapai
Sungguh aku rasa berdosa
Semoga penyesalanku
Kau terima...


Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:“Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara.(Riwayat Bukhori dan Muslim)."

_____
____________
SEKADAR MEMINJAM KATA-KATA...
"Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Tuhan.
Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain,
dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Tuhan juga."
"Hai anakku,
apabila engkau berteman,
jadilah dirimu orang yang tidak pernah
mengharapkan sesuatu daripadanya.
Namun,
biarlah dia mengharapkan
sesuatu darimu..."
"Tiada siapapun boleh berpatah balik
untuk sebuah permulaan yang baru.
Namun,
kita boleh melakukan sesuatu dari sekarang
untuk pengakhiran yang baik.."


Dipetik daripada : http://www.malayonline.net/

Monolog suatu malam-
Tentang cinta

Khas Buat Adriana ...
Tentang Cinta Petikan dari Internet:
Sumbangan Sajak Puisi Adriana
Menyintai Tidak Bermakna Memiliki
Janganlah kau angkuh
melaungkan si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati tidak pernah berdusta
pada empunya tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung di sebalik sejuta alasan
Dan kau begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa hukum alam
menyatakan menyintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah..
kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia
kita kembali
Nukilan asli: Anna Abadi
~suatu tika dulu
~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~.~ ~.~.~.~.~.~~.~
Ketika Hati Menangis
Tuhanku,
ketika hati sedang menangis
hanya Engkau saja yang tahu
betapa merananya
diriku tak mungkin yang lain tahu....
Tuhanku,
ketika mereka meninggalkan
aku sendiri terkapai-kapai
ketika dunia tiada simpati
Kau tetap mendengar rintihanku
padaMu
tempatku menagih kasih ketenangan
kurasa mendekatiMu
syahdu malam tak terasa sunyi..
Tuhanku,
ketika aku dalam kepayahan
keseorangan dihimpit beban derita
Kau beri aku kesabaran
pengalaman mengajar
erti kematangan
lantas Kau membuka pintu hatiku
untuk memberi kemaafan
pada mereka yang pernah melukakanku..
pada mereka yang terus melukakanku...
dan pada mereka yang tersedar kerna melukakan...
Tuhanku,
ketika aku buntu menanggung lara hatiku
kau berikan aku kekuatan
Kau tunjukkan aku jalan
Kau tak biarkan aku keseorangan...
Tuhanku Yang Maha Pengasih
rahmatMu tak terkira
syukurku melangit
pun tak tercapai
sungguh aku rasa berdosa
kerana dulu sering terlalai
semoga penyesalanku
kau terima...
Thank You Allah for the blessings
You have given me...
Nukilan asli:
Anna Abadi
~monolog suatu malam
.:: Anna Abadi ::.
_________________
Terima kenyataan itu
lebih baik dalam mencari kebenaran,
demi sebuah ketenangan

Hatiku pedih
Hatiku pedih
dan pilu
di atas kecuaianku sendiri
Hatiku pedih..
pedihnya bagai ditusuk duri
Airmata mengalir deras
Setiapkali terkenangkan perbuatanku
Maafkan aku
wahai sahabat
Aku tahu kamu berhak marah
di atas kecuaianku
Tetapi aku
dan kamu hanyalah insan yang hina
dan sering terlupa
Tiadakah kemaafan dihatimu
Hancur hatiku Mengenang
apakah erti persahabatan kita selama ini
Tetapi adakah dirimu
terasa dirimui dikhianati
Maafkan wahai sahabat
kerna
Bukan itu maksudku
Ku benar-benar terlupa dan terleka
Andai dapat ku ulang waktu
ingin ku ubah apa yang terjadi
Maafkan sahabatku?
Ku tidak sanggup kehilangan
teman seperjuangan sepertimu
Ku sedar dan ku tahu
siapalah diri ini untuk memiliki
teman sepertimu
Ku tahu dan ku sedar
ku tidak layak duduk sebaris dengan mu
Ku tahu dan sedar diriku
tidak layak digelar sahabatmu
Biar kumenlangkah menjauhimu?
Tetapi sanggupkah aku
Memutuskan ukhuwah ini
Dan sahabatku
Jikaku ikut kata hati ini
Nescaya binasa diriku
kerana ku telah mengikut telunjuk nafsuku
Untuk melarikan diriku
dari kesalahan ini
Binasalah aku
kerana menhancurkan hati saudaraku ini
Binasalah aku kerana kehilanganmu
Lantas ku titip puisi ini buat dirimu
Walaupun ku bukan seorang yang pandai berkata
Dan juga bukan seorang pakar bahasa
Tetapi kerna kumenyesali perbuatanku ini
Dan tidak pandaiku berbicara
Akhirnya baru kusedari
Sepatutnya kupinta daripada maha Pencipta
Pemilik hatimu dan hatiku?
dan sekeliannya
Membuka hatimu
untuk menerima kekhilafanku
Akhirnya baru terkedu
Untuk mengharap keampunan dari Illahi
Kerna Dia lah yang maha Mengerti
Perasaanku dan perasaanmu
Ya Allah,
hamba ini memohon keampunan daripada Mu
ya Tuhan ku.
Hamba ini memohon kepada Mu
agar Engkau lembutkanlah hati sahabatku
untuk menerima kesalahanku
dan kemaafan diri ini.
Sesungguhnya Engkaulah maha Kuasa
sebagai pemilik kepada semua hati ciptaanMu..
dan Sesungguhnya Engkau maha Mengetahui ,
maha Pengasih lagi Maha Penyayang
dan maha Pengampun.
Sahabatku ,
maafkan ku tiada kata yang dapat mengambarkan kekesalan ku
tetapi maafkanlah ku?
maafkanlah perbuatanku ini..
maafkanlah.
Hati ini tidak akan pernah berhenti
Mengharap kepada Nya
Agar ikatan suci ini terpelihara
dan bertahan hingga ke akhirnya
Walaupun menunggu.
tidak mengapa
Kerana ku yakin dirimu bukan begitu
Lambat laun kamu mengerti
Ini bukan maksudku
Kerna kamu mengerti dan memahami diriku seadanya
Kerana dirimu ialah sahabatku yang kusayangi sepenuh hati
Ya Allah Ini adalah ujian Mu
Di saat datangnya perpisahan di antaraku dan saudaraku
Kupasti hikmahnya penuh makna
Lantas Fikiranku kembali tenang
Airmata berhenti mengalir
dan dada tidak lagi rasa sempit
Kerana ku yakin Rahmat dan Rahim Nya
tidak akan pernah habis ke atas semua hambanya..
semoga dirimu Berjaya
"TERSENYUMLAH"
Post on: 09-Nov-07
daripada 'La Tahzan'(Don't be sad)
by Dr 'Aidh B Abdullah A Qarni..
Penterjemah Noraine Abu Iliyya Abu Madhi
berkata dalam puisinya:
Dia berkata:
Langit sedih dan terlihat murung.?
Aku berkata:
Tersenyumlah!
Biar kemurungan itu ada di langit!
Dia berkata: Kesamaran telah merasuk!
Aku berkata: Tersenyumlah!
Dukacita tidak akan pernah kembali, sebab ia telah mati.
Dia berkata:
Langit di angkasa telah menyatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku
dan telah menjadi neraka jahanam.
Dia khianati janji setelah merenggut hatiku.
Lantas bagaimana aku sanggup tersenyum??
Aku berkata: Tersenyumlah dan bersenanglah!
Kalau kau tetap bersama kesedihan,
akan kau habiskan seluruh hidupmu dalam kepedihan!
Dia berkata:
Perniagaan mendekati kerugian seperti seorang musafir yang hampir mati kehausan
atau seperti singa yang haus darah.
Dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah.
Aku berkata:
Tersenyumlah!
Kau bukanlah penyebab kesembuhannya
kecuali bila kau mahu tersenyum.
Apakah ketika orang lain berbuat dosa
dan tidur dengan perasaan takut,
engkau merasa engkaulah pendosa itu?
Dia berkata:
Musuh sedang berada di sekelilingku.
Mereka berteriak menakutiku.
Bukanlah aku telah tertawan dan
apakah musuhku tidak melihatku??
Aku berkata:
Tersenyumlah!
Cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu
jika kau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka.
Dia berkata:
Musim telah jelas
tanda-tandanya tergambar padaku
di pakaian dan lukisan
Sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku
namun tidak ada satu dirham pun di kedua-dua telapak tanganku.
Aku berkata:
Tersenyumlah!
Bukankah kau masih hidup?
Kau bukanlah
termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih.
Dia berkata:
Malam-malamku berlalu dalam kepahitan.
Aku berkata:
Tersenyumlah!
Jika kau merasa pahit,
semoga orang lain melihatmu sedang bersenandung.
Lemparkan kedukaan jauh-jauh dan tetaplah bersenandung.
Apakah dia akan melihatmu
jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham
atau kau merasa rugi
jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?
Wahai sahabat,
janganlah sampai kesedihan
membuat mulutmu terdiam
dan raut mukamu menampilkan kesedihan.
Tersenyumlah,.!
Sungguh bintang-bintang pun tersenyum
dan kegelapan akan saling berbenturan.
Oleh sebab itu,
kita menyukai bintang-bintang.
Dia berkata:
Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik.
Ia datang ke dunia ini
dan tetap pergi walau terpaksa.
Aku berkata:
Tersenyumlah!
Selagi hayat dikandung badan
selama engkau masih hidup
sebab sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum.
Senyumlah untuk ku wahai sahabatku...